Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Tuesday, 20 October 2015
CELAH GELEGAR: [MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejara...
CELAH GELEGAR: [MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejara...: BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak...
Thursday, 16 April 2015
Bangsa Melayu keturunan Orang Asli Asal
16 April 2015 2:08 AM
(Dari Kiri) Mohd. Samsudin, Zuliskandar Ramli, Wan Hashim Wan Teh, Zaharah Sulaiman, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman dan Bambang Budi Utomo dalam Seminar Asal-Usul Melayu dan Kelangsungan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara di UKM, Bangi, semalam.
KUALA LUMPUR 15 April – Hasil penyelidikan yang dijalankan beberapa pakar sejarah mendapati pembentukan bangsa Melayu bermula daripada nenek moyang Orang Asli Asal yang berlabuh di benua Sunda lebih 60,000 tahun lalu.
Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman berkata, kajian itu terbukti berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah dijalankan terhadap Orang Asli dengan tulang-tulang manusia prasejarah.
Katanya, bangsa Melayu semakin berkembang apabila berlakunya aktiviti merantau dan penghijrahan yang seterusnya membentuk beberapa suku kaum etnik komposisi Melayu Proto serta Orang Asli Asia Tenggara.
“DNA Orang Asli Semenanjung pula menunjukkan pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma yang membangun secara sendiri di Andaman, Siam, Kemboja dan Champa.
“Sebab itu, hari ini kita dapat melihat pelbagai etnik Melayu seperti Melayu Siam, Melayu Kemboja, Melayu Champa, Melayu Mon-Pyu, Melayu Filipina, Melayu Madagaskar dan banyak lagi namun dari segi baka serta keturunannya kesemua etnik itu adalah sama iaitu rumpun Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Asal Usul Melayu Dalam Pelbagai Perspektif Kajian Terkini dalam Seminar Asal-Usul Melayu dan Kelangsungan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara di Bilik Senat Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.
Majlis perasmian seminar tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua IAAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. Yang turut hadir Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, Dr. Mohd. Samsudin dan Bambang Budi Utomo.
Dalam kajian yang sama Zaharah memberitahu, pelbagai penyelidikan turut menunjukkan gen orang Taiwan kepada genetik populasi di Asia Tenggara agak kecil selain tiada bukti berlakunya penghijrahan petani dari negara itu.
Bagaimanapun, katanya, penyelidik sejarah percaya bahawa sebahagian besar orang Yunnan dan Taiwan berasal dari Asia Tenggara berdasarkan DNA tempoh usia mereka yang lebih muda iaitu 52,000 tahun.
“Penyelidikan khusus dan terperinci yang dijalankan di Yunnan mendapati puluhan etnik masyarakat di sana, tiada seorang pun bertutur dalam bahasa Melayu malah tidak ada satu perkara pun di situ menggunakan bahasa tersebut.
“Sekurang-kurangnya ada sisa-sisa bukti malangnya langsung tiada selain ciri-ciri fizikal orang Yunnan juga langsung tidak kelihatan menyerupai bangsa Melayu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bangsa-melayu-keturunan-orang-asli-asal-1.81424#sthash.wU5qAss7.dpuf
Tuesday, 2 September 2014
Nostalgia, terbitkan rasa cinta negara
Oleh MOHAMAD ABDULLAH
SEKUMPULAN kanak-kanak riang bersama gurunya, Mazlina Ibrahim (belakang kanan) dari Tadika Permatang Binjai pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.
PENULIS lahir selepas kemerdekaan negara, tatkala Malaysia baharu merasai nikmat kebebasan, tatkala kebanyakan universiti kita belum ada. Penulis dilahirkan di sebuah kawasan sawah padi dan dibesarkan oleh ibu bapa yang merantau di kawasan pedalaman Kedah yang sebahagian besarnya bergantung kepada kebun getah.
Di kampung ketika itu, belum ramai yang ada televisyen. Kami menonton televisyen hitam putih di satu-satunya rumah jiran di Kampung Kura dan bersekolah di Kampung Padang Cicak. Namanya pun sudah menggambarkan segala-galanya ketika itu. Untuk menonton tayangan cerita Melayu (selalunya pada hari jumaat Malam Sabtu) kami perlu bayar untuk tuan rumah membeli minyak bagi menghidupkan generatornya.
Kesusahan hidup adalah perkara biasa bagi kami. Baju sekolah bertukar semasa hari raya, itu pun bergantung kepada hasil getah torehan yang dijual ayah dari kebun milik orang. Rumah ala kadar yang berdindingkan buluh yang dianyam. Belajar dan membaca buku menggunakan lampu minyak tanah. Jika hujan mencari tempat yang tidak ditimpa air hujan dari bumbung nipah yang berlubang.
Namun sehingga kini, kehidupan di kampung tetap nostalgia indah. Terdapat juga sedikit tanah sawah yang dijadikan tempat bermain wau selepas musim menuai. Atau menahan ikan air tawar di saliran air dari paya atau tatkala padi menghijau. Sesekali bermain di saliran air jernih yang melalui pokok rumbia dan hutan di tepi sawah.
Ayah tidak mampu membeli buku untuk dibaca. Peluang menikmati buku baharu ialah apabila guru sekolah yang menjaga perpustakaan memberi peluang untuk meminjam dan membacanya segala cerita apatah ketika itu, anak-anak kampung manalah sangat minat membaca. Atau sesekali guru yang rumahnya di pekan berhampiran membeli buku Dewan Pelajar dan Utusan Pelajar untuk dibaca.
Hari ini segala-galanya jauh berubah. Cerita di atas dianggap hanya dongengan kepada anak-anak hari ini. Namun kesusahan dan kesukaran itulah yang menjadikan kecintaan kepada tanah air yang satu ini amat mendalam.
Ada ketikanya tertanya-tanya, adakah kesenangan hidup dan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini menjadikan ramai yang ambil mudah dan memandang remeh segala usaha yang dibuat selama ini?
Penulis masih ingat cerita seorang pakar ekologi terkemuka negara, Profesor Dr. Mashhor Mansor yang amat berterima kasih kepada kerajaan yang menghantarnya belajar di Indonesia tatkala negara menghadapi krisis besar di universiti apabila sebahagian besar tempat hanya diisi oleh sekumpulan elit masyarakat.
"Dasar-dasar yang dibangunkan dan dilaksanakan termasuk membangunkan sekolah-sekolah elit Inggeris dengan membuka ruang seluas-luasnya kepada anak-anak Melayu ketika itu membolehkan ramai yang hari ini menjadi tokoh-tokoh ilmuan dan pemimpin masyarakat yang hebat," kata Mashhor.
Adalah penting untuk anak-anak muda hari ini memahami sejarah pendidikan negara. Mereka yang banyak mengkritik dan memperlekehkan sistem pendidikan negara ini, malah melihat pencapaian negara dengan pandangan sinis seharusnya sedar diri dan melihat kembali segala susah payah yang dilalui sebelum ini.
Bukanlah salah untuk mengkritik, tetapi ramai yang hanya tahu mengkritik dan mengubah apa yang ada, sedangkan kesukaran yang dilalui selama ini tidak pernah dirasai dan dihargai.
Agak malang juga, kerana begitu ramai mereka yang menikmati kesenangan dari dasar dan usaha yang dilakukan, hari ini tidak segan silu menentang dan menyalahkan pelbagai perkara.
Sedangkan alangkah baiknya, jika setiap rakyat memainkan peranan bekerjasama, bertolak ansur, menghargai kepelbagaian dan memahami serta menghormati sejarah bangsanya yang ditunjangi oleh tokoh negarawan yang berfikiran jauh ke hadapan dan begitu teliti dalam tindakan demi memastikan kelangsungan kesejahteraan sebuah negara.
Berapa ramai yang cemburukan apa yang kita capai selama ini. Ramai rakyat di negara-negara lain yang membayar dengan harga yang mahal untuk mencapai ketenteraman dan keharmonian yang kita kecapi ini.
Lihat sahaja bumi Palestin yang terus bergolak. Bagi mereka yang selama ini menganggap nilai kebebasan termasuk kebebasan bersuara dalam kalangan ahli akademik, di manakah suara-suara ahli akademik dunia termasuk yang sering melaungkan suara keamanan dan penindasan terhadap nasib malang anak-anak Palestin dan lebih 2,000 jiwa yang melayang termasuk apabila Islamic University of Gaza turut cuba dimusnahkan?
Begitu juga dengan apa yang berlaku di Syria, Libya, Mesir malah banyak lagi negara bergolak lain yang rakyatnya hidup dalam ketakutan.
Pernahkah kita mengucapkan kesyukuran di atas segala nikmat yang kita kecapi selama ini atau kita menjadi duri dalam daging merosakkan segala yang ada, dengan melaga-lagakan sesama rakyat, menghina dan menjatuhkan pelbagai institusi yang ada, menggunakan pelbagai media sosial untuk menanamkan kebencian sesama sendiri apatah lagi tidak bersikap bijaksana dalam setiap kata-kata dan tindakan yang diambil?
Kemiskinan dan kesusahan bukanlah masalah besar kepada kita. Namun kejahilan dan kejumudan pemikiran, terpengaruh dengan pelbagai hasutan, sikap ingin berkuasa dan tamak haloba, tidak berpegang kepada amanah dan tanggungjawab yang ada dan mengambil mudah terhadap masa hadapan bangsa dan negara - itulah cabaran dan masalah besar dalam memaknakan kemerdekaan negara.
Maka pada ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57 dengan tema Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, ia menuntut kita memaknakan kecintaan yang disemai dan dizahirkan. Yang ditunjukkan melalui sikap matang dan sedia berkorban di antara kepentingan diri dengan kepentingan masyarakat dan negara.
Janganlah kekecewaan peribadi apabila gagal mencapai sesuatu menyebabkan kita menyalahkan orang lain. Atau apabila nilai kita tidak diterima, bukan bermakna kita perlu putus asa, sebaliknya membuat muhasabah diri dan terus berjuang dengan cara kita untuk memastikan negara ini akan terus sejahtera dan dapat diwariskan kepada anak cucu cicit kita nanti.
Nikmat kesenangan dan kemewahan yang dirasai hari ini harus terus dipertahankan. Hanya mereka yang pernah jatuh terluka yang tahu nilai kebahagiaan sebenar yang dinikmati.
Tanyalah ibu bapa atau datuk, nenek moyang kita yang akan terus tidak jemu bercerita tentang perjuangan dan kesusahan hidupnya tetapi tetap rasa bahagia berbanding kita yang memiliki segala-galanya, tetapi hidup resah gelisah dan tidak pernah puas dengan apa yang ada. Merdekakah kita?
PENULIS ialah Timbalan Pendaftar Kanan Pejabat Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140829/re_01/Nostalgia-terbitkan-rasa-cinta-negara#ixzz3C7WRrXwi © Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, 18 April 2014
Monday, 24 February 2014
Titik penghujung benua Asia
KAWASAN di sekitar Tanjung Piai dan Kukup juga popular sebagai pusat penternakan ikan air masin dan pengusaha kelong.
TANJUNG Piai yang terletak di daerah Pontian, Johor bukan satu nama yang asing dalam menu pelancongan negara bahkan telah lama dikenali pelancong luar negara.
Jika Rusia terkenal dengan Tanjung Chelyuskin sebagai titik paling utara benua Asia, negara kita mempunyai Tanjung Piai sebagai tanah penghujung benua Asia di sebelah selatan.
Keunikan lokasi yang tidak terdapat di mana-mana tempat itu menjadikannya antara lokasi wajib sampai bagi mereka yang gemar mengembara.
Pengalaman kru S2 menjejakkan kaki di penghujung tanah benua terbesar di dunia itu baru-baru ini turut memberi kepuasan yang sama.
Berdiri di depan arca glob yang tertera perkataan "Tahniah! Anda Kini Berada di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia" sepintas lalu memberi gambaran betapa istimewanya Tanjung Piai.
Selain memiliki rekod geografi yang diiktiraf dunia, Tanjung Piai sebenarnya menjanjikan banyak pengalaman unik bagi mereka menjejakkan kaki di situ.
Jeti di penghujung benua Asia misalnya merupakan satu-satunya lokasi di negara ini yang membolehkan dua negara iaitu Singapura dan Indonesia dilihat pada satu masa.
Dalam keadaan cuaca yang baik, Pulau Karimun, Indonesia boleh dilihat dengan jelas di sebelah kanan manakala pelabuhan Singapura pula berada di sebelah kiri.
Selain itu kawasan Tanjung Piai yang mengunjur ke laut turut menyajikan keindahan pemandangan matahari terbit dan terbenam.
Aset terbesar pelancongan di situ tidak lain tidak bukan adalah Taman Negara Tanjung Piai yang merangkumi kawasan seluas 947 hektar.
Mula dibuka kepada umum pada 2002, kawasan hutan paya laut itu kemudian diwartakan sebagai taman negara pada 26 Februari 2004 dan terus menjadi tumpuan selepas diisytiharkan sebagai salah satu daripada enam tapak Ramsar di negara ini.
Ramsar bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971.
Ketibaan kru S2 di Taman Negara Tanjung Piai baru-baru ini disambut oleh Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Khalid Zahrom di kompleks pelawat yang menempatkan pejabat taman negara, galeri dan kemudahan asas seperti surau dan tandas.
Selepas sesi penerangan mengenai kawasan taman negara, kandungan ekosistem dan kitaran hidup hutan paya laut, penulis dibawa melalui pelantar kayu yang dibina merentasi hutan bakau di situ.
Khalid berkata, selain menjadi benteng hakisan, kawasan hutan bakau tersebut menjadi habitat kepada pelbagai jenis unggas, kera dan hidupan paya laut seperti ketam nipah, kepah dan ikan tembakul.
Beliau berkata, hutan bakau Tanjung Piai juga menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah pada setiap tahun.
Selain itu katanya, kawasan taman negara itu mempunyai satu lagi keistimewaan yang jarang dapat dilihat iaitu fenomena air pasang besar yang berlaku hanya beberapa kali setahun.
"Antara bulan Disember hingga Januari, pekarangan pejabat taman negara di sini akan bertukar menjadi taman tema air kerana limpahan air laut.
"Fenomena ini tidak merbahaya kerana air hanya naik sehingga paras buku lali. Bagi pelawat yang datang dengan keluarga, fenomena itu dianggap sebagai satu tarikan," katanya.
Khalid memberitahu, walaupun Tanjung Piai mengalami masalah hakisan dan pencemaran yang semakin meruncing, namun jumlah kedatangan pelancong masih mencatatkan peningkatan setiap tahun.
Katanya, jumlah pelawat pada tahun lalu direkodkan sebanyak 73,000 orang.
Sementara itu, kunjungan ke Pontian boleh dikatakan tidak lengkap tanpa meneroka keistimewaan lain yang boleh ditemui di sekitar Pontian dan Kukup.
Dari Tanjung Piai Resort yang merupakan tempat penginapan paling hampir dengan taman negara, pelawat boleh memandu kira-kira 10 kilometer untuk menikmati keenakan makanan laut di sekitar pekan Kukup.
Antara tempat makan lain yang popular adalah mi udang di Sungai Rambah dan bakso di Kampung Serkat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140222/lk_01/Titik-penghujung-benua-Asia#ixzz2uCWPj4sq © Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 4 February 2014
Tujuh peringatan Sultan Azlan Shah
Raja Dr. Nazrin Shah bersama Tunku Zara (kanan), Raja Dihilir Raja Jaafar Raja Muda Musa (dua dari kiri) dan Dr. Zambry Abdul Kadir (kiri) pada Majlis Kesyukuran Sempena 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, Perak, semalam.
TITAH Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Sempena Majlis Kesyukuran 30 Tahun Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, semalam.
MAHA Suci Allah yang di tangan-Nya segala kerajaan; yang memberi kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki; Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki; di tangan Engkau segala kebajikan; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Selawat dan kesejahteraan ke atas Rasul junjungan dan penghulu kami, Nabi Muhammad SAW, semulia-mulia kejadian; kurniakan rahmat ke atas Baginda, demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh kegelapan. Semoga memperoleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.
Alhamdulillah, dengan rahmat dan inayat dari Allah SWT, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, hari ini genap 30 tahun bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan sebagai Sultan, Yang Dipertuan dan raja pemerintah kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
Majlis kesyukuran yang dilangsungkan pada pagi ini, adalah atas titah baginda supaya dapat dizahirkan apresiasi baginda kepada seluruh rakyat yang telah membuktikan kesetiaan dalam tempoh 30 tahun pemerintahan baginda.
Baginda bersama Tuanku Permaisuri amat ralat tidak dapat bersama di majlis ini. Baginda berdua menyampaikan salam kepada semua hadirin dan menzahirkan terima kasih di atas perutusan ucap selamat serta doa berterusan daripada rakyat jelata ke atas kesejahteraan baginda berdua.
Kesultanan Melayu Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah I pada tahun 1528. Sultan Muzaffar Shah bersemayam selama 21 tahun di takhta pemerintahan. Seramai 34 Sultan bersemayam di takhta pemerintahan dalam tempoh 486 tahun sejarah Kesultanan Melayu Perak. Dengan penentuan Ilahi, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mula bersemayam di takhta pemerintahan pada 3 Februari 1984. Baginda ialah Sultan Perak kedua paling lama berada di takhta pemerintahan, selepas Sultan Perak ke-11, Sultan Mahmud Iskandar Shah yang bersemayam di takhta Kerajaan selama 67 tahun di antara tahun 1653 sehingga tahun 1720.
Setiap Sultan telah menyempurnakan amanah sebagai Amirulmukminin. Ketika kita di majlis ini mengangkat kalimah kesyukuran kepada Ilahi, sempena genapnya 30 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, amatlah wajar untuk kita turut menghargai khidmat bakti yang telah diabadikan kepada negeri dan rakyat oleh 33 Sultan terdahulu.
Semoga khidmat bakti kesemua 33 Marhum yang telah kembali ke Rahmatullah, diterima sebagai amal soleh dan diberikan ganjaran sewajarnya kepada roh setiap seorang dari Marhum tersebut. Sama-samalah di Majlis ini, kita menghargai khidmat bakti Marhum-Marhum tersebut dengan membacakan Suratul Fatihah, semoga apa juga ganjaran darinya disampaikan kepada roh Almarhum-almarhum yang telah berada di alam barzakh. Al-Fatihah.
Meskipun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ketika ini masih dinasihatkan oleh pakar-pakar perubatan untuk beristirehat, namun baginda tetap mengikuti perkembangan yang sedang berlaku; malah keadaan semasa rakyat jelata senantiasa berada dalam pemikiran baginda. Sempena ulang tahun 30 pemerintahan, baginda telah menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan berikut:
Pertama: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat-sifat tawaduk, kemanusiaan, serta kasih sayang sesama insan di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.
Kedua: Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi; setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al AnAam;
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu"
Ketiga: Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dipenuhi dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali Imran bermaksud;
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".
Keempat: Negeri Perak dan negara Malaysia telah dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan majoriti rakyat dapat disejahterakan.
Kelima: Perpaduan rakyat hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang telah memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini terdiri dari pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.
Kepelbagaian tersebut adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami - saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berfikiran sempit lalu memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu-isu agama, kaum, budaya dan bahasa. Baginda yakin majoriti rakyat bersifat rasional lagi bertanggungjawab; bahawa majoriti rakyat menghargai suasana hidup yang aman, harmoni lagi rukun.
Keenam: Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang (rule of law). Undang-undang tidak sahaja perlu digubal tetapi lebih penting untuk dihormati, dikuatkuasakan secara adil - secara saksama, malah dipastikan kelihatan dilaksanakan secara adil - secara saksama, tanpa prejudis - tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih (without fear or favour).
Ketujuh: Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Raja Pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak - tidak partisan - tidak berkepentingan demi menjamin berlakunya keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi - berakarkan doktrin pengasingan kuasa.
Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, Mamanda Menteri Besar, kesemua Raja Bergelar, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Negeri, kakitangan perkhidmatan awam, anggota tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, guru-guru, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, para ulama, penghulu, imam dan pegawai Masjid, pihak swasta, badan-badan berkanun, badan-badan bukan kerajaan, badan-badan sukan serta seluruh rakyat baginda yang telah melaksanakan pelbagai peranan untuk membangunkan negeri. Kepada rakyat baginda yang terdiri daripada kaum Cina, baginda bersama Tuanku Permaisuri mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu (Gong Xi Fa Cai)
Baginda menyeru agar rakyat terus bersatu, hidup dalam semangat muhibah, rukun dan harmoni, membantu membina sebuah negara Malaysia yang maju lagi makmur, rakyatnya kukuh berpadu dan cekal bersatu. Baginda mendoakan agar terbina sebuah negara dan warga yang mendapat rahmat Ilahi seperti yang digambarkan dalam ayat 15 Sura Saba bermaksud;
Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka ia itu dua buah kebun di sebelah kanan dan kiri; Makanlah oleh mu rezeki yang (dianugerahkan) Tuhan mu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya! (Negeri mu) adalah negeri yang baik dan (Tuhan mu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun"
Sempena Majlis kesyukuran memperingati 30 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Paduka Anakanda, Paduka Ayahanda Raja Di Hilir, sekalian Raja Bergelar, Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar, Ahli Dewan Negara, merafakkan sembah, mengulangi ikrar taat setia, sedia menjunjung titah - sedia melaksanakan perintah Paduka Seri Ayahanda, berlandaskan hukum - bersendikan adat; dan akan sama-sama memelihara kemuliaan dan nama baik institusi kesultanan Melayu Perak demi memastikan tradisi negeri bersultan - rakyat beraja yang merupakan identiti sistem berkerajaan di bumi ini terus mendapat pengiktirafan dan penerimaan rakyat.
Ya-Wahid, Ya-Ghaffar, Ya-Latif, Ya-Qayyum, hamba-Mu memanjatkan doa agar Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Permaisuri Tuanku Bainun berada dalam kerukunan, dikurniakan keafiatan, dianugerahkan taufik - dilimpahkan hidayah, senantiasa mendapat rahmat dan lindungan Ilahi.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140204/re_01/Tujuh-peringatan-Sultan-Azlan-Shah#ixzz2sJWh0OKX © Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 27 September 2013
PAU - Laluan berliku Naib Presiden
Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
JAWATAN Naib Presiden yang bakal diisi oleh tiga penyandang 19 Oktober depan adalah tiket laluan awal untuk parti, kerajaan dan rakyat mengukur potensi dan kewibawaan kepimpinan kanannya sebelum melangkah lebih jauh
Apabila Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tunku Abdul Rahman, beliau memilih Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu berada dalam kedudukan nombor tiga di barisan Naib Presiden, sebagai timbalannya. Apabila Dr. Ismail meninggal dunia, Tun Razak memilih Tun Hussein, juga Naib Presiden ketiga.
Tun Razak tidak pernah menduduki jawatan Naib Presiden. Begitu juga Almarhum Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi Presiden UMNO kedua, menggantikan Datuk Onn Jaafar pada 1951 dengan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pendakwa Raya ketika itu. Tun Razak pula terus ke jawatan Timbalan Presiden (1951-1971) selepas memenanginya dengan menewaskan dua calon lain.
Pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dua Naib Presiden yang paling kanan dan dua Naib Presiden nombor dua menjadi pilihannya untuk menyandang jawatan nombor dua. Ia meskipun sejarah sebelum itu membuktikan Naib Presiden nombor tiga termasuk Dr. Mahathir sendiri adalah mereka yang sentiasa bernasib baik.
Naib Presiden paling kanan yang dipilih Dr. Mahathir sebagai orang nombor dua ialah Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kedua-duanya tersadai di situ. Apabila Tun Ghafar Baba dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau adalah Naib Presiden nombor dua selepas Tengku Razaleigh Hamzah dan nombor tiga ketika itu ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu.
Dr. Mahathir, juga merupakan Naib Presiden nombor tiga apabila dilantik oleh Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 5 Mac 1976 berikutan kematian mengejut Razak. Pada hal ketika itu, Naib Presiden UMNO paling kanan ialah Ghafar, diikuti Tengku Razaleigh Hamzah.
Pada 8 Januari 1999 pula, Dr Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga nombor dua selepas Najib, sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba giliran Abdullah pula, beliau memilih Najib, Naib Presiden paling kanan sebagai timbalannya.
Pada 2009 itulah buat julung kali dalam sejarah UMNO, perwakilan menentukan sendiri siapa yang mereka mahu untuk menyandang jawatan nombor dua dalam parti. Ini bukan lagi secara tradisi dalam sejarah 63 tahun kewujudannya, apabila Presiden memilih timbalannya dalam kalangan tiga Naib Presiden tanpa mengira sama ada Naib Presiden paling kanan, kedua atau yang ketiga.
Pada ketika itu, Muhyiddin dari kerusi Naib Presiden menang menewaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Jawatan Timbalan Perdana Menteri mempunyai sejarah tersendiri dan sepanjang kewujudan jawatan itu, ia sudah disandang oleh sembilan pemimpin iaitu Tun Razak, Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr Mahathir, Musa, Ghafar, Anwar, Abdullah dan Najib.
Namun, untuk rekod, antara Naib Presiden yang pernah menjadi Timbalan Presiden ialah Dr. Ismail, Tun Hussein, Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ghafar, Anwar, Abdullah, Najib dan Muhyiddin. Antara mereka, cuma Tun Hussein, Dr. Mahathir, Abdullah dan Najib berjaya ke puncak dalam parti dan seterusnya menyandang jawatan Perdana Menteri.
Dr. Ismail yang dipilih Tun Razak sebagai timbalannya apabila dilantik sebagai Perdana Menteri kedua pada September 1970, bagaimanapun tidak sempat naik ke puncak kerana meninggal dunia disebabkan sakit jantung.
Laluan untuk Naib-naib Presiden sebelum ke puncak kuasa, penuh berliku.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 29 August 2013
CUBAAN UNTUK MENIDAKAN SEJARAH
P. Pinang haramkan Tanda Putera
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130829/po_01/P-Pinang-haramkan-Tanda-Putera#ixzz2dKEbl5kP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
PULAU PINANG 28 Ogos - Filem patriotik perjuangan
bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki
pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh,
diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim
Guan Eng.
Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa
Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri,
Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan
kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.
"Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh
kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan
pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
"Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan
perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan
berkenaan dalam filemnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di
sini hari ini.
Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan
mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.
"Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh
diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.
"Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan
untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan
(PBT)," ujarnya.
Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga
kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan
serentak di seluruh negara esok.
Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan
Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam
mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah
Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu
ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130829/po_01/P-Pinang-haramkan-Tanda-Putera#ixzz2dKEbl5kP
© Utusan Melayu (M) Bhd
KOMEN : "Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan
untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan
(PBT)," ujarnya. (PERANGAI KOMUNIS MENGUGUT UNTUK MENAKUTKAN RAKYAT)
Wednesday, 27 March 2013
"KAMI BUKAN PENDATANG WAHAI LIM KIT SIANG!" - ORANG MELAYU
DARI BLOG TAIPING MALI
Terima Kasih TUAN
AMARAN: ARTIKEL INI DITUJUKAN UNTUK LIM KIT SIANG, bukan semua bangsa cina.
Seperti mana yang kita semua maklum, kebencian DAP pada MELAYU bukanlah satu rahsia lagi bagi kita yang celik akal dan berpandangan jauh. Segala tindak tanduk yang dipamerkan oleh DAP sentiasa mengundang syak wasangka kita. Kali ini, DAP cuba bermain api dengan orang MELAYU.
Kalau dibenci UMNO, saya masih tidak kisah. Tetapi, jangan membawa perasaan benci itu kepada menjadikan sejarah orang Melayu sebagai taruhan politik kotor kalian. Mungkin banyak orang Melayu di sana ditipu dan juga cina yang buta sejarah, tetapi tidak saya pendekar melayu yang sudah bersedia untuk membanting akal mendedahkan betapa BANGSATNYA CINA DAP.
Kepada rakan cina yang tidak sehaluan dengan DAP, saya berharap agar kalian membacanya dengan hati terbuka, sesungguhnya artikel ini bukanlah ditujukan untuk kalian kerana saya yakin kalian juga mahukan hidup yang aman tanpa ada pergaduhan kaum, tetapi dalang 13 Mei ini tidak serik-serik untuk belajar daripada kesilapan yang lepas terutama dajjal kecil yang bernama Lim Kit Siang.
Pertama kali, kalian semua kena bersihkan daripada minda kalian daripada fakta "bahawa kerajaan orang Melayu yang pertama ialah Melaka" kerana fakta itu sememangnya sangat-sangat salah. Sebelum berdirinya melaka, terdapat banyak kerajaan orang Melayu yang bertebaran di seluruh Asia Tenggara.
Sebagai contoh, kerajaan Funan dan Champa di Indochina. Chih Tu di Kelantan serta Langkasuka di utara semenanjung Malaysia serta tidak lupa juga empayar terhebat orang Melayu iaitu Srivijaya. Letakkan di minda anda bahawa kerajaan Orang Melayu bukan bermula di Melaka untuk mengelakkan anda daripada menjadi mangsa penipuan mereka yang berhasat dengki.
Kita mulakan artikel ini dengan saya berkongsi link di mana Lim Kit Siang dan John Doe (seorang penulis upahan DAP yang selalu menulis untuk laman portal pembangkang):
http://blog.limkitsiang.com/2011/01/20/malay-history-what’s-missing-from-the-textbooks/
Artikel tersebut diulas dalam english tetapi saya akan tulis ulasan saya di sini dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pembacaan pihak kalian. Mereka DAP memulakan penipuan dengan berceloteh panjang lebar mengenai sejarah awal penubuhan kerajaan Islam Brunei.
Kemudian, si kiasu ini mula bermain jarumnya, mahu menyalahkan BTN dan juga UMNO kononnya mencipta sejarah. Mereka mengaitkan perkahwinan antara Sultan Muhammad Shah dan seorang puteri dari Johor-Temasik kemudian terus berkongsi fakta yang bagi saya sudah tidak relevan lagi kerana penemuan baru para sejarawan. Saya petik di bawah ini:
"Sultan Muhammad Shah married a Johorean-Temasik princess in 1363. Now, for all those products of Biro Tata Negara (BTN) out there, what year was Malacca formed? 1403. So, there was a Johor king already in 1363? Are you going to argue with Ketuanan Brunei on this? (By the way, he’s more Melayu than YOU!) The Johor ruler was under the Thais. The entire Peninsular belonged to the Thais! The ‘king’ of Singapore (Temasik), whom Parameswara of the Malaccan Sultanate murdered in cold blood was in fact the brother-in-Law of the ‘King’ of Pattani, who was under Ayodthaya rule."
Apa yang DAP cuba bermain dalam isu ini ialah mereka cuba mengatakan bahawa orang Melayu bukanlah orang asal di tanah Melayu ini kerana Sultan Brunei sudah berkahwin dengan seorang puteri misteri dari semenanjung kerana Melaka belum lagi berdiri.
Apa yang si bangsat ini tidak tahu ialah sebenarnya Melaka telah berdiri lama iaitu sejak 1262 Masihi. Kemudian dakwaan yang mengatakan bahawa Johor di bawah pemerintahan Siam ialah bullshit. Hanya berpandukan kisah Parameswara membunuh pemerintahan Temasik yang dilantik oleh siam.
Tahukah DAP dan John Doe siapakah siam yang dikatakan itu? Untuk pengetahuan kalian ialah Kerajaan Sri Dharmaja bukannya kerajaan Ayutthaya. Kerajaan Sri Dharmaraja ini ialah salah satu kerajaan orang Melayu yang memerintah di Segenting Kera sehingga ke Selatan Thai.
Kena pandai beza orang Siam dan Thai. Orang Siam ini merupakan salah satu daripada rumpun Melayu manakala orang Thai merupakan salah satu daripada rumpun cina yang lari dari negara China dan merupakan pendatang di Asia Tenggara berbanding pribumi Asia Tenggara yang lain seperti Melayu, Khmer dan Mon.
Kerajaan Ayutthaya didirikan pada tahun 1351 dan bagaimana dalam masa 12 tahun seluruh semenajung boleh jatuh ke dalam tangan mereka. Kerajaan ini mengambil masa untuk berdiri bahkan pada tahun 1777 baru mereka berjaya mengalahkan kerajaan Melayu Pattani di Selatan Thai dan bagaimana dia boleh mendakwa bahawa kerajaan Pattani boleh berada di bawah pengaruh Thai?
Cubaan mengatakan bahawa orang Thai ialah pemilik asal tanah Melayu ini tidak boleh dipakai sekadar dengan sentimen seperti itu. Kita mengembara lagi menghayati penipuan bangsat mereka.
Kali ini mereka menyentuh mengenai sebuah kerajaan orang Melayu yang hebat dan boleh dilabelkan sebagai lost kingdom seperti Tamadun Maya dan Aztec. Mereka sekadar berpandukan kepada hujah yang mengatakan bahawa kerajaan itu mengamalkan agama Buddha untuk melabelkan bahawa itu bukan milik orang Melayu.
Bullshit! Bila kalian tidak tahu apa itu sejarah, lebih baik diamkan diri dan jangan tunjuk pandai. Sebelum kedatangan agama Islam, orang Melayu merupakan pengganut agama Hindu dan Buddha. Namun, selepas hidayah ALLAH datang, orang Melayu merupakan bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai.
Kerajaan Kota Gelanggi masih terakam kemas dalam Sulalatus Salatin sebagai sebuah kerajaan campuran Melayu-Mon yang saling bekerjasama melalui perkahwinan. Kemudian, kota ini diserang oleh Raja Chola yang datang dari Selatan India untuk menyerang kerajaan-kerajaan Melayu yang berada di bawah naungan Srivijaya.
Kemudian, anjing DAP ini membangkitkan sejarah seorang cina muslim yang mati di Brunei yang bernama Pu Kung Chih Mu. Tiada apa-apa yang salah mengenainya. Kita semua tahu bahawa orang Cina selalu berdagang ke kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara aka Kepulauan Melayu ini.
Saya tidak nampak ada apa yang salahnya bahawa Islam datang lebih awal ke Nusantara memandangkan bahawa Maharaja hebat empayar hebat nenek moyang kami pernah mengirimkan surat kepada kerajaan Islam untuk mengajarkan Islam kepada orang Melayu.
Apa dalam minda kau bahawa:
Islam=Melayu.
Buddha=Cina.
Hindu=Tamil.
Istilah bahawa Melayu itu mesti Islam hanya datang pada zaman moden apabila perlembagaan negara digubal. Sebelum itu, Melayu ialah Melayu. Agama mereka ada Islam, Hindu atau Buddha. Bawalah teori bahawa Islam datang ke Nusantara pada era mana pun tidak akan membuktikan bahawa orang Melayu itu pendatang.
Kemudian, bangsat kiasu ini berkongsi gambar Candi Borubudur sambil menolak dakwaan golongan anai-anai dan megat siam yang asyik bermain dengan teori tahap ultraman mereka. Itu membuatkan saya tersenyum sinis. Saya nak petik dakwaan daripada mereka yang BUTA SEJARAH tetapi cuba berlagak hebat.
"In fact, the entire peninsular Malaya had been Buddhist and/or Hindu ever since the second century when Lembah Bujang was built. And since this is the year 1363, all of Brunei and Borneo was also under the rule of King Hayam Wuruk, who was King of the Majapahit empire. And what religion did they have? (I’ll give you a hint… they built the Borobudor. And for those who claim that Borobudor is a mosque in disguise, please learn to recognize temple architecture.)"
Tak payah guna istilah in fact lah padahal fakta pun kau tak tahu. Apa yang cuba katakan? Tiada siapa yang menafikan bahawa agama Buddha dan Hindu merupakan anutan orang Melayu sebelum kedatangan Islam. Tetapi...
Borubudur di bina oleh Majapahit? Kawan-kawan, mari ketawakan mereka ini. KEBEBALAN SEJARAH SUDAH TAHAP DEWA, ada hati mahu menulis mengenai sejarah, terutama sejarah bangsa aku. Mari, aku ajarkan kalian mengenai sejarah bangsa.
Borubudur sebenarnya dibina oleh orang Melayu dari Empayar Srivijaya. Pada 775, candi borubudur ini di bina dan siap pada tahun 792 pada era pemerintahan Maharaja Samaratungga. Kalau hal sekecil ini pun tidak diketahui, janganlah berlagak seakan-alan sejarawan dan mahu menulis sejarah bohong mengenai bangsaku. Aku tidak rela!
Also important to note, that since this is 1363, Parameswara had not yet swum across Pirate-Bay to reach Temasik yet. Hence, the need to locate the earlier kingdoms which pre-date ‘His Royal Pendatangness’.
Siapa kau nak katakan nenek moyang aku pendatang? Hujah kau hanya kerana dia datang ke Melaka? Tahu tak bahawa Parameswara ini ialah putera Empayar Melayu Srivijaya? Apabila Srivijaya jatuh, Parameswara mencari tanah baru untuk menubuhkan kerajaan baru dan Melaka yang pada suatu masa dahulu pernah menjadi sebuah tanah di bawah jajahan dan pemerintahan bapanya. Apakah menuntut kembali tanah milik keluarganya itu dipanggil sebagai pendatang?
JANGAN BIADAB!
Aku tak kisah kau mengarut dengan kisah Laksamana Cheng Ho tak jumpa makanan halal dan jadi marah bila tiba di tanah Melayu. Kau mengarut pada sejarah bangsa kau, itu hak kau. Tapi, jangan menyentuh sejarah bangsa aku. Kepada Lim Kit Siang dan John Doe, masih ramai melayu yang celik sejarah.
KEPADA ANAK MELAYU YANG MEMBACA ARTIKEL INI, SEBARKAN ARTIKEL INI SELEPAS MEMBACA. ANDA MAHU SUATU HARI NANTI WARISAN BANGSA ANDA MENJADI TARUHAN MEREKA YANG TAMAK.
Tuesday, 19 March 2013
BANGSA MORO PULAK KATA...
'Malaysia jajah Sabah, Sarawak'
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130319/dn_02/Malaysia-jajah-Sabah-Sarawak#ixzz2NwcdWqUo
© Utusan Melayu (M) Bhd
MANILA 18 Mac - Ketua Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam
hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur
menjajah Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan
kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina
iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak
yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.
"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.
"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika
Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat
menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina
yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk
memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.
Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan
membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan
menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan
Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan
1996.
"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan
sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. -
AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130319/dn_02/Malaysia-jajah-Sabah-Sarawak#ixzz2NwcdWqUo
© Utusan Melayu (M) Bhd
KOMEN : SEBIJIK PERANGAI PUAK PEMBANGKANG KAT MALAYSIA... SIAP DENGAN SKRIP DAN SD NANTI DIA KELUARKAN.....
Wednesday, 1 August 2012
UiTM DULU (ITM) DAN SEKARANG...
Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik
Oleh Zaini Hassan
DARI UTUSAN MALAYSIA
DARI UTUSAN MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) kini tidak seperti ITM dulu.
Mahasiswanya kini tidak seperti dulu. Kini mereka mendapat PTPTN, dulu
tiada. Pelajar miskin dulu rata-rata akan menderu ke Dewan Makan untuk
menikmati juadah makan tengah hari, makan malam atau sarapan yang tidak
seberapa, dengan lazatnya.
Kami semua bersyukur ketika itu. Amat-amat bersyukur, kerana wang di
poket ada kalanya terputus. Makan tengah hari pada hari Jumaat
ditunggu-tunggu kerana ia merupakan hidangan istimewa: nasi beriani
dengan ayam masak merah. Hari-hari biasa selalunya ikan cencaru keras
yang disebut dengan panggilan ikan jaket.
UiTM kini lain daripada ITM dulu. Pelajar-pelajar datang ke kampus
berkereta. Sekurang-kurangnya Kancil atau MyVi. Parking di dalam kampus
di Shah Alam penuh sehinggakan parking pensyarah pun diambil alih.
Telefon tangan canggih-canggih belaka. iPad dan tablets tidak asing.
Belajar dalam suasana yang amat selesa. Mereka cukup beruntung.
Namun UiTM sekarang bukan seperti ITM dulu. Dulu perjuangan mereka
ialah untuk masa depan bangsa. Pelajar-pelajar baru didedahkan dengan
semangat lagu Warisan: Anak Kecil Main Api. Semua mereka menyanyikan
lagu itu dengan linangan air mata. Dulu sekitar 1970an pejuang-pejuang
pelajar berjuang untuk masa depan bangsa dan negara.
Kini UiTM sudah mempunyai pelajar seperti Khalid Mohd. Ismath.
Pelajar yang diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada 1970-an ITM
pun mempunyai pelajar seperti dia bernama Ibrahim Ali, tapi perjuangan
mereka berbeza. Ibrahim berjuang atas idealisme siswa, sementara Khalid
atas dasar menjadi alat parti politik.
Jauh bezanya pelajar sekarang dan dulu. Dulu kami Kesatuan Siswa
ITM (KSITM) berslogankan Bumiputera Bertindak. Memperjuangkan untuk ITM
ditukar menjadi Universiti. Berjuang untuk kursus-kursus diploma
tertentu dinaik taraf menjadi ijazah. Itu perjuangan kami. Kami tidak
diperkuda-kudakan oleh mana-mana parti politik," katanya yang menjadi
Presiden KSITM pada 1974, sewaktu berlakunya demonstrasi besar-besaran
oleh para pelajar ITM.
Tarikh demonstrasi ialah 22 April 1974. Berlaku tunjuk perasaan
terhebat dan luar biasa membabitkan 6,000 pelajar ITM. Tepat jam 12
tengah malam, kesemua 6,000 pelajar itu berbaris panjang dan berarak
dari Shah Alam untuk ke bangunan Parlimen bagi menuntut taraf ITM
dinaikkan.
Dalam perjalanan itu, menurut Ibrahim, 1,500 ditangkap, kira-kira 200
ke 300 dibawa di hospital, hanya lebih kurang 300 sahaja yang berjaya
tiba di bangunan Parlimen.
Yang luar biasa, semasa berjalan mereka tiba di Stesen Kereta Api
Batu 3, sekumpulan pelajar merampas kereta api dan para pelajar
kejuruteraan mengambil alih membawa jentera itu untuk ke Kuala Lumpur.
Polis terpaksa bertindak dan kami dapat melihat tabung-tabung gas pemedih api ditembak bagaikan percikan bunga api."
Hasil daripada peristiwa itu, ITM ditutup, namun kampus itu diambil
alih oleh para pelajar selama dua minggu. Pelajar Hotel Catering
menyediakan makanan, pelajar Komunikasi (Mass Comm) melakukan perang
saraf media, pelajar kejuruteraan menjalankan peranan mereka.
Kami bertahan selama dua minggu di kampus Shah Alam, Jalan Othman dan Seksyen 17 Shah Alam."
Kemudian perundingan dengan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein
pun berjalan. Saya mengetuai perjumpaan dengan Tun Razak dan Tan Sri
Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri) di Jabatan Perdana Menteri. Pada
waktu itu semua ibu bapa kepada Exco-Exco KSITM dibawa ke Kuala Lumpur
dan ditempatkan di Hotel Hilton untuk memujuk para pemimpin pelajar
menghentikan tunjuk perasaan."
Dalam perundingan itu, cerita Ibrahim lagi, Tun Razak memberikan
surat perakuan kepadanya selaku Presiden KSITM bahawa kerajaan bersetuju
untuk menaik taraf sebahagian daripada Diploma ITM menjadi Ijazah Am,
tetapi dengan syarat pulang ke kampung dahulu.
ITM kemudian ditutup selama sebulan. Para pemimpin itu tidak pulang
ke kampung, sebaliknya berkampung di bangunan MAYC di Jalan Syed Putra
setelah mendapat kebenaran daripada Presiden MAYC ketika itu, Sanusi
Junid (Tan Sri). ITM kemudian dibuka semula sebulan selepas itu sekitar
awal Jun 1974. Sebahagian Diploma kemudian diiktiraf sebagai Ijazah Am.
Itulah perjuangan kami ketika itu," kata Ibrahim, bekas pelajar
Komunikasi Massa ketika itu yang kemudian Diplomanya diiktiraf sebagai
Ijazah Am. Ibrahim kemudian disumbat ke dalam ISA pada Disember tahun
yang sama kerana terbabit dalam demonstrasi Baling dan demonstrasi
menuntut ITM dijadikan Universiti.
Perjuangan beliau tidak habis sampai di situ sahaja. Perjuangannya
bagi menuntut ITM dijadikan universiti tidak putus-putus. Selepas keluar
daripada tahanan ISA pada 1978, beliau menyertai politik. Menjadi Ahli
Parlimen Pasir Mas pada 1986 beliau masih tidak putus bercakap mengenai
ITM untuk dijadikan universiti.
Saya dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1992 dan
masih bercakap mengenai isu yang sama sehinggakan Dr. Mahathir pernah
berseloroh Ibrahim tak ada kerja lain asyik cakap pasal perkara itu
sahaja.
Pada 1999 saya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri menjaga hal ehwal undang-undang, saya mengadakan perhimpunan
siswazah ITM di Stadium Malawati Shah Alam dengan menjemput Dr. Mahathir
merasmikannya. Semua tokoh-tokoh korporat besar negara lulusan ITM
turut hadir. Datuk Najib Tun Razak selaku Menteri Pelajaran juga hadir.
Sebelum saya berucap saya sekali lagi bertanya kepada Dr. Mahathir
memohon supaya beliau mengumumkan ITM dijadikan universiti.
Dr. Mahathir kemudian toleh ke arah Najib dan bertanya kalau dia
umum ITM jadi universiti hari ini bolehkah dari segi perundangan? Najib
berkata, tiada masalah ia boleh dilakukan. Maka pada hari itu
bertukarlah ITM menjadi universiti atau dikenali sebagai UiTM," kata
Ibrahim kepada saya dalam satu pertemuan selepas majlis penganugerahan
oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Pengarah
pertama ITM, Tan Sri Arshad Ayub dengan Anugerah Bintang Pahlawan
Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Perkasa,
Ahad lalu.
Ibrahim masih tidak puas hati. Beliau mahu melihat sebuah universiti
Melayu Bumiputera itu yang selama ini dipandang rendah oleh orang lain,
termasuk bangsanya sendiri, dipandang tinggi. Ibrahim bertanya kepada
Dr. Mahathir, UiTM perlu ditubuhkan Fakulti Perubatan, atau jika tidak
ia akan terus dipandang rendah.
Dr. Mahathir kemudian meluluskan penubuhan fakulti perubahan UiTM
yang kini adalah antara fakulti yang paling susah untuk dimasuki
berdasarkan meritnya yang tinggi," katanya.
Perjuangan belakang tabir Ibrahim terhadap ITM dan UiTM tidak selesai
apabila dengan menggunakan inisiatifnya, beliau menubuhkan Yayasan
Budiman, yayasan yang kini menaja para pelajar sederhana yang miskin
mencapai cita-cita mereka untuk menjadi kumpulan profesional melalui
program Destinasi Anak Bangsa. Para pelajar sederhana ini diambil
menjalani kursus pra-diploma selama enam bulan dengan dibiayai oleh
yayasan ini sehinggalah mereka mampu melanjutkan pelajaran dalam bidang
perakaunan atau kejuruteraan dan menjadi akauntan dan jurutera
profesional.
Itulah perjuangan para pemimpin pelajar dahulu. Bukan macam Khalid
Mohd. Ismath yang terbabit dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. Dia
dipengaruhi oleh Ambiga, Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain. Jauh
bezanya perjuangan kami dengan para pelajar sekarang. Kami tidak
dipengaruhi oleh parti politik. Dulu kami tidak mengizinkan langsung
dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Kami bukan anti kerajaan, tapi
kami berjuang untuk suasana kampus yang lebih baik, duit poket lebih
dan untuk anak bangsa. Kami tidak menentang kerajaan dan kami masih
boleh berunding dengan para menteri, TPM dan PM," katanya.
Semasa di bawah Arshad Ayub dulu, kata Ibrahim beliau menggalakkan
para pelajarnya berfikiran kritikal, tetapi berpandukan kepada isu-isu
dan bukan untuk menentang kerajaan.
Ibrahim menjangkakan dengan pindaan undang-undang Akta Universiti
Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan para pelajar menjawat jawatan
dalam parti politik maka keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.
Para pelajar sekarang suka take side. Dan lebih teruk apabila para
pelajar ini dibawa oleh parti-parti politik pembangkang semasa cuti
untuk dicuci fikiran mereka menentang kerajaan," katanya.
Itulah yang membezakan ITM dan UiTM sekarang. Sebuah institusi yang
masih boleh bertahan dalam situasi politik UMNO semasa, dan tidak pasti
kedudukannya jika kerajaan sekarang terjunam dalam pilihan raya ke-13
kelak.
Hayat UiTM sebenarnya berada di hujung tanduk.
Monday, 9 July 2012
Nak jadi PM mesti bermoral
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my
9/7/2012
pengarang@utusan.com.my
9/7/2012
NAJIB Tun Razak bersalaman dengan
orang ramai ketika melawat sekitar Pasar Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi
dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
KUALA LUMPUR 8 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah ‘55 Tahun
Merdeka Janji Ditepati’.
Katanya, pemilihan tema itu bersesuaian dengan pendekatan 3K yang
diamalkan sejak 55 tahun lalu yang menjadi bukti Barisan Nasional (BN)
adalah sebuah kerajaan yang menunaikan segala janji kepada rakyat
sehingga meletakkan Malaysia muncul negara membangun paling maju di
dunia.
Beliau berkata, 3K dimaksudkan ialah Keamanan dan Keselamatan,
Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan yang kini
dinikmati oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira agama, budaya
mahupun warna kulit.
Sambil menyelar sikap pembangkang yang tidak malu mendabik dada
mendakwa kononnya mereka membawa kemakmuran kepada negeri-negeri yang
diperintah, Najib berkata, pendekatan 3K itu juga akan ditawarkan kepada
rakyat Selangor dalam usaha menawan kembali negeri itu.
Katanya, pendekatan 3K akan menjadi penawar rakyat Selangor yang
ditipu pakatan pembangkang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selaku Pengerusi BN negeri, beliau berjanji akan membawa lebih banyak kemakmuran, kenikmatan serta kemajuan kepada Selangor.
Justeru, Perdana Menteri mengulangi janji beliau untuk
memperkenalkan Kedai Buku 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia dalam masa
terdekat, selepas pelbagai program yang mendahulukan rakyat seperti
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diwujudkan sebelum ini.
“Janji ditepati bukan perkara sehari dua, ia dilaksanakan BN
sepanjang 55 tahun. Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata
dan tiada keperluan untuk kita mempolitikkan (tawar janji-janji kosong)
seperti pembangkang tetapi kami mahu membantu rakyat.
“Tengok sahaja Selangor, siapa yang membangunkan negeri ini? Jasa
siapa? Siapa yang bangunkan Bangi ini? Siapa yang mendirikan institusi
pengajian tinggi, tubuhkan pusat-pusat latihan? Bangi dahulu kawasan
hutan tetapi hari ini muncul pusat pertumbuhan kerana jasa BN.
“Siapa bangunkan Shah Alam, Cyberjaya dan wujudkan Putrajaya? Siapa
pula berjanji tetapi sekadar di bibir, mana janji-janji mereka sebelum
pilihan raya 2008?" katanya semasa berucap merasmikan
Program Jelajah
Janji Ditepati Peringkat Negeri Selangor di Bangi.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar; Koordinator BN negeri, Datuk
Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri
Dr. Koh Tsu Koon serta beberapa menteri Kabinet lain.
Dalam pada itu, Najib mahu rakyat Selangor menuntut segala janji
politik yang dibuat pakatan pembangkang di negeri itu seperti
mengurangkan cukai pintu, tabung permulaan RM100 untuk bayi dan elaun
khas kepada ibu tunggal yang sehingga kini hanya omong kosong.
Tegas beliau, bukan sahaja pakatan pembangkang di Selangor gagal menunaikan janji tetapi lebih teruk menipu rakyat.
Ini apabila nasib golongan ibu tunggal dan miskin yang kononnya mahu
dibela, ditindas pula dengan menaik kadar sewa seperti yang berlaku di
Seksyen Satu Bandar Baru Bangi.
“Pembangkang bukan sahaja tidak tunaikan janji untuk kurangkan cukai
pintu sebanyak 20 peratus tetapi saya dimaklumkan semasa beramah mesra
dengan penduduk di Seksyen Satu tadi, sewa bulanan premis untuk ibu
tunggal dinaikkan dari RM125 sebulan (era BN) kepada RM250.
“Ini belum lagi janji-janji mereka dalam Buku Jingga yang jika
dilaksanakan akan meranapkan ekonomi negara. Oleh sebab itu, hari ini
kita pilih baju jingga untuk buktikan BN sebuah parti dan kerajaan yang
menepati semua janji kepada rakyat berbanding apa yang ditawarkan di
dalam Buku Jingga," katanya.
KOMEN : 55 TAHUN MERDEKA JANJI DITEPATI... BN ADA... PUAK PEMBANGKANG ADA???... BANGKANG AJELAH GUNA LUTUT....
Subscribe to:
Posts (Atom)


















