Oleh Syed Azwan Syed Ali dan Sophia Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2012/06/18
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom bersama pembentang kertas kerja selepas majlis
penutup seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur,
semalam.
Parti politik guna nama Islam: Ilmuwan Islam ingatkan ada parti gagal laksana perjuangan apabila berkuasa
KUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
KUALA LUMPUR: Penggunaan nama Islam pada parti politik tidak sepatutnya menjadi petunjuk kepada umatnya untuk memilih sesuatu parti, sebaliknya penilaian perlu dibuat berdasarkan manifesto dan pelaksanaannya.
Ini kerana ada parti politik yang membawa nama Islam dengan manifesto
Islamik, namun gagal melaksanakan apa diperjuangkannya selepas memegang
kuasa.
Setiap parti mempunyai agendanya sendiri, namun rakyat khususnya golongan muda mempunyai pilihan, menyokong mana-mana pihak berdasarkan apa dijanjikannya (manifesto) dan pelaksanaannya. - Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool, tokoh ilmuwan Islam Peringatan itu dibuat tokoh ilmuwan Islam, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool dari Jordan.
“Ada berlaku di sesetengah tempat, parti membawa nama syiar Islam, manifestonya nampak Islamik, tetapi bila sampai pemerintahan (pelaksanaannya), tidak berlaku apa yang dijanjikan, seperti ‘ada udang di sebalik batu’.
“Manifestonya jadi lain bila sampai kepada pemerintahan, berubah kepada satu perkara lain untuk menjaga kepentingan partinya, menjaga orangnya dan sebagainya,” katanya, yang juga Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt, Jordan.
Beliau ditemui pemberita selepas membentangkan kertas kerja ‘Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam’ sempena Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin anjuran Generasi BESTARI dan portal MyKMU.net di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Berikutan itu, beliau menasihatkan rakyat, khususnya golongan muda memilih parti yang menepati ajaran Islam, kebajikan dan tamadunnya.
“Apa perlu dilakukan ialah lihat kedua-duanya dan pilih yang terbaik.
“Selepas menimbangkan manifesto dan pelaksanaan yang dijanjikan, (barulah) memilih pihak yang memberi khidmat kepada rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai pertimbangan yang perlu dilakukan generasi muda untuk memilih parti politik.
Mengulas isu sama, Syeikh Alzoghool menegaskan tidak semestinya seseorang yang bertaqwa atau soleh sesuai diangkat untuk menjadi pemerintah.
“Seperti disebutkan dalam hadis Nabi apabila Abu Dzar (sahabat Rasulullah) minta kepada Rasulullah untuk dilantik sebagai gabenor (pemerintah), Nabi bersabda: “Abu Dzar seorang lelaki yang lemah”.
“Abu Dzar seorang yang taqwa, seorang yang soleh tapi apabila berkaitan dengan pemerintahan dan pengurusan, nabi kata dia tidak sesuai kerana ini adalah amanah,” kata Syeikh Alzoghool.
Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Syeikh Alzoghool berkata generasi muda perlu bijak memilih dan mengkaji perjuangan sesebuah parti politik.
Katanya, mereka perlu menolak parti yang memperjuang kepentingan politik semata-mata dan tidak berkhidmat untuk rakyat, apatah lagi parti bukan Islam.
KOMEN : NAK KATA APA LAGI, KALAU DAH OTAK DIBEKUKAN, MEREKA TETAP TAKSUB IKUT APA SAJA KATA PEMIMPIN MEREKA WALAUPUN MEREKA DITIPU... UMPAMA APA SAHAJA KATA PEMIMPIN MEREKA BENAR BELAKA UMPAMA WAHYU...
No comments:
Post a Comment