Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label FA CUP. Show all posts
Showing posts with label FA CUP. Show all posts

Monday, 16 May 2016

JDT juara Piala FA

UTUSAN ONLINE | 14 Mei 2016 11:17 PM



KUALA LUMPUR 14 MEI - Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz cuba melepasi pemain PKNS ketika Perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016 diantara pasukan JDT FC menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. JDT menang ke ata PKNS 2-1. UTUSAN/AZIZUL A. MAJID

SHAH ALAM 14 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala FA selepas menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Bagaimanapun juara Piala AFC itu terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan The Red Ants pada minit keenam menerusi sepakan penalti Gabriel Miguel Guerra selepas pertahanan JDT Aidil Zafuan Abd. Radzak menjatuhkan Gonzalo Manuel Sato dalam petak penalti.

Namun gol itu tidak bertahan lama apabila pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan pula sepakan penalti kepada pasukan Harimau Selatan selepas Jorge Diaz dijatuhkan oleh penjaga gol G. Jeevanathan pada minit ke-16.

Sepakan penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh kapten JDT, Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan seri 1-1 dan Diaz menambah gol kedua dan kemenangan Harimau Selatan pada minit ke-35. – UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-juara-piala-fa-1.326006#sthash.x65njDtU.dpuf


Rakyat Johor sambut Piala FA bersama Sultan Ibrahim

BERNAMA | 15 Mei 2016 6:56 PM


SEGAMAT 15 Mei - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan kemenangan pasukan JDT menjuarai Piala FA sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan Segamat, hari ini. - fotoBERNAMA

SEGAMAT 15 Mei - Lebih 5,000 rakyat negeri ini membanjiri tapak pasar tani Taman Yayasan bagi melihat secara dekat Piala FA yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Barisan pemain JDT yang tiba di sini kira-kira 2 petang ini, disambut meriah penyokong skuad Harimau Selatan, yang mula membanjiri kawasan berkenaan seawal 12 tengah hari tadi.

Kawasan itu juga adalah lokasi terakhir bagi hari kedua Kembara Mahkota Johor 2016, yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim yang berangkat tiba kira-kira 3.15 petang, turut diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat sama adalah kelima-lima anakanda baginda.

Sultan Ibrahim kemudian dipersembahkan dengan Piala FA 2016 oleh kapten pasukan, Safiq Rahim dan ketua jurulatih JDT, Mario Gomez.

Pada perlawanan akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam malam tadi, JDT menewaskan PKNS FC 2-1, sekali gus menamatkan penantian menjulang piala berkenaan yang kali terakhir dimenangi pasukan itu pada 1998.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Hafiz Ahmad sebagai wakil kepada pertubuhan anak-anak yatim daerah berkenaan. 

- BERNAMA- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rakyat-johor-sambut-piala-fa-bersama-sultan-ibrahim-1.326352#sthash.SO0WPBGn.dpuf



JDT semakin bernafsu

Dua lagi trofi jadi sasaran Gomez, Safiq mahu ACL
FADHILUL IZMEL ISHAK 
DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 16 Mei 2016 12:24 AM



TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM (kanan) meraikan kejayaan JDT muncul juara Piala FA bersama kapten, Safiq Rahim kelmarin. UTUSAN/Abdul Razak Latif

SHAH ALAM 15 Mei - Selepas merangkul Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bernafsu besar untuk menambah koleksi dalam kabinet mereka apabila Piala AFC serta Liga Super kini menjadi sasaran sete­rusnya.

JDT sudah pun mendakap dua trofi musim ini iaitu Piala Sumbangsih sewaktu menewaskan Selangor pada Januari dan terbaharu, memenangi Piala FA setelah menumpaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam semalam.

Pengendali Harimau Selatan, Mario Gomez berkata, pasukannya menyasarkan empat trofi musim ini dan dua daripadanya telah diraih, manakala dua lagi bakal menyusul membuatkan JDT.

“Musim ini kami ada empat sasaran yang perlu dilaksanakan. Dua sasaran kami sudah direalisasikan iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA. Sekarang kami mahu fokus kepada dua lagi misi iaitu Liga Super serta mempertahankan Piala AFC.

“Bagaimanapun sekarang kami mahu berseronok dulu, kami mahu meraikan kejayaan ini (menjuarai Piala FA).

“Esok kami akan bercakap mengenai perlawanan menentang Pahang dalam aksi Liga Super (Rabu ini),” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan­nya membantu JDT meraih lima trofi tidak sampai dua tahun selepas membimbing pasukan itu, Gomez berkata: “Ia bukan perkara mudah untuk dilakukan. Apa yang penting adalah saya mempunyai pemain yang bagus.”

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim turut memasang misi besar apabila meletakkan sasaran peribadiuntuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebelum menamatkan kariersebagai pemain bola sepak profesional.

“Ini kemenangan Piala FA pertama saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana JDT dapat menjuarai Piala FA kali ini. Bagi pencapaian individu ini merupakan peluang terbaik saya untuk menambah koleksi peribadi.

“Kami tidak akan berhenti di sini kerana kami mencipta sejarah di masa akan datang. Saya fikir kami juga tidak perlu menoleh ke belakang kerana kami perlu terus memandang ke hadapan.

“Secara keseluruhannya, saya masih belum mencapai tahap yang baik. Saya perlu belajar lagi dengan menimba ilmu daripada pemain JDT serta barisan kejurulatihan.

“Saya tidak boleh berhenti di sini kerana saya mahukan kejayaan pada masa depan.

“Mungkin sebelum bersara, saya mahukan kejayaan. Saya mahu layak ke Liga Juara-Juara Asia. Itu adalah impian saya,” kata ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-semakin-bernafsu-1.326487#sthash.EBu7RSvR.dpuf


Lebih 10,000 rai wira Harimau Selatan

MOHAMED SAARI | 16 Mei 2016 12:25 AM


RIBUAN rakyat Johor tidak melepaskan peluang untuk menyambut pasukan JDT yang membawa pulang Piala FA di Tapak Pasar Tani Taman Yayasan pada Kembara Mahkota Johor 2016, semalam. Kelab Media Johor

SEGAMAT 15 Mei – Cuaca panas terik tidak menghalang lebih 10,000 penyokong setia pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk datang seawal pukul 11 pagi di Tapak Pasar Tani, Taman Yayasan, di sini bagi bertemu dan meraikan pemain kesayangan mereka yang memenangi Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.

Pemain dan pegawai JDT yang menaiki dua bas tiba di lokasi terak­hir konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 itu kira-kira pukul 2.30 petang dengan disambut oleh pa­luan gendang serta laungan peminat yang telah menunggu kedata­ngan mereka sejak lebih tiga jam.

Dalam majlis bersejarah itu, Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ibrahim berkenan meraikan JDT, termasuk menjulang Piala FA bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Ne­geri, Datuk Ismail Karim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Ne­geri Johor (PBNJ).

Sementara itu, seorang penyokong setia JDT, Saadiah Liham, 53, berkata, dia tiba pada pukul 12 tengah hari dengan menunggang motosikal dari Buloh Kasap dan tidak kisah terpaksa berpanas semata-mata untuk melihat pemain JDT dari dekat.

“Ini kali pertama pemain JDT datang ke daerah ini dan lebih istimewa mereka membawa sekali Piala FA yang dimenangi malam tadi untuk tatapan kami peminat bola sepak di sini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lebih-10-000-rai-wira-harimau-selatan-1.326488#sthash.fjyUN8s7.dpuf


JDT tepati ramalan

ZAZALI JAMIAN, 
FADHILUL IZMEL ISHAK 
DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 15 Mei 2016 12:24 AM


JUARA... Safiq Rahim (depan, dua dari kiri) menjulang piala bersamasama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas menewaskan PKNS dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. – mingguan /Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada minit ke-35 membantu Harimau Selatan meraih trofi pertamanya tahun ini apabila mengalahkan PKNS FC 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Kejayaan itu juga memboleh­kan Piala FA kembali dibawa ke bumi Johor selepas kali terakhir dijulang menerusi pasukan Johor FA pada 1998.

Ini adalah kali pertama pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA sejak kejohanan itu diperkenalkan 26 tahun lalu.

Kejayaan JDT itu juga mengubat kekecewaan mereka setelah tewas kepada Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir edisi 2013.

Walaupun telah diramalkan mampu memenangi perlawanan di hadapan hampir 70,000 penonton namun JDT menghadapi kesukaran untuk menjinakkan The Red Ants, malah mereka ketinggalan pada awal permainan.

Beraksi di atas padang yang licin akibat hujan sejak petang menambah kesukaran kepada kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik mereka namun perlawanan tetap berlangsung sengit.

Namun PKNS yang lebih dahulu berada di hadapan apabila pe­ngadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan sepakan penalti pada minit kelima selepas kapten PKNS, Gonzalo Soto ditarik hingga terjatuh dalam kawasan gol oleh pertahanan tengah JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak berikutan sepakan sudut.

Peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh Red Ants menerusi penyerang dari Argentina, Gabriel Guerra yang bijak mengelirukan penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi apabila merembat kencang untuk membolehkan PKNS mendahului perlawanan.

Gol PKNS itu memaksa JDT menggandakan asakan untuk kembali menyamakan kedudukan dan asakan mereka membuahkan hasil apabila Harimau Selatan pula dihadiahkan sepakan penalti.

Tindakan penjaga gol PKNS, G. Jeevananthan untuk keluar daripada kedudukan asalnya bagi menghalang gerakan solo penyerang JDT, Diaz membawa padah apabila asakannya menyebabkan pemain itu terjatuh.

Dan, ketua pasukan Safiq Rahim tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan sepakan pada minit ke-16 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kelemahan jentera pertahanan PKNS untuk mengeluarkan bola dengan pantas ketika berhadapan situasi di dalam kawasan gol telah memberi peluang kepada JDT menambah jaringan menerusi Diaz hasil susulan bola lantun yang terkena kaki Jeevananthan pada minit ke-35.

Selepas rehat, PKNS turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah gol namun percubaan mereka sama ada diselamatkan atau dihalang oleh Izham manakala JDT juga menyaksikan beberapa percubaan mereka disekat oleh penjaga gol.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tepati-ramalan-1.326121#sthash.XAdxBImH.dpuf


Monday, 18 April 2016

FA CUP 2016 : Lang Merah bawa bekalan tipis

17 April 2016 1:24 AM


PENYERANG JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) cuba melepasi pemain Kedah, Mohd. Amirul Hisyam dalam perlawanan di Alor Setar. – MINGGUAN/ Safrizal Azmi

ALOR SETAR 16 April – Kedah me­raih bekalan tipis untuk dibawa ke Larkin pada 30 April ini apabila menumpaskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini.

Jaringan Mohd. Farhan Roslan dan Sandro Da Silva memastikan kemenangan Lang Merah, namun defisit satu gol belum boleh dianggap bekalan selesa buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe, apatah lagi JDT memiliki rekod kebal beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Kedah memperlihatkan ke­sungguhan untuk mencari kemenangan apabila mengatur sera­ngan bertali arus.

Usaha mereka akhirnya berjaya menghadirkan gol seawal minit ke-14 selepas Farhan yang me­rebahkan badan depan pintu gol JDT menolak bola tandukan pemain pertahanan, Bang Seung Hwan, sekali gus menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd. Farizal Marlias.

Kelekaan pertahanan Kedah yang membiarkan penyerang import JDT, Juan Martin Lucero bergerak bebas dalam kotak penalti membawa padah apabila pemain berusia 24 tahun itu bijak melambung bola melepasi jangkauan penjaga gol Kedah, Farhan Abu Bakar untuk gol penyamaan, minit ke-27.

Kegembiraan pasukan pelawat bagaimanapun tidak bertahan lama selepas tuan rumah kembali di depan seminit sebelum tamat separuh masa pertama apabila tendangan leret Sandro dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring se­belah kanan pintu gawang JDT.

Memasuki babak kedua, perlawanan terus rancak dengan JDT menerusi Jorge Pereyra Diaz terlebih dahulu melakukan asakan, namun rembatan leretnya dari dalam kotak penalti pada minit ke-52 berjaya dinafikan Farhan Abu Bakar.

JDT memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun sepakan percuma yang diambil oleh kapten, Mohd. Safiq Rahim pada minit ke-67 terkena palang sekali gus membuatkan penyokong Kedah menarik nafas lega.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lang-merah-bawa-bekalan-tipis-1.273293#sthash.H0FTgGl1.dpuf


Monday, 4 April 2016

FA CUP : Gomez masih belum puas hati

AZIZI MAJID | 04 April 2016 12:11 AM



PENYERANG JDT, Jorge Pereyra Diaz meraikan jaringan pertamanya ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. UTUSAN/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menepati ramalan layak ke separuh akhir Piala FA memberi peringatan awal kepada tiga pasukan lain yang turut mara setelah berjaya membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Turun selaku pe­nyandang juara Piala AFC dan Liga Super musim lalu, JDT dilihat berada di landasan terbaik untuk menyapu bersih kejuaraan domestik musim ini.

Bagaimanapun, pengendali JDT, Mario Gomez enggan memikirkan mengenai prospek skuadnya mendominasi kesemua pertandingan, malah mengingatkan anak buahnya jangan terlalu cepat berpuas hati dengan prestasi mereka kerana masih ada kekurangan dari segi taktikal yang perlu diperbaiki.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan mutu persembahan kesemua pemain namun masih ada kekurangan dari segi taktikal yang perlu diberi perhatian segera.

“Pada separuh masa pertama, pemain kami berjaya mengawal permainan namun masuk babak kedua pemain agak hilang rentak sehingga membolehkan PDRM memperoleh dua gol berturut-turut.

“Perkara itu adalah normal, saya juga sering mengingatkan kepada pemain untuk tidak terlalu memaksa diri kerana faktor tersebut boleh mengakibatkan perubahan corak permainan,” katanya selepas perlawanan.

Selepas menang tipis 1-0 dalam suku akhir pertama bulan lalu, Jorge Pereyra Diaz memastikan JDT mendahului PDRM setelah menjaringkan gol pada minit ke-15 dan 28 sebelum kapten Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-40 diikuti jaringan Aznie Taib tiga minit sebelum tamat babak pertama perlawanan.

The Cops menggandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula dan memperoleh dua gol berturut-turut pada minit ke-49 dan 62 menerusi Andrea Francisco Williams dan Ahmad Nizam Mohd. Rodzi.

Tersentak dengan dua gol berturut-turut pasukan pelawat, JDT menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol kelima menerusi gerakan solo Juan Martin Lucero pada minit ke-66 untuk JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 6-2.

Dalam pada itu, Gomez me­ngakui kecederaan pemain yang menjadi tonggak dalam JDT sedikit mencacatkan permainan secara keseluruhan.

“Ketiadaan Junior Eldstal memang dirasakan, bagaimanapun kami cuba untuk mengubah cara permainan dan memasukkan pemain gantian yang dirasakan sesuai untuk mendapatkan rentak sebenar kami,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-masih-belum-puas-hati-1.208352#sthash.2kUd2Bku.dpuf


Monday, 21 March 2016

FA CUP 2016 : JDT, Perak menang tipis, PKNS berpesta gol

20 Mac 2016 12:15 AM



Penyerang JDT, Juan Martin Lucero meraikan jaringannya selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. – Mingguan/MOHD. AZIM ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila menumpaskan Polis Diraja Malaysia ketika PKNS menang besar di tempat lawan manakala Perak hanya menang tipis di Ipoh dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA semalam.

JDT bagaimanapun memerlukan sepakan penalti Juan Martin Lucero pada minit ke-19 untuk menjaringkan gol namun sudah cukup untuk mereka menumpaskan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai bekalan apabila bertemu dalam perlawanan kedua pada 2 April nanti.

Di Stadium Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Juan Cobelli menjaringkan dua gol ketika PKNS bertambah garang pada babak kedua dengan menghasilkan tiga gol untuk menang 4-0 ke atas Sime Darby.

Red Ants mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi pemain jaringan pemain dari Palestin, Matias Hadwa pada minit ke-19 tetapi menggunakan sepenuhnya nasib malang Sime Darby, yang bermain dengan 10 orang selepas Mateo Roskam dilayangkan kad merah pada minit ke-53 untuk terus menambah gol.

Penyerang dari Argentina, Cobelli menambah derita Sime Darby hanya dua minit kemudian dan menjaringkan gol kedua peri­badinya semalam pada minit ke-78 sebelum Mohd. Nazrin Syamsul Bahri meledak jaringan keempat lima minit sebelum permainan tamat.

Sementara itu ketumpulan jentera serangan terus menghantui Perak, namun bernasib baik apabila meraih gol kemenangan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan lawan pada minit ketujuh di Stadium Perak.

Jaringan itu diperoleh apabila sepakan sudut Nazirul Naim Che Hashim ditanduk pertahanan Perak, Thiago Junior yang gagal ditepis penjaga gol Kuala Lumpur, Badrul Zaman Abd. Halim sebelum bola terkena Helmi Remeli dan melantun ke dalam gawang sendiri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-perak-menang-tipis-pkns-berpesta-gol-1.202414#sthash.wGsqfDAd.dpuf


Monday, 7 March 2016

FA CUP : Selangor, Kelantan tersingkir, JDT menang mudah

05 Mac 2016 1:55 AM



SLUG : JDT N.SEMBILANJOHOR BAHRU 4 MAC 2016 - PEMAIN pasukan Johor DT , Safee Sali (10) cuba merampas bola dari pemain pasukan Negeri Sembilan , Aroon Kumar A/K Ramaloo (2) , dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Superbest Power antara Johor DT menentang Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.Gambar : MOHD HAZROL ZAINALPemberita : FAIZAL HASHIM (Utusan/Sukan) WAN NUR ZURAIHAH WAN ALI (Kosmo/Sukan)



KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Selangor menerima kejutan apabila tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 2-1 kepada PDRM dalam pusingan ketiga semalam yang merupakan kekalahan pertama mereka dalam semua pertan­dingan musim ini.

Perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan skuad kendalian Ahmad Fauzi Pilus menampilkan aksi cemerlang untuk mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ahmad Nizam Rodzi pada minit ke-39.

Selang 13 minit babak kedua bermula, The Cops terus menggandakan kedudukan, kali ini menerusi pemain dari Singapura, Safuwan Baharuddin dan walaupun The Red Giants cuba bangkit namun jari­ngan penyerang kebangsaan Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh ketika perlawanan berbaki empat minit sudah terlalu lewat untuk menghalang mereka daripada menerima kekalahan pertama dalam semua pertandingan musim ini selepas kalah dalam perlawanan sumbangsih.

Sementara itu, aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru menyaksikan skuad Harimau Selatan tidak berdepan masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan 4-1.

Skuad kendalian Mario Gomez membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Aznie Taib sebelum Amri Yahyah menggandakan kedudukan lima minit kemudian menerusi sepakan penalti.

Pada separuh masa kedua, JDT terus menambah jaringan menerusi pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-64 dan minit ke-90 manakala Negeri Sembilan meraih gol saguhati menerusi jari­ngan pemain dari Australia, Andrew Nabbout pada minit ke-67.

Sementara itu naib juara musim lalu Kelantan tersingkir daripada Piala FA selepas Mohd. Khairul Izuan Rosli, yang terakhir mengambil sepakan, menyaksikan percubaannya terkena tiang kiri gawang Kedah untuk mereka tewas 5-4 menerusi penalti penentuan selepas perlawanan terikat 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Terdahulu Kelantan mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan jarak dekat pemain pertahanan Jonathan McKain selepas sepakan bebas Muslim Ahmad ditanduk ke depan gawang oleh Dramane Traore.

Bagaimanapun, Kedah me­nya­ma­kan kedudukan tiga minit selepas babak kedua berlangsung menerusi jaringan Khairul Helmi Johari yang menanduk masuk sepakan sudut Baddrol Bakhtiar, dan walaupun tuan rumah mengasak hingga tamat perlawanan masa tambahan namun akhirnya memerlukan pe­nalti penentuan untuk mara ke pu­singan keempat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-kelantan-tersingkir-jdt-menang-mudah-1.197224#sthash.yIXcxxHz.dpuf


Monday, 22 February 2016

FA CUP : Kedah, JDT berpesta gol

FADHILUL IZMEL ISHAK | 20 Februari 2016 1:59 AM


Penjaga Gol UiTM, Pavel Matiash hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya untuk kali keempat hasil percubaan pemain JDT, Amirul Hadi Zainal (kiri) dalam perlawanan Piala FA di Shah Alam semalam. utusan/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR - Naib juara Piala Malaysia, Kedah berpesta gol apabila membelasah Megah Murni 8-0, kira-kira lima jam selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menang 5-0 ke atas UiTM FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA semalam.

Penyerang baharu Kedah, Carlos Kahe mencipta hatrik di Stadium Darul Aman, Alor Setar apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh selang seminit pada penghujung perlawanan setelah meledakkan gol pertamanya semalam pada minit ke-36.

Syazwan Zainon pula menjaringkan gol pada minit ke-25 dan 38 manakala Azmeer Yusof membuka tirai jaringan seawal minit keenam diikuti jaringan Sandro empat minit kemudian dan gol Amirul Hisyam pada minit ke-28.

Terdahulu JDT membelasah UiTM 5-0 dalam perlawanan sebelah petang di Stadium UiTM, Shah Alam dengan S. Chanturu menjaringkan dua gol (minit ke-32 dan 37) selepas sepakan bebasnya membantu Amri Yahyah menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-13. Amirul Hadi Zainal meletakkan JDT mendahului 4-0 sebelum rehat dan Jorge Pereyra Diaz menambah gol kelima pada minit ke-71.

Amirul Hadi kemudian dibuang padang pada minit ke-85 selepas mengasari Mohd. Adib Rosli.

Selangor pula terpaksa menunggu hingga minit ke-69 untuk berada di hadapan menerusi jaringan Patrick Ronaldinho sebelum jaringan Abdul Hadi Yahya lapan minit kemudian memastikan juara Piala Malaysia itu meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Air Asia All Star 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.

Sementara itu, Sime Darby menyingkirkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas Nazrul Kamaruzaman menjaringkan gol pada minit ke-19 disusuli jaringan Muhd. Shazlan Abu Samah tujuh minit selepas babak kedua bermula.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka PKNS FC memastikan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-1 menerusi jaringan Matias Jadue pada minit ke-47, Gonzalo Soto (minit ke-74) sebelum Gabriel Guerra menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir permainan manakala gol sagu hati skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-71.

Perlis pula berhempas-pulas untuk meneruskan kemaraan dan berterima kasih kepada jaringan Vincent Kayne pada minit ke-71 untuk menang 1-0 ke atas Felcra di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Sementara itu di Kuantan, Pahang yang tewas 1-4 kepada Pulau Pinang dalam saingan Liga Super Selasa lalu menebus kekecewaan itu apabila menewaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Darul Makmur.

Jaringan kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-111 menerusi Dalibor Volas yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut German Pacheco.

Sebelum itu Pacheco menyempurnakan gerakan cantik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas mereka dikejutkan oleh jaringan Muhamad Sapawi Rasid menerusi sepakan bebas pada minit ketujuh.

Sementara itu jaringan sendiri pemain PDRM pada masa tambahan menyebabkan pasukannya tewas 1-2 kepada DRB Hicom di Stadium Proton, Tanjung Malim.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kedah-jdt-berpesta-gol-1.192475#sthash.cuNRvxbQ.dpuf

Wednesday, 18 March 2015

Piala FA: Kelantan, Perak, PP, JDT II dan Sime Darby mara suku akhir

SELASA, 17 MAC 2015 @ 11:14 PM

Oleh Wan Fakhrul Bakar I Shamsul Kamal Amarudin I Nor Izuan Shamsuddin I Amin Jalil I Bashah Zainol Abidin  bhsukan@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Sime Darby FC mencipta kejutan apabila membenam pasukan pilihan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-2, malam ini untuk gah mara ke suku akhir kejohanan bola sepak Piala FA, musim ini.

Turut layak ke kelompok lapan terakhir selepas tamat pusingan ketiga ini adalah Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Johor Darul Ta'zim (JDT II) yang masing-masing merakamkan kemenangan penting.

Di Stadium Selayang, pasukan tercorot Liga Super, Sime Darby menyingkirkan pasukan tangga kedua liga, PDRM untuk melangkah bergaya ke suku akhir bertemu Kelantan.

Ketinggalan seawal 39 saat permainan dimulakan menerusi penyudah kemas penyerang import PDRM, Dramane Traore, Sime Darby kendalian Ismail Zakaria bangkit membalas dua gol hasil tandukan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-44 dan tandukan Ivan Dragicevic m-48.

Biarpun PDRM kendalian Azman Adnan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Mohamadou Sumareh pada minit ke-63, Sime Darby yang muncul naib juara pada 2012 kembali garang menambah dua lagi gol menerusi Nemanja Vidakovic pada minit ke-75 dan 79.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, gol daripada Lee Gil Hoon pada minit ke-80 mengesahkan Pulau Pinang kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan Matrix 2-1.

Terdahulu, pemain tuan rumah, Shahrizal Mohd Saad memberi gol pendahuluan seawal minit kedua sebelum pemain Pulau Pinang, Alberto Goncalves tampil menyamakan kedudukan pada minit ke-12.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan layak selepas menewaskan Kuala Lumpur 1-0 dengan gol tunggal menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke-64.

Di Stadium Perak, Woong Nam Kung menjaringkan dua gol pada minit ke-16 dan 31 membantu Perak menewaskan T-Team 2-1.

Terdahulu, pelawat mendahului pada minit ke-14 menerusi jaringan Farhod Tadjiev.

Di Stadium Darulaman, JDT II menewaskan tuan rumah, Kedah 1-0 dengan Muhammad Akram muncul wira pasukan menerusi jaringan tunggal pada minit ke-88.

PEMAIN Kedah, Seungwhan Bang (kiri) diasak oleh pemain Johor Darul Ta'zim II, Che Rashid Che Halim ketika perlawanan pusingan ketiga, Piala FA di di Stadium Darul Aman, malam ini. - Foto Sharul Hafiz Zam


Tuesday, 3 March 2015

PIALA FA : Khairul Azhan wira Tok Gajah

Selamatkan dua penalti, Pahang singkir JDT

MOHAMAD SHOFI MAT ISA | 03 Mac 2015 1:18 AM


Pemain Pahang meraikan kejayaan menyingkirkan JDT pada pusingan kedua Piala FA di Kuantan, semalam. – UTUSAN/AHMAD ZAKKIJILAN

KUANTAN - KHAIRUL Azhan Md. Khalid muncul wira Tok Gajah apabila menyelamatkan dua sepakan penalti untuk membantu Pahang menyingkirkan Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, semalam.

Pahang yang turun selaku juara bertahan menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas masa penuh permainan terikat 1-1.

Khairul Azhan yang tenang menjaga gawang, menyelamatkan ten­dangan Luciano Figueroa dan Junior Eldstal, sekali gus membawa Pahang menempah pertemuan de­ngan MISC-MIFA di pusingan ketiga.

Sebulan selepas tumpas 0-2 kepada JDT dalam perlawanan sumbangsih di Larkin, kemenangan ini melunaskan dendam Tok Gajah.

Sepakan penalti Pahang berjaya disempurnakan Matias Conti, Damion Steward, Zeshan Rehman dan Mohd. Razman Roslan, manakala penalti JDT dijaringkan Safee Sali dan Hariss Harun.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-20 apabila Conti melakukan tandukan deras menewaskan penjaga gol JDT, Mohd. Farizal Marlias.

Jaringan tersebut berpunca daripada hantaran cantik orang besi Pahang, Dickson Nwakame yang me­lakukan gerakan solo menewaskan pertahanan lawan sebelum membuat hantaran yang disambar Conti yang tidak dikawal di depan gawang lawan.

Bermula separuh masa pertama, Pahang tidak menunggu lama de­ngan asakan berterusan dilakukan ke kubu lawan dan beberapa kali berjaya memperoleh sepakan penjuru.

Minit ke-15, Pahang memiliki peluang cantik untuk membuka jaringan, namun tolakan pemain tengah, R. Gopinathan yang berjaya melepasi pertahanan JDT, Marcos Antonio Elias Santos dapat ditepis oleh Mohd. Farizal.

Selepas itu, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan de­ngan Pahang lebih mendominasi permainan, namun JDT turut memiliki peluang me­nyamakan kedudukan dan pada minit ke-38 tandukan Mohd. Fadli Shas melepasi gawang.

Taktik Bojan Hodak memasukkan Figueroa pada minit ke-78 bagi menggantikan Mahali Jasuli berjaya menambahkan bisa serangan Harimau Selatan.

Pada minit ke-80 JDT akhirnya mendapatkan gol penyamaan yang dijaringkan Hariss melalui rembatan deras menewaskan Khairul Azhan.

Turut menyaksikan perlawanan itu, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/khairul-azhan-wira-tok-gajah-1.65480#sthash.Jx71G9eC.dpuf


Monday, 2 March 2015

PIALA FA : Tolong jangan buat kacau

700 anggota polis, rela kawal aksi Pahang – JDT


MOHAMAD SHOFI MAT ISA | 02 Mac 2015 12:42 AM


PENYOKONG Pahang dan JDT diharap mampu mengawal diri apabila menonton aksi ‘panas’ kedua-dua pasukan dalam perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

KUANTAN - Sejarah ‘panas’ antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) memaksa penganjur meletakkan 700 anggota keselamatan untuk mengawal perlawanan dua gergasi bola sepak tempatan itu dalam sai­ngan Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini berjanji akan menugaskan pengadil terbaik untuk mengendalikan perlawanan tersebut, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) pula memberi jaminan akan menyediakan keselamatan terbaik.

Hubungan tegang dua jaguh bola sepak tempatan ini sudah berlaku sejak musim lalu, namun ia bertambah panas sejak insiden penyokong JDT memaparkan kain rentang gergasi manusia berkepala anjing dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Larkin, Januari lalu.

Malah, baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak berpuas hati dengan alasan penundaan perlawanan Piala FA yang yang pada mulanya dijadualkan semalam dengan mendakwa PBNP ‘menipu’ berhubung kepulangan mereka di tanah air.

“Kita mengambil kira segala isu yang timbul antara kedua-dua pasukan, termasuk apa sahaja yang dinyatakan dalam laman sosial yang menjangkakan perlawanan bakal panas dan sengit.

“Kita sentiasa berjaga-jaga dan melakukan kawalan sehingga penyokong kedua-dua pasukan me­ninggalkan stadium. Harap tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

“Apapun kawalan pasti rapi pada malam itu kerana apa yang kita mahu perlawanan berlangsung dengan aman serta lancar tanpa timbul provokasi melampau antara penyokong Pahang dan JDT,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Raja Mustafa, lebih 700 anggota yang terdiri daripada polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mula berkawal di Stadium Darul Makmur seawal jam 2 petang sehingga perlawanan tamat.

Kawalan itu bagi memastikan perlawanan berlangsung aman tanpa insiden tidak diingini, terutama membabitkan penyokong di dalam dan luar stadium.

Raja Mustafa Shah dalam pada itu berkata, PBNP menyeru penyokong mengekalkan disiplin baik dan mengelakkan insiden tidak diingini bagi memastikan perlawanan antara Pahang dan JDT berlangsung dengan lancar.

Sebelum ini, persatuan tersebut kesal dengan tindakan segelintir penyokong membakar suar selepas tamat perlawanan berdepan Selangor di stadium itu pada 14 Februari lalu.

Beliau berkata, persatuan itu berharap penyokong mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan tidak membawa bahan-bahan terlarang seperti suar dan bom asap ke dalam stadium.

“Kita telah pun mengadakan perjumpaan dengan wakil kelab penyokong bola sepak Pahang, termasuk Elephant Army (EA). Pihak polis telah meminta mereka supaya tidak membawa suar sertabos asap ke stadium dan mereka telah berjanji tidak akan berbuat demikian.

“Kita telah menyatakan perkara ini kepada mereka dan harap mereka tidak akan melakukannya. Jika ia masih berlaku dan pihak polis membuat tangkapan, kita harap mereka tidak menyalahkan persatuan,” katanya lagi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tolong-jangan-buat-kacau-1.65200#sthash.LJVbxaz0.dpuf


Monday, 9 June 2014

FA CUP - Tiada rehat buat Tok Gajah

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
sukan@utusan.com.my



Pemain-pemain Pahang meraikan kejayaan merangkul Piala FA di depan ribuan penyokong mereka selepas menewaskan Felda United 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, kelmarin.

SHAH ALAM - Hanya satu sambutan kecil diadakan di padang, diikuti di hotel penginapan dan pemain cuma diberi rehat sehari semalam sebelum terpaksa kembali ke padang latihan hari ini.

Itu pengorbanan yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain Tok Gajah selepas berhempas pulas merangkul kejuaraan Piala FA kelmarin.

Pahang, yang merampas kejuaraan buat kali pertama sejak 2006 terpaksa memendekkan ‘kegembiraan’ kerana akan turun semula ke gelanggang pertarungan esok untuk menentang ATM dalam aksi Liga Super.

Anak-anak buah Zainal Abidin Hassan itu, yang menundukkan Felda United 2-1 dalam pertarungan dramatik di Stadium Shah Alam kelmarin, akan berdepan ATM di Stadium Selayang dengan membawa misi cuba memperbaiki kedudukan tangga keempat ketika ini.

"Hari ini (semalam) pemain diberi pelepasan dan melakukan aktiviti bebas selepas berkerja keras untuk menjuarai Piala FA malam tadi.

"Namun esok petang (hari ini) kami semua akan kembali ke padang dan menjalani latihan di Stadium Selayang kerana perlu menentang ATM dalam perlawanan penting Liga Super pada Selasa ini.

"Pasukan mengadakan sambutan di stadium dan hotel penginapan selepas kemenangan, namun kami tidak boleh terlalu meraikan kejayaan itu kerana sedar masih ada tugas besar menanti semua pemain.

"Masih ada baki lima perlawanan Liga Super yang perlu kami harungi. Ketika ini, kami menduduki tangga keempat dan kami mahu mencari keputusan terbaik dalam baki saingan untuk memperbaiki kedudukan tersebut," kata ketua pasukan Pahang, Mohd. Razman Roslan.

Menurut Razman, biarpun rakan-rakan sepasukannya masih kepenatan, namun mereka membawa misi untuk mencari kemenangan apabila bertandang ke Selayang esok.

Mengulas mengenai kejayaan menumpaskan Felda, tonggak pertahanan berusia 29 tahun itu memuji semangat juang tinggi rakan-rakan sepasukan yang tidak mengenal erti putus asa sehingga minit terakhir permainan.

"Kami tidak bernasib baik pada separuh masa pertama, namun sebaik saja memasuki babak kedua kerja keras pasukan berjaya memberikan gol penyamaan.

"Jaringan itu menyalakan semangat pemain sebelum akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan," katanya lagi.

Pahang, yang juga penyandang juara Piala Malaysia kini ditinggalkan lima mata di belakang pendahulu, Selangor dalam carta Liga Super.

Selepas bertemu ATM, mereka akan berdepan Kelantan di Kuantan pada 14 Jun, diikuti Sarawak di Kuching (17 Jun), PKNS di Kuantan (21 Jun) dan menutup kempen dengan bertandang ke Perak pada 25 Jun.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140609/su_01/Tiada-rehat-buat-Tok-Gajah#ixzz3471OD3Dj  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, 2 June 2014

FA CUP - Penyokong buat kacau lagi

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan SHAHRINNAHAR LATIB
sukan@utusan.com.my



Anggota polis mengawal keadaan di luar perkarangan stadium yang sedikit kecoh setelah penyokong Pahang membaling molotov cocktail sejurus bas yang membawa penyokong JDT meninggalkan Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUANTAN - Kejayaan Pahang melangkah ke final Piala FA sedikit tercemar gara-gara tindakan penyokong membaling molotov cocktail ke arah bas Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lama selepas Tok Gajah meraikan kemenangan 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Dua lelaki berumur lingkungan 30-an itu dipercayai membaling molotov cocktail ke arah bas yang membawa penyokong JDT sejurus tamat aksi separuh akhir dua Piala FA.

Dalam perlawanan itu pemain tengah Tok Gajah, Mohd. Faizol Hussain muncul wira Pahang apabila percubaannya pada minit ke-81 dari luar kotak penalti menerjah ke penjuru kanan gawang menewaskan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

Jaringan tunggal Faizol itu menggegarkan lebih 30,000 penyokong Tok Gajah, sekali gus melayakkan Pahang ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 2-1.

Kali terakhir Pahang muncul juara piala prestij ini pada 2006 dan kali ini skuad Tok Gajah bakal beraksi menentang sama ada Felda United ataupun Kelantan pada pentas final yang dijadualkan berlangsung pada 7 Jun depan di Stadium Bukit Jalil.

Namun, kejadian di luar stadium selepas tamat perlawanan mencemarkan kegembiraan peminat tuan rumah.

Bagaimanapun mujurlah, tiada kecederaan berlaku dan polis bertindak cepat dengan menahan individu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun tidak menyebabkan kekecohan dan penyokong JDT berjaya pulang dengan selamat.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk siasatan lanjut.

Bermulanya separuh masa pertama, Pahang terlebih dahulu memulakan asakan ke kubu JDT, namun beberapa peluang yang diperolehi gagal dimanfaatkan oleh anak buah Zainal Abidin Hassan.

Skuad Harimau Selatan mendapat peluang pada minit ke-74 namun sepakan percuma yang diambil Luciano sekadar melencong ke kiri gawang tuan rumah.

Yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu, Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada 5 Mei lalu, kelebihan beraksi di depan ribuan penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh JDT apabila membenarkan Pahang memperoleh kelebihan gol di tempat lawan dalam aksi separuh akhir pertama yang berkesudahan 1-1.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140531/su_01/Penyokong-buat-kacau-lagi#ixzz33T3yk4iC  © Utusan Melayu (M) Bhd 


FA CUP - Felda bukan lawan kerdil

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my



PEMAIN-pemain Pahang meraikan kejayaan menyingkirkan Johor Darul Ta'zim pada separuh akhir minggu lalu untuk menempah pertemuan dengan Felda United dalam perlawanan akhir Piala FA, hujung minggu ini.

KUANTAN - Walaupun lawan mereka cuma sebuah kelab Liga Perdana, namun Pahang mula membuka mata terhadap keupayaan Felda United menjelang final Piala FA, Sabtu ini selepas melihat pasukan itu mengejutkan juara bertahan, Kelantan pada separuh akhir kelmarin.

Tonggak paling senior dalam skuad Tok Gajah, Jalaludin Jaafar mengakui, kehadiran pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Shukor Adan membawa impak besar terhadap Felda.

Malah, faktor bahawa Pahang tidak pernah berdepan pasukan itu musim ini menjadikan pertarungan hujung minggu ini pasti mendebarkan.

"Pahang tidak pernah bertemu Felda United musim ini kerana mereka bermain dalam Liga Perdana, jadi kita memang tidak tahu banyak corak permainan serta taktikal pasukan itu.

"Tetapi selepas melihat bagaimana mereka menewaskan Kelantan semalam (kelmarin), saya dapati Felda adalah sebuah pasukan yang amat bagus biarpun sekadar berstatus kelab.

"Mereka berjaya mengekang asakan Kelantan serta mengatur sera­ngan yang kemas," ujar Jalaludin.

Felda United memahat sejarah apabila menempah pertemuan akhir Piala FA menentang Pahang, Sabtu ini setelah berjaya mengikat The Red Warriors 2-2 pada saingan separuh kedua Piala FA kelmarin.

Terikat menerusi agregat 5-5 setelah seri pada separuh akhir pertama 3-3, skuad The Settlers itu layak menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Jalaludin berkata, selain dibarisi beberapa pemain senior, Felda United turut dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim yang pasti mempunyai pe­rancangan terbaik pada perlawanan akhir itu nanti.

Sementara itu, seorang lagi pemain Pahang, Mohd. Fauzi Roslan atau Kojie berkata, dia berharap rakan-rakannya tidak memandang rendah Felda United biarpun pasukan berkenaan hanya berstatus kelab.

"Kita sendiri dapat lihat dalam saingan Liga Perdana, Felda Uni­ted menunjukkan permainan yang cukup bagus, begitu juga dalam sai­ngan Piala FA kali ini.

"Saya harap rakan-rakan pemain akan terus fokus, bermain seperti diarahkan jurulatih untuk kita menjuarai Piala FA musim ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140602/su_07/Felda-bukan-lawan-kerdil#ixzz33Sv8Y3z6  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wednesday, 7 May 2014

FA CUP - Ini bukan budaya orang Johor



Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my





JOHOR BAHRU - Mutu pengadilan yang lemah dikatakan menjadi punca kepada provokasi yang dicetuskan segelintir penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di sini kelmarin.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika me­ngulas mengenai insiden yang berlaku selepas perlawanan antara JDT dan Pahang itu mengakui, kecewa de­ngan apa yang terjadi di Larkin.

Beliau yang turut menegaskan insiden tersebut bukan budaya orang Johor percaya, kejadian itu juga berpunca daripada rasa tidak puas hati segelintir penyokong terhadap pengadil perlawanan yang dianggap berat sebelah.

“Saya faham apa yang penyokong Johor rasa sebab saya pun rasa benda yang sama. Apa yang terjadi itu pada saya ia bermula daripada dalam padang," katanya pada sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hasan Yunos di sini semalam.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau sudah banyak kali mengingatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyediakan pengadil profesional kerana jika tidak ia mampu mencetuskan provokasi jika pengadil tidak menjalankan tugas dengan betul.

Tambahnya, penyokong yang datang ke stadium bukan mereka yang tidak tahu mengenai bola sepak sekali gus beliau faham tahap kekecewaan peminat yang hadir untuk me­nyaksikan perlawanan tersebut apabila mutu pengadilan masih di takuk lama.

“Saya faham tahap kekecewaan penyokong, saya pun rasa begitu juga. Saya sendiri yang memberi masa dan mengeluarkan pelaburan untuk pembangunan bola sepak negeri ini melihat pengadilan macam itu rasa seolah-olah kerja keras kita tidak ke mana.

“Jadi saya faham penyokong Johor datang dari jauh bayar tiket untuk tengok game menarik, saya tidak kisah kalau Johor kalah 5-0 di sini kepada pa­sukan yang bagus sekiranya perlawanan itu diadili dengan baik.

“Namun, jika kita kena seri atau kalah disebabkan keputusan yang berat sebelah oleh pengadil, itu satu benda yang saya pun tidak boleh terima. Kita rasa seolah-olah dirompak," katanya dengan harapan FAM mengambil perhatian berhubung perkara itu.

Pada masa sama, beliau bagaimanapun, menyeru penyokong supaya mengambil tindakan secara profesional sekali gus tidak melayan sebarang tindakan yang mampu mencetus kekecohan dan jangan perlu ada sifat mahu membalas dendam terhadap pasukan lain.

Sementara itu Facebook rasmi JDT dan JDT II, JOHOR Southern Tigers berkata, tindakan segelintir penyokong Harimau Selatan yang didakwa me­ngundang ancaman keselamatan selepas aksi separuh akhir pertama Piala FA amat dikesali.

JOHOR Southern Tigers juga mendakwa, tindakan segelintir penyokong JDT yang masih menunggu pemain dan penyokong Pahang di luar perkarangan stadium menimbulkan kerisauan pihak keselamatan.

“Tindakan segelintir penyokong Harimau Selatan yang mengundang ancaman keselamatan tersebut turut dikesali kerana tidak mencerminkan gaya keseluruhan rakyat Johor. Semoga kita tetap bersaudara - Johor dan Pahang," ujar mereka.

Dalam pada itu, polis menafikan dakwaan terdapat penyokong Pahang dikepung selepas perlawanan dan perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh.

“Tiada mana-mana pemain atau penyokong Pahang dikepung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada masa sama, Abdul Samad memberitahu, pihaknya sudah menahan empat orang bagi membantu siasatan ekoran didakwa cuba mencetuskan kekecohan. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140507/su_03/Ini-bukan-budaya-orang-Johor#ixzz30zh8fWew  © Utusan Melayu (M) Bhd


Dilarang masuk! - BODOHNYA PENYOKONG YANG TUNJUK SAMSENG NI...

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my






KUALA LUMPUR - Ibarat mencegah lebih baik daripada merawat. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia untuk memikirkan langkah tidak membenarkan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) hadir pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, 30 Mei ini.

Menurut Setiausahanya, Datuk Hamidin Mohd. Amin, mereka sedang mengkaji pelaksa­naan idea itu daripada pelbagai pilihan lain yang sedia ada memandangkan pelbagai langkah telah diambil sebelum ini, termasuk peningkatan maksimum soal keselamatan namun masih tidak berhasil membendung tindakan ganas segelintir penonton.

Bagaikan sudah serik dengan permasalahan keganasan dalam bola sepak, beliau mengakui dengan cara itu pihak keselamatan tidak bimbang akan berlaku pergaduhan antara penyokong Pahang dan JDT sama ada di dalam atau luar stadium memandangkan permusuhan antara kedua-dua pihak semakin menebal semenjak kebelakangan ini.

“Setakat ini berdasarkan mesyuarat JKPT yang terakhir, kami masih bersetuju untuk membenarkan penyokong lawan untuk hadir dan akan terus memantau perkembangan ini.

“Namun, berdasarkan perkembangan mutakhir ini, memang saya nampak ada segelintir penyokong yang hadir ke stadium cen­derung melakukan keganasan dan kemungkinan perkara ini (menghalang penyokong JDT hadir) akan dilakukan sambil melihat beberapa pilihan yang lain.

“Saya akui JDT dan dan Pahang tiap kali perlawanan berlangsung di tempat sendiri, mereka dah tingkatkan keselamatan sehingga ke tahap maksimum tetapi masalah yang sama tetap berulang dan saya tidak boleh ketepikan untuk menggunakan langkah berkenaan.

“FAM akan bertindak tegas dalam soal ini dan penyokong kena faham kerana semua benda ini dalam peraturan, jika tidak puas hati ja­ngan smpai langgar peraturan dan kami (FAM) sama sekali tidak akan berkrompomi," katanya ketika dihubungi, semalam.

Aksi hebat JDT dan Pahang yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Isnin lalu direncatkan dengan sikap 1,000 penyokong pasukan tuan rumah yang berkumpul di luar perkarangan stadium selepas tamat perlawanan dan mendesak penyokong pelawat serta pemain Pahang keluar daripada stadium.

Sementara itu dalam insiden sama, seorang jurukamera sambilan RTM, Awang Sebawi Awang Halim mendakwa disepak penyokong JDT.

Sebelum ini, pada aksi Liga Super, 7 Februari lalu membabitkan antara kedua-dua pasukan, kumpulan penyokong JDT yang digelar Inter Johor Firm(IJF) membuat rusuhan di luar Stadium Darul Makmur selepas perlawanan.

Berdasarkan insiden yang terjadi, Hamidin menjelaskan pihak Se­kretariat sedang menunggu laporan perlawanan daripada Komisioner Perlawanan, Ketua Penyelaras dan pengadil perlawanan sebelum mempertimbangkan sama ada kes akan dikenakan kepada JDT melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ).

Jelas beliau, FAM telah mengenalpasti beberapa stadium yang dilihat sering kali terjadi isu keganasan membabitkan penyokong sambil menggesa mereka mencontohi Kelantan dalam soal mendidik penyokong untuk jangka panjang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140507/su_01/Dilarang-masuk#ixzz30zYU6hD4
© Utusan Melayu (M) Bhd


KOMEN : SELALUNYA YANG BUAT HAL NI TAK PANDAI DAN MUNGKIN TAK PERNAH MAIN BOLA PUN...SAJA SUKA JADI SAMSENG JALANAN, SUDAH2LAH KALAU TAK ADA SEMANGAT KESUKANAN JANGAN DATANG KE STADIUM BOLEH TAK? BUAT MALU ORANG JOHOR AJE...

Tuesday, 6 May 2014

FA CUP - Tok Gajah rantai Harimau

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
sukan@utusan.com.my



Mohd. Amri Yahyah (kanan) cuba melepasi halangan pemain Pahang, R. Gopinathan pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

JOHOR BAHRU - Kelebihan beraksi di depan ribuan penyokong sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila membenarkan Pahang memperoleh ke­lebihan gol di tempat lawan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA yang berkesudahan 1-1, semalam.

Beraksi dengan sokongan 30,000 penonton di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, pa­sukan Harimau Selatan yang mengasak hebat sebaik sepak mula me­nguji benteng Tok Gajah yang kelihatan sedikit longlai dan kurang tersusun.

Kealpaan pertahanan Tok Gajah akhirnya dihukum tuan rumah de­ngan gol pembukaan pe­nyerang, Luciano Figueroa pada minit ke-12 yang merembat dari jarak dekat umpanan cantik sepakan percuma Safiq Rahim.

Tersentak dengan gol tersebut, Pahang kembali bangkit mengatur permainan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-36 melalui penyerang Matias Conti.

Gol penyamaan Pahang hadir menerusi sepakan Azidan Sarudin yang menemui Damion Stewart di bahagian kiri pintu gol JDT, sebelum pemain Jamaica itu melakukan tandukan yang disudahkan Conti untuk menewaskan Izham Tarmizi Roslan.

Aksi separuh akhir pertama sedikit tegang di penghujung babak pertama setelah Damion me­lakukan terjahan keras ke atas Figueroa yang menyaksikan pemain kedua-dua pasukan bercakaran sesama sendiri sebelum pengadil melayangkan kad kuning kepada Norshahrul Idlan Talaha dan Saiful Nizam Miswan.

Sebaik babak kedua bermula, JDT terus menggandakan asakan bagi menambah jaringan menerusi jentera serangan yang diketuai Figueroa, namun beberapa peluang yang diperolehi penyerang antarabangsa Argentina itu disia-siakan terutama seawal minit ke-47.

Pahang mempamer corak bertahan di sepanjang babak kedua bagi menyekat kemaraan Harimau Selatan mendapatkan gol kedua.

Gerakan terbaik Pahang untuk berada di depan hadir pada minit ke-63 melalui rembatan R. Gopinathan, namun sedikit tersasar ke arah sebelah kiri gawang JDT.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140506/su_02/Tok-Gajah-rantai-Harimau#ixzz30ukFpxCO  © Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 19 February 2014

JDT tepati ramalan jinakkan Helang






Pemain Kedah, Mohd. Rizal Ghazali (kanan) cuba melarikan diri daripada asakan pemain JDT, Mohd. Fadhli Shas dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Alor Setar malam tadi, yang berkesudahan JDT menang 2-0. - UTUSAN/Ismail Kamadin

ALOR SETAR - Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila menang 2-0 ke atas pasukan Liga Perdana, Kedah dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman malam tadi.

Kemenangan itu membolehkan JDT mara ke separuh akhir dengan agregat selesa 5-1 untuk bertemu Pahang, yang turut mara setelah menundukkan pendahulu Liga Perdana, PDRM di Kuantan.

Gol pertama JDT dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-61 setelah berjaya merampas bola daripada Khairol Helmi Johari berhampiran gawang gol.

Ketika permainan berbaki enam minit, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd Sali menyumbat gol kedua pasukan pelawat sekali gus melenyapkan impian penyokong Kedah untuk melihat pasukan Helang Merah mara.

Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengasak untuk membolosi gol lawan namun masing-masing buntu.

Perlawanan kelihatan tegang sehingga memaksa Nagor Amir Noor Mohamed melayangkan lima kad kuning, bermula dengan pemain JDT, Mohd. Shakir Shaari, diikuti oleh pemain Kedah, Khyril Muhymeen dan Mohd. Rizal Ghazali, Adam Grifith dan pemain JDT, Luciano Figueroa.

Tidak mahu terus kecewa Kedah berhempas pulas ingin menyamakan kedudukan namun gagal meskipun diberikan semangat oleh kira-kira 35,000 penyokong tempatan.

Di sebalik kehangatan perlawanan itu, tumpuan peminat turut teralih kepada bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang turut hadir ke stadium, sekali gus menguatkan desas-desus mengatakan beliau bakal menggantikan Cesar Fernando Jiminez selaku pengendali JDT.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140219/su_03/JDT-tepati-ramalan-jinakkan-Helang#ixzz2tk4JXLrm  © Utusan Melayu (M) Bhd



KOMEN : JDT VS PAHANG  FOR SEMIFINAL

Monday, 17 February 2014

JDT segera alih tumpuan


Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my





KEHADIRAN Bojan Hodak (kiri) memakai baju JDT ketika menonton perlawanan Liga Super di antara JDT dan Selangor di Stadium Larkin, Johor Bahru kelmarin menimbulkan tanda tanya. Turut kelihatan, Shebby Singh. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Biarpun mencatat kemenangan selesa ke atas gergasi Lembah Klang, Selangor 4-1 dalam perlawanan Liga Super kelmarin, namun Johor Darul Ta'zim (JDT) enggan dibuai mimpi, sebaliknya mahu segera mengalihkan fokus kepada satu lagi aksi genting menentang Kedah pada suku akhir kedua Piala FA, esok.

Menurut pengendali Harimau Selatan, Cesar Ferrando Jiminez, beliau berpuas hati dengan kejayaan membelasah Red Giants yang dianggap hasil kerja keras pemain.

Namun begitu, beliau tidak mahu berasa selesa dengan kemenangan tersebut, sebaliknya menegaskan, tumpuannya kini adalah kepada persiapan untuk menghadapi Kedah di Alor Setar.

Katanya, pertemuan dengan Kedah di Stadium Darul Aman penting kerana sudah beliau mahu pasukan bimbingannya mara ke pusingan seterusnya dan terus melakar kejayaan seperti diimpikan.

"Sama ada (Pablo) Aimar dan Aidil (Zafuan Abd. Razak) cergas untuk diturunkan atau tidak, itu perkara lain. Penting bukan pada nama, tetapi kesungguhan mereka di atas padang kerana pada saya semua pemain adalah penting buat pasukan.

"Kami akan memulakan sesi latihan esok (hari ini). Melihat sendiri segala keperluan dan seterusnya memikirkan mengenai perlawanan akan datang," katanya sambil memuji kesungguhan ditunjukkan anak buahnya sepanjang latihan.

Dalam perlawanan kelmarin, skuad Harimau Selatan dilihat sudah mula menunjukkan taring dan Jiminez mengakui, beliau bangga dengan semangat juang dipamer anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan.

Sementara itu, biarpun JDT mula menunjukkan aksi baik, namun spekulasi mengenai bekas pengendali Kelantan, Bojan Hodak bakal menggantikan Jiminez terus bertiup kencang apabila jurulatih dari Croatia itu dilihat muncul sekali lagi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, kelmarin.

Selepas menonton perlawanan di antara JDT II dan PBAPP dalam aksi Liga Perdana di Stadium Pasir Gudang, Jumaat lalu, Hodak tampil memakai baju JDT untuk menonton perlawanan pasukan itu menentang Selangor, kelmarin.

Beliau hadir bersama penganalisis bola sepak terkenal, Shebby Singh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140217/su_02/JDT-segera-alih-tumpuan#ixzz2tYA3JHiL  © Utusan Melayu (M) Bhd