Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label UiTM- 'Pencapaian Bersama Pengiktirafan Dunia. Show all posts
Showing posts with label UiTM- 'Pencapaian Bersama Pengiktirafan Dunia. Show all posts

Tuesday, 29 March 2011

Ekspo Selangkah Ke UiTM tarik lebih 100,000 pengunjung


DARI UTUSAN MALAYSIA
29.3.2011



SHAH ALAM 28 Mac - Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 yang berakhir semalam berjaya menarik lebih 100,000 pengunjung.

Ekspo kali keempat itu berlangsung selama dua hari di 27 lokasi di seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Datuk Sahol Hamid Abu Bakar berkata, daripada keseluruhan pengunjung yang hadir, 60 peratus merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, ekspo di kampus induk Shah Alam menerima pengunjung terbanyak apabila mencatat kedatangan lebih 60,000 orang.

"Kita berharap objektif ekspo iaitu untuk membantu calon-calon pelajar memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan akademik masing-masing akan tercapai," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penutup Ekspo Selangkah Ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam di sini semalam.

Menurut Sahol Hamid lagi, pelajar program diploma akan memulakan pengajian pada penghujung bulan Mei ini manakala bagi peringkat ijazah akan bermula pada awal September.

"Jadi calon-calon yang tidak dapat hadir pada ekspo ini masih perpeluang melayari sistem semakan syarat di laman sesawang www.selangkah.uitm.edu.my.

"Kita juga menjangkakan jumlah pelajar UiTM d akan mencapai angka 200,000 pada semester akan datang," ujar beliau.

KOMEN : SYABAS UiTM - TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA. UiTM SENTIASA DIHATIKU . SASARAN 200,000 PELAJAR AKAN TERCAPAI .

Thursday, 10 March 2011

UiTM teruskan matlamat ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ di Jasin


Oleh Abdul Latif Abu Bakar
pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka.
2011/03/10

DALAM tempoh dua tahun iaitu pada 2013, secara fizikalnya Melaka akan memiliki sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemampuan menerima sehingga 5,000 pelajar. Kampus ketiga UiTM Melaka di Jasin muncul selepas dua kampus, Kampus Alor Gajah di Lendu dan Kampus Bandar Raya, masing-masing menempatkan kira-kira 7,000 dan 4,000 pelajar.

Pembinaan kampus ketiga yang majlis pecah tanahnya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 19 Februari lalu akan menjadikan ketiga-tiga daerah di Melaka memiliki kampus UiTM. Daerah Melaka Tengah menempatkan Kampus Bandar Raya, Daerah Alor Gajah memiliki kampus Lendu, manakala Daerah Jasin akan memiliki kampus UiTM yang sedang dibina di atas tapak seluas 218 ekar di Seri Mendapat. Dengan pembinaan ini lengkaplah program, satu daerah sebuah UiTM di Melaka.

Pengarah UiTM Melaka, Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam dalam temu bual beberapa hari lalu, berkata Kampus Jasin akan menawarkan kursus berasaskan sains dan teknologi.

“Tawaran kursus berasaskan sains dan teknologi di Kampus Jasin akan melengkapkan gabungan kursus yang bukan berasaskan sains dan teknologi di Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandar Raya,” katanya sambil berkata gabungan kedua-dua bentuk kursus itu seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi.

Sesungguhnya pembinaan sebuah lagi kampus UiTM di kawasan terpencil di Seri Mendapat, Jasin akan memberi makna dan warna baru dalam pembangunan kawasan berkenaan dan daerah Jasin secara khususnya.

Pembinaan kampus di kawasan yang sebelum ini tidak begitu dikenali pasti menggerakkan pertumbuhan sosioekonomi kawasan berkenaan kerana permintaan terhadap penempatan pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan bukan akademik serta khidmat sokongan lain akan bercambah. Seperti kata Dr Mizan, pembinaan Kampus Jasin akan menjana pertumbuhan kawasan urban dan desa Seri Mendapat dan kawasan sekitarnya. Banyak perkhidmatan sokongan lain diperlukan oleh warga kampus berkenaan apabila ia beroperasi sepenuhnya dan semuanya akan memberi manfaat kepada penduduk kawasan setempat.

Pintu masuk ke Kampus Jasin ini bagi mereka yang memandu menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan ialah melalui pintu masuk Merlimau Jasin dengan melalui Plaza Tol Lipat Kajang. Kampus ini terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Raya Melaka.

Kewujudan kampus baru di Jasin sudah pasti akan memeriahkan suasana pekan kecil itu dan sudah pasti juga Plaza Tol Lipat Kajang kelak akan sama ‘meriah’ dengan Plaza Tol Simpang Ampat yang menjadi pintu masuk ke Alor Gajah dan Plaza Tol Ayer Keroh yang menjadi pintu masuk ke Bandar Raya Melaka.

Yang menarik juga mengenai penubuhan sebuah kampus baru di kawasan pedalaman ialah UiTM akan memenuhi matlamatnya untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan peringkat tinggi secara lebih meluas lagi kepada anak Melayu yang mungkin kurang mendapat peluang sedemikian kerana masalah kewangan keluarga.

Pembukaan peluang pendidikan untuk anak bangsa jugalah yang diperjuangkan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar apabila beliau mengambil alih tampuk pentadbiran universiti itu. Beliau menggerakkan sebuah program khusus - Mengubah Destini Anak Bangsa - untuk memastikan UiTM menelusuri kembali jejak-jejak awal penubuhannya untuk menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak Melayu.

Program Mengubah Destini Anak Bangsa yang menjadi sebutan utama Dr Sahol dalam hampir segenap pertemuan rasmi, menawarkan peluang melanjutkan pengajian dari peringkat pra-diploma hinggalah ke peringkat ijazah lanjutan dengan pelbagai keistimewaan seperti pengecualian bayaran yuran kepada anak bangsa yang tidak berkemampuan.

Beliau melihat Program Mengubah Destini Anak Bangsa sebagai sesuatu yang sangat dekat dengan dirinya kerana dalam hampir setiap pertemuan beliau menceritakan perihal dirinya yang dihimpit kemiskinan ketika zaman kanak-kanak dan atas kesedaran itu, beliau mahu menyediakan kemudahan melanjutkan pelajaran seluas-luasnya kepada anak bangsa yang turut dihimpit kemiskinan.

Sudah terbukti bahawa perubahan destini bermula dengan pendidikan dan atas kesedaran itu terbentuknya Dewan Latihan RIDA (Rural and Industrial Development Authority) pada 1956 yang menjadi pemula bagi penubuhan UiTM. Kira-kira sembilan tahun selepas itu, Dewan Latihan RIDA dipindah ke bawah bidang kuasa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan namanya turut bertukar menjadi Maktab Mara.

Bagaimanapun, acuan sebenar UiTM ini terbentuk pada 1967 apabila Maktab Mara mendapat nama baru iaitu Institut Teknologi Mara (ITM). Institusi pengajian ini tinggi terus kekal menjadi benteng perjuangan mengangkat martabat pendidikan bangsa Melayu hatta selepas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peningkatan taraf ITM menjadi sebuah universiti penuh pada 1996 dan sehingga hari ini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara.

Benteng perjuangan mengangkat taraf pendidikan anak bangsa ini terus berjalan dan bukti terbaru ialah penubuhan UiTM Melaka Kampus Jasin.

Biar apa pun diperkatakan orang, pendidikan menjadi salah satu aspek paling utama dalam usaha membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia serta mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia demi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi seperti dihasratkan oleh perdana menteri kedua, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein ketika beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971.

Ketika majlis pecah tanah Kampus Jasin bulan lalu, Najib mengumumkan sudah 400,000 graduan dilahirkan oleh universiti berkenaan manakala 180,000 orang masih menuntut kampus-kampus UiTM di seluruh negara, dari Segamat, Johor ke Jengka, Pahang, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Seri Iskandar, Perak dan dari Mukah, Sarawak ke Tawau, Sabah.

Sebenarnya pembinaan UiTM Kampus Jasin menjadi kenyataan selepas kerajaan negeri Selangor menolak cadangan penubuhan kampus di negeri itu yang ditaja oleh Yayasan Basmi Kemiskinan. Siapa sangka, Jasin pula mendapat rahmat daripada permainan tarik tali itu.


KOMEN : PERJUANGAN MENDIDIK ANAK BANGSA AKAN TERUS DI PELOPORI OLEH UiTM. DIMANA ADA USAHA DISITU ADA KEJAYAAN.

Wednesday, 9 March 2011

Contohi pendekatan UiTM


FIKRI JUMIRAN
Bangsar, Kuala Lumpur


DARI mula lagi saya tertarik dengan isu yang dikemukakan dalam surat bertarikh 19 Februari 2011 daripada Adiwira, Kuala Lumpur dan surat bertarikh 22 Februari 2011 daripada Yusuf Jalli, Kuala Lumpur, yang disiarkan di ruangan ini.

Saya juga tertarik dengan surat jawapan bertarikh 28 Februari 2011 daripada Pengarah Unit Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC) UM. Saya tambah tertarik dengan satu lagi surat oleh Siswa Harapan UM bertajuk Minda siapa harus berubah? yang disiarkan pada 7 Mac 2011. Kesemuanya berhubung isu Naib Canselor UM yang dikatakan lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.

Saya bukan seorang pelajar UM. Tetapi sebagai seorang yang bergelar mahasiswa yang telah ditakdirkan rezeki ilmunya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ada baiknya saya cuba berkongsi cerita dan pendapat. Bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya cuba membawa satu contoh institusi yang pada saya cukup seimbang daripada segi pemantapan intelektualnya, mahupun penguasaan dan keutamaan bahasa yang digunakan.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menuntut di UiTM. Bila diimbas kembali saat mula-mula orientasi sebelum bergelar mahasiswa UiTM, saya masih ingat lagi ucapan dasar Naib Canselor yang lalu; "UiTM sudah mencapai banyak kejayaan. Tetapi disebabkan universiti ini hanya untuk bumiputera dan hanya segelintir sahaja pelajar dari luar negara diambil, kita gagal berada dalam ranking universiti terbaik dunia. Walaupun kita tidak diiktiraf, biarlah. Tetapi kita tahu kita memang hebat".

Ketika ini, ucapan dasar tersebut masih terngiang-ngiang di telinga saya. Saban hari saya lihat banyak universiti tempatan lain diiktiraf dunia, tetapi saya hanya tersenyum. Saya tahu kemampuan pelajar dan kakitangan UiTM. Saya juga tahu telah banyak pencapaian bertaraf dunia oleh para pelajar dan pensyarah UiTM.

Menyentuh keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di UiTM, saya tidak lihat bahasa ibunda saya dipinggirkan di sini. Para pelajar dan pensyarah masih berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Apabila perlu, bahasa Inggeris akan digunakan seperti mana proses pembelajaran yang memerlukan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantaraan. Ada seorang pensyarah sahabat saya pernah berkata: "Even you are good in English (pertuturan), you are still Melayu, you are not American."

Daripada segi pasaran kerja, tidak segan saya menyatakan banyak graduan UiTM berjaya mendapatkan kerja dalam pelbagai sektor. Walaupun ada kajian baru-baru ini menyatakan peratusan graduan UiTM yang gagal mendapatkan kerja lebih tinggi, bagi saya, kita perlu lihat daripada segi jumlah kuota penerimaan bilangan graduan yang masuk untuk belajar di sini lebih tinggi berbanding universiti lain. Bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab UiTM ingin membantu anak bangsa sendiri.

Saya juga ingin berkongsi kisah tentang Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, seorang yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan masalah para pelajar. Bagi saya, medium Facebook yang digunakan sangat berkesan. Segala masalah atau kesulitan boleh disalur terus kepada beliau. Tiada lagi birokrasi.

Lebih menyentuh hati, setiap aduan atau sapaan oleh setiap pelajar dijawab mesra dan penuh tanggungjawab oleh beliau di laman sosial tersebut. Saya akui kemudahan di UiTM ada yang tidak sempurna seperti lif yang selalu rosak, mungkin disebabkan kuota pelajar yang semakin meningkat. Tetapi ada sahabat saya yang sentiasa berfikiran positif; "Sudah tiba masanya untuk menggunakan tangga. Sihat juga".

Walaupun kami tidak diiktiraf dalam senarai universiti terbaik dunia, walaupun kemudahan ada cacat celanya, kami tahu UiTM telah cuba sebaik mungkin membantu anak bangsa sendiri. Kami juga tahu kami dapat seimbangkan apa yang perlu untuk menjadikan kami graduan yang berkualiti. Bersederhana itu adalah yang terbaik.


KOMEN : MAJULAH BANGSA MAJULAH NEGARA BERKAT USAHA INSAN YANG BERGELAR MAHASISWA. PENSYARAH HANYALAH PEMBIMBING DAN MAHASISWALAH YANG MENCORAK KEMAJUAN NEGARA MASA HADAPAN. MAJULAH ANAK BANGSA KU...

Friday, 4 March 2011

Universiti Teknologi Mara perkasakan tulisan jawi


DARI UTUSAN MALAYSIA



SHAH ALAM 3 Mac - Bagi memperkasakan penulisan dan teknik membaca jawi, seramai 70 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyertai Bengkel Cepat Membaca Jawi Dengan Kaedah Nombor di kampus induknya, di sini hari ini.

Bengkel itu dikendalikan oleh pengasas teknik tersebut, Wan Mohd. Azhar Wan Mahamod yang juga guru pendidikan Islam Sekolah Kampung Jambu, Jalan Rambutan, Taiping, Perak.

Turut serta dalam bengkel itu ialah Pengarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM, Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman.

Menurut Muhamad Rahimi, bengkel sehari itu adalah untuk mendedahkan peserta dengan kaedah membaca jawi melalui nombor.

Katanya, bengkel itu juga bertujuan membentuk satu kumpulan penggerak yang boleh memainkan peranan ke arah penghayatan jawi dalam kalangan warga UiTM.

''Peserta hari ini akan dijadikan 'mentor' kepada para pelajar di universiti ini agar mereka lebih cepat pandai membaca dan menulis jawi,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, ia juga salah satu cara bagi menyahut saranan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar agar memperkasakan tulisan jawi di institusi pengajian tinggi yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam.

Beliau berkata, pihaknya memilih Wan Mohd. Azhar mengendalikan bengkel tersebut setelah mendapati teknik belajar jawi yang diperkenalkan oleh beliau begitu berkesan.

Katanya, sebelum ini, penceramah tersebut juga pernah mengadakan bengkel yang sama di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina melibatkan guru-guru bukan Islam di sekolah tersebut.

''Kaedah membaca jawi menggunakan nombor didapati membolehkan seseorang itu membaca jawi hanya dalam tempoh lima jam pembelajaran.

''Sekiranya teknik yang dipelajari itu berkesan, para peserta akan mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar UiTM agar mereka berpeluang mempelajari tulisan jawi," katanya.


KOMEN : KEPADA PELAJAR-PEJAR UiTM AMBIL PELUANG YANG DIBERIKAN. SEMOGA MAJU DALAM SEGALA LAPANGAN YANG DICEBURI.

Monday, 21 February 2011

Selangor rugi tolak UiTM


Oleh amran mulup
utusanmelaka@utusan.com.my


JASIN 19 Feb. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membuat keputusan tidak bijak apabila menolak projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, Selangor pada 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu merugikan penduduk di Hulu Selangor dan yang mendapat rahmatnya kini adalah penduduk di Seri Mendapat di sini ekoran pembinaan kampus baru di tanah seluas 218 ekar itu.

“Kerajaan Selangor tidak bijak kerana menolak rezeki tetapi sebaliknya orang Melaka khususnya di Seri Mendapat mendapat untung dengan pembinaan UiTM Melaka Kampus Jasin yang baru.

“Keputusan yang diambil oleh kerajaan pembangkang itu bermotif politik kerana sanggup menzalimi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah yayasan untuk membantu orang miskin dan anak-anak yatim.

‘‘Tetapi kita nak tunjukkan kebenaran bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membela rakyat dan pelajar UiTM,” ujarnya.

Beliau berucap pada majlis perasmian mula kerja di tapak projek UiTM Melaka Kampus Jasin dan pertukaran dokumen perjanjian pinjaman antara YBK Usahasama Sdn. Bhd. dengan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Seri Mendapat di sini, hari ini.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Kampus baru UiTM Melaka cawangan Jasin dibina di atas tanah seluas 218 ekar di Mukim Semujuk daerah Jasin di sini menempatkan satu kompleks yang boleh menampung kapasiti pelajar berjumlah 5,000 orang.

Projek pembinaan kampus bernilai RM297 juta itu bakal menempatkan tiga buah fakulti iaitu Sains Gunaan, Pengurusan Ladang serta Sains Komputer dan Matematik yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, sejak penubuhan UiTM pada 1967, seramai 400,000 graduan dilahirkan, manakala 180,000 masih menuntut di universiti berkenaan di seluruh negara.

Beliau menambah, bekas graduan daripada universiti berkenaan kini masing-masing memegang jawatan tinggi sama ada di sektor awam atau swasta manakala sebahagian daripadanya menjadi tenaga profesional.

Ujarnya, kalau dikaji latar belakang bekas graduan UiTM, mereka terdiri daripada keluarga miskin, petani, nelayan, penoreh getah dan pembantu am rendah tetapi hari ini mereka berjaya menjawat jawatan tertinggi.

“Ini semua dilakukan kerana kita percaya kalau nak mengubah untung nasib sesebuah bangsa, senjata paling berkesan sekali adalah melalui pendidikan dan ini telah kita buktikan sebagai satu kenyataan,” ujarnya.


KOMEN : DAH BODOH SOMBONG PULAK TU KHAS UNTUK MB SELANGOR. DIA KALAU BOLEH NAK DIBUKANYA UiTM UNTUK PELAJAR CINA DAN INDIA. AKAL PENDEK UNTUK DAPATKAN SOKONGAN DARI CINA DAN INDIA. SAKIT HATI BETUL DIA PADA KECEMERLANGAN ANAK BANGSA MELAYU/ISLAM. ADAKAH DIA SUDAH BUANG IDENTITI KEMELAYUANNYA UNTUK BERSAMA-SAMA BANGSA ASING MENGHANCURKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM. SILAPNYA ORANG MELAYU YANG MENYOKONG DIA HINGGA MEMBAWA REBAH. CINA DAN INDIA YANG KETAWA.

Saturday, 19 February 2011

Bank Islam serah zakat perniagaan RM200,000 kepada UiTM


DARI UTUSAN MALAYSIA



SHAH ALAM 18 Feb. - Bank Islam (M) Bhd. hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM200,000 kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk disalurkan kepada tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, sumbangan Bank Islam itu adalah usaha bersama kedua-dua pihak bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.

Katanya, Bank Islam mula menyumbang zakat kepada UiTM sejak 2007 sejumlah RM120,000 selain melancarkan Kad Platinum MasterCard Bank Islam-Alumni UiTM sebagai salah satu cara menambahkan dana MDAB.

''Melalui penggunaan kad ini, setiap kali ia digunakan untuk pembelian runcit, sebanyak 0.3 peratus daripadanya akan disumbangkan kepada tabung MDAB," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan zakat perniagaan Bank Islam kepada tabung MDAB, di sini hari ini.

Sumbangan zakat tersebut diserahkan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat kepada Sahol Hamid pada majlis tersebut.

Tabung MDAB adalah satu projek kemasyarakatan dan kebajikan UiTM yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu membayar yuran pengajian pelajar miskin yang mengikuti kursus pradiploma di universiti berkenaan.

Setakat ini, lebih 5,000 pelajar telah menerima manfaat daripada program tersebut sebelum mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma.

Menurut Sahol, UiTM akan terus aktif memperkasakan ibadat zakat apabila sehingga tahun lalu, universiti itu berjaya mengumpul wang zakat sebanyak RM4.2 juta.

Jelasnya, melalui program Sadaqah yang diperkenalkan sejak bulan Ramadan tahun lalu, pihaknya berjaya mengumpul dana dengan purata sebanyak RM3,500 setiap bulan.

''Sejak 54 tahun lalu, UiTM bersama pelbagai pihak bertungkus-lumus melaksanakan segala perancangan dan usaha untuk membantu pelajar Melayu dan bumiputera dengan menyediakan pelbagai peluang pendidikan tinggi," katanya.

KOMEN : UiTM DIHATIKU. TERUSKAN USAHA MURNI KITA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Alumni UiTM usah lupa jasa kerajaan, kata Najib


19/02/2011 12:47pm



JASIN 19 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan alumni dan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar tidak melupai jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang selama ini terus membela nasib mereka untuk menjadi golongan yang berjaya.

Beliau berkata, kira-kira 500,000 alumni UiTM kini berjawatan tinggi dalam kerajaan dan swasta dan sebagai orang profesional adalah hasil daripada usaha universiti yang ditubuh kerajaan itu.

Katanya, kalau dikaji latar belakang setengah juta alumni UiTM itu, mereka berasal dari keluarga sederhana seperti pekebun kecil, petani, nelayan dan pembantu am rendah.

"Tetapi mereka hari ini orang yang berjaya dan berjawatan tinggi kerana jasa UiTM kepada mereka selama ini," katanya semasa merasmikan Mula Kerja di tapak projek UiTM Melaka kampus Jasin di Seri Mendapat, dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sejak dahulu lagi terus mengubah nasib anak bangsa dengan menggunakan senjata yang paling berkesan iaitu dengan memperkasakan bidang pendidikan. - Bernama

KOMEN : UiTM DIHATIKU. TERUSKAN USAHA MENDIDIK ANAK BANGSA.

Monday, 14 February 2011

73 peratus pelajar daif ambil pradiploma UiTM


DARI BERITA HARIAN
2011/02/14


MACHANG: Dianggarkan 73 peratus daripada kira-kira 10,000 pelajar miskin yang terbabit dalam program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' berjaya diserapkan ke dalam pelbagai program pradiploma Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata projek bermatlamat memajukan bangsa Melayu itu juga menyaksikan ada yang mengikuti pengajian peringkat diploma. Katanya, walaupun ada pelajar yang gagal dalam program disediakan itu, namun UiTM masih memberi peluang mereka mengembangkan kemahiran dengan ditempatkan di Pusat Giat Mara. “Program ini adalah inisiatif UiTM yang komited membantu anak Melayu mendapat ilmu.

“Program dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ini, tidak memerlukan pelajar miskin mengeluarkan belanja, hanya isi borang dan saya akan benarkan mereka mengikuti program disediakan,” katanya selepas majlis Budimu Dikenang, Jasamu Disanjung, yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di UiTM Kampus Machang, di sini, semalam.

Majlis itu diadakan sempena pertukaran bekas Pengarah UiTM Kampus Machang, Prof Datuk Dr Hussin @ Mohamad Ab Rahman, yang sudah bertugas di Fakulti Undang-Undang, di Shah Alam, Selangor, awal bulan ini.

Sahol Hamid bagaimanapun kecewa, apabila pelajar di Kelantan tidak merebut peluang disediakan itu kerana daripada 800 kuota disediakan, hanya 300 pelajar merebut peluang berkenaan. “Masih ada 500 kuota lagi untuk pelajar di Kelantan dan perkara ini berlaku mungkin disebabkan penyaluran maklumat mengenai program ini tidak dikembangkan ke peringkat kampung. Ekoran itu, saya akan meminta pengarah kampus serta pensyarah turun padang mencari serta membantu pelajar miskin,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran mencapai 250,000 pelajar menjelang 2015, beliau berkata, UiTM dalam perancangan membina enam kampus baru untuk menampung keperluan itu.

"Enam kampus berkenaan ialah di Jasin, Melaka, yang majlis pecah tanahnya akan dilakukan Najib tidak lama lagi, Pasir Gudang (Johor); Mukah (Sarawak); Klang, Selangor dan Raub, Pahang dengan pembangunannya dilakukan menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

"Seramai 180,000 pelajar sedang menuntut di UiTM sekarang dan ia sudah menghampiri sasaran 250,000 itu, tiga tahun lebih awal sekali gus membuktikan komitmen universiti ini dalam membantu anak Melayu di negara ini," katanya.

KOMEN : TERUSKAN MEMBANTU ANAK DESA UNTUK MENJADI CERDIK PANDAI YANG BERINTEGRITI DAN MAMPU BAESAING DIPERSANDA DUNIA. UiTM TETAP DIHATIKU.

Sunday, 13 February 2011

Jangan kongkong budaya akademia pensyarah


DARI UTUSAN MALAYSIA





ZAINI Hassan (kanan) berucap di forum Perlunya Rejuvenasi Budaya Akademik yang turut disertai sebagai panel, Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (dua, kiri), Mior Kamarul Shahid (dua, kanan) dan selebriti Fahrin Ahmad sebagai moderator (kiri) sempena Persidangan Akademik 2011 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor di UiTM, Shah Alam, semalam. Persidangan itu dihadiri oleh 4,000 kakitangan UiTM.

SHAH ALAM 11 Feb. - Para pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak seharusnya terikat dengan kerenah birokrasi yang ketat bagi membolehkan mereka bebas melontarkan idea dalam konteks akademik.

Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, ini bagi membolehkan kecemerlangan UiTM yang selama ini melahirkan graduan yang hebat dapat diteruskan.

''Langkah UiTM untuk menjadi universiti yang menghasilkan seramai 250,000 pelajar dalam satu-satu masa harus diseimbangkan dengan hasil yang berkualiti.

''Oleh itu, budaya akademia para pensyarah harus lebih terbuka. Dengan cara itu sahaja mereka dapat melahirkan pelajar yang hebat,'' katanya semasa menjadi panel dalam forum bertajuk: Perlunya Rejuvenasi Budaya Akademik Universiti sempena Persidangan Akademik 2011 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Mac ini di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) di sini hari ini.

Kata Zaini, UiTM juga perlu mencari jalan supaya dapat terus menlahirkan siswazah yang lebih berkualiti.

"Selain itu pihak universiti juga perlu memberi ruang kepada pihak swasta supaya kedua-duanya dapat menjalinkan kerjasama agar para pelajar mereka dapat dilatih serta didedahkan dengan dunia pekerjaan sebenar.

"Ia penting kerana ini akan membuatkan para pelajar lebih bersedia dengan situasi serta suasana kerja sekali gus dapat melahirkan lulusan yang telah bersiap sedia menghadapi tekanan kerja pada bila-bila masa," jelasnya.

Turut menjadi panel dalam forum itu ialah, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Forum itu dipengerusikan oleh selebriti terkenal, Fahrin Ahmad yang juga lepasan UiTM dalam bidang undang-undang.

Dalam pada itu, Sahol Hamid berkata, beliau kecewa kerana ada ahli akademik pada hari ini hanya mementingkan soal gaji dan kenaikan pangkat serta tidak menganggap mendidik anak bangsa itu sebagai satu kepuasan.

"Semua pihak di dalam sesuatu universiti sepatutnya berperanan dalam usaha melahirkan graduan yang berkualiti.

"Ahli akademik perlu ada semangat dedikasi dan mereka perlu menanam minat dalam mendidik anak bangsa," katanya.

Dalam pada itu, Mior Kamarul pula berkata, IPT di negara ini perlu mencontohi UiTM yang telah berjaya melahirkan ramai siswazah berkualiti yang kini berjaya dalam bidang diceburi.

KOMEN : ALHAMDULILLAH BERJAYA JUGA PERSIDANGAN AKEDEMIK UiTM 2011 YANG DIADAKAN DARI 10HB. HINGGA 12HB. FEB. 2011 DI DEWAN AGONG TUANKU CANCELOR (DATC) DIPUSAT KONVENSYEN BARU UiTM. TAHNIAH KEPADA DIRI TEMAN KERANA MENJADI SALAH SEORANG URUSETIA YANG BERTUGAS SEPANJANG PERSIDANGAN ITU DIJALANKAN BERSAMA-SAMA STAF UiTM YANG LAIN.

Kampus baru UiTM Sarawak


Oleh SOPI SAMAILE
utusansarawak@utusan.com.my


PELAN induk cadangan membina Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Samarahan.

SAMARAHAN 11 Feb. – Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sarawak akan memiliki bangunan kampus baru di Kota Samarahan di sini yang berharga hampir RM300 juta bagi menampung pertambahan pelajar sehingga 4,000 orang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan projek itu akan menggunakan model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan bakal dilaksanakan di atas tanah milik UiTM berkeluasan 35.6 hektar berhampiran Ibu Pejabat Salcra di sini.

Menurutnya, projek yang dijangka siap pada 2013 itu akan membabitkan pembinaan bangunan akademik, fakulti, asrama, pusat sukan, perpustakaan dan surau.

“Menerusi model PFI, syarikat swasta akan membiayai, membina dan menguruskan projek-projek tersebut dan setelah projek disempurnakan, maka kerajaan akan melakukan pembayaran pada setiap tahun sehingga 2033 sebelum bangunan berkenaan diserah balik menjadi hakmilik kerajaan.

“Dengan adanya kampus baru ini, ia dapat meningkatkan pengambilan pelajar sehingga 4,000 orang, manakala kampus lama mampu menampung kira-kira 5,000 orang,” katanya pada sidang akhbarnya di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat dan melawat tapak projek pembangunan kampus baru UiTM cawangan Sarawak sambil diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab. Rahim Md. Noor serta Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman Omar.

Pada masa sama, Mohamed Khaled memberitahu, kementerian itu juga ada menerima cadangan untuk mewujudkan kampus baru UiTM di Mukah, bagaimanapun ia masih dalam peringkat perbincangan.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya UiTM melakukan perancangan bagi menyediakan kursus-kursus baru yang sesuai dengan keperluan pembangunan di negeri ini seperti projek pembangunan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

“Pada masa ini, UiTM cawangan Sarawak menawarkan sebanyak 23 program diploma dan empat program dan kita berharap ada kursus-kursus baru yang selari dengan pelaksanaan SCORE,” ujarnya.

Sebelum melakukan lawatan ke tapak pembinaan kampus baru UiTM, Mohamed Khaled turut melawat projek pembangunan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang membabitkan kos sebanyak RM180 juta dan dijangka siap pada Mac tahun depan.

KOMEN : SEMOGA HASRAT UiTM UNTUK MENDIDIK LEBIH RAMAI ANAK BANGSA SEBAGAI AKAN TERCAPAI DENGAN TERDIRINYA LEBIH BANYAK KAMPUS MODEN DI SELURUH NEGARA..

Wednesday, 2 February 2011

Cawangan baru UiTM Pulau Pinang siap tiga tahun lagi


DARI UTUSAN MALAYSIA



BALIK PULAU 30 Jan. - Sebuah lagi kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan dibina di negeri ini dalam tempoh tiga tahun ini bagi menampung keperluan pendidikan tinggi yang semakin meningkat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembinaan kampus berkenaan jelas menunjukkan komitmen dan keikhlasan kerajaan dalam mewujudkan hab pendidikan terbaik di seluruh negara.

"Ini bukti kerajaan yang bukan sahaja memikir dan merancang pelbagai agenda pembangunan tetapi juga komited bagi memastikan segala agenda yang akan dilaksanakan adalah untuk kepentingan rakyat.

"Malah pembinaan kampus cawangan UiTM merupakan salah satu daripada faedah pembangunan untuk rakyat yang boleh diambil kira," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan sementara UiTM Pulau Pinang Kampus Balik Pulau.

Bagaimanapun, lokasi sebenar tapak institusi pengajian tinggi berkenaan masih lagi belum diputuskan, namun Nor Mohamed percaya pembinaan kampus baru berkenaan akan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Difahamkan, selaras dengan perancangan kerajaan untuk memperkasa institusi pengajian tinggi di negara ini, penekanan kepada kampus itu akan diberikan terhadap kursus-kursus berimpak tinggi khasnya bidang sains dan teknologi.

Justeru, pembinaan kampus berkenaan dilihat selari dengan hasrat kerajaan apabila menjadi kampus pertama seumpamanya yang berteraskan kejuruteraan teknologi tinggi.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kampus terbaru tersebut akan menyediakan kursus berkaitan akaun, perniagaan dan bidang teknologi perkomputeran.

"Ia bersesuaian dengan Pulau Pinang yang giat dengan aktiviti perindustrian," ujarnya.

Tambah Sahol lagi, ketika ini, kampus sementara yang memuatkan 300 orang pelajar cukup unik kerana semua pelajar yang mengikuti pra diploma di kampus sementara berkenaan terdiri daripada pelajar miskin.

"Oleh itu, belajar di sini, akan memberi peluang kepada mereka supaya tidak tercicir selepas tamat persekolahan peringkat menengah," katanya.

KOMEN : HARAP-HARAP TIADA GANGGUAN DARI KERAJAAN DAP YANG MEMERINTAH DEMI PENDIDIKAN ANAK-ANAK BANGSA. JANGAN JADI MACAM DI SELANGOR BILA AGENDA PENDIDIKAN PUN DI POLITIKAN SEPERTI KES CADANGAN PEMBINAAN KAMPUS UiTM DI SERENDAH...

Friday, 21 January 2011

UiTM student posts highest score in accounting course


FROM NST
2010/12/23
By Hanif Miswan

SHAH ALAM: Few Malaysians can stake claim to being the best in the world, Universiti Teknologi MARA (UiTM) student Khalid Kamarulzaman is one of them. He was acclaimed the ‘World’s Best CAT Graduate’ in the Certified Accounting Technician (CAT) programme. The results were announced in October.

The 19-year-old Faculty of Accountancy student scored the highest aggregate of 474 marks or an average of almost 95 per cent, for five advanced CAT papers.

CAT is an international qualification offered by the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), the global body for professional accountants headquartered in the United Kingdom.

The qualification provides the graduate with the necessary knowledge and skills in Finance and Accounting to perform an accounting-support role. It is also designed to fast-track students towards a full-fledged career in accountancy.

Khalid achieved a perfect score in Drafting Financial Statements (T6) and came close in Managing People and Systems (T5) with 98 per cent.

His marks in these two papers were the highest in the world.

He also posted 97 per cent for Planning - Control and Performance Management (T7), 90per cent for Preparing Taxation Computations (T9) and 89 per cent for Managing Finances (T10).

“It was important for me to shine in this programme as it has placed me on the right path to achieving my dreams so I can help my less fortunate family,” said Khalid in an interview with Varsity Voice on Nov 21.

Although he expected to pass the CAT exams with flying colours, the outstanding results were “...a dream come true, and a tribute to my love for mathematics and numbers”.

The third son in a family of nine siblings from Hulu Langat, Selangor, Khalid has now set his sights on completing another 11 courses in the ACCA programme to become a chartered certified accountant.

“CAT is only the first step. I intend to do just as well in the ACCA examination before gaining work experience and eventually opening up my own accountancy practice.”

“For now, I must be careful not to get too carried away as there is still a lot to learn and a long way to go before I can fulfill my aspirations,” he added.

The CAT programme was first offered by the faculty in 2002 to SPM graduates who had at least five credits, inclusive of Mathematics, Malay and English.

Khalid was recognised as a top student during the Faculty’s Excellence Day on Oct 6, during which he received an award from UiTM’s Vice Chancellor Datuk Professor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

(Ed: This article first appeared in Varsity Voice, a monthly publication jointly produced by the New Straits Times and Universiti Teknoogi MARA (UiTM) under the newspaper's Journalism on Campus project.)


KOMEN : SYABAS SAUDARA KHALID KAMARULZAMAN

Thursday, 17 September 2009

Alumni UiTM sasar 36,000 ahli setiap tahun






SHAH ALAM 13 Sept. - Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) berhasrat untuk menarik kira-kira 36,000 bekas pelajar universiti itu setiap tahun bagi mengukuhkan semula peranannya pada masa depan.

Presidennya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, langkah itu diambil selaras dengan sasarannya untuk mengembangkan keahlian alumni daripada pelbagai kepakaran.

Menurutnya, UiTM mempunyai bilangan bekas pelajar paling ramai iaitu 365,000 orang dan ia merupakan aset amat berharga dan boleh digembleng bukan hanya untuk perkembangan alumni semata-mata.

Katanya, bekas pelajar terlibat bukan sahaja dapat menyumbang tenaga dan pengetahuan masing-masing terhadap pembangunan UiTM tetapi juga kepada pelajar serta negara.

"Kita sasarkan kira-kira 10 peratus keahlian setiap tahun dan kita yakin usaha itu dapat memantapkan lagi PAUiTM dan UiTM sebagai institusi pengajian tinggi terkemuka di negara ini.

"Melalui penyertaan bekas pelajar ini juga, mereka bukan hanya dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain tetapi juga berkongsi idea serta kerjasama ke arah pembangunan secara keseluruhan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama kepimpinan serta ahli PAUiTM di Seksyen 7 di sini malam tadi.

Tambah Mohd. Zin, dalam masa yang sama, PAUiTM turut merangka beberapa aktiviti serta program yang memperhebatkan lagi peranan mereka dari semasa ke semasa.

Katanya, PAUiTM akan mengadakan program Wacana Membasmi Kemiskinan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya yang dijadual turut dihadiri oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Oktober ini.

Selain itu, program tersebut akan turut disusuli dengan pelancaran laman web rasmi PAUiTM yang akan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat terkini serta perkembangan semasa persatuan kepada orang ramai khususnya pelajar dan bekas pelajar.

Thursday, 30 July 2009

Pelajar miskin dikecuali yuran




Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

IBRAHIM Abu Shah dan Ir. Mohd. Zain Mohamed (kiri) sebelum mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Alumni UiTM di UiTM Shah Alam, semalam. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 29 Julai – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) memohon kepada kerajaan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) supaya pelajar keluarga miskin dari bandar dan luar bandar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM3,000 dan RM1,500 sebulan dikecualikan membayar yuran pengajian.

Pada waktu yang sama pelajar-pelajar tersebut mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga adik-beradik masih bersekolah rendah atau menengah.

Presidennya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata walaupun dimaklumkan bahawa UiTM telah mengadakan skim kebajikan tersendiri untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi beliau harap jaringan tersebut diperluaskan.

‘‘Pihak alumni juga memohon dan mencadangkan supaya UiTM memperkenalkan biasiswa tahunan yang akan dilaksanakan secara direct grant dimulai dengan mengenal pasti potensi pelajar bumiputera cemerlang mulai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

‘‘Mereka ini akan dibiayai sehingga ke peringkat pengajian doktor falsafah dengan syarat akan menabur bakti semula di UiTM,” katanya.

Mohd. Zain menyatakan demikian pada sidang akhbar dan menerusi kenyataan yang diedarkan selepas mengetuai barisan 14 Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah di sini hari ini.

Beliau berkata, cadangan-cadangan tersebut adalah antara yang dikemukakan dalam pertemuan pertama dengan Ibrahim dengan fokusnya bagaimana mahu mengemblengkan graduan UiTM yang sudah mencecah seramai 362,000 orang.

Tambahnya, disarankan supaya dua pelajar dari setiap negeri dipilih dan dihantar melanjutkan pengajian ke universiti ternama seperti Havard, Oxford, Cambridge, Yale dan Princeton dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan ia akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah Alumni UiTM.

‘‘Pihak Alumni juga berhasrat untuk mewujudkan Pusat Perkhidmatan dan Skill Alumni UiTM di setiap negeri dengan menyediakan kelas bahasa Inggeris dengan kadar bayaran minimum kepada masyarakat setempat,” katanya.

Beliau menjelaskan, pusat tersebut juga menjadi pusat latihan dan kepimpinan bagi mengkukuhkan jatidiri membina negara bangsa, membimbing kerohanian dalam membina Melayu terhebat dan menyediakan kemahiran bagi mereka yang tercicir alam persekolahan.

Katanya, Yayasan Pendidikan dan Khidmat Sosial Alumni UiTM akan diwujudkan dengan ahli menyumbang RM10 sebulan selain memohon pihak kerajaan menambah dana berasaskan matching grant bagi membantu dalam pihak memerlukan antaranya berkaitan pendidikan dan perubatan.

Wednesday, 15 July 2009

UiTM lakar sejarah juara hoki






IPOH - Pasukan hoki Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul institusi pengajian tinggi (IPT) pertama menjadi johan Divisyen Satu Liga Hoki Kebangsaan.

Pada perlawanan terakhir liga mereka yang berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, kelmarin, UiTM berjaya menewaskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 3-1.

Separuh masa pertama, UiTM lebih dulu membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Jaza Hanim sebelum MBI menyamakan kedudukan hanya selepas dua minit babak kedua bersambung.

Namun, jaringan penyamaan itu tidak mematahkan semangat UiTM yang memerlukan lima minit untuk kembali mendahului.

Jaza sekali lagi mempamerkan kepakarannya dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-42.

Tidak cukup dengan jaringan itu, UiTM menambah derita pasukan tuan rumah menerusi gol ketiga yang dijaringkan Nazmi Kamaruddin pada minit ke-55. Kedudukan itu kekal hingga tamat permainan.

Jurulatih UiTM, Saiful Azli Abd.Rahman berkata, faktor kejayaan UiTM adalah didorong oleh anak buahnya yang bermain dengan semangat berpasukan yang tinggi dan berdisplin.

"Dengan kejayaan ini, tahun hadapan UiTM akan beraksi dalam liga utama Hoki Kebangsaan," katanya.
Komen : Tahniah kepada semua permain yang telah berjaya mencipta sejarah dalam Sukan Hoki Negara. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada UiTM untuk melahirkan lebih ramai ahli-ahli sukan yang berkelibar dan berjaya di peringkat antarabangsa.

Tuesday, 30 June 2009

Petang bermakna bagi penuntut baru UiTM



Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Khaled Nordin, Saifuddin Abdullah dan Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah melakukan senam seni bersama lebih 3,000 pelajar baru sempena Minggu Siswa 2009 di Stadium Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, semalam. - Bernama

SHAH ALAM 28 Jun - Lebih 3,000 penuntut baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) sesi akademik baru tahun ini termasuk pelajar senior yang mengendalikan Minggu Mesra Siswa 2009 bertuah kerana dapat bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melakukan aktiviti senam seni.

Najib dan Rosmah bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah, yang tiba di Stadium UiTM pada pukul 5.30 petang, terus menyertai para penuntut melakukan senam seni iaitu senaman berbentuk tarian yang diiringi dengan irama tradisional.

Para pelajar mengambil kesempatan untuk berjabat tangan dengan Perdana Menteri dan isteri yang tidak disangka-sangka menyertai mereka dalam acara senam seni, satu acara Minggu Mesra Siswa pada kali ini.

Seorang pelajar jurusan muzik, Maznor Zairi, 18, ketika ditanya mengenai kehadiran Perdana Menteri, berkata beliau berasa bangga pemimpin nombor satu negara itu dapat bersama-sama melakukan senam seni dengan para penuntut baru.

"Tak sangka Perdana Menteri datang gembira, dapat salam dengan dia," katanya.

Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit melakukan senam seni dan beramah mesra dengan para penuntut, Najib dan isteri serta rombongan termasuk pelajar berjalan kaki ke Kolej Perindu, sebuah asrama lelaki yang terletak tidak jauh daripada stadium universiti itu.

Najib melawat hingga ke dalam bilik penginapan pelajar bagi meninjau kemudahan yang disediakan bahkan memasuki dan memeriksa keadaan tandas di asrama itu.

Dalam aktiviti turun padang yang dilakukan sejak menjadi Perdana Menteri April lepas, Najib sempat meluangkan masa selama 30 minit minum dan berbual bersama lebih 30 penuntut di kafetaria Kolej Perindu bagi mengetahui masalah mereka, harapan sebagai generasi baru dan pandangan mereka terhadap kerajaan masa kini. Sebelum menamatkan lawatannya, Najib menandatangani Buku Pelawat Kolej itu. - BERNAMA

Thursday, 25 June 2009

UiTM larang kakitangan, pelajar ke luar negara




SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah mengeluarkan arahan melarang semua kakitangan dan pelajarnya ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi ancaman wabak Influenza A (H1N1).

Naib Canselornya, Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pada awalnya, pentadbiran UiTM hanya tidak menggalakkan mereka ke luar negara, tetapi apabila wabak itu terus merebak, mereka dilarang terus ke luar negara, sama ada atas tujuan peribadi mahupun untuk tugasan termasuk menghadiri dan membentangkan kertas kerja.

"Saya sendiri sudah keluarkan arahan kepada semua kakitangan UiTM di (kampus) seluruh negara supaya mengambil tindakan drastik ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa mengenai Kejuruteraan Mekanikal Lanjutan anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM, di sini semalam.

Ibrahim berkata, arahan itu dikeluarkan bukan saja untuk negara yang sudah mencatatkan kes jangkitan H1N1 seperti Amerika Syarikat, Australia, Britain dan China tetapi juga negara lain.

Bagaimanapun, katanya kebenaran akan diberikan tetapi mengikut kes seperti ingin mengerjakan ibadat umrah dan atas sebab yang kukuh untuk dipertimbangkan.

Tindakan itu, katanya perlu dibuat berikutan UiTM mempunyai ramai pelajar di seluruh negara dan pentadbiran IPT itu perlu memastikan keselamatan pelajar dan kakitangannya tidak terjejas.

Beliau berkata, arahan itu akan dikekalkan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan.

Difahamkan UiTM mempunyai seramai 123,479 pelajar, 7,556 kakitangan akademik dan lebih 6,000 kakitangan bukan akademik di seluruh negara.

Ibrahim berkata, satu jawatankuasa khas juga sudah ditubuhkan di UiTM dan diketuai Pengarah Pusat Kesihatan UiTM, Dr Zaiton Nasir, yang memantau wabak itu serta mengambil langkah berjaga-jaga.

Semalam, akhbar melaporkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengarahkan semua IPT membentuk jawatankuasa khas menghadapi ancaman wabak H1N1, menjelang bermulanya sesi pengajian 2009/2010 bulan depan.
Setuju sangat dengan saranan NC tu..bukan apa bila dah terkena penyakit H1N1 ni orang sekeliling pun terancam sama...Apakata kita membantu kerajaan memperbaiki ekonomi negara..kepada yang mampu bercuti keluar negara tu jom kita bercuti di dalam negara aje...tapi kalau terpaksa juga nak ke luar negara mohonlah kelulusan pada NC ya tak...kalau tugas penting sangat mesti boss kita luluskan....

Thursday, 11 June 2009

Ibrahim ada 130,000 'anak'









Ibrahim Abu Shah dan isteri bergurau senda dengan empat daripada enam anak mereka (depan dari kiri) Izura, Izhamuddin, Izuddin ( berkaca mata) dan Izanee (belakang).
Oleh MERAN ABU BAKAR

TOKOH akademik bermisai melintang ini pasti digeruni oleh sesiapa sahaja yang melihatnya buat kali pertama. Mereka yang tidak mengenalinya dari dekat mungkin menafsirkan bahawa beliau seorang yang garang dan bengis.

Namun hakikatnya, lelaki yang berasal daripada Kampung Serkam Pulai, Melaka ini adalah seorang periang, peramah dan mudah didekati.

Pada mulanya penulis sendiri tidak menyangka bahawa beliau bersedia menerima permintaan penulis untuk mengadakan temu bual di rumahnya. Sangkaan penulis tentulah orang yang begitu sibuk sepertinya tidak mempunyai masa untuk melayan temu bual sempena Hari Bapa yang akan menjelang tiba. Pada beliau mungkin isu-isu akademik lebih penting dan harus diutamakan.

Bagaimanapun sangkaan penulis ternyata meleset. Temujanji yang dibuat pada pukul 8.30 malam di rumah tiga tingkat milik beliau berjalan dengan lancar.

Selepas dipersilakan masuk oleh anak bongsu beliau, Izhamuddin, 17, penulis 'mencuci mata' dengan memerhatikan ruang tamu rumah yang dipenuhi dengan gambar-gambar beliau semasa menerima pingat kebesaran dan gambar bersama isteri tersayang, Datin Zahariah Mohamed.

Sehelai hamparan permaidani buatan tangan tergantung yang menampilkan wajah beliau nampak seakan-akan 'hidup' dan seperti memerhatikan orang yang melihatnya. Memang nampak garang, detik hati penulis.

Seketika itu juga, beliau turun dan menyapa. Berkemeja lengan pendek corak kekotak biru dan berseluar denim hitam, lelaki yang dimaksudkan ini, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, ramah menerima tetamu.

''Saya baru sahaja habis bersenam. Setiap hari saya akan pastikan saya dapat melakukan senaman seperti angkat berat, berjalan kaki di atas treadmill atau berenang. Di rumah saya ini ada gim kecil yang lengkap dengan peralatan senaman,'' katanya yang nampak tegap, muda dan sihat.

Justeru, walaupun telah mencecah usia 60 tahun, Ibrahim tidak menghidap apa-apa penyakit yang sering dihidapi oleh mereka yang seusia dengan beliau seperti jantung, darah tinggi atau kencing manis.

Rancak memulakan perbualan, bapa kepada enam orang anak (dua perempuan dan empat lelaki) begitu bersemangat apabila bercerita mengenai 'anak-anak'nya di UiTM.

Dipanggil sebagai 'ayahanda' oleh sebahagian daripada lebih 130,000 pelajar UiTM, Ibrahim menganggap mereka seperti anak sendiri kerana mereka juga seusia dengan anak-anak kandungnya.

''Perasaan sayang saya kepada pelajar-pelajar ini memang kuat. Saya memandang mereka seperti memandang anak sendiri, menganggap diri saya sebagai bapa mereka, berbangga dengan kejayaan mereka dan satu kepuasan apabila mereka berjaya dalam karier mereka.

''Sebagaimana saya mempertahankan anak-anak dalam rumah ini, begitu juga saya mempertahankan pelajar UiTM kerana mereka adalah tanggungjawab besar saya,'' ujar beliau yang lima orang anaknya menerima pendidikan di UiTM.

Datuk kepada dua orang cucu lelaki, Abu Raziq Abu Rajaii, dua tahun dan Abu Yusuf Abu Rajaii, tiga bulan ini menambah, sebagai ayahanda, beliau berusaha memberikan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan baik kepada semua pelajar, bantuan untuk pelajar miskin dan sebagainya. Ini kerana beliau sendiri yang berasal daripada keluarga miskin telah merasai susah payah menimba ilmu di menara gading.

''Arwah bapa saya bekas anggota polis. Namun kerana masalah kesihatan dia terpaksa meletak jawatan dan membuka bisnes kontraktor kampung kelas F. Masa itu (sekitar tahun 70-an) kehidupan memang susah namun bapa sanggup berkorban dan bersusah payah menghantar saya belajar di UiTM (dulu ITM).

''Kawan-kawan di ITM masa itu pun ramai daripada keluarga miskin. Bayangkan jika bapa kami tidak ambil kisah tentang pelajaran anak-anak, rasanya saya dan kawan-kawan tidak akan berjaya dalam hidup. Saya betul-betul bersyukur kerana dengan sikap ambil berat bapa, saya berjaya hingga di kedudukan saya sekarang ini,'' ujar anak keempat daripada sembilan beradik ini.

Sehingga ke hari ini, Ibrahim masih tetap mengenang pengorbanan bapanya. Walaupun tidak lama berkesempatan untuk membalas jasa bapa kerana telah 20 tahun bapa meninggal dunia, sempat juga beliau memberikan sebahagian daripada pendapatannya kepada bapa semasa mula-mula bertugas dahulu.

Katanya, adakalanya beliau berasa terkilan juga kerana tidak dapat membalas jasa bapa sepenuhnya. Bagaimanapun beliau tetap bersyukur kerana sempat memberikan apa sahaja yang diingini ibu yang baru dua tahun meninggal dunia.

''Sebagai anak, janganlah sakiti hati ibu bapa. Bagi seorang bapa, apabila anak-anak sudah bekerja, hubungan di antara kedua-duanya mulai renggang walaupun bapa masih mengharapkan untuk rapat dengan anak seperti ketika anak-anak masih kecil.

''Jangan buat bapa merajuk. Beri mereka kebahagiaan yang sebaik-baiknya kerana tanpa mereka, kita tidak akan berjaya pada hari ini,'' jelas Ibrahim lagi.

Beliau turut menasihatkan kepada bapa-bapa di Malaysia untuk menjadi bapa yang bertanggungjawab dan dapatkan ilmu kebapaan kerana jika tidak, anak-anak akan hilang pedoman.

Katanya, pada hari ini ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan ada yang mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak. Anak-anak adalah aset, jika bapa gagal mendidik anak, mereka akan menjadi sampah masyarakat.

''Jika dahulu, lelaki yang hendak berkahwin tidak perlu mengikuti kursus tetapi hari ini penting adanya kursus keibubapaan kerana apabila pasangan muda berkahwin, mereka tidak faham selok-belok, cabaran dan peranan mendidik anak. Jika mereka tidak ada bekalan cara mendidik yang betul, banyak masalah yang akan timbul.

''Pengalaman saya sendiri, bagaimana sibuk pun, saya tetap akan memberikan masa untuk keluarga. Masa yang berkualiti penting bersama keluarga. Walau macam mana sibuk, jangan lupakan anak-anak. Mungkin kita boleh kurangkan aktiviti lain untuk bersama dengan anak-anak.

''Seperti saya, saya tidak bermain golf walaupun saya suka kerana masa di padang golf tu saya boleh habiskan dengan anak-anak. Sudahlah hari bekerja jarang dengan anak-anak, hujung minggu ke luar daerah, kalau saya nak bermain golf juga nampaknya saya tidak akan dapat berjumpa dengan anak-anak,'' jelasnya.

Tambahnya, jika tidak ke luar daerah, beliau akan mencuri masa untuk makan tengah hari dan malam bersama keluarga. Sesekali beliau sekeluarga akan makan di luar atau bercuti. Tidak perlu pergi jauh, balik kampung pun sudah memadai.

''Hubungan saya dengan anak-anak rapat walaupun orang kata saya serius. Kami bergurau macam kawan-kawan dan mereka boleh bercerita fasal apa sahaja dengan saya,'' katanya.

Hasil perkahwinan dengan isterinya yang juga graduan UiTM, Ibrahim dikurniakan Izrina, 29, (Penolong Timbalan Presiden Affin Investment); Izmir, 28, (Jurutera Perunding); Izanee, 26, (Eksekutif); Izuddin, 23, (baru tamat pengajian di UiTM dalam Ukur Bahan); Izura, 21, (pelajar UiTM bidang Pengurusan Acara); dan Izhamuddin, 17, (pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.

Menariknya, nama kesemua anak pasangan ini dimulakan dengan IZ gabungan Ibrahim dan Zahariah.

Mengenai sambutan Hari Bapa, kata Ibrahim, beliau dan anak-anaknya memang mengingati tarikh itu.

Kebiasaannya anak sulung, Izrina akan mengambil inisiatif untuk menguruskan makan malam sekeluarga di hotel selain ucapan 'Kami Sayangkan Ayah' dan hadiah daripada yang lain.

''Setiap kali tiba Hari Bapa setiap anak sepatutnya mengingati pengorbanan bapa baik semasa masih hidup ataupun telah tiada. Ingat susah payah bapa untuk menjadikan kita manusia yang berguna dan cuba balas jasa mereka,'' ujarnya mengakhiri pertemuan.

Thursday, 4 June 2009

Pegawai kanan UiTM 'bina semangat'








Kakitangan pengurusan tertinggi UiTM mendengar taklimat mengenai 'survival' dalam hutan daripada pegawai Kem 4 Rejimen Renjer Diraja, Oran, Perlis.

Oleh marzita abdullah

Buat julung kalinya, kakitangan pengurusan tertinggi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara dihimpunkan untuk menjalani program bina semangat iaitu Program Setiakawan Pengurusan Tertinggi UiTM di Wang Burma, Perlis, baru-baru ini.

Selama empat hari tiga malam, kira-kira 42 kakitangan tertinggi yang terdiri daripada dekan-dekan fakulti, pengarah cawangan dan ketua-ketua bahagian UiTM berkumpul di Taman Negeri Perlis itu.

Walaupun kebanyakan mereka pernah melalui pengalaman seperti ini namun pengalaman kali ini memberi kesan yang amat mendalam kepada para peserta.

Pengalaman selama kira-kira 20 minit dalam keadaan gelap gelita tanpa sejalur pun cahaya di dalam Gua Wang Burma disulami dengan tazkirah tentang kematian amat menyentuh hati setiap mereka yang mengikuti ekspedisi ini.

Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Mazlan Salleh berkata, program kali ini memberi pengisian rohani yang sangat berkesan.

"Apabila semua lampu yang dibawa dipadamkan di dalam gua itu, keadaan terlalu gelap sampaikan saya tidak nampak tangan sendiri dan selama 20 minit kami merasakan seperti berada di alam kubur," katanya.

Dengan suara jerkahan pegawai agama UiTM yang memimpin tazkirah, suasana semakin menakutkan malah ada yang menangis mengingatkan kematian.

"Masing-masing teringat kalau waktu itu memang kami sudah mati, memang tidak sempat hendak berbuat baik kepada kawan mahupun kepada organisasi ini sekali gus membuatkan kami merasa takut dan berazam untuk tidak berbuat salah apabila bertugas nanti," katanya.

Sebagai orang yang pertama dalam kumpulannya yang memasuki gua itu, beliau juga perlu membantu rakan-rakan yang menghadapi kesulitan untuk membolosi ruang gua yang kecil serta membantu mereka yang pada mulanya merasa takut.

Selama empat hari bersama-sama dengan semua kakitangan pengurusan itu Mazlan berkata, hubungan mereka semakin rapat.

"Walaupun saya sudah bertugas selama 24 tahun di universiti ini tidak semestinya saya mengenali secara dekat semua kakitangan tetapi kali ini kami dapat menjalin hubungan yang lebih mesra dan mengetahui lebih banyak tentang latar belakang diri dan keluarga masing-masing," ujarnya.

Beliau juga mencadangkan agar semua kakitangan UiTM mengikuti program ini terutama kepada mereka yang pertama kali menyertai program sedemikian.

Namun beliau berharap kakitangan yang akan menyertai program sedemikian menjalani latihan kecergasan agar fizikal masing-masing tidak merasa 'terkejut' dengan rutin ekspedisi ini.

"Yang penting mereka kena menanamkan rasa percaya bahawa mereka boleh buat apa sahaja yang belum pernah dibuat selama ini dengan teknik yang betul," katanya.

Pengarah Jaminan Kualiti Akademik, Prof. Madya Roziah Mohd. Janor berkata, memasuki gua adalah pengalaman pertamanya dan beliau mengakui tidak membuat persediaan fizikal, menyebabkan beliau hampir patah semangat untuk meneruskan ekspedisi ini.

"Melalui jalan di dalam gua yang sempit saya cuba meloloskan diri dengan bantuan rakan-rakan akhirnya bila lepas sahaja, saya melihat kekuasaan Tuhan yang sungguh menakjubkan dalam gua itu," katanya.

Menurut beliau, pengalaman ini boleh dikaitkan dengan kerja sehariannya bahawa manusia hanya merangka strategi tetapi hasilnya belum pasti dan walaupun seseorang itu hanya orang biasa tetapi apabila berkumpul dan bersatu akan menghasilkan kejayaan.

"Semasa berada di kem tentera banyak maklumat tentang kemahiran hidup dalam hutan dikumpul dan sebenarnya banyak hasil dalam hutan boleh dimakan.

"Malah kita tidak akan mati sebab tidak makan bila berada di dalam hutan," katanya.

Walaupun keputusannya menyertai program ini dibuat pada saat-saat akhir namun Roziah merasakan pengalaman ini sangat berbaloi.

Dalam pada itu, sejurus ekspedisi ke Gua Wang Burma, keesokan harinya para peserta menyertai pertandingan menembak di lapang sasar Genting Kabu, Sg. Batu Pahat.

Mereka kemudian dibawa untuk mengalami sendiri kemahiran survival dalam hutan di Kem 4 Rejimen Renjer Diraja, Oran, Perlis. Sebelah malamnya mengikuti ceramah oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai Keselamatan Negara dan Ancaman-Ancamannya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, setiakawan amat penting dalam pengurusan universiti terutama melalui semangat kekitaan.

"Jatuh bangun kita perlu bersama-sama namun masih banyak yang perlu diperbetulkan untuk menjadikan UiTM sebagai universiti penyelidikan dan universiti bertaraf dunia," katanya.

Untuk itu kata beliau, semua warga UiTM perlu memahami sepenuhnya wawasan UiTM apatah lagi universiti ini mempunyai bilangan kampus yang banyak di seluruh negara.

"Justeru, saya memberi sepenuh kepercayaan kepada semua Pengarah kampus dan dekan untuk menguruskan kampus masing-masing," katanya.

Namun beliau menegaskan bahawa kakitangan UiTM belum memberi 100 peratus tenaga, kekuatan dan komitmen malah katanya masih ada lagi kekuatan yang disimpan dan tidak ditonjolkan.

Menurut beliau, budaya lama Institut Teknologi Mara (ITM) perlu dihapuskan kerana pada masa ini UiTM sebagai sebuah universiti perlu memfokuskan kepada usaha-usaha penyelidikan.

Ibrahim percaya seramai 8,000 kakitangan akademik dapat melakukan yang lebih lagi untuk UiTM di samping menghasilkan pelbagai penerbitan dan jurnal.

UiTM juara Masum 2009








Kontinjen UiTM meraikan kemenangan mereka dalam Masum di UUM, baru-baru ini.


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.

Kejuaraan itu hasil kejayaan UiTM merangkul 39 pingat emas dan masing-masing 24 pingat perak dan gangsa sepanjang karnival.

Daripada 22 acara yang dipertandingkan bermula 14 Mei lalu kontinjen UiTM muncul johan bagi kategori tenpin boling lelaki, futsal wanita, ping pong lelaki, tenis lelaki, tenis wanita, memanah wanita, pencak silat lelaki dan wanita, badminton lelaki dan wanita, ragbi 15, sofbol wanita, sepak takraw, skuasy lelaki dan wanita serta taekwando lelaki dan wanita.

Berada jauh di kedudukan kedua dengan jumlah pungutan 15 emas, 18 perak dan 13 gangsa adalah Universiti Malaya (UM) manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) pula di tangga ketiga dengan 15 emas, 16 perak dan sembilan gangsa.

Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di tempat keempat dengan 15 emas, 13 perak dan 11 gangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkul sembilan emas, lima perak dan 14 gangsa.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan lima emas, sembilan perak dan 21 gangsa dan tuan rumah Universiti Utara Malaysia (UUM) di tangga ketujuh dengan empat emas, 10 perak dan 19 gangsa.

Hadiah kejuaraan itu disampaikan oleh oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Hou Kok Chung pada majlis penutup di Dewan Mu'adzam Shah Kampus Sintok itu.

Hadir sama ialah Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Timbalan Pengerusi Masum, Dr. Shaharudin Abd. Aziz dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar KPT, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.