Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label NGO. Show all posts
Showing posts with label NGO. Show all posts

Friday, 18 March 2016

Jawatan Tun Mahathir sebagai Penaung Mubarak lucut serta-merta

NORMAIRAH JAMALUDDIN | 17 Mac 2016 2:21 PM




KUALA LUMPUR 17 Mac – Jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penaung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terlucut serta-merta setelah beliau keluar daripada UMNO pada 1 Mac lalu.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, secara logiknya jawatan Dr. Mahathir sebagai penaung akan terlucut kerana beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO dan pihaknya berharap beliau maklum mengenai perkara itu.

“Beliau secara jelas telah lari daripada matlamat dan objektif penubuhan Mubarak iaitu bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong kerajaan bukan menentang.

“Apabila Dr. Mahathir keluar kali kedua daripada UMNO, bertemu pula dengan parti lawan yang menentang Barisan Nasional (BN), jadi kita buat keputusan untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani kenyataan bersama dengan 43 NGO Malaysia yang menentang gerakan menggulingkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jawatan-tun-mahathir-sebagai-penaung-mubarak-lucut-serta-merta-1.201561#sthash.kZFZL61C.dpuf


Monday, 23 November 2015

Friday, 28 August 2015

Perhimpunan anti-Bersih ditunda

28 Ogos 2015 1:30 AM


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kumpulan anti-Bersih yang digerakkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili golongan peniaga bersetuju menunda perhimpunan 30,000 aktivis yang dirancang bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara Sabtu ini.

Jamal Md. Yunos

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, pihaknya bersetuju me­nunda perhimpunan berkenaan kepada satu tarikh lain pada bulan kemerdekaan di lokasi yang lebih sesuai seperti dinasihatkan pihak polis.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan pihaknya dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md. Isa berhubung persiapan pasukan berkenaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan buruk semasa perhimpunan haram berkenaan berlangsung.

“Walaupun baju sebanyak 30,000 helai telah pun siap dan deposit untuk 200 buah bas juga sudah dibayar, kami komited menunda perhimpunan kami yang cintakan keamanan di lokasi yang lebih sesuai dengan pelbagai acara berfaedah.

“Sebagai NGO yang prokerajaan serta menghormati undang-undang, kami patuh dengan arahan polis supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram yang dianjurkan NGO propembangkang,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Jamal telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi dirakam percakapan berhubung siasatan polis ke atas kumpulan anti-Bersih tersebut.

Sementara itu, Jamal membe­ritahu, pihaknya telah pun memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung kes berkenaan agar siasatan lengkap dapat dilakukan.

“Kami tidak takut atau gentar untuk tampil dan bekerjasama dengan pihak polis dalam menjalankan siasatan,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perhimpunan-anti-bersih-ditunda-1.129348#sthash.vDdNerOt.dpuf


Tuesday, 2 June 2015

Jangan persoal agenda Melayu dalam RMK-11

02 Jun 2015 1:35 AM


KUALA LUMPUR 1 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kesal dengan kenyataan Pengerusi Institut Hal Ehwal Ekonomi Demokrasi (Ideas), Tengku Zain Al-Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang mempersoalkan agenda Melayu dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

HASSAN BASRI

Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri Muhammad berkata, kenyataan dua individu itu dalam satu forum anjuran Harmony Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini berhubung isu tersebut disifatkan telah menyakiti hati orang Melayu.

Menurutnya, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tegas mempertahankan Perlembagaan, hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan institusi raja, Perkasa menyanggah kenyataan Tengku Zain dan Saifuddin dalam forum tersebut.

“Mereka tidak memahami dan menyelami Perlembagaan yang menjelaskan hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di bawah Perkara 153 ataupun bersikap prejudis kepada orang Melayu dan agama Islam.

“Oleh itu, Perkasa mencadangkan supaya mereka atau mana-mana pihak yang mempertikaikan agenda Melayu dan bumiputera dalam pembangunan negara perlulah ‘disekolahkan’ semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hassan Basri dalam kenyataan itu berkata, Tengku Zainal Abidin yang antara lain memberi contoh kononnya tidak dinyatakan dalam Perlembagaan pengurangan 10 peratus harga pembelian rumah kepada Melayu dan bumiputera jelas memperlihatkan kedangkalan beliau.

Justeru, beliau bimbang kenyataan seperti itu akan menjadi lidah penyambung kepada perjuangan DAP dan cauvinis Cina yang antaranya mahu menghapuskan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sekiranya mereka memerintah negara.

“Kenyataan kerabat diraja ini dibimbangi boleh menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada institusi raja untuk mempertahankan agama Islam dan orang Melayu. Perkasa tidak mahu isu ini digunakan oleh pihak media untuk menangguk di air keruh.

“Perkasa yang mempunyai 500,000 ahli bertegas menentang sesiapa juga yang cuba mempertikaikan perkara berkaitan hak orang Melayu dan agama Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-persoal-agenda-melayu-dalam-rmk-11-1.98351#sthash.bnL1aNtd.dpuf

Wednesday, 15 April 2015

GST : Jangan tunduk dengan pengusaha restoran, hotel

FARHANA JONI 
DAN NAZWIN IZAN AHMAD NAZRI | 15 April 2015 1:42 AM


JACOB GEORGE

 S.M. Mohamed Idris

Datuk Yusoff Ismail 

Datuk Paul Selvaraj 


KUALA LUMPUR 14 April - Kerajaan tidak perlu membuang masa untuk mengkaji caj perkhidmatan yang dikenakan pengusaha restoran dan hotel terhadap pengguna, sebaliknya perlu bertindak tegas menghapuskan bayaran tersebut dengan segera.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu perlu kerana masyarakat hari ini kerap mempersoalkan sikap kerajaan yang terlalu bertolak ansur terhadap pengusaha restoran, hotel dan syarikat telekomunikasi hingga membebankan mereka sebagai pengguna.

Katanya, pengusaha restoran dan hotel seolah-olah mengambil kesempatan terhadap ‘kelembutan’ kerajaan dengan memberi alasan caj perkhidmatan lima hingga 10 peratus yang dikenakan terhadap pengguna itu akan diberikan kepada pekerja.

“Tidak logik jika kerajaan menerima alasan pengusaha hotel dan restoran itu kerana kutipan bayaran itu tiada kena-mengena langsung dengan pengguna, sebaliknya terkandung dalam syarat serta perjanjian antara majikan dengan pekerja.

“Apabila caj perkhidmatan ini masih ada, masyarakat mula sangsi dengan matlamat cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana pada peringkat awal kerajaan mengatakan ini berperanan meringankan beban tetapi kini mereka perlu membayar dua cukai pula,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Nege­ri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek bahawa kerajaan sedia menimbang untuk memansuhkan caj perkhidmatan 10 peratus dalam industri hotel dan makanan jika dilihat tidak adil kepada pengguna, semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj mencadangkan kerajaan menghapuskan terus caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus itu dan memperkenalkan dasar satu harga bagi mengurangkan beban pengguna.

“Jumlah caj tersebut sepatutnya diberikan oleh pelanggan hanya jika mereka berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang telah diberikan. Bukan hak pengusaha untuk menentukan kadarnya.

“Pemerhatian yang dilakukan oleh FOMCA sendiri juga mendapati, kebanyakan pengusaha tidak mempunyai perjanjian bersama dengan pekerja yang menyatakan secara jelas mengenai caj perkhidmatan.

“Caj yang dikutip tidak diberikan kepada pekerja, sebaliknya hanyalah menjadi pendapatan tambahan kepada pengusaha yang jelas tidak adil kepada pekerja dan pengguna,” katanya ketika dihubungi.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail pula berkata, orang ramai telah muak dengan kenyataan mengkaji yang sering dikeluarkan oleh kerajaan berhubung isu cukai perkhidmatan kerana sepanjang tempoh kajian itu dilaksanakan, rakyat te­rus terbeban.

Katanya, jika kerajaan telah se­bulat suara melaksanakan GST pada 1 April lalu, maka tiada sebab untuk mengkaji atau berbincang dengan pengusaha hotel, restoran dan syarikat telekomunikasi tentang caj perkhidmatan, sebaliknya perlu dihapuskan serta-merta.

“Dalam tempoh dua minggu pelaksanaan GST, kami menerima kira-kira 500 aduan orang ramai yang keliru dengan dua cukai yang dikenakan terhadap setiap pembelian, malah mempertikaikan apa kuasa kerajaan sebenarnya dalam menangani isu caj perkhidmatan ini kerana jelas membebankan pengguna, khususnya yang berpendapatan rendah,” katanya.

Di samping itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, alasan untuk mengkaji dahulu membuktikan kerajaan tidak bersedia melaksanakan GST kerana mereka seharusnya bersedia dan merancang dengan teliti serta mendapatkan maklumat statistik yang mencukupi.

Jelasnya, saranan untuk menimbang dan meneliti caj perkhidmatan adalah gimik kerajaan semata-mata dan membuang masa.

“Perkara ini tidak betul-betul digambarkan oleh kerajaan, dalam keadaan sekarang semua pihak terperangkap sama ada pengguna, ahli ekonomi dan juga pelancong. Saya mendapat pertanyaan daripada pelbagai pihak antarabangsa seperti Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan sebagainya yang bertanyakan tentang soal GST ini.

“Kastam tidak dapat jawab soalan, kredibiliti dan kualiti yang dikeluarkan mereka amat mendukacitakan selain tidak bersedia sepenuhnya. Alih-alih kita (persatuan pengguna) yang kena seperti ‘punching bag’,” katanya.

Pandangan itu turut disuarakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang melihat caj per­khidmatan tidak lagi wajar dikenakan pada masa sekarang.

“Kalau dahulu diwujudkan se­bab gaji rendah iaitu RM450 sebulan, kerana itu kerajaan wujudkan perjanjian bersama (CA) tetapi sekarang gaji minimum adalah RM900. Oleh itu, sudah tidak ada keperluan untuk terus mengenakan caj perkhidmatan ini malah gaji pekerja seharusnya ditanggung oleh majikan bukan pengguna yang telah membayar untuk makan dan minum.

“Kerajaan seharusnya mengikut corak sendiri dan bukan berpandukan negara yang mengamalkan pelaksanaan cukai ini. Caj perkhidmatan memang tidak diperlukan dan seharusnya di buang terus daripada sistem kerajaan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-tunduk-dengan-pengusaha-restoran-hotel-1.81106#sthash.QGcJU4UH.dpuf

Wednesday, 4 March 2015

PEKA dan SPRM, Finas dan bahasaku; Ketam Melayu dan Cina

Macam mana? Comel tak ketam-ketam itu. Comelkan. Kalau comel ajaklah ...
CUIT
ZAINI HASSAN (ZAINIBINHASSAN@GMAIL.COM) | 04 Mac 2015 12:31 AM

SPRM sebagai rakan strategik

SEMALAM saya dijemput menjadi ahli panel satu forum mengenai alam sekitar. Ia dianjurkan bersama oleh sebuah badan aktivis alam sekitar dikenali sebagai Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (IAM) di Restoran Saloma, Jalan Ampang.

Ramai yang hadir termasuk rakan wartawan. Banyak perkara yang dibincangkan. Turut disentuh isu tragedi terbaharu - kemusnahan alam di Cameron Highlands, banjir kuning di Kelantan serta pendedahan mengenai kerosakan sistem ekologi di Pulau Mabul di Sempurna, Sabah.

Juga dibincangkan mengenai penglibatan politik dalam isu-isu itu. Serta bagaimana kerajaan negeri gagal menangani soal kemusnahan yang berlaku di hadapan mata mereka.

Terlalu banyak ketirisannya. Ini bukan membabitkan soal kesedaran, tetapi lebih kepada penguatkuasaan. Ini juga membabitkan soal wang dan ringgit. Ini juga membabitkan soal makan suap oleh para pegawai penguatkuasaan yang sudah menjadi darah daging mereka.

Isu rasuah sering dibangkitkan oleh rakyat. Bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi, namun yang paling banyak ialah membabitkan peringkat rendah. Akhir­nya bukan pegawai-pegawai yang terbabit dipersalahkan, tetapi kerajaan secara keseluruhannya.

Namun apa yang menarik perhatian saya semasa kami bersembang semasa makan tengah hari ialah bagaimana kreatifnya PEKA cuba menangani masalah ini.

Mereka telah bekerjasama dengan SPRM sebagai rakan strategik. Pegawai-pegawai SPRM akan digunakan untuk berhubung dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

“Jika kami sendiri yang berhubung dengan mereka tidak jalan,” kata Presiden PEKA, Puan Sri Shariffa Sabrina Syek Akil.

“Dengan SPRM mereka takut sikit,” tegas beliau.

Memang benar, sepatutnya apa yang dilakukan oleh PEKA itu perlu dituruti oleh NGO-NGO yang lain, malah oleh agensi-agensi sensitif kerajaan yang lain seperti Jabatan Hutan, jabatan penguatkuasaan di pihak-pihak berkuasa tempatan dan lain-lain.

Tahniah PEKA kerana kepekaan untuk memelihara khazanah alam ciptaan Allah SWT demi generasi anak cucu akan datang.


Bahasa rasmi Finas sudah bertukarkah?

FINAS ditubuhkan sejak 1980 dengan niat baik oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kini Tun. Tetapi sehingga kini setelah ratusan juta diperuntukkan, orang masih tertanya-tanya apakah kejayaan Finas yang boleh dibanggakan?

Pada suatu masa dahulu, Finas merai ulang tahun pembentukannya setiap tahun, tetapi ada orang kata untuk merai kejayaan apa?

Berbanding dengan agensi kerajaan lain yang lebih memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara, Finas dikatakan hanya boleh merasa bangga dengan kewujudannya sahaja.

Jadi tidak hairanlah kalau akhir­nya menteri berkenaan mengarahkan untuk acara perayaan ulang tahun Finas tidak diadakan. Sekali gus menjimatkan ratusan ribu ringgit untuk mengadakan acara jamuan besar di hotel terkenal di bandar raya Kuala Lumpur.

Sejak Finas ditubuhkan terdapat enam orang yang telah dilantik sebagai ketua pengarahnya iaitu - Ismail Zain, Datuk Zain Hamzah, Allahyarham Datuk Sharif Ahmad, Datuk Mahyiddin Mustakim, Naguib Razak, Raja Rozaimi Dalnish Shah dan sekarang ini Datuk Kamil Othman yang dulunya pengarah MDEC.

Sejak dulu bahasa rasmi yang diguna oleh semua kegiatan Finas adalah bahasa Melayu. Tetapi sejak kebelakangan ini bahasanya adalah Inggeris?

Adakah apa yang didengar saya itu benar? Kalau benar apa sebabnya Finas mahu menukar bahasa rasmi agensi kerajaan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris?

Kalau perkara ini benar-benar berlaku, itu sudah tentu satu perkembangan yang amat menyedihkan. Bahasa Jiwa Bangsa? Bahasaku Oh Bahasaku...


Ketam Cina dan Ketam Melayu...

SAYA tertarik dengan satu kisah ketam. Saya menerimanya melalui WhatsApp. Saya tidak tahu siapa penulisnya, namun kisah itu cukup untuk direnungi oleh kita semua.

Kisahnya begini:

Pada pagi itu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik Cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek, ketam ada jual ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup, ketam Cina. Sana dalam bekas tak ada tutup, ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup... ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar.... yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi… jangan kasi keluar. Dia mau dia seekor saja keluar… yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

MORAL:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga, Cina lain tak kacau, dia tengok saja dan belajar macam mana boleh berjaya.

Cina yang sudah berjaya itu pula, akan ajar Cina lain agar berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu nak berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. Macam ketam Melayu, apabila seekor ketam berjaya hendak naik, ketam lain tarik kaki dia, akhirnya seorang pun tak dapat naik. Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri.

Benarkah begitu? Adakah kerana sifat itu orang Melayu tidak senang-senang sampai sekarang? Adakah oleh kerana itu, matlamat 30 peratus penguasaan ekonomi masih tidak tercapai?

Saya diberitahu di pasar raya IT di Plaza Low Yat misalnya, peniaga-peniaga Cina tolong-menolong antara satu sama lain bagi memastikan supply chain dikongsi dan dikuasai bersama. Begitu juga dalam bidang-bidang lain. Jika sudah ada rantai, pastikan rantai itu tidak putus, malah disambung-sambung sehingga lebih utuh dan besar.

Wallahualam...

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/peka-dan-sprm-finas-dan-bahasaku-ketam-melayu-dan-cina-1.65796#sthash.BxNFa0zD.dpuf

Thursday, 26 February 2015

Ambil tindakan ke atas blog hasut rakyat – NGO

26 Februari 2015 1:37 AM


Zaparuddin Abdul Rahim (tengah) menujukkan laporan polis yang dibuat di IPD Shah Alam terhadap penulis blog Sakmongkol AK47 yang berunsur fitnah dan berbaur hasutan seperti diterbitkan di laman portal The Malaysian Insider. – Utusan/Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 25 Feb. – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pemantau Media Sosial Pasukan Semut Malaysia membuat laporan polis berhubung penyiaran artikel bertajuk ‘The White and Black Minstrel Show will end as a huge embarassment’ yang didakwa berbaur hasutan dan menghina mahkamah oleh sebuah blog, Sakmongkol AK47.

Pengerusinya, Zaparudin Abd. Rahim mendakwa, artikel yang dipercayai ditulis oleh Ahli Parlimen Raub daripada DAP, Datuk Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz itu amat berbahaya dan berunsur fitnah.

Dakwanya, artikel itu adalah satu pembohongan bagi mengelirukan rakyat berhubung keputusan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut disiarkan oleh sebuah portal berita, The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Artikel itu bukan sahaja berunsur fitnah dan bohong, malah berbaur hasutan supaya rakyat menggulingkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi seperti tercatat pada ayat terakhir 'Once we have Federal power, we don’t need to go before King to free Anwar”.

“Ternyata kenyataan ini amat berbahaya sekali. Adakah jika pakatan pembangkang menjadi Kerajaan Persekutuan maka Anwar sudah tentu dibebaskan? Adakah pembangkang memang berniat membebaskan beliau sahaja walaupun ternyata dibuktikan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan?” soalnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaparudin berkata, pihaknya juga mahu tindakan diambil terhadap blogger tersebut kerana artikel itu didakwanya jelas menghina mahkamah dan memperlekehkan pasukan penguatkuasaan negara.

Katanya, ini terbukti menerusi kenyataan dalam artikel itu yang berbunyi ‘As we know, the ones who did that are the two policemen - whom as the courts and the law enforcement agencies would have us believe, on a frolic on their own, suddenly thought of killing someone today'.

“Kenyataan di atas menghina mahkamah dan memperlekehkan pasukan penguatkuasaan terutama pihak pendakwa raya dan polis yang kononnya tidak profesional dalam menjalankan tugas dan bertujuan mengaburi pandangan dan kepercayaan rakyat.

“Blog itu juga mempertikai kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Ini bagi kami satu penghinaan terhadap institusi kehakiman negara yang semua tahu adalah badan yang bebas,” katanya.

Tambah Zaparudin, artikel itu juga didakwanya bertujuan menanam persepsi buruk dalam minda rakyat agar mempercayai Kerajaan Persekutuan bersubahat dengan pihak berkuasa dan institusi kehakiman untuk menghukum Anwar dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ambil-tindakan-ke-atas-blog-hasut-rakyat-8211-ngo-1.63791#sthash.j8R3pJjX.dpuf

Friday, 6 February 2015

‘Kitab Kristian’ bentuk komik diedar bersama bantuan banjir

06 Februari 2015 2:07 AM


NOOR AZMAWI ABD. RAHMAN (tengah) menunjukkan laporan polis berhubung pengedaran dua kitab agama Kristian yang diletakkan bersama bantuan banjir di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, semalam. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH


PASIR MAS 5 Feb. – Penduduk Kampung Slow Machang di sini dikejutkan dengan pengedaran ‘kitab’ agama Kristian yang dipercayai dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika men­yampaikan bantuan banjir kepada mereka pada 21 Januari lalu.

Kedua-dua buku berbahasa Melayu dalam bentuk komik itu berjudul Isa Al-Masih Kalimatullah dan Kisah Tentang Yesus Kristus.

Difahamkan kedua-dua buku itu ditemukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Suhaimi Mustafa sebaik sahaja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian.

Menyedari perkara tersebut boleh menggugat akidah umat Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa NGO tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, petang semalam.

Ketuanya, Noor Azmawi Abd. Rahman berkata, tujuan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung pengedaran buku tersebut.

Menurutnya, kedua-dua buku berbahasa Melayu itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan umat Islam di kampung berkenaan.

“Jadi, saya bersama dengan beberapa buah NGO membuat laporan polis di IPD Pasir Mas berhubung pengedaran kedua-dua naskhah buku ini.

“Sehubungan itu, saya menggesa pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara tersebut dan mencari dalang sebenar. Bukan itu sahaja, kita juga mahu tahu apa tujuan mereka menyebarkan ‘kitab’ Kristian kepada orang Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung pengedaran ‘kitab’ tersebut yang disertai hampir 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Mas.

Selain Pergerakan Pemuda UMNO dan Biro Agama UMNO Bahagian, turut serta membuat laporan polis berhubung isu tersebut ialah Kelab Sukan dan Rekreasi Parlimen Pasir Mas (SRCC), Majlis Belia Jajahan (MBJ) Pasir Mas, Gerakan Belia 4B Pasir Mas dan Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pasir Mas.

Sementara itu, seorang penduduk, Abdul Hamid Awang mendakwa, dia menerima buku itu bersama dengan bantuan daripada sebuah NGO yang dipercayai dari Sabah.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan seharusnya pihak yang terlibat perlu menjaga sensitiviti dan menghormati agama orang yang mereka ingin bantu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/8216-kitab-kristian-8217-bentuk-komik-diedar-bersama-bantuan-banjir-1.56524#sthash.XsOaUumY.dpuf

Thursday, 5 February 2015

Usaha bekukan saya daripada berceramah – Ustaz Kazim

05 Februari 2015 1:53 AM


Mohd. Kazim Elias


IPOH 4 Feb. – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan penyebaran rakaman ceramahnya yang didakwa sebagai berbaur perkauman merupakan usaha pihak tertentu untuk ‘membekukannya’ daripada muncul bercera­mah di khalayak ramai.

Menurut beliau, penyebaran rakaman video selama 2 minit 27 saat itu juga dilihat sengaja ditimbulkan bagi mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lain yang sedang hangat diperkatakan dalam negara.

“Kebangkitan masyarakat untuk mendengar ceramah sangat hebat dan bukan semua orang suka perkara ini. Jika boleh, orang ini (Ustaz Kazim) diperamkan.

“Saya nampak usaha membekukan saya supaya tidak lagi boleh keluar di khalayak kerana bercakap isu perkauman padahal sebelum ini tidak pernah pun bercakap isu tersebut.

‘‘Isu ini ditimbulkan sebab Ustaz Kazim seorang yang dikenali, jika saya tidak dikenali orang tidak akan timbulkan isu ini. Kalau mahu ditimbulkan sejak 2009 lagi,’’ katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi dekat sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Kazim menyertai wakil 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih 500 orang yang berhimpun di hadapan pusat pendidikan itu sebagai tanda sokongan terhadap beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, rakaman ceramah pada Disember 2009 di sebuah surau di Kemensah Heights, Kuala Lumpur itu hanya menjawab persoalan mengenai isu-isu yang hangat diperkatakan ketika itu tentang hak keistimewaan orang Melayu, ketuanan Melayu, raja dan anggota keselamatan.

“Adalah menjadi kewajipan sebagai seorang Islam untuk mempertahankan pemerintah dan mempertahankan sesuatu yang disuruh oleh agama. Oleh itu, saya huraikan dan tidak lama pun huraian itu dalam dua minit lebih.

“Sudah lama benda ini, saya pun tidak tahu kenapa dibongkar dan dijadikan isu selepas sehari saya dianugerahkan dengan gelaran Datuk.

“Saya menafikan sekerasnya tuduhan ini yang merupakan satu bentuk fitnah dan tuduhan melulu tanpa melihat kepada isi keseluruhan ceramah tersebut. Saya rasa pengadu tidak faham apa yang saya cakap atau dia faham yang dua minit itu dan tidak melihat sebelum dan selepas daripada dua minit,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/usaha-bekukan-saya-daripada-berceramah-8211-ustaz-kazim-1.56152#sthash.qjPSM4SI.dpuf

Friday, 16 January 2015

Gabungan NGO Melayu serah memorandum perpaduan

16 Januari 2015 1:36 AM


MUHYIDDIN YASSIN menerima Memorandum Perpaduan Nasional yang diserahkan oleh Azih Muda (dua dari kanan) sambil disaksikan Abdul Hamid Mohamad (tiga dari kanan) di Sri Satria, Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA 15 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima Memorandum Perpaduan Nasional daripada Gabungan NGO Melayu yang dianggotai 320 badan bukan kerajaan (NGO).

Memorandum itu yang bertemakan Perpaduan Rakyat Malaysia Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional, Datuk Azih Muda sambil disaksikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Dalam majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria itu, seramai 12 wakil pemimpin NGO Melayu turut hadir antaranya Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali; Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Zaini Hassan dan Datuk Ruhanie Ahmad.

Memorandum tersebut me­ngandungi 54 usul membabitkan 19 usul berkaitan politik, Perlembagaan negara dan undang-undang; 20 usul melibatkan sosio- ekonomi dan tujuh usul berkaitan hal ehwal agama Islam itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 November lalu.

Azih berkata, konvensyen yang berlangsung di Kuala Lumpur pada November lalu telah meluluskan Memorandum Perpaduan Nasional sebagai usul dan pandangan kepada Perdana Menteri dan kerajaan bagi dipertimbangkan secara serius dalam kerangka kerajaan menggubal Dasar Perpaduan Nasional.

Sementara itu, Abdul Hamid melahirkan rasa kesal apabila penglibatannya dalam konvensyen tersebut sebagai pakar rujuk dan penasihat telah mendapat kritikan daripada pihak-pihak tertentu sedangkan beliau bukan ahli mana-mana NGO.

“Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pernah menyer­tai politik dan bertanding menentang Shahrizat (Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pilihan raya umum) selain pernah dilantik sebagai Exco Kerajaan Ne­geri Terengganu selepas memang dalam pilihan raya.

“Ketika itu tidak ada siapa pun persoalkan, tetapi kenapa saya yang hanya dijadikan sebagai tempat rujukan dan memberikan pandangan dituduh rasis,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gabungan-ngo-melayu-serah-memorandum-perpaduan-1.48449#sthash.RVD01iGF.dpuf


Monday, 24 November 2014

Konvensyen lulus Memorandum Perpaduan Nasional

24 November 2014 2:50 AM


Ibrahim Ali (dua dari kanan) menyerahkan Laporan Memorandum dan Usul Konvensyen Perpaduan Nasional kepada bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin pada Konvensyen Perpaduan Nasional di Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Konvensyen Perpaduan Nasional hari ini meluluskan Memorandum Perpa­duan Nasional yang berlandaskan pada status quo hak-hak pribumi, Melayu dan Islam serta bukan pribumi.

Memorandum itu diluluskan selepas dibahaskan oleh 24 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh-tokoh dan ahli akademik dalam konvensyen anjuran Gabungan NGO Melayu dan Islam Penggerak Perpaduan Nasional di Pusat Islam di sini.

Ia diluluskan secara sebulat suara oleh peserta perhimpunan selepas diusulkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional, Datuk Ibrahim Ali.

Perhimpunan pertama kali disertai kira-kira 350 NGO tersebut merupakan platform terbaharu kepada mereka untuk membincangkan masalah dihadapi masyarakat masa kini, khususnya dalam kalangan orang Melayu.

Ibrahim berkata, memorandum berkenaan merupakan suara hati nurani NGO pribumi, Melayu dan Islam yang mengandungi 54 usul.

Beliau berkata, sejumlah 19 usul dihasilkan daripada penghujahan tentang politik, Perlembagaan, undang-undang dan keselamatan negara manakala 20 usul pula melibatkan isu-isu ekonomi.

“Sebanyak lapan usul daripada suara hati kita adalah tentang pendidikan dan bakinya perbincangan dari sudut agama,’’ katanya ketika membentangkan laporan memorandum dan usul berkenaan dalam konvensyen tersebut.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, keseluruhan usul itu berlatarbelakangkan suasana di negara ini sejak Pilihan Raya Umum 2008, melibatkan lapan perkara iaitu:

Keunggulan Perlembagaan Per­sekutuan yang kini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.

Keluhuran undang-undang negara terutama untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan seperti Akta Hasutan yang cuba dimansuhkan.

Kesucian Islam sebagai agama rasmi Persekutuan yang kebelakangan ini dijadikan bahan polemik dan cuba diperkecilkan oleh sesetengah pihak.

Kedaulatan institusi Raja-raja Melayu.

Keselamatan politik Barisan Nasional (BN) berteraskan UMNO yang sedang terhakis dan terancam.

Status pribumi, Melayu dan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keselamatan ekonomi pribumi yang terumbang-ambing.

Isu-isu pendidikan yang dipersepsikan sebagai mengancam kesejahteraan pribumi dalam bidang itu.

Menurutnya, senario dan isu-isu tersebut perlu ditangani secara tegas oleh kerajaan kerana perpaduan nasional akan terjejas, sentimen perkauman boleh memuncak serta kesejahteraan rakyat boleh terancam jika dibiarkan berlarutan.

Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, raja-raja Melayu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri.

“Penyerahan kepada Najib akan cuba dibuat sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula Selasa ini,” katanya.

Katanya, penyerahan memorandum bertajuk ‘Perpaduan Rakyat Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara’ itu bertujuan membantu kerajaan dengan menjadikannya sebagai panduan untuk menangani isu-isu yang timbul.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/konvensyen-lulus-memorandum-perpaduan-nasional-1.28544#sthash.xFT0fEp5.dpuf


Thursday, 13 November 2014

JMM lancar kempen boikot syarikat insurans sokong LGBT

13 November 2014 1:59 AM


Azwanddin Hamzah bersama ahli JMM menunjukkan risalah mengenai sebuah bank di Malaysia bekerjasama dan menyokong budaya LGBT dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mempertikaikan tindakan syarikat insurans antarabangsa, menjual produk takaful tetapi menyokong kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai yang terkejut selepas mendapati syarikat itu menjalankan urusniaga tersebut menerusi kerjasama dengan sebuah bank tempatan, AmBank Holdings Berhad (AmBank) sejak hujung tahun lalu.

Katanya, siasatan selama tiga bulan ke atas syarikat insurans yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mendapati ia pernah menerima Anugerah ‘Best Places To Work for LGBT 2013’ melalui Kempen Hak Asasi Kemanusiaan 2013 seperti disiarkan dalam sebuah buletin.

“Tindakan tidak bertanggungjawab itu menunjukkan syarikat tersebut seperti mahu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini,’’ katanya dalam sidang akhbar mengenai penglibatan syarikat tersebut dalam jualan insurans takaful dan mempromosikan LGBT di Pejabat JMM di Menara Pandan Kapital, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, tindakan syarikat itu menawarkan perkhidmatan takaful tersebut jelas bertentangan dengan konsep yang berlandaskan syariah dan halal di sisi syarak malah JMM menyifatkan penjualan insurans itu sengaja untuk memperdaya umat Islam secara halus.

Katanya, kerajaan khususnya Bank Negara diminta mengambil tindakan segera menarik semula lesen berkaitan perbankan Islam atau Lesen Insurans Takaful yang ditawarkan kepada bank tempatan tersebut.

Tambah beliau, sebagai langkah awal JMM akan mengedarkan sejuta risalah bagi memboikot jualan insurans takaful bank tempatan itu di seluruh negara bermula minggu depan.

Sementara itu jurucakap AmBank ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dan mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut esok.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jmm-lancar-kempen-boikot-syarikat-insurans-sokong-lgbt-1.24037#sthash.GLIjFZQm.dpuf


Thursday, 6 November 2014

Wednesday, 1 October 2014

POLITIK : Lensa gesa Pas keluar pakatan pembangkang - INI AJE MACAINYA...PAS TAKUT KE?


Ekhsan Bukharee (dua dari kanan) bersama sebahagian anggota Lensa menunjukkan memorandum bantahan sambil melaungkan bantahan terhadap Pas di hadapan bangunan Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menggesa Pas untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia terus mewujudkan konflik dalaman sesama parti berkenaan.

Koordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, desakan itu turut menyifatkan Pas bukan sahaja 'liabiliti' kepada Pakatan Rakyat (PR), malah menjadi punca utama keretakan dalam pakatan pembangkang terutamanya membabitkan krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"Setelah apa yang berlaku berhubung permuafakatan dalam PR, kita melihat tindakan Pas yang sentiasa membuat pusingan 'U' tanpa sebab yang kukuh jelas menampakkan bahawa Pas tidak mempunyai sifat yang konsisten antara mereka khususnya dalam membuat keputusan.

"Contohnya semasa 17 dan 25 Ogos lepas, Pas bertindak menghantar tiga nama kepada istana bagi calon Menteri Besar Selangor, sebaliknya parti komponen lain tetap bertegas untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal. Jadi, ini yang menyebabkan punca utama krisis berkenaan berlarutan sehingga lima bulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat cadangan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili Pegawai Penerangan Pas Pusat, Muhamad Shahir Abu Hassan di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai Eksekutif Lensa, Safwan Anang dan Pegawai Komunikasi Lensa, Syukri Razab.

Dalam pada itu, menurut Ekhsan, antara cadangan yang dikemukakan termasuklah menuduh sikap tidak konsisten Pas dalam menyelesaikan isu Menteri Besar dan mendakwa kenyataan beberapa pemimpin parti tersebut telah mencetuskan ketegangan dalam pakatan pembangkang.

"Pas turut dilihat cuba membelakangkan pakatan apabila mengambil pendirian berbeza dengan memberi tiga nama calon Menteri Besar Selangor kepada sultan sekali gus mengenepikan Wan Azizah sebagai calon yang dipersetujui bersama pada awalnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Fadli Shaari berkata, cadangan tersebut akan diteliti dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Memandangkan memorandum itu telahpun diserahkan kepada Pejabat Agung Pas, jadi biarlah pimpinan tertinggi yang akan putuskan segala tindakan seterusnya.

"Buat masa sekarang, seluruh ahli Pas berpegang kepada ketetapan yang diutarakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar presiden di muktamar yang lepas bahawa Pas akan kekal bersama PR," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20141001/po_04/Lensa-gesa-Pas-keluar-pakatan-pembangkang#ixzz3ErAJRXeh  © Utusan Melayu (M) Bhd 



putra merdeka: Slogan BroBaBu Menjadikan PAS Semakin Hancing..!

putra merdeka: Slogan BroBaBu Menjadikan PAS Semakin Hancing..!: Kita semua tahu bahaya kencing..! kencing tikus bahaya..! kencing manis bahaya..! kencing kucing punya hancing..pergghh..! tapi itu semu...

Thursday, 4 September 2014

POLITIK : Tindakan tegas terhadap Guan Eng


Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

BAGAN SERAI 3 Sept. - Polis didesak segera mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang cuba mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) meskipun pertubuhan itu tidak sah.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat berkata, tindakan Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu tersebut juga disifatkan sebagai keterlaluan dan biadab.

Dakwanya, tindakan Guan Eng itu boleh membawa kepada bibit-bibit perpecahan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

"Tidak perlu untuk Guan Eng menubuhkan pasukan keselamatan khas di negeri tadbirannya kerana perbuatan itu seolah-olah cuba mempertikaikan kewibawaan pasukan polis dan agensi keselamatan lain.

"Agensi keselamatan sedia ada yang telah ditubuhkan kerajaan sudah mencukupi untuk menangani isu-isu berkaitan, selain memelihara kesejahteraan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan perhimpunan aman bersama lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Parlimen Bagan Serai di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, dekat sini hari ini.

Selain UMNO Bahagian Bagan Serai, NGO lain yang turut membuat laporan polis adalah Kelab Kulaan Malaysia; Kelab Rekreasi dan Sukan Selinsing (Krisbes) serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Bagan Serai.

Yang turut membuat laporan Pasukan Bekas Tentera Bagan Serai; Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida) Kerian; Persatuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK) Parlimen Bagan Serai; Sekretariat Rakyat Setia Malaysia(Setia) dan Yayasan Masjid Parlimen Bagan Serai.

Mengulas lanjut, Sham memberitahu, perhimpunan berkenaan adalah bertujuan menyatakan sokongan kepada Khalid dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

"Dalam pada itu, kami berpendapat bahawa satu peruntukan undang-undang yang lebih tegas perlu digubal bagi memastikan tiada individu bertindak biadab terhadap penjawat awam sewenang-wenangnya," jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140904/dn_02/Tindakan-tegas-terhadap-Guan-Eng#ixzz3CJGIvAeP  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tuesday, 2 September 2014

POLITIK : Lebih 500 berhimpun sokong Sultan Selangor


SEBAHAGIAN ahli NGO membaca ikrar bagi menyatakan sokongan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika berkumpul di Padang Sultan Sulaiman, Klang, Selangor, semalam. - MINGGUAN/Mohd. Shaharani Saibi

KLANG 30 Ogos - Lebih 500 orang berhimpun secara aman dalam perhimpunan Gelombang Merah Kuning yang diadakan di Padang Sultan Sulaiman dekat sini hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mereka merupakan wakil daripada 47 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdiri teguh di belakang Sultan Selangor dan menyokong apa sahaja keputusan baginda.

Pelbagai kain rentang dibawa bagi menzahirkan perasaan mereka, antaranya yang tertulis 'Daulat Tuanku', 'Khalid For Selangor', 'Selamatkan anak cucu daripada pengkhianat PKR untuk masa akan datang' dan 'Wahai anak jati Selangor jangan kamu menjadi seperti lembu dicucuk hidung'.

Antara wakil NGO yang hadir adalah Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Presiden Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, matlamat utama perhimpunan itu adalah untuk menyokong titah Sultan Selangor selain mahu mahu mempertahankan negeri daripada diganggu gugat oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

"Politik di negeri ini semakin dikotorkan oleh tangan-tangan yang tidak tahu dari mana asal-usulnya dan kami mahukan menteri besar yang boleh menjaga kestabilan negeri dan bukannya yang hanya mementingkan politik," katanya berucap dalam perhimpunan aman itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140831/dn_11/Lebih-500-berhimpun-sokong-Sultan-Selangor#ixzz3C7uN7Jht  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 21 August 2014

POLITIK : RM3.2b biayai demonstrasi?

Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menjelaskan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion akan digunakan untuk membiayai demonstrasi jalanan secara besar-besaran jika isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip (gambar) berkata, Anwar perlu memberi penjelasan sama ada persoalan yang ditimbulkan oleh sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar atau sebaliknya.

Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan demonstrasi besar-besaran tersebut dirancang pada skala yang menyerupai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok, Thailand pada awal Jun lalu.

"Apakah benar dana sebanyak RM3.2 bilion itu akan digunakan untuk penganjuran demonstrasi yang bertujuan menghuru-harakan negara dan memberi tekanan terhadap mahkamah sebelum rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini?.

"Saya meminta Anwar menjawab persoalan yang timbul ini secara jujur agar rakyat tahu kisah yang sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammad Zahid menambah, sekiranya Anwar mempunyai niat sebegitu, beliau mesti melupakan rancangan itu kerana wang rizab kerajaan negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukannya milik keluarganya.

Sekiranya dakwaan sumber dalaman PKR itu benar, beliau menggesa Anwar membatalkan penganjuran demonstrasi jalanan yang boleh menjejaskan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat.

"Saya amat mengenali Anwar, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadinya," jelasnya.

Muhammad Zahid turut mempersoalkan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor itu akan digunakan oleh pengganti Abdul Khalid untuk tujuan lain yang tidak memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140821/po_03/RM32b-biayai-demonstrasi#ixzz3B0L3sgLg  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : 12 NGO mahu Khalid kekal MB

Oleh ZULKIFLI SAINUDDIN 
pengarang@utusan.com.my

Gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan bergandingan tangan sebagai tanda sokongan penuh terhadap Abdul Khalid Ibrahim semasa mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor di Shah Alam, semalam. - BERNAMA

SHAH ALAM 20 Ogos - Sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah nama Angkatan Rakyat Selangor (Aras) menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus mengekalkan jawatan sehingga tamat penggal pentadbirannya.

Mereka yang terdiri daripada anak jati Selangor turut mengecam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dilihat amat terdesak untuk menjadi pemimpin sehingga menyebabkan kemelut politik berlaku di negeri ini.

Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, mereka berpendapat pentadbiran kerajaan negeri sentiasa berjalan baik, teratur dan melengkapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid dan seharusnya tidak digantikan dengan orang lain.

Menurutnya, kepimpinan Abdul Khalid yang membudayakan konsep ketulusan, kejujuran, integriti serta menolak sekeras-kerasnya amalan nepotisme, kronisme dan rasuah perlu diteruskan.

"Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak. Sejak beliau mentadbir negeri ini pada 2008, banyak perubahan bukan saja dari segi material tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik di alam pentadbiran kerajaan negeri dilakukan.

"Ini harus diwarisi, kalau tidak negeri kita, negara kita akan hancur dan kita tidak mempunyai masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid di Pusat Rekreasi Antan Bantura di sini hari ini.

Antara NGO yang bergabung di bawah Aras adalah Gerakan Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Bugis Selangor dan Persatuan Bekas Polis.

Sementara itu, Pengerusi GRABS, Faisal Idris mempersoalkan tindakan PKR mahu menukarkan Abdul Khalid sedangkan Menteri Besar tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan dalam pentadbiran selain tidak dapat dibuktikan bersalah.

"Kenapa perlu ditukar? Pas sendiri sudah sebut Abdul Khalid tiada salah dan tidak dibuktikan bersalah. Ini sesuatu yang anda perlu lihat.

"Langkah Kajang yang dilancarkan oleh PKR pula adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia dan rakyat Selangor," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140821/po_01/12-NGO-mahu-Khalid-kekal-MB#ixzz3B0Ji3GMq  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wednesday, 20 August 2014

Kursi Institusi Raja-Raja Melayu; Ingatan Sultan Kedah

Oleh Zaini Hassan

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Memartabatkan institusi raja-raja Melayu

SAYA kini berada di Genting Highlands, sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang sudah mulai hilang kedinginannya.

Bukan makan angin, tapi terlibat dalam satu diskusi yang saya kira amat penting.

Ia adalah bengkel pemikir penubuhan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu yang akan diwujudkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bukan mudah untuk membentuk sebuah kursi atau pusat bagi institusi seumpama ini. Apa justifikasinya ditubuhkan pusat seumpama itu?

Selepas lebih 500 tahun institusi raja-raja Melayu wujud, masih relevankah institusi itu? Pada masa dinasti raja China yang termasyhur pun sudah runtuh, mengapa perlu dipertahankan kesultanan Melayu ini?

Dalam mencari satu hala tuju kita harus melihat juga kepada realiti-realiti semasa ini juga.

Apakah orang Melayu masih lagi mahu terus bernaung di bawah singgahsana raja-raja sampai bila-bila?

Mengapa sudah ada pihak yang mulai berani - secara terbuka - mengkritik institusi raja-raja?

Apakah ia berkaitan dengan komponen pokok institusi itu sendiri iaitu bangsa Melayu.

Tanpa Melayu, tiadalah raja-raja. Tiada raja-raja tiadalah Islam. Ia berkait antara satu sama lain.

Jika Melayu lemah, maka akan wujudlah ruang yang akan digunakan oleh golongan oportunis untuk meresapkan falsafah mereka.

Jika kita alpa maka mudahlah unsur-unsur ini untuk menyerap ke dalam sistem saraf kita.

Kesedaran semula harus dilonjakkan. Raja-raja Melayu harus terus dimartabatkan. Harus diperkasakan. Ingatlah banyak iktibar yang boleh dilihat dalam kemelut politik Selangor, misalnya.

Akhirnya semua pihak akur dengan kekuasaan raja yang menjadi kuasa penentu kepada sistem kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan.

Selama beberapa tahun ini, golongan oportunis ini menggunakan pelbagai taktik saraf untuk mengecilkan peranan dan kuasa raja-raja Melayu.

Menjunjung kasih Tuanku al-Sultan Selangor yang menunjuk jalan kepada ketegasan dalam menangani krisis kepemimpinan kerajaan naungan Tuanku.

Rakyat, pelbagai pihak sedang memerhati senario ini dengan penuh minat. Tuanku harus terus tegas dan kelihatan tegas dalam hal ini. Patik sedar puak oportunis itu sedang merangka strategi baru bagi menghentam institusi Tuanku.

Mereka sanggup menggunakan bangsa Tuanku sendiri untuk menentang Tuanku.

Oleh kerana itulah tercetusnya kursi ini. Ia akan digunakan secara intelektual, ilmiah, berhemah, beradab untuk berkongsi dengan rakyat mengenai fungsi dan peranan institusi itu kepada negara ini.

Pada masa cabaran sosiopolitik dan budaya serta geopolitik dan ekonomi semakin berkembang dan berubah, begitu juga dengan institusi diraja Melayu ini.

Kursi ini akan berperanan mengkaji situasi itu secara profesional, praktikal, serius dan holistik.

Ia akan mengambil kira persekitaran yang semakin berubah dan pemikiran manusia yang semakin berkembang.

Ingatlah Jepun adalah contoh sebuah negara maju yang masih mempertahankan kedaulatan institusi monarkinya dengan begitu baik. Begitu juga di England serta beberapa negara lain.

Rakyat Malaysia harus ditanamkan dengan kefahaman yang mendalam mengenai institusi itu. Semua bangsa yang bernaung di negara harus faham bahawa raja-raja Melayu adalah ketua negara ini.

Mereka juga harus faham mengenai susur-galur sejarah raja-raja Melayu. Jangan kita biarkan sejarah kita ditukar atau diubah seperti di sesetengah negara.

Saya cukup teruja apabila Naib Canselor UiTM menyatakan bahawa kursi yang akan diwujudkan itu akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.

Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kursi itu akan menjadi sebuah pusat penyelidikan ilmiah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kedudukan institusi itu.

"Kini terdapat rakyat yang menggunakan akal fikiran secara logik menganggap golongan raja tidak lagi relevan.

"Justeru, kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi itu, sekaligus memantapkannya," katanya semasa merasmikan bengkel pemikir penubuhan kursi itu di sini hari ini.

Bengkel tiga hari itu turut dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini, para ilmuan, serta pemimpin pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM).

Bengkel dikendalikan bersama oleh UiTM dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Dr. Sahol Hamid, peranan institusi kesultanan di negara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dan selagi kerajaan Malaysia tidak beralih sebagai republik, institusi raja-raja akan terus wujud di negara ini.

Antara objektif utama penubuhan kursi itu ialah: Untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang tepat kepada masyarakat; Bertindak sebagai pusat rujukan Kesultanan Melayu; Menjelaskan mengenai wasiat raja-raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat.

Serta, menjelaskan peranan raja-raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan kaum-kaum lain.

Sebagai rakyat yang cintakan negara ini, semua pihak harus menyokong usaha ini.

Raja-raja Melayu ialah tulang belakang negara ini mengatasi institusi politik. Dan institusi itu wajib dipertahankan.

Daulat Tuanku!

Ingatan Tuanku Sultan Kedah kepada pemimpin...

PADA 11 Ogos 2014 bersamaan 15 Syawal 1435H Sultan Kedah bertitah merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Mesyuarat Pertama Penggal Kedua.

Saya ingin memetik titah baginda yang perlu direnungi semasa Tuanku mengakhiri titah itu (ulasan lanjut akan saya tulis minggu depan):

Ia adalah berkisar mengenai ingatan Tuanku kepada para pemimpin. Jelaslah fungsi raja-raja Melayu amat penting. Walaupun tidak secara langsung, namun kiasan tuanku cukup mendalam.

Ahli-Ahli Dewan

Janganlah bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung pada hari ini menjadi milik orang lain.

Peliharalah negeri dan negara ini dengan sebaik-baiknya supaya kemerdekaan dan kebebasan yang dikecapi ini dapat dipertahankan selama-lamanya.

Janganlah jadi ibarat kelapa condong, buahnya sentiasa dikutip orang. Apabila kita bersengketa antara kita dan tamak haloba, maka kita sanggup mengamalkan rasuah hingga menjual maruah bangsa dan agama. Akibatnya anak cucu kita akan menderita berabad lamanya, ibarat Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Sebagai akhir kata, Beta ingin memetik kata-kata oleh Bapak Tenas Effendi, seorang pujangga Melayu tersohor masa kini:

Pemimpin itu ialah:

Yang diberikan kepercayaan

Yang diberikan kekuasaan

Yang diberikan beban berat

Yang diberi tanggungjawab

Yang diikat janji dan sumpah

Yang disimpai petua amarah.

Pada hemat Beta, sesuai dengan pesanan pujangga Melayu; para pemimpin itu harus,

Memakai syarak lahir dan bulan

Imannya kebal adatnya kental

Takwanya nampak

Ilmupun banyak

Berdada lapang

Berfikiran panjang.

Sebagai penutup kata, Beta sentiasa berdoa agar Allah menganugerahkan kita keadaan aman dan damai dan mendatangkan manfaat di dunia dan di akhirat. Beta merakamkan bagi semua pihak dengan bait-bait dari "Gurindam Dua Belas" karangan Yang Mulia Raja Ali Haji pujangga Melayu terkenal pada zaman Kesultanan Melayu Riau pada akhir Abad ke-19, dengan ingatan:

Raja muafakat dengan menteri

Seperti kebun berpagar duri

Hukum adil atas rakyat

Tanda raja beroleh inayat

Kasihkan orang yang berilmu

Tanda rahmat atas dirimu

Ahli-Ahli Dewan adalah pemimpin dan wakil kepada rakyat. Jalankanlah tanggungjawab dengan sebaiknya.

Beta berpesan agar tanggungjawab ini tidak diremehkan malah mesti dibuat dengan penuh amanah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140820/re_06/Kursi-Institusi-Raja-Raja-Melayu-Ingatan-Sultan-Kedah#ixzz3Au2vEGXc  © Utusan Melayu (M) Bhd