Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label PENCEROBOH SULU. Show all posts
Showing posts with label PENCEROBOH SULU. Show all posts

Tuesday, 24 November 2015

TIAN CHUA ATUR DAN NAFI

Tian Chua atur pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram

MOHD. AZRAIE MD. YUSOF DAN SOFIAN BAHAROM | 24 November 2015 1:09 AM



Keratan Utusan Malaysia pada 20 November 2015.

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merupakan individu yang bertanggungjawab mengatur pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.

Beliau berkata, Naib Presiden PKR itu juga merupakan individu yang turut bertanggungjawab menjalankan tindakan secara halus dalam mengatur tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ terhadap Sabah sebelum ini.

“Saya harap Tian Chua hati-hati dalam perbuatannya, Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya, Tian Chua jangan sebarangan untuk mengeluarkan kenyataan beliau itu...,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini hari ini.

Beliau mengulas pertemuan Nurul Izzah dan Jacel seperti yang tertera dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Mengulas tindakan Tian Chua sebelum ini yang mempersoal adakah pertemuan itu merupakan kesalahan jenayah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ia berkaitan soal kedaulatan negara dan undang-undang negara yang perlu dipatuhi.

“Saya telah nyatakan bahawa kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam soal kedaulatan negara, soal maruah negara, harus tak ada kompromi ke atasnya.

Jika ada dalam kalangan rakan dalam parti yang mengatur perjumpaan itu, saya fikir sudah tentu ada tujuan tersirat oleh orang itu yang bertanya kepada saya dan kerajaan apa kesalahan jenayah yang telah dilakukan,” katanya.

Sementara itu di Parlimen, ketika mengulas kenyataan Tian Chua yang menafikan penglibatan beliau dan menganggap pendedahan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab Ahmad Zahid menegaskan, beliau tidak akan menarik semula pendedahan berhubung penglibatan Naib Pre­siden PKR itu.

Sebaliknya beliau meminta Tian Chua tidak menafikan perkara itu kepada media tetapi memberi ke­nyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipanggil untuk memberi keterangan selepas ini.

“Sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau dia mengaku tidak terlibat, saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan saya pagi tadi. Beliau jawablah, kerana beliau sahaja yang tahu mengenai perjumpaan di Manila itu.

“Saya nasihatkan tak perlu beliau nafikannya kepada media, sila jawab kepada polis apabila diminta beri keterangan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mengenai Nurul Izzah, Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah membuat permohonan maaf, namun perbuatan Nurul Izzah seolah-olah memberi sokongan terhadap perbuatan pengganas Sulu yang menceroboh kedaulatan negara.

“Bagaimana perasaan keluar­ga mangsa yang ditinggalkan, bagaimana pula perasaan rakyat Sabah yang buminya diceroboh, bagaimana pula perasaan tentera dan polis yang usaha mereka untuk mempertahankan negara, seolah-olah tidak dihargai,” tegasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-atur-pertemuan-nurul-izzah-jacel-kiram-1.161792#sthash.nwQKKeEq.dpuf


Tian Chua nafi dalang pertemuan

24 November 2015 1:09 AM

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Naib Presiden PKR, Tian Chua meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menarik balik pertuduhan mengatakan beliau sebagai dalang pertemuan antara Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu.

Tian Chua

Katanya, tuduhan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana sebagaimana penjelasan Nurul Izzah sebelum ini, kehadiran mereka di Filipina adalah atas undangan pelbagai parti politik negara itu.

“Saya akan pertimbangkan tindakan selanjutnya. Namun di peringkat ini saya seru supaya Ahmad Zahid tarik balik hujah itu.

“Beliau harus buat penarikan dalam tempoh yang munasabah. Jangan buat seperti insiden Lahad Datu, Sabah yang saya dituduh menghina pa­sukan keselamatan, pengkhianat negara.

Namun pada hari perbicaraan, UMNO tarik balik dakwaan mereka,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Ahmad Zahid selepas Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di ibu negara, hari ini mendakwa Tian Chua mengaturkan mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel.

Dalam pada itu, Tian Chua memberitahu, tujuan perjumpaan di Filipina adalah untuk membawa isu-isu kesedaran rakyat negara itu dan isu hak asasi manusia dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai menteri, Ahmad Zahid sepatutnya mengeluarkan ke­nyataan secara bertanggungjawab. Jika tidak, ia adalah satu hujah yang tidak berasas dan tidak memberi imej yang positif kepada keselamatan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Tian Chua berkata, beliau bersedia dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan tersebut.

“Kita tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-nafi-dalang-pertemuan-1.161797#sthash.8G44Ro2C.dpuf


Thursday, 17 July 2014

Perintah berkurung 4 daerah di Sabah

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung pada waktu-waktu tertentu di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan bagi melindungi dan mengukuhkan tahap keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Perintah berkurung itu adalah antara tujuh langkah drastik yang akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh 48 jam ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak yang tidak mematuhi arahan perintah berkurung akan ditangkap mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Perintah berkurung ini dilakukan selari dengan langkah mewujudkan laluan yang telah ditetapkan. Ia akan dilaksanakan dengan secepat mungkin," katanya selepas mesyuarat keselamatan Sabah bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Bukit Aman hari ini.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd. Amdan Kurish.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditemui pemberita, mengesahkan lima kapal TLDM akan berada di perairan Pantai Timur Sabah untuk mengawal keselamatan di situ.

Katanya, dalam tempoh 48 jam ini, kesemua aset dan keanggotaan berada di situ untuk mengukuhkan lagi tahap keselamatan daripada sebarang ancaman anasir-anasir luar.

"KD Bunga Emas 5 kini berada di Kota Kinabalu dan dalam perjalanan ke satu kawasan yang telah ditetapkan. Selain itu KD Lekiu, kapal superlink akan turut berada di sana," katanya.

Difahamkan, KD Bunga Emas 5 akan menjadi markas utama yang akan menempatkan penguat kuasa dari pelbagai agensi yang bertugas di Pantai Timur Sabah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140717/je_03/Perintah-berkurung-4-daerah-di-Sabah#ixzz37i8yn6Hj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 1 August 2013

Pantomin pencerobohan Lahad Datu usik perasaan penonton


DUA anggota tentera sebak ketika menyaksikan persembahan pantomin pengkisahan 'Lahat Datu Berdarah' pada Istiadat Hari Pahlawan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 31 Julai - Sebuah persembahan pantomin oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengusik perasaan para hadirin dalam Istiadat Hari Pahlawan 2013 di Dataran Merdeka hari ini.

Terdapat juga dalam kalangan hadirin yang tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menitiskan air mata mengenangkan pengorbanan perajurit negara mempertahankan tanah air sehingga menggadaikan nyawa sendiri.

Bertemakan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, persembahan yang sarat dengan pelbagai aksi ketenteraan tersebut berjaya membawa penonton menjiwai peristiwa yang meragut nyawa sembilan perwira negara.

Mereka ialah Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29; Sarjan Sabaruddin Daud, 46; Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; ASP Michael Padel, 36; Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48; Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49; Koperal Salam Tugiran, 42 dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Suasana persembahan menjadi lebih memilukan apabila skrin besar memaparkan kesemua profil perajurit yang gugur tersebut sambil membaca sebuah sajak yang dipercayai daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir seorang perwira gugur.

Antara bait sajak tersebut berbunyi; "Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menghadiri istiadat tersebut serta melakukan pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; pembesar negara serta duta asing.

Dalam sambutan itu juga, tiupan sayu trompet serta begol yang mengalunkan Paluan Akhir atau istilah Inggerisnya, Last Post menimbulkan rasa sayu dalam kalangan hadirin.

Ketika dimainkan, Jalur Gemilang secara simboliknya diturunkan dan anggota tentera, polis serta pertahanan luar yang beruniform memberi tabik hormat sementara hadirin lain turut berdiri bagi memperingati pahlawan negara yang terkorban demi mempertahankan tanah air.

Di medan perang pada zaman dahulu, Paluan Akhir dimainkan pada pukul 6.30 petang iaitu ketika anggota tentera mencari dan mengumpulkan mayat rakan terkorban serta di peringkat sejagat pula, diperdengarkan ketika pengebumian anggota pasukan keselamatan terkorban ketika bertugas.
 
KOMEN : KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN, JANGAN PULA KITA LUPA UNTUK INGATKAN KERAJAAN BAHAWA SEMUA DALANG DISEBALIK PENCEROBOHAN INI NAK LAH DI DAKWA... TIDAK KIRA SIAPA MEREKA... PENGGANAS KIRAM DAH DIDAKWA... DALANGNYA BILA PULA?????

Tuesday, 21 May 2013

ADA YANG DAH BERPELUH SELURUH BADAN...

Dalang Lahad Datu diketahui

DR. AHMAD Zahid Hamidi, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua, kiri), Khalid Abu Bakar dan Mohd. Bakri Mohd. Zinin (dua, kanan) ketika sesi taklimat bersama para pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 20 Mei - Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.

"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya.

KOMEN : ADA YANG SIAP-SIAP NAK LARI KELUAR NEGARA NI...

Wednesday, 8 May 2013

PRU SUDAH YANG INI BILA LAGI?

Lahad Datu: Kerajaan digesa tubuh suruhanjaya khas





KUALA LUMPUR 7 Mei - Kerajaan perlu menyegerakan penubuhan suruhanjaya khas bagi menyiasat secara terperinci insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu termasuk dalang yang terbabit dengan kejadian itu.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail (gambar) berkata, langkah itu perlu supaya rakyat tahu punca sebenar pencerobohan yang telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan mencetuskan kesusahan kepada rakyat.

‘‘Sekarang pilihan raya sudah habis, jadi sesuai untuk suruhanjaya itu dibincangkan kerana insiden itu perlu disiasat bagi menepis segala tohmahan dan anasir pihak berkepentingan.

‘‘Pencerobohan ini serius kerana pihak yang cemburu dengan keamanan negara telah sewenang-wenangnya menentang kedaulatan negara ini,’’ katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak satu suruhanjaya siasatan khas berhubung isu Lahad Datu ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR iaitu Tian Chua dan R. Sivarasa.

Desakan tersebut dibuat berikutan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan pemimpin pembangkang itu dan dua konconya pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari bagi merancang pencerobohan pengganas Kiram.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Mohamad Jamil Hassan menyifatkan suruhanjaya seumpama itu adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia dalam melihat kepentingan keselamatan negara.
 

Thursday, 25 April 2013

USAH DILUPAKAN KISAH SI KIRAM....

Rakyat mahu penjelasan - PM

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai yang menyambut meriah ketibaannya dalam Majlis Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat di padang pekan Kuala Penyu, Sabah, semalam. - UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN.

KIMANIS 23 April - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pimpinan parti pembangkang yang sehingga kini masih belum menjelaskan kepada rakyat negara ini terutamanya di Sabah rasional pertemuan dan perbincangan mereka dengan pemimpin berhaluan kiri Filipina sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, penjelasan itu amat perlu sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan tidak menyembunyikan agenda tertentu.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sekalipun gentar dengan sebarang ancaman anasir jahat dari luar terutamanya kumpulan pengganas Kiram, Najib berkata, kerajaan Malaysia berada pada landasan sebenar.

"Kita tahu apabila orang luar menceroboh kedaulatan kita bermakna jika berperang dan mati sekalipun mengikut hukum Islam adalah mati syahid. Adakah rakyat Sabah mahukan sebuah parti (pembangkang) yang mempunyai agenda tersembunyi.

"Pilihan Raya Umum ke-13 ini adalah penentu destiny negara khususnya Sabah, sama ada akan kekal merdeka dengan penuh maruah atau sebaliknya," katanya dalam ucapan sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; calon-calon BN bagi Parlimen Kimanis dan Dewan Undangan Negeri Membakut serta Bongawan, pimpinan parti-parti komponen BN serta penduduk setempat.

Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini mengesahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali bertemu bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari sebelum berlakunya insiden pencerobohan berdarah di Sabah.

Reuters dan Philippines Daily Inquirer sebelum itu turut mendedahkan pertemuan seorang pemimpin pembangkang dengan ketua kumpulan Kiram pada November lalu selain kunjungan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, R. Sivarasa ke Filipina pada 7 Februari iaitu dua hari sebelum pengganas Kiram memasuki Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin itu pergi ke Manila bertujuan membincangkan isu membabitkan Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan kad pengenalan bernilai jutaan peso.

"Sivarasa dan Tian Chua ke sana untuk membincangkan mengenai kenapa dia (Amalilio) tidak dibenarkan diekstradisi ke Filipina untuk dibicarakan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini.


Wednesday, 10 April 2013

Lahad Datu: Polis kumpul bukti dalang pencerobohan







KOTA KINABALU 9 April - Polis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, siasatan menjurus kepada penyelesaian kes itu berpandu kepada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh di mahkamah.

"Kami tidak kata orang ini (individu ditahan) terlibat sebagai perancang atau pembunuh kes menembak mati pasukan keselamatan pada 2 Mac, kami ada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh...," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apabila ditanya mengenai kemungkinan dalang yang disyaki adalah daripada kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik dalam laporan akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, pihak ketiga yang mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah telah dikenal pasti, namun masih memerlukan bukti untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.

Mengenai 32 individu yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi semalam, Hamza berkata, kesemuanya adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 72 tahun.

"Kami tangkap kerana mereka memasuki negara ini tanpa dokumen dan bersenjata api yang menyalahi undang-undang negara ini," katanya.

Hamza berkata, tiada pertempuran antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di semua daerah serta tiada laporan mengatakan pengganas bersenjata memasuki negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata, pasukan keselamatan masih mengesan tiga lagi mayat anggota penganas Kiram yang ditembak mati pada pertempuran 1 Mac lepas. - BERNAMA


Wednesday, 27 March 2013

Hargai pengorbanan perwira negara



BALU-BALU dan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna tidak dapat menahan kesedihan pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Kuala Lumpur, semalam. - bernama

KUALA LUMPUR 25 Mac - Seluruh rakyat dan kerajaan menghargai pengorbanan mutlak para perwira negara dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menentang pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya menyanjung tinggi pengorbanan mereka dan wajar menjadikan perjuangan pasukan keselamatan tersebut sebagai sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan harian.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan akan terus membela nasib dan maruah pasukan keselamatan negara di sebalik tindakan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkan para perwira negara itu.

"Sesungguhnya, khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan tidak sia-sia. Walaupun ada pihak yang cuba memomok dan memperlekehkan PDRM dan ATM, pihak kerajaan dan rakyat teramai terhutang budi dengan perjuangan anda.

"Kerajaan juga memberi jaminan untuk terus membela maruah PDRM. Komitmen kerajaan yang ada pada hari ini terhadap kebajikan para pegawai dan anggota PDRM tidak dapat dinafikan. Kerajaan hari ini sentiasa menepati janji," katanya dalam Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-206 di sini hari ini.

Najib menambah, beliau yang mewakili kerajaan dan rakyat turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada PDRM yang selama ini terbukti setia kepada negara sejak zaman darurat, era konfrontasi, tragedi 13 Mei, era insurgensi dan perang terhadap keganasan kini.

Menurut beliau, Malaysia tidak mungkin berada pada kedudukan hari ini iaitu sebagai sebuah sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi tanpa keamanan hasil pengorbanan mulia para patriot PDRM dan ATM.

"Tuan-tuan dan puan-puan serta pendahulu telah dengan setia dan tanpa ragu-ragu menyambut panggilan pertiwi tercinta. Kita menyanjung tinggi kepada 10 orang pahlawan negara, di mana lapan orang daripadanya adalah anggota PDRM yang telah membuat pengorbanan mutlak," katanya.

Dengan menginsafi hakikat itu, katanya, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menambah baik skim perkhidmatan pasukan keselamatan negara bagi menjamin kebajikan para pegawai dan anggotanya.

Sebagai contoh, katanya, mulai Januari lalu, kerajaan telah menyetarakan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan PDRM dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan-lapisan gred jawatan atau gred gaji

Dalam penyelarasan itu katanya, jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 48, kini disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 52 Perkhidmatan Awam Am.

"Di samping itu, bagi mereka yang berjawatan konstabel hingga koperal, kerajaan telah melaksanakan kaedah kenaikan pangkat berdasarkan time-based dengan setiap anggota berjawatan konstabel akan mengisi jawatan koperal dalam tempoh masa lapan tahun sahaja jika tiada masalah.

"Ini merupakan satu pakej yang cukup bermakna kepada anggota-anggota PDRM. Kita berharap langkah itu akan merangsang setiap anggota PDRM untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai apa juga yang telah kita tetapkan sebagai objektif yang perlu dilaksanakan.," katanya.


Tuesday, 19 March 2013

Jiwa Anwar gelabah hadapi Pilihan Raya Umum Ke-13





 
ISU terbaru 'iras tokoh pembangkang' yang disiarkan oleh harakah daily sebagai gambar 'Anwar' dimuat naik oleh rajagoyang 360.blogspot.com dengan aksi songsang seorang lelaki dengan pasangan lelaki lain.

Seperti biasa Anwar dengan segera menyatakan bahawa ini konspirasi jijik UMNO menjelang pilihan raya. Kalau Utusan Malaysia yang menyiarkannya, ia akan segera disaman tetapi tidak pula terhadap blog-blog lain yang menyiarkannya.

Sesungguhnya Anwar sedang menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan jiwa yang gelabah. Ia tidak bersih dan kelihatan bersih dengan imej dan kredibiiti yang banyak menimbulkan persoalan.

Isu Lahad Datu juga 'dikaitkan' dengannya dan ternyata pihak keselamatan negara hampir berjaya menghadapi masalah yang berbangkit kerana pergolakan di Sabah tidak sampai memberi kesan kepada pilihan raya yang bakal mendatang.

Peristiwa di Lahad Datu memberi kesan dan momentum yang cukup bermakna kepada warga keselamatan dan juga masyarakat umum, dan sokongan yang luar biasa terhadap wira negara yang telah pergi amat dirasakan.

Banyak perkara pokok yang diperjuangkan oleh Anwar memberi kesan kepada masyarakat. Meski penyokong tegarnya mungkin tidak berubah kerana memiliki sifat 'mati rasa' tetapi kelompok simpatisan dan atas pagar yang penting dalam pengundian ternyata ada kesannya.

Isu pluralisme agama yang dibangkitkan oleh Anwar di London School of Economics 'menyamakan semua agama itu sama' masih belum selesai dibangkitkan di seluruh negara dan ia menjadi polimik berterusan.

Pendekatan liberal Anwar dalam agama terlihat dengan sikapnya terhadap kalimah Allah walaupun Majlis Syura Pas mengambil keputusan tidak membenarkan ia digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Anwar sebagai orang politik sepatutnya faham bahawa kalimah Allah adalah perkara sensitif bagi orang Melayu dan masyarakat Islam di rantau ini. Anwar pernah menjadi pemimpin gerakan Islam semasa dalam ABIM dulu. Apakah ia tidak berasa peka terhadap perkara ini khususnya dalam kalangan akar umbi Pas dan umat Islam yang lain.

Fahaman liberal yang dianut oleh Anwar menyebabkan beliau dikatakan 'amat simpati' dengan gerakan LGBT seperti kenyataan yang dibuat oleh anaknya Nurul Izzah semasa dialog di gereja tidak lama dulu.

Terus ditunggu oleh masyarakat ialah tidak sedianya Anwar menyaman Tun Dr. Mahathir Mohamad penulis buku Doctor Inside the House atau terjemahannya Doktor Umum kerana memuatkan bab-bab tentang dirinya. Salah satu bab yang ditulis sangat menyentuh kredibiliti Anwar.

Ia mengingatkan penulis tentang kenyataan Lee Kuan Yew suatu ketika dulu yang membuat kenyataan dalam Wikileaks menyatakan "He did it" atau "Dia melakukannya". Kenyataan ini adalah serius dan Anwar patut saman Kuan Yew.

Lebih jauh daripada itu Anwar wajib saman Datuk Eskay Abdullah yang menyiarkan gambarnya dengan perempuan Cina kerana ia sangat memalukan. Dan orang masih bertanya ke mana gerangan jam Omega yang dikatakan oleh Anwar disimpan oleh Wan Azizah.

Orang yang cintakan integriti masih terus menunggu Anwar menyaman Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang sangat kontroversial mengenai peribadi Anwar supaya beliau membersihkan dirinya. Ia penting kerana Anwar dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri.

Kesnya di Mahkamah Rayuan akan dibicara tidak lama lagi. Tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan kenyataan bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang berputar arah walaupun semasa perbicaraan ia terus berdiri bersama anaknya dan sanggup bertemu Yang di-Pertuan Agong mengenai kes anaknya. Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.

Kes ini juga terkait dengan peguamnya Yuktes Vijay yang mengeluarkan dua pucuk surat dan mencabar Anwar menyamannya. Yuktes musykil mengapa Anwar tidak berani memberikan keterangan cara bersumpah di mahkamah.

Apakah semua ini dan banyak lagi yang belum sempat dipaparkan menyebabkan Pas semacam merasakan ada perkara yang tidak kena kepada Anwar. Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pernah membuat kenyataan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak semestinya Anwar.

Ia amat bercanggah dengan pendirian awal pakatan pembangkang ingin menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang. Apakah Majlis Syura telah membuat keputusan terhadap isu ini. Kalau sekadar isu kalimah Allah rasanya Nik Aziz tidak akan menziarahi Karpal Singh baru-baru ini. Karpal masih berpendirian seperti yang dilafazkan di Parlimen suatu ketika dulu bahawa Anwar adalah "kaki liwat" dan ia tidak ditarik balik hingga kini.

Karpal Singh dan DAP semacam cenderung mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri. Karpal Singh terkenal sebagai orang yang ada kredibiliti. Mengapa dalam isu Anwar, Karpal menjadi lunak sedangkan jawatan Perdana Menteri memerlukan kredibiliti yang tinggi.

Ini yang menyebabkan Anwar berasa gelabah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana isu-isu dulu tidak terlerai dan isu-isu baru datang satu demi satu. Helah sedang dicari tetapi masyarakat umum mula mengerti siapa sebenarnya Anwar.


Henti politikkan status syahid



NAJIB Tun Razak dipeluk oleh salah seorang 800 calon yang terharu menerima tawaran Program Khas Haji 1434/2013M Tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 18 Mac - Perdana Menteri mempersoalkan niat pucuk kepimpinan parti pembangkang yang sehingga kini masih lagi mempertikaikan status kematian anggota keselamatan beragama Islam dalam menentang pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah itu.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sikap itu amat bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam pada 6 Mac lalu yang memutuskan mereka itu tergolong dalam mati syahid akhirat kerana mempertahankan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

''Dua hari lepas, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menganggap kematian anggota keselamatan itu dikategorikan syahid dunia sahaja kerana tidak jelas niat sebenar mereka dan ini bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa itu.

''Kita rasa kesal kerana dalam soal kematian syahid pun nak dipolitikkan dan nak bercanggah pula dengan keputusan jawatankuasa itu. Persoalannya, apakah agenda sebenar pihak pembangkang itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Menunaikan Fardu Haji Kepada Calon Program Khas Haji 1434/2013M Tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Yayasan 1MDB, Datuk Shamsul Anuar Sulaiman.

Tahun ini, seramai 400 imam dan 400 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terpilih mengikuti program tersebut.

Sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengeluarkan kenyataan mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, Sabah dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan.

Najib berkata, sekarang bukan masa untuk menjadikan isu kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan dan maruah sebagai bahan politik kepartian masing-masing.

''Inilah masanya, setiap rakyat tanpa mengira ideologi politik menunjukkan kesetiaan kepada negara dan menyokong penuh anggota keselamatan kita yang sedang berjuang menentang pencerobohan tentera Sulu di pantai timur Sabah," katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan telah menggunakan konsep wasatiyyah sebagai asas utama dalam menyelesaikan isu pencerobohan tentera Sulu itu.

Beliau berkata, kerajaan tidak terburu-buru dalam menyelesaikan isu tersebut meskipun mereka menceroboh dengan senjata api kerana tidak mahu berlaku pertumpahan darah, khususnya sesama Islam.

''Sebaliknya apabila peluang yang diberikan tidak dibalas dan kita pula yang diperangi oleh mereka, maka masa itu, wajib untuk kita menentang mereka.

''Ini selaras dengan hukum dalam Islam setelah kita beri peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak berkenaan isytihar perang, maka wajib bagi kita pertahankannya dan itu prinsip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun," katanya.

Menyentuh mengenai majlis tersebut, Najib berkata, program Khas Haji itu mencatatkan sejarah tersendiri ekoran pertambahan jumlah calon walaupun baru tiga tahun dilaksanakan.

Beliau berkata, pada tahun pertama, jumlah calonnya adalah 111 orang dan tahun kedua pula mencecah 400 orang manakala pada tahun ini meningkat kepada 800 orang.

''Adalah menjadi hasrat saya supaya dua kumpulan penting dalam susunan pentadbiran di peringkat akar umbi berpeluang mengerjakan fardu haji," katanya.

KOMEN : KENAPA PERLU DENGAR APA YANG ULARMAK PAS CAKAP... TAK RELEVEN DAH.... KALIMAH ALLAH PUN MEREKA GAGAL NAK PERTAHANKAN... KITA SERAH AJE PADA KETENTUAN ILLAHI....

BANGSA MORO PULAK KATA...

'Malaysia jajah Sabah, Sarawak'




 
MANILA 18 Mac - Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.

"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.

"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.

Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.

Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.

Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.

"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI

KOMEN : SEBIJIK PERANGAI PUAK PEMBANGKANG KAT MALAYSIA... SIAP DENGAN SKRIP DAN SD NANTI DIA KELUARKAN.....

BURUK PERANGAI BEKAS2 JENERAL NI...


Jangan terpengaruh manipulasi pembangkang



KUALA LUMPUR 18 Mac - Rakyat negara ini diminta tidak terpengaruh dengan sebarang tindakan manipulasi pembangkang melalui lima bekas jeneral angkatan tentera untuk menghina dan memperkecilkan anggota keselamatan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hal ini kerana kelima-lima bekas jeneral tersebut telah menjadi tunggangan kepada pihak tertentu untuk meraih sokongan politik.

“Sabtu lalu, Perdana Menteri telah bertemu lebih 200 bekas jeneral berpangkat satu bintang hingga empat bintang termasuk bekas-bekas panglima perkhidmatan, dan ternyata golongan itu berasa kesal dengan tindakan segelintir rakan-rakannya yang memburukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pembangkang mahu menggambarkan seolah-olah seluruh bekas jeneral berada di pihak pembangkang tetapi hakikatnya mereka masih mahu terus menzahirkan rasa taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan melanjutkan ikrar walaupun telah tamat perkhidmatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera di sini hari ini.

nyak RM218,000 disumbangkan untuk keluarga mangsa yang terkorban dan cedera ketika Ops Daulat oleh Yayasan Social Care, DRB-Hicom Berhad dan Kumpulan Felda Berhad sementara syarikat makanan, Desatera menyumbangkan bekalan makanan segera kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam operasi tersebut.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad dan panglima-panglima perkhidmatan.

Beliau mengulas penghinaan terbaharu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein dalam satu ceramah di Taman Serai Perdana, Bagan Serai baru-baru ini apabila menyifatkan kegagalan pasukan keselamatan mengesan kemasukan pengganas Sulu sebagai ‘sesuatu yang bodoh’.

Md. Hashim dipetik sebagai berkata: “Kalau dari mula pengganas dapat masuk, kita tidak dapat kesan, tidak ke bodoh? Apa maknanya ini? Selepas itu aset dan kapal kita yang dibeli begitu mahal, mana dia? Atau kita beli dengan mahal tetapi dapat aset murah?"

Sebelum itu, turut memperlekehkan kemampuan anggota keselamatan melalui ceramah pembangkang ialah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, bekas Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan bekas Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tidak seharusnya taktik dan strategi dalam mana-mana operasi diperlekehkan jauh sekali dihina kerana situasi sewaktu kelima-lima bekas jeneral berkenaan bertugas berbeza, di samping bentuk musuh juga tidak sama dengan situasi sekarang.

Menurut beliau, biarpun mereka berada di pihak bukan parti pemerintah, dalam hal ketenteraan dan kepolisan, perbezaan pendapat tidak seharusnya didedahkan kepada masyarakat umum dan dipolitikkan mengikut perspektif masing-masing.
Di sini saya memohon masyarakat umum agar tidak terpengaruh dengan manipulasi ini dan bersama-sama dengan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam apa juga keadaan terutama dalam Ops Daulat.
Semua ini dilakukan demi mempertahankan negara kita dan tidak mengizinkan satu inci sekalipun tanah air dikuasai pihak luar," ujarnya.

KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKANG NI SESUKA HATI MENGATA ORANG BODOH...LAGAK MACAM DEPA AJE YANG PANDAI... LUBANG JANTAN DENGAN LUBANG BETINA PUN MEREKA TAK TAHU NAK BEZAKAN... BAGI MEREKA SEMUANYA SAMA WALAUPUN NAMPAK SONGSANG... SIAPA YANG BODOH?

Monday, 18 March 2013

Lahad Datu: Antara realiti dan sandiwara



Sebuah kereta perisai tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh Sulu, baru-baru ini.

SEJAK menjadi wartawan profesional (sepenuh masa) lebih 24 tahun lalu, saya terlalu banyak bergelumang dengan politik. Saya dikelilingi oleh orang politik yang berbagai warna dan corak. Maka itu kami sudah tidak hairan dengan permainan sepak-terajang, auta, silap mata dan sandiwara politik.

Namun, sepanjang kerjaya itu jugalah Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemain yang cukup hebat. Permainan beliau cukup dengan muslihat yang licik. Permainannya sukar dikesan. Namun para wartawan cukup arif dengan pergerakan beliau.

Semasa "pemerintahan" beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu, rata-rata kalangan wartawan seusia dan sezaman dengan saya ketika itu cukup "tidak begitu gemar dengan beliau".

Setiap kali duduk di meja minum, tiada perkara lain yang digossipkan, kecuali mengenai si Anwar ini. Pendek kata, semasa beliau dalam Kabinet lagi, kami para wartawan sudah mula menggossipnya. 

Ada sahaja yang tidak kena dengan gelagat si Anwar ini, baik dari segi perwatakannya, sikapnya, cara menovering-nya, penguasaannya terhadap "bos-bos" media kami, mengenai lingkungan sahabat-sahabat kroninya dan pelbagai lagilah.

Beliau dilihat cukup rakus dan kemudian kelihatan gelojoh. Cara hidupnya berubah sekelip mata daripada corak ABIM kepada korporat. Kroni-kroninya juga turut berubah.

Setiap kali minum teh tarik di atas meja (pada masa itu), ada sahaja kami mengata mengenai beliau. Ia termasuklah mengenai cara beliau berucap. Berbunga-bunga dan berfalsafah sehinggalah kami tidak faham apa yang mahu diucapkan.

Selepas beliau dipecat, maka terserlah lagi sikap beliau yang sebenar. Warna-warna sebenar kulit Anwar sudah terjelma. Terus-terang kami katakan itulah sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Beliau lebih licik lagi.

Beliau suka berdrama. Beliau suka berteater. Beliau suka bersyair. Beliau suka berpuisi. Sehingga dalam hal-hal realiti pun beliau suka bersandiwara.

Oleh itu tidak hairanlah, beliau pernah menuduh kerajaan meracunnya dengan racun arsenik. 

Sepanjang tempoh perbicaraannya dulu, dia memakai pendakap leher dengan imej mata lebam untuk menunjukkan simpati kepada rakyat. Drama sakit pinggangnya cukup mendebarkan dan macam-macam lagi.

Drama beliau cukup hebat. Disingkatkan cerita yang panjang, kini isu pencerobohan di Lahad Datu juga mahu didramakan.

Puak-puaknya tiba-tiba mengatakan itu semua sandiwara. Hulu balangnya, yang gemar tidur di depan trak FRU, Tian Chua mengatakan ia hanyalah ploy (muslihat) UMNO untuk menarik perhatian rakyat. Ada yang sanggup mengatakan tugas polis dan tentera adalah untuk mati dan berbagai-bagai lagi.

Tian Chua enggan memohon maaf kepada pihak keselamatan polis dan tentera apabila membuat tuduhan itu. Saya difahamkan beliau ada menghantar SMS kepada satu pihak mengatakan "saya serahkan nasib saya kepada Yang Maha Esa" namun tidak sekali-kali akan memohon maaf.

Orang Anwarinas dalam Pas juga mendakwa tragedi di Lahad Datu sebagai sandiwara. Berikut ialah petikan berita Tian Chua yang ditulis oleh lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO.

"Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

"Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily.

Namun peliknya, sepanjang tempoh tragedi Lahad Datu itu tiada siapa pun daripada kalangan PKR mahupun Pas yang berkunjung ke Sabah mahupun Sarawak untuk menunjukkan rasa simpati mereka. 

Yang dilaporkan pergi hanya Lim Kit Siang ke Sabah iaitu dua hari selepas kejadian dan tokoh kerdil PKR, CheguBard hujung minggu lalu. Selain daripada itu tiada.

Tapi yang hairannya, sebelum tragedi Lahad Datu itu Anwar dan konco-konconya sering berulang-alik ke Sabah. Anwar ke Sabah pada Disember 2012 lalu bersama-sama Azmin Ali dan beberapa yang lain, sambil bergembira menyanyi dan menari lagu 'Sabah Akan Hilang'.

Benarkah beberapa ketika sebelum itu, Anwar difaham dan dikatakan beberapa kali ke Filipina. Tidak diketahui untuk tujuan apa?

Selepas daripada itu Anwar mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Januari lalu, sebelum meletusnya tragedi di Lahad Datu baru-baru ini.

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pihak pembangkang terus menerus mengatakan bahawa BN akan kehilangan simpanan tetapnya (fixed deposit) di Sabah. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen.

Tiba-tiba, nak jadikan cerita lebih kalut. Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) balik dari tempat persembunyiannya di luar negara. Setibanya dalam negara, dia dibawa mengadakan ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk mengaitkan PM dengan kes Altantuya. Malah semasa tiba di lapangan terbang dia secara terus terang mengatakan "pulang untuk membantu pembangkang".

Namun, ceramah itu dikatakan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Apa yang dia cakap sebelum ini dan pada ceramah itu tidak konsisten. Tahu-tahu PI Bala dikatakan diserang sakit jantung pula semasa berceramah di Bachok, Kelantan. Dia kini berada di hospital.

Aktivis PKR, CheguBard dalam blognya kelmarin mendakwa PI Bala mungkin menjadi mangsa sihir(?!)

Berikut petikan CheguBard dalam Kedailan Daily kelmarin: Katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.

Secara kebetulan atau sengaja mahu mengalihkan perhatian penduduk Malaysia daripada isu Lahad Datu, PKR tiba-tiba mengadakan sidang akhbar bapa Saiful, Azlan Bukhari.

Melihatkan tiada impak besar pendedahan Azlan berbanding pendirian anaknya Saiful yang terus mendakwa dia diliwat oleh Anwar, Azlan membuat satu lagi sidang akhbar di pejabat PKR kelmarin. Itu juga tidak berjaya untuk menutup pendirian Saiful yang terus menuduh Anwar meliwatnya. Saiful pernah bersumpah laknat di dalam masjid diiringi oleh bapanya, Azlan.

Selagi saya berada dalam lingkungan kewartawanan Malaysia dan politik Malaysia maka sandiwara demi sandiwara ini akan terus berlaku.

REALITINYA: Tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya telah mengorbankan lapan nyawa anggota pasukan keselamatan kita. Ia bukan main-main. Kita tidak tahu mengapa ada orang yang bermain sandiwara dalam hal ini? (Berita terbaru pagi semalam melaporkan seorang lagi anggota perajurit kita terkorban).

Anggota-anggota polis itu dibunuh, juga dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Pengganas ini dikatakan cukup ganas dan kejam sehingga sanggup mencederaparahkan anggota badan anggota-anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak. Tak perlulah saya perincikan keadaan jenazah para syuhada itu, terlalu sedih.

Hasil daripada tragedi pencerobohan itu, rakyat Malaysia telah bersatu. Soal keselamatan negara dianggap tidak boleh dikompromi.

Keselamatan berada di paras tertinggi keperluan hidup rakyat, mengatasi politik dan ekonomi. Rakyat pelbagai bangsa termasuk kaum Cina yang menguasai ekonomi negara, mula menunjukkan sokongan secara semula jadi kepada peristiwa pencerobohan tersebut. Security First, kata mereka. Tian Chua yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu Lahad Datu itu ditolak rakyat. Lebih 1,000 repot polis dibuat di seluruh negara.

Tian Chua dikutuk di sini-sana.

DAP nampaknya cuba pejam mata dengan isu ini. Jika isu-isu lain, termasuk kes ahlinya terjun bangunan di Shah Alam dulu mereka mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, isu Lahad Datu mereka hanya meminta supaya ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen. DAP senyap sunyi dalam isu kedaulatan negara yang dicerobohi ini.

Dalam PKR sendiri berlaku krisis antara ahli Melayu dan Cina. Ada sesetengah pemimpin Melayu mendesak Tian Chua dikenakan tindakan disiplin di atas keceluparannya. Ahli-ahli Cina hanya berdiam diri.

Semoga Malaysia yang indah dan kaya ini, terus aman dan damai.


PASTI ADA SESUATU BILA MEREKA KACAU MAJLIS ORANG...

Polis tahan lelaki cetuskan kekacauan ketika ceramah  

 Oleh ANI AWANG

SEKUMPULAN penyokong parti pembangkang cuba merempuh masuk ke dewan bagi mengganggu ceramah yang dihadiri oleh Zulkfli Noordin dan Zahid Mat Arif, di Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang malam tadi. - UTUSAN

BUKIT MERTAJAM 18 Mac - Polis menahan seorang lelaku kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.

Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.

Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.

Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya. - UTUSAN

KOMEN : KEBEBASAN BERSUARA HANYA UNTUK PUAK MEREKA AJE... PORAH...

Wednesday, 13 March 2013

SALAH KERAJAAN TAK BAGI AKU JAWATAN DALAM GLC BILA PENCEN - NYANYUK

Ceroboh: Ghafir bekas Timbalan Panglima TD perleceh ATM 'duduk reban ayam'

LEFTENAN JENERAL (B) DATUK GHAFIR ABDUL HAMID... Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.
 
 GHAFIR Abdul Hamid (dua dari kanan) berucap sebagai anggota panel semasa Forum T bertajuk 'Solidariti Lahad Datu' anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi anggota panel ialah Fathi Aris Omar (kiri) dan Wilfred Bumburing (dua dari kiri). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.

Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu.

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
- UTUSAN ONLINE

KOMEN : NAK HAIRAN APA SANGAT PUAK KENCING RAKYAT NI... KALAU KITA KATA ANWAR TAK MELIWAT PUN MEREKA TAK PERCAYA.... KALAU KATA MEREKA KENA LIWAT DENGAN ANWAR PUN MEREKA TAK PERCAYA... SUKA HATI KO ORANGLAH...FIKIRLAH GUNA LUTUT KO ORANG... INGATKAN PANDAI SANGAT RUPANYA KURANG BIJAK SEBAB TU PENCEN TAKAT TIMBALAN AJE....