Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label TPPA. Show all posts
Showing posts with label TPPA. Show all posts

Thursday, 28 January 2016

Malaysia sertai TPPA

28 Januari 2016 1:43 AM


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) setelah mendapat mandat Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam TPPA setelah mengadakan sidang khas selama dua hari mulai semalam.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan usul tersebut diluluskan setelah undi belah bahagian yang dijalankan mendapati sebanyak 127 Ahli Parlimen menyokong berbanding 84 orang yang membantah.

“Maka dengan yang demikian usul ini dipersetujukan,” katanya.

Sesi perbahasan bermula semalam dengan disertai oleh 12 wakil kerajaan dan 12 wakil pembangkang selepas pembentangan usul oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain Mustapa, penggulungan melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Nancy Shukri; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut hadir ketika sesi penggulungan dijalankan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-sertai-tppa-1.184304#sthash.NZP5DN1y.dpuf


Monday, 18 January 2016

Thursday, 26 November 2015

CELAH GELEGAR: MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?

CELAH GELEGAR: MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?: Boleh Ker Malaysia Dijual? Ramai Tak Tahu kan?  Ada pelbagai cara sebenarnya dan yang terbaru adalah melalui ekonomi seperti TPP A...

Wednesday, 4 November 2015

Isi kandungan TPPA 
dibentang dua minggu lagi


04 November 2015 1:27 AM


Ong Ka Chuan

MELAKA 3 Nov. – Kerajaan akan membentangkan isi kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada umum dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kesemua negara yang bakal menandatangi TPPA sedang meneliti perkara-perkara yang perlu disenarai sebagai rangka serta isi kandungan perjanjian tersebut.

Menurutnya, 12 negara terlibat termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura dan Thailand akan bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut namun sedang menanti keputusan serta persetujuan Malaysia.

“Sekiranya tiada sebarang kesilapan atau gangguan berkaitan isi kandungan perjanjian, ia akan didedahkan kepada orang ramai dalam tempoh dua minggu lagi.

“Pendedahan itu turut akan memberi penjelasan kepada rakyat negara ini malah negara-negara lain yang terlibat juga bakal melakukan perkara sama mengenai isi kandungan TPPA kepada rakyat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan rasmi ke pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Melaka di Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia negeri, Mohammad Reduan Mohd. Zabri.

Jelas Ka Chuan, walaupun Malaysia belum menandatangani perjanjian tersebut kerana ia perlu dibawa untuk dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu, beliau yakin negara akan menyertai TPPA.

Katanya, keyakinan itu adalah berasaskan dari segi kepentingan negara dan trend perdagangan dunia pada masa kini serta faedah yang mampu disumbangkan kepada ekonomi negara.

"Melalui perjanjian ini, kita akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dengan adanya pertumbuhan kilang-kilang dari negara anggota TPPA yang akan serta pasaran perdagangan bebas cukai menjangkau nilai USD800 juta," ujarnya.

Tambah beliau, TPPA juga merupakan satu kebaikan kepada para pengguna terutamanya yang ingin berurusniaga dengan pasaran negara terlibat tanpa sebarang halangan cukai mahupun Kastam malah turut mewujudkan persaingan sihat dalam industri.

"Negara tidak boleh dikecualikan dalam perkara ini (TPPA) kerana ini bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah dapat membawa masuk pelaburan langsung luar (FDI) ke dalam negara yang seterusnya memberi lebih faedah tambahan rakyat dan negara," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isi-kandungan-tppa-8232-dibentang-dua-minggu-lagi-1.154375#sthash.xvjBnFjw.dpuf

Monday, 12 October 2015

Wednesday, 7 October 2015

Malaysia masih belum tandatangan TPPA


07 Oktober 2015 1:20 AM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Malaysia masih belum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), dan penentuan sama ada negara bakal menyertai perjanjian itu hanya akan diputuskan oleh Ahli-ahli Parlimen.

MUSTAPA MOHAMED

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi laman sosial Facebook dan Twitternya hari ini, sebagai menjawab persoalan orang ramai mengenai persetujuan bersama yang telah dicapai oleh kesemua 12 negara TPPA terhadap kandungan perjanjian itu, semalam.

Kata beliau, kesemua 12 Menteri dari negara-negara terlibat iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam telah mencapai persetujuan terhadap pembentukan TPPA di Georgia, AS.

Jelas menteri itu lagi, dalam tempoh sebulan lagi kandungan perjanjian itu akan didedahkan kepada umum dan kandungan Analisis Kos Faedah (CBA) juga akan siap dan diumumkan.

“Kedua-dua (kandungan TPPA dan CBA) ini akan dibentangkan di Parlimen dalam dua bulan lagi. Parlimen akan membahaskan perkara ini dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak (untuk menyertai TPPA).

“Walaupun Parlimen setuju untuk sertai perjanjian ini, Malaysia masih ada tempoh selama dua tahun bagi mengesahkan penyertaan perjanjian ini dan boleh menolak TPPA dalam tempoh tersebut,” katanya.

Mustapa dalam kenyataannya semalam berkata, Malaysia berjaya meraih beberapa konsesi meng­untungkan dari negara-negara terlibat dalam TPPA pada perbincangan yang diadakan di AS yang berakhir semalam.

Katanya, pihak-pihak terlibat bersetuju untuk mengambil kira hampir semua kebimbangan dan sensitiviti Malaysia terutamanya dalam aspek-aspek kontrak kerajaan, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan isu-isu bumiputera.

Beliau menegaskan, Malaysia tidak akan terlibat dalam perjanjian tersebut jika ia melanggar Perlembagaan negara atau menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Malah katanya, sama ada Malaysia menandatangani TPPA (atau tidak) hanya akan diputuskan selepas perbincangan penuh dan meluas di dalam negara.

“Ahli-ahli parlimen akan membuat keputusan hendak setuju atau tolak TPPA apabila dibentang di Parlimen. TPPA masih belum ditandatangan lagi,” jelas beliau. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-masih-belum-tandatangan-tppa-1.143795#sthash.hHEWqd05.dpuf


TPPA dijangka tidak berkuat kuasa dalam dua tahun akan datang

07 Oktober 2015 1:20 AM


Rebecca

KUALA LUMPUR 6 Okt. – Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka tidak berkuat kuasa dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Setiausaha MITI, Tan Sri Dr. Rebecca Fatima Sta Maria, berkata teks perjanjian yang dipersetujui masih mempunyai beberapa peringkat sebelum pengesahan, yang termasuk paparan awam, pembentangan di Parlimen dan analisis manfaat kos.

“Setiap negara perlu kembali kepada negara masing-masing untuk mendapatkan kelulusan bagi penandatanganan dan seterusnya, pengesahan.

“Ia akan melalui proses yang panjang,” katanya kepada pemberita di luar Forum Megatrend Khazanah 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata kementerian berkenaan turut menunggu teks penuh tiba dan sebaik sahaja semuanya tersedia, ia akan dipaparkan kepada umum secepat mungkin.

“Tidak ada apa-apa yang hendak kami sembunyikan. Apa yang penting adalah kita perlu memastikan ia memberi manfaat kepada Malaysia,” katanya.

Beliau berkata keputusan untuk menandatangani atau mengesahkan perjanjian berkenaan terletak kepada Parlimen.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tppa-dijangka-tidak-berkuat-kuasa-dalam-dua-tahun-akan-datang-1.143809#sthash.z8nZ6gco.dpuf




Tuesday, 6 October 2015

Monday, 27 July 2015

Putra Merdeka: Menentang TPPA Adalah Jihad..!

Putra Merdeka: Menentang TPPA Adalah Jihad..!: PERJANJIAN  Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) tidak boleh dibiarkan ditandatangani oleh Malaysia kerana perjanjian itu tidak adil selain ia...