Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 11 June 2012

Perpecahan umat Islam gugat perpaduan


DARI MINGGUAN MALAYSIA
10/6/2012


PUTRAJAYA 9 Jun - Rakyat negara ini tidak boleh menolak hakikat bahawa kelangsungan masa depan negara bergantung kepada perpaduan orang Melayu dan umat Islam sebagai kaum majoriti di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya umat Islam berpecah-belah semata-mata kerana berbeza pandangan politik atau mempunyai fahaman yang berlainan mengenai hal yang berkait dengan soal asas dalam agama, maka perpaduan dan keamanan negara secara keseluruhannya sukar dicapai.

"Oleh itu saya berpandangan bahawa usaha memperkukuhkan perpaduan ummah adalah sesuatu yang amat penting dalam menentukan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara kita.

"Apatah lagi dalam keadaan di mana hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran baru yang membimbangkan kita," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah (Kompas) dan Pelancaran Buku Melayu Sepakat Islam Berdaulat di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhyiddin berkata, umat Islam pada hari ini juga berhadapan dengan cabaran kecelaruan fikrah Islam yang berpunca daripada penerimaan budaya dan pemikiran liberal Barat secara semberono oleh segelintir umat Islam sendiri.

"Mereka ini gemar menggunakan neraca pemikiran barat yang terpisah daripada kepercayaan agama untuk mengatakan perkara-perkara asas yang telah termaktub secara qat'i di dalam Islam tidak sesuai lagi dengan kehidupan zaman ini.

"Jika kita perhatikan sejak mutakhir ini, terdapat usaha segelintir pihak memanipulasi perjuangan kebebasan dan hak asasi manusia yang berasaskan fahaman liberal Barat untuk mencabar Islam," katanya.

Beliau mengulas, antaranya kempen untuk membenarkan perkahwinan sejenis, perkahwinan antara pasangan berlainan agama dan amalan seks bebas yang secara terang-terangan dilarang oleh agama Islam dan agama lain.

Pada masa sama, beliau berkata, adalah malang sekiranya fahaman seperti itu menular dalam masyarakat Malaysia yang masih kuat berpegang kepada kepercayaan agama dan budaya timur.

"Kita tentu sekali tidak ingin melihat kecelaruan fikrah berlaku dalam masyarakat kita yang akhirnya menyebabkan umat Islam berpecah belah dan tercabut dari akar agamanya.

"Dalam konteks masyarakat Melayu, kita tidak mahu falsafah liberal Barat yang meletakkan kehendak nafsu dan individu sebagai matlamat utama kehidupan, menghasilkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya, serta hilang jati diri sebagai seorang yang berpegang teguh kepada agama" katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah penting bagi umat Islam mewujudkan kesatuan pemikiran (wahdatul fikr) berasaskan ajaran Islam sebenar yang berasaskan al-Quran dan hadis serta disepakati oleh para ulama secara ijmak.

"Oleh itu, umat Islam perlu segera melakukan jihad ilmu dan pemikiran untuk memahami dan menghayati ajaran Islam secara mendalam serta menjadikan Islam sebagai paksi kehidupan," katanya.

KOMEN : ORANG MELAYU SENDIRI YANG MENJADI PUNCA PERBALAHAN INI KERANA BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK DAN KERAKUSAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA UNTUK BERKUASA...

No comments: