Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label Pas. Show all posts
Showing posts with label Pas. Show all posts

Thursday, 1 October 2015

Tuesday, 15 September 2015

PKR tidak perlu jaga hati Pas?

15 September 2015 1:31 AM


Azmin Ali


SHAH ALAM 14 Sept. – PKR seolah-olah merasakan mereka tidak perlu menjaga hati sekutunya, Pas apabila memandang mudah polisi untuk ti­dak menerima ahli daripada parti lain dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan asalkan semua parti dalam pakatan pembangkang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

"Tidak apalah. Kita hormat-menghormati antara satu sama lain," jawabnya ringkas ketika ditemui dalam majlis peletakan batu asas projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar diminta mengulas kekecewaan Dewan Pemuda Pas berhubung tindakan PKR mengkhianati polisi ti­dak menerima ahli daripada parti rakan seperti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai Pas sebelum ini.

Kelmarin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib me­nyertai parti berkenaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pkr-tidak-perlu-jaga-hati-pas-1.136020#sthash.4dQdJKJr.dpuf

Tuesday, 25 August 2015

Semua wakil rakyat Pas perlu letak jawatan – Mat Sabu

25 Ogos 2015 1:12 AM


BUKIT MERTAJAM 24 Ogos – Semua wakil rakyat Pas sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu melepaskan jawatan masing-masing.

MOHAMAD SABU

Desakan itu dibuat Pengerusi Gerakan Ha­rapan Baru (GHB), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mendakwa kemenangan wakil rak­yat Pas berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah atas tiket pakatan pembangkang.

“Mereka (ahli Pas) yang sepatutnya meletak jawatan kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang yang turut disertai DAP dan PKR,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di sini malam tadi.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli Pas yang menyertai parti baharu termasuk GHB perlu meletakkan jawatan mereka kerana telah berbai’ah sewaktu menerima tawaran untuk bertanding menjadi wakil rakyat.

Dalam pada itu, Mat Sabu mendakwa, lebih ramai ahli Pas di seluruh negara akan meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB.

“Mereka secara berperingkat akan umum keluar Pas dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri,” katanya.

Terdahulu, dalam ceramahnya, Mat Sabu mendakwa, GHB merupakan parti sebenar yang memperjuangkan Islam dan bertindak sebagai reformis Islam. ( KITA SENYUM PAHIT AJELAH...)

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan Pas yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding de­ngan DAP dan PKR.

“Di negeri ini kita bagi bertanding di lima kerusi DUN tetapi menang satu sahaja berbanding PKR yang menang 10 kerusi manakala DAP paling cemerlang kerana menang di ke­semua 19 kerusi.

“Jadi, baki empat kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya akan digunakan GHB untuk bertanding,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/semua-wakil-rakyat-pas-perlu-letak-jawatan-8211-mat-sabu-1.128272#sthash.Kk06Xu1B.dpuf


Thursday, 20 August 2015

POLITIK : Pas Kota Raja lumpuh?

Ahli Parlimen, 183 pemimpin, ahli akan sertai GHB

ZABRY MOHAMAD
DAN ABDUL RAZAK IDRIS | 20 Ogos 2015 1:36 AM

KLANG 19 Ogos - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud hari ini mengumumkan peletakan semua jawatannya dalam Pas selepas merasakan beliau tidak lagi serasi dengan perjuangan serta corak kepemimpinan parti itu.

SITI MARIAH

Siti Mariah merupakan pemimpin Pas pertama yang mengumumkan secara rasmi meletakkan semua jawatan untuk menyertai parti baharu yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

Turut mengambil langkah sama adalah 183 pemimpin dan ahli Pas Kawasan Kota Raja, termasuk Yang Dipertuanya, Jaafar Shamsuddin dan timbalan, Norhalim Sirome.

Siti Mariah yang juga Naib Yang Dipertua Pas kawasan itu berkata, beliau akan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB) pada penghujung bulan ini.

“Saya masih ahli Pas, cuma apabila parti baharu didaftarkan nanti saya akan menyertainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Siti Mariah menambah, Pas kawasan tersebut juga tidak dibubarkan dan mereka yang meletakkan jawatan akan menyerahkan tugas secara rasmi kepada pihak yang bakal mengambil alih kepemimpinan.

Ditanya sama ada tindakannya itu mengkhianati pengundi, Siti Mariah menjelaskan, semasa dua pilihan raya umum yang lalu, rakyat memberikan sokongan kepada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (2008) dan Pakatan Rakyat (2013), bukannya Pas.

“Justeru, saya tidak khianati amanah rakyat. Dalam parti baharu nanti, saya juga akan masih meneruskan perjuangan Islam cuma pendekatan politiknya berbeza,” ujarnya.

Pada perkembangan berkaitan, Siti Mariah memberitahu, tindakan itu juga tidak melanggar bai'ah atau sumpah taat setia yang dilafazkan sebelum ini kerana perlembagaan parti itu sendiri membenarkan berbuat demikian.

Sementara itu, Penyelaras GHB Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, dua lagi ahli Parlimen di dari Pas di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama seperti Siti Mariah dalam tempoh terdekat iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Di Selangor, terdapat 22 ahli Parlimen terdiri daripada lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN), enam PKR, tujuh DAP dan empat Pas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-kota-raja-lumpuh-1.126383#sthash.ky4Vk659.dpuf


Friday, 14 August 2015

POLITIK : Tidak perlu risau soal keluar parti

14 Ogos 2015 1:41 AM


ABDUL HADI AWANG

KUALA TERENGGANU 13 Ogos – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa kumpulan ahli Pas di seluruh negara yang sejak kebelakang­an ini mula mengumumkan untuk keluar parti, sebagai satu proses ‘pembersihan’ yang berterusan.

Katanya, beliau tidak risau dengan gejala itu kerana masih ramai yang ingin menyertai parti itu walaupun dikatakan ramai pula yang dikatakan bercadang untuk ‘me­ninggalkan’ Pas atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan.

“Itu (tindakan keluar parti) adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Bila berlaku banjir... bah, pasir pun berubah. Kita tak risau. Ya, tak risau. Keahlian kita kini meningkat. Dalam masa sebulan yang lalu, kita telah me­nerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 (yang memohon keahlian) tapi belum diproses,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Badan Perhubungan Pas negeri di sini yang turut dihadiri oleh beberapa pimpinan Pas setempat termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat.

Sebelum ini, beberapa kumpulan ahli Pas di peringkat negeri dan cawangan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu termasuk Ketua Pemuda Pas kawasan Shah Alam, Helmi Radzuan dan 12 anggota jawatankuasanya yang meletakkan jawatan kerana mendakwa parti itu semakin ‘eksklusif’.

Turut melakukan perkara yang sama ialah 12 ahli Pas cawangan Je­lebu yang mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dengan keputusan pemilihan parti itu dalam Muktamar ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, Pas bersetuju mengambil bahagian dalam himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung penghujung bulan ini di Kuala Lumpur.

“Pas hantar wakil sahaja. Dua orang. Kita akan ada majlis sendiri yang kita akan buat kemudian,” katanya ketika ditanya mengenai jaminan yang boleh diberikan kepada mana-mana ahli Pas yang menyertai himpunan tersebut.

Abdul Hadi turut enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung Lantikan Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baharu yang akan dibuat pada 19 Oktober ini.

“Saya akan lihat senarai dulu. Insya-Allah, Parlimen akan bersidang pada 19 hari bulan ini,” jawabnya ringkas.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tidak-perlu-risau-soal-keluar-parti-1.124119#sthash.PkqKjpRU.dpuf

Wakil rakyat sokong GHB kekal dalam Pas? - HEBAT WAKIL PARTI DALAM PARTI

14 Ogos 2015 1:41 AM


MOHAMAD SABU

JERAI 13 Ogos – Gerakan Harapan Baru (GHB) pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu akan berusaha memastikan penubuhan parti baharu pada 31 Ogos ini tidak menjejaskan pemerintahan di tiga buah negeri yang dikuasai pembangkang.

Bagi mencapai matlamat itu, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu tidak menolak kemungkinan, ada dalam kalangan wakil rakyat yang menyokong GHB akan kekal di dalam Pas sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kenyataannya itu dilihat sedikit sebanyak memberi jawapan mengapa sehingga kini penyokong gerakan tersebut masih enggan meninggalkan Pas walaupun berkali-kali didesak berbuat demikian oleh pimpinan parti tersebut.

“Itu kita tengok keadaan (wakil rakyat kekal dalam Pas). Kita bagi pelbagai kategori... ada yang pro (GHB), ada yang berada lagi dalam parti.

“Terserah kepada individu itu. Tetapi keinginan mereka bersama GHB adalah amat tinggi,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Aidilfitri GHB Kedah di Batu 18, Guar Chempedak di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Raja yang juga Ketua Wanita GHB, Dr. Siti Mariah Mahmud, Pengerusi GHB Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh serta Pengerusi GHB Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim.

Ditanya berapa ramai wakil rak­yat Pas Kedah yang akan menyertai GHB, Mat Sabu mendakwa jumlahnya ramai dan ia tidak tertakluk di Kedah sahaja, malah di seluruh Malaysia.

“Ibarat membuka pintu ketika air bah. Depa (mereka) marah kepada kami ketika ini bukan kerana menubuhkan GHB, sebaliknya, di­sebabkan terlalu lama untuk menanti borang menyertai GHB.

“Masalah sentiasa ada tetapi boleh diselesaikan. Kita akan bincang supaya tidak jejaskan kerajaan di Kelantan dan Selangor sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang,” ujarnya.

Ditanya mengenai kerjasama dengan Pas, beliau berkata, keputusan mengenainya akan dibuat setelah parti baharu itu ditubuhkan dan menyertai pakatan pembangkang bersama DAP serta PKR.

“Apabila ada dalam pakatan kita akan bincang bersama, semua tindakan dalam bentuk bersama. Tiga parti (PKR, DAP dan GHB) akan berbincang bersama secara konsensus,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/wakil-rakyat-sokong-ghb-kekal-dalam-pas-1.124128#sthash.3bQ3mgcB.dpuf


Friday, 5 June 2015

POLITIK : Proulama kuasai pemilihan

05 Jun 2015 1:22 AM


KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi.

Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi.

Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi.

Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.

Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. Turut tewas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi)

Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya, Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Golongan proulama juga menguasai jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kemenangan proulama dijangka memperkukuhkan dasar perjuangan Islam Pas dan membuka ruang kepada parti itu untuk lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sokongan padu kepada golongan proulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.

Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan proulama dan profesional.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/proulama-kuasai-pemilihan-1.99302#sthash.7mywyr66.dpuf


Wednesday, 13 May 2015

POLITIK : Jangan tunduk kepada tekanan - HADI PANDAI PELURU UTK PRU 14 MESTI DIPERTAHANKAN...

Nasihat Presiden Pas kepada Perdana Menteri

RADHUAN HUSSAIN | 13 Mei 2015 1:38 AM


ABDUL HADI AWANG

KUALA TERENGGANU 12 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk kepada sebarang tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan kerana itu bukan jalan penyelesaian terbaik.

Abdul Hadi menegaskan, Perdana Menteri sebaliknya perlu memberi fokus untuk menangani secara kolektif beberapa isu yang dikaitkan dengan kelemahan, kesilapan sehingga tercetus masalah yang menyelubungi pentadbirannya ketika ini.

Menurutnya, selaras dengan sebuah negara demokrasi, kuasa bagi menentukan siapa yang berhak menduduki tampuk pemerintahan adalah di bawah kuasa rakyat dan bukannya ditentukan oleh mana-mana individu tertentu.

Malah, jelas beliau, Malaysia juga bukan sebuah negara yang mengamalkan dasar pemerintahan secara diktator sebaliknya ia diperintah oleh parti dan sekiranya berlaku kesilapan, ia perlu ditangani dengan sebaik-baiknya dengan mereka yang memerintah mengambil tanggungjawab bersama.

Beliau memberitahu, senario politik yang berlaku ketika ini seolah-olah mengulangi situasi yang pernah berlaku semasa era pemerintahan beberapa perdana menteri terdahulu termasuk di bawah kepe­mimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya rasa kita macam ulangi senario dulu jugalah, tiap-tiap perdana menteri akan timbulkan masalah masing-masing, daripada isu Perwaja, Maika Holdings, projek Pelabuhan Klang, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Skyhawk dan banyak lagi.

“Tiap-tiap perdana menteri akan teruskan masalah ini maka kita ambil budaya supaya perdana menteri letak jawatan. Naik yang baharu dan buat masalah baharu balik. Itu satu budaya politik yang tidak sihat dan sebab itulah sepatutnya kita bukan tukar orang. Kalau ubah dasar maka dasarlah (ubah) dan begitu juga salah pendekatan, kena selesaikan masalah itu.

“Kalau tukar orang, perangai lama dan masalah apalah pula. Dulu masa Tun Mahathir, dia disuruh berhenti sebab ada masalah dan selepas dia berhenti, Abdullah naik dan ada pula cerita dia (Abdullah) dan selepas itu dia turun, ini pula ada (masalah semasa pemerintahan Najib). Ini satu budaya politik yagn memalukan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemelut serta konflik yang melanda Barisan Nasional (BN) dan UMNO bertitik tolak pada pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sehingga mencetuskan ketegangan terbuka antara Najib dan bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Abdul Hadi seterusnya berpendapat, semua pihak termasuk rakyat perlu memberi Najib peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara dan Perdana Menteri perlu mempertahankan kedudukannya itu sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Ya, dia (Najib) tak perlu tunduk, biar dia selesaikan masalah. Kita tengok macam mana dia selesaikan masalah itu dan kalau silap, betulkan kesilapan itu. Jangan kita kerja gali lubang antara satu sama lain.

“Saya tak tahulah sama ada sengaja gali lubang atau buat lubang sendiri, itu kena ubah pendekatan lama kepada cara lebih baik,” ujarnya.

Ditanya adakah wajar Dr. Mahathir bertindak mengasak Najib berhubung perkara itu, Presiden Pas itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa namun dalam sebuah negara demokrasi, ia perlu diserahkan kepada rakyat.

“Rakyat menghukum parti dan bukan hukum orang, kalau kita kata perdana menteri sekarang adalah masalah, yang dulu juga (perdana menteri terdahulu) ada masalah juga. Seolah-olah kita nak jadikan Melayu mudah lupa.

“Bukan Melayu saja, MIC (India) dengan Mika Holdingnya, Cina dengan isu Pelabuhan Klang, ini bukan cara politik kita. ikutlah cara politik sihat yang lebih demokratik, rakyat sendiri faham dan bukan dengan cara kita turunkan pemimpin satu demi satu dengan alasan masalah masing-masing. Turun satu pemimpin, naik yang lain masalah tetap terjadi,” jelasnya.

Kepada soalan lain sama ada pelbagai isu sengaja ditimbulkan dengan tujuan untuk menjatuhkan Najib, Abdul Hadi mengulangi pandangannya bahawa apa yang berlaku ketika ini menyamai dengan senario dahulu yang turut dilanda pelbagai isu termasuk Perwaja, Skyhawk dan sebagainya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-tunduk-kepada-tekanan-1.91264#sthash.dSKYw1sy.dpuf

Thursday, 7 May 2015

Thursday, 23 April 2015

Putra Merdeka: Padah Berkira Dengan hamPAS..!

Putra Merdeka: Padah Berkira Dengan hamPAS..!: Itu memang kegemaran Mad..! anak tamby jual ice cream azmin pun kenal kecenderungan Mad..! Bukan sahaja janda malah bini orang pun Mad m...

Thursday, 2 April 2015

Pasma bakal 
jadi parti politik?

RAFIE AZIMI | 02 April 2015 2:15 AM


SUNGAI PETANI 1 April - Setelah berkali-kali menegaskan untuk kekal selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO), nada kepemimpinan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) mula berubah apabila Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi mengakui kemungkinan untuk mewujudkan parti politik baharu.

Phahrolrazi Zawawi

Menurut Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Pengkalan Kun­dor itu, cadangan tersebut timbul setelah menerima desakan daripada pelbagai pihak ekoran kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang kini.

Katanya, Pasma diletakkan harapan tinggi oleh penyokong pembangkang untuk mengambil tempat dalam pakatan tersebut sebagai ahli komponen baharu.

“Buat permulaan, kami akan melantik badan bebas bagi melakukan kaji selidik terutama dari sudut penerimaan rakyat terhadap Pasma dalam dunia politik tanah air.

“Daripada situ, kita akan lihat hasilnya dan bersedia menimbang kedudukan sama ada kekal sebagai NGO atau berubah menjadi parti politik. Keputusan mengenainya akan dibuat dalam konvensyen nasional Pasma yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada Jun nanti,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pasma Kedah dengan tema ‘Pasma memacu pakatan pembangkang’ di sini semalam.

Hadir sama Timbalannya, Mohamad Husin; Setia­usaha Agung, Mohd. Taib Ahmad serta Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang digantung keahliannya dari Pas sebelum ini.

Phahrolrazi menambah, kemelut dalam pakatan pembangkang kini amat kritikal dan kaji selidik yang dijalankan itu nanti akan turut mengambil kira sama ada pakatan sedia ada masih relevan atau perlu diwujudkan pakatan baharu yang lebih ampuh.

“Sama ada Pasma akan bertindak sebagai pengganti kepada Pas atau sebagai komponen baharu, hanya akan ditentukan apabila tiba waktunya. Perkara itu bukan ditentukan kami, sebaliknya ditentukan oleh kepimpinan pakatan pembangkang.

“Tidak mustahil juga Pasma dan Pas akan bersama dalam pakatan baharu itu. Walaubagaimanapun kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk mengambil kira sama ada ahli parti sedia ada bersedia untuk keluar dan bertukar parti,” ujarnya.

Diminta mengulas mengenai hudud yang melingkari pakatan itu, Phahrolrazi mendakwa, isu itu menjadi cukup rumit disebabkan Pas mengangkatnya ke Parlimen tanpa mendapat persetujuan rakan-rakan dalam pakatan.

“Kalau belum bawa ke Parlimen, mungkin boleh dibahaskan sesama sendiri. Tetapi kini apabila sudah dibawa ke Parlimen, itu bukan lagi tempat untuk berbincang.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Sebagai NGO, kami tidak memihak kepada mana-mana parti tetapi lebih melihat kepada kepen­tingan gabungan supaya ada tole­ransi yang dapat dicapai,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pasma-bakal-8232-jadi-parti-politik-1.76181#sthash.2oJ7kPlS.dpuf


Tuesday, 31 March 2015

HUDUD : Ahli Parlimen bukan Islam 
perlu beri laluan – Hadi

31 Mac 2015 2:16 AM


ABDUL HADI AWANG (dua kiri) bersama Mohamad Sabu (kiri), Mustafa Ali (dua kanan) dan Takiyuddin Hassan semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KUALA LUMPUR 30 Mac –Ahli-ahli Parlimen yang bukan beragama Islam perlu memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan rang undang-undang persendirian berhubung pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Parlimen.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan itu selaras dengan semangat Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurut beliau, pada masa sama, Perlembagaan Persekutuan membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas di negara ini.

“Adalah tidak wajar Perlembagaan kita tidak memihak kepada orang Islam untuk melaksanakan hukum syariat sendiri sedangkan agama lain bebas.

“Islam adalah agama Persekutuan. Ini percanggahan yang perlu diperbetulkan oleh semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Penolongnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pada 18 Mac lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memasukkan satu usul bagi membawa rang undang-undang persendirian untuk meminta Parlimen meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Tindakan itu menyebabkan sekutu Pas, DAP membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi dan turut meminta beliau meninggalkan pakatan pembangkang jika mahu membentangkan rang undang-undang persendirian atas kapasiti Ahli Parlimen pakatan pembangkang.

Beliau menambah, semua ahli Parlimen yang beragama Islam seharusnya menyokong rang undang-undang persendirian tersebut tanpa mengira parti politik yang diwakili mereka.

“Bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan memerlukan pindaan kepada Jadual Kesembilan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang tidak memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen,” jelasnya.

Abdul Hadi berkata, pindaan turut merangkumi kaedah sebatan yang bakal digunakan agar hukuman itu lebih berunsur mendidik pesalah.

Sementara itu, Takiyuddin memberitahu, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan menambah bidang kuasa mahkamah syariah di seluruh negara termasuk di Kelantan.

“Pada masa ini, hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah ialah tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan,” ujarnya.

Jelas beliau, sebagai perban­dingan, Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman lima tahun penjara, denda RM10,000 dan 12 sebatan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahli-parlimen-bukan-islam-8232-perlu-beri-laluan-8211-hadi-1.75557#sthash.pddvN3rR.dpuf


Thursday, 26 March 2015

POLITIK : Pas sifatkan 
DAP berbohong

26 Mac 2015 2:11 AM


KOTA BHARU 25 Mac – Pas menyifatkan sekutunya, DAP sebagai 'berbohong' apabila mendakwa tidak diberikan kefahaman secukupnya berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Mohamed Fadzli Hassan

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadz­li Hassan berkata, tanggapan tersebut tidak betul kerana sudah beberapa kali penjelasan tentangnya diberikan sebelum ini.

Justeru kata­nya, beliau yakin kepemimpinan DAP sudah jelas berkaitan isu tersebut dan tidak perlu lagi mempertikainya selepas Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 ( Pindaan 2015) diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini.

“Saya sendiri sudah tiga kali bersama-sama pimpinan Pas Pusat serta kerajaan negeri berjumpa mereka bagi menjelaskan berkaitan hudud.

“Bermula di pejabat DAP di Cheras, semua pimpinan atasan DAP serta PKR hadir dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kemudian di Pejabat Agung Pas dan akhir sekali di bangunan Parlimen baru-baru ini. Pimpinan lain seperti Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan tidak kurang daripada empat kali hadir.

“Bagi saya pimpinan pakatan pembangkang sudah jelas tentang hudud dan pendirian kita. Pada perjumpaan terakhir di Parlimen baru-baru ini tidak ada pun keputusan dibuat supaya Pas menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 ( Pindaan 2015) di DUN Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap keputusan DAP semalam yang memutuskan hubu­ngan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Susulan keputusan tersebut menyebabkan terdapat dalam kala­ngan masyarakat yang meletakkan kesalahan terhadap Pas kononnya gagal memberi kefahaman sejelas­nya kepada DAP berkenaan hudud, sekali gus menimbulkan kemelut di antara kedua-dua parti itu.

Sementara itu, Mohamed Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri berkata, sebahagian daripada pe­mimpin pakatan pembangkang itu dengan tegas menolak pelaksanaan hudud dalam setiap kali perjumpaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sifatkan-8232-dap-berbohong-1.73765#sthash.Nwbgl7VC.dpuf

POLITIK : DAP dianggap putus dengan Pas – Haron Din

Pakatan pembangkang bakal berkecai

MAISARAH SHEIKH RAHIM | 26 Mac 2015 2:13 AM

KUALA LUMPUR 25 Mac - Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap amat melampau sekali gus memberi isyarat hubungan pakatan pembangkang bakal berkecai.

Harun Din

Perkara itu disua­rakan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang turut menyelar tindakan DAP menggelarkan Abdul Hadi sebagai pengkhia­nat kerana ia tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu parti sendiri sedangkan orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran DAP berbuat demikian seperti mahu mengajar Pas seolah-olah mengarahkan parti itu untuk menukarkan Presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

“Adakah pada saat-saat seperti ini ketika kita semua mahu per­ba­i­ki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu, memutuskan hubungan dengan Presiden mengisyaratkan kepada pakatan akan berpecah.

“Apa yang nyata bukan kita memulakan masalah keretakan ini, tidak fahamkah DAP bahawa Pre­siden adalah sebahagian dalam parti dan parti merupakan sebahagian Presiden, jadi mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan Pre­siden nak berhubung dengan siapa?

“Parti di bawah arahan Presiden, amat pelik tindakan DAP itu, kita nampak isyaratnya adalah ke arah itu (berpecah). Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

DAP semalam mengambil keputusan untuk memutuskan hubu­ngan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas bertegas mahu me­laksanakan hudud di Kelantan dan pada masa sama, parti itu turut menuduh Abdul Hadi sebagai pe­mimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, keputusan sebulat suara dibuat oleh DAP kerana menganggap Abdul Hadi ‘pengkhia­nat’ dalam pakatan pembangkang kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian ber­kenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan parti itu.

Dalam pada itu, tokoh ulama berpengaruh itu berkata, Pas sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP bahawa jika mereka merasakan tidak perlu lagi kepada pakatan, maka parti itu dipersilakan keluar daripada gabungan kerjasama antara mereka. Menurut beliau, DAP perlu membuat keputusan sebegitu tanpa lagi berdolak-dalik mencari pelbagai alasan dengan menjadikan isu hudud sebagai modal pekikan mereka.

Sedangkan Pas, katanya, meng­anggap pakatan masih lagi berguna dan boleh dipertahankan buat ketika ini sehingga keadaan menentukan sebaliknya.

“Kalau DAP rasa mahu keluar, keluar sahaja dan kita tunggu senario politik baharu,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Haron berkata, DAP diminta merujuk semula keputusan pakatan pembangkang dalam soal hudud iaitu ketiga-tiga parti bersetuju dalam tidak bersetuju tentang agenda perjuangan Pas tersebut.

“Tidak mengapalah kalau mereka menentang hudud tetapi ja­nganlah sampai buat tuduhan begitu yang kurang sopan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-dianggap-putus-dengan-pas-8211-haron-din-1.73777#sthash.Z89cnSEV.dpuf


Wednesday, 25 March 2015

HUDUD : DAP buat keputusan tidak masuk akal

TAK DAPAT KELDAIKAN PRESIDEN, CACAIKAN PENGIKUT OKLAH

25 Mac 2015 1:45 AM

KOTA BHARU 24 Mac – Pas negeri menyifatkan DAP membuat keputusan tidak masuk akal apabila hanya mahu memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bukannya dengan parti itu secara keseluruhannya.

Mohd. Amar

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih jelas dan tidak perlu bermain wayang dengan ayat yang mengelirukan banyak pihak.

Beliau berkata, jika itu keputusan DAP, maka ini bermakna kepemim­pinan parti yang berteraskan kaum Cina itu juga telah memutuskan hubungan dengan Pas.

“Saya tidak faham kenapa putuskan hubungan dengan Presiden, sedangkan Presiden mewakili parti. Kenapa putuskan dengan Presiden tetapi tidak putuskan dengan parti, apa maksud DAP, saya sendiri tidak faham.

“Kami mendukung kepemimpinan Presiden, tolak Presiden bermakna tolak parti dan DAP jangan ingat dengan tindakan itu dia boleh menang. Keputusan tidak munasabah,” katanya kepada kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

DAP hari ini mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan tindakan Pas bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Pada masa sama, DAP turut menuduh Abdul Hadi sebagai pe­mimpin yang tidak bermaruah dan tidak jujur, selain tidak menghormati persetujuan Majlis Pimpinan pakatan pembangkang dalam isu itu sebelum ini.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, keputusan sebulat suara dibuat oleh DAP kerana menganggap Abdul Hadi ‘pengkhia­nat’ dalam pakatan pembangkang kerana membentangkan usul rang undang-undang persendirian ber­kenaan hudud ke Parlimen tanpa pengetahuan parti itu.

Sebelum ini, Mohd. Amar mene­gaskan, Pas tidak kisah untuk bersendirian kerana sepanjang berada bersama-sama pakatan pembangkang, mereka sudah beberapa kali disisihkan rakan sekutu sehingga terpaksa berjuang bersendirian dalam pelbagai isu.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Pas akan merugikan pakatan pembangkang sendiri yang selama ini saling bergantung antara satu sama lain.

“Parti tidak boleh berdiri sendiri, Pas memerlukan DAP, DAP memerlukan Pas, PKR memerlukan Pas dan kita mencapai kejayaan hari ini kerana kerjasama yang terjalin ini.

“DAP juga bergantung pada Pas, kalau Pas tidak sokong belum tentu DAP boleh menguasai Pulau Pinang, Selangor. Siapa putus antara satu sama lain, semua akan rugi,” katanya.

Dalam pada itu ketika mengulas kenyataan Setiasusaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menyifatkan pelaksanaan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan bukan keutamaan berdasarkan pandangan ulama-ulama besar dunia, Mohd. Amar berkata, itu pandangan peri­badi beliau, Pas tetap akan meneruskan hasrat melaksanakan undang-undang Islam tersebut.

“Ulama mana yang beliau maksudkan. Itu pandangan beliau sahaja,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-buat-keputusan-tidak-masuk-akal-1.73456#sthash.PFmceMma.dpuf


HUDUD : Pas Selangor teguh 
di belakang Hadi

Terus sokong hudud walaupun ditentang DAP

ZABRY MOHAMAD 
DAN ABDUL YAZID ALIAS | 25 Mac 2015 1:47 AM


Iskandar

SHAH ALAM 24 Mac - Pas Selangor akan terus menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang meskipun tindakannya dalam isu hudud ditentang keras sekutu mereka, DAP sehingga memutuskan hubungan dengan Presiden parti itu.

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau akan tetap bersama dengan Abdul Hadi dalam mempertahankan pendirian parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

“Saya kekal teguh bersama Presiden Pas (Abdul Hadi),” kata­nya dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Kenyataan Iskandar itu kemudiannya disokong oleh ahli-ahli Pas negeri.

Dalam laman Facebook milik Pas Selangor, mereka menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Abdul Hadi dan Iskandar selain bersedia mempertahankan tindakan parti itu dalam isu hudud.

“Kami teguh bersama Pesuruhjaya Pas Selangor (Iskandar) dan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi). Anda bagaimana?” jelas status Facebook Pas Selangor hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Hulu Kelang daripada Pas, Saari Sungib mahu DAP tidak mengambil tindakan unilateral sehingga memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Abdul Hadi.

Malah, beliau turut meminta DAP supaya menghormati prinsip serta perlembagaan parti-parti dalam pakatan pembangkang, bukannya mencampuri hal dalaman yang bukan melibatkan mereka.

“Jika semua pihak menghormati prosedur dan perlembagaan parti masing-masing, saya fikir tidak akan timbul masalah,” ujarnya.

DAP membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Abdul Hadi berikutan ketegasannya mahu membawa rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, parti itu kini sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Abdul Hadi sebagai pemimpin pakatan pembangkang.

Menurutnya, DAP tidak lagi boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi yang disifatkan tidak jujur dan tidak bermaruah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-selangor-teguh-8232-di-belakang-hadi-1.73465#sthash.8yHelpwK.dpuf


DAP putus hubungan dengan Presiden Pas - SETUJU UTK TIDAK BERSETUJU...

DAP tuduh Abdul Hadi Awang tidak bermaruah

KASTHURI JEEVENDRAN | 25 Mac 2015 1:49 AM


Abdul Hadi Awang


KUALA LUMPUR 24 Mac - DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan ne­geri Selangor.

“DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepemimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya.

“Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman ini berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah.

“Tindakan yang diambil sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga akan menyebabkan kedudukan majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam keadaan terawang-awang namun kami akan bertemu dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan masa depan kami nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi diadakan bagi membincangkan kedudukan serta pendirian parti itu dalam pakatan pembangkang selepas Pas meneruskan pembentangan Rang ­Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kelantan pada Rabu lalu yang diluluskan sebulat suara sehari selepas itu.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, partinya tetap berkeras menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

“Pengundi yang menyokong Pas dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah Pas,” tegasnya.

Dalam pada itu, ketika ditemui di lobi Parlimen pagi ini, Guan Eng turut mendesak Abdul Hadi me­ninggalkan pakatan pembangkang sekiranya masih bertegas mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di Parlimen.

Menurut Guan Eng, sekiranya Abdul Hadi masih berdegil untuk meneruskannya, beliau harus melaksanakannya di atas kapasiti peribadi sebagai Ahli Parlimen dan bukan sebagai anggota pakatan pembangkang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-putus-hubungan-dengan-presiden-pas-1.73467#sthash.rKbIGg2q.dpuf

Monday, 23 March 2015

POLITIK : Pas boleh ‘hidup' tanpa PKR, DAP

Pernah disisih rakan sekutu sehingga berjuang sendirian

ZAAIN ZIN | 23 Mac 2015 1:04 AM

KOTA BHARU 22 Mac - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut langkah DAP untuk tidak menyokong pembentangan rang undang-undang berkaitan pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat kelak gagal memberi kesan kepada Pas kerana perjuangan tersebut akan tetap diteruskan.

Mohd. Amar Nik Abdullah

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, sepanjang berada bersama pakatan pembangkang, Pas sudah beberapa kali disisihkan rakan sekutu sehingga terpaksa berjuang bersendirian dalam pelbagai isu.

Sehubungan itu, katanya, beliau yakin Pas tetap boleh 'hidup' sekiranya suatu hari nanti pakatan pembangkang ditakdirkan berpecah.

“Kalau betul PKR pun tak nak bersama kita, kita terima hakikat. Kita tak boleh paksa dia ikut juga. Apa yang penting kita kena teruskan hudud sebab ini memang perjuangan Pas.

“Andai Pas balik ke asal iaitu bersendirian pun kita terima hakikat, tetapi sejarah membuktikan kita tetap boleh `hidup’ walaupun sudah beberapa kali bersendirian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pas kini bersendirian tanpa restu pakatan pembangkang untuk memperjuangkan pelaksanaan hudud di Kelantan selepas PKR memutuskan mengikut langkah DAP untuk tidak menyokong hasrat parti itu membentangkan rang undang-undang berkenaan di Parlimen.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Biro Politik PKR semalam dan kenyataan mengenai­nya ditandatangani Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta barisan kepemimpinan tertinggi parti itu.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud dalam pada itu menegaskan, jika PKR dan DAP terus membantah dan menghalang usaha Pas, tindakan itu tidak menguntungkan kedua-dua parti tersebut.

Katanya, bantahan tidak sepatutnya berlaku kerana hanya akan merugikan keseluruhan pakatan pembangkang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-boleh-8216-hidup-tanpa-pkr-dap-1.72572#sthash.ePcCWI3h.dpuf

Friday, 20 March 2015

DAP dalam pakatan diputuskan Isnin ini - TEMBERANG AJE CINA NI..

Kecewa dengan Pas berhubung isu hudud

MOHD. AZRAIE MD. YUSOF | 20 Mac 2015 1:40 AM

45 0 Google +0

ANTHONY LOKE

KUALA LUMPUR 19 Mac - DAP akan mengambil pendirian tegas berhubung hala tuju parti itu dalam pakatan pembangkang selepas kecewa dengan Pas yang berjaya mendapatkan kelulusan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Isnin ini.

“DAP menegaskan bahawa kami menolak dan tidak bersetuju dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015, ia melanggar dasar bersama pakatan pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan pakatan pembangkang.

“Sekiranya rang undang-undang persendirian ini dibawa ke Dewan Rakyat, apa yang pasti mereka tidak akan mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen DAP, malah saya yakin mereka tidak akan dapat majoriti dua pertiga,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban mengulas pertanyaan pemberita mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan di dewan undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan keikhlasan dan kesetiaan Pas selama ini dalam dasar bersama pakatan pembangkang yang terjalin sejak tujuh lalu.

“Apa yang berlaku di Kelantan mengecewakan saya. Kita tunggu mesyuarat CEC pada Isnin depan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Koo Ham pula berkata, rang undang-undang hudud yang diluluskan di kelantan itu hanya akan mempromosikan kebencian.

“Kita faham undang-undang itu bertujuan untuk menentang jenayah. Kami yang bukan Islam juga mahu menentang jenayah, cuma cara yang diketengahkan Pas itu dilihat tidak berapa sesuai,” kata Ahli Parlimen Beruas itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-dalam-pakatan-diputuskan-isnin-ini-1.71546#sthash.fq8U6gq9.dpuf


Nada keras PKR yang menuntut hukuman ke atas Pas berubah

20 Mac 2015 1:39 AM

KUALA LUMPUR 19 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekadar berupaya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan Pas membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Jika sebelum ini, PKR dilihat senada dengan DAP sehingga mendesak Majlis Pakatan Pembangkang agar mengambil tindakan tegas menghukum Pas andai sekutunya itu tetap berdegil mahu membentangkan enakmen tersebut, kini nada disuarakan PKR mula kendur.

Paling tegas pun, parti itu hanya mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PKR, Roslan Puteh, supaya tidak menyertai perbahasan dan pe­ngundian enakmen berkenaan di DUN Kelantan.

Sebaliknya, seperti biasa apabila tersepit dan tiada jalan untuk keluar daripada masalah yang menimpa pembangkang, PKR bertindak menyalahkan UMNO dengan menuduh parti terbesar orang Melayu itu bermuslihat dalam isu hudud yang mahu dilaksana Pas.

“PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyua­rat pakatan yang bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekali gus bertentangan de­ngan muafakat bersama yang telah dicapai pada tahun 2011 mengenai perkara ini (pelaksanaan hudud).

“Sedang kami menghormati hak dan pendirian Pas Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini,” kata parti itu dalam k­enyataan bersama di sini hari ini.

Bagaimanapun kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama enam lagi pemimpin tertinggi parti PKR yang lain itu tidak diwakili oleh pemimpin bukan Islam dalam parti berkenaan.

Enam pemimpin tertinggi PKR itu Timbalan Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam pada itu, PKR menyifatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah tidak berlaku jujur semasa mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang mengenai pindaan yang mahu dibuat ke atas enakmen tersebut pada 8 Februari lalu.

Dakwa parti itu, Mohd. Amar sebelum ini memberitahu pindaan terhadap empat perkara hanyalah membabitkan ke atas enakmen yang diluluskan pada tahun 1993 tetapi apabila dibentangkan semalam, banyak tersasar daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini.

“Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dengan enakmen asal tahun 1993, tetapi perkara itu tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh pakatan pembangkang pada tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud,” ujar parti berkenaan. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/nada-keras-pkr-yang-menuntut-hukuman-ke-atas-pas-berubah-1.71540#sthash.57oTSS6I.dpuf


Pas tidak akan pujuk DAP, PKR

20 Mac 2015 1:39 AM

KOTA BHARU 19 Mac – Pas tidak akan memujuk sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya ‘tidak membakar jambatan’ iaitu berpecah disebabkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 atau hukum hudud di negeri ini.

Mustafa Ali

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sekutunya terutama DAP telah memahami dengan jelas pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Beliau berkata, terpulang kepada DAP untuk menyatakan pendirian mereka Isnin ini, namun baginya tidak ada sebab untuk parti itu berpecah daripada pakatan yang dibentuk sejak lebih lima tahun lalu.

“Dia (DAP) sudah faham dah, pujuk ini orang tidak faham, jadi tak payah pujuklah.

“Kita tidak boleh nak halang mereka bermesyuarat tetapi kita sudah nyatakan berkali-kali, maknanya bukanlah kerana sebab ini maka hendak bakar jambatan ini, tak ada sebab saya rasa,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, DAP melahirkan kekecewaannya terhadap Pas dan mendakwa telah ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan sekutunya itu yang tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen tersebut. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-tidak-akan-pujuk-dap-pkr-1.71539#sthash.liXsRS7d.dpuf

HUDUD NEGERI KELANTAN

Hudud: Gerakan, MCA jangan masuk campur

20 Mac 2015 1:40 AM


Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR 19 Mac – Parti Gerakan diminta supaya tidak mencampuri hal ehwal agama Islam kerana pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud yang ingin dilaksanakan di Kelantan tidak mempunyai kaitan dengan mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya tidak mahu berdebat dari segi tindakan undang-undang parti itu yang memfailkan saman pemula di mahkamah kerana mungkin mereka mempunyai alasan dan hujah tersendiri.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya melihat perkara itu dari aspek moral.

“Hukum hudud ini tiada kaitan langsung dengan mereka sebab pelaksanaannya untuk orang Islam. Apa kaitan hukum hudud ini dengan mereka kerana isu tersebut tidak memberi sebarang kesan bila dilaksanakan kelak.

“Mereka harus ingat, undang-undang ini dibuat untuk orang Islam, oleh itu mengapa mereka harus campur tangan sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan agama mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 kementerian itu di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lalu menyaksikan seramai 1,906 pegawai dan kakitangan kementerian itu dan agensi di bawahnya, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu menerima pengiktirafan di atas pres­tasi kerja cemerlang.

Yang hadir sama Ketua Setia­usahanya, Datuk Mohd. Arif Ab Rahman; Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Mohd. Fadil Osman; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Zainal Dahalan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Vete­rinar, Datuk Dr. Mohamad Azmie Zakaria.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan, semua pihak perlu menghormati perasaan orang Islam kerana majoriti menyokong rang undang-undang persendirian hudud Kelantan dilaksanakan.

“Tindakan Gerakan dan MCA yang merupakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) adalah tidak wajar. Kalau UMNO me­nunjukkan sokongan sepenuhnya, mereka sepatutnya perlu membawa isu ini dalam mesyuarat ter­tinggi dalam BN dan bukannya secara tiba-tiba membuat pendirian secara terbuka.

“Ini menunjukkan mereka langsung tidak menghormati dan cuba mencampuri hal ehwal agama Islam,” katanya.

Dalam masa sama, Ismail Sabri turut mempersoalkan tindakan parti komponen itu yang menunjukkan tentangan pelaksanaan hukum hudud sedangkan isu tersebut telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas pertama kali diluluskan pada 25 November 1993.

“Mengapa baru sekarang menentang. Kalau benar mereka konsisten, sepatutnya sejak dulu lagi tindakan undang-undang diambil kerana ia melibatkan orang bukan Islam dan mungkin mereka ada agenda tersirat,” tegasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/hudud-gerakan-mca-jangan-masuk-campur-1.71561#sthash.Qw651tuf.dpuf


Puak Anwarinas akur kehendak parti

20 Mac 2015 1:40 AM

KUALA LUMPUR 19 Mac – Beberapa Ahli Parlimen Pas yang dikaitkan dengan puak Anwarinas memberi reaksi berbeza berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

KHALID SAMAD

Walaupun sebelum ini mereka dilaporkan bimbang dengan ancaman bahawa pembangkang akan berpecah sekiranya Pas terus bergedil untuk melaksanakan hudud, namun mereka akhirnya dilihat akur dengan kehendak parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Kha­lid Samad melahirkan rasa syu­kur dengan perkembangan di Kelantan walaupun sebelum ini beria-ia cuba memujuk DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam tanpa ragu-ragu memberitahu akan menyokong rang undang-undang persendirian hudud tersebut yang dijangka dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei ini.

“Saya sebagai anggota Pas akan menyo­kong se­kiranya ia diba­wa ke Dewan Rakyat, ia merupakan satu usaha bagi mendapatkan kelulusan dan persetujuan kerajaan pusat untuk membenarkan kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang hudud berkenaan.

“Oleh kerana ia merupakan satu permintaan untuk kebenaran khas yang tidak melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, ia cuma memerlukan majoriti mudah untuk mendapatkan kelulusan. Namun ia juga memerlukan majoriti mudah untuk menarik balik kelulusan,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, di sini hari ini.

Mengulas mengenai reaksi DAP dan PKR yang secara jelas menentang keputusan itu, Khalid berkata, itu adalah hak Pas untuk berbuat demikian dan tidak sepatutnya menjadikan sebagai isu.

“Kami menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan kerana masing-masing mempunyai alasan sendiri. Terpulang kepada mereka untuk sokong atau tidak, lagi pun selama ini Pas memang tidak pernah mendakwa hudud sebagai sebahagian daripada dasar bersama pakatan pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, terserah kepada DAP dan PKR untuk membuat keputusan dan Pas tidak akan cuba mempengaruhi kedua-dua sekutunya itu. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/puak-anwarinas-akur-kehendak-parti-1.71549#sthash.kCrCNffP.dpuf


Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat

20 Mac 2015 1:40 AM

KOTA BHARU 19 Mac – Perlakuan seks luar tabii seperti lesbian serta bersetubuh dengan mayat dan haiwan tidak digugurkan sebagaimana dihebohkan di laman sosial, sebaliknya masih terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) yang diluluskan pindaannya hari ini.



Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menjelaskan, hukuman untuk kesalahan perlakuan seks songsang tersebut dima­sukkan dalam senarai kesalahan liwat iaitu kategori sama untuk perlakuan gay.

Katanya, pengguguran Seksyen 19 hingga 21, iaitu perkara berkaitan perlakuan seks luar tabii dalam enakmen yang dipinda tidak bermaksud bahawa kesalahan seperti lesbian, bersetubuh dengan mayat atau haiwan tidak dikenakan hukuman.

“Kita tidak boleh sebut semua (lesbian, seks dengan mayat dan haiwan), benda itu semua masuk dalam liwat. Gugur perkataan bukan bermaksud tak apa, jangan faham seperti itu.

“Soalnya, hukuman liwat itu kekal (dalam enakmen), bila kekal, hukuman itu meliputi semua (perlakuan seks luar tabii). Gay, lesbian semua itu masuk dalam kesalahan liwat, itu sudah cukup,” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pengguguran Seksyen 19 hingga 21, iaitu lesbian, seks dengan mayat dan haiwan daripada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 menyebabkan timbul salah faham di laman sosial apabila orang ramai berpendapat perlakuan songsang tersebut bukan satu ke­salahan dalam hukum hudud.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II berkata, meskipun hudud belum boleh dilaksanakan, pihaknya sudah membuat persiapan rapi berkaitan prosedur pelaksanaan hukuman di bawah undang-undang Islam itu.

“Dalam bengkel anjuran bersama pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), kita telah kumpulkan para mufti, hakim syarie, pakar perubatan, perundangan, pihak penjara dan polis untuk kita bincang kaedah bagaimana nak laksanakan hukuman.

“Bagaimana merotan, nak potong tangan dan sebagainya, semua sudah sedia namun akan didedahkan kemudian,” katanya.

Beliau turut memberitahu, Kerajaan Pas Kelantan bercadang untuk mewujudkan sebuah galeri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagi memberikan kefahaman kepada orang ramai bagaimana hukuman hudud dijalankan.

Mengenai isu hudud yang dibawa ke mahkamah oleh Gerakan semalam, Mohd. Amar membe­ritahu, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada mahkamah sebelum melakukan tindakan susulan.

“Kalau ada kes, kita lawan, kita pun ada peguam juga. Saya rasa perkara ini tidak jejaskan usaha Pas Kelantan sebab kita bukan hendak buat hudud besok. Banyak lagi proses perlu kita lalui,” katanya. 

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/semua-seks-luar-tabii-dalam-kesalahan-liwat-1.71544#sthash.74WlyETS.dpuf