Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 25 June 2012

Kalah tapi melawan


DARI UTUSAN MALAYSIA
24/6/2012



THAMIL ARASU

KUALA LUMPUR - Tiada apa yang harus dimalukan oleh skuad Bawah 22 sekali pun tewas 2-3 kepada pasukan pilihan, Korea Selatan pada perlawanan pembukaan kelayakan Kumpulan G Piala AFC Bawah 22 di Yangon, Myanmar, semalam.

Ketinggalan 1-3 pada separuh masa pertama, Malaysia mempamerkan semangat juang yang tinggi sebelum terpaksa akur kepada kejaguhan gergasi Asia itu walaupun dapat menjaringkan satu gol pada babak kedua.

Cuma kesilapan yang kerap dilakukan barisan pertahanan skuad bimbingan Ong Kim Swee, banyak memberi ruang kepada lawan memperoleh dua gol mudah.

Skuad yang diketuai oleh Mohd. Irfan Fazail bermula garang apabila mengejutkan Korea dengan gol seawal minit kelapan melalui A. Thamil Arasu yang menanduk rendah bola hantaran silang Ashri Chu Chu.

Kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila lima minit kemudian, Korea meraih gol penyamaan melalui ketua pasukan, Kim Hyun Hun yang tidak dikawal mudah menanduk masuk ke dalam gawang negara berpunca sepakan bola mati.

Korea terus melakukan asakan bertali arus dan lawan memanfaatkan situasi sepakan percuma dengan Pak Kwangil merembat cantik dari jarak 30 meter menewaskan penjaga gol negara, Izham Tarmizi pada minit ke-32.

Kedudukan skuad negara bertambah parah dua minit kemudian, kali ini giliran Jeong Jonghee menghukum kerapuhan benteng negara dan mudah merembat masuk bagi meletakkan Korea di hadapan dengan kelebihan dua gol.

Malaysia memperkemaskan permainan di separuh masa kedua sejurus kemasukan Gary Steven Robbat.

Hasilnya Thamil sekali lagi menjadi penjaring gol negara apabila pantas menyambar bola muntah daripada penjaga gol Korea pada minit ke-61 selepas melakukan percubaan bagi merapatkan jurang antara kedua-dua pasukan.

Malaysia seharusnya boleh memungut satu mata jika Ashri Chuchu dapat mengambil peluang terhidang di hadapan pintu gol pada minit terakhir perlawanan, tetapi rembatannya disekat pertahanan Korea.

"Keputusan ini sangat mengecewakan kerana beberapa kesilapan individu yang dilakukan oleh barisan pertahanan memberikan ruang kepada Korea mendapat jaringan mudah dan memenangi perlawanan ini.

"Namun saya puji kepada barisan pemain kerana mampu menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini, " kata Kim Swee.


No comments: