Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label WORLD CUP. Show all posts
Showing posts with label WORLD CUP. Show all posts

Friday, 16 October 2015

Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 : Amri pastikan kemenangan sulung

FADHILUL IZMEL ISHAK | 14 Oktober 2015 12:05 AM


Amri Yahyah memastikan Malaysia membawa pulang tiga mata dari Dili apabila menjaringkan gol pada minit ke-10 dalam pertemuan dengan Timor Leste semalam.

KUALA LUMPUR - Jaringan Mohd. Amri Yahyah menghidupkan peluang tipis skuad Harimau Malaya apabila menumpaskan Timor Leste 1-0 untuk meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan negara melonjak satu anak tangga ke tempat keempat Kumpulan A, di belakang Palestin, selepas mengutip empat mata daripada lima perlawanan dengan mencatat satu kemenangan, seri sekali dan tewas tiga kali. Arab Saudi terus unggul di anak tangga pertama setelah menang semua perlawanan mereka dan diikuti oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Ini adalah kemenangan pertama jurulatih sementara skuad negara Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan kompetitif daripada dua perlawanan sejak menggantikan Dollah Salleh.

Bagaimanapun, ini adalah kemenangan kedua jurulatih Harimau Muda itu, setelah pasukan negara menang 3-1 ke atas Laos di Bangkok minggu lalu.

Malaysia akan menentang Palestin dalam perlawanan seterusnya pada 12 November.

Kejayaan menewaskan Timor Leste tersebut memberi kepuasan kepada Kim Swee apabila skuad negara kini kembali memberi saingan kepada pasukan lain dalam aksi dwi kelayakan tersebut setelah memulakan kempen dengan aksi longlai, termasuk seri dengan Timor Leste di Bukit Jalil.

“Sangat penting untuk kita mendapatkan tiga mata pertama di pe­ringkat kelayakan kerana kita tahu skuad negara memerlukan kemenangan untuk menghidupkan kembali peluang terutamanya untuk ber­akhir di tempat ketiga.

“Satu situasi yang sukar dengan cuaca yang panas (ketika perlawanan). Kita nampak pemain berusaha bersungguh-sungguh jadi gol yang diperoleh bagi saya cukup baik dan kami berjaya bertahan (tidak dibolosi) selama 90 minit permainan,” kata Kim Swee menerusi telefon.

Ketika ditanya mengenai hanya satu gol yang dihasilkan meskipun skuad negara mencipta beberapa peluang bagus, Kim Swee berkata: “Saya tidak peduli tentang apa yang berlaku dalam padang kerana yang penting kita dapat tiga mata.

“Kalau dapat tiga gol tapi dibolosi empat gol kita masih kalah. Apa yang mustahak adalah kita menang dan pemain perlu menjaga disiplin mereka. Saya fikir ini, untuk sekian lama, ini kali pertama kita tidak dibolosi... jadi bahagian pertahanan dan pemain lain telah membuktikan mereka boleh bertahan.”

Skuad negara hanya memerlukan 10 minit untuk berada di depan apabila penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Amri, yang menjadi ketua pasukan menggantikan Mohd. Safiq Rahim yang tidak boleh disenaraikan pada saat-saat akhir, menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas menerima hantaran lintang daripada Nazirul Naim Che Hashim.

Ketika perlawanan memasuki babak kedua gawang skuad negara berada dalam bahaya apabila Timor Leste kerap melakukan asakan, terutama percubaan daripada Rodrigro Sausa serta Ramon Saro hampir menyamakan kedudukan.

Mengulas mengenai ketiadaan arkitek Harimau Malaya, Mohd. Safiq dalam kesebelasan pasukan, Kim Swee memberitahu bahawa ia adalah disebabkan keputusan komisioner perlawanan yang tidak membenarkan pemain JDT itu diturunkan kerana mengutip kad kuning sewaktu menentang Palestin (16 Jun) dan Arab Saudi (8 September).

“Kita dimaklumkan oleh FIFA bahawa perlawanan menentang Arab Saudi digantung jadi pemain lawan yang menerima kad kuning dilupuskan. Kita menunggu sehingga pada saat akhir iaitu dalam mesyuarat komisioner perlawanan di sebelah petang (kelmarin) dan diberitahu Safiq boleh diturunkan.

“Bagaimanapun semalam (kelmarin) komsioner perlawanan memaklumkan Safiq tidak boleh bermain. Jadi saya terpaksa membuat sedikit pertukaran,” jelasnya.

Tambah Kim Swee keputusannya untuk membawa Safiq adalah bukan disebabkan salah faham cuma tidak mahu terlepas peluang untuk menggunakan khidmat pemain JDT itu sekira­nya kad kuning yang diterima­nya ketika menentang Arab Saudi tempoh hari tidak dikira.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/amri-pastikan-kemenangan-sulung-1.146112#sthash.PqwQAfkw.dpuf

Tuesday, 13 October 2015

Kelayakan ­Piala Dunia ­2018/Piala Asia 2019 : Tak gentar samba Timor Leste

Harimau Malaya turun dengan misi cari kemenangan di Dili

MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI | 13 Oktober 2015 12:14 AM















PASUKAN Harimau Malaya sempat bergambar di Dili semalam, sehari sebelum menghadapi Timor Leste hari ini.

KUALA LUMPUR - WALAUPUN Timor Leste membariskan ramai pemain naturalisasi, terutama dari Brazil, namun itu tidak menggetarkan Harimau Malaya apabila berdepan pasukan itu dalam kelayakan ­Piala Dunia ­2018/Piala Asia 2019 di Dili, hari ini.

Jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee menegaskan, anak-anak buahnya sudah bersedia untuk bangkit daripada kekecewaan diikat Timor Leste 1-1 dalam perlawanan pertama mereka, Julai lalu.

Namun, beliau tetap mengi­ngatkan anak-anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman Timor Leste, yang sudah menunjukkan peningkatan berbanding pertemuan pertama kedua-dua pasukan, tiga bulan lalu.

“Persiapan kita berjalan baik, di mana kita sampai ke Dili dua hari lepas dan semua mengikut perancangan apa yang ingin saya lakukan. Saya harap esok (hari ini) kita akan dapat mempamer aksi terbaik.

“Timor Leste bertambah baik..kita nampak yang mereka mempunyai ramai pemain naturalisasi da­ripada Brazil.

“Kejayaan mereka mendapatkan mata ketika menentang Palestin (1-1) menunjukkan bahawa mereka pasukan yang cukup baik tetapi kita juga melakukan persiapan yang rapi kali ini,” katanya dalam sidang akhbar di Dili, semalam.

Dalam aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, skuad negara diikat 1-1 dengan Timor Leste di Bukit Jalil.

Malaysia kini berada di kedudukan tercorot kumpulan A selepas sekadar mengumpul satu mata dengan tiga kekalahan berturut-turut.

Skuad Kim Swee membawa misi wajib menang ke atas Timor Leste untuk memperbaiki kedudukan, sekali gus mencerahkan peluang beraksi pada pusingan akhir Piala Asia 2019 nanti.

Mengulas mengenai jumlah ja­ringan, Kim Swee berkata, itu tidak penting kerana yang mustahak pa­sukannya menampilkan aksi terbaik dan menunjukkan disiplin serta fokus tinggi dalam perlawanan itu.

“Setiap kali kita bermain semestinya kita akan menjaringkan gol dan terpulanglah berapa jumlah gol dapat dihasilkan, tetapi yang pen­ting kita mendapat keputusan yang baik tidak kira satu, dua atau tiga gol.

“Kalau daripada segi fizikal, Timor Leste mempunyai kelebihan namun sebelum ini ketika perlawanan dengan Arab Saudi mereka juga mempunyai fizikal yang baik .

“Banyak lagi pasukan yang ada fizikal yang bagus, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pasukan negara tidak menampilkan aksi terbaik dan kita mempunyai kelebihan kita sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim menuntut rakan-rakan sepasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan menentang Timor Leste dan berharap dapat meneruskan momentum kemenangan ke atas Laos minggu lalu.

“Pertama sekali kita tahu pa­sukan Timor Leste bukan pasukan yang sama seperti dulu dan jelas sangat berbeza.

“Jadi kami perlu bersedia daripada segala aspek sama ada taktikal, posisi, kawalan bola dan sebagainya.

“Moral pemain lebih baik ketika ini selepas berjaya melakar kemenangan dengan Laos tempoh hari dan saya harap momentum itu dapat diteruskan dalam perlawanan esok.

“Saya percaya rakan-rakan pa­sukan mahu keputusan yang baik agar kita berada dalam landasan baik untuk saingan ke Piala Asia,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tak-gentar-samba-timor-leste-1.145760#sthash.0JPYqhfi.dpuf

Tuesday, 8 September 2015

WORLD CUP/PIALA ASIA : Jangan burukkan lagi keadaan

FADHILUL IZMEL ISHAK | 08 September 2015 12:29 AM



ONG KIM SWEE (baju merah) memberi arahan kepada pemain negara dalam latihan terakhir Harimau Malaya menjelang pertemuan dengan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, semalam. utusan/Nasirruddin Yazid


KUALA LUMPUR - Sudahlah diaibkan 10-0 oleh Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hilang jurulatih dan berdepan kemungkinan hilang Presiden, pa­sukan Malaysia bakal berdepan Arab Saudi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 hari ini dalam keadaan serba tidak kena.

Justeru, jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee merayu kepada penyokong bola sepak negara agar tidak memburukkan lagi keadaan pasukannya dengan membuat kacau di Stadium Shah Alam.

Kata Kim Swee, pasukannya mungkin tidak mampu menjanjikan kemenangan, namun mereka berjanji akan mempamer aksi terbaik dan memberi tentangan kepada Arab Saudi, sekali gus me­nebus aib di Abu Dhabi.

“Sudah pasti tidak mudah buat kami melupakan mimpi ngeri (kalah kepada UAE) dalam masa yang singkat, tetapi pemain masih mempunyai satu hari lagi untuk bangkit dan saya harap mereka akan melakukannya.

“Kami perlukan peluang kedua, malah menagih sokongan daripada penyokong,” kata Kim Swee dalam sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada ketika Kim Swee merayu sokongan diberikan kepada skuad Harimau Malaya, pemainnya sendiri sebenarnya perlu melakukan sesuatu untuk kembali mendapat kepercayaan seluruh rakyat negara ini.

Mereka hanya akan memburukkan lagi keadaan sekiranya masih mempamer persembahan tidak bersemangat apabila menentang Arab Saudi, pasukan yang sama handal dengan UAE.

Kebanyakan peminat bola sepak Malaysia sedar untuk menewaskan gergasi Asia yang pernah beberapa kali merasai pentas Piala Dunia itu bukan perkara mudah.

Namun, apa yang dimahukan oleh mereka adalah satu persembahan bersungguh-sungguh ditunjukkan oleh pemain bola sepak negara.

Dalam erti kata lain, sekali pun tewas, usahlah sampai dibelasah dan tumbanglah dalam keadaan bermaruah.

“Saya harap menjelang perlawanan esok (hari ini) tiada sebarang gangguan diterima oleh pasukan. Anda perlu ingat banyak ­aspek serta faktor yang perlu dipertimbangkan sekiranya berlaku kekecohan.

“Peraturan sangat ketat dan saya harap peminat dapat datang memberi sokongan kepada pasukan negara. Saya harap dalam perlawanan esok tiada sebarang insiden yang tidak ­diingini berlaku dan semua orang akan pulang ke rumah dengan selamat,” kata Kim Swee lagi.

Katanya, meskipun Arab Saudi mendapat sentuhan bekas jurulatih Belanda, Bert van Marwijk yang pernah memimpin pasukan lama­nya layak ke final Piala Dunia 2010, namun faktor itu tidak akan menggentarkan Harimau Malaya.

Mereka pasti tidak mahu menghampakan penyokong di Stadium Shah Alam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jangan-burukkan-lagi-keadaan-1.132929#sthash.v3Gd1lUb.dpuf


Friday, 4 September 2015

Tuesday, 22 July 2014

WORLD CUP 2014 - 'Selecao sudah ketinggalan'



NEYMAR mengalami kecederaan belakang pada Piala Dunia hingga menyebabkan dia terlepas sebahagian aksi Brazil, termasuk ketika pasukan itu dimalukan 7-1 oleh Jerman di separuh akhir.

RIO DE JANEIRO - Bintang penyerang Brazil, Neymar menegaskan, pasukannya sudah ketinggalan di belakang Jerman dan Sepanyol, dan mereka perlu berani untuk mengakui hakikat itu.

"Saya fikir bola sepak Brazil sudah ketinggalan.

"Kami di belakang Jerman dan Sepanyol.

"Kami tergelincir di belakang dan kami perlu menjadi lelaki yang sejati untuk mengakuinya," kata Neymar.

Neymar bagaimanapun menegaskan, mereka sudah berusaha keras untuk menjuarai Piala Dunia tetapi negara lain menunjukkan peningkatan dan mengatasi mereka.

Dalam temu bual eksklusif dengan televisyen Globo semalam, bintang penyerang berusia 22 tahun itu berkata, dia dan pasukannya berhak diberi tujuh daripada 10 markah penuh atas persembahan mereka.

Kempen Brazil berakhir dengan kehancuran bermula dengan kekalahan memalukan 1-7 kepada Jerman di separuh akhir, sebelum diaibkan 0-3 oleh Belanda pada penenetuan tempat ketiga.

"Tiada kesilapan tertentu yang dilakukan oleh Selecao. Saya bukan seorang yang memahami banyak tentang taktik," katanya lagi ketika ditanya posisi yang wajar diperbaiki mereka selepas tamat Piala Dunia.

Dalam dua perlawanan yang memalukan itu, Neymar terpaksa menjadi penonton selepas mengalami keretakan tulang belakang ketika suku akhir menentang Colombia.

Dia dihentak di belakang oleh Juan Zuniga dalam satu 'tindakan yang tiada kena-mengena dengan bola sepak' namun menerima permohonan maaf pemain Colombia itu.

"Saya mempunyai seorang pemimpin yang juga antara seorang jurulatih terbaik pernah dimiliki Brazil.

"Kami sentiasa berlatih. Kami memberikan segalanya," katanya lagi, yang menempak segala kritikan yang dilemparkan kepada skuad Selecao.

Kekalahan memalukan Brazil pada Piala Dunia kali ini turut mendorong kepada peletakan jawatan jurulatihnya, Luis Felipe Scolari sejurus tamat kejohanan.

Neymar enggan menyalahkan Scolari, jurulatih yang turut membawa Brazil dinobat sebagai juara dunia buat kaliu kelima pada 2002.

Namun, dia membayangkan bahawa apa yang berlaku ke atas pasukannya mungkin disebabkan kerana kebanyakan pemain mereka kurang menjalani latihan di negara sendiri berbanding Eropah.

"Anda banyak berlatih, tetapi kadangkala anda berlatih dengan keazaman yang kurang. Itulah yang mungkin terjadi dengan pemain-pemain Brazil," ujar bintang penyerang Barcelona itu lagi.

Neymar juga menegaskan Brazil terpaksa mengakui hakikat bahawa pasukan lain sudah maju meninggalkan negaranya.

Itu bermakna, Brazil tidak akan menerima laluan selesa seperti yang pernah dialami sebelum ini.

Brazil hari ini bersedia untuk melatih bekas jurulatih Dunga untuk menggantikan Scolari bagi bersedia pada kejohanan Selecao berikutnya, Copa America 2015 di Chile.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140722/sl_01/Selecao-sudah-ketinggalan#ixzz389ZwPG00  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 18 July 2014

5 gol paling cantik di Piala Dunia 2014

BINTANG Belanda, Robin van Persie menjaringkan salah satu gol paling menarik dalam Piala Dunia menerusi tandukan, dan penyerang Colombia, James Rodriguez merembat salah satu gol dengan gaya paling spektakular dalam kejohanan kali ini.

Berikut merupakan lima jaringan yang dianggap paling cantik dalam kejohanan Piala Dunia Brazil 2014 yang berakhir dengan Jerman muncul juara setelah menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir kelmarin.

ROBIN van Persie melayangkan badan untuk menanduk bola bagi mencipta 'gol ajaib' ketika Belanda bertemu Sepanyol dalam perlawanan peringkat Kumpulan B pada 13 Jun. - AFP

- ROBIN VAN PERSIE

Belanda lwn Sepanyol,

Kumpulan B

Salvador, 13 Jun
Gol 'ajaib' pertama Piala Dunia 2014, yang dipilih oleh kebanyakan pengulas sebagai gol terbaik. Dengan Belanda ketinggalan 1-0, Daley Blind membuat sepakan lintang ke kotak penalti. Van Persie mengagak arah bola dengan tepat, dan melayangkan badan untuk membuat tandukan lambung dan bola melepasi penjaga gol Iker Casillas dan memasuki gawang. Itu bukan sahaja salah satu gol tercantik kejohanan, malah menjadi pemangkin kepada kejayaan Belanda menewaskan Sepanyol 5-1.


TIM Cahill (kiri) merembat gol pertama pasukannya ketika bertemu Belanda dalam perlawanan peringkat Kumpulan B pada 18 Jun. - AFP

- TIM CAHILL

Australia lwn Belanda,

Kumpulan B

Porto Alegre, 18 Jun
Australia dianggap sukar untuk melepasi Kumpulan B, di mana lawan mereka pada pusingan pertama adalah Belanda, Sepanyol dan Chile. Walaupun mereka telah kalah seperti yang dijangkakan, penyerang veteran Tim Cahill memberi pasukannya satu detik kenangan pada kejohanan tersebut dengan menjaringkan gol yang hebat pada minit ke-21. Berlari untuk menyambut hantaran bola jauh, pemain berusia 34 tahun itu melepaskan rembatan voli yang menggerunkan dan bola terkena bahagian bawah palang lantas menerjah jaring.


LIONEL Messi (kanan) membuat sepakan lencong dari luar kotak penalti untuk menjaringkan gol kemenangan Argentina ketika bertemu Iran dalam perlawanan peringkat Kumpulan F pada 21 Jun lalu. - REUTERS

- LIONEL MESSI

Argentina lwn Iran, Kumpulan F

Belo Horizonte, 21 Jun
Iran kelihatan telah bertahan dengan cemerlang untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata ketika menentang pasukan kuat, Argentina. Malah pada satu ketika mereka mampu mendapatkan gol kemenangan. Tetapi ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, dan penyokong Argentina hampir terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan, Messi membuktikan kehebatannya untuk menjaringkan gol kemenangan. Menyambut bola di sudut kanan kotak penalti, dia menggelecek seorang pemain pertahanan dan menendang bola dengan kaki kiri yang menggegarkan jaring.


JAMES Rodriguez (kiri) melepaskan rembatan jarak jauh selepas mengawal bola dengan dadanya ketika bertemu Uruguay di pusingan kedua pada 28 Jun. - AFP

- JAMES RODRIGUEZ

Colombia lwn Uruguay,

pusingan kedua

Rio de Janeiro, 28 Jun
Pemain berusia 22 tahun Rodriguez telah memenangi hati peminat dengan kemahirannya ketika menyerang di peringkat kumpulan, di mana dia telah menjaringkan tiga gol. Tetapi dia meningkatkan taraf dirinya ke tahap lebih hebat apabila menjaringkan gol dengan cukup bergaya di Stadium Maracana sewaktu bertemu Uruguay di peringkat 16 pasukan terakhir. Menyambut bola dengan dadanya 22 meter dari gawang, pemain nombor 10 Colombia itu membiarkan bola dan kemudian melepaskan voli yang tidak mampu dihalang apabila bola meluru ke bawah palang gol dan memasuki jaring.


MARIO Goetze (kiri) membuat sepakan voli untuk menjaringkan gol kemenangan Jerman ketika bertemu Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Maracana, Rio de Janeiro kelmarin. - REUTERS

- MARIO GOETZE

Jerman lwn Argentina,

perlawanan akhir

Rio de Janeiro, 14 Julai
GOETZE bermula sebagai salah seorang pemain dalam kesebelasan utama pasukan dibimbing oleh Joachim Loew tetapi kemudiannya kehilangan tempat dalam skuad itu. Tetapi apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada penghujung perlawanan pemain berusia 22 tahun itu tidak mengecewakan. Andre Schuerrle membuat larian dan hantaran lintangnya telah disambut oleh Goetze dengan dadanya sebelum membuat rembatan voli untuk gol kemenangan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140716/sl_10/5-gol-paling-cantik-di-Piala-Dunia-2014#ixzz37mgWqrNS  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Presiden Argentina mengaku tidak minat bola sepak


LIONEL Messi (kiri) dan Alejandro Sabella (kanan) tersenyuan ketika menyaksikan Cristina Fernandez memberi ucapan pada majlis sambutan kepulangan skuad Argentina di Buenos Aires semalam. - REUTERS

BUENOS AIRES - Presiden Argentina, Cristina Fernandez mengaku tidak menonton skuad La Albiceleste beraksi sepanjang Piala Dunia di Brazil yang tamat kelmarin.

Sehari selepas tamat kejohanan tersebut yang menyaksikan Argentina kalah 0-1 kepada Jerman dalam perlawanan akhir, Fernandez menyambut ketibaan para pemain yang sedang berduka itu dengan pelukan untuk menenangkan mereka.

Fernandez telah menolak pelawaan Presiden Brazil, Dilma Rousseff untuk menghadiri perlawanan akhir dengan memberi alasan sakit tekak, manakala Chancelor Jerman, Angela Merkel berada di stadium dan begitu seronok menyambut gol kemenangan Jerman.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Fernandez yang diiringi Lionel Messi serta rakan sepasukannya telah berkata: "Seperti yang awak tahu, saya bukanlah peminat bola sepak. Saya tidak menonton satu perlawanan pun, termasuk aksi final semalam (kelmarin)."

Katanya lagi, beliau turut membuat panggilan kepada jurulatih pasukan, Alejandro Sabella selepas tamat perlawanan kerana berasakan mereka seolah-olah telah menang.

Walaupun kenyataannya itu tidak mengejutkan orang ramai kerana mengetahui Fernandez tidak meminati sukan itu, tetapi beliau dilihat gagal mendekatkan diri dengan rakyat yang begitu obses dengan bola sepak serta bersedih terhadap kekalahan pasukan mereka.

Seorang penganalisis politik, Felipe Noguera menganggap Fernandez, yang tidak boleh bertanding dalam pilihan raya tahun depan, gagal untuk menyelami perasaan rakyat Argentina yang sedang terluka akibat kekalahan pasukan mereka dalam final Piala Dunia.

"Kenyataannya itu hanya menunjukkan yang beliau hidup dalam dunia sendiri. Bulan ini merupakan sangat positif untuk negara ini, tetapi kelihatan beliau tidak bersama dalam hal tersebut," katanya.

Sementara itu, seorang penyokong Argentina memuat naik luahan hatinya di Twitter serta mengutuk kenyataan Fernandez.

"Terdapat kemiskinan, beliau tidak nampak. Terdapat keadaan tidak selamat, beliau tidak nampak. Argentina layak ke final, beliau tidak nampak. CFK adalah wanita yang buta," kata seorang pengguna Twitter yang diajukan kepada Fernandez. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140716/sl_03/Presiden-Argentina-mengaku-tidak-minat-bola-sepak#ixzz37mcuF2Sf  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Kepulangan Jerman disambut ribuan peminat


PARA peminat berasak-asak untuk menyambut dan mengambil gambar pemain-pemain Jerman yang dibawa ke tengah Berlin dengan menaiki bas untuk majlis sambutan kepulangan mereka dari Brazil dan kejayaan menjadi juara Piala Dunia setelah menumpaskan Argentina, semalam. - REUTERS

BERLIN - Lebih 250,000 penyokong berkumpul di Gerbang Brandenburg untuk menyambut kepulangan juara Piala Dunia 2014 - skuad Die Mannschaft membawa pulang trofi tersebut buat kali pertama untuk Jerman sejak negara itu bersatu.

Para penyokong mula memenuhi tengah Berlin sebelum subuh dan mereka yang mengibarkan bendera kemudiannya memberikan tepukan gemuruh setelah skrin besar menunjukkan kapal terbang yang membawa pemain Jerman dari Rio de Janeiro mendarat di lapangan terbang Tegel.

Ketua pasukan, Philipp Lahm adalah pemain pertama yang muncul di pintu kapal terbang tersebut sambil mengangkat trofi Piala Dunia dengan satu tangan ke arah penyokong yang memberikan tepukan gemuruh.

Pemain tengah, Bastian Schweinsteiger dengan bendera Jerman di bahunya mengikuti Lahm turun dari kapal terbang dan petugas lapangan terbang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar wira mereka menggunakan telefon bimbit.

"Ini merupakan majlis yang bersejarah," kata seorang pemandu bas, Bernd Hesse, 34, yang dapat mengikuti semula perlawanan di Brazil menerusi radio ketika memandu.

Dia mengingatkan bahawa peminat Jerman telah menanti untuk meraikan kegembiraan menjadi juara Piala Dunia selama 24 tahun, yang pertama sejak Jerman bersatu setelah sebelum ini Jerman Barat menang sebanyak tiga kali.

Seorang eksekutif pengiklanan, Lydia Lampa yang memakai jersi Jerman dengan empat bintang sambil menghiaskan bunga plastik gaya Hawaii pula berkata, situasi sebegitu jarang berlaku dan dia tidak terlepas daripada menonton kesemua perlawanan pasukannya sepanjang kejohanan berlangsung.

"Ini merupakan cara saya berterima kasih kepada mereka (Jerman). Kesemua perlawanan adalah amat menarik dan saya mahu melihat kesemua pemain sekurang-kurangnya sekali dalam hidup saya.

"Saya mempunyai firasat baik sejak bermulanya kejohanan tersebut dan saya fikir, 'OK, kali ini kami akan memenanginya'," katanya.

Para pemain menaiki sebuah bas berwarna hitam untuk dibawa ke tengah Berlin.

Selepas bertemu dengan Datuk Bandar, Klaus Wowereit, mereka mengambil tempat di pentas gergasi di Gerbang Brandenburg, iaitu simbol penyatuan Jerman sejak Jerman Barat dan JermanTimur menamatkan perang dingin sesama mereka pada 1990.

Itu merupakan tahun terakhir Jerman Barat menjuarai kejohanan tersebut dan kemenangan 1-0 Jerman ke atas Argentina dalam perlawanan akhir kelmarin menjadi sejarah buat negara itu yang mewakili barat dan timur yang sebelumnya dikuasai komunis untuk membawa pulang trofi kejuaraan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140716/sl_02/Kepulangan-Jerman-disambut-ribuan-peminat#ixzz37mboXEnF  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Blatter terkejut


LIONEL Messi (kanan) yang menerima anugerah Bola Emas kelihatan tidak begitu gembira ketika bersalam dengan pemenang Sarung Tangan Emas iaitu penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada majlis penyampaian hadiah selepas tamat perlawanan akhir di Rio de Janeiro kelmarin. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Sepp Blatter dan Diego Maradona mengaku mereka terkejut melihat Lionel Messi terpilih sebagai pemain terbaik Piala Dunia.

Messi menerima anugerah berprestij Bola Emas kelmarin, selepas Argentina kalah kepada Jerman dalam perlawanan akhir Piala Dunia. Messi menjaringkan empat gol pada peringkat kumpulan, tetapi selain daripada prestasi bagi pada babak pertama menentang Belgium, bintang Barcelona itu gagal untuk menyerlah dalam persaingan peringkat kalah mati.

Ketua pasukan Argentina itu melepaskan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua di Maracana, membuat sepakan yang jauh tersasar dari pintu gol.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Blatter mengaku terkejut apabila kumpulan kajian teknikal FIFA memberikan ketua Argentina anugerah tersebut, menurut uk.eurosport.com.

"Saya sendiri agak terkejut melihat Messi menaiki pentas dan untuk menerima anugerah pemain terbaik Piala Dunia," katanya, yang menyampaikan anugerah-anugerah selepas perlawanan akhir.

Pemain Belanda, Arjen Robben; penyerang Colombia, James Rodriguez dan pemenang Piala Dunia, Thomas Mueller adalah antara calon untuk mendapat anugerah tersebut.

Blatter percaya, kemahiran Messi pada awal kejohanan yang menyebabkan pemain itu terpilih, apabila dia menjaringkan gol-gol penting ketika bertemu Bosnia-Herzegovina, Iran dan Nigeria.

"Kalau dibandingkan dari awal kejohanan dan kenapa akhirnya Argentina layak ke final, mereka sangat mantap dan saya rasa keputusan (pemilihan Messi) berdasarkan itu," jelas Blatter.

Maradona juga memenangi anugerah yang sama pada tahun 1986, tetapi tidak seperti rakan senegaranya, dia meninggalkan kejohanan tersebut dengan pingat emas Piala Dunia di lehernya.

Bekas ketua pasukan Argentina itu berasa Messi tidak layak memenangi anugerah tersebut.

"Saya akan memberikan langit dan bumi kepada Leo, tetapi apabila orang pemasaran mahukannya memenangi sesuatu yang dia tidak layak untuk menang, itu tidak adil," kata Maradona.

"Saya boleh nampak yang dia tidak mahu mengambil anugerah tersebut," tambahnya.

Maradona betul. Messi tidak berapa peduli dengan anugerah Bola Emas tersebut - seperti yang diakuinya selepas perlawanan.

"Dalam keadaan sekarang, hadiah ini tidak memberi makna langsung kepada saya," kata Messi.

Beberapa minit sebelum itu Messi menyaksikan Mario Goetze menjaringkan gol pada minit ke-113 untuk membantu Jerman menundukkan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir.

"Kami mahu membawa pulang piala dan meraikannya bersama semua orang Argentina.

"Amat menyakitkan apabila kalah sebegitu kerana kami hampir ke penalti penentuan," katanya.

Bukan Messi sahaja pemain yang terlepas peluang baik di Maracana kelmarin. Gonzalo Higuain mensia-siakan peluang yang amat mudah untuk disudahkan pada babak pertama masa sebenar manakala Rodrigo Palacio pula terlepas peluang untuk menjaringkan gol pada masa kecederaan.

Messi berharap sama ada dia atau salah seorang rakan sepasukannya akan menemui sasaran.

"Mereka menguasai bola, tetapi kami mempunyai banyak peluang. Saya rasa pada akhirnya kami tidak mendapatkan tuah yang kami perlukan. Peluang yang kami cipta sungguh terbuka.

"Kami mendapat tiga peluang yang bagus - saya, Higuain dan Rodrigo, tetapi kami tidak dapat menyempurnakannya," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140716/sl_01/Blatter-terkejut#ixzz37ma7JuTA  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Ozil tak beri sumbangan kepada Palestin


Mesut Ozil

LONDON - Khabar yang tersebar mengatakan bintang tengah Jerman, Mesut Ozil menderma 350,000 pound (RM 1.9 juta) kepada mangsa keganasan di Gaza adalah tidak benar, sebaliknya dia menyalurkan bantuan untuk kos pembedahan 23 kanak-kanak di Brazil.

Perkara itu disahkan oleh ejen pemain tersebut, Rob Harris dalam satu kenyataan semalam.

"Dakwaan bahawa Mesut Ozil menderma kepada Gaza tidak benar.

"Mungkin pada masa akan datang siapa tahu? Tetapi pada waktu ini dia hanya menderma untuk kanak-anak di Brazil," kata Harris.

"Bersempena kejohanan #Piala Dunia saya menanggung yuran pembedahan 11 pesakit kanak-kanak di Brazil.

"Sejak menjuarai #Piala Dunia saya meningkatkan jumlah itu kepada 23," kata Ozil menerusi Facebook.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, kejayaan muncul juara dunia buat kali keempat menyaksikan Jerman merampas ranking No. 1 dunia buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Argentina yang tewas 0-1 kepada Jerman dalam aksi final, berada di tangga kedua, manakala Sepanyol jatuh tujuh anak tangga ke kedudukan kelapan dunia.

England, yang turut tersingkir di pusingan pertama mengalami kejatuhan terburuk dalam tempoh 18 tahun apabila berada di tangga ke-20 dari kedudukan 10, sebelum Piala Dunia bermula. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140718/sl_03/Ozil-tak-beri-sumbangan-kepada-Palestin#ixzz37mJZqpzP  © Utusan Melayu (M) Bhd 






Thursday, 17 July 2014

WORLD CUP 2014 - WAGs Jerman kongsi kegembiraan


TEMAN wanita pemain skuad Jerman memberikan gaya tersendiri di hadapan lensa kamera selepas Jerman muncul juara Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, semalam. - AFP

RIO DE JANEIRO - Sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia 2014 berlangsung dapat dilihat lebih ramai penyokong Argentina membanjiri Stadium Maracana namun tetap tidak dapat mengatasi keistimewaan diperoleh isteri dan teman wanita (WAG) pemain Jerman yang dibenarkan memasuki padang untuk sama-sama meraikan kemenangan skuad bimbingan Loew Joachim selepas tamat perlawanan semalam.

Selepas Jerman mengesahkan kemenangan pada perlawanan akhir tersebut para isteri dan teman wanita mereka terus berlari ke padang bagi mengucapkan tahniah kepada pasangan masing-masing.

Bagi teman wanita Andre Schurrle, Montana Yorke dapat sama-sama meraikan kemenangan Jerman adalah satu saat yang cukup indah buatnya.

"Ini adalah saat yang paling indah dalam hidup saya. Saya menangis kerana sangat gembira dengan pencapaian pasukan Jerman," kata Yorke.

Schurrle yang memulakan gerakan untuk gol kemenangan Jerman pada masa tambahan memberitahu kejuaraan tersebut adalah mimpi indah buat dirinya.

"Kami selalu mengimpikan untuk menjadi juara dan kali ini kami berjaya meraihnya.

"Kami juga memandang ke hadapan untuk meraikan kejuaraan ini bersama penyokong kami di Berlin nanti," kata Schurrle. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_11/WAGs-Jerman-kongsi-kegembiraan#ixzz37iQuwZ17  © Utusan Melayu (M) Bhd 





WORLD CUP 2014 - Rodriguez mahu sertai Real Madrid


JAMES Rodriguez muncul antara pemain terbaik dalam Piala Dunia dan kini menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan Monaco dan menyertai Real Madrid yang menjadi impiannya sejak kecil.

MADRID - Bintang Colombia, James Rodriguez mengesahkan kedudukannya selaku pemain yang menonjol di Piala Dunia dan Real Madrid dikatakan bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan pemain Colombia itu.

"Saya sememangnya menanti peluang untuk beraksi bersama Real Madrid," kata pemain Monaco itu kepada media tempatan, Daily Marca pada hari dia menjaringkan gol keenam, sekali gus melayakkannya menerima anugerah Kasut Emas di Piala Dunia.

"Ini merupakan impian saya dan sekarang benar-benar berlaku dan saya mahu menikmatinya," tambah pemain yang menyambut hari lahir ke-23 pada Sabtu lalu.

Colombia tersingkir pada peringkat suku akhir ketika bertemu Brazil selepas tewas 2-1. Pemain Jerman, Thomas Mueller atau bintang Argentina, Lionel Messi gagal merebut kasut emas selepas tidak menjaringkan gol dalam perlawanan akhir semalam yang berlanjutan ke masa tambahan.

Mueller berada berada di tempat kedua, kurang satu gol berbanding Rodriguez manakala Messi, Neymar dan penye­rang Belanda, Robin van Persie masing-masing menduduki tempat ketiga selepas menjaringkan empat gol.

"Terima kasih kepada sokongan yang telah anda berikan dan juga kepada rakan sepasukan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan saya," kata Rodriguez menerusi akaun Twitter miliknya.

Presiden Colombia, Juan Manuel Santos dan rakan seperjuangan Rodriguez tidak putus-putus mengucapkan tahniah atas kejayaan pemain itu.

Penyerang Monaco itu, yang menggantikan Radamel Falcao yang cedera, turut menjaringkan gol dalam saingan suku akhir ketika tewas 2-1 di tangan Brazil.

Dia menjaringkan dua gol ketika menentang Uruguay di pusingan kedua dan menghasilkan tiga gol di peringkat kumpulan ketika bertemu Ivory Coast, Greece dan Jepun.

Menurut Daily Marca, Presi­den Real Madrid, Florentino Perez sudah berbincang bersama rakan sejawatannya, Dimitry Rubolovlev bagi mendapatkan khidmat Rodriguez.

Tambah akhbar itu lagi Real bersedia membayar 85 juta euro (RM368 juta) iaitu dua kali lebih tinggi sewaktu pemain itu berpindah dari Porto ke Monaco dengan yuran sebanyak 45 juta euro (RM194 juta). - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_10/Rodriguez-mahu-sertai-Real-Madrid#ixzz37iPwsVSt  © Utusan Melayu (M) Bhd


WORLD CUP 2014 - 'Kekalahan ini kekal dalam ingatan'


TONGGAK tengah, Javier Mascherano antara pemain yang paling menyerlah dalam skuad Argentina selain Lionel Messi sepanjang Piala Dunia berlangsung dengan prestasi konsisten sejak awal kempen.

RIO DE JANEIRO - Pemain tengah Argentina, Javier Mascherano menyifatkan kekalahan pada perlawanan akhir Piala Dunia dalam masa tambahan di tangan Jerman akan dikenang selamanya.

"Malangnya kesakitan itu akan sentiasa ada bersama kerana kami memiliki peluang untuk memenangi­nya," kata pemain tengah Barcelona itu selepas pasukannya kalah 1-0 di tangan Jerman di sini," katanya.

Argentina bermain di masa tambahan sebanyak tiga kali daripada empat perlawanan mereka dan hanya mempunyai masa sehari untuk berehat sebelum menghadapi final berbanding Jerman selepas terpaksa bermati-matian dalam penentuan sepakan penalti ketika bertemu Belanda di separuh akhir.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata mereka berada dalam kepenatan pada babak kedua di masa tambahan selepas Mario Goetze menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki tujuh minit.

"Sukar untuk dijelaskan kerana ia (gol) terlepas daripada kami di saat akhir malah kami telah berusaha sehabis baik serta memiliki beberapa peluang terbaik sehingga kami kehabisan tenaga.

"Kesakitan itu amat dirasai ke­rana kami mahu membawa pulang trofi Piala Dunia ke Argentina namun gagal. Kami pulang dengan tangan kosong, sedangkan kami telah berikan yang terbaik dan kami meminta maaf kepada peminat yang sanggup hadir malah yang berada di kampung halaman," kata bekas pemain Liverpool itu.

Mascherano merupakan antara sepuluh pemain terbaik dalam kejohanan tersebut selepas aksinya mencuri tumpuan namun dia menegaskan dia lebih berbangga sekiranya menjadi sebahagian daripada pasukan membantu Argentina menjulang trofi buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun.

"Bola sepak bergerak dalam satu pasukan dan bukannya secara individu.

"Kami menjalankan tugas kami dengan baik malah kami memberikan yang terbaik malangnya nasib tidak menyebelahi kami di perlawanan akhir," ujarnya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_09/Kekalahan-ini-kekal-dalam-ingatan#ixzz37iPB1GrE  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Kontrak Scolari bersama CBF tidak disambung




RIO DE JANEIRO - Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) semalam mengumumkan bahawa mereka tidak akan memperbaharui kontrak jurulatih, Luiz Felipe Scolari.

Perkara tersebut didedahkan oleh media tempatan beberapa jam selepas Jerman berjaya menewaskan Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Sebelum ini Scolari memberi­tahu dia menyerahkan kepada CBF untuk menentukan nasibnya bersama skuad Brazil selepas tewas kepada Belanda dalam perlawanan merebut tempat ketiga pada Sabtu lalu.

Sebelum itu, mereka dimalukan Jerman dengan kekalahan 7-1 di separuh akhir Selasa lalu. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_08/Kontrak-Scolari-bersama-CBF-tidak-disambung#ixzz37iORL500  © Utusan Melayu (M) Bhd 


WORLD CUP 2014 - Lebam dan luka Schweinsteiger berbaloi


BASTIAN Schweinsteiger kelihatan begitu puas dapat mencium Piala Dunia setelah berhempas pulas dan mengalami kecederaan, termasuk luka di sebelah kanan muka dalam perlawanan akhir menentang Argentina semalam. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Berdarah dan lebam, itulah pengorbanan yang dilakukan oleh Bastian Schweinsteiger demi peminat setia Jerman selepas menyaksikan detik bersejarah apabila menjadi pasukan Eropah pertama menjulang Piala Dunia di Amerika Selatan.

Jerman berjaya menuntut gela­ran mereka yang keempat selepas pemain gantian, Mario Goetze menjaringkan gol kemenagan pada minit ke-113 ketika mengecewakan Argentina 1-0 di Stadium Maracana.

Pemain tengah, Schweinsteiger berkata, kata-kata sokongan yang diberikan oleh peminat setia menjadi pemangkin kepada pasukannya dalam memburu gelaran tersebut.

"Kami menikmati setiap detik tersebut kerana ia sukar dipercayai," katanya yang berjaya merangkul gelaran juara Piala Dunia buat kali pertama selepas sedekad beraksi bersama skuad Die Mannschaft.

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Jerman kerana sokongan yang diberikan kerana kami dapat rasakan bahawa kalian sentiasa ber­ada di belakang kami.

"Ia merupakan persembahan di luar jangkaan namun bagaimana dia (Goetze) melakukannya adalah sesuatu yang saya sendiri tidak pernah alami.

"Ia memberikan kami kekuatan dan disebabkan itu kami memena­ngi Piala Dunia," katanya.

Terdapat beberapa pergelutan di antara bintang Bayern Munich, Scweinsteiger bersama pemain tengah Argentina, Lucas Biglia dan Javier Mascherano sehingga mencederakannya.

Dia kelihatan menukar posisi sebanyak dua kali dengan menjadi pemain tengah pertahanan apabila Sami Khedira mengalami kecede­raan di paha manakala Christoph Kramer terpaksa dikeluarkan pada minit ke-31 selepas cedera di kepala.

Schweinsteiger kelihatan menahan kesakitan di pergelangan kaki kirinya selepas menerima terjahan keras dari belakang pada minit ke-102 oleh Mascherano.

Kemudian dia sekali lagi menerima terjahan daripada Biglia dan Mascherano.

Bintang Bayern Munich itu me­nerima rawatan di mukanya selepas bergelut untuk mendapatkan bola bersama penyerang Manchester City, Sergio Aguero pada minit ke-110.

Sebelum itu, pemain berusia berusia 29 tahun itu menjalani dua pembedahan dan menderita akibat tendinitis di bahagian lutut pada penghujung musim, bermakna dia akan menghadapi kesukaran di Piala Dunia namun dengan beraksi cemerlang ketika menjadi pemain gantian semasa seri 2-2 bersama Ghana dalam perlawanan peringkat Kumpulan G telah memberinya peluang untuk terus bermain. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_07/Lebam-dan-luka-Schweinsteiger-berbaloi#ixzz37iNf9GOB  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Penyokong Argentina merusuh di Buenos Aires


PENYOKONG Argentina bertindak ganas sewaktu pihak polis cuba meleraikan rusuhan mereka selepas pasukan Argentina tewas kepada Jerman pada aksi akhir Piala Dunia 2014 di Buenos Aires, semalam. - REUTERS

BUENOS AIRES - Para penyokong Argentina diselubungi perasaan sedih, gembira dan keganasan selepas impian mereka untuk merangkul Piala Dunia buat kali ketiga tidak kesampaian sehingga mencetuskan pertembungan di antara samseng bola sepak dan polis.Lebih 10,000 penyokong membanjiri kawasan tugu Obelisk di Buenos Aires untuk meraikan kejayaan, mengibarkan bendera, membakar bunga api dan menyanyikan lagu yang memuji wira mereka, Lionel Messi dan pasukan Argentina.

Meskipun tewas 1-0 kepada Jerman menerusi jaringan pada masa tambahan, penyokong muda Argentina bertindak memanjat lampu isyarat dan hentian bas, menari dan menyanyi mengikut rentak gendang.

Selepas beberapa jam berpesta, sekumpulan penyokong yang dikenali sebagai 'barrabravas' di Argentina bertindak membaling objek tumpul untuk mencetuskan huru-hara. Polis yang melihat kejadian itu melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan meriam air.

Kejadian itu menyebabkan keluarga yang memiliki anak kecil berlari mendapatkan perlindungan di dalam restoran dan lobi hotel.

Kebanyakan mereka bersurai selepas gas pemedih masa dilepaskan di kawasan itu, meninggalkan sebahagian kecil penyokong yang terus bertindak melancarkan provokasi terhadap pihak polis.

Setakat ini sebanyak lapan anggota polis dilaporkan cedera manakala 40 ditahan. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_06/Penyokong-Argentina-merusuh-di-Buenos-Aires#ixzz37iMtfLyO  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - 'Super Mario' bangga bawa kemenangan Jerman


PENYERANG Jerman, Mario Goetze meraikan kejayaan pasukannya muncul juara Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Argentina 1-0 pada aksi perlawanan akhir di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, semalam. - AFP

RIO DE JANEIRO - Penjaring gol kemenangan Jerman, Mario Goetze berkata, jaringannya dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 semalam menghasilkan kegembiraan yang sukar digambarkan.

Ini kerana musim ini sangat sukar bagi dirinya selepas berhijrah ke Bayern Munich.

Jaringan pemain berusia 22 tahun itu, yang memanfaatkan umpanan Andre Schuerrle pada minit ke-113 membolehkan Jerman menjulang Piala Dunia 2014, dan mengecewakan Lionel Messi dan barisan pemain Argentina.

"Perasaan yang sukar untuk digambarkan. Saya tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan perasaan ini. Awak telah menjaringkan gol yang awak sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.

"Sudah tentu kemenangan ini akan diraikan oleh pasukan ini dan negara kami. Ini bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan terutama apabila memenangi Piala Dunia di Brazil," kata Goetze.

Goetze yang dimasukkan bagi menggantikan penyerang veteran, Miroslav Klose pada minit ke-88 ternyata tidak mengecewakan kerana kehadirannya memberikan impak besar di bahagian jentera serangan Jerman.

Lebih manis sumbangan gol kemenangan Goetze itu juga menjadikan Jerman sebagai pasukan Eropah pertama memenangi Piala Dunia di benua Amerika Selatan.

Malah penyerang Bayern itu kini meletakkan namanya sebaris dengan Gerd Mueller yang digelar sebagai 'Der Bomber' berikutan jaringannya yang membantu Jerman meraih kejuaraan Piala Dunia.

Mueller turut melakukan perkara sama apabila jaringan tunggalnya membolehkan Jerman Barat menang Piala Dunia pada 1974 di Munich. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_05/Super-Mario-bangga-bawa-kemenangan-Jerman#ixzz37iM2umfs  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Argentina sia-siakan peluang


ALEJANDRO Sabella (kiri) bersalam dengan jurulatih Jerman, Joachim Loew selepas Jerman memenangi perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Maracana, Rio de Janeiro semalam. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella kesal kerana anak-anak buahnya melepaskan banyak peluang yang menyebabkan mereka terlepas Piala Dunia kepada Jerman semalam.

Gonzalo Higuain melepaskan peluang untuk menjaringkan gol pada masa separuh pertama, manakala Lionel Messi mensia-siakan peluang pada awal babak kedua.

Sebaliknya Jerman, yang lebih banyak bola, menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan melalui Mario Goetze.

"Ia adalah perlawanan yang seimbang. Mereka lebih menguasai bola, tetapi kami lebih teratur dan mendapat lebih peluang.

"Apabila terdapat peluang yang sangat seimbang, awak perlu mengambilnya. Kami gagal di situ," kata Sabella.

Bagaimanapun Sabella tetap memuji pemain-pemainnya yang perlu memulihkan diri dengan cepat setelah mengharungi perlawanan yang sangat meletihkan dengan Belanda pada separuh akhir.

"Kami bermain sebelum ini hingga ke masa tambahan, saya hanya boleh mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain saya. Apa yang mereka telah lakukan adalah sangat luar biasa dan kami juga mengucapkan tahniah kepada Jerman," katanya.

Argentina gagal memenangi Piala Dunia sejak kali terakhir merangkul kejuaraan pada 1986, tetapi walaupun mereka mempunyai kekurangan, Sabella berkata mereka telah membuat yang terbaik untuk menang.

"Kekalahan ini sangat pahit. Kami mempunyai pasukan hebat yang mara ke perlawanan akhir dan sememangnya kami mahu menang. Untuk menjadi sempurna, kami perlu lebih cekap.

"Mereka (pemain-pemainnya) merupakan pahlawan tapi dari segi bola sepak. Saya ucapkan tahniah kepada mereka, kerana tiada apa lagi yang boleh dilakukan," katanya lagi. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_04/Argentina-sia-siakan-peluang#ixzz37iKCmHye  © Utusan Melayu (M) Bhd 



WORLD CUP 2014 - Mario Goetze pemain ajaib - Loew


PEMAIN Jerman Mario Goetze menjaringkan gol kemenangan menewaskan penjaga gol Argentina, Sergio Romero pada aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, semalam. - REUTERS

RIO DE JANEIRO - Joachim Loew mendedahkan bahawa dia memberitahu Mario Goetze agar membuktikan dirinya lebih baik berbanding Lionel Messi sebelum budak ajaib Jerman itu meledakkan gol kemenangan pada masa tambahan perlawanan akhir Piala Dunia semalam.

Goetze yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol memukau pada minit ke-113 untuk membantu Jerman menewaskan Argentina 1-0 di Stadium Maracana, Rio de Janeiro.

"Saya beritahu Mario Goetze, masuk ke padang, dan buktikan kepada dunia awak lebih baik berbanding Messi. Goetze adalah budak ajaib, dia amat menakjubkan kerana berkebolehan beraksi dalam pelbagai posisi, dia juga merupakan pemain yang mampu membawa kelainan, dan telah membuktikan dengan apa yang dilakukannya hari ini (semalam)," kata Loew.

Jurulatih Jerman itu menikmati kemenangan bersejarah skuad bimbingannya yang turut mencatat rekod sebagai pasukan Eropah pertama berbuat demikian di benua Amerika Selatan. Kejayaan tersebut akhirnya dijelmakan selepas empat kali mencuba dalam pertandingan besar itu sejak 2006.

"Kami bersama selama 55 hari, kami telah memulakan projek ini sejak beberapa tahun lalu, dan kemenangan ini merupakan kemuncak kepada hasil kerja keras selama ini. Kami berjaya memperbaiki persembahan kami, dan yakin setelah bertungkus lumus melakukannya.

"Pasukan ini sememangnya layak untuk merangkul kejuaraan ini dengan adanya pemain-pemain seperti Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger, Lukas Podolski dan Per Mertesacker. Kami telah beberapa kali dikecewakan sebelum ini, walaupun kami mempamerkan permainan yang baik.

"Saya rasa kami telah memberikan aksi terbaik dalam kesemua tujuh perlawanan yang membabitkan kami di sini," kata Loew.

Loew berkata, kejayaan skuad bimbingannya dalam pertandingan itu adalah berkat semangat berpasukan yang ditunjukkan anak-anak buahnya.

"Pasukan ini telah menunjukkan semangat berpasukan yang luar biasa, dan kekuatan mental yang sangat hebat. Kami berbangga menjadi pasukan Eropah pertama memenangi gelaran di Amerika Selatan. Brazil merupakan negara yang amat gemarkan bola sepak, dan atas faktor itu membuat kami berasa amat bangga.

"Kejayaan ini memberikan kami satu kegembiraan yang berkekalan selama-lamanya, pasukan ini telah diterajui oleh pemain yang hebat seperti Bastian Schweinsteiger di posisi tengah dan Philipp Lahm," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_03/Mario-Goetze-pemain-ajaib---Loew#ixzz37iIrBXGW  © Utusan Melayu (M) Bhd 







WORLD CUP 2014 - Messi kecewa gagal bantu Argentina


PENYERANG Argentina Lionel Messi menendang bola tepat ke arah penjaga gol Jerman Manuel Neuer semasa aksi perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, semalam. - AFP

RIO DE JANEIRO - Meskipun menerima anugerah Bola Emas namun ketua pasukan Argentina, Lionel Messi nyata kecewa selepas gagal membantu pasukannya untuk menjulang trofi Piala Dunia edisi kali ini.

Selepas wisel penamat dibunyikan di Stadium Maracana dengan pemain Jerman memenuhi dan bergembira di kawasan padang, Messi diumumkan selaku pemain terbaik kejohanan dan dia kemudiannya naik ke pentas untuk menerima hadiah dan memberikan senyuman yang kelihatan dipaksa-paksa.

"Sejujurnya, saya tidak begitu berminat dengan anugerah ini," katanya.

Pele, Zinedine Zidane dan Ronaldo sebelum ini menjaringkan gol sensasi di pentas akhir Piala Dunia manakala Diego Maradona mencipta gol dengan gaya tersendiri untuk menamatkan kejohanan 1986 tetapi Messi terpinggir menerusi jaringan sensasi Mario Goetze pada masa tambahan bagi memastikan Jerman muncul juara untuk kali keempat.

Dia sudah pasti akan dihantui rasa bersalah selepas gagal menyempurnakan peluang pada awal babak kedua apabila hanya perlu menewaskan penjaga gol, Manuel Neuer untuk mencipta jaringan tetapi percubaannya tersasar jauh.

Kini Messi mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang jaringan untuk kali pertama di bawah kendalian Alejandro Sabella.

"Ini merupakan kejohanan yang sukar dan memberikan tekanan kepada semua orang secara fizikal. Dia merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman," kata Sabella.

Sehingga kini Messi sudah menjaringkan 354 gol dalam 425 perlawanan bersama Barcelona dan kecemerlangan itu tidak dapat dinafikan tetapi kejayaan di pentas Piala Dunia yang didambakan semua pemain termasuk Messi.

"Saya sanggup berikan segala kejayaan peribadi saya untuk menjadi juara dunia. Saya lebih gembira untuk menang Piala Dunia berbanding Ballon d'Or.

"Sebagai pemain, menjuarai Piala Dunia adalah perkara terbesar. Itu merupakan impian setiap pemain sejak dari zaman remaja dan tidak pernah pudar," kata Messi kepada akhbar tabloid Jerman, Bild.

Ketika ribuan peminat Argentina di Stadium Maracana menantikan kejayaan pasukan mereka, Messi memperoleh peluang keemasan selepas menerima hantaran Lucas Biglia tetapi percubaannya ke bahagian kanan tersasar jauh.

Peluang terakhir Argentina muncul pada penguhujung masa tambahan, namun sepakan bebas Messi dari jarak 30 meter melewati palang, sekali gus memusnahkan impian pasukan dari Amerika Selatan itu.

Dia akan berusia 31 tahun apabila Piala Dunia berlangsung di Rusia dan mungkin tidak akan mendapat peluang lebih baik untuk memenanginya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140715/sl_02/Messi-kecewa-gagal-bantu-Argentina#ixzz37iHLOJrA  © Utusan Melayu (M) Bhd