Pasukan khas siasat kenyataan Nizar
JOHOR BAHRU 30 Mei - Polis negeri ini akan menubuhkan satu pasukan
khas bagi menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran
WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, sehingga
petang ini pihaknya telah menerima lapan laporan berhubung kenyataan
pemimpin Pas Perak itu dan siasatan mengenainya akan dibuat mengikut
Akta Hasutan 1948.
“Pihak kami akan meneliti dan melengkapkan kertas siasatan terlebih
dahulu sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya. Justeru,
saya berharap semua pihak dapat menghormati undang-undang negara ini dan
tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas," katanya kepada Utusan
Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Kelmarin, Mohamad Nizar menerusi akaun Twitter miliknya mengeluarkan
komen, Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat
WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini membuat laporan
polis menuntut pasukan itu dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap Mohammad Nizar atau
mana-mana individu yang menggunakan media sosial sama ada Twitter atau
Facebook untuk menyokong kenyataan fitnah terhadap Sultan Ibrahim.
Ketua pergerakan itu, Mohd. Fadil Muskon berkata, peruntukan
undang-undang sedia ada perlu dilaksanakan dengan tegas ke atas mereka
yang terlibat sebagai pengajaran agar kejadian sama tidak berulang.
“Kami menganggap Mohammad Nizar sebagai seorang yang biadab dan
kurang ajar terhadap baginda Sultan Johor. Tindakannya ibarat menghasut
rakyat untuk mencemar kesucian institusi diraja keseluruhannya," katanya
kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral hari
ini.
Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru yang diwakili ketuanya,
Khalid Mohamed bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bandar
raya ini turut membuat laporan di balai yang sama berhubung isu
berkenaan.
Antara NGO yang turut serta adalah Persatuan Pesara Kerajaan;
Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa; Kelab Rakan Muda dan Persatuan
Sahabat yang turut membawa sepanduk mendesak mana-mana pihak
bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap kenyataan biadab Mohammad
Nizar.
KOMEN : DIA MARAH TU SEBAB BIDAAN DIA TAK MENGENA... KALAU MAMPU NAK BAYAR CIPUT JANGAN SALAHKAN ORNAG YANG MAMPU NAK BAYAR MAHAL.... INI MESTI MEROYAN PASAL KENA PULANGKAN CAMRY KERAJAAN PERAK... PASAL PLAT KERETA PUN NAK DIPOLITIKAN... OTAK UDANG KE APA? PADAN MUKA KAU NIZAR...
No comments:
Post a Comment