Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Showing posts with label MY FAMILY. Show all posts
Showing posts with label MY FAMILY. Show all posts
Wednesday, 7 January 2015
Friday, 16 August 2013
LEMBARAN AIDIL FITRI 2013 (2)
LEMBARAN AIDIL FITRI 2013
Wednesday, 6 June 2012
Dengarkan suara hati ayah
DR. JESSICA ONG HAI LIAW ialah Timbalan
Pengarah Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa dan
Pensyarah Kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
TIBANYA bulan Jun ini, kita akan menyambut Hari
Bapa setelah kita menyambut Hari Ibu pada bulan Mei. Hari Bapa tahun ini
ialah pada 17 Jun, iaitu jatuh pada hari yang sama dengan Hari Israk
Mikraj. Selari dengan tagline Hari Belia,"Jadikan hari esok lebih baik
dari hari ini" yang baru lepas, maka kita mengharapkan sesuatu yang
lebih baik dilakukan oleh kaum bapa kepada keluarganya sebagaimana
harapan kita sebelum ini terhadap peranan belia kepada keamanan negara.
Mengapa Hari Bapa kurang diberi keutamaan berbanding dengan Hari Ibu?
Kita harus duduk merenung sejenak memikirkan peranan bapa yang sama
pentingnya dengan peranan ibu, kerana bapalah nakhoda kapal dan penentu
keharmoniaan dan kebahagiaan keluarga. Ayah, abah, papa, babah, dad, father, loutau (bahasa kantonis) malah apa panggilan sekalipun perlu kita dengar suara hati mereka.
Kalau ibu kita panggil Ratu Hati maka bapa tentu kita sematkan
gelarannya sebagai Raja Hati. Peranan bapa pada hari ini berbeza dengan
dulu kerana menggalas tanggungjawab yang lebih berat apabila ibu-ibu
juga bekerja mencari rezeki. Kesepakatan bapa dan ibu amat perlu demi
memastikan kapal dapat berlabuh dengan tenang dan harmoni di
pelabuhannya.
Kos dan taraf hidup yang tinggi pada hari ini menuntut bapa di luar
sana mencari rezeki siang dan malam demi menaikkan taraf ekonomi dan
menjamin hidup keluarga masing-masing. Bapa perlu memberikan anak-anak
kehidupan yang terbaik. Rumah yang besar, makanan yang baik, pakaian
yang cantik dan semuanya yang terbaik dalam bentuk material. Betulkah
itu yang anak-anak kita mahukan?
Adakah remaja di luar sana setuju tentang bentuk material yang
diperlukan atau perhatian dan kasih sayang? Limpahan kasih sayang dan
perhatian amat penting untuk santapan jiwa anak-anak kita.
Saya berminat berbincang tentang suara hati ayah sempena Hari Bapa,
maka saya juruskan kepada luahan isi hati mereka. Suara hati anak-anak
akan saya kongsi pada lain lembaran.
Tiga suara hati akan saya kongsikan bersama anda. Remaja di luar
sana, saya ingin anda mendengar seruan dan rintihan ayah-ayah yang tidak
tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan untuk membahagiakan anak-anak.
Seorang ayah yang bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah
memberitahu "Saya tak mahu anak saya dipandang rendah oleh
kawan-kawannya, saya akan belikan baju-baju berjenama dan yang penting
anak-anak saya gembira. Memang saya penat tapi berbaloi tengok senyuman
anak-anak dengan hadiah yang saya beli. Kalau saya tak belikan, anak
saya kata dia akan lari dari rumah, tunjuk tanda protes".
Protes? Adakah itu sikap anak-anak kita yang dipengaruhi oleh media
massa untuk lari dari rumah? Adakah wang mengaburi remaja hari ini dan
wang adalah segala-galanya?
Hati saya terusik dan terharu apabila terbaca berita kematian anak
doktor pakar, Dr. Ko Chung Beng iaitu Steven Ko Yiu Hing pada 24 Mei
2012. Apabila saya memandang wajah mendiang di surat khabar, saya
membayangkan Steven seorang yang ceria, baik dan bijak kerana mendiang
adalah bakal doktor yang sedang menuntut di Penang Medical Centre.
Mengapa Steven sanggup terjun dari sebuah bangunan plaza di Pulau
Pinang? Kisah cinta segi tiga sahabat baik yang belajar bersama-sama di
luar negara dua tahun lepas. Cinta yang tidak melibatkan pergaduhan
tetapi Steven menarik diri daripada percintaan tiga segi dan memberitahu
teman wanitanya bahawa dia sanggup mengundur diri dan tidak mahu
menyusahkan gadis itu membuat pilihan kembali kepada bekas teman lelaki
yang juga merupakan kawan baik Steven.
Steven sempat menghantar SMS kepada teman wanitanya dengan berharap dia dapat menonton filem Casablanca dan memahami segalanya.
Bolehkah kita melihat seorang anak yang terlalu baik dan memiliki
segalanya tetapi sunyi dan tidak cukup sokongan moral daripada
keluarganya? Petikan daripada akhbar tempatan yang menyampaikan suara
hati Dr. Chung Beng yang beliau benar-benar kesal kerana tidak
bersama-sama anaknya mengharungi saat-saat gangguan emosi, dilema dan
putus harap dalam percintaan.
Dr. Chung Beng menyeru semua ibu bapa jangan terlalu menyuguhkan
material kerana apabila berlakunya situasi penolakan maka mungkin si
anak tidak dapat menerima kekecewaan. Meluangkan masa bersama anak-anak
amat penting kerana wang tidak dapat membeli segalanya dan ia bukanlah
segalanya. Saya tidak nafikan pentingnya wang dan material pada hari ini
tapi kadang-kadang kita lupa dan alpa dengan tugas harian mengejar
kejayaan kita.
Mungkinkah pengaruh filem boleh melayangkan nyawa anak itu atau
puncanya adalah kurang perhatian daripada ibu bapa? Pengaruh media massa
pada hari ini begitu kuat sehingga menyebabkan remaja pada hari ini
sanggup bunuh diri seperti dalam drama Korea dan sanggup melarikan diri
dari rumah?
Sebelum itu, Steven sempat meminta teman wanitanya menonton filem Casablanca untuk
memahami tindakannya. Pada tahun 2003, kita pernah dikejutkan dengan
peristiwa seorang ayah yang menemui anak lelakinya membunuh diri di
dalam bilik dan skrin komputernya tertera cara terperinci bagaimana
membunuh diri yang dimuat turut dan ditiru.
Bagaimana kita dapat menghalang remaja pada hari ini melayari internet dan terpengaruh dengan gejala sosial?
Suara hati ayah yang ketiga melahirkan kesyukuran dengan apa yang
dikecapinya pada hari ini, Walaupun beliau bukan golongan berada tetapi
beliau cuba memberi apa yang seadanya kepada anak-anak dan mengelak
daripada berlebih-lebihan. Apa yang penting bagi beliau ialah
menghadiahkan ilmu yang penuh di dada dan pahatkan tiang agama yang
kukuh supaya anak-anak beliau dapat mencari erti kehidupan dan
nilai-nilai kemanusiaan apabila dewasa kelak.
Bajailah dengan kasih sayang dan sentiasa mendoakan anak-anak beroleh
kesejahteraan dan kebahagiaan. Itu sahaja harapan beliau kerana beliau
tidak berharta dan hanya mampu memberikan ilmu serta didikan agama.
Marilah, ayah-ayah di luar sana, kita berhijrah sempena Israk Mikraj
dan Hari Bapa. Kita menjadikan diri kita ikon terbaik kepada anak-anak
kita seperti bak kata pepatah "Bapa borek anak rintik" dan kenapa kita
tak kata "Ibu borek anak rintik". Fikirkan bersama. Salam 1Hati.
KOMEN : KHAS BUAT ANAK-ANAK KU, NILAILAH PENGORBANAN KAMI IBUBAPA MU SEIKHLAS YANG BOLEH. BUKAN HARTA BERTIMBUN YANG DIKUMPUL, BUKAN TINGGI RENDAH TARAF YANG DIKEJAR, NAMUN DISUDUT KECIL HATI AYAHMU HANYA MENGHARAPKAN KEJAYAAN KALIAN DALAM PELAJARAN DAN MENJADI INSAN KAMIL DIBUMI ALLAH swt YANG BERTUAH INI... CORAKANLAH MASA DEPAN DARI SEKARANG UNTUK KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT... TIMBALAH ILMU SELAGI MAMPU SEHINGGA KE AKHIR HAYAT MU... DOA KAMI JADILAH ANAK-ANAK YANG SOLEH...AMIN...
Wednesday, 5 January 2011
SALAM 2011 DAN MINGGU PERSEKOLAHAN BERMULA

Hari ini baru memulakan semula tugas setelah bercuti di hujung tahun dan awal tahun kerana kesibukan dengan pendaftaran persekolahan anak-anak untuk tahun 2011. Ingin saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011.
Anak-anak telah pun memulakan persekolahan mereka seperti tahun-tahun lalu. Anak yang tua FARA memulakan persekolahan di tingkatan 4 setelah mendapat 1A, 4B dan 3C dalam PMR 2010. Tahniah anakku. Cabaran menanti untuk SPM 2012 dalam Aliran Sains...Banyak usaha perlu dilakukan dan ayah pasti anakanda mampu melakukannya.
Anak yang kedua pula SARAH memulakan alam persekolahan menengah tingkatan 1 setelah mendapat 4A, 1B dalam UPSR 2010. Tahniah anakku...tapi untuk peringatan anakanda, sekarang bukanlah masa untuk enjoy...grade yang didapati hendaklah ditambahbaikan dan mata pelajaran baru hendaklah dikuasai untuk lebih berjaya dimasa hadapan. Apa-apa pun you can do it.
Yang bongsu pula QIARA memulakan persekolahan dalam darjah 3 dan masih menujukan sikap babynya. Seperti biasa rajin kesekolah tapi malas nak buat homework....Tapi ayahanda tahu yang baby taklah malas sangat...Result tahun lalu pun tak teruk sangatkan, cuma... kenalah rajin belajar dari sekarang kalau nak jadi macam FARA & SARAH.
Bagi saya pula petang ni ada pula PERJUMPAAN TAHUN BARU dengan Pengarah UIC dari jam 2.00 ptg entah bila nak habisnya......Bukan apa kekadang tu boring juga bila dengar boss membebel. Tapi takpe dengar aje nak buat macamanakan apa-apa pun dia boss...
Berita pagi yang menyakitkan hati hari ini adalah berita kenaikan harga petrol RON97. Sejak HARGA Petrol ni diapongkan tidak pernah sekali pun harga petrol ni turun walaupun harga pasaran petrol dunia ada turun dan naiknya. Ini memanjang naik aje apa cerita???? Siapa tipu siapa..?? APA JAMINAN KERAJAAN PETROL RON95 TAK NAIK???? Sudahlah nak sekolahkan anak memerlukan banyak duit..ni tak pasal-pasal harga petrol naik..tak lama lagi HARGA BARANG KEPERLUAN PUN NAIK??????
Politik kat Selangor dah MACAM FUNFAIR, kalau dah yang memerintah pun asyik berpolitik.... Semuanya nak dipolitikan... SELANGOR NAK JADI APA... dah kalau yang memerintah pun asyik nak membangkang dan berdemotrasi siapa yang nak memajukan negeri Selangor ni... Masalah air tak selesai lagi???? Masalah lain tak usah ceritalah... yang susah rakyat jelata juga....
Subscribe to:
Posts (Atom)





