DARI UTUSAN MALAYSIA
12/6/2012
KUALA LUMPUR 11 Jun - Majlis Peguam sekali lagi
dikecam hebat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyat Bebas
ekoran sikap berat sebelah serta tidak profesional badan tersebut yang
berpihak kepada pembangkang.
Malah kumpulan wakil rakyat berkenaan sebulat suara mendesak kerajaan
supaya menyegerakan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif
kepada Majlis Peguam yang kini dilihat seperti sebuah cabang politik.
Pada masa yang sama, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas)
secara terbuka melabelkan Majlis Peguam sebuah pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang diserang penyakit kencing manis dan perlu 'dirawat'
segera oleh kerajaan.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata,
beliau bimbang dengan dengan kebebasan Majlis Peguam sehingga badan
tersebut begitu ghairah untuk bertindak menghukum sesuatu pihak tanpa
siasatan terperinci terlebih dahulu.
"Maka sebab itu cadangan agar Akademi Undang-Undang ditubuhkan perlu
disegera kerana saya bimbang dengan kebebasan Majlis Peguam. Mereka amat
berat sebelah, kecaman ke atas pihak polis begitu berat berbanding
teguran terhadap pembangkang.
"Sedangkan semua tahu pihak yang bertanggungjawab mencetuskan
huru-hara pada demonstrasi Bersih 3.0 adalah pembangkang," katanya
semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang
(pindaan) 2012, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
'Panas' dengan kecaman tersebut, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua (PKR-Batu), M. Manogaran (DAP-Teluk Intan) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) cuba mempertahan Majlis Peguam tetapi mereka akhirnya dikritik hebat.
Nada mereka kemudian berubah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud)
bertanya adakah Majlis Peguam sebuah cabang politik pembangkang di
Jalan Benteng sehingga bermati-matian mempertahankan badan tersebut.
"Semuanya sudah terang lagi tersuluh. Majlis Peguam ini bukan lagi
berfungsi untuk menjaga kebajikan peguam tetapi satu lagi cawangan
politik pakatan pembangkang, apa juga alasan yang diberi memang terbukti
mereka berat sebelah," katanya.
Sementara itu, Ibrahim mencabar Majlis Peguam menjadi sebuah parti
politik dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika individu
yang menerajui badan tersebut begitu berminat dalam soal politik
berbanding kebajikan para peguam.
Sambil mengakui yang beliau sudah lama hilang kepercayaan kepada
badan tersebut, Ibrahim berkata, kerajaan tidak perlu melayan pemimpin
pembangkang yang bertindak membela Majlis Peguam kerana terbukti mereka
tidak menghormati undang-undang.
"Saya seratus peratus menyokong akademi ini dipercepat penubuhannya
dan tidak perlu kita layan mereka yang suka melakukan demonstrasi
jalanan untuk berdebat mengenai Majlis Peguam, kerajaan kena berani dan
tubuh segera akademi ini," katanya.
KOMEN : PADAN MUKA MAJLIS PEGUAM.... MEMANG MEREKA PENYOKONG TEGAR PUAK PEMBANGKANG...
No comments:
Post a Comment