Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label PIALA MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label PIALA MALAYSIA. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

PIALA MALAYSIA : JDT tidak layak!

Pahang, Selangor, Kedah, Felda lengkapkan separuh akhir

29 November 2015 1:24 AM


ZAH RAHAN KRANGAR (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Felda United menewaskan JDT dalam suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.


KUALA LUMPUR - Felda United membuktikan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak kebal di Larkin apabila mengejutkan juara Liga Super, Piala AFC dan Piala Sumbangsih itu 2-1 dalam suku akhir kedua Piala Malaysia semalam, sekali gus layak ke separuh akhir menerusi agregat 3-2.

Jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-76 meleburkan rekod tanpa kalah Harimau Selatan dalam 40 perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, kejayaan yang disifatkan pengendali The ­Figh­ters, Irfan Bakti Abu Salim sebagai pencapaian paling membanggakan sepanjang kariernya.

Kemenangan tersebut, sekali gus menemukan Felda dengan juara empat kali, Kedah yang mara selepas menyingkirkan PKNS menerusi agregat 4-2 setelah menang 3-1 di Selayang.

Satu lagi separuh akhir akan menemukan dua gergasi bola sepak tempatan, iaitu juara 32 kali, Sela­ngor dan juara bertahan dua tahun berturut-turut, Pahang.

Tumpuan peminat bola sepak tanah air semalam terarah kepada aksi di Larkin, yang menyaksikan Felda langsung tidak gentar berdepan pasukan terbaik Liga Malaysia ketika ini dan beraksi pula di stadium keramat mereka.

The Fighters bermula garang apabila membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti Thiago Fernandes gara-gara bola terkena tangan Hariss Harun.

Kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim memberi harapan kepada penyokong tuan rumah apabila me­nyamakan kedudukan pada minit ke-50, namun gol cantik Zah Rahan yang melambung bola melepasi Farizal Marlias menghancurkan rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri sejak September 2013.

“Strategi permainan kami menjadi malam ini, yang mana kami menunggu, menunggu dan me­nyerang. Alhamdulillah, kami dapat ke separuh akhir.

“Bukan mudah mengalahkan JDT yang merupakan juara Piala AFC. Saya bangga dengan anak-anak buah saya walaupun dalam keadaan keletihan, sama-sama letih. Mereka mempamer semangat juang tinggi,” kata Irfan.

Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Selangor menghampiri ‘misi 33’ meskipun sekadar seri 1-1 ke atas Sarawak. Red Giants mara ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Beraksi di depan penyokong sendiri, Red Giants dikejutkan de­ngan gol pembukaan Bujang Senang pada minit ke-22 menerusi Ashri Chuchu, namun Selangor mengesahkan tiket separuh akhir hanya lima minit berse­lang selepas Afiq Azmi meledak gol penyamaan hasil hantaran Andik Vermansah.

Di Stadium Jalan Besar, Pahang cemas sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila tewas 2-0 kepada Lions XII. Kemenangan 4-1 yang dilakar di Kuantan, Selasa lalu membolehkan Tok Gajah layak menerusi agregat 4-3.

Jaringan Christopher van Huizen dan Faris Ramli dalam tempoh 20 minit pertama adalah gol terakhir Lions XII dalam Liga Malaysia ke­rana wakil Singapura itu tidak lagi diundang beraksi, musim depan.

Selepas diikat 1-1 oleh PKNS di Alor Setar, Kedah ­akhirnya mempamer karakter apabila menang 3-1 di Stadium Sela­yang, berterima kasih kepada jaringan Chidi Edeh, Sandro da Silva dan Muhd. Syafiq Ahmad. Gol saguhati PKNS dihasilkan oleh Pedro Henrique Oliveira.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tidak-layak-1.163363#sthash.yHTOGM3i.dpuf


Wednesday, 25 November 2015

Pahang menang selesa

25 November 2015 12:20 AM

KUALA LUMPUR - Pahang semakin hampir dengan misi memenangi Piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Lions XII 4-1 dalam suku akhir pertama Piala Malaysia manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) di­selamatkan oleh jaringan Amirul Hadi Yahya pada penghujung perlawanan untuk seri 1-1 dengan Felda United semalam.

Pahang, yang telah terlepas trofi Piala FA dan Liga Super yang mereka menangi musim lalu, memerlukan kemenangan dalam Piala Malaysia untuk sekurang-kurang­nya tidak berputih mata tahun ini, dan misi mereka semakin hampir apabila menjaringkan tiga gol pada babak kedua selepas Hafiz Kamal meletakkan mereka di depan seawal minit keenam perlawanan di Stadium Darul Makmur.

Ingin mencari kemenangan besar untuk dibawa sebagai bekalan ke Stadium Jalan besar, Pahang semakin garang selepas waktu rehat dan Matias Conti menyambar umpanan Azamuddin Akil dari sebelah kiri untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-54.

Kedudukan mereka semakin kukuh setelah Dickson Nwakaeme menggelecek pemain pertahanan Lions dan melepaskan rembatan dari hujung kawasan penalti untuk gol ketiga pada minit ke-60 sebelum R. Gopinathan menyudahkan larian cantik dari kiri untuk menjaringkan gol keempat pada minit ke-68.

Lions bagaimanapun menggunakan kealpaan barisan pertahanan tuan rumah untuk memperoleh gol pada masa kecederaan apabila Mohd. Safuwan Baharudin menanduk bola ke dalam gawang walaupun cuba dicabar oleh penjaga gol Khairul Azhan Khalid.

Di Stadium MP Sela­yang, Felda mencipta kejutan apabila mendahului JDT seawal minit kelapan menerusi Thiago Agusto yang menyepak mudah dari jarak dekat dan kelihatan mampu menang hanya untuk akhirnya berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 apabila rembatan Amirul Hadi menggegarkan jaring pada masa kecederaan.

Sementara itu, misi Selangor untuk mendakap Piala Malaysia untuk kali ke-33 semakin cerah setelah menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri, hasil jaringan Mohd. Afiq Azmi pada minit ke-89.

Sebelum itu Mohd. Hazwan Bakri meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-36 tetapi Sarawak bangkit pada awal babak kedua untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Billy Mehmet pada minit ke-60.

Penonton di Stadium Darul Aman pula menyaksikan dua gol dijaringkan dalam masa 15 minit terakhir untuk menyaksikan Kedah sekadar seri 1-1 dengan PKNS Selangor.

Syazwan Zainon meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-75 sebelum Pedro Henrique mengecewakan mereka dengan gol penyamaan pada minit ke-87.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-menang-selesa-1.161965#sthash.Ikz9LQFs.dpuf


Friday, 6 November 2015

PIALA MALAYSIA : JDT leburkan sisa peluang Perak

SAYED HESHAM IDRIS | 06 November 2015 12:05 AM


PENJAGA gol JDT, Izham Tarmizi Roslan sempat menumbuk bola ketika cuba menghalang kemaraan pemain Perak, Wong Namkoong (kanan) dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh semalam. JDT menang 2-1. UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN

IPOH – Johor Darul Ta’zim me­leburkan sisa peluang Perak untuk layak ke suku akhir persaingan Piala Malaysia apabila membenam pasukan tuan rumah 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Perak semalam yang menyaksikan pasukan pelawat menjaringkan gol kontroversi.

Kekalahan itu menutup terus peluang Perak untuk meneruskan kemaraan setelah kekal di anak tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata hasil satu kemenangan.

Keputusan itu bermakna slot terakhir ke suku akhir dari Kumpulan B kini menjadi perebutan di antara pasukan Sarawak (7 mata) dan ATM (4 mata) yang akan ditentukan menerusi perlawanan pada 21 November ini.

Dalam perlawanan semalam, meskipun sudah mengesahkan kemaraan ke suku akhir, JDT yang masih segar dengan kejayaan muncul juara Piala AFC, tetap mempamerkan aksi bertenaga.

Begitupun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mencipta jari­ngan menerusi pemain dari Brazil, Charles Souza Chad pada minit ke-29 setelah menanduk sepakan bebas Mohd. Hafiz Ramzan untuk menewaskan pengaja gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-33 apabila pemain itu pantas menyambar bola yang ditampan penjaga gol Perak, Hairol Fazreen setelah Haris Harun melepaskan rembatan kencang.

Jaringan tersebut mencetuskan kontroversi kerana pada awalnya dibatalkan oleh pengadil Zulkifli Ahmad kerana offside setelah penolong pengadil 2, Mohd. Fairuzi Mat Desa mengangkat bendera.

Namun pembatalan itu dibantah keras oleh pemain JDT kerana seorang pemain tuan rumah iaitu Mohd. Hafiz Ramdan masih berada pada posisi terakhir pertahanan Pe­rak, namun pemain itu berada dalam keadaan terbaring kerana cedera.

Setelah berbincang dengan Mohd. Fairuzi, Zulkifli kemudian­nya membenarkan jaringan tersebut untuk JDT mengikat kedudukan 1-1.

JDT kemudian mendahului apabila Safee Sali menanduk kemas hantaran lintang Harus Harun pada minit ke-45 untuk pasukan pelawat menutup babak pertama dengan mendahului 2-1.

Perak hampir memperoleh peluang untuk jaringan penyamaan apabila pemain dari Korea Selatan, Woong Namkung dijatuhkan di dalam kawasan penalti JDT pada minit ke-73 namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Sharulzaman Yahya berkata, Pafa akan meminta penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan pengadil yang membenarkan jaringan Amri.

Menurutnya, apa yang beliau faham, kedudukan seseorang pemain yang tercedera tidak boleh diambil kira walapun di mana sekalipun posisi pemain tersebut berada.

“Jaringan kontroversi ini telah merencatkan semangat dan rentak permainan pasukan Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-leburkan-sisa-peluang-perak-1.155062#sthash.upDzgyUj.dpuf

Tuesday, 27 October 2015

PIALA MALAYSIA 2015 : Ketiadaan Joseph, beza pengalaman punca kekalahan Sarawak

ANGELINA SINYANG | 26 Oktober 2015 12:00 AM


Penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah terjatuh selepas diasak pertahanan Sarawak untuk mendapat sepakan penalti dalam perlawanan Piala Malaysia Stadium Negeri, Kuching kelmarin. utusan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING - Ketiadaan pemain sayap Joseph Kalang Tie dan kelebihan pengalaman pemain Harimau Selatan adalah punca pasukan Sarawak tumpas kepada Johor Darul Ta’zim dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Negeri di sini kelmarin.

Pemangku ketua jurulatih Sarawak, David Usop berkata, anak buahnya mampu menyaingi juara Liga Super itu dan turut mempunyai banyak peluang terhidang di depan gol, namun gagal dimanfaatkan berbanding JDT.

“Pengalaman. Itulah yang membezakan antara Sarawak dan JDT. Bagaimanapun, kekalahan itu belum menutup peluang kami untuk mengiringi JDT kerana masih berbaki dua perlawanan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan kelmarin.

Dalam pertemuan tersebut, Sarawak terpaksa akur dengan kehebatan JDT apabila tewas 3-0 sekali gus membolehkan Harimau Selatan mejadi pasukan kedua, selepas Selangor, ke suku akhir.

Gol-gol pelawat dihasilkan oleh penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali menerusi sepakan penalti pada minit ke-14, diikuti pemain tengah Singapura, Haris Harun (minit 78) dan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim (minit 88).

Mengulas lanjut, David berkata agak malang apabila mereka ketinggalan 1-0 pada babak pertama kerana memberikan sepakan penalti kepada lawan selepas pemain pertahanan menjatuhkan Mohd. Amri Yahyah.

“Memang kami tersentak dengan jaringan pembukaan lawan pada minit ke-14 sekali gus memberi tekanan kepada kami. Selepas itu, kami berjaya mengimbangi mereka sehinggalah mereka menambah dua gol lagi pada penghujung babak kedua.

“Jika dilihat, kami juga mempunyai banyak peluang terhidang di depan gol namun para pemain gagal menterjemahkannya kepada jaringan,” ujarnya.

David turut mengakui ketiadaan ketua pasukan Jospeh Kalang yang digantung permainan memberi kesan besar kepada persembahan keseluruhan pasukan.

“Seperti diketahui ramai, Joseph boleh merubah watak pasukan dalam situasi sukar. Ketiadaannya sangat dirasai oleh kami kerana dia adalah kunci utama kepada kejayaan buat kami selama ini,” katanya.

Sarawak bagaimanapun masih berpeluang ke suku akhir tetapi perlu bersaing dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perak yang turut berpeluang ketika perlawanan berbaki dua perlawanan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ketiadaan-joseph-beza-pengalaman-punca-kekalahan-sarawak-1.150554#sthash.VCJwYSfe.dpuf


Tuesday, 29 September 2015

PIALA MALAYSIA : Pahang kena belasah

Selangor, Felda dipaksa main dalam jerebu

MOHD. FIRDAUS ISMAIL | 27 September 2015 1:00 AM

PEMAIN Selangor dan Felda United minum pada pertengahan babak kedua atas kebenaran pengadil untuk mengurangkan kesan jerebu setelah penganjur pertandingan Piala Malaysia mengarahkan perlawanan di Stadium Shah Alam, Selangor itu tetap diteruskan malam tadi. MINGGUAN/Izham Jaafar


PULAU PINANG - Impian juara bertahan Pahang untuk menempah tempat ke suku akhir Piala Malaysia lebih awal terencat apabila mereka dibelasah 4-1 oleh Pulau Pinang sementara Selangor dan Felda United seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang tetap diteruskan oleh penganjur walaupun keadaan berjerebu teruk.

Apa yang dibimbangi oleh Zainal Abidin Hassan mengenai pasukannya berkemungkinan keletihan kerana terpaksa bermain tiga perlawanan digelanggang lawan berturut-turut menjadi kenyataan di Stadium Bandaraya apabila pasukan tuan rumah yang dibimbing oleh Jacksen Tiago melancarkan serangan bertali arus sejak awal permainan dan berada di depan pada minit ke-39 menerusi percubaan dari luar kotak penalti oleh Mohd. Failee Ghazali.

Walaupun Pahang hanya memerlukan seminit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan penyerang sensasinya Dickson Nwakaeme, namun mereka longlai selepas rehat.

Mohd. Failee sekali lagi menemui sasaran apabila menanduk bola sepakan bebas Lee Gil Hoon hanya seminit selepas babak kedua bermula dan Harimau Kumbang menambah derita pelawat apabila sepakan deras Mohd. Azinee Taib pada minit ke-81 gagal diselamatkan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nourdin untuk tuan rumah mendahului 3-1 dan tiga minit kemudian tandukan pemain gantian Alberto Goncalves menerjah gawang pelawat.

Sementara itu, Selangor dan Felda United telah meminta perlawanan ditangguhkan akibat jerebu tebal menyelubungi Stadium Shah Alam namun, permintaan mereka ditolak oleh penganjur.

Pengadil Muhd. Nazmi Nasaruddin bagaimanapun memberikan rehat kira-kira tiga minit pada pertengahan setiap babak permainan, yang berkesudahan seri 0-0, untuk membolehkan pemain minum dan membasuh muka bagi mengurangkan kesan buruk jerebu.

Red Giants hampir berada di depan pada minit ke-44 menerusi penyerang dari Brazil, Guilherme De Paula namun sepakan kencang­nya dari luar petak penalti ditepis keluar penjaga gol Felda, Farizal Harun.

The Fighter mempunyai peluang keemasan menerusi pemain tengah Zah Rahan Krangar pada minit ke-51 tetapi sepakan bebas dari luar petak penalti sekadar melewati palang gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team kembali bersaing untuk merebut slot dua pasukan terbaik dari Kumpulan C apabila mengejutkan pasukan pilihan Kelantan 3-1.

Bermula agresif, tuan rumah terus mengasak sebaik sahaja wisel ditiupkan dan berjaya mendahului pada minit ke-14 menerusi sentuhan penyerang muda Muhammad Zulhanizam Shafine yang mudah menolak masuk umpanan Mohd. Badrul Hisham Morris.

Zulhanizam sekali lagi mengukuhkan namanya selaku penjaring untuk T-Team tujuh minit kemudian apabila memanfaatkan hantaran lintang Josip Milardovic sebelum Tomislav Busic terus menambah derita pelawat dengan gol ketiga pada minit ke-30.

Kelantan yang berusaha bangkit bagaimanapun hanya mampu membalas menerusi jaringan Gilmar Jose da Silva Filho pada minit ke-87.

Di Stadium Perak, tuan rumah mensia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-0 kepada ATM.

Pasukan pelawat mendominasi permainan sebaik sahaja perlawanan dimulakan tetapi gagal mencipta sebarang peluang jaringan sehinggalah minit ke-38 apabila Jerry Palacios Suazo berjaya membolosi gawang Perak menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti.

Usaha Perak untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan dan mengutip satu mata punah apabila pemain sayap ATM, Venice Elphi menjaringkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-90 perlawanan.

Di Stadium Jalan Besar, Singapura, tuan rumah beraksi cemerlang untuk meraih kemenangan 3-2 ke atas Terengganu dalam saingan Kumpulan A.

Tiga gol pasukan Lions XII dijaringkan oleh Sahil Suhim pada minit ke-35 dan dua jaringan Safuwan Baharudin sewaktu minit ke-54 dan ke-89 manakala dua jaringan Terengganu diperolehi melalui Paulo Rangel minit keempat dan ke-43.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-kena-belasah-1.140266#sthash.51q1lJ7w.dpuf


Friday, 18 September 2015

PIALA MALAYSIA 2015 : ATM berhajat curi mata daripada JDT

MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI | 18 September 2015 12:48 AM


Hairuddin Omar meletakkan sasaran untuk membawa pulang satu mata daripada perlawanan menentang JDT di Stadium Tunku Abdul Rahman,Seremban esok.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) kini boleh kembali menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada kempen Piala Malaysia selepas muncul pasukan pertama negara melangkah ke separuh akhir Piala AFC, dan kemenangan ke atas South China pastinya menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) esok.

Skuad Harimau Selatan me­langkah ke kelompok empat pa­sukan terakhir Piala AFC dengan penuh bergaya apabila mencatat kemenangan selesa 3-1 di Hong Kong untuk meneruskan kemaraan berbekalkan agregat 4-2.

Kini mereka sekali lagi akan beraksi di gelanggang lawan apabila melawat Stadium Tuanku Abdul Rahman di Seremban untuk menentang ATM.

JDT akan hadir dengan matlamat memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan B, tetapi mereka boleh menjangkakan cabaran sukar daripada The Gladiators, yang berhajat memburu kemenangan sulung selepas tumpas 1-0 kepada Sarawak ming­gu lepas.

Skuad Mario Gomez memulakan langkah pertama mereka dalam Piala Malaysia dengan menewaskan Perak 2-0 manakala ATM kalah tipis 0-1 kepada Sarawak.

Ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar mengakui JDT memiliki pemain-pemain bintang dan semangat tinggi hasil kejayaan mereka dalam Piala AFC untuk menjadikan perlawanan itu nanti bukan misi yang mudah untuk dia dan rakan-rakannya, tetapi berharap sekurang-kurangnya dapat mencuri satu mata daripada juara Liga Super itu.

“Kita tahu keupayaan JDT dan mereka turun malam esok dengan motivasi yang tinggi selepas berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala AFC. Kalau berdasarkan rekod semestinya memihak kepada JDT namun persaingan Liga Super dengan merebut piala merupakan pentas berlainan.

“Menentang JDT merupakan cabaran yang besar tetapi saya harap rakan-rakan saya dapat menampilkan permainan terbaik untuk sekurang-kurangnya me­raih satu mata meskipun pemain masih mempunyai masalah gaji dengan pengurusan sebelum ini.

“Bercakap mengenai masalah gaji sebenarnya isu itu masih tidak selesai dan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan mengenai tunggakkan gaji itu tidak tepat. Saya harap beliau dapat maklumat yang tepat daripada pengurusan ATM,” katanya ketika dihubungi semalam.

Perak pula akan menentang Sarawak dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B dengan misi mencari kemenangan sulung manakala Kumpulan C menyaksikan Kelantan berdepan Felda United dan T-Team melayan kunjungan Selangor di Kuala Terengganu.

Juara Liga Perdana, Kedah pula mahu menggunakan nota positif setelah seri 1-1 dengan juara Piala FA, Lions XII di Singapura ming­gu lalu sebagai bekalan sema­ngat apabila melayan Terengganu dalam perlawanan Kumpulan A di Alor Setar hari ini.

Jurulatih Lang Merah, Tan Chang Hoe bagaimanapun me­ngakui skuad Penyu mempunyai barisan pemain yang seimbang di setiap posisi tetapi yakin pa­sukannya akan memiliki kelebihan sokongan peminat apabila beraksi di gelanggang keramat mereka di Stadium Darul Aman, yang telah terbuka merupakan laman sukar untuk lawan mereka musim ini.

Katanya, kejayaan mencuri satu mata di Stadium Jalan Besar adalah permulaan yang baik untuk pasukannya dan semua pemain menampilkan aksi bagus dalam perlawanan tersebut.

“Menentang Terengganu bukan satu perlawanan yang mudah, tambahan pula mereka menunjukkan kebangkitan luar biasa dalam lapan perlawanan terakhir Liga Super, namun saya telah merencanakan strategi untuk mengecewakan pasukan lawan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/atm-berhajat-curi-mata-daripada-jdt-1.137207#sthash.R0gaTsjk.dpuf


Tuesday, 15 September 2015

PIALA MALAYSIA : Gol Safee, Chanturu julang JDT

12 September 2015 12:46 AM


JOHOR BAHRU – Dua gol dalam masa tiga minit menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan langkah pertama dalam kempen Piala Malaysia tahun ini dengan mencatat keputusan selesa apabila menundukkan Perak 2-0 dalam perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam.

JDT tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pembukaan menerusi penyerang berpengalaman Safee Sali pada minit ke-17 sebelum S. Chanturu menggandakan jaringan gol tuan rumah.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan mempersembahkan corak permainan pantas dalam usaha memburu jaringan awal permainan.

Peluang terbaik pasukan Bos Gaurus muncul pada minit ke-10 permainan apabila penyerang Charles Souza Chad menerima bola namun tendangannya di hadapan pintu gol tepat menuju Izham Tarmizi.

JDT dilihat menggandakan serangan dengan mengatur gerakan bertali arus ke kubu pelawat sebelum Safee menanduk masuk bola hantaran Chanturu melepasi jangkauan penjaga gol Azizon Abdul Kadir.

Harimau Selatan yang tidak pernah tewas dalam perlawanan Liga Malaysia di Stadium Larkin sejak beberapa musim lalu menggandakan jaringan pada minit ke-21 permainan apabila Chanturu menanduk masuk bola hantaran pemain pertahanan Mahalli Jasuli.

Separuh masa kedua permainan menyaksikan pasukan pelawat menggandakan asakan ke kubu tuan rumah dengan beberapa percubaan berbahaya dari Souza Chad dan Ridzuan Azly Hussham.

Tendangan Souza Chad pada minit ke-56 berjaya menewaskan Izham namun bola sekadar menggegar tiang gol, begitu juga dengan tandukannya pada minit ke-62.

Kemasukan Harris Harun, Nazrin Nawi dan ayam tambatan JDT, Luciano Figueroa pada separuh masa kedua dilihat berjaya mengubah rentak permainan mereka namun kedudukan 2-0 kekal terikat tanpa tambahan jaringan.

Penyerang Perak terus mengatur serangan demi serangan sehingga ke minit-minit terakhir permainan namun gagal mencari jaringan yang dikehendaki.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gol-safee-chanturu-julang-jdt-1.134927#sthash.z5iU4JNS.dpuf

Friday, 28 August 2015

PIALA MALAYSIA : JDT jumpa Perak, laluan Pahang nampak mudah

FADHILUL IZMEL ISHAK | 28 Ogos 2015 12:42 AM



Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menunjukkan tanda nama pasukan JDT yang dicabut sewaktu majlis undian untuk peringkat awal pertandingan Piala Malaysia di Petaling Jaya semalam. BERNAMA

KUALA LUMPUR - Tiga pasukan yang mempunyai ‘sejarah hitam’ antara mereka dipertemukan dalam peringkat awal pertandingan Piala Malaysia apabila juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim diundi bersama Perak dan Sarawak dalam Kumpulan B semalam.

Penyandang juara Pahang pula kelihatan mendapat laluan mudah setelah diundi dengan dua pasukan dari Liga Perdana, Pulau Pinang dan PKNS FC, selain pencabar mereka dalam Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Kumpulan D.

Kumpulan B, yang turut diisi oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dilihat sebagai ‘periuk panas’ jika melihat kepada rekod pertemuan di antara JDT, Perak dan Sarawak yang menyaksikan penyokong ketiga-tiga pasukan tersebut pernah bergaduh antara satu sama lain.

Dalam edisi Piala Malaysia tahun lalu perlawanan antara Sarawak menentang Perak di Stadium Negeri Kuching dicemari dengan insiden kekecohan yang turut menyebabkan sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium ber­kenaan.

Terbaru, perlawanan Liga Super antara Perak menentang JDT yang berlangsung pada 19 Ogos di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dicemari de­ngan kekecohan sehingga memaksa polis bertindak dan menahan 14 penyokong pasukan tuan rumah.

Sebanyak 16 pasukan bertanding, dibahagikan kepada empat kumpulan dalam majlis undian yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya semalam.

Kumpulan A dihuni oleh Terengganu, juara Piala FA Lions XII, juara Liga Perdana Kedah dan JDT II.

Kumpulan C dianggap sebagai kumpulan paling sukar apabila Selangor bertembung dengan dua pencabarnya dalam Liga Super iaitu Felda United, Kelantan dan pasukan Liga Perdana T-Team.

Menyentuh mengenai kemungkinan berlaku kekecohan antara penyokong semasa perlawanan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap perkara itu tidak berlaku.

“Saya berharap peminat tidak bergaduh sesama sendiri ketika me­nyaksikan perlawanan melibatkan pasukan masing-masing, sebaliknya mereka perlu menikmati sukan bola sepak itu sendiri.

“Saya sudah menyatakan perkara ini berulang kali (isu pergaduhan) dan saya berharap peminat boleh menerima setiap keputusan perlawanan dengan hati terbuka, malah selepas 90 minit perlawanan kita (penonton) boleh pulang dengan selamat, itu harapan saya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis undian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-jumpa-perak-laluan-pahang-nampak-mudah-1.129187#sthash.gFTWKpaE.dpuf

Wednesday, 26 August 2015

ATM, JDT II lengkapkan slot 16 pasukan Piala Malaysia

26 Ogos 2015 12:57 AM


PENYERANG ATM, Abdulfees Abd Salam (tengah) berjaya menewaskan penjaga gol NS Matrix, Mohd. Helmi Eliza untuk menjaringkan gol pertama pasukannya dalam playoff Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mengisi dua slot terakhir untuk melengkapkan 16 pasukan yang bakal be­rentap dalam kempen Piala Malaysia, bulan depan.

ATM menebus kekecewaan tersingkir ke Liga Perdana musim depan dengan menewaskan Ne­geri Sembilan (NS) Matrix 3-0 pada perlawanan playoff di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

Selepas menghuni kedudukan dua tercorot Liga Super, peluang beraksi dalam Piala Malaysia mampu menjadi platform untuk mengembalikan keyakinan The Gladiators.

Dalam perlawanan itu, skuad kendalian Azhar Abdullah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi penyerang import Nigeria, Abdulfees Abd Salam pada minit ke-12.

Abdulfees menyudahkan sepakan penalti selepas Venice Elphi dijatuhkan Kim Jim Ryong pada minit ke-12.

Ketika NS Matrix cuba bangkit memburu gol penyamaan dengan asakan bertali arus, anak didik Azhar menghukum mereka dengan menambah gol kedua menerusi Abdul Shukor Jusoh yang melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Abdulfees terus menambah derita NS Matrix dengan gol ketiga ATM apabila mudah menewaskan penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Ramli pada minit ke-52.

Tiga jaringan tersebut sudah cukup untuk menamatkan impian skuad bimbingan K. Devan mahu beraksi dalam saingan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, NS Matrix tetap berusaha memecah kebuntuan jaringan menerusi beberapa percubaan berbahaya, terutama menerusi percubaan N. Thanabalan pada minit ke-71, tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol Syed Adney Syed Hussain.

Abdulfees hampir melengkapkan hatrik pada minit ke-81 apabila menerima lorongan menarik daripada Mario Karlovic di dalam kotak penalti, namun remba­tannya berjaya ditampan Helmi Eliza.

Sementara itu, gol tunggal Shafiq Shahrudin pada minit ke-45 sudah cukup membawa JDT II melayakkan diri ke Piala Malaysia selepas menumpaskan Sime Darby 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/atm-jdt-ii-lengkapkan-slot-16-pasukan-piala-malaysia-1.128484#sthash.JPpO6qfP.dpuf


Monday, 3 November 2014

PIALA MALAYSIA : Mat Yo dipersalahkan?

03 November 2014 1:05 AM


PENYERANG JDT, Norshahrul Idlan Talaha terlalu sedih sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Lumrah menjadi pemain terkenal, tatkala hebat disanjung menggunung, kalau kalah akan dikeji tanpa belas kasihan dan itulah yang berlaku ke atas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Mat Yo dikatakan menjadi punca kekalahan JDT setelah pemain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti keempat dalam aksi final Piala Malaysia, Sabtu lalu apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada 120 minit perlawanan.

Tindakan meletakkan 100 peratus kesalahan ke atas bahu pemain kelahiran Terengganu itu dilihat kurang wajar kerana bola sepak dimainkan dalam satu pasukan.

Rata-rata penyokong pasukan Harimau Selatan itu sukar untuk menerima kekalahan lebih-lebih lagi Pahang hanya beraksi dengan 10 pemain. Malah, penyokong yang gagal membendung perasaan kecewa mereka telah menjadikan laman sosial, Facebook sebagai platform mereka untuk melepaskan kemarahan terhadap Mat Yo.

Utusan Malaysia cuba mendapatkan penjelasan Mat Yo, semalam bagaimanapun pemain itu gagal dihubungi.

Sementara itu, Kapten JDT, Safiq Rahim ketika ditemui pemberita, kelmarin enggan menyalahkan mana-mana pemain ekoran kekalahan yang menimpa pasukannya.

“Bola ini jahat sebenarnya, semua pemain kena terima kenyataan mungkin bukan rezeki kami malam ini. Insya-Allah kami akan perbaiki untuk musim depan. Kami akan pastikan Piala Malaysia akan berada di negeri Johor musim depan,” katanya.

Ekoran daripada kekalahan tersebut, aksi perlawanan dicemari insiden sekumpulan penyokong Harimau Selatan menyalakan suar sebagai tanda protes sehingga menyebabkan asap memenuhi ruang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum majlis penyampaian hadiah bermula.

Malah, beberapa letupan bunyi mercun dari tempat duduk penyokong Tok Gajah turut kedengaran sewaktu pemain pertahanan mereka, Mohd. Saiful Nizam Miswan dibuang padang dan situasi sama sekali lagi berulang sewaktu Pahang meraikan kemenangan mereka setelah berjaya mengatasi JDT menerusi penentuan sepakan penalti.

Walaupun suar dan mercun diharamkan, namun para penyokong tanpa rasa takut menyalakan bahan api tersebut sewaktu perlawanan berlangsung, sehingga mengakibatkan suasana di dalam stadium dipenuhi dengan asap.

Insiden tersebut turut mencetuskan tanda tanya bagaimana mercun dan suar berjaya diseludup masuk penyokong ke dalam stadium sedangkan kawalan keselamatan telah ditingkatkan.

Ia sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan apakah tiada mekanisma lain bagi membendung masalah itu daripada terus berlarutan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-yo-dipersalahkan-1.19967#sthash.RP7jqV2m.dpuf



PIALA MALAYSIA : Kekalahan paling perit – Bojan

OLEH SUFIAN HADI MOHD. SOJAK (SUKAN@UTUSAN.COM.MY) | 03 November 2014 1:05 AM


JURULATIH JDT, Bojan Hodak (kiri) menepuk dahi selepas pasukannya tewas kepada Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak menganggap kekalahan ke atas Pahang di pentas final Piala Malaysia, kelmarin adalah yang paling perit sepanjang kariernya.

Pengendali kelahiran Crotia itu melahirkan rasa kecewa terhadap anak-anak buahnya yang gagal memanfaatkan peluang keemasan setelah berkelebihan dengan seorang pemain apabila skuad Tok Gajah tempang dengan ketiadaan Mohd. Saiful Nizam yang dilayangkan kad merah.

JDT tumpas menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 ditangan Pahang selepas masing-masing terikat 2-2 sehingga mengheret perlawanan kepada masa tambahan.

“Saya sangat kecewa dengan kekalahan tadi (kelmarin) kerana mereka tidak menggunakan peluang sepenuhnya yang dimiliki.

“Kita menguasai permainan dan bermain lebih baik dari mereka. Kita berhak menang kerana mempunyai dua peluang di mana percubaan tepat terkena tiang sepanjang perlawanan.

“Selain itu, Pahang juga boleh dikatakan bernasib baik kerana mereka hanya menang menerusi penentuan sepakan penalti,” kata Hodak.

Sementara itu, Hodak turut mengkritik kualiti permukaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang pada pandangannya hanya cantik di pandangan mata.

“Saya kecewa dengan keadaan padang hari ini (kelmarin) yang bagi saya hanya kelihatan cantik pada pandangan mata,” tegasnya.

Stadium Nasional yang ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaran dilakukan, nampaknya masih tidak berada pada tahap terbaik setelah keadaan rumput begitu mudah tercabut setiap kali pemain melakukan sepakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kekalahan-paling-perit-8211-bojan-1.19957#sthash.SSI6jnrN.dpuf



Friday, 31 October 2014

PIALA MALAYSIA : Al-Hafiz janji komitmen 110%

OLEH NURUL HUDA HASSAN (HUDA.HASSAN@UTUSAN.COM.MY) | 31 Oktober 2014 2:44 AM

MUHAMMAD Al-Hafiz Hamzah (kanan) bersama Jorge Pereyra Diaz melayani peminat JDT, Muhamad Shariswan Alif Mohd. Shazani, 12, yang menghidap penyakit saraf, sebelum memulakan sesi latihan di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung esok. – utusan/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU - Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Al-Hafiz Hamzah berjanji memberikan komitmen serta aksi terbaiknya bagi menjaga gawang daripada dibolosi pasukan Pahang, sekali gus membantu pasukannya membawa pulang Piala Malaysia ke Johor musim ini.

Setakat ini hanya posisinya dalam skuad sudah terjamin apabila diberi kepercayaan oleh pengendali JDT, Bojan Hodak untuk beraksi Sabtu ini.

“Saya sudah bersedia dan akan memberikan 110 peratus untuk pasukan,” katanya apabila ditanya tentang persiapannya menghadapi final Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Muhammad Al-Hafiz yang ditemui pada sesi latihan bersama skuad Harimau Selatan di padang Seri Gelam dilihat bersemangat ketika mendengar segala tunjuk ajar jurulatih bersama rakan-rakan lain dalam mempersiapkan diri untuk bertemu Pahang.

Dia mengakui bakal berdepan tugas berat untuk menghalang percubaan pasukan Pahang terutamanya dua pemain import mereka, Mathias Conti dan Dickson Nwakaeme, namun memberi jaminan akan berusaha yang terbaik.

“Saya juga pasti rakan-rakan lain akan memberikan aksi terbaik sama seperti saya kerana kami berharap dapat menjulang Piala Malaysia kali ini,” katanya.

Sementara itu, Hodak memberitahu, tiada sebab untuk membuat pertukaran bagi penjaga gol pasukan kerana menyifatkan Muhammad Al-Hafiz sudah memberikan aksi dan komitmen terbaiknya dalam perlawanan sebelum ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/al-hafiz-janji-komitmen-110-1.18953#sthash.yIfjZwxS.dpuf


Tuesday, 28 October 2014

PIALA MALAYSIA : ‘Sebuah perjalanan yang indah’

Layak ke final Piala Malaysia, juarai Liga Super – TMJ

OLEH SUFIAN HADI MOHD. SOJAK (SUKAN@UTUSAN.COM.MY) | 28 Oktober 2014 1:13 AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff memberi penghormatan kepada penyokong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, minggu lalu selepas JDT menewaskan Felda United pada separuh akhir kedua untuk mara ke final Piala Malaysia. – uTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kejayaan yang dikecapi oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini sebagai sebuah perjalanan yang indah.

JDT bakal menentang Pahang dalam pertembungan dua gergasi untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sebelum ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu merangkul kejuaraan pertama mereka dengan muncul juara Liga Super.

“Setelah melalui perjalanan yang hebat dan indah dalam musim ini, pengajaran yang saya ambil iktibar adalah supaya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip diri.

“Destinasi bukanlah yang lebih utama, tetapi apa yang lebih penting adalah pengajaran yang diterima sepanjang perjalanan. Ianya menyedarkan kita supaya menjadi seorang yang rendah diri, sabar, dan sentiasa bersyukur,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dalam Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Kini, anak-anak buah Hodak memerlukan selangkah lagi untuk JDT mengecapi impian menjulang Piala Malaysia buat julung kalinya bagi dijadikan hadiah istimewa kepada Tunku Ismail yang baharu melangsungkan perkahwinannya, 24 Ogos lalu.

Sepanjang laluan ke final, JDT memperoleh lapan kemenangan dan dua seri serta satu-satunya pasukan yang dapat menewaskan mereka adalah Felda setelah 4-3 dalam saingan separuh akhir pertama, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor, 20 Oktober lalu.

Malah, JDT mencatatkan rekod bersih tanpa kalah di halaman sendiri, Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di Larkin, Johor Bahru yang merupakan gelanggang keramat mereka.

“Salah satu prinsip utama yang saya berpegang teguh pada musim ini ialah supaya jangan sekali-kali berputus asa, bukan sahaja dalam bolasepak, tetapi juga dalam kehidupan.

“Umpama beluncas yang menyangka dunianya telah berakhir, rupanya ia bertukar menjadi rama-rama,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-sebuah-perjalanan-yang-indah-8217-1.17486#sthash.Lijfpj1g.dpuf


PIALA MALAYSIA : ‘Gergasi kena tunjuk kualiti’

Reputasi besar Pahang, JDT di final Piala Malaysia cermin mutu bola sepak Malaysia

OLEH MOHAMAD SHOFI MAT ISA (SHOFI.ISA@UTUSAN.COM.MY) | 28 Oktober 2014 1:12 AM



PAHANG memiliki antara pemain barisan terbaik yang bukan saja mampu membawa mereka mempertahankan kejuaran Piala Malaysia, malah mempamer aksi berkualiti di pentas akhir, Sabtu ini.



SEBAHAGIAN besar pemain terbaik Liga Malaysia berada dalam skuad JDT, justeru prestasi Harimau Selatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil hujung minggu ini menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

KUANTAN – Perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang dilabel sebagai ‘pertembu­ngan dua gergasi’ harus mempertontonkan satu pertarungan berkualiti, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) masing-masing turun dengan reputasi gah, justeru pertemuan di antara gergasi Pantai Timur dan gergasi Selatan itu akan menggambarkan mutu bola sepak negara ini.

Skuad Tok Gajah turun dengan misi mempertahankan kejuaraan, selain mencari trofi kedua musim ini selepas muncul juara Piala FA.

JDT, yang melayakkan diri ke final Piala Malaysia buat kali pertama pula bersemangat untuk merangkul gelaran berganda selepas dinobat sebagai juara Liga Super.

Malah, mereka juga mahu mengulangi pencapaian MPPJ yang menjadi kelab pertama dinobat juara Piala Malaysia pada 2003, selain mengulangi kemenangan yang dilakukan skuad negeri, Johor (kini dikenali JDT II) yang kali terakhir menjulang kejuaraan berprestij itu pada 1991 selepas menumpaskan Selangor 3-1.

“Saya amat berharap pada perlawanan akhir itu nanti kedua-dua pasukan akan mempamer permainan berkualiti dan penonton akan berpuas hati.

“Saya percaya kedua-dua pasukan hendak menang dan kedua-dua penyokong juga hendak pasukan masing-masing menang,” kata Tengku Abdullah.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Santapan dan Penyerahan Bendera Sempena Kembara Wartawan Pahang bagi menakluk puncak paling tinggi di utara Asia Tenggara, Gunung Fansipan dan melakukan selaman di Teluk Ha Long Vietnam, semalam.

Tengku Abdullah berkata, permainan berkualiti penting untuk menunjukkan mutu bola sepak di negara ini semakin meningkat selain menarik minat penyokong ha­dir ke stadium.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya berdisiplin dan tidak mencemarkan perlawanan akhir itu.

Tengku Abdullah berharap penyokong tidak membawa barangan yang tidak dibenarkan seperti suar dan mercun serta tidak mencetusprovokasi.

Ditanya mengenai pasukan yang menjadi pilihannya, Tengku Abdullah berkata, beliau berharap pasukan terbaik akan menang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-gergasi-kena-tunjuk-kualiti-8217-1.17480#sthash.hBKhXQCe.dpuf



Thursday, 23 October 2014

PIALA MALAYSIA : Felda memang
The Fighters

Tundukkan Harimau Selatan 4-3 dengan 10 pemain

OLEH NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR (SUKAN@UTUSAN.COM.MY) | 21 Oktober 2014 4:00 AM


KUALA LUMPUR , 20 Oktober 2014--Pemain JDT, Mohd Nazrin Nawi (kanan) diasak pemain Felda United, Hasni Zaidi pada perlawanan separuh akhir pusingan pertama di Stadium MPS, Selayang, di sini hari ini. GAMBAR/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN/utusan

PEMAIN Felda, Indra Putra Mahayuddin (kiri) bersaing dengan penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah (tengah) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium MPS, Selayang, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

Walaupun beraksi de­ngan 10 pemain sepanjang 36 minit terakhir permainan, Felda United membuktikan mengapa mereka digelar The Fighters apabila mempamer semangat juang tinggi untuk menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-3 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, semalam.

Kemenangan tipis bagaima­napun menyaksikan anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu berdepan misi sukar apabila bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin untuk aksi separuh akhir kedua, hujung minggu ini.

Felda garang di awal permainan dan mendahului seawal minit kelapan menerusi Edward Junior Wilson yang melakukan rembatan dari luar kotak penalti.

Skuad The Fighters terus menguasai permainan dengan beberapa peluang tercipta menerusi gerakan menarik Indra Putra Mahyuddin dan pemain import Mkeche Ndumba.

Ketika perlawanan hampir memasuki waktu rehat, Ahmad Syamim Yahya menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan lencong.

Pareyra Diaz merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-52 apabila dia yang tidak dikawal melakukan rembatan deras menewaskan Farizal Harun.

Felda terpaksa beraksi de­ngan 10 pemain pada minit ke-54 selepas Nasriq Baharom dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua akibat mengkasari Pereyra Diaz.

Kekurangan pemain tidak mematahkan semangat The Fighters yang berjaya menambah jaringan ketiga menerusi Ndumba pada minit ke-60.

JDT menerusi pemain gantian, Luciano Figueroa kembali merapatkan jurang 3-2 pada minit ke-80 apabila menanduk masuk hantaran terus Amri.

Ketika perlawanan berbaki tiga minit untuk ditamatkan, Pereyra Diaz menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras ke kiri gawang, namun Ndumba muncul wira Felda dengan meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-memang-8232-the-fighters-1.15083#sthash.lTSh1sew.dpuf


PIALA MALAYSIA : Tok Gajah banyak kelemahan

Kena segera bangkit jika mahu cari tiket ke perlawanan akhir

OLEH SHAHRINNAHAR LATIB (NAHAR.LATIB@UTUSAN.COM.MY) | 22 Oktober 2014 3:23 PM

Pemain Pahang, R. Gopinathan (tengah) tetap menjalani latihan di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam biarpun menyambut Deepavali hari ini. –UTUSAN/MAHATHIR ALI

Kapten Pahang, Mohd. Razman Roslan mengakui terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki skuad Tok Gajah selepas tewas 1-3 kepada Kedah dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Ahad lalu.

Katanya, pasukannya tidak boleh membuang masa dan perlu segera memperbaiki apa juga masalah jika mahu menjinakkan Lang Merah dalam perlawanan separuh akhir kedua di Kuantan, Jumaat ini.

Dalam aksi di Stadium Darul Aman minggu lalu, Pahang banyak melakukan kesilapan, terutama di bahagian serangan yang mempersiakan peluang selain bahagian tengah yang kurang berfungsi.

"Pertahanan juga banyak memberi peluang kepada lawan. Namun saya dan rakan akan bangkit untuk berjuang bagi membolehkan pasukan Tok Gajah menang ke atas Kedah," katanya di sini semalam.

Katanya lagi, dia memang kecewa dengan kegagalan pasukan menang pada perlawanan itu, namun tidak mahu memikirkan sebalik terus fokus untuk perlawanan separuh akhir kedua Jumaat ini.

"Kita akan bangkit untuk menang. Dengan kemasukan semua Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart saya yakin kita mampu beroleh kemenangan," katanya.

Katanya lagi, semua pemain diharap tidak leka dan mengambil mudah sebaliknya perlu mempamerkan kebangkitan agar sasaran untuk layak ke peringkat akhir tercapai.

Dalam pada itu, dia menyeru penyokong memenuhi Stadium Darul Makmur bagi menaikkan semula semangat pemain-pemain Tok Gajah.

Sementara itu, 32,500 keping tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pahang dengan Kedah akan mula dijual di kuanter-kaunter tiket di Stadium Darul Makmur esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata, seba­nyak lapan kaunter akan dibuka, termasuk kaunter khas untuk wanita.

“Selain itu, 5,000 keping tiket pula boleh diperolehi di Stadium Mini Temerloh, Temerloh, bermula pukul 10 pagi pada hari yang sama.

“Setiap pembelian akan dihadkan hanya empat keping seorang dan dua tiket sahaja untuk kanak-kanak,” katanya di sini semalam.

Menurut beliau, harga tiket kekal seperti biasa iaitu RM12 untuk terbuka, RM15 (terbuka berbumbung) dan RM25 (tempat duduk utama).

“Selain itu bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun tiket berharga RM8. Tiket dijual sehingga habis dan kalau ada lebih lagi, bakinya akan dijual pada Jumaat pula,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-banyak-kelemahan-1.15433#sthash.fjqUMiUp.dpuf



Monday, 20 October 2014

Piala Malaysia: Kedah dapat modal selesa atasi Pahang 3-1


ALOR SETAR: Kedah sekali lagi mempamerkan persembahan bermutu untuk menewaskan Pahang 3-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini.

Kemenangan berharga ini memberi modal selesa buat anak didik Tan Cheng Hoe yang jelas menyajikan aksi penuh bertenaga di hadapan puluhan ribu penyokong Helang Merah.

Pahang pimpinan Zainal Abidin Hassan memberi saingan, namun penyudahan hambar mereka gagal membantu cabaran skuad Tok Gajah itu di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam separuh akhir kedua di Kuantan, Jumaat ini untuk mengintai peluang ke final, bulan depan.

Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit kelapan hasil jaringan cantik pemain import Korea Selatan, Namkung Wong yang menyudahkan hantaran daripada Mohd Rizal Ghazali.

Pahang yang jelas pincang tanpa Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart gara-gara digantung perlawanan bangkit dan hampir mahu menyamakan kedudukan pada minit ke-16 tetapi usaha baik daripada Mohd Azamuddin Md Akil gagal disempurnakan R Gopinathan.

Selepas rehat, Kedah menguatkan lagi cengkaman apabila Mohd Farhan Roslan menanduk masuk gol kedua selepas menerima hantaran silang Badrol Bakhtiar pada minit ke-48.

Namun, Pahang tidak menyerah dan usaha mereka berbalas apabila bangkit merapatkan jurang pada minit ke-90 hasil jaringan Matias Conti.

Kedah bagai tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka dan bertindak agresif mahu gegar gawang lawan lagi.

Selang dua minit kemudian keringat mereka berbalas apabila Khyril Muhymeen Zambri tenang menyumbat masuk gol ketiga pasukan untuk memberi modal selasa buat skuad Helang Merah.

KEPUTUSAN

Separuh akhir pertama

KEDAH..........3

(Namkung Wong, m-8

Farhan Roslan, m48

Khyril Muhymeen Zambri, 92)

PAHANG........1

(Matias Conti,m-90)


PENYERANG Kedah , Badrol Bakhtiar diasak benteng pertahanan Pahang dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Pahang di Stadium Darulaman. - Foto Shahrizal Md Noor


Friday, 17 October 2014

PIALA MALAYSIA : Safiq Rahim terajui kemaraan JDT ke separuh akhir

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my

SAFIQ Rahim menanduk bola untuk menjaringkan gol pertama JDT dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu di Johor Bahru malam tadi. JDT menang 3-1. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Safiq Rahim muncul wira Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila menjaringkan dua gol ketika mereka membenam cabaran Terengganu dengan kemenangan 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Harimau Selatan mengisi slot terakhir ke separuh akhir Piala Malaysia dan akan bertemu Felda United.

Setelah hanya seri tanpa jaringan dalam suku akhir pertama di Kuala Terengganu, sorakan kira-kira 30,000 penyokong sendiri jelas memberikan semangat buat Harimau Selatan untuk menunjukkan taring dengan mempamerkan aksi berbisa sebaik perlawanan bermula.

Gol pertama JDT hadir pada minit ke-16 menerusi Safiq yang menanduk masuk hantaran lintang Mohd. Nazrin Mohd. Nawi dari sebelah kiri.

Selang lima minit kemudian, Luciano Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah setelah menerima lorongan cantik Mohd. Amri Yahyah dengan melakukan rembatan menewaskan penjaga gol Mohd. Sharbinee Allawee.

Skuad Penyu yang beraksi longlai pada babak pertama hanya melakukan satu percubaan tepat ke arah gol menerusi rembatan jarak jauh Mario Karlovic namun diselamatkan Muhd. Al-Hafiz Hamzah.

Bagaimanapun pasukan pelawat menampilkan watak berbeza selepas rehat. Skuad dibimbing Abd. Rahman Ibrahim itu menampilkan corak permainan agresif dan Karlovic sekali lagi mempunyai peluang untuk melakukan jaringan pada minit ke-56 namun percubaannya tepat ke arah Muhd. Al-Hafiz.

Tetapi empat minit kemudian Harimau Selatan tersentak apabila Terengganu merapatkan kedudukan menerusi Ashaari Samsuddin yang menerima bola hantaran jauh.

Namun, jaringan itu menyemarakkan semangat anak buah Bojan Hodak yang kembali menguasai permainan dan hampir menambah jaringan menerusi Jorge Diaz pada minit ke-66 namun pantas diselamatkan pemain pertahanan lawan.

Norshahrul Idlan Talaha yang dimasukkan menggantikan Diaz pada minit ke-70 memperkasakan jentera serangan mengasak benteng pertahanan lawan.

Gerakan yang dimulakan Norshahrul dari sebelah kanan memberi ruang kepada Safiq yang tidak dikawal untuk merembat masuk gol ketiga pada minit ke-74.

Harimau Selatan mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan namun sama ada tersasar atau disekat benteng lawan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141017/su_03/Safiq-Rahim-terajui-kemaraan-JDT-ke-separuh-akhir#ixzz3GM76xcUF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Monday, 13 October 2014

PIALA MALAYSIA : Kedah, Felda United cipta sejarah


Pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri (kiri) dihadang dengan keras oleh seorang pemain Kelantan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Aman Alor Setar malam tadi. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

KUALA LUMPUR - Kedah mengejutkan finalis Piala Malaysia musim lalu Kelantan dengan kemenangan 3-0 untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 3-2 sambil diiringi satu lagi pasukan Liga Perdana, Felda United yang menyingkirkan Selangor berbekalkan agregat 7-3 selepas seri 3-3 di Stadium Mini Temerloh malam tadi.

Kedah yang merupakan juara Piala Malaysia 2008, memulakan pertarungan sengit di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu dengan ketinggalan 3-1, namun asakan mereka sejak awal jelas membuktikan tiada istilah putus asa dalam diri para pemainnya.

Bagaimanapun, para penyokong mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-42 sebelum bersorak gembira Ahmad Hanif Md. Zahir menjaringkan gol pertama selepas menerima hantaran pemain dari England, Billy Mehmet.

Perlawanan semakin hangat sebaik babak kedua bermula. Kegagalan pertahanan The Red Warriors mengawal pergerakan Baddrol Bakhtiar mengundang padah apabila kapten pasukan Lang Merah itu berjaya menyusup ke kawasan penalti pelawat sebelum melakukan rembatan ke penjuru kiri untuk menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-53.

Kelantan terus tertekan setelah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Ahmad Fakri Saarani dilayangkan kad merah pada minit ke-72 dan kesempatan itu dimaanfaatkan sepenuhnya pasukan tuan rumah apabila meledak gol ketiga menerusi pemain gantian Mohd. Syafiq Ahmad pada minit-minit akhir permainan.

Kejayaan itu menyaksikan Kedah bakal bertemu sama ada PDRM atau juara Piala Malaysia 2013, Pahang yang akan beraksi di Stadium Shah Alam malam ini.

Di Stadium Mini Temerloh, Selangor yang kalah 4-0 dalam pertemuan pertama berusaha keras untuk mengubah nasib mereka dan kelihatan mampu melakukannya setelah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-30 selepas menerima hantaran Muhammad Afiq Azmi.

Namun Felda United bangkit untuk menyamakan kedudukan 18 minit kemudian selepas Edward Junior Wilson merembat bola muntah hasil percubaan awal Makeche Ndumba.

Kegembiraan penyokong The Fighter tidak bertahan lama apabila Andik Vermansyah yang menerima hantaran Rangel berjaya menewaskan Mohd. Farizal Harun untuk Selangor kembali di depan.

Rangel sekali membuktikan dia antara penyerang berbisa apabila menghasilkan satu lagi gol pada minit ke-61 setelah menyudahkan hantaran Andik untuk meletakkan pasukan pelawat di hadapan dengan kedudukan 3-1.

Bagaimanapun, hanya tujuh minit kemudian, Edward Junior Wilson merapatkan kedudukan sebelum pemain gantian berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki enam minit untuk ditamatkan sekali gus meranapkan impian pasukan pelawat.

Gol itu nyata mengecewakan penyokong Selangor yang bertindak membaling kira-kira 10 butir suar ke belakang pintu gol Felda.

Keadaan bagaimanapun berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan tidak lama kemudian.

Felda United bakal bertemu perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) atau Terengganu yang akan bertemu di di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 16 Oktober ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141011/su_01/Kedah-Felda-United-cipta-sejarah#ixzz3G0BxN092  © Utusan Melayu (M) Bhd