Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Friday, 18 December 2015

Mulai Januari 2016

Mara Digital Mall, pusat IT bumiputera di setiap ibu negeri

FARHANA JONI | 18 Disember 2015 1:39 AM


Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Zamani Md Noor (dua dari kiri), Junaidah Abd Majid (dua dari kanan) dan Ameer Ali Mohamed (kanan) menunjukkan keputusan prestasi dana terbaik PMB Investment di Ibu Pejabat Kumpulan Pelaburan Mara, 1 Sentral, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Mara Digital Mall, pusat barangan teknologi maklumat (IT) bumiputera yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, akan diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat berkenaan akan diperluaskan di bangunan milik Mara yang sedia ada.

Katanya, selain bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT, usaha itu juga bertujuan menghidupkan semula bangunan Mara yang kurang mendapat sokongan akibat perniagaan yang tidak menonjol.

“Sebelum ini peluang bumiputera untuk berniaga di pusat IT agak kurang diberikan dan sewa yang dikenakan terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak mampu.

“Kami lihat sektor IT mempunyai pasaran jangka panjang yang tinggi dan apa salahnya kami beri ruang dan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam sektor yang mempunyai potensi besar ini,” katanya selepas pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment dan melepaskan kenderaan sempena pelancaran Brand Ambassador Programme, di Ibu Pejabat Kumpulan Pelaburan Mara, 1 Sentral, di sini hari ini.

Brand Ambassador Programme merupakan strategi pemasaran yang menggunakan kereta milik kakitangan PMB Investment sebagai ruang iklan untuk mempromosikan jenama PMB.

Yang turut hadir, Pengerusi PMB Investment, Datuk Dr. Zamani Md. Noor; Pengarah Kanan Pelaburan Mara, Datin Junaidah Abd. Majid; Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Berhad, Ameer Ali Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Nazim Rahman.

Menurut Ismail Sabri, Mara memiliki banyak bangunan sendiri di seluruh negeri dan daerah, tetapi kebanyakan perniagaan di situ agak malap seperti di Anggerik Mall, Shah Alam kerana para peniaga di situ hanya menjual pakaian serta kain pasang.

Jadi katanya, pembaharuan perlu dilakukan di bangunan-bangunan tersebut dan beliau melihat perniagaan IT adalah yang terbaik kerana dapat menarik ramai pengunjung khususnya generasi muda.

Sementara itu, Ismail Sabri menolak dakwaan subsidi sewa selama enam bulan yang diberikan kepada peniaga di Mara Digital Mall sebagai tindakan ‘memanjakan’ golongan peniaga bumiputera, sebaliknya itu adalah strategi pemasaran.

Jelasnya subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.

“Dulu semasa zaman saya ingin memulakan perniagaan, ada bangunan yang tempatnya maju dan dikenali ramai tetapi sewa bulanan sangat mahal dan menjadi bebanan.

“Jadi kami memahami peniaga ini dan beri peluang stabilkan perniagaan dan dapat untung sebelum dikenakan sewa selepas enam bulan,” katanya.

Sementara itu di Shah Alam, Ismail Sabri menyatakan, usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera melalui pembukaan pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi, Mara Digital tidak wajar diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

Operasi pusat itu pada masa ini bukanlah kayu pengukur tahap kejayaannya kerana ia baru dibuka pada 8 Disember lalu, katanya sambil menambah beliau yakin Mara Digital akan berjaya kerana banyak syarikat terkenal telah pun menunjukkan minat dan bersedia untuk beroperasi di sana.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Malam Penghargaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej/Non Residen (JPK/NR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam tadi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mulai-januari-2016-1.170211#sthash.GslpM4jB.dpuf

Tuesday, 8 December 2015

Xperia Z5

Telefon pintar premium Sony

07 Disember 2015 4:00 PM


Andrew Cheong bersama-sama beberapa model memperagakan model baharu Sony Xperia Z5 pada majlis pelancarannya baru-baru ini.

Sony Mobile Communications (Sony Mobile) baru-baru ini telah melancarkan generasi Xperia Z5 Compact terbaharunya, bersama-sama Xperia Z5 Dual dan juga telefon pintar 4K pertama di dunia, Xperia Z5 Premium Dual.

Kesemua peranti ini adalah inovasi terkini meliputi kamera, rekaan dan paparan dalam memastikan rangkaian telefon pintar ini menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan juga hiburan dalam kehidupan seharian penggunanya.

Zperia Z5 Dual boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga RM2,699 dan untuk Sony Xperia Z5 Compact pula dijual pada harga RM2,299, manakala harga bagi Xperia Z5 Premium Dual akan diumumkan dalam masa terdekat.

Apa yang menarik mengenai ketiga-tiga peranti tersebut ialah ia ditawarkan dalam versi dwi sim. Menarik lagi, telefon pintar dalam keluarga Xperia Z5 ini adalah peranti terbaik untuk sistem kameranya mengatasi jenama telefon pintar yang lain.

Ciri-ciri menarik yang membuatkan telefon pintar ini wajar dimiliki peminat jenama Sony adalah kerana prestasi dan sistem kamera diintergrasikan bersama cipset Qualcomm MSM8990 Snapdragon 810 berserta 32GB memori dalamn dan 3GB RAM.

Bukan itu sahaja, ia juga hadir dengan kelebihan ciri-ciri kalis air serta debu, mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pengecas pantas dan juga menggunakan platform Android Lollipop 5.1.1.

Sony Xperia Z5 Premium telah dijual pada bulan November dengan pilihan warna Chrome, hitam dan emas, manakala Xperia Z5 Dual dijual dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan hijau.

Warna hitam, putih, kuning dan biru laut pula adalah pilihan yang ada pada Xperia Z5 Compact, selain Sony menawarkan tiga filem percuma yang boleh dimuat turun menerusi Privilege Movie.

Sementara itu menurut Pengarah Negara Sony (Malaysia) Andrew Cheong berkata, telefon pintar kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian

“Pengguna menghasilkan, berkongsi dan merasai keseronokan kandungannya. Oleh itu Sony menampilkan inovasi terbaharu pada kamera, reka bentuk dan paparannya,” kata beliau.

Spesifikasi:

Sony Xperia Z5 Compact, Dual, Premium
Sistem operasi : Android 5.1 Lollipop
Cip : Qualcomm Snapdragon 810 Chipset (2GHz quad-core Cortex-A57 + 1.5 GHz quad-core Cortex-A53 processor)
Kamera utama : 23MP/ lampu LED / autofokus
Kamera tambahan : 5.1 MP
Memori : 32 GB
Pengecas pantas : 2.0 (60 peratus dalam masa 30 minit)
Sim : dual / nano

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/xperia-z5-1.166525#sthash.J9qYYBMU.dpuf


Thursday, 12 November 2015

ASUS :Gajet mampu milik

Telefon pintar asas dengan harga berbaloi

OLEH NUR FATIEHAH 
ABDUL RASHID | 09 November 2015 4:00 PM



Asus Zenfone Go

Telefon pintar terbaharu jenama Asus yang menjadi perbualan hangat netizen baru-baru ini iaitu Asus Zenfone Go atau lebih dikenali sebagai Asus Zenfone Go ZC500TG merupakan telefon pintar terkini dalam barisan generasi Asus Zenfone.

Asus Zenfone Go ZC500TG ini menggantikan siri Asus Zenfone sebelumnya dalam kelas harga yang lebih kurang sama iaitu Asus Zenfone 4s dan Asus Zenfone 5 Lite.

Peranti pada harga RM519 ini adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan sistem operasi Android 5.1 (Lollipop) daripada Asus yang dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6580 1.3Ghz.

Memori peranti ini pula adalah 2GB RAM dengan ruangan storan sebesar 16 GB, dimensi 144.5 x 71 x 9.98 mm serta seberat 135 gram (bersama bateri).

Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi kamera belakang 8 megapiksel serta kamera hadapan 2 megapiksel. Melengkapkan peranti ini adalah antaramuka ZenUI bersama-sama sokongan dwi-SIM.

Dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inci, telefon pintar ini didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, putih dan merah. Pengguna yang sedang tercari cari peranti yang murah tetapi memberi kepuasan, mungkin Asus ini penyelesaiannya.

SPESIFIKASI 


Asus Zenfone Go ZC500TG
Sistem Operasi: Android 5.1 (Lollipop)
Warna: Hitam, putih dan merah
Dimensi: 144.5 x 71 x 9.98 mm
Berat: 135 gram.
CPU: MediaTek MT6580 Quad-Core 13GHz
Memori: 2GB
Storan: 16GB eMMC Flash/ 5GB free lifetime ASUS WebStorage
Slot Memori: Kad MicroSd (sehingga 64GB)
Kamera: 2 megapiksel
Harga: RM 519

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/gajet-mampu-milik-1.156572#sthash.C72h06bs.dpuf

Tuesday, 20 October 2015

GAJET : Tarikan S6 Edge

Rasai kelebihannya, ciri ciri mengujakan

ASHRIQ FAHMY AHMAD | 19 Oktober 2015 9:00 PM





Kepadatan teknologi telefon pintar masa kini tidak menghalang Samsung sebagai antara pengeluar terbesar gajet tersebut mengenengahkan model baharu mereka.

Terkenal dengan gajet pintar yang memiliki personaliti menarik, mewah serta interaktif, Samsung kini hadir dengan dua lagi model terkini mereka.

Satu daripada model tersebut adalah Samsung Galaxy S6 Edge.

Mempertaruhkan kelebihan skrin paparan melengkung, S6 Edge digayakan dengan lebih halus, menawan tanpa meninggalkan identiti utama S6 yang terdahulu.

S6 Edge menyerupai S6 namun memiliki skrin paparan yang melengkung, justeru apakah kelebihannya?

Paparan melengkung seperti yang didakwa Samsung menawarkan kelebihan

Diibaratkan sebagai pedang bermata dua, S6 Edge menawarkan bukan sahaja apikasi yang terkini dinaik taraf daripada model S6, malah keanggunan reka bentuk yang begitu mengujakan.

Paparan yang melengkung tersebut memperlihatkan imej mewah model S6 Edge dan ilusi kepada mata pengguna seolah-olah lebih nipis berbanding model sebelumnya.

Dijana oleh pemproses mobil 14 nm dan 64-bit CPU membolehkan penggunaan tenaga dikurangkan namun tidak berkompromi dengan prestasinya.

Kelebihan tersebut juga turut menyokong penggunaan sistem operasi Android Lollipop dengan sebaiknya.

Lebih mnengujakan S6 Edge tersebut turut dilengkapi bersama sistem memori LPDDR4 yang mampu meningkatkan keupayaan sehingga 30 peratus lebih dari model sebelumnya.

S6 Edge juga memiliki UFS (Universal Flash Storage) 2.0 menawarkan kelancaran proses penyimpanan dan pemindahan data dengan lebih lancar dan berkesan.

Penggunaan kamera yang lebih baik iaitu F1.9, 16 megakpiksel teknologi penstabil imej optikal (OIS) pintar menjadikan imej yang dirakam lebih terang, jelas dan tajam.

Antara masalah pengguna telefon pintar adalah keupayaan bateri bertahan lama dan jika kehabisan memakan masa untuk dicas kembali.

Namun, tidak bagi S6 Edge, menerusi penambahabikan baharu tempoh mengecas selama 10 minit membolehkan gajet tersebut digunakan selama empat jam.

Aplikasi Ultrapower Saving Mode membolehkan pemiliknya menyimpan lebih tenaga untuk digunakan.

Kelebihan kepada peminat permainan video, S6 edge memiliki paparan yang begitu mengasyikkan bersama kelebihan Quad HD.

spesifikasi

Samsung 
Galaxy S6 Edge

Teknologi Jaringan: GSM / HSPA / LTE

Dimensi: 142.1 x 70.1 x 7 mm (5.59 x 2.76 x 0.28 in).

Berat: 132 gram (4.66 oz).

Paparan: 5.1 inci, Super AMOLED, Corning Gorilla Glass 4 back, skrin melengkung.

SIM: Nano-SIM

Sistem Operasi: Android OS, v5.0.2 (Lollipop) boleh dinaik taraf kepada v5.1.1 (Lollipop)

Chipset Exynos 7420.

CPU: Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 & Quad-core

2.1 GHz Cortex-A57.

GPU: Mali-T760MP8.

Memori: Slot kad, binaan dalam32/64/128 GB.

RAM: 3 GB.

Kamera: Utama -16 MP, 2988 x 5312 piksel, Kedua - 5 MP, 1440 piksel.

Bateri: Li-Ion 2600 mAh

Harga: RM2,399 (32 GB).

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/tarikan-s6-edge-1.148255#sthash.6Kt6MbOJ.dpuf


Tuesday, 22 September 2015

Legasi kecanggihan

Samsung kekal dengan telefon pintar skrin besar

NUR FATIEHAH ABDUL
RASHID | 21 September 2015 12:15 PM




Samsung Elektronik mengumumkan pelancaran global Samsung Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy Note 5. Kedua –dua peranti ini mewakili komitmen Samsung untuk pasaran telefon pintar dengan skrin besar dan reka bentuk melengkung.

Galaxy S6 Edge+ dihadirkan dengan paparan skrin besar, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3000 mAh. Telefon pintar ini juga memiliki paparan skrin dengan kepadatan piksel 518 ppi.

Ciri-ciri pemprosesan pula sama seperti S6 Edge iaitu hanya dengan pemprosesan Exynos 7420. Walau bagaimanapun, syarikat daripada Korea ini mendakwa ia adalah antara cip pemprosesan terbaik dalam pasaran.

Bagi ciri-ciri kamera pula, S6 edge+ masih mengekalkan unit kamera yang sama sebagaimana S6 Edge iaitu kamera hadapan 16 MP dan kamera utama 5MP.

Selain itu, telefon pintar ini turut menyokong sistem pembayaran Samsung Pay dan hadir bersama sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop yang disertakan bersama TouchWiz UI.

Sementara itu, sebagaimana Galaxy S6 Edge+, Galaxy Note 5 juga hadir dengan cip Exynos 7420 dan memori serta kamera yang sama.

Apa yang membezakan kedua-dua peranti ini ialah Galaxy Note 5 hadir dengan sokongan S-Pen yang kini boleh dikeluarkan dengan menekannya sahaja.

Hadir dengan skrin bersaiz 5.7 inci dengan paparan Quad HD, peranti ini turut menyokong sokongan pengecas tanpa wayar, selain sokongan pengimbas cap jari dan sensor denyutan jantung.


SPESIFIKASI

Samsung Galaxy S6 Edge+ dan Galaxy 
Note 5

Sistem Operasi: Android 5.1 (Lollipop)
Network: LTE Cat.9 / LTE Cat.6 *bergantung kepada operator telefon dan 
pasaran
Dimensi: 154.4 x 75.8 x 6.9mm, 153g/ 153.2 x 76.1 x 7.6mm, 171g
Prosesor: Octa core (2.1GHz Quad + 1.5GHz Quad), 64 bit, 14 nm process
Memori: 4GB RAM (LPDDR4) , 32GB (UFS 2.0)
Paparan: 5.7” Quad HD Super Amoled/ 5.7” Quad HD Super Amoled 2560 x 1440 (518ppi)/ 2560 x 1440 (515ppi)
Kamera: 16MP OIS (F1.9) , Front : 5MP (F1.9)
Bateri: 3,000mAh, pengecas tanpa wayar
Video: MP4,M4V,3GP, 3G2,WMV,ASF,AVI,FLV, 
MKV, WEBM

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/legasi-kecanggihan-1.138663#sthash.2NC1EGDp.dpuf

Tuesday, 15 September 2015

Setanding kamera profesional

OLEH AQILAH MIOR KAMARULBAID | 14 September 2015 2:00 PM



Pernahkah terbayang dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda mampu menghasilkan kualiti gambar seperti dirakam oleh juru gambar profesional yang menggunakan kamera canggih?

Bukan sesuatu yang luar biasa lagi apabila Lenovo memperkenalkan sebuah telefon bimbit pintar yang bukan sahaja berfungsi sebagai telefon malah menggabungkan elemen fotografi sama seperti kamera untuk kegunaan profesional.

Vibe Shot mempunyai butang pengatup yang boleh digunakan bagi mengaktifkan fungsi kamera untuk merakam gambar yang sempurna secara segera selain turut dilengkapi fokus automatik (AF) yang dua kali lebih cepat daripada kamera konvensional fokus automatik biasa manakala tiga warna lampu diod pemancar cahaya (LED) untuk memastikan nada kulit yang lebih realistik.

Sementara lampu rendah yang turut ditawarkan pada telefon bimbit pintar itu berfungsi ketika merakam gambar pada waktu malam.

Menariknya, walaupun anda bukan seorang jurugambar namun mampu menghasilkan gambar-gambar yang indah malah merakam detik detik menarik kerana pengguna boleh sahaja menukar mode profesional kepada automatik yang memudahkan anda untuk merakam setiap saat yang berharga dalam hidup.

Sekiranya anda gemar untuk mencuba pelbagai variasi demi menghasilkan gambar-gambar menarik, mode profesional membolehkan anda mengawal bukaan (aperture) dan kelajuan (shutter) .

Lenovo turut menawarkan aplikasi panoramic selfie yang membolehkan pengguna merakam tiga gambar selfie dan menukarkan kepada satu dengan jumlah lebih ramai dalam satu gambar.

SPESIFIKASI

Paparan: 5 inci (1920 x 1080)
Sistem Operasi: Android 5.0 (Lollipop)
Kamera hadapan: 16 megapiksel
Kamera belakang: 8 Megapiksel
Memori: 3GB (RAM)
Bateri: 3,000mAH
Warna: Merah, putih dan kelabu
Harga: RM1,399

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/setanding-kamera-profesional-1.135870#sthash.w5HvFmZQ.dpuf


Tuesday, 18 August 2015

Gambar selfie sempurna

Sony pertaruhkan Xperia C4 Dual untuk rakaman gambar memuaskan

17 Ogos 2015 3:41 PM


Sony Xperia_C4 Dual

Selfie boleh dianggap sebagai satu fenomena pada masa kini, apatah lagi dengan adanya pelbagai aplikasi pada telefon pintar menjadikan trend ini sebagai suatu perbuatan yang harus dilakukan apabila mengambil gambar.

Bagi memenuhi kehendak pengguna seiring dengan perkembangan trend ini, Sony telah memperkenalkan sebuah model telefon pintar terbaharu iaitu Sony Xperia C4 Dual.

Dibekalkan bersama kamera hadapan lima megapiksel khas untuk penggambaran selfie yang turut dihadirkan bersama lampu flash menjadikan gambar dan video yang dihasilkan lebih berkualiti.

Hadir bersama tiga warna iaitu putih, hitam dan hijau, Xperia C4 Dual ini merupakan gajet model phablet dengan skrin berukuran 5.5 inci serta dibekalkan dengan sistem operasi Google Android 5.0 Lollipop.

Paparan skrin dengan resolusi Full-HD IPS (1920 x 1080 piksel) menjadikan gambar yang terhasil sangat terang dan jelas seolah-olah menggunakan kamera digital.

Dilengkapkan dengan prosesor 64-bit Octa-core 1.7 GHz MediaTek mnejadikan peranti ini lebih berkuasa selain mempunyai 2GB RAM bagi memastikan ia sentiasa lancar semasa beroperasi.

Antara kelebihan lain yang menjadi faktor mengapa telefon pintar ini wajar dimiliki ialah duo kad sim yang mana ia menyokong sistem sambungan internet 4G LTE.

SPESIFIKASI SONY XPERIA C4 DUAL

Skrin: 5.5. inci, 1080 x 1920 piksel
Memori: 16 GB, 2 GB RAM
Kepantasan: HSPA 42.2/ 5.76 Mbps, LTE Cat 4 150/ 50 Mbps
Kamera Belakang: 13 Mp, 4128 x 3096
Kamera Hadapan: 5 Mp, 720p, LED flash
Sim: dwi sim
Bateri: 2600 mAH
Harga: RM1299

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/gambar-selfie-sempurna-1.125358#sthash.cau3JOJt.dpuf


Tuesday, 11 August 2015

Telefon ternipis

Galaxy A8 turut tampil dengan pengimbas cap jari

OLEH NUR FATIEHAH ABDUL RASHID | 10 Ogos 2015 2:01 PM


Duta untuk Samsung Galaxy A8, Juliana Evans menunjukkan telefon bimbit keluaran terbaru Samsung ketika pelancarannya di ibu negara baru-baru ini



Samsung Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan dan melancarkan siri telefon pintar terbaharu mereka yang hadir daripada kelaurga peranti Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A8.

Telefon pintar berasaskan sistem operasi Android ini masih mengekalkan rekaan premium dengan kerangka bingkai logam yang berbentuk melengkung demi memberi genggaman lebih selesa kepada pengguna selain hadir dengan keistimewaan pengimbas cap jari.

Peranti ini dikatakan sebagai rekaan telefon daripada Samsung yang paling nipis dengan ketebalan 5.9mm mengalahkan telefon pintar ternipis sebelum ini dengan ketebalan 6.3mm.

Hadir bersama skrin lebih besar dengan saiz 5.7 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel, ia juga dilengkapi cip pemprosesan dengan skrin paparan Super Amoled yang dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragom 615 lapan teras.

Pengguna juga ditawarkan pilihan storan 16GB atau 32 GB dan boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD selain hadir dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE.

Saiz binaannya yang lebih besar juga membolehkannya memuatkan bateri berkapasiti 3050 mAH dan menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop dengan antaramuka TouchWiz.

Bagi kamera pula, Samsung Galaxy A8 menggunakan kamera utama 16 megapiksel dan kamera hadapan 5 megapiksel dengan ciri-ciri lensa lebar yang boleh diaktifkan dengan pantas apabila menekan butang fizikal Home sebanyak dua kali.

Pengguna yang berminat untuk memiliki koleksi terbaharu ini boleh mendapatkan Samsung Galaxy A8 dengan harga RM1,888 di pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

SAMSUNG GALAXY A8

Prosesor: Quad Core 1.8GHz + Quad Core 1.3 GHz

Paparan: FHD Super AMOLED 5.7 inci

Memori: 2 GB (RAM) + 32GB (Memori dalaman) dan micro SD 128GB

Dimensi: 158 x 76.8 X 5.9mm

Berat: 151 g

Bateri: 3050 mAH

Harga: RM1,888

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/telefon-ternipis-1.122712#sthash.8MSgcATG.dpuf


Tuesday, 7 July 2015

Skrin sesentuh lebih tepat

06 Julai 2015 1:00 PM



Acer Tablet Iconia One 8


Bagi anda yang gemar menulis dan melukis, Acer kini memperkenalkan tablet terbaharu dengan keupayaan sesentuh yang lebih baik dari tablet lain iaitu Iconia One 8 B1-820 dengan mengetengahkan teknologi Precision Plus.

Ketepatan skrin yang telah dipertingkatkan menjadikannya sesuai untuk menulis atau melukis dengan lebih tepat melalui pilihan Acer Accurate Stylus, manakala Acer Iconia Suite pula memudahkan tugas anda dengan isyarat gerak sentuh dan ikon akses pantas.

Dengan teknologi Zero Air Gap juga menjadikan gajet ini lebih berkemampuan untuk melakukan tugas-tugas mencatat nota, membuat panggilan keluar, menonton video dan sebagainya selain hadir dalam 10 warna yang menarik.

Istimewanya juga, dengan menggunakan Mod Membaca, ia dapat membantu untuk mengurangkan keletihan mata dengan mengurangkan jumlah cahaya biru yang dipancarkan melalui skrin tablet.

Antara ciri-ciri lain yang disediakan dalam peranti ini termasuk EZ Note bagi memudahkan pengguna menyusun minit mesyuarat, nota-nota atau idea lakaran.

EZ Snap pula membantu pengguna untuk mengambil gambar skrin dengan lebih mudah dan cepat serta pengguna boleh terus mengedit dan berkongsi gambar tersebut.

Selain itu ciri-ciri lain yang turut diketengahkan ialah EZ Snap, EZ Gadget dan System Doctor yang disediakan khas untuk pengguna melakukan urusan seharian tanpa perlu membuka satu-satu fail.


Spesifikasi Tablet Acer Iconia One 8
Prosesor: Quad-core 1.83 GHz
Paparan: 800 x 1280 mm
Kamera hadapan: 5 megapiksel
Memori: 32GB
Saiz: 213.9 x 127.7 x 9.5mm
Berat: 355g
Warna: Pelbagai

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/skrin-sesentuh-lebih-tepat-1.111117#sthash.vxPrfOiG.dpuf


Peranti harga rendah

JOI tampilkan keluaran terbaharu

06 Julai 2015 1:00 PM


Ko Yun Hung (kiri) bersama Pengurus Intel Malaysia dan Singapura, Sumner Lemon menunjukkan Lite JOI Phone 5 dan JOI 7 pada majlis pelancarannya di Ibu negara baru-baru ini.


SNS Network secara rasminya telah melancarkan dua gajet terbaharu di bawah jenama JOI keluaran mereka iaitu JOI 7 Lite dan JOI Phone 5 baru-baru ini.

JOI merupakan salah satu jenama produk tempatan yang sebelum ini telah menawar dan memasarkan beberapa tablet serta produk berasaskan Android dan Windows.

Kini jenama ini telah memperluaskan lagi pasaran mereka dengan adanya telefon pintar baharu yang tidak kurang hebatnya.

JOI 7 Lite merupakan tablet, manakala JOI Phone 5 ialah telefon pintar yang menggunakan siri prosesor Intel Atom x3.

Pengarah Urusan SNS Network sdn. Bhd., Ko Yun Hung berkata, gajet terbaharu ini menawarkan segala kelebihan dan kebaikan teknologi yang dihasilkan Intel.

“Persembahan yang baik, jangka hayat bateri yang menakjubkan dan juga reka bentuk yang cantik adalah ciri-ciri yang diterapkan Intel dalam kedua peranti ini,” katanya.

Telefon pintar Joi Phone 5 memaparkan skrin bersaiz lima inci dengan resolusi 1024 x 600 piksel, memori 1GB bersama-sama ruangan storan 8GB.

Joi Phone 5 juga dilengkapi kamera belakang lapan megapiksel serta kamera hadapan dua megapiksel serta bateri berkapasiti 2100mAh.

Tablet JOI 7 Lite pula memaparkan skrin tujuh inci, memori 1GB, ruangan storan 8GB dengan kamera belakang dua megapiksel dan kamera hadapan VGA.

Kedua-dua peranti ini boleh didapati daripada pengedar rasmi SNS Network, gedung beli-belah AEON, selain turut ditawarkan secara dalam talian di Lazada, Gloo dan Lelong.

SPESIFIKASI 

JOI Phone 5
Prosesor: Intel Atom x3-C3130 (SoFIA 3G)
Memori: 1GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 5” IPS 1280 x 720
Kamera: 8MP + 2MP
Harga: RM399

JOI 7 Lite
Prosesor: Intel Atom x3-C 3130 (SoFIA 3G0
Memori: 1 GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 7” IPS 1024 x 600
Kamera: 2 MP + VGA
Harga: RM299

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/peranti-harga-rendah-1.111114#sthash.hR4oqa10.dpuf


Tuesday, 2 June 2015

Taruhan Lenovo A7000

Telefon pintar pertama dilengkapi teknologi audio Dolby Atmos

01 Jun 2015 1:56 PM


MODEL menunjukkan telefon pintar baharu jenama Lenovo A7000.

Pastinya tidak menyangka di samping merehatkan badan ketika masa terluang anda boleh menikmati pengalaman sama seperti menonton di panggung wayang walaupun sambil berbaring di rumah.

Tanpa memerlukan anda menonton video atau filem melalui komputer, kini dengan model telefon bimbit terbaharu Lenovo A7000, telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan teknologi audio Dolby Atmos.

Pengurus Jualan Lenovo Malaysia Foo Mun Yee berkata, syarikat pengeluar telefon bimbit itu mendengar keperluan pengguna yang inginkan gajet dilengkapi sistem audio terbaik untuk mendengar muzik dan menonton video.

Ekoran itu, gajet terbaharu itu dilengkapi dengan teknologi audio memenuhi keperluan mereka yang bergantung kepada telefon untuk menikmati muzik, video atau permainan.

“A7000 direka khas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang gemar hiburan. “Malah kolaborasi dengan Dolby menjanjikan pengalaman memuaskan kepada penggunanya.

“Ia beroperasi atas platform Android 5.0 diperkasa oleh pemproses MediaTek True8Core yang menyokong rangkaian 4G LTE untuk memastikan pengendalian suara dan data secara pantas,” katanya pada majlis pelancarannya di ibu negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Lenovo Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Lazada Group untuk menjual telefon terbabit secara dalam talian.

Spesifikasi

Prosesor: MediaTek MT6752m 1.5GHz True8Core

Paparan: 5.5 inci

Memori: 2 GB

Audio: Pembesar suara Dolby Atmos

Size: 152.6 X 76.2 X 7.9mm

Berat: 140 gram

Bateri: 2900mAh

Harga: RM699

Warna: Hitam dan putih

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/taruhan-lenovo-a7000-1.98053#sthash.oKlWhW0i.dpuf

Tuesday, 19 May 2015

Asus Zenfone 2

Versi yang ditambah baik

OLEH ASHRIQ FAHMY AHMAD ASHRIQ.AHMAD@UTUSAN.COM.MY | 18 Mei 2015 3:15 PM



Asus Zenfone 2

Buat pertama kalinya, Asus melakar sejarah dengan memperkenalkan telefon pintar baharu Asus Zenfone 2 bersama kelebihan RAM setinggi 4GB.

Dilancarkan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, Zenfone 2 direka khas buat mereka yang mementingkan prestasi serta gaya yang tersendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asus, Jerry Shen, pihaknya percaya teknologi yang terbaik perlu dikongsikan bersama masyarakat dan telah mengerahkan pakar mereka untuk menghasilkan gajet terbaik iaitu Zenfone 2.

“Kami amat teruja untuk membawakan Zenfone 2 kepada pengguna terutamanya di Asia Tenggara.

“Seperti mana siri sebelumnya, Zenfone telah memenangi pelbagai anugerah dan sehingga kini hampir 238 anugerah telah diterima oleh siri Zenfone,” katanya.

Bekerjasama dengan Intel juga menjadikan produk Asus semakin mendapat tempat dalam kalangan peminatnya.

Intel merupakan rakan strategik Asus dalam memastikan produk syarikat elektronik itu terus berkembang termasuk juga telefon pintar Zenfone 2.

Jelas Presiden Intel dan juga Pengurus Besar Wilayah Asia Tenggara dan Jepun, Robby Swinnen, keupayaan produk Intel sentiasa diakui dan salah satu buktinya adalah menerusi Asus.

“Zenfone 2 bakal membawakan pengalaman menarik dalam kalangan peminatnya menerusi pemprosesan khas Intel Atom 64 bit yang dibawakan oleh pihak kami,” katanya.

Turut memenangi anugerah 2015 iF Design Award, Zenfone 2 memiliki ciri-ciri premium serta spesifikasi yang terbaik berbanding dengan harganya yang ekonomik.

Direka agar selesa dipegang, telefon pintar tersebut memiliki reka bentuk yang egronomik bersama butang khas dibelakangnya untuk mengawal kadar suara.

Zenfone 2 juga dilengkapi bersama paparan seluas 5.5 inci hampir sama besar dengan saiznya menjadikan paparan yang diterima oleh pengguna amat memuaskan.

Gajet pintar itu juga didatangkan bersama sistem operasi termaju Android 5.0 Lollipop dan Asus ZenUI 2.0 bagi melancarkan segala operasinya.

Sebagai sebuah telefon pintar, penggunaan kamera sememangnya bukan lagi sebagai hiasan malah keperluan.

Kini, Zenfone 2 dilengkapi bersama 13 megapiksel (MP) kamera belakang dan 5MP di hadapan untuk merakam detik-detik indah pemiliknya sebelum dikongsi bersama rakan-rakan dalam laman sosial.

Menggunakan teknologi PixelMaster 2.0, kini pemilik telefon pintar tersebut mampu merakam imej terbaik biarpun di dalam cahaya yang malap.

Antara mod yang boleh digunakan bersama kamera tersebut adalah HDR iaitu penapis cahaya daripada kaca biru menjadikan Zenfone 2 salah satu telefon pintar terbaik dalam merakam imej pantulan cahaya (backlit scenes) seperti suasana matahari terbenam.

Namun, kelebihan sebenar Zenfone 2 adalah pada pemprosesnya iaitu 64-bit Intel Atom Super Quad Core setinggi 4GB RAM menjadikan gajet tersebut amat pantas ibarat komputer dalam proses memindahkan data serta pelbagai tugasan.

Antara aplikasi terbaik menerusi pemproses tersebut adalah sensitiviti serta kelancarannya ketika pengguna bermain permainan video.

Seterusnya penggunaan teknologi SonicMaster untuk memastikan kualiti bunyi yang terbaik diterima oleh peminatnya.

Berbanding siri sebelumnya, Zenfone 2 memiliki 38 peratus ruang audio yang lebih besar dan pembesar suara yang telah dinaik taraf dengan diagram dan bunyi yang lebih baik.

Malah, penggunaan aplikasi Audio Wizard membolehkan pemiliknya memilih enam mod yang bersesuaian dengan mereka menjadikan telefon tersebut benar-benar milikan peribadi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Asus Zenfone 2, layari laman web Asus di www.asus.com.my.

Spesifikasi

Asus Zenfone 2
Sistem operasi: 64-bit Android 5.0 Lollipop.
CPU/GPU: 64-bit Intel Atom Z3580/Z3560 Quad Core (2.3GHz/1.8GHz)
Paparan: 5.5 IPS 1920x1080 (HD penuh ) , 403 ppi (ZE551ML).
RAM: 64-bit dual-channel LPDDR3 4GB.
Simpanan: 16GB/ 32GB/ 64GB dan Asus WebStorage 5GB, SD kad mikro sehingga 64GB.
Kamera: hadapan - 5MP, Belakang -13MP.
Video: MPEG-4 sehingga 1080p, rakaman HD penuh, DivX, H.264, MPEG4, H.263,Xvid, 3GP.
Audio: Asis SonicMaster.
Jaringan: 4G LTE Cat4 untuk muat turun 4GB dengan kelajuan sehingga 150 Mbps.
Harga: Amtara RM639 hingga RM739.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/asus-zenfone-2-1.93260#sthash.RH0dUEVm.dpuf


Tuesday, 17 March 2015

Kekal aktif denganVivoSmart


14 Mac 2015 8:52 PM





Trend pemakaian jam tangan pintar yang memantau pergerakan dan kesihatan menjadi semakin digemari dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam sukan dan senaman.

Rekod pergerakan, kesihatan, latihan yang dijalankan, semuanya disimpan menggunakan jam tangan ini dan boleh dipantau melalui telefon bimbit untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang individu.

Garmin peneraju perkhidmatan GPS kini tampil dengan produk jam tangan pintar untuk kesihatan terbaharu mereka yang dinamakan VivoSmart.

Jam tangan ini bukan sahaja mampu untuk merekodkan jumlah langkah si pemakai bahkan juga jumlah kalori yang dibakar, degupan jantung, jarak perjalanan serta pemantauan waktu tidur.

Ini menunjukkan Garmin kini benar-benar ingin memberikan para penggunanya satu kemudahan yang baik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, jam tangan ini juga mampu diselaraskan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi Garmin Connect yang boleh dimuat turun secara percuma.

Lebih menarik, jam tangan ini dilengkapi dengan fungsi touch screen yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pilihan untuk memantau segala maklumat yang ingin dikehendaki dengan mudah dan pantas.

Pengguna dapat memantau dengan lebih terperinci mengenai jumlah kalori, langkah dan sebagainya di dalam telefon pintar, di samping memberikan dorongan kepada pengguna untuk mencapai matlamat yang turut disarankan pada jam tangan ini.

Dalam pada itu, bagi memudahkan pengguna, jam tangan ini turut memiliki kebolehan memberitahu pesanan ringkas yang masuk dan apa jua maklumat yang masuk ke dalam telefon termasuklah panggilan masuk.

Ini pastinya memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna yang ingin kekal sihat bagi memantau segala panggilan atau mesej yang masuk agar tidak terlepas maklumat penting ketika beraktiviti.

Rekaan yang moden, ringan dan kalis air sememangnya memberikan keselesaan kepada si pemakai. Ia bukan hanya sesuai digayakan dengan pakaian sukan bahkan juga untuk kegunaan seharian kerana jam ini memberi maklumat kepada pengguna untuk 24 jam sehari.

Ketahanan baterinya juga boleh dikatakan memuaskan kerana mampu bertahan selama tujuh hari tanpa menghubungkannya dengan telefon bimbit serta mempunyai kelebihan muat turun maklumat secara automatik apabila dihubungkan dengan telefon pintar. – AMIRUL

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/kekal-aktif-denganvivosmart-1.69278#sthash.m6YBkvu6.dpuf


Tuesday, 10 March 2015

Galaxy Note 4 Emas pelengkap gaya mewah

09 Mac 2015 2:22 PM


Galaxy Note 4 Gold

Samsung Electronics Co., Ltd. yang sebelum ini melancarkan Galaxy Note 4 pada pertengahan Oktober tahun lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Bagi meningkatkan lagi penjualan telefon bimbit pintar itu, syarikat telekomunikasi tersebut menawarkan Galaxy Note 4 dalam gaya mewah dan moden dengan tawaran warna emas sebagai tambahan kepada warna hitam dan putih yang dikeluaarkan sebelum ini.

Malah penggunaan telefon bimbit pintar pada masa kini bukan sahaja sebagai aksesori malah menjadi sebagai sebahagian daripada pelengkap gaya seseorang, terutamanya dari segi bentuk dan warna. Yang pasti, Galaxy Note 4 menjadikan anda seorang ikon fesyen bergaya mewah.

Masih mengekalkan ciri dan spesifikasi yang sama seperti sebelum ini, Galaxy Note 4 berwarna emas itu turut menawarkan paparan skrin bersaiz 5.7 inci, kamera belakang 16 megapiksel OIS, kamera hadapan 3.7 megapiksel, serta dilengkapi beberapa ciri-ciri menarik, termasuk pengimbas cap jari dan fungsi tambahan untuk penggunaan S-Pen.

Di Malaysia, peranti ini dijual pada harga RM2,499 dan turut disertakan bersama-sama pelbagai kandungan percuma melalui Galaxy Gifts.

Berita baik buat penggemar selfie, telefon pintar ini juga lengkapi 120 darjah kamera luas yang membolehkan gambar selfie atau wefie bersama rakan dirakam.

Kini, anda boleh menjangkaui satu tapak ke hadapan apabila penggunan S-pen lebih memudahkan kerja-kerja catatan di Action Memo selain berfungsi sebagai tetikus yang menjadikan kerja salin dan tampal, highlight dan memotong perkataan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan dilakukan di mana-mana bahagian pada paparan.

Masa itu emas. Galaxy Note 4 yang ditambah baik dengan menambah kelajuan masa mengecas, tentunya menjimatkan masa bagi mereka yang selalu mengejar masa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/galaxy-note-4-emas-pelengkap-gaya-mewah-1.67487#sthash.s9Pjesyx.dpuf

Thursday, 5 March 2015

Samsung lancar Galaxy S saingi iPhone

04 Mac 2015 12:30 AM


telefon pintar Galaxy S6 edge (kiri) dan Galaxy S6 yang dipertontonkan sebelum acara Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona pada 1 Mac lalu. – REUTERS

SEOUL 3 Mac – Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung), mengumumkan rangkaian telefon pintar terbaharunya, Galaxy S yang lebih nipis dan diperbuat daripada keluli gred pesawat, sebagai satu daripada usaha syarikat Korea Selatan itu menyaingi Apple Inc.

Model itu dibangunkan daripada Projek Zero yang mana Galaxy S6 dan varian melengkungnya begitu kritikal kepada pelan Samsung untuk memulihkan perolehan daripada segmen jualan telefon pintar yang menyaksikan pendapatannya jatuh kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada 2014.

Bagaimanapun, Ketua Mudah Alih Samsung, J.K Shin dalam ekspo antarabangsa Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Ahad lalu berkata, pihaknya sentiasa cuba memahami kehendak pelanggan dan belajar daripada kesilapan lalu.

“Kami sentiasa mendengar kepada keperluan pelanggan,” katanya selepas Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge diumumkan.

Sehari selepas pelancaran itu, saham Samsung melonjak tinggi dalam tempoh sembilan bulan. Beberapa penerbit teknologi menyifatkan kedatangan telefon pintar itu adalah tepat pada masanya selepas model Galaxy S5, gagal dalam pasaran.

Saham Samsung ditutup sehingga 4.9 peratus, mengatasi kenaikan 0.6 peratus bagi pasaran yang lebih luas.

Apple bagaimanapun berjaya mengatasi Samsung sebagai pengeluar utama telefon pintar dunia pada suku keempat 2014 dengan rekod jualan menerusi iPhone 6 dan 6 Plus berskrin lebar.

Namun, Samsung tidak terus berdiam diri apabila turut melaksanakan pelan pemulihan sejak 10 April lalu dengan melakukan rombakan ke atas model telefon Galaxy yang mula dijual di 20 buah negara, yang juga merupakan satu daripada produk penting pernah dilancarkan dalam sejarah syarikat.– REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/samsung-lancar-galaxy-s-saingi-iphone-1.65783#sthash.7hBJJQop.dpuf


Monday, 2 March 2015

Lenovo P90 kapasiti lebih besar


Lenovo P90 kapasiti lebih besar

28 Februari 2015 8:42 PM




Lenovo P90, siri peranti Lenovo merupakan antara telefon pintar terkenal di Malaysia dan kini Lenovo setapak ke hadapan dengan memperkenalkan beberapa model baharu antaranya Lenovo P90.

Sebuah telefon pintar dengan bateri berkapasiti besar bagi memastikan anda mempunyai kuasa bateri yang lebih dari mencukupi untuk penggunaan sepanjang hari. Lenovo P90 turut dilengkapi dengan beberapa spesifikasi lain.

Jika dilihat dari segi spesifikasi, ia mempunyai segala perkara yang anda mahukan, kamera utama 13 megapiksel, pemproses yang mantap, saiz skrin yang ideal, ram yang mencukupi termasuk sambungan LTE. Namun apa yang sedikit mengecewakan, Lenovo masih mengekalkan sistem operasi Android 4.4 Kit Kat di saat pengeluar lain mula mengggunakan Android 5.0 Lollipop sebagai sistem operasi utama mereka.

Menyentuh mengenai harga serta tarikh jualan rasmi, masih tiada maklumat yang dikongsikan oleh pihak Lenovo buat masa ini.

Spesifikasi:

- 5.5-inch IPS 1920×1080 resolution (400ppi)

- 1.8GHz quad-core 64-bit Intel Atom Z3560 processor

- Intel 5-mode XMM 7262 modem

- 2GB of RAM

- 32GB memori dalaman

- 4000mAh battery

- Kamera utama 13MP + OIS, 5MP
 di hadapan.

- Sambungan 4G LTE

- 156g, 8.5mm

- Pilihan warna: Pearl White,
 Onyx Black, Lava Red

- Android 4.4 KitKat

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/lenovo-p90-i-kapasiti-lebih-besar-i-1.64735#sthash.nCiql07V.dpuf


Tuesday, 10 February 2015

Samsung Galaxy A7

Untuk pengalaman sosial yang lancar

09 Februari 2015 2:55 PM


Samsung GALAXY A7

Ukuran atau saiz sesebuah telefon bimbit pintar menjadi antara faktor utama yang dicari oleh pengguna, selari dengan peralihan dunia yang segala maklumat berada di hujung jari, pengguna tidak lagi berminat mencari telefon bimbit bersaiz besar dan berat.

Menyedari kehendak tersebut, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung Malaysia) baru-baru ini mengumumkan peranti telefon pintar terbarunya, Galaxy A7 iaitu siri Galaxy ternipis yang dilengkapi dengan perkakasan premium untuk pengalaman menggunakan peranti canggih yang menakjubkan.

Peranti ini menyerlahkan kemewahan yang ketara melihat kepada rekaan bingkai dengan kemasan logam, satu daripada fokus utama pada keluarga Galaxy A dan menjadi tarikan reka bentuk yang eksklusif kepada penggunanya.

Naib Presiden Pengimejan Digital dan Teknologi Maklumat Mudah Alihnya, Lee Jui Siang berkata, Galaxy A7 menggabungkan rekaan logam bergaya dan prestasi berkuasa yang amat bergaya ketika menyampaikan pengalaman tinggi bagi setiap penggunanya.

Rekaan terbaharu keluaran Samsung itu juga memfokuskan penawaran skrin bersaiz lebih besar selain menggunakan gabungan dua pemprosesan dengan mementingkan kepantasan.

Untuk rakaman gambar yang lebih hidup, Samsung melengkapkan Galaxy A dengan kamera 13-megapiksel, dan juga kamera hadapan 5-megapiksel, malah turut menawarkan kelebihan rakaman gambar selfie yang lebih luas.

Samsung yang dikenali sebagai syarikat pengeluar telefon bimbit pintar yang mesra pengguna turut memudahkan penggunanya dengan menyediakan kelebihan merakam gambar menggunakan suara dan lambaian tangan.

Pengguna yang berminat pastinya tidak sabar menantikan pelancaran dan julan telefon pintar ini dan harga jualannya dijangka sekitar RM1,499.

SPESIFIKASI

PROSESOR : A53 1.5GHz Quad + A53 1.0GHz Quad

PAPARAN : 5.5 inci Full HD Super AMOLED

SAIZ: 150.9 x 76.1 x 6.3mm

BERAT :141g

OS: Android 4.4 KitKat

CPU: Qualcomm MSM8939 Snapdragon 615

MEMORI : 2GB

KAMERA BELAKANG: 13MP

KAMERA DEPAN: 5MP

BATERI: 2600mAh

WARNA pilihan: Putih mutiara, hitam dan emas cair.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/samsung-galaxy-a7-1.57721#sthash.dTisPzlq.dpuf


Monday, 9 February 2015

ASUS lancar phablet Fonepad 7 baharu, RM529 seunit

ISNIN, 9 FEBRUARI 2015 @ 1:29 PM

Oleh Abdul Halim Yusoff




ASUS Fonepad 7 akan berada di pasaran mulai minggu kedua Februari ini dan dijual pada harga RM529 seunit

KUALA LUMPUR: ASUS memperkenalkan Fonepad 7 baharu, sebuah phablet 7-inci dengan sambungan 3G dan fungsi telefon pintar dua sim.

ASUS Fonepad 7 itu didatangkan dengan rekaan baharu yang lebih tipis dan ringan berbanding Fonepad 7 sebelum ini, dan ia juga padan dalam satu genggam tangan sekali gus menjadikannya semakin mudah digunakan.

Phablet ini dipadankan dengan kamera belakang 8MP autofokus dengan kanta bukaan f/2.4 dan penapis optikal kaca biru yang mempertingkatkan mutu dan prestasi kamera.

Sebagai phablet pertama keluaran syarikat itu yang dilengkapkan dengan mod Cahaya Rendah ASUS PixelMaster, Fonepad 7 berupaya merakamkan gambar yang jelas dan tepat walaupun dengan kadar cahaya sangat rendah.




Phablet ini adalah 2.8mm lebih tipis dan 10gm lebih ringan berbanding model sebelum ini.

Model baharu phablet ini juga tampil dengan rekaan baharu sepenuhnya, hanya setebal 7.9mm dan berat 280gm, Fonepad 7 ini adalah 2.8mm lebih tipis dan 10gm lebih ringan berbanding model sebelum ini.

Fonepad 7 didatangkan dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan merah yang mana setiap satu mempunyai tekstur unik yang menambah baik gaya dan menjadikannya mudah digenggam.



Fonepad 7 didatangkan dengan pilihan warna merah, emas, putih dan hitam.

Pengalaman unik penggunaan Fonepad 7 tertumpu pada paparan IPS 7-inci yang menzahirkan warna tepat dan meningkatkan kejituan bagi mutu gambar yang tidak setara serta menyediakan paparan 178 darjah untuk memudahkan pengguna berkongsi paparan di skrin dengan orang lain yang berdekatan.

Sebagai phablet 7-inci yang serba lengkap, ASUS Fonepad 7 mempunyai dua sim 3G, menjadikannya teman kerja yang akrab terutama ketika di luar negara.

ASUS Fonepad 7 akan berada di pasaran mulai minggu kedua Februari ini dan dijual pada harga RM529 seunit.

Thursday, 5 February 2015

Zenfone 2 kekal teknologi

31 Januari 2015 9:33 PM





Asus Zenfone 2, siri Zenfone 4,5 dan 6 sebelum ini mendapat sambutan hangat pengguna di Malaysia. Tidak dijangka Asus akan memperkenalkan generasi baharu Zenfone mereka dengan spesifikasi yang ditambah baik dari segala aspek.

Dilengkapi dengan spesifikasi tinggi, Asus Zenfone masih mengekalkan cip pemprosesan Intel® Atom™ namun dengan versi yang lebih baik.

Terdapat dua model Zenfone 2 yang diperkenalkan hari ini yang berbeza dari segi saiz ram yang digunakan. Siri Zenfone sememangnya terkenal hadir dengan beberapa model yang sama namun berbeza spesifikasi.

Asus Zenfone 2 hadir dengan rekaan baharu, bezel tepi yang sangat nipis (sekitar 3.3 milimeter). Masih mengekalkan teknologi PixelMaster pada kamera telefon pintar tersebut, Zenfone 2 seperti siri Zenfone sebelum ini berkebolehan mengambil gambar dengan kualiti terbaik dalam keadaan kurang pencahayaan.

PixelMaster dengan Low Light Mode menggunakan teknologi ‘pixel-merging’ yang mampu menghasilkan gambar pada waktu malam, 400 peratus lebih cerah tanpa perlu kepada bantuan flash.

Menyentuh mengenai soal harga, Asus Zenfone 2 dengan spesifikasi 1.8GHz Quad Core Intel® Atom™ Z3560 dan 2GB ram akan mula dipasarkan pada harga sekitar RM700+-. Tarikh jualan dan pelancaran rasmi terutama di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Paparan Skrin: 5.5-inch IPS (1920 x 1080). Corning® Gorilla® Glass 3.

Processor: 64-bit Quad Core Intel® Atom™ (1.8GHz) Z3560/ (2.3GHz) Z3580 processor.

Spesifikasi

RAM: 2GB atau 4GB.

Saiz Memori: 16GB/32GB/64GB, microSD card slot 64GB.

Kamera:

Kamera utama: 13MP, f/2.0-aperture, 5-element, auto-focus lens with dual-color Real Tone flash.

Kamera hadapan: 5MP, f/2.0-aperture, wide-angle 85-degree lens with Selfie Panorama.

Bateri: 3000mAh lithium-polymer dengan teknologi pengecasan pantas.

Connectivity: 802.11ac, Wi-Fi Direct, Bluetooth 4.0, NFC, GPS

Networks: GSM, 3G, 4G LTE

Versi Android: Android 5.0 Lollipop + Zen UI

Dimensi Hardware: 152.5 x 77.2 x 10.9-3.9mm, 170g- 

See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/zenfone-2-kekal-teknologi-1.54663#sthash.yvoRihfD.dpuf