Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Showing posts with label CINA RASIS/KIASU. Show all posts
Showing posts with label CINA RASIS/KIASU. Show all posts
Tuesday, 12 April 2016
RIDHUAN TEE: 26 Sifat Ultra Kiasu
RIDHUAN TEE: 26 Sifat Ultra Kiasu: 26 Sifat Ultra Kiasu (Sinar Harian 11.4.16) Parti ultra kiasu membuat laporan polis melarang saya menggunakan istilah yang sering digun...
Friday, 26 February 2016
.: KEKEJAMAN MISSI Cina Indonesia (‘Po An Tui’) DAN C...
.: KEKEJAMAN MISSI Cina Indonesia (‘Po An Tui’) DAN C...: by nahimunkar.com Bukti nyata Cina Indonesia antek penjajah Sekarang, para anak keturunan dan anak cucu laskar PO AN TUI telah...
Monday, 12 October 2015
CELAH GELEGAR: [PANAS][AGM MCA KE-62] Minta PM jelaskan isu RM2.6...
CELAH GELEGAR: [PANAS][AGM MCA KE-62] Minta PM jelaskan isu RM2.6...: MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MCA KE-62 October 11, 2015 Perhimpuna...
RIDHUAN TEE: Soalan untuk dijawab MCA
RIDHUAN TEE: Soalan untuk dijawab MCA: (Sinar Harian 12.10.15) Pemimpin MCA berkata saya buta politik dan mahukan saya masuk dalam parti mereka untuk diajar lebih mendalam te...
Friday, 9 October 2015
Penguat kuasa MBPP dihina _ Betul kata Tajuddin LEMPANG AJE
Video dua pemuda bertindak biadab menjadi viral
MOHD. KHUZAIRI ISMAIL | 09 Oktober 2015 1:02 AM
SEORANG lelaki mencampakkan wang kompaun serta mengherdik anggota penguat kuasa MBPP yang terpaksa mengutipnya ketika rakan lelaki itu cuba membuka kunci pada tayar kereta dalam rakaman video yang menjadi viral di internet.
PULAU PINANG 8 Okt. - Ahli-ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggesa pihak berkuasa menyiasat segera perbuatan biadab dua pemuda Cina terhadap anggota penguat kuasa mereka yang sedang melakukan tugas dalam kejadian di Lebuh Campbell di sini, kira-kira pukul 11 pagi semalam.
Sambil melahirkan rasa kesal, wakil mereka, Mohd. Yusoff Mohd. Noh berkata, tindakan kurang ajar dua pemuda berkenaan yang membaling wang kompaun serta mencaci penguat kuasa wanita MBPP itu dengan perkataan `anjing’ jelas merupakan perbuatan tidak bertamadun.
Menurutnya, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai cubaan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas dengan baik serta memalukan anggota penguat kuasa di tempat awam.
Malah, jelas beliau, tindakan pemuda berkenaan yang cuba membuka sendiri kapit roda atas kesalahan meletakkan kereta di laluan pejalan kaki juga merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Sepatutnya jika mana-mana pihak yang disaman tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan, mereka boleh membuat aduan terus kepada MBPP.
“Bukannya berkelakuan biadab dengan mencaci anggota penguat kuasa dan menghina mereka dengan mencampakkan wang kompaun seperti dilakukan pemuda berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kejadian tiga penguat kuasa MBPP yang diherdik dengan perkataan kesat oleh dua pemuda Cina kerana tidak berpuas hati selepas kenderaan mereka dikunci kerana kesalahan meletakkan kereta di laluan pejalan kaki.
Dalam rakaman kejadian itu yang tersebar di Internet hari ini, kedua-dua pemuda berkenaan dalam keadaan marah pada awalnya cuba membuka sendiri tayar yang dikunci anggota penguat kuasa MBPP berkenaan.
Bagaimanapun, mereka akhirnya mengalah apabila salah seorang daripada mereka membayar kompaun kesalahan tersebut tetapi dengan mencampakkan wang ke lantai sebelum dikutip penguat kuasa MBPP wanita berkenaan.
Video berdurasi dua minit itu mengundang rasa marah dan kurang senang orang ramai yang menyifatkan tindakan pemuda berkenaan sebagai melampau dan menghina penjawat awam.
Malah, majoriti mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kedua-dua pemuda berkenaan sebagai pengajaran kepada pihak lain supaya tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan penjawat awam.
Sementara itu, Mohd. Yusoff melahirkan rasa bangga dengan sikap tenang ketiga-tiga anggota penguat kuasa MBPP berkenaan dalam berdepan situasi tersebut.
Dalam masa sama, beliau menggesa orang ramai memahami serta menghormati bidang tugas penguat kuasa MBPP yang perlu bertindak ke atas kesalahan pemandu yang jelas menyusahkan pihak lain.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada salah seorang penguat kuasa MBPP berkenaan semalam.
Sehubungan itu, menurut beliau, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penguat-kuasa-mbpp-dihina-1.144493#sthash.CXpKQTW4.dpuf
Tuesday, 6 October 2015
THE DEVOURED SAVIOUR: BOO SU-LIN... BILA LAGI NAK DIAMBIL TINDAKAN EKORA...
THE DEVOURED SAVIOUR: BOO SU-LIN... BILA LAGI NAK DIAMBIL TINDAKAN EKORA...: Bekas wartawan The Malaysian Insider yang terkenal apabila berjaya menyusup masuk dalam mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ( SI...
Thursday, 1 October 2015
DAP perlu mohon maaf
Gerakan, MCA lihat DAP punca polarisasi sosial
SOFIAN BAHAROM | 01 Oktober 2015 1:19 AM
LIANG TECK MENG (kanan) dan Ti Lian Ker menunjukkan gambar yang berunsur perkauman semasa sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AIZZUL A.MAJID
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polarisasi sosial dan ketegangan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini berpunca daripada angkara DAP yang berterusan bermain dengan api perkauman.
Sehubungan itu, Gerakan dan MCA hari ini mendesak DAP supaya tampil memohon maaf serta bertaubat atas tindakan mereka selama ini yang dilihat akan membawa kehancuran kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini.
Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng menegaskan, taktik DAP untuk mengapi-apikan sentimen dalam kalangan masyarakat telah pun bermula sebelum Bersih 4.0 apabila Penasihatnya, Lim Kit Siang memijak gambar beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang.
Kata beliau, DAP seterusnya telah merampas perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan matlamat buruk dan agenda politik untuk menunjukkan kuasa melalui demonstrasi jalanan yang menyaksikan kebiadaban penyokong-penyokongnya.
“Bukti ini jelas menunjukkan bahawa DAP yang memulakan budaya tidak sihat ini. Kita perlu faham kenapa tidak munculnya himpunan baju merah pada Bersih 1, 2, 3 tetapi apabila Bersih 4.0 ada perhimpunan baju merah. Ini kerana reaksi kepada kebiadaban tersebut.
“Kita kena lihat ada kain rentang minta hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) pada perhimpunan baju merah. Kenapa ada SKJC sahaja kenapa tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT)?
“Ini kerana DAP telah pun menanam kebencian dan cuba mengapi-apikan sentimen antara kaum. Oleh itu kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan DAP dan mahu DAP bertaubat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.
Dalam pada itu, Lian Ker berkata, tindakan penyokong-penyokong DAP memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyinggung perasaan dan hati masyarakat Melayu.
Menurutnya, provokasi-provokasi politik oleh DAP tidak wajar dilakukan memandangkan negara sedang dilanda krisis ekonomi global dan kejatuhan nilai ringgit.
“Sedarlah bahawa pembinasaan negara dapat berlaku dalam sekelip mata tetapi pembinaan negara mengambil tempoh masa yang lama, begitu juga jambatan silaturahim dan hubungan baik antara kaum dalam negara ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-perlu-mohon-maaf-1.141661#sthash.iJBjE7XL.dpuf
Friday, 18 September 2015
CELAH GELEGAR: MELAYU SEMUA BODOH, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Y...
CELAH GELEGAR: MELAYU SEMUA BODOH, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Y...: Sekadar perkongsian dan luahan rasa hati.... Beberapa hari lepas, suami saya berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan mendug...
Monday, 14 September 2015
The Sense, Credibility and Accountability: BERANIkah KAUM 'AH-Beng' meLAKUkan PENGORBANAN ini...
The Sense, Credibility and Accountability: BERANIkah KAUM 'AH-Beng' meLAKUkan PENGORBANAN ini...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. DEMOGRAFI terkini POPULASI penDUDUK di NEGARA ini berASASkan KAUM menunjukkan bahawa UMAT Melayu/...
Tuesday, 14 July 2015
CELAH GELEGAR: [UNTOLD TRUTHS] Tragedi 13 Julai - Kisah Sebenar R...
CELAH GELEGAR: [UNTOLD TRUTHS] Tragedi 13 Julai - Kisah Sebenar R...: Hari ini dalam Sejarah. Tragedi 13 Julai 2015. Sebuah kompleks besar milik Cina yang langsung tiada peniaga Melayu di dalamnya sudah l...
The Sense, Credibility and Accountability: PerKEMBANGan MUTAKHIR menyaksikan siapakah yang se...
The Sense, Credibility and Accountability: PerKEMBANGan MUTAKHIR menyaksikan siapakah yang se...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. KeCELARUan MINDA seBENARnya begitu HEBAT meLANDA DS Najib dan para PenCACAInya sejak AKHIR-AKHIR in...
Tuesday, 30 June 2015
amukan melayu: MELAYU DI BANGSATKAN OLEH CINA - KERAJAAN MELAYU K...
amukan melayu: MELAYU DI BANGSATKAN OLEH CINA - KERAJAAN MELAYU K...: Carian Spesifik PRPM Laman Web DBP www Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Makluma...
Tuesday, 3 March 2015
The Sense, Credibility and Accountability: 2 ARTIKEL oleh KAUM 'AH-Beng' BUKTI mereka TAHU pe...
The Sense, Credibility and Accountability: 2 ARTIKEL oleh KAUM 'AH-Beng' BUKTI mereka TAHU pe...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. DiSEBABkan FAKTOR agak KURANG SIHAT, kita berHENTIla KEJAP nak ' UPDATE ' BLOG ini.. HARI...
Friday, 13 February 2015
POLITIK : 'Kesal kenyataan cetus isu perkauman'
HUSSAINI AMRAN | 13 Februari 2015 1:52 AM
ISMAIL Sabri Yaakob melihat hasil tanaman cili ketika melawat Tapak Projek Perintis Cili Fertigasi Yayasan NAAM di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 12 Feb. - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal kerana kenyataannya tentang isu harga barang telah menimbulkan sentimen perkauman.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, komen menerusi laman Facebook rakannya pada 1 Februari lalu itu dibuat secara tertutup namun menjadi viral dan telah disalahtafsirkan.
“Saya tidak pernah berniat untuk mewujudkan ketegangan dan polarisasi kaum kerana niat saya ketika membuat komen itu adalah jelas ditujukan kepada peniaga-peniaga yang masih degil menurunkan harga barang tanpa mengira kaum.’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri menambah, Kabinet juga telah bersetuju bahawa isu berkenaan perlu dihentikan serta-merta kerana Barisan Nasional (BN) akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.
“Saya menyeru semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan sama-sama memberi fokus kepada usaha untuk menurunkan harga barang. Para pengguna tanpa mengira kaum di negara ini juga perlu bersatu menggunakan kuasa dan hak pengguna bagi mendorong peniaga menurunkan harga barang sejajar dengan penurunan harga minyak,” katanya.
Sementara itu Ismail Sabri mempersoalkan alasan seterusnya yang akan diberikan oleh golongan peniaga untuk tidak menurunkan harga barang selepas penurunan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Mac ini?
Beliau beranggapan, golongan peniaga kini sudah ‘muflis’ alasan untuk tidak menurunkan harga barangan.
Kata beliau. sekiranya pasar tani dapat menurunkan harga 73 jenis produk makanan harian antara lima hingga 20 peratus, mengapa para peniaga lain tidak boleh melakukannya.
“Peniaga pasar tani yang mengambil dari pemborong juga telah menurunkan harga, kenapa tidak peniaga lain yang juga mengambil dari pemborong?
“Jadi, mereka sudah tiada lagi alasan kerana kita bercakap sekarang tentang kuasa pengguna. Pengguna perlu menggunakan kuasa mereka untuk mendesak peniaga turunkan harga,” katanya selepas mengadakan lawatan di Tapak Projek Perintis Cili Fertigasi Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Pengasas NAAM, Datuk M. Saravanan.
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air semalam mengumumkan penurunan tarif elektrik di Semenanjung sebanyak 2.25 sen per kilowatt-jam (kWj) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada 32 peratus pengguna domestik yang melebihi 300 kWj sebulan, komersial serta industri.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sekiranya peniaga terus berdegil untuk menurunkan harga, rakyat masih mempunyai kuasa kepenggunaan dengan memilih alternatif lain yang jauh lebih baik seperti pasar tani.
“Apabila saya kata guna kuasa pengguna, bukan boikot semata-mata, tetapi mencari alternatif dan berbagai-bagai lagi, kuasa itu luas,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kesal-kenyataan-cetus-isu-perkauman-1.59025#sthash.fWY6S7BF.dpuf
Friday, 30 January 2015
The Sense, Credibility and Accountability: PERASAN tak PE'EL dan PERANGAI mereka ini pada HAR...
The Sense, Credibility and Accountability: PERASAN tak PE'EL dan PERANGAI mereka ini pada HAR...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. HE!HE!HE! Anda jangan terKEJUT pulak jika orang yang sedang diLABELkan sebagai ' ENEMY of the...
Thursday, 29 January 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila Tiang Seri Melayu DiHina, Apa Yang Kita Mampu...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila Tiang Seri Melayu DiHina, Apa Yang Kita Mampu...: Dari semalam media sosial heboh dengan bantahan penghinaan ke atas tiang seri Melayu melalui karya kreatif Vincent Leong di D' Art St...
Tuesday, 27 January 2015
Pejuang Tok Gajah46: Bongkar: Rasuah punca bau najis babi tidak selesai...
Pejuang Tok Gajah46: Bongkar: Rasuah punca bau najis babi tidak selesai...: Masalah pencemaran bau dan air melibatkan najis babi ekoran wujudnya penternakan haram yang banyak di sekitar kawasan Tanjung Sepat, Banti...
Tuesday, 23 December 2014
headbomb: hairan macai mulut puaka tak marah perihal ladang ...
headbomb: hairan macai mulut puaka tak marah perihal ladang ...: Ini dikatakan politik badigol sout, ohh sebab yang luluskan kerajaan pr, lokasinya pula kawasan orang melayu, alasan projek ini dari zaman B...
Monday, 15 December 2014
The Sense, Credibility and Accountability: Bukan EKSTREMIS seperti PERKASA dan ISMA yang sela...
The Sense, Credibility and Accountability: Bukan EKSTREMIS seperti PERKASA dan ISMA yang sela...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. HE!HE!HE! Kita INGIN menyeru kepada kePIMPINan NGO PERKASA dan ISMA agar TIDAK terlalu RESPON kep...
Thursday, 23 October 2014
POLITIK : Melayu pendatang di Malaya?
ZULKIFLI NORDIN | 23 Oktober 2014 2:18 AM
SAYA mengutuk keras kenyataan Perwakilan Johor dalam persidangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Tan Lai Soon baru-baru ini yang mendakwa orang Melayu juga ialah kaum pendatang di bumi Malaya ini sama seperti Cina dan India.
KUALA LUMPUR 07 JANUARI 2014 - Datuk Zulkifli Nordin bercakap pada Sidang akhbar mengenai isu Kalimah Allah di Taman Melawati, di sini, hari ini. Gambar : Abdul Razak Latif / Gambar sahaja.
Dakwaan seperti ini lahir mungkin kerana kejahilan mereka mengenai sejarah Nusantara Melayu dan Malaya ataupun dalam geopolitik dan geobudaya Melayu di Nusantara.
Mendakwa bangsa Melayu datang dari Indonesia dan kemudian berhijrah ke Malaya sebagai pendatang ternyata membuktikan kedangkalan mereka.
Bangsa Melayu sudah menduduki dan mendiami arkipelago Nusantara Melayu yang merangkumi antaranya Indonesia, Selatan Filipina, Selatan Thailand, Brunei, sebahagian Kemboja termasuk Malaya dan Kalimantan sejak sekian lama.
Memandangkan keseluruhan arkipelago ini adalah Nusantara Melayu, maka bangsa Melayu bebas bergerak dalam wilayah ini tanpa keperluan kepada pasport atau apa juga sekatan politik mahupun geografi.
Namun kuasa penjajah barat British dan Belanda telah memecahbelahkan geopolitik dan geografi Nusantara Melayu pada tahun 1824.
Pada 1822, British dan Belanda mengadakan kerjasama ketenteraan untuk menentang pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte. Setelah kejayaan kerjasama itu, pada 1824, British dan Belanda mengadakan persefahaman membahagi-bahagikan wilayah jajahan mereka menurut sempadan imaginari mereka sehingga akhirnya menyebabkan wilayah arkipelago nusantara Melayu berpecah-belah; antaranya kawasan barat Selat Melaka di bawah Belanda dan timur Selat Melaka kepada British.
Bermula dari 1824, bangsa Melayu yang sebelum itu bergerak bebas di dalam wilayah arkipelago Nusantara Melayu terpaksa menggunakan pasport untuk memasuki wilayah yang dipisah-pisahkan ini.
Oleh itu, pergerakan bangsa Melayu di dalam wilayah arkipelago nusantara Melayu sebelum 1824 ini tidak boleh disamakan dengan perpindahan kaum Cina ke sini. Mendakwa pergerakan itu sebagai ‘pendatang’ samalah seperti mendakwa mereka yang datang dari wilayah Canton ke Shanghai sebagai imigran!
Pergerakan bangsa Melayu di dalam wilayah arkipelago Nusantara Melayu sebelum 1824 adalah pergerakan biasa bagi mana-mana bangsa di dunia ini yang mendiami wilayah sendiri.
Sebaliknya sejarah mencatatkan nenek-moyang kaum Cina datangnya dari negara China. Itulah hakikat sejarah yang kita tidak boleh nafikan!
Negara China tidak termasuk dalam arkipelago Nusantara Melayu - sebab itu nenek-moyang mereka yang datang ke wilayah Nusantara Melayu dipanggil imigran, sebab mereka melakukan perpindahan benua. Mereka juga tiada pertalian dengan bangsa Melayu sama ada dari segi agama, bahasa mahupun geopolitik dan geobudaya!
Oleh itu mendakwa pergerakan bangsa Melayu di dalam Nusantara Melayu sama seperti perpindahan kaum Cina dari China ke Nusantara Melayu adalah satu putar belit fakta dan sejarah.
Apa pun, pada saya isu seperti ini tidak sepatutnya dimainkan apatah lagi oleh parti komponen BN yang sepatutnya lebih memahami sensitiviti isu sebegini. Adakah mereka mahu menjadi lebih cauvinis daripada DAP? Apakah ini cara mereka mahu meraih populariti politik yang sudah merudum sehingga mengorbankan persefahaman yang telah dibina sekian lama?
Persoalan status anak watan bangsa Melayu ataupun persoalan kewarganegaraan dan nenek moyang kaum Cina dalam negara ini tidak sepatutnya lagi dibangkitkan atau dijadikan bahan politik murahan mana-mana pihak semata-mata untuk meraih undi dan populariti!
Kita perlu menerima hakikat bahawa kini bangsa Melayu, Cina dan India ialah warganegara Malaysia yang terikat dengan persefahaman, aspirasi, semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial untuk bersama-sama membina dan membangunkan tanah air ini ke arah negara maju demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan generasi akan datang.
Kita sekarang, Melayu Cina dan India, adalah rakyat dan warganegara Malaysia!
Selagi kita menghormati Perlembagaan Persekutuan dan cuba sedaya upaya untuk hidup berdasarkan persefahaman, aspirasi, semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial, saya percaya kita akan berjaya membina dan membangunkan negara Malaysia tercinta ini setaraf dan mungkin mengatasi negara-negara maju lain di dunia ini!
Kita juga mesti menolak sebarang amalan atau fahaman ekstremisme, fanatik, rasis, cauvinis dan pelampau sama ada perkauman atau keagamaan! Oleh itu, saya mendesak tindakan keras di bawah Akta Hasutan diambil terhadap Lai Soon kerana ucapan seperti itu adalah berbaur hasutan dan menghina bangsa Melayu.
Malahan ucapan seperti ini perlu dihentikan terus kerana ini bukan pertama kali wakil Gerakan membuat dakwaan seperti ini.
Oleh itu, saya juga mendesak Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong supaya mengotakan janjinya untuk mengambil tindakan disiplin yang tegas termasuk dipecat sebagai ahli terhadap mana-mana pimpinan atau perwakilan kerana memainkan isu perkauman ini.
Kita berharap kesemua pihak termasuk ahli dan pemimpin Gerakan menghayati saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Persidangan Gerakan Ahad lalu supaya semua bentuk fanatik dan ekstremisme agama dan perkauman ditolak!
PENULIS ialah bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/melayu-pendatang-di-malaya-1.15855#sthash.maIkoRp9.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)




