Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 11 June 2012

JANGAN IKUT PERANGAI ANWAR...

Belia jangan ikut menongkah arus
Najib Tun Razak menyanyikan lagu '1Malaysia' pada perasmian Perhimpunan Belia 4B Malaysia di i-City, Shah Alam, Selangor, semalam. Turut hadir Mohd. Ali Rustam, Noh Omar, Ahmad Shabery Cheek, Mohd, Zin Mohamed dan Muammar Ghadafi Jamaludin. - BERNAMA

SHAH ALAM 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan golongan belia di negara ini agar tidak terikut-ikut dengan golongan yang menongkah arus menuntut perubahan menerusi pendekatan dan tindakan yang tidak betul.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, belia perlu menuntut perubahan dalam bentuk yang lebih terpuji dan berakhlak mulia dalam menjamin kelangsungan masa depan negara.

"Tidak ada makna kalau menuntut sesuatu perubahan seperti pilihan raya umum yang bebas dan adil tetapi mengadakan rusuhan jalanan dan menyerang polis.

"Semua orang mahukan perubahan, namun tindakan itu bukan cara yang baik. Sebab kita tahu masa depan negara bergantung kepada peranan kaum pemuda dan belia, negara akan berjaya sekiranya belia kita mempunyai akhlak terpuji lagi mulia," tegasnya.

Perdana Menteri menyampaikan peringatan tersebut di hadapan kira-kira 15,000 belia dari seluruh negara ketika berucap melancarkan Perhimpunan Evolusi KNR (Kelab Najib Razak) Gerakan Belia 4B Malaysia di i-City di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Turut hadir, Menteri Belia Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Presiden Alumni Gerakan Belia 4B, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamaludin.

Perdana Menteri yang menyedari orang muda mahukan perubahan yang pantas mengingatkan bahawa langkah ke arah itu perlu dilakukan dalam evolusi sebagaimana disaksikan melalui kejayaan sejarah pembangunan di negara ini sejak merdeka.

Beliau menegaskan, perubahan secara evolusi adalah pendekatan terbaik yang harus dipegang oleh semua pihak dalam memastikan perubahan berjalan dengan teratur dan baik.

"Berdasarkan sejarah manusiawi dan peradaban sejak dahulu hingga ke hari ini, dalam konteks kontemporari, evolusi adalah lebih berkesan daripada revolusi.

"Siapa yang dapat bayangkan evolusi Malaysia yang bermula dari sebuah negara miskin, kecil, tidak mempunyai keyakinan dan tidak optimis bahawa kita mungkin berjaya sebagai sebuah negara bangsa.

"Siapa yang membina bandar Shah Alam kalau tidak lain dan tidak bukan kepimpinan kita. Siapa yang membangunkan Putrajaya kalau tidak lain tidak bukan kepimpinan kita," katanya.

Berbanding dengan perubahan dalam bentuk revolusi, kata beliau, pendekatan itu dilihat tidak berkesan dalam usaha mewujudkan satu keadaan yang baik.

"Kita lihat Mesir, walaupun perubahan patut berlaku tetapi hari ini belum dapat tenteramkan keadaan, ekonomi mereka tidak menentu dan hampir lumpuh, pelancongan mereka sedikit sangat orang hendak pergi, pengangguran bertambah dan perkembangan ekonomi mendatar.

"Ini kerana mereka tidak dapat menangani perubahan dengan cara tersusun berbanding Malaysia, perubahan secara terancang dan sistematik serta perubahan kepimpinan dengan baik,'' tegasnya.

KOMEN : SEBAGAI PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA, BELIA USAH TERIKUT-IKUT PERANGAI PUAK PEMBANGKANG YANG NAK MELINGKUPKAN NEGARA....

No comments: