Oleh Amin Ridzuan Ishak, Poliana Ronnie Sidom, Mohd Izham Unnip Abdullah dan Francis Andin
bhnews@bharian.com.my
2012/06/18
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak tertarik
melihat lukisan kanak-kanak yang memenangi kad tercantik sempena majlis
penyampaian hadiah pertandingan melukis kad Hari Guru di Kota Kinabalu,
semalam. Turut kelihatan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa
Aman (dua kiri) dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai
(kanan). - Foto BERNAMA
Komited pastikan masa depan Malaysia lebih baik
TAMBUNAN: Datuk Seri Najib Razak semalam, menyatakan empat impiannya untuk Malaysia dan komited bagi merealisasikannya demi masa depan negara yang lebih baik.
TAMBUNAN: Datuk Seri Najib Razak semalam, menyatakan empat impiannya untuk Malaysia dan komited bagi merealisasikannya demi masa depan negara yang lebih baik.
Perdana Menteri berkata, impiannya adalah untuk melihat negara ini
lebih aman, selamat dan harmoni selain melihat rakyat memperoleh
pendapatan lebih tinggi menerusi program transformasi bandar serta luar
bandar.
Katanya, beliau juga mengimpikan untuk mewujudkan peluang lebih baik
kepada rakyat di bawah langit biru 1Malaysia bersama rakannya dalam
Barisan Nasional (BN) yang sentiasa komited membantu rakyat.
“Impian terakhir saya adalah untuk mengetuai usaha mewujudkan Malaysia yang lebih baik dan kukuh demi generasi masa depan,” katanya berucap di depan lebih 5,000 orang pada majlis bersama rakyat dan upacara pecah tanah Kolej Kadazandusun Murut (KDM) di sini, semalam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan.
Najib juga berkata, beliau bukan seorang pemimpin suka berjanji sesuatu yang sukar dilaksanakan dan tidak mahu diingati sebagai pemimpin mungkir kepada janji.
“Saya tidak mahu cakap mengenai pembangkang yang menjanjikan
bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapatkan sokongan semata-mata.
Anda (pembangkang) boleh memperbodohkan rakyat dengan menipu
sekali-sekala tetapi tidak boleh menipu sepanjang masa,” katanya.
Sementara itu di KOTA KINABALU, Najib berkata, program bagi menghargai jasa guru wajar dijadikan sebagai amalan dan tradisi secara berterusan kerana dengan cara itu, guru mendapat penghargaan atas sumbangan mereka.
Perdana Menteri berkata, program seumpama itu mampu mencapai dua objektif besar, iaitu memperlihat sumbangan besar golongan guru terhadap masyarakat dan membentuk keperibadian baik seseorang sejak usia awal.
“Guru adalah wira masyarakat atau dalam bahasa Inggeris ‘the unsungheroes in the society’. Tetapi sumbangan mereka kepada masyarakat tidak ketara.
“Objektif kedua ialah ia (program) dapat membentuk keperibadian seseorang kerana kita perlukan generasi berpelajaran, berilmu pengetahuan, berperwatakan, mempunyai nilai murni, sikap positif dan perwatakan yang menyenangkan,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Kad Hari Guru Peringkat Negeri di sini, semalam.
Pada majlis itu, Najib turut memilih kad ucapan Hari Guru yang dihasilkan seorang pelajar dan membacakannya di hadapan ratusan guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sejurus selepas majlis itu, Najib berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Sabah.

KOMEN : FIKIR SENDIRILAH... MANA YANG LEBIH BAIK... KALAU SETAKAT BERJANJI SAMPAI NAK BERIKAN BULAN DAN BINTANG BAIK JANGAN PERCAYA, ITU SEMUA KATA-KATA SEORANG PENIPU...
No comments:
Post a Comment