KUALA LUMPUR 13 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad
(gambar) menegaskan beliau tidak bimbang jika pembangkang menguasai
pentadbiran negara dalam pilihan raya umum akan datang. Namun, menurut bekas Perdana Menteri itu, apa yang menjadi kebimbangannya adalah beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.
''Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan telah berkata bahawa saya
bekerja keras untuk memastikan pembangkang tidak akan menang kerana amat
takut apabila itu berlaku, mereka akan bertindak terhadap semua 'salah
laku' saya ketika menjadi Perdana Menteri.
''Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa
seperti yang telah ditunjukkan oleh seorang pemimpin tertinggi
pembangkang yang menggunakan seorang pegawai kanan polis untuk
menakutkan Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda Ali supaya menarik balik
surat Ummi kepada saya,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam blognya, http://chedet.cc di sini hari ini.
Kit Siang baru-baru ini mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri keempat
itu khuatir jika pembangkang mengambil alih Putrajaya kerana skandal
kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya bakal didedahkan.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam laporan sebuah portal berita
berkata, dakwaan tersebut dibuat ekoran tindakan Dr. Mahathir yang
akhir-akhir ini semakin agresif mengeluarkan kenyataan keras mengkritik
pembangkang.
Jelas Dr. Mahathir, beliau selalu berhati-hati untuk tidak menyalah
guna kuasa yang ada sebagai Perdana Menteri dan turut berwaspada untuk
meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.
''Jika saya salah guna kuasa, pengkritik akan sangat teruja dan
mendedahkan serta memastikan saya disumbat di dalam penjara,'' tegasnya.
Beliau berkata, sejak bersara, beliau telah beberapa kali disoal siasat oleh polis dan pejabat Peguam Negara.
''Pihak anti rasuah (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kini
boleh siasat sama ada saya pernah menerima wang suapan atau sama ada
pernah mendapat faedah peribadi daripada mana-mana projek yang
dijalankan semasa menjadi Perdana Menteri," katanya.
''Saya tidak mengambil apa-apa yang bukan milik. Malah, saya sendiri
tidak membenarkan anak-anak menjalankan perniagaan dengan kerajaan atau
menjadi calon pilihan raya. Hanya selepas saya melepaskan jawatan, saya
membenarkan Mukhriz (Datuk Mukhriz Mahathir) bertanding,'' tegasnya.
KOMEN : DAP NI BUKAN ADA ISU APA PUN UNTUK PRU NANTI... NAK KATA ADA AGENDA UNTUK KEAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA TAK NAMPAK APA BENDANYA... JADI TERPAKSALAH USIK Dr. M SEBAB MARAH SOKONGAN RAKYAT PADA Dr. M MASIH KUAT... CUBAAN DAP UNTUK MENGULA-GULAKAN ORANG MELAYU TAK MENJADI... HANYA MELAYU PKR DAN PAS AJE YANG SANGGUP JADI KELDAIAN DAP...
No comments:
Post a Comment