Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Thursday, 26 May 2016

AFC CUP : JDT sapu Kaya FC

26 Mei 2016 1:16 AM


PEMAIN JDT, Azammuddin Akil (kiri) melihat bola yang dikuisnya meleret melepasi penjaga gol Kaya FC, Matthew Acton (kanan) dalam perlawanan pusingan kedua Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU 25 Mei – Penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke peringkat suku akhir Piala AFC dengan penuh bergaya apabila mengganyang pasukan Filipina, Kaya FC 7-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

Skuad bimbingan Mario Gomez tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi sepakan bebas yang diambil Juan Martin Lucero pada minit ke-14.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minti ke-22 apabila pemain pertahanan Alfred Osei mengasari Jorge Pereyra Diaz, yang tidak mensia-siakan peluang untuk menggandakan jaringan.

Harimau Selatan memperoleh gol ketiga pada minit ke-33 menerusi serangan pantas yang diilhamkan penjaga gawang Mohd. Izham Tarmizi apabila sepakannya tepat kepada Diaz yang melakukan larian solo dan melepaskan bola kepada Azamuddin Akil yang menguis masuk menewaskan Matthew Acton.

JDT berjaya menghasilkan gol keempat pada minit ke-39 menerusi Azamuddin yang melepaskan sepakan lencong.

Kaya akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan pada awal babak kedua apabila Jose Porteria melepaskan rembatan dari sudut sukar pada minit ke-53.

Lucero menjaringkan gol kelima tuan rumah selepas memanfaatkan hantaran daripada Diaz sebelum pemain gantian Mahalli Jasuli melepaskan sepakan rendah menerjah gawang pada minit ke-68 untuk gol keenam.

Lucero menambah derita buat pasukan pelawat dengan menghasilkan gol ketujuh perlawanan menerusi rembatan deras yang terkena palang sebelum menerjah masuk pada minit ke-70 sebelum

Bagaimanapun pada dua minit terakhir perlawanan pasukan pelawat memperolehi gol kedua pada minit ke-88 menerusi pemain tengah Antonio Ugarte.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-sapu-kaya-fc-1.334591#sthash.l8Mz0Vwc.dpuf


Monday, 23 May 2016

LIGA SUPER : JDT rampas teraju, Felda diikat P. Pinang

22 Mei 2016 12:39 AM



Pemain JDT, Marcos Antonio (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUALA LUMPUR 21 Mei – Jaringan hatrik oleh penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak ke kedudukan teratas Liga Super selepas membelasah Pahang 6-0 di Stadium Darul Makmur.

Kemenangan besar itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan merampas takhta pendahulu liga daripada Felda United yang sekadar seri 2-2 dengan pasukan tercorot Pulau Pinang di Jengka.

Anak didik Mario Gomez tidak menghadapi masalah untuk me­ngutip tiga mata penuh dan memulakan pesta gol mereka seawal minit keenam menerusi penyerang dari Argentina, Martin Lucero yang menanduk hantaran silang Mahali Jazuli.

Diaz menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit ke-29 diikuti jaringan pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio untuk meletakkan JDT mendahului 3-0 pada babak pertama.

Hanya dua minit separuh masa kedua bermula, Lucero menambah gol kedua peribadinya sebelum Diaz mengandakan jaringan pada minit ke-54 dan melengkapkan hatriknya pada minit ke-76.

Sementara itu, The Fighter juga bermula dengan baik pada awal permainan di Stadium Tun Abdul Razak apabila membuka tirai jari­ngan pada minit ketujuh menerusi Ahmad Syamim Yahya namun Pulau Pinang berjaya menyamakan di hujung babak pertama melalui ja­ringan Reinaldo Lobo.

Felda dikejutkan oleh jaringan Osas Saha pada minit ke-66 tetapi mereka diselamatkan daripada mendapat malu apabila penyerang sensasinya Francis Forkey Doe menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Selangor memulakan aksi pusingan kedua liga dengan bergaya apabila menang 5-2 ke atas Kelantan yang sekali lagi menamatkan permainan dengan 10 orang.

Gol Red Giants dijaringkan Mohd. Hafis Kamal pada minit ke-16, R. Gopinathan (m-22), Mohd. Nazmi Faiz Mansor (m-37), Razman Roslan (m-49) dan Ahmad Hazwan Bakri (m-88) manakala dua gol tuan rumah disumbangkan oleh Blahze Ilijoski (m-10) dan Dramane Traor (m-59).

Dalam pertemuan mereka di Stadium Shah Alam Rabu lalu, Kelantan bermain hampir keseluruhan permainan dengan 10 orang setelah Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang pada pertengahan babak pertama dan kali ini Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pula mendapat kad merah pada minit ke-60 kerana menyiku Nazmi Faiz.

Sarawak meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Perak 3-0 di Stadium Perak dengan Junior Aparecido Guimaro membuka tirai jaringan pada minit ke-32 apabila menyempurnakan sepakan penalti setelah pemain Sarawak, Makeche Noumba dijatuhkan pertahanan tuan rumah Thiago Junior di dalam kotak penalti.

Makeche mengukuhkan kedudukan pasukannya apabila meledak gol kedua pada minit ke-65 dan Sarawak melebarkan kelebihan apabila sepakan lambung Gilmar Jose da Silva menewaskan penjaga gol Muhd. Hafizul Hakim pada minit ke-70.

Dalam pada itu, Terengganu melakar kemenangan tipis 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Shah Alam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-teraju-felda-diikat-p-pinang-1.332955#sthash.x8KnezQO.dpuf

Monday, 16 May 2016

JDT juara Piala FA

UTUSAN ONLINE | 14 Mei 2016 11:17 PM



KUALA LUMPUR 14 MEI - Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz cuba melepasi pemain PKNS ketika Perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016 diantara pasukan JDT FC menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. JDT menang ke ata PKNS 2-1. UTUSAN/AZIZUL A. MAJID

SHAH ALAM 14 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala FA selepas menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Bagaimanapun juara Piala AFC itu terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan The Red Ants pada minit keenam menerusi sepakan penalti Gabriel Miguel Guerra selepas pertahanan JDT Aidil Zafuan Abd. Radzak menjatuhkan Gonzalo Manuel Sato dalam petak penalti.

Namun gol itu tidak bertahan lama apabila pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan pula sepakan penalti kepada pasukan Harimau Selatan selepas Jorge Diaz dijatuhkan oleh penjaga gol G. Jeevanathan pada minit ke-16.

Sepakan penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh kapten JDT, Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan seri 1-1 dan Diaz menambah gol kedua dan kemenangan Harimau Selatan pada minit ke-35. – UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-juara-piala-fa-1.326006#sthash.x65njDtU.dpuf


Rakyat Johor sambut Piala FA bersama Sultan Ibrahim

BERNAMA | 15 Mei 2016 6:56 PM


SEGAMAT 15 Mei - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan kemenangan pasukan JDT menjuarai Piala FA sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan Segamat, hari ini. - fotoBERNAMA

SEGAMAT 15 Mei - Lebih 5,000 rakyat negeri ini membanjiri tapak pasar tani Taman Yayasan bagi melihat secara dekat Piala FA yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Barisan pemain JDT yang tiba di sini kira-kira 2 petang ini, disambut meriah penyokong skuad Harimau Selatan, yang mula membanjiri kawasan berkenaan seawal 12 tengah hari tadi.

Kawasan itu juga adalah lokasi terakhir bagi hari kedua Kembara Mahkota Johor 2016, yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim yang berangkat tiba kira-kira 3.15 petang, turut diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat sama adalah kelima-lima anakanda baginda.

Sultan Ibrahim kemudian dipersembahkan dengan Piala FA 2016 oleh kapten pasukan, Safiq Rahim dan ketua jurulatih JDT, Mario Gomez.

Pada perlawanan akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam malam tadi, JDT menewaskan PKNS FC 2-1, sekali gus menamatkan penantian menjulang piala berkenaan yang kali terakhir dimenangi pasukan itu pada 1998.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Hafiz Ahmad sebagai wakil kepada pertubuhan anak-anak yatim daerah berkenaan. 

- BERNAMA- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rakyat-johor-sambut-piala-fa-bersama-sultan-ibrahim-1.326352#sthash.SO0WPBGn.dpuf



JDT semakin bernafsu

Dua lagi trofi jadi sasaran Gomez, Safiq mahu ACL
FADHILUL IZMEL ISHAK 
DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 16 Mei 2016 12:24 AM



TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM (kanan) meraikan kejayaan JDT muncul juara Piala FA bersama kapten, Safiq Rahim kelmarin. UTUSAN/Abdul Razak Latif

SHAH ALAM 15 Mei - Selepas merangkul Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bernafsu besar untuk menambah koleksi dalam kabinet mereka apabila Piala AFC serta Liga Super kini menjadi sasaran sete­rusnya.

JDT sudah pun mendakap dua trofi musim ini iaitu Piala Sumbangsih sewaktu menewaskan Selangor pada Januari dan terbaharu, memenangi Piala FA setelah menumpaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam semalam.

Pengendali Harimau Selatan, Mario Gomez berkata, pasukannya menyasarkan empat trofi musim ini dan dua daripadanya telah diraih, manakala dua lagi bakal menyusul membuatkan JDT.

“Musim ini kami ada empat sasaran yang perlu dilaksanakan. Dua sasaran kami sudah direalisasikan iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA. Sekarang kami mahu fokus kepada dua lagi misi iaitu Liga Super serta mempertahankan Piala AFC.

“Bagaimanapun sekarang kami mahu berseronok dulu, kami mahu meraikan kejayaan ini (menjuarai Piala FA).

“Esok kami akan bercakap mengenai perlawanan menentang Pahang dalam aksi Liga Super (Rabu ini),” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan­nya membantu JDT meraih lima trofi tidak sampai dua tahun selepas membimbing pasukan itu, Gomez berkata: “Ia bukan perkara mudah untuk dilakukan. Apa yang penting adalah saya mempunyai pemain yang bagus.”

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim turut memasang misi besar apabila meletakkan sasaran peribadiuntuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebelum menamatkan kariersebagai pemain bola sepak profesional.

“Ini kemenangan Piala FA pertama saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana JDT dapat menjuarai Piala FA kali ini. Bagi pencapaian individu ini merupakan peluang terbaik saya untuk menambah koleksi peribadi.

“Kami tidak akan berhenti di sini kerana kami mencipta sejarah di masa akan datang. Saya fikir kami juga tidak perlu menoleh ke belakang kerana kami perlu terus memandang ke hadapan.

“Secara keseluruhannya, saya masih belum mencapai tahap yang baik. Saya perlu belajar lagi dengan menimba ilmu daripada pemain JDT serta barisan kejurulatihan.

“Saya tidak boleh berhenti di sini kerana saya mahukan kejayaan pada masa depan.

“Mungkin sebelum bersara, saya mahukan kejayaan. Saya mahu layak ke Liga Juara-Juara Asia. Itu adalah impian saya,” kata ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-semakin-bernafsu-1.326487#sthash.EBu7RSvR.dpuf


Lebih 10,000 rai wira Harimau Selatan

MOHAMED SAARI | 16 Mei 2016 12:25 AM


RIBUAN rakyat Johor tidak melepaskan peluang untuk menyambut pasukan JDT yang membawa pulang Piala FA di Tapak Pasar Tani Taman Yayasan pada Kembara Mahkota Johor 2016, semalam. Kelab Media Johor

SEGAMAT 15 Mei – Cuaca panas terik tidak menghalang lebih 10,000 penyokong setia pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk datang seawal pukul 11 pagi di Tapak Pasar Tani, Taman Yayasan, di sini bagi bertemu dan meraikan pemain kesayangan mereka yang memenangi Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.

Pemain dan pegawai JDT yang menaiki dua bas tiba di lokasi terak­hir konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 itu kira-kira pukul 2.30 petang dengan disambut oleh pa­luan gendang serta laungan peminat yang telah menunggu kedata­ngan mereka sejak lebih tiga jam.

Dalam majlis bersejarah itu, Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ibrahim berkenan meraikan JDT, termasuk menjulang Piala FA bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Ne­geri, Datuk Ismail Karim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Ne­geri Johor (PBNJ).

Sementara itu, seorang penyokong setia JDT, Saadiah Liham, 53, berkata, dia tiba pada pukul 12 tengah hari dengan menunggang motosikal dari Buloh Kasap dan tidak kisah terpaksa berpanas semata-mata untuk melihat pemain JDT dari dekat.

“Ini kali pertama pemain JDT datang ke daerah ini dan lebih istimewa mereka membawa sekali Piala FA yang dimenangi malam tadi untuk tatapan kami peminat bola sepak di sini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lebih-10-000-rai-wira-harimau-selatan-1.326488#sthash.fjyUN8s7.dpuf


JDT tepati ramalan

ZAZALI JAMIAN, 
FADHILUL IZMEL ISHAK 
DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 15 Mei 2016 12:24 AM


JUARA... Safiq Rahim (depan, dua dari kiri) menjulang piala bersamasama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas menewaskan PKNS dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. – mingguan /Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada minit ke-35 membantu Harimau Selatan meraih trofi pertamanya tahun ini apabila mengalahkan PKNS FC 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Kejayaan itu juga memboleh­kan Piala FA kembali dibawa ke bumi Johor selepas kali terakhir dijulang menerusi pasukan Johor FA pada 1998.

Ini adalah kali pertama pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA sejak kejohanan itu diperkenalkan 26 tahun lalu.

Kejayaan JDT itu juga mengubat kekecewaan mereka setelah tewas kepada Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir edisi 2013.

Walaupun telah diramalkan mampu memenangi perlawanan di hadapan hampir 70,000 penonton namun JDT menghadapi kesukaran untuk menjinakkan The Red Ants, malah mereka ketinggalan pada awal permainan.

Beraksi di atas padang yang licin akibat hujan sejak petang menambah kesukaran kepada kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik mereka namun perlawanan tetap berlangsung sengit.

Namun PKNS yang lebih dahulu berada di hadapan apabila pe­ngadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan sepakan penalti pada minit kelima selepas kapten PKNS, Gonzalo Soto ditarik hingga terjatuh dalam kawasan gol oleh pertahanan tengah JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak berikutan sepakan sudut.

Peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh Red Ants menerusi penyerang dari Argentina, Gabriel Guerra yang bijak mengelirukan penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi apabila merembat kencang untuk membolehkan PKNS mendahului perlawanan.

Gol PKNS itu memaksa JDT menggandakan asakan untuk kembali menyamakan kedudukan dan asakan mereka membuahkan hasil apabila Harimau Selatan pula dihadiahkan sepakan penalti.

Tindakan penjaga gol PKNS, G. Jeevananthan untuk keluar daripada kedudukan asalnya bagi menghalang gerakan solo penyerang JDT, Diaz membawa padah apabila asakannya menyebabkan pemain itu terjatuh.

Dan, ketua pasukan Safiq Rahim tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan sepakan pada minit ke-16 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kelemahan jentera pertahanan PKNS untuk mengeluarkan bola dengan pantas ketika berhadapan situasi di dalam kawasan gol telah memberi peluang kepada JDT menambah jaringan menerusi Diaz hasil susulan bola lantun yang terkena kaki Jeevananthan pada minit ke-35.

Selepas rehat, PKNS turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah gol namun percubaan mereka sama ada diselamatkan atau dihalang oleh Izham manakala JDT juga menyaksikan beberapa percubaan mereka disekat oleh penjaga gol.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tepati-ramalan-1.326121#sthash.XAdxBImH.dpuf


Thursday, 12 May 2016

Piala AFC: JDT kekal rekod cemerlang

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 12 Mei 2016 12:36 AM



Safiq Rahim (kanan) meraikan jaringannya dalam perlawanan Piala AFC menentang Bengaluru di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. utusan/MOHD. HAZROL ZAINAL

JOHOR BAHRU 11 Mei – Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan semangat menjelang perlawanan akhir Piala FA apabila mengekalkan rekod bersih mereka dalam kejohanan Piala AFC setelah menumbangkan Bengaluru FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Kemenangan itu menyaksikan JDT menamatkan persaingan peringkat kumpulan H dengan mata maksimum dan akan menghadapi PKNS FC dalam final Piala FA Sabtu ini di Shah Alam dengan keyakinan tinggi.

Harimau Selatan mengumpul 18 mata daripada enam perlawanan untuk mara ke pusingan kedua Piala AFC sebagai juara kumpulan manakala kelab dari India itu turut layak sebagai naib juara.

Pemain tengah Safiq Rahim sekali lagi menjadi pemusnah pasukan lawan apabila menjaringkan satu gol dan merancang gol kedua yang disempurnakan oleh Safee Sali.

Turun tanpa kelibat beberapa pemain utama, pasukan tuan rumah tampak kurang menyengat pada babak pertama dan tidak memberi tekanan kepada kubu pasukan dari India itu.

Percubaan tepat ke arah gol bagi pasukan JDT hadir pada minit ke-17 menerusi Amri Yahyah yang mudah melepasi kawalan pemain pertahanan namun gagal menewaskan penjaga gol lawan.

Harimau Selatan kemudiannya mempunyai beberapa peluang untuk menghasilkan gol pembukaan namun percubaan yang dilakukan Amri dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi gagal menerjah jaring pelawat.

Percaturan ketua jurulatih Mario Gomez yang membawa masuk Safiq dan S. Chanturu pada babak kedua berjaya mengubah rentak permainan dan tidak lama kemudian tuan rumah merobek benteng kebal pasukan Bengaluru.

Safiq menghadiahkan gol pembukaan Harimau Selatan pada minit ke-69 apabila rembatannya dari luar kawasan gol terkena pertahanan lawan, John Johnson menyebabkan penjaga gol Bengaluru tersalah langkah.

Pada minit ke-77, JDT menggandakan jaringan apabila Safee meledak gol kedua pasukan setelah menerima lorongan cantik yang dilakukan Safiq.

Ketika permainan hampir tamat, Harimau Selatan memperoleh gol sagu hati menerusi sepakan penalti Mohd. Shakir Shaari setelah Chanturu dikasari pemain pertahanan lawan.

JDT akan bertemu dengan naib juara kumpulan F, Kaya FC dari Filipina dalam pusingan kedua pada 25 Mei ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/piala-afc-jdt-kekal-rekod-cemerlang-1.324958#sthash.awyR38o1.dpuf


Friday, 22 April 2016

LIGA SUPER : Felda, JDT menang besar

21 April 2016 12:26 AM


PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – utusan/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR 20 April – Dua pasukan teratas Felda United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bersaing sengit dalam perebutan kedudukan teratas Liga Super apabila masing-masing mencipta kemenangan besar ke atas lawan mereka malam ini.

The Fighters terus kebal di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka apabila mudah menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 untuk memastikan mereka terus mencengkam takhta Liga Super.

Beraksi di laman sendiri, yang menggunakan rumput tiruan, jelas memberikan kelebihan kepada pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu, yang membuka tirai ja­ringan pada minit ke-21 menerusi Christie Jayaseelan diikuti dua ja­ringan Lutfulla Tutaev pada minit ke-26 dan 87 sebelum menutup permainan dengan jaringan Forkey Doe pada minit ketiga masa kece­deraan.

Sementara itu, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, Harimau Selatan membaham skuad Bujang Senang dengan kemena­ngan 5-2 untuk terus memberikan tekanan kepada Felda.

Harimau Selatan memperoleh jaringan menerusi Jorge Pereyra Diaz seawal minit ketiga sebelum menambah gol menerusi Marcos Antonio (m-35), Juan Martin Lu­cero (m-36) dan Fazly Mazlan (m-44) selain gol sendiri ketua pasukan Sarawak, Mohd. Shahrol Saperi (m-40).

Gol saguhati skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal diperoleh hasil jaringan K. Gurusamy pada babak pertama dan gol sendiri Mohd. Fadli Mohd. Shas pada babak kedua.

Pahang pula meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian jurulatih baharu, Mohamed Razip Ismail apabila menewaskan Kelantan 4-3 dalam perlawanan antara dua pasukan dari Pantai Timur di Stadium Darul Makmur, Kuantan

Kelantan bermula dengan langkah kanan setelah berjaya menja­ringkan gol pembukaan menerusi penyerang Dramane Traore pada minit kelapan namun dikejutkan tiga gol berturut-turut oleh pasukan tuan rumah hasil jaringan Dalibor Volas pada minit ke-13, German Pacheco (m-45) dan Mohd. Faisal Rosli (m-47).

Pasukan pelawat cuba bangkit menerusi gol Blazhe Ilioski hasil sepakan penalti pada minit ke-55 sebelum pemain gantian Mohd. Khairul Izuan mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-77.

Pemain import Tok Gajah, Pacheco muncul wira Tok Gajah apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi percubaan cantik setelah menyambar umpanan Volas.

Dalam pada itu, Terengganu FC II (TFC II) meredakan sedikit tekanan daripada penyokong apabila menang 4-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol TFC II disumbangkan oleh Mohd. Azrul Ibrahim (minit 9), Konate Makan (m-66), Mohd. Rizal Ghazali (m-77) manakala gol saguhati pasukan Lang Merah dijaringkan Badrul Bakhtiar (m-42).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, gol oleh Mauro Olivi sudah cukup untuk Selangor me­ngutip tiga mata perlawanan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang.

Penyerang dari Argentina itu menjaringkan gol tunggal perlawanan setelah sepakan bebasnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-16.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-jdt-menang-besar-1.278220#sthash.CRdnHqRQ.dpuf


Monday, 18 April 2016

FA CUP 2016 : Lang Merah bawa bekalan tipis

17 April 2016 1:24 AM


PENYERANG JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) cuba melepasi pemain Kedah, Mohd. Amirul Hisyam dalam perlawanan di Alor Setar. – MINGGUAN/ Safrizal Azmi

ALOR SETAR 16 April – Kedah me­raih bekalan tipis untuk dibawa ke Larkin pada 30 April ini apabila menumpaskan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman, di sini, malam ini.

Jaringan Mohd. Farhan Roslan dan Sandro Da Silva memastikan kemenangan Lang Merah, namun defisit satu gol belum boleh dianggap bekalan selesa buat anak-anak buah Tan Cheng Hoe, apatah lagi JDT memiliki rekod kebal beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Kedah memperlihatkan ke­sungguhan untuk mencari kemenangan apabila mengatur sera­ngan bertali arus.

Usaha mereka akhirnya berjaya menghadirkan gol seawal minit ke-14 selepas Farhan yang me­rebahkan badan depan pintu gol JDT menolak bola tandukan pemain pertahanan, Bang Seung Hwan, sekali gus menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd. Farizal Marlias.

Kelekaan pertahanan Kedah yang membiarkan penyerang import JDT, Juan Martin Lucero bergerak bebas dalam kotak penalti membawa padah apabila pemain berusia 24 tahun itu bijak melambung bola melepasi jangkauan penjaga gol Kedah, Farhan Abu Bakar untuk gol penyamaan, minit ke-27.

Kegembiraan pasukan pelawat bagaimanapun tidak bertahan lama selepas tuan rumah kembali di depan seminit sebelum tamat separuh masa pertama apabila tendangan leret Sandro dari luar kotak penalti tepat menerjah jaring se­belah kanan pintu gawang JDT.

Memasuki babak kedua, perlawanan terus rancak dengan JDT menerusi Jorge Pereyra Diaz terlebih dahulu melakukan asakan, namun rembatan leretnya dari dalam kotak penalti pada minit ke-52 berjaya dinafikan Farhan Abu Bakar.

JDT memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun sepakan percuma yang diambil oleh kapten, Mohd. Safiq Rahim pada minit ke-67 terkena palang sekali gus membuatkan penyokong Kedah menarik nafas lega.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lang-merah-bawa-bekalan-tipis-1.273293#sthash.H0FTgGl1.dpuf


Thursday, 14 April 2016

AFC CUP : Harimau Selatan 
ke pusingan kalah mati

14 April 2016 12:29 AM



PENYERANG JDT, Safee Sali (dua dari kanan) cuba melepasi pertahanan lawan dalam perlawanan Piala AFC menentang Lao Toyota di Stadium Nasional, Vientiane, malam tadi. JDT menang 4-1. GAMBAR JOHOR SOUTHERN TIGERS

KUALA LUMPUR 13 April – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Lao Toyota FC 4-1 dalam aksi keempat Kumpulan H Piala AFC di Stadium Nasional Vientiane, Laos, malam ini.

Biarpun turun tanpa kelibat kapten Safiq Rahim, dan jawatan itu diisi pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, namun skuad Harimau Selatan masih mampu meraih kemenangan keempat berturut-turut, sekali gus mengungguli Kumpulan H dengan pungutan mata 12 maksimum.

Terdahulu, JDT ketinggalan apabila sepakan percuma Phatthana Syvilay menerjah masuk ke dalam gawang gol pasukan pelawat ketika empat minit sebelum wisel rehat dibunyikan.

Tersentak daripada itu, Harimau Selatan bangkit di babak kedua dengan membalas empat gol bermula dengan jaringan penyamaan hasil sepakan penalti Safiee Sali pada minit ke-47 sebelum ditambah oleh Fadhli Shas, 18 minit berselang.

Bagaikan belum puas dengan kelebihan tersebut, JDT bertindak menambah dua gol menerusi Amri Yahyah pada minit ke-77 dan Jorge Pereyra Diaz (minit ke-82).

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-selatan-8232-ke-pusingan-kalah-mati-1.259637#sthash.YfaiFVUo.dpuf

Monday, 4 April 2016

FA CUP : Gomez masih belum puas hati

AZIZI MAJID | 04 April 2016 12:11 AM



PENYERANG JDT, Jorge Pereyra Diaz meraikan jaringan pertamanya ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. UTUSAN/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menepati ramalan layak ke separuh akhir Piala FA memberi peringatan awal kepada tiga pasukan lain yang turut mara setelah berjaya membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 5-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin.

Turun selaku pe­nyandang juara Piala AFC dan Liga Super musim lalu, JDT dilihat berada di landasan terbaik untuk menyapu bersih kejuaraan domestik musim ini.

Bagaimanapun, pengendali JDT, Mario Gomez enggan memikirkan mengenai prospek skuadnya mendominasi kesemua pertandingan, malah mengingatkan anak buahnya jangan terlalu cepat berpuas hati dengan prestasi mereka kerana masih ada kekurangan dari segi taktikal yang perlu diperbaiki.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan mutu persembahan kesemua pemain namun masih ada kekurangan dari segi taktikal yang perlu diberi perhatian segera.

“Pada separuh masa pertama, pemain kami berjaya mengawal permainan namun masuk babak kedua pemain agak hilang rentak sehingga membolehkan PDRM memperoleh dua gol berturut-turut.

“Perkara itu adalah normal, saya juga sering mengingatkan kepada pemain untuk tidak terlalu memaksa diri kerana faktor tersebut boleh mengakibatkan perubahan corak permainan,” katanya selepas perlawanan.

Selepas menang tipis 1-0 dalam suku akhir pertama bulan lalu, Jorge Pereyra Diaz memastikan JDT mendahului PDRM setelah menjaringkan gol pada minit ke-15 dan 28 sebelum kapten Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-40 diikuti jaringan Aznie Taib tiga minit sebelum tamat babak pertama perlawanan.

The Cops menggandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula dan memperoleh dua gol berturut-turut pada minit ke-49 dan 62 menerusi Andrea Francisco Williams dan Ahmad Nizam Mohd. Rodzi.

Tersentak dengan dua gol berturut-turut pasukan pelawat, JDT menggandakan asakan dan berjaya memperoleh gol kelima menerusi gerakan solo Juan Martin Lucero pada minit ke-66 untuk JDT mara ke separuh akhir dengan agregat 6-2.

Dalam pada itu, Gomez me­ngakui kecederaan pemain yang menjadi tonggak dalam JDT sedikit mencacatkan permainan secara keseluruhan.

“Ketiadaan Junior Eldstal memang dirasakan, bagaimanapun kami cuba untuk mengubah cara permainan dan memasukkan pemain gantian yang dirasakan sesuai untuk mendapatkan rentak sebenar kami,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-masih-belum-puas-hati-1.208352#sthash.2kUd2Bku.dpuf


Monday, 21 March 2016

FA CUP 2016 : JDT, Perak menang tipis, PKNS berpesta gol

20 Mac 2016 12:15 AM



Penyerang JDT, Juan Martin Lucero meraikan jaringannya selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. – Mingguan/MOHD. AZIM ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila menumpaskan Polis Diraja Malaysia ketika PKNS menang besar di tempat lawan manakala Perak hanya menang tipis di Ipoh dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA semalam.

JDT bagaimanapun memerlukan sepakan penalti Juan Martin Lucero pada minit ke-19 untuk menjaringkan gol namun sudah cukup untuk mereka menumpaskan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai bekalan apabila bertemu dalam perlawanan kedua pada 2 April nanti.

Di Stadium Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Juan Cobelli menjaringkan dua gol ketika PKNS bertambah garang pada babak kedua dengan menghasilkan tiga gol untuk menang 4-0 ke atas Sime Darby.

Red Ants mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi pemain jaringan pemain dari Palestin, Matias Hadwa pada minit ke-19 tetapi menggunakan sepenuhnya nasib malang Sime Darby, yang bermain dengan 10 orang selepas Mateo Roskam dilayangkan kad merah pada minit ke-53 untuk terus menambah gol.

Penyerang dari Argentina, Cobelli menambah derita Sime Darby hanya dua minit kemudian dan menjaringkan gol kedua peri­badinya semalam pada minit ke-78 sebelum Mohd. Nazrin Syamsul Bahri meledak jaringan keempat lima minit sebelum permainan tamat.

Sementara itu ketumpulan jentera serangan terus menghantui Perak, namun bernasib baik apabila meraih gol kemenangan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan lawan pada minit ketujuh di Stadium Perak.

Jaringan itu diperoleh apabila sepakan sudut Nazirul Naim Che Hashim ditanduk pertahanan Perak, Thiago Junior yang gagal ditepis penjaga gol Kuala Lumpur, Badrul Zaman Abd. Halim sebelum bola terkena Helmi Remeli dan melantun ke dalam gawang sendiri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-perak-menang-tipis-pkns-berpesta-gol-1.202414#sthash.wGsqfDAd.dpuf


Friday, 18 March 2016

Gomez puji Safiq

MOHAMAD 
FAIZAL HASHIM | 18 Mac 2016 12:31 AM


KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim meraikan jaringan gol keduanya yang dihasilkan menerusi sepakan penalti ketika menentang Lao Toyota FC di Johor Bahru kelmarin

JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bukan sahaja memuji permainan Safiq Rahim, malah menyifatkan ketua pasukan itu berpengaruh besar di atas padang semasa membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Lao Toyota dari Laos dalam perlawanan Piala AFC kelmarin.

Safiq yang dibawa masuk pada babak kedua bukan sahaja mengubah rentak permainan Harimau Selatan, malah bijak mengatur gerak serangan dan mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan sehingga berjaya memperoleh gol setelah babak pertama berakhir tanpa ja­ringan.

Setakat ini, pemain tengah berkenaan sudah menjaringkan enam gol daripada tiga perlawanan dalam kempen Kumpulan H, Piala AFC tahun ini.

“Tidak dinafikan Safiq memainkan peranan yang penting di atas padang. Dia bukan sahaja cemerlang mengemudi jentera serangan, malah bijak menghasilkan peluang gol.

“Pada babak pertama perlawanan, ren­tak permainan kami agak perlahan kerana pihak lawan bertahan dengan baik dan tidak memberi ruang untuk mencipta peluang gol.

“Perubahan taktikal membawa masuk Safiq dan (Jorge Pereyra) Diaz pada separuh masa kedua nyata membuahkan hasil kepada kami. Walaupun terpaksa menunggu lebih 60 minit untuk mendapat gol pertama, itu tidak menjadi masalah asalkan berjaya mengutip tiga mata,” kata Gomez.

Dalam pada itu, pengendali berusia 59 tahun dari Argentina itu turut memuji prestasi S. Chanturu, Amirul Hadi Zainal, Safee Sali, Amri Yahyah dan Jasazrin Jamaludin yang beraksi dengan baik dalam perlawanan tersebut.

Katanya, mereka adalah pemain yang boleh diharapkan untuk membantu pasukan meraih kemenangan ketika ramai pemain utama tidak direhatkan untuk persediaan menghadapi perlawanan penting dalam masa terdekat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/gomez-puji-safiq-1.201599#sthash.iwse9AAJ.dpuf


Thursday, 17 March 2016

AFC CUP : Hampiri pusingan ke-2

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 17 Mac 2016 12:27 AM



PENYERANG JDT. Mohd Amri Yahyah (kiri) meraikan jaringannya dengan gaya tersendiri sambil diraikan oleh rakan sepasukan Safiq Rahim (kanan) dan Jorge Pereyra Diaz dalam perlawanan Piala AFC peringkat kumpulan menentang Lao Toyota di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. JDT menang 3-0. UTUSAN/Raja Jaafar Ali


JOHOR BAHRU - Dua sepakan penal­ti Safiq Rahim membantu penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedu­dukannya sebagai pendahulu Kumpulan H, Piala AFC selepas menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain.

Dua jaringan kapten Safiq menerusi sepakan penalti dan satu oleh Amri Yahyah cukup untuk memastikan Harimau Selatan memperoleh kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan untuk mengumpul sembilan mata, sekali gus hampir pasti akan mara ke pusingan kedua.

JDT, yang dibarisi ramai pemain barisan kedua, dilihat kurang menyengat dan tidak banyak melancarkan serangan ke kubu lawan pada babak pertama yang berkesudahan tanpa jaringan.

Safee Sali dan Amirul Hadi masing-masing mempunyai peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan namun percubaan mereka sedikit tersasar dari gawang gol.

Perubahan taktikal yang dilakukan ketua jurulatih Mario Gomez pada babak kedua merubah corak permainan JDT yang dilihat lebih garang mengasak kubu lawan.

Pada minit ke-61, JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Syria, Hanna Hattab selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Takahiro Saito ketika dia cuba menghalang asakan tuan rumah.

Saito dilayangkan kad merah dan Safiq berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Pada minit ke-69, giliran Harimau Selatan pula bermain dengan 10 pemain selepas S. Kunanlan mengutip kad kuning kedua.

JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan pada minit ke-74 apabila S. Chanturu dikasari dalam kotak penalti dan disudahkan dengan bersahaja oleh Safiq.

Pada babak akhir perlawanan, Amri Yahyah menambah derita buat pasukan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan hasil gerakan satu dua dengan Safiq.

Sementara itu wakil India, Bengaluru meraih kemenangan pertamanya apabila menang 1-0 ke atas Ayeyawady United di Pathein, Myanmar hasil jaringan S. Chhetri pada minit ke-34.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hampiri-pusingan-ke-2-1.201258#sthash.Rx4tdHJs.dpuf


Monday, 14 March 2016

LIGA SUPER : JDT rampas semula takhta

14 Mac 2016 12:16 AM



Pemain Perak, Muhd Fikri Sudin (kiri) cuba mengasak penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan seri 0-0 semalam.Gambar: Kamal Basir Wahab / Wartawan Sayed Hesham / Kosmo Ayman Ghaffa

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kempennya mempertahankan gelaran juara Liga Super dengan menum­paskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 untuk merebut semula kedudukan teratas semalam.

Kemenangan itu membolehkan JDT mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan, satu mata di hadapan Felda yang mendahului seketika persaingan selepas mereka menang 2-0 ke atas Pahang 24 jam sebelumnya.

Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan JDT terpaksa menanti hingga babak kedua perlawanan untuk memperoleh gol apabila ketua pasukan Mohd. Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 sebelum penye­rang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz mengesahkan penguasaan Harimau Selatan pada minit ke-77.

Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah terus buntu dalam usaha mencari kemenangan pertama liga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) semalam.

Ini merupakan keputusan seri keempat dialami Perak, yang turut tewas sekali selepas lima perlawanan.

Lebih menghampakan sepanjang lima perlawanan liga, Perak hanya mampu meledak satu gol iaitu ketika seri 1-1 dengan Pulau Pinang.

Barisan depan skuad Bos Gaurus perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan deretan peluang gol dalam aksi semalam, bermula dengan rembatan deras Vokhid Sodhiev dari dalam kotak penalti pada minit ke-16 namun tersasar.

TFC juga hampir mencipta jaringan pada minit ke-20 hasil percubaan Konate Makan dari luar kotak penalti namun rembatannya terkena palang.

Mohd. Hafiz Ramdan hampir memecahkan kebuntuan gol seminit kemudian apabila tandukannya menewaskan penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie namun bola tersasar.

Perak terus menguasai babak ke­dua dengan menggandakan percubaan ke gawang lawan namun dihampakan oleh ketangkasan Wan Muhammad Azraie untuk perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-semula-takhta-1.200387#sthash.MZSkK6yi.dpuf


Thursday, 10 March 2016

AFC CUP 2016 : Sepakan Safiq pastikan JDT raih kemenangan

SHARIL SHARIFF | 10 Mac 2016 2:41 AM



PEMAIN-PEMAIN JDT meraikan Safiq Rahim (dua dari kiri) selepas ketua pasukan mereka itu menjaringkan gol ketika menentang Bengaluru dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Bengaluru, India semalam. – GAMBAR IHSAN JOHORSOUTHERNTIGERS


KUALA LUMPUR – Kepakaran ketua pasukan Safiq Rahim melaksanakan sepakan bebas sekali lagi membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka menumpaskan Bengaluru FC 1-0 di Bengaluru, India semalam sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju Kumpulan H, Piala AFC.

Jaringan pada babak kedua perlawanan itu menyaksikan penyandang juara JDT kini mengumpul enam mata hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan, tiga mata di hadapan kelab Myanmar, Aye­yawady United yang terikat mata dengan wakil Laos, Lao Toyota FC.

Perlawanan di Stadium Sree Kanteerava semalam menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang ketika separuh masa pertama dengan masing-masing mempunyai peluang menjaringkan gol namun tidak berupaya memanfaatkannya dengan baik.

Bagaimanapun aksi menjadi lebih menarik ketika babak kedua perlawanan yang menyaksikan JDT menguasai persaingan dengan baik.

Bagaimanapun, Harimau Selatan memerlukan kepakaran Safiq pada minit ke-55 untuk memperoleh gol apabila dia membuat sepakan deras dari hujung kawasan penalti yang menyaksikan bola menerjah penjuru kanan gawang Bengaluru.

Sepakan bebas itu dihadiahkan oleh pengadil selepas penyerang Harimau Selatan, Juan Martin Lucero dari Argentina dijatuhkan pemain tuan rumah.

Penguasaan JDT bertambah baik selepas jaringan tersebut malah hampir menambah jaringan menerusi percubaan tepat rakan se­negara Lucero, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-66 namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Benga­luru.

Pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol penyamaan pada penghujung perlawanan namun peluang terbaik mereka pada minit ke-84 itu gagal dimanfaatkan de­ngan sebaiknya walaupun pertahanan JDT sudah ditumpaskan.

Selepas ini JDT dijadual meneruskan aksi Kumpulan H menentang Lao Toyota pada Rabu depan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sepakan-safiq-pastikan-jdt-raih-kemenangan-1.199107#sthash.jdGOl2su.dpuf


Monday, 7 March 2016

FA CUP : Selangor, Kelantan tersingkir, JDT menang mudah

05 Mac 2016 1:55 AM



SLUG : JDT N.SEMBILANJOHOR BAHRU 4 MAC 2016 - PEMAIN pasukan Johor DT , Safee Sali (10) cuba merampas bola dari pemain pasukan Negeri Sembilan , Aroon Kumar A/K Ramaloo (2) , dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Superbest Power antara Johor DT menentang Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.Gambar : MOHD HAZROL ZAINALPemberita : FAIZAL HASHIM (Utusan/Sukan) WAN NUR ZURAIHAH WAN ALI (Kosmo/Sukan)



KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Selangor menerima kejutan apabila tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 2-1 kepada PDRM dalam pusingan ketiga semalam yang merupakan kekalahan pertama mereka dalam semua pertan­dingan musim ini.

Perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan skuad kendalian Ahmad Fauzi Pilus menampilkan aksi cemerlang untuk mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ahmad Nizam Rodzi pada minit ke-39.

Selang 13 minit babak kedua bermula, The Cops terus menggandakan kedudukan, kali ini menerusi pemain dari Singapura, Safuwan Baharuddin dan walaupun The Red Giants cuba bangkit namun jari­ngan penyerang kebangsaan Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh ketika perlawanan berbaki empat minit sudah terlalu lewat untuk menghalang mereka daripada menerima kekalahan pertama dalam semua pertandingan musim ini selepas kalah dalam perlawanan sumbangsih.

Sementara itu, aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru menyaksikan skuad Harimau Selatan tidak berdepan masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan 4-1.

Skuad kendalian Mario Gomez membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Aznie Taib sebelum Amri Yahyah menggandakan kedudukan lima minit kemudian menerusi sepakan penalti.

Pada separuh masa kedua, JDT terus menambah jaringan menerusi pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-64 dan minit ke-90 manakala Negeri Sembilan meraih gol saguhati menerusi jari­ngan pemain dari Australia, Andrew Nabbout pada minit ke-67.

Sementara itu naib juara musim lalu Kelantan tersingkir daripada Piala FA selepas Mohd. Khairul Izuan Rosli, yang terakhir mengambil sepakan, menyaksikan percubaannya terkena tiang kiri gawang Kedah untuk mereka tewas 5-4 menerusi penalti penentuan selepas perlawanan terikat 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Terdahulu Kelantan mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan jarak dekat pemain pertahanan Jonathan McKain selepas sepakan bebas Muslim Ahmad ditanduk ke depan gawang oleh Dramane Traore.

Bagaimanapun, Kedah me­nya­ma­kan kedudukan tiga minit selepas babak kedua berlangsung menerusi jaringan Khairul Helmi Johari yang menanduk masuk sepakan sudut Baddrol Bakhtiar, dan walaupun tuan rumah mengasak hingga tamat perlawanan masa tambahan namun akhirnya memerlukan pe­nalti penentuan untuk mara ke pu­singan keempat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-kelantan-tersingkir-jdt-menang-mudah-1.197224#sthash.yIXcxxHz.dpuf


Tuesday, 1 March 2016

JDT buat Penyu terus kelemasan, Felda makin kukuh

28 Februari 2016 12:08 AM


PENYERANG Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) diasak dua pemain JDT, S. Kunanlan dan S. Chanturu (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam. JDT menang 2-0. – mingguan / DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR – Tindakan Persa­tuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad Yusoff daripada tugasan jurulatih musim ini dan menggantikannya dengan Mike Mulvey tidak membawa kesan segera kepada skuad Penyu yang tumpas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu menyaksikan skuad Mario Gomez berada di hadapan seawal minit ke-28 menerusi jaringan S. Chanturu yang membuat sepakan terus setelah menerima umpanan cantik Jorge Pereyra Diaz di dalam kawasan penalti.

Penyerang Argentina, Diaz kemudian membuat gerakan solo untuk mengukuhkan kedudukan juara bertahan Liga Super itu lima minit selepas itu setelah rembatannya berjaya menerobos ke gawang Terengganu, sekali gus menghadiahkan kekalahan kedua buat skuad Penyu dalam saingan liga.

Sementara itu, dua jaringan Hadin Azman memastikan Felda Uni­ted mengekalkan kedudukannya di anak tangga teratas carta selepas menumpaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Gol pada setiap babak dihasilkan pada minit ke-31 dan minit ke-71 sudah cukup untuk memastikan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengutip tiga kemenangan berturut-turut.

Dalam satu lagi aksi, Pahang yang pada satu ketika mendahului namun akhirnya terpaksa akur skuad mudanya belum cukup matang untuk menangani Selangor yang dibimbing bekas jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan apabila tewas 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Jaringan tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Faisal Abd. Halim seawal minit ke-13 tetapi Patrick Ronaldinho memadam kelebihan tersebut apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan minit ke-45 sebelum bekas pemain Pahang, R. Gopinathan meledak gol kemenangan pada minit ke-67.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa akur dengan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan untuk seri 2-2 menentang Pulau Pinang.

Skuad bimbingan Jacksen F. Tiago terlebih dahulu berada di depan seawal minit kedua permainan menerusi jaringan S. Kumaahran namun penyerang kebangsaan Maldives, Ali Asfaq menyamakan kedudukan pada minit ke-65 setelah menyempurnakan sepakan penalti.

Skuad The Cops meletakkan diri mereka di depan apabila Souleymane Konate menjaringkan gol kedua PDRM pada minit ke-70 bagaimanapun Matias Cordoba menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Di Stadium Perak, Ipoh pula menyaksikan Bos Gaurus terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Kedah. Kedua-dua pasukan buntu mencari gol perlawanan biarpun mereka saling berbalas asakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-buat-penyu-terus-kelemasan-felda-makin-kukuh-1.194983#sthash.UtdY4Isi.dpuf


Friday, 26 February 2016

AFC CUP : ‘Bonus untuk saya’

NURUL HUDA HASSAN | 26 Februari 2016 12:11 AM



PEMAIN tengah JDT, Safiq Rahim (kiri) melarikan diri daripada asakan pemain pertahanan Ayeyawady United dalam perlawanan peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru kelmarin. Safiq menjaringkan tiga gol untuk membantu JDT menang 8-1. UTUSAn/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU - Safiq Rahim membuktikan dia belum kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi dalam dua perlawanan, malah semakin garang apabila menjaringkan tiga gol ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mudah meratah Ayeyawady United dalam kempen Piala AFC kelmarin.

Mencipta hatrik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini kelmarin, Safiq Rahim menyifatkannya sebagai satu bonus buat dirinya.

Terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kurang cergas, kapten JDT itu juga menyifatkan kejayaan membelasah kelab Myanmar itu dengan jumlah gol yang besar 8-1 ialah hasil kerja keras pasukan.

Bagaimanapun, pemain paling bernilai (MVP) perlawanan akhir Piala AFC 2015 itu berkata kejayaan dicipta penyandang juara itu bukan hanya faktor dirinya sahaja tetapi kerja berpasukan yang perlu diteruskan dan bukannya berpuas hati dengan prestasi semasa.

“Hatrik itu ialah bonus untuk diri saya, namun yang paling penting kami (JDT) mendapat keputusan positif sekali gus mengutip tiga mata di tempat sendiri, jumlah gol yang banyak itu semestinya satu yang manis untuk pasukan.

“Jadi, tidak kira untuk apa jua perlawanan selepas ini, kami mesti tidak boleh setakat itu sahajalah, kami perlu terus memberi tumpuan dan memperbaiki segala kelemahan yang dikesan, pasukan kena lebih fokus selepas ini.

“JDT perlu beri lebih 100 peratus selepas ini, selagi diberi kepercayaan oleh jurulatih, saya akan sentiasa memberi yang terbaik begitu juga rakan-rakan sepasukan,” katanya dalam sidang akbar selepas perlawanan tersebut.

Sementara itu, ketua jurulatih Mario Gomez mengakui dia yakin akan meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut tetapi tidak terlintas Harimau Selatan akan mencipta jumlah jaringan yang besar.

Jurulatih dari Argentina itu turut memuji anak buahnya yang dilihat bermain sebagai satu pasukan dan bukan hanya menumpukan kepada keupayaan individu sekali gus mahu prestasi terbaik pasukan terus dipertingkatkan.

“Kami tidak ada masalah apabila pasukan pelawat menyamakan kedudukan sebab kita tahu kemenangan milik JDT, malah saya juga yakin dengan kemampuan pasukan saya, kita sememamngnya akan melakar kejayaan pada perlawanan itu,” katanya.

JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore pada 9 Mac ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-bonus-untuk-saya-8217-1.194314#sthash.SOFgWOb5.dpuf

Thursday, 25 February 2016

AFC CUP : JDT berpesta di Larkin

NURUL HUDA HASSAN | 25 Februari 2016 12:31 AM



KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim (tengah) membuat percubaan ke arah gawang sambil cuba dihalang oleh pemain Ayeyawady, Naing Lin Tun dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – MOHD HAZROL ZAINAL

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala AFC dengan gagah apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 yang menyaksikan ketua pasukan Safiq Rahim mencipta hattrick dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas wakil Myanmar berkenaan selepas menumpaskan mereka 5-0 dalam pusingan kedua pertan­dingan ini tahun lalu.

Penyerang baharu Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak masing-masing menja­ringkan satu gol di hadapan 11,560 penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, penyokong tuan rumah bagaimanapun dikejutkan apabila Thiha Zaw menyamakan kedudukan pada minit ketujuh selepas Safiq meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 30 meter.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak gawang lawan dengan percubaan menarik Mohd. Nazrin Nawi pada minit kelapan dan penyerang pasukan pelawat Chizoba Christopher pada minit ke-11.

Namun, sebaik sahaja Harimau Selatan menambah gol kedua menerusi pemain dari Argentina, Diaz dua minit kemudian, perlawanan menjadi milik JDT sepenuhnya.

JDT mempunyai peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-15, namun Mohd. Nazrin gagal menyempurnakan sepakan bebas dan lapan minit kemudian percubaan Lucero pula tersasar.

Pada minit ke-30, skuad Harimau Selatan menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pemain pertahanan dari Brazil, Antonio setelah Safiq membuat sepakan sudut untuk tuan rumah mendahului 3-1 ketika rehat.

JDT memulakan babak kedua dengan garang dan hanya memerlukan tiga minit selepas perlawanan disambung untuk menambah gol keempat menerusi Safiq yang kemudian melengkapkan jaringan hattrick pada minit ke-62.

Penguasaan bahagian tengah JDT terus menyukarkan Ayeyawady untuk menyerang dan Lucero melengkapkan malam sempurna untuk pa­sukannya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-82 dan minit ke-87 sebelum Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak menjaringkan gol kelapan untuk JDT pada masa kecederan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-berpesta-di-larkin-1.193998#sthash.TJZDLJHK.dpuf


Monday, 22 February 2016

FA CUP : Kedah, JDT berpesta gol

FADHILUL IZMEL ISHAK | 20 Februari 2016 1:59 AM


Penjaga Gol UiTM, Pavel Matiash hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya untuk kali keempat hasil percubaan pemain JDT, Amirul Hadi Zainal (kiri) dalam perlawanan Piala FA di Shah Alam semalam. utusan/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR - Naib juara Piala Malaysia, Kedah berpesta gol apabila membelasah Megah Murni 8-0, kira-kira lima jam selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menang 5-0 ke atas UiTM FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA semalam.

Penyerang baharu Kedah, Carlos Kahe mencipta hatrik di Stadium Darul Aman, Alor Setar apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh selang seminit pada penghujung perlawanan setelah meledakkan gol pertamanya semalam pada minit ke-36.

Syazwan Zainon pula menjaringkan gol pada minit ke-25 dan 38 manakala Azmeer Yusof membuka tirai jaringan seawal minit keenam diikuti jaringan Sandro empat minit kemudian dan gol Amirul Hisyam pada minit ke-28.

Terdahulu JDT membelasah UiTM 5-0 dalam perlawanan sebelah petang di Stadium UiTM, Shah Alam dengan S. Chanturu menjaringkan dua gol (minit ke-32 dan 37) selepas sepakan bebasnya membantu Amri Yahyah menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-13. Amirul Hadi Zainal meletakkan JDT mendahului 4-0 sebelum rehat dan Jorge Pereyra Diaz menambah gol kelima pada minit ke-71.

Amirul Hadi kemudian dibuang padang pada minit ke-85 selepas mengasari Mohd. Adib Rosli.

Selangor pula terpaksa menunggu hingga minit ke-69 untuk berada di hadapan menerusi jaringan Patrick Ronaldinho sebelum jaringan Abdul Hadi Yahya lapan minit kemudian memastikan juara Piala Malaysia itu meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Air Asia All Star 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.

Sementara itu, Sime Darby menyingkirkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas Nazrul Kamaruzaman menjaringkan gol pada minit ke-19 disusuli jaringan Muhd. Shazlan Abu Samah tujuh minit selepas babak kedua bermula.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka PKNS FC memastikan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-1 menerusi jaringan Matias Jadue pada minit ke-47, Gonzalo Soto (minit ke-74) sebelum Gabriel Guerra menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir permainan manakala gol sagu hati skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-71.

Perlis pula berhempas-pulas untuk meneruskan kemaraan dan berterima kasih kepada jaringan Vincent Kayne pada minit ke-71 untuk menang 1-0 ke atas Felcra di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Sementara itu di Kuantan, Pahang yang tewas 1-4 kepada Pulau Pinang dalam saingan Liga Super Selasa lalu menebus kekecewaan itu apabila menewaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Darul Makmur.

Jaringan kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-111 menerusi Dalibor Volas yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut German Pacheco.

Sebelum itu Pacheco menyempurnakan gerakan cantik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas mereka dikejutkan oleh jaringan Muhamad Sapawi Rasid menerusi sepakan bebas pada minit ketujuh.

Sementara itu jaringan sendiri pemain PDRM pada masa tambahan menyebabkan pasukannya tewas 1-2 kepada DRB Hicom di Stadium Proton, Tanjung Malim.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kedah-jdt-berpesta-gol-1.192475#sthash.cuNRvxbQ.dpuf