Azmin perlu perjelas pemilikan BBM 3
UTUSAN MALAYSIA14/6/2012
KUALA LUMPUR 13 Jun - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Azmin Ali digesa membuat penjelasan berhubung pemilikan nombor
pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry
miliknya.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari
berkata, beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran
'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanyalah seorang
pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya.
Anuar juga mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran
tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan
Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
"Saya ingin bertanya kepada Azmin bagaimana beliau memperoleh nombor
pendaftaran kenderaan BBM 3? Nombor tersebut beliau peroleh ketika masih
berkhidmat di pejabat Timbalan Perdana Menteri.
"Jika beliau 'membeli' nombor tersebut semasa berkhidmat dengan
Anwar, beliau perlu tampil menjelaskan berapa bayaran yang telah dibuat
memandangkan Azmin ketika itu hanyalah pegawai kerajaan.
"Adakah ini juga ada kaitan dengan dakwaan Azmin mempunyai kekayaan
melebihi pendapatan ketika itu?," tanya beliau dalam satu kenyataan di
sini, hari ini.
Isu nombor pendaftaran kenderaan sebelum ini menarik perhatian ramai
apabila salah seorang ahli pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin mempertikaikan bidaan nombor plat WWW 1 milik Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Berikutan tindakan Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas
Perak itu, beliau menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak dan
disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Malah, pihak pembangkang juga dilihat cuba memperbesarkan isu
pemilikan nombor pendaftaran kenderaan apabila turut mengheret Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berikutan bidaannya terhadap nombor
WWW 15.
Sementara itu, siasatan Utusan Malaysia mendapati kereta yang
menggunakan nombor pendaftaran BBM 3 itu mempunyai sebanyak 40 saman
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga semalam. Kenderaan jenis Toyota Camry 2.4 cc berwarna hitam sebelum ini
didaftarkan untuk kereta jenis BMW 325i yang juga menggunakan nama
pemiliknya iaitu Mohamed Azmin Ali.
Selain 40 saman, Azmin turut dikesan memiliki tujuh saman untuk sebuah kenderaan lain bernombor pendaftaran WEU 3838.
Malah apa yang mengejutkan, selain 47 saman trafik yang dikenakan
terhadap Azmin sejak Jun 2002, kenderaan yang menggunakan nombor BBM 3
itu juga telah tamat cukai jalan sejak 2 Jun lalu namun sehingga kini
belum diperbaharui.
Kebanyakan saman yang dikenakan adalah atas kesalahan memandu
melebihi had laju dan paling banyak kesalahan itu dikesan di sekitar ibu
negara.
Difahamkan sebelum ini, Azmin menggunakan plat BBM 3 itu untuk kereta BMW.
KOMEN : PEMIMPIN MACAM NI PUN MASIH NAK DISOKONG... SAMAN JPJ/POLIS PUN TAK BAYAR... CAKAP BAGUS TAPI PERANGAI HAMPAS...
No comments:
Post a Comment