DARI UTUSAN MALAYSIA
3/6/2012
MURSYIDUL Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya diakui
sebagai seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam Pas. Malahan
kerana pengaruh itulah Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri
Besar Kelantan dan membolehkan parti itu terus memerintah negeri
tersebut sejak 1990.
Sememangnya kerana pengaruh Nik Abdul Aziz juga membolehkan
populariti beliau dikatakan mengatasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang atau mana-mana ulama dalam Pas. Setiap pandangan beliau dalam
soal perjalanan politik parti itu sentiasa menjadi perhatian.
Di Kelantan, suatu ketika tidak ada ulama yang dilihat mempunyai kemampuan atau keberanian untuk menyanggah Nik Abdul Aziz.
Namun sejak 2010 segala-galanya sudah berubah, di gerai-gerai kopi
di Kelantan telah ada sosek-sosek yang memperkatakan mengenai
kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilihat semakin kontroversi dari
semasa ke semasa.
Ketika ini terdapat sekurang-kurangnya empat tokoh ulama di Kelantan
yang secara terbuka berani menyanggah kata-kata dan tindakan Nik Abdul
Aziz sehingga ia mula menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam
khususnya di negeri itu mengenai tindak-tanduk Menteri Besar mereka yang
dilihat bertentangan dengan seruan Islam.
Keempat-empat ulama itu ialah Pengasas Pondok Geting, Abdullah
Sa‘amah, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Mohd Noor Deris,
Mudir Pondok Pak Krau , Mohamad Zainal Abidin Awang dan terbaru, Mudir
Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar.
Turut menarik perhatian umat Islam ialah ketegasan Mufti Kelantan,
Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang sentiasa tegas memberi pandangan
berhubung isu politik melibatkan umat Islam. Ini belum lagi mengambil
kira badan pemikir, Minda Pondok yang turut mempunyai keberanian
menentang corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz.
Untuk rekod , kebangkitan golongan ulama menentang tindak-tanduk Nik
Abdul Aziz di Kelantan boleh dikatakan bermula pada 26 Disember 2010
apabila Abdullah Sa‘amah membuat seruan supaya sebanyak 20 buah pusat
pengajian pondok tradisional di negeri itu tidak menyokong kepimpinan
Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara
ini.
Penentangan itu bukanlah bermotif politik tetapi kerana mereka
semakin resah melihat corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz yang dilihat
sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik
bersama-sama dengan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Namun apa yang lebih menjadi perhatian kepada semua ulama berkenaan
ialah bagaimana tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat lebih banyak
membuat kenyataan berlandaskan pertimbangan politik berbanding agama.
Oleh itu, mereka memberi teguran dan kritikan kepada Nik Abdul Aziz
supaya pemimpin kanan Pas tersebut tidak terus hanyut dibuai keasyikkan
memburu kuasa politik sehingga membuat kenyataan yang boleh mengelirukan
umat Islam. Berikut antara beberapa isu dan hujah yang pernah
melibatkan Nik Abdul Aziz dengan ulama-ulama tersebut.
l Soal perpaduan umat Islam
- Ketika Nik Abdul Aziz menolak sebarang kerjasama dengan UMNO,
Abdullah dan Mohd. Noor dengan lantang mengkritik tindakan itu. Mereka
hairan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang lebih rela untuk berbaik-baik
dengan PKR dan DAP tetapi tidak mahu berusaha menyatukan umat Islam di
negara ini.
Abdullah menegaskan, mengikut hukum Islam, menolak perpaduan
seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah SAW
mewajibkan umat Islam bersatu padu.
Mohd. Noor pula mempersoalkan pendirian Pas yang suatu ketika pernah
mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam tetapi kini
mereka sendiri melakukan perikatan dengan DAP. Mohamad Zainal Abidin
pula menegaskan, ‘‘Kita kena betulkan persepsi Pas bukan Islam, Islam
bukan Pas.Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu
menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun."
Mohd.Zin pula bertanya, ‘‘Datuk Nik Abdul Aziz pernah berkata dia
lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO,
apakah ini ajaran Islam sebenar?''.
l Isu perhimpunan Bersih 3.0 - Nik Abdul Aziz menyokong penuh
perhimpunan berkenaan biar pun ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada
keselamatan. Malahan Mursyidul Am Pas itu turut mengakui memberi wang
poket kepada peserta dan bersedia berbuat demikian jika ia diadakan
lagi. Tindakan Nik Abdul Aziz itu bertentangan dengan pandangan Abdullah
yang menyifatkan tindakan pemimpin Pas dalam isu Bersih 3.0 menunjukkan
mereka semakin hilang punca akibat kerakusan mengejar kuasa politik
sehingga sanggup mempertikaikan keputusan majlis fatwa mengharamkan
rusuhan jalanan.
Mohamad Shukri pula menasihatkan umat Islam supaya tidak dipergunakan
oleh mana-mana pihak yang akhirnya menyebabkan mereka didominasi.
l Kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyatakan siapa yang tidak mengundi
Pas adalah Arab Jahiliah. Kenyataan yang dibuat ketika pilihan raya
kecil Dewan Undangan Negeri Tenang ini telah disifatkan oleh Mohd.Noor
dan Abdullah sebagai kenyataan yang cetek dan tidak berlandaskan kepada
ajaran Islam sebenar. Mohd.Noor berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu
jelas menyeleweng dan menimbulkan kekeliruan dan boleh memecah belahkan
umat Islam. Abdullah pula berkata, Nik Abdul Aziz tidak faham istilah
‘jahiliah’ yang jelas merujuk kepada kaum Arab kafir ketika zaman
Rasulullah SAW.
l Sokong Pas masuk syurga - kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan
bahawa parti itu dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar
Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan
sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya turut dibidas oleh
ulama-ulama itu.
Mohd. Zin kesal kerana dirinya pernah terlibat dalam perjuangan Pas
yang menggunakan ‘syurga dan neraka’ untuk meraih sokongan rakyat.
Abdullah pula menegaskan, sebuah parti politik seperti Pas tidak dapat
menentukan sama ada seorang itu akan masuk syurga atau neraka.
‘‘Sistem parti itu sendiri tidak ada dalam Islam, bagaimana pula dia
mahu tentukan undi Pas masuk syurga, tidak undi Pas jahiliah,’’ kata
Abdullah.
Sebenarnya banyak lagi isu yang mencetuskan kontroversi dan
kekeliruan yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz. Namun begitu beliau perlu
menyedari bahawa dengan hadirnya ulama-ulama seperti Abdullah, Mohd.
Noor, Mohamad Zainal Abidin, Mohd Zin serta Mohamad Shukri ia
sekurang-kurangnya akan memberi peluang kepada umat Islam untuk menilai
sikap sebenar Menteri Besar Kelantan dan Pas.
Walaupun mereka ini terpaksa menerima pelbagai kecaman terutama
daripada penyokong tegar Pas yang sudah ditutup pemikiran mereka untuk
membuat pertimbangan, namun ulama-ulama ini tetap tabah melaksanakan
kewajipan mereka.
Ini jelas apabila Abdullah yang dianggap pencetus kepada kebangkitan
golongan ulama di Kelantan menyanggah Nik Abdul Aziz telah
diperlekehkan oleh Pas.
Namun bagi Abdullah, beliau tidak sedikit pun merasa gentar dengan
segala cemuhan kerana menganggap sudah menjadi kewajipan untuk sama-sama
membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin
menyimpang.
‘‘Saya tidak mempunyai kepentingan selain mahu turut menghentikan
segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik. Saya belajar
agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan
bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang,’’ tegas Abdullah.
Demikianlah ketegasan Abdullah dan sentimen yang sama sudah pasti
dikongsi bersama oleh ulama-ulama lain kerana mereka ‘bersimpati’ dengan
Nik Abdul Aziz - seorang ulama yang terjebak dalam mainan politik
kekuasaan.
KOMEN : BERFIKIRLAH DAN RENUNGLAH... JANGAN KITA JADI SYAITAN BISU, BUTA DAN PEKAK...
1 comment:
SLM BRO..PAS NAK TANGGUNG RISIKO BILE AMIK KEPUTUSAN NAK BERKHALWAT BERSAMA DEEAYYPIG DAN PEEGAYRAR..SKANG SETAN 2 EKOR TU DH KONTROL PAS MELALUI SETAN2 ERDOGEN..PAS DAN SETAN TAK BLEH DI PISAHKAN BROO..TAKDE SETAN PAS X LEY HIDOP..KEHKEHKEH
Post a Comment