
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140325/sl_04/Marquez-takluk-Grand-Prix-Qatar#ixzz2xDZEaJgF © Utusan Melayu (M) Bhd
Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....

KOMEN : TAHNIAH
Zulfahmi lakar kejutan GP Malaysia | |
| Zulfahmi Khairuddin |
Keputusan tersebut merupakan catatan terbaik anak muda kelahiran Banting itu sepanjang musim ini dan sekali gus menambah pungutan mata kepada 30 mata bagi membolehkannya menghuni tempat ke-17 keseluruhan.
Penunggang berusia 20 tahun itu yang memulakan perlumbaan di petak ke-13, bersaing hebat dengan pelumba Ongetta-Centro Seta, Jakub Kornfeil setelah mereka saling bertukar posisi ketika perlumbaan hanya berbaki lima pusingan.
Namun, persembahan konsisten dan menyakinkan daripada Zulfahmi membolehkan pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu kembali memintas Jakub ketika saingan berbaki dua pusingan dan mengekalkan kedudukan tersebut sehingga tamat perlumbaan dengan masa 41 minit 12.986 saat.
Zulfahmi berkata, sejak awal perlumbaan lagi, dia telah bermula dengan baik dan berjaya berada dalam kelompok 10 terbaik.
"Saya tak sangka dapat bersaing dengan Danny Kent, (Alberto) Moncayo dan Kornfeil. Saya cuba kawal emosi dan susun strategi sebaik mungkin, ternyata usaha saya itu berhasil apabila mengatasi mereka untuk berada di tempat ketujuh," katanya.
Menurut Zulfahmi, kelebihan yang ada padanya ialah dia berada dalam fizikal yang lebih baik berbanding pesaingnya yang mungkin keletihan kerana cuaca panas.
Jelasnya lagi, kejayaannya itu lebih bermakna apabila dilakar di depan penyokong sendiri dan dapat mendengar sorakan penonton ketika melintas di hadapan mereka.
Mengulas mengenai perlumbaan penutup musim di Valencia, Zulfahmi memberitahu, dia akan cuba mengekalkan persembahan yang konsisten dan sekali gus, berusaha mencatat kedudukan 15 terbaik pada perlumbaan tersebut nanti.
Sementara itu, pelumba wildcard negara, Mohd. Farid Badrul Hisham sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-24 dengan masa 42'51.248s.
SEPANG - Dua pelumba wildcard negara, Mohd. Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah membuktikan kemampuan bersaing pada perlumbaan Grand Prix (GP) dunia setelah mempamerkan prestasi positif pada saingan GP Malaysia Shell Advance 2011 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.
Zamri dan Hafizh yang mewakili Petronas Malaysia memulakan saingan, semalam di petak ke-28 serta ke-34 berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing apabila menamatkan perlumbaan Moto2 di tangga ke-20 dan ke-22.
Pengarah Promosi Promoter Kejuaraan, Two Wheels Motor Racing (TWMR), Ron Hogg berkata, pencapaian kedua-dua pelumba itu amat memuaskan sekali pun terpaksa bersaing dengan penunggang bertaraf dunia.
"Kedua-dua mereka mempamerkan prestasi yang bagus, terutamanya Zamri yang telah mencatat masa 1.6 saat lebih laju berbanding tahun lalu.
"Secara keseluruhan saya lihat pencapaian mereka dalam perlumbaan amat positif dan bukan mudah untuk pelumba wildcard berada di kedudukan kelompok 20 terbaik, tetapi Zamri berjaya membuktikan kemampuannya," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan Moto2 tamat di sini, semalam.
Menurut Ron, bagi Hafizh pula, faktor usia yang baru mencecah 17 tahun dilihat sebagai potensi jangka panjang untuk anak muda itu berkembang dalam sukan pemotoran di peringkat tertinggi.
Sementara itu, Zamri ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukurnya kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-20.
"Saya gembira dengan keputusan ini, jika saya tidak terbabas di selekoh sembilan keputusan lebih baik mungkin mampu saya lakar hari ini (semalam), tetapi tempat ke-20 pun sudah cukup baik," ujarnya.
Rakan sepasukan, Hafizh pula memberitahu, dia berpuas hati dengan pencapaiannya apabila berjaya memperbaiki kedudukan setelah bermula di petak ke-34 dan menamatkan saingan di tangga ke-22.
Pelumba Interwetten Paddock, Thomas Luthi dinobatkan sebagai juara Moto2.
Simoncelli terbunuh Pelumba No. 6 dunia yang berasal dari Itali itu mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dada apabila dia terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal yang ditunggang Colin Edwards dari pasukan Monster Yamaha Tech 3.
Insiden itu berlaku di selekoh 11 ketika saingan baru masuk pusingan kedua sebelum perlumbaan dihentikan ekoran kejadian tersebut.
Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.
Lebih malang lagi topi keledar yang digunakan oleh Simoncelli, 24, pecah ekoran dilanggar oleh penunggang Ducati Team, Valentino Rossi dan insiden itu turut menyebabkan Edwards serta Rossi terbabas di kawasan rumput tepi litar.
Bagaimanapun Rossi berjaya mengawal motosikalnya manakala Edwards terjatuh di atas rumput dan mengalami kecederaan ringan.
Pada sidang akhbar oleh pemegang hak MotoGP, Dorna dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan Simoncelli meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.
Menurut Pengarah Perubatan MotoGP, Dr. Michele Macchiagodena, Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dadanya berdasarkan pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pelumba berkenaan.
“Doktor FIM dan juga doktor tempatan bertungkus lumus menyelamatkan Simoncelli sebaik sahaja dia dibawa ke pusat perubatan SIC.
“Pelbagai cara telah diusahakan selama 45 minit untuk menyelamatkan Simoncelli terutamanya melalui kaedah CPR (pertolongan cemas pemulihan pernafasan), namun mereka gagal dan dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang,” katanya.
Menjawab satu soalan, Macchiagodena memberitahu, Edward hanya mengalami kecederaan ringan di bahu dan pelumba itu berada dalam keadaan baik.
Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler dalam sidang akhbar sama mengucapkan takziah kepada keluarga Simoncelli di atas tragedi yang menimpa pelumba muda itu.
Jelasnya lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut untuk mencari punca sebenar kemalangan itu berlaku.