DARI MINGGUAN MALAYSIA
10/6/2012
Kereta nasional, Proton Satria Neo menjadi pilihan Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk diletakkan nombor pendaftaran WWW1
bernilai RM520,000 yang dimenangi baginda dalam bidaan baru-baru ini.
Selain membanggakan kerana Proton menjadi pilihan, keputusan Sultan
Ibrahim itu juga menamatkan teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal
menggunakan nombor pendaftaran termahal itu memandangkan baginda
mempunyai beberapa koleksi kenderaan mewah.
Pada masa yang sama, keputusan baginda itu juga dilihat satu tamparan
hebat kepada Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin yang cuba mempolitikkan isu nombor pendaftaran berkenaan.
KOMEN : BUKAN NOMBOR CAMRY NIZAR....
No comments:
Post a Comment