Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 4 June 2012

Tidak logik mahu turun ke jalanan - Hishammuddin


DARI UTUSAN MALAYSIA
3/6/2012
Hishammuddin Tun Hussein berucap dengan penuh bersemangat pada majlis pelancaran Program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Jitra, Kedah, semalam. - MINGGUAN/HALIM KHALID

KUBANG PASU 2 Jun - Tindakan pembangkang yang mendakwa penyokongnya mungkin turun ke jalanan untuk berdemonstrasi jika kerajaan Barisan Nasional (BN) terus didapati melakukan penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu tidak logik disebut seorang pemimpin pembangkang ketika berucap dalam perhimpunan di sebuah stadium yang majlisnya berlangsung tanpa sebarang gangguan.

"Semalam mereka berhimpun di stadium. Adakah logik dia berucap begitu di stadium yang tidak diganggu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA), Jitra di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai ucapan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman malam tadi yang mendakwa penyokong pembangkang mungkin akan turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi jika kerajaan BN terus didapati melakukan penipuan pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan nada seolah-olah mengugut, Mohammad Sabu atau Mat Sabu dilaporkan berkata, jika perkara itu terjadi maka rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana penipuan kerajaan BN sebenarnya yang mengundang mereka berbuat demikian.

Hishammuddin berkata, pembangkang sebenarnya boleh menganjurkan perhimpunan secara aman tanpa mewujudkan suasana yang tidak diingini seperti program Himpunan Hijau ke Putrajaya itu. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa perhimpunan lain yang dianjurkan pembangkang sebelum ini tidak diadakan di stadium sedangkan mereka boleh berbuat demikian.

"Kalau buat secara aman, nak tunggu sampai pagi pun tidak apa. Saya nak tanya kenapa perhimpunan lain yang dianjurkan oleh pihak komponen rakan mereka dalam pembangkang, mereka begitu bersungguh-sungguh tidak mahu mengadakannya di stadium dan mewujudkan suasana yang menyebabkan pihak berkuasa bimbang dengan kemungkinan perkara tidak diingini berlaku?" katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO melihat tindakan pembangkang menganjurkan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman malam tadi sebagai tindak balas kepada gelombang dan kesedaran rakyat terhadap BN yang semakin meningkat. Katanya, kaedah yang digunakan pembangkang pada perhimpunan itu tidak jauh bezanya dengan program yang diadakan BN sebelum ini.

"Cara mereka seperti menggunakan elemen warna dan perhimpunan yang mempunyai unsur program dengan golongan muda, apa bezanya dengan program BN Pilihan Orang Muda yang kita telah lancarkan di empat negeri.

"Kita tengoklah siapa yang ikhlas dan betul-betul berjuang untuk rakyat," katanya.

KOMEN : KENAPA PERLU DILAYAN PUAK MINORITI YANG GILA KUASA TU... ?

No comments: