Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Thursday, 1 October 2015

KUASA UNDI SURVIVAL POLITIK

ZULKIFLI JALIL | 01 Oktober 2015 1:05 AM


KUASA sebagai pengundi menjadi penentu sur vival mana-mana par ti politik terutama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadual berlangsung pada 2018. – GAMBAR HIASAN/BERNAMA

DALAM sibuk-sibuk berhimpun, sampai lupa ‘dunia’ realiti. ‘Dunia’ realiti yang dimaksudkan penulis adalah ‘sudahkah mendaftar sebagai pe­ngun­di buat mereka yang berhimpun sama ada dalam himpunan berpermit mahupun sekadar demonstrasi jalanan?

Berhimpun dalam situasi sekarang dalam maksud yang hampir adalah kecenderungan kepada politik, tidak kiralah memihak parti kerajaan atau pembangkang. Tiada gunanya sekumpulan besar orang berhimpun kalau nama mereka pun tidak tersenarai pengundi berdaftar.

Dalam konteks ini, izinkan penulis menggamit perhatian orang Melayu termasuk orang UMNO betapa kuasa atas kertas undi lebih bernilai dan realistik berbanding apa sahaja perlakuan berpolitik. Kuasa pengundi berada di tempat pertama berbanding perbuatan atau pe­rilaku menyuarakan sesuatu isu semasa.

Kisah Kabinet Malaysia hakikatnya banyak berpaut kepada kisah UMNO kerana kepimpinan Kabinet disediakan oleh UMNO. Perkara ini mempunyai alasan yang mudah kerana UMNO membekalkan jumlah bilangan besar dalam keahlian Dewan Rakyat. Untuk memiliki Kabinet, perlulah menewaskan UMNO.

Oleh itu, selagi UMNO me­ngekalkan status quo kekuatan dan pengaruhnya yang sekali gus menikmati sokongan popular orang Melayu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan melainkan untuk melantik seorang Presi­den UMNO untuk mengetuai Kabinet sebagai Perdana Menteri.

Namun, perlu diingatkan sekali lagi, tanpa kuasa sebagai pengundi berdaftar yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ahli UMNO, waima pemimpin kanan parti itu sekali pun tidak akan bermakna apa-apa dalam politik penentu parti memerintah.

Dan itu belum lagi yang liat untuk mendaftar, bahkan telah mendaftar pun, masih malas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ini berbeza dengan kaum lain, yang akan terpacul seawal pagi lagi yang belum pun pusat pengundian dibuka - untuk berlumba-lumba membuang undi dalam usaha memenangkan calon mereka.

Orang Melayu termasuk daripada UMNO harus sedar dan mengambil iktibar hal ini. Misalnya, dalam proses pelantikan Perdana Menteri tidak ada disebutkan prasyarat mengenai bangsa atau agama. Ini bermakna bangsa bukan Melayu boleh dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada masa akan datang untuk menjadi Perdana Menteri, iaitu selagi beliau dapat menguasai keyakinan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Hakikat bahawa ini tidak pernah berlaku sebelum ini tidak bermakna bahawa ia tidak boleh atau tidak akan berlaku pada masa depan terutamanya apabila keadaan politik yang berubah-ubah di Malaysia. Ini kelak memungkinkan akan timbulnya beberapa orang lain yang boleh mendapat keyakinan Dewan.

Perkataan keyakinan di sini jelas merujuk seseorang yang memimpin parti dengan bilangan ahli-ahli dalam Dewan Rakyat yang terbesar. Keyakinan pada bahagian Yang di-Pertuan Agong pula tidak boleh membawa pengertian selain itu atau dalam konteks yang dibuat walaupun terikat dengan perkataan ‘pada pendapat beliau’ yang menandakan penentuan subjektif.

Mengikut makna konteks, walaupun beliau menggunakan fakulti subjektif dalam artikel itu, aplikasi tidak terkawal mengenai niat subjektif tidak boleh digunapakai. Jika berlaku pada masa akan datang, satu keadaan apabila pemimpin dua buah parti sama popular, sama kuat serta mempunyai jumlah perwakilan yang agak sama di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong akan terperangkap dalam keduduk­an yang sukar.

Adakah baginda akan menggunakan kayu pengukur berdasarkan atas bilangan wakil-wakil untuk menyukat kekuatan dan sokongan para pemimpin parti-parti yang berkaitan? Atau mungkinkah ba­ginda akan bertitah dan menentukan bahawa ‘pada pendapatnya’ seorang pemimpin lain mendapat keyakinan Dewan - mungkin pada ciri-ciri kekuatan wataknya, baik akhlaknya dan lain-lain sifat.

Hanya masa akan menentukan kerana peruntukan ini tidak pernah diuji sebelum ini walaupun terdapat pendapat yang berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa baki untuk berbuat demikian. Dan pihak mahkamah akan menjadi pengadil sekiranya perkara ini diuji pada satu tarikh di masa akan datang.

Di mata dunia, Malaysia masih boleh dengan yakin mempertahankan bahawa ia tidak mengamalkan kecenderungan diskriminasi di bawah undang-undang pelantikan kuasa eksekutif. Ini adalah mengikut keadaan semasa kesan Perlembagaan yang ada. Namun ia, tertakluk kepada kemungkinan ia akan dipinda pada satu masa kelak.

Hakikatnya Artikel 43 bukanlah salah satu artikel-artikel yang memerlukan majoriti dua pertiga dan sokongan kedua-dua majlis Parlimen untuk diluluskan bagi maksud pindaan. Mana-mana parti politik yang mempunyai kedudukan majoriti mudah di Dewan memang boleh mencetuskan proses meminda peruntukan dalam Artikel 43 yang mana terletaknya pangsi ketua eksekutif negara.

(Perdana Menteri dilantik di bawah Artikel 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa pelantikannya hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat sebelum pembentukan sebenar Kabinet, iaitu yang pada pendapat beliau (baginda) dapat menguasai kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan).

Kuasa sebagai pengundi menjadi penentu survival mana-mana parti terutama dalam pilihan raya umum ke-14 yang dijadual dilangsungkan pada 2018.

Sekitar 2011 telah timbul perdebatan bahawa walaupun statistik penduduk Pulau Pinang menunjukkan peratusan orang Melayu mengatasi kaum Cina, masing-masing 42.05 peratus dan 40.92 peratus, namun pengundi Cina lebih ramai daripada pengundi Melayu.

Itu belum lagi dikira pada masa ini yang jika direkodkan daripada SPR, nescaya kita akan menemukan satu data yang memeranjatkan dari segi komposisi pengundi. Jika dulu ‘mereka’ mendominasi bandar-bandar, kini ‘mereka’ berada di pinggir bandar dan tidak lama lagi pasti menerobos mendominasi luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Jangan salahkan sesiapa. Pokok pangkalnya tanya diri sendiri. Siapa yang komited, rajin dan berdaya saing terutama memastikan nama tersenarai dalam daftar pengundi sahaja yang boleh survive.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kuasa-undi-survival-politik-1.141613#sthash.wfR0apgE.dpuf


Monday, 17 August 2015

APANAMA: Siapa sebenarnya yang hilang akal?

APANAMA: Siapa sebenarnya yang hilang akal?: P erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pengkritiknya paling lantang, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa beliau berbel...

Thursday, 30 April 2015

SPR wajar letak syarat wajibkan bakal Ahli Parlimen, ADUN fasih berbahasa Melayu

30 April 2015 1:40 AM


RAIS YATIM tidak ketinggalan menggunakan Instagram ketika melawat gerai-gerai pameran pada majlis perasmian Hari Kualiti UIA di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/HALIM KHALID

KUALA LUMPUR 29 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mewajibkan ahli politik yang ingin bertanding dalam pilihan raya mesti fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, fasih dalam bahasa kebangsaan amat penting bagi membolehkan wakil rakyat mendengar dan membawa masalah rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat secara berkesan.

“Wakil rakyat haruslah fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan dan bukannya hanya menguasai bahasa Inggeris atau bahasa ibunda mereka sahaja.

“Tidak perlu penggubalan undang-undang pada skala besar, memadai SPR meletakkan syarat supaya ahli politik yang mahu bertanding perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Hari Kualiti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut dihadiri Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin di sini hari ini.

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertikaikan kegagalan sesetengah wakil rakyat menguasai bahasa Melayu dengan baik walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di negara ini.

Tambah Rais, jika kefasihan pertuturan dalam bahasa Melayu dapat disyaratkan oleh SPR, perkara tersebut akan menjadi satu panduan yang boleh dicontohi dalam usaha kerajaan memartabatkan bahasa Melayu.

Mengulas mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di negara ini, Rais berkata, apa yang harus ditanamkan di dalam fikiran semua pihak ialah bahasa Melayu juga mampu memainkan peranan itu sebagaimana bahasa Inggeris.

“Kita harus memperbanyakkan penghasilan dan penerbitan buku teks dalam bahasa kebangsaan.

“Universiti juga harus memperbanyakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara bagi mengangkat martabatnya dan supaya kegemilangannya di Nusantara seperti satu ketika dahulu dapat dikembalikan,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/spr-wajar-letak-syarat-wajibkan-bakal-ahli-parlimen-adun-fasih-berbahasa-melayu-1.86029#sthash.FXQFUUu4.dpuf

Wednesday, 29 October 2014

POLITIK : Misi rampas Malaysia; Sumpah Pemuda dan mengapa RM10,001?


ZAINI HASSAN | 29 Oktober 2014 2:29 AM

SEMALAM saya dihubungi oleh seorang yang pernah menjadi pakar strategis dan think tank kepada pentadbiran kerajaan yang terdahulu.

Dia mendedahkan satu maklumat yang menurutnya perlu dibocorkan sebelum terlambat.

Ia membabitkan soal kawasan pilihan raya. Walaupun isu ini bukan baharu atau luar biasa namun ia perlu dimaklumkan supaya nanti nasi tidak menjadi bubur.

Pihak pembangkang sekarang bukan macam yang dulu-dulu. Mereka sudah ada duit. Mereka ada dua negeri yang amat kaya iaitu Pulau Pinang dan Selangor.

Ditambah dengan semangat mahu menakluki negara Malaysia ini pada PRU akan datang, tindak-tanduk mereka cukup istiqamah.

Konon ceritanya DAP dan pakatan pembangkang lain sedang menjalankan kerja-kerja sulit mereka mendaftarkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain secara agresif sekali.

Mereka mengalihkan pengundi tegar mereka dari satu kawasan yang majoriti besar ke satu kawasan lain bagi membolehkan mereka menang di situ.

Pengundi itu tidak semestinya akan berpindah secara fizikal. Hanya alamat sahaja yang berubah. Semasa pilihan raya nanti mereka akan mengundi di kawasan alamat baharu itu.

Misalnya kita ambil contoh di Parlimen Seputeh yang majoriti DAP cukup besar melebihi 50,000 undi. Kempen dilakukan secara sis­tematik menukar pendaftaran pengundi dari situ, contohnya ke kawasan yang BN menang terlalu kecil, termasuk di bawah 1,000 undi.

Menurut maklumat itu ia sedang dilakukan di mana-mana. Bagi menjaga sensitiviti maka tidak perlulah saya sebut di mana kempen-kempen penerangan dan proses itu dijalankan.

Pernah dulu saya mendengar ramai pengundi dari kawasan Kedah bersempadan dengan Pulau Pinang kononnya dipindahkan ke Pulau Pinang bagi memastikan DAP terus memerintah negeri itu.

Mereka cukup fokus dalam strategi ini. Saya tidak pasti apakah parti lawan daripada pembangkang itu sedar mengenai perkara ini?

Saya tidak pasti apakah BN sendiri pun melakukan perkara yang sama?

Apakah peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam hal ini? Apakah mereka sedar berlakunya lonjakan pengundi yang luar biasa dalam sesuatu kawasan. Jika berlaku apakah tindakan mereka?

Bagi saya ini semua ialah strategi untuk berperang. Siapa bijak dialah yang menang. Siapa lambat dialah yang kena pancung.

Bahasa Melayu penyatu negara besar Indonesia

KAJIAN oleh penyelidik UKM terhadap sekumpulan pelatih PLKN bukan Melayu yang didapati tidak boleh bertutur dalam bahasa negara sendiri amat memalukan kita semua. Bukan mereka bodoh atau OKU lembam, kerana rata-rata memperoleh pangkat A subjek itu dalam SPM.

Ekoran itu keluarlah kenyataan itu dan ini daripada pelbagai pihak kerajaan. Maka kedengaranlah suara kita perlu memperkasakan itu dan ini.

Berbeza dengan di Indonesia. Pada tahun 1928 satu sumpah dikenali sebagai Sumpah Pemuda telah menyatupadukan ribuan etnik dan suku kaum negara besar itu menjadi 1Indonesia melalui bahasa Melayu. Ia dilakukan atas iltizam politik yang tiada tolok-bandingnya.

Ternyata ia berkesan. Dari Papua sehingga ke Aceh mereka bertutur satu bahasa, satu loghat dan dialek Indonesia Raya yang tidak berubah. Orang Cina Indonesia bertutur tiada beza dengan orang pribumi dan sukuan etnik daripada 250 juta rakyat negara itu.

Maka itu diperingati Sumpah Pemuda itu semalam. Renungi mesej Presiden baharu Indonesia Joko Widodo dalam Facebooknya sempena hari keramat republik itu. Semoga kita mendapat iktibar daripada mereka. (Bahasanya tidak diubah)

IR H JOKO WIDODO

Hari ini kita memperingati Sumpah Pemuda 1928, sejarah Sumpah Pemuda adalah ‘sejarah kesadaran’ bagi Pemuda Pemudi Indonesia dari mana pun ia berasal, dari manapun ia berorganisasi, dari manapun ia punya asal usul, di saat itu kesadaran akan persatuan sebagai bangsa Indonesia menjadi teramat penting.

Sumpah pemuda, merupakan buah dari dialektika bahwa untuk mencapai kemerdekaan itu yang pertama-tama harus dilakukan adalah ‘Persatuan’.

‘Persatuan’ adalah gagasan dasar yang mampu melahirkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945. Konsepsi Persatuan inilah yang menjadikan negara kuat dan landasan dari Persatuan adalah kesamaan mimpi, kesamaan cita-cita dan bersatu dalam tindakan.

Bung Karno pernah berkata dalam peringatan Sumpah Pemuda di tahun 1958 “Janganlah kita mengambil abu-nya Sumpah Pemuda, tapi kita harus mengambil api-nya Sumpah Pemuda” Menurut Bung Karno, Api-nya Sumpah Pemuda itu ‘Semangat’, Api-nya Sumpah Pemuda itu Mencintai Tanah Air dengan seluruh jiwa, Api-nya Sumpah Pemuda itu Menjunjung Bahasa Indonesia sebagai buah dari rasa Persatuan itu.

Mencintai Tanah Air dengan romantika-nya, dengan dialektikanya, dengan dinamika-nya harus dimiliki oleh pemuda-pemudi Indonesia. Kita bukan bangsa ‘yang tiba-tiba lahir’, kemerdekaan kita tidak diberi bangsa penjajah, tapi kita merebutnya dengan revolusi bersenjata lalu sepakat mendirikan sebuah bangsa, membangun peradabannya.

Menjunjung tinggi Bahasa Indonesia adalah salah satu Sumpah Pemuda, tapi apakah kita sudah menghormati bahasa kita? Apakah kita meletakkan bahasa Indonesia dalam alam pikiran kita? Apakah kita merasa bangga menggunakan bahasa Indonesia.

Sebagai orang tua kita lebih bangga anak-anak kita ‘nyerocos’ menggunakan bahasa Inggris, ketimbang bahasa Indonesia karena bahasa Inggris dianggap lebih superior ketimbang bahasa sendiri. Bahasa Indonesia yang indah itu dirusak dengan bahasa campuran seperti Indonglish, kita menjadi bangsa yang gagap terhadap bahasa sendiri.

Untuk meloncati peradaban jauh ke muka, salah satu syaratnya adalah kita harus bangga terhadap bahasa sendiri, bangga terhadap Bahasa Indonesia.

Mengapa RM10,001 bukan RM20,001?

GAJI RM10,000 atau RM15,000 adakah dianggap sebagai sudah kaya dan mewah?

Ia tinggi sedikit sahaja daripada di bawah RM10,000. Jika anak-anak ramai, bersekolah, isteri tidak bekerja dan tinggal di bandar besar maka gaji ba­nyak itu bukanlah mewah.

Malah itulah kategori gaji sederhana yang paling banyak terbeban dan mencabar sekarang ini. Ia dikenali sebagai middle income syndrome.

Ekoran pengumuman menteri yang bijaksana mengenai pengawalan subsidi minyak, ramai golongan itu sekarang tengah marah-marah. Ada yang merungut-rungut dengan saya.

Mengapa tidak dimulakan pada peringkat RM20,001 kata mereka? Dengan kos hidup yang terlalu menekan apakah gaji RM10,001 itu sudah cukup besar?

Saya menasihatkan bapak menteri tadi timbangkanlah semula formula itu.

Saya bimbang langkah itu akan menaikkan kemarahan yang tidak pasal-pasal di kalangan golongan kategori tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/misi-rampas-malaysia-sumpah-pemuda-dan-mengapa-rm10-001-1.18033#sthash.y9r9YZjP.dpuf


Tuesday, 2 September 2014

PRK DUN Pengkalan Kubor 25 Sept.

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

ABDUL Aziz Mohd. Yusof bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan, Mohd. Sobri Ramli (kanan) selepas menetapkan tarikh pilihan raya DUN tersebut pada 25 September manakala penamaan calon pada 13 September ketika di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 29 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan pada 13 September ini, manakala 25 September pula sebagai tarikh me­ngundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil itu dibuat berikutan kematian penyandang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, ketika menjalani rawatan kanser hati di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu.

"SPR telah menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 24 Ogos berhubung kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor berikutan kematian Noor Zahidi.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada hari ini dan menetapkan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRK kerusi DUN Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 serta digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemaskini 20 Ogos lalu.

"Daftar pemilih di kawasan berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) dan daftar pemilih itu akan mula dijual pada 8 September ini.

"Kawasan itu mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus)," katanya.

Selain itu katanya, SPR juga telah menetapkan tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara ialah pada 15 September dan untuk luar negara pada 13 September.

Beliau berkata, SPR juga telah bersetuju untuk melantik Ketua Jajahan Tumpat, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Mohd. Sobri Ramli sebagai pengurus pilihan raya bagi memantau semua aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Dalam pada itu katanya, semakan daftar pemilih boleh dibuat dengan melayari laman web www.spr.gov.my dan melalui SMS dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 September atau menghubungi talian 03-88856565/09-7482510.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140830/po_01/PRK-DUN-Pengkalan-Kubor-25-Sept#ixzz3C7dbHedc  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Tuesday, 5 August 2014

Chegubard malu bersemuka SPR

Oleh FITRI AFFENDI MUSTAFA
pengarang@utusan.com.my

BADRUL Hisham Shaharin atau Chekgubard (kiri) menyatakan sesuatu kepada peguamnya, Michelle Yesudas semasa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri

PETALING JAYA 4 Ogos - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berkata, ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan.

Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan.

"Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi.

"Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat," katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap sistem demokrasi termasuk dalam parti sendiri.

"Prinsip saya semua perkara berkenaan penyelewengan dalam sistem demokrasi, saya akan lawan dan tentang dengan berani.SP

"Saya sudah nyatakan pelbagai bukti dan saya rasa masalah ini (pemilihan PKR) perlu diselesaikan segera disebabkan semua aduan yang dibuat masih belum mendapat balasan sehingga hari ini," jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Badrul Hisham berkata, beliau menggesa satu referendum rakyat diadakan bagi mengambil kira pandangan rakyat mengenai perubahan pucuk kepimpinan di Selangor.

Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140805/po_01/Chegubard-malu-bersemuka-SPR#ixzz39TpSypJB  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tuesday, 20 May 2014

PRK - BN sudah buat penilaian ikut harapan pengundi









TELUK INTAN 19 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin menegaskan, tidak timbul isu calon kitar semula bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kerana Barisan Nasional (BN) telah melakukan penilaian mendalam mengikut harapan pengundi di sini.

Beliau berkata, pemilihan sesuatu calon BN dibuat mengikut kesesuaian seseorang individu di satu-satu kawasan, justeru, pencalonan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dilihat paling sesuai kerana dikenali ramai, berpengalaman, masih muda serta bertenaga untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Yang penting kita tahu apa harapan pengundi di sini. Di tempat lain, mungkin kita lihat pada calon baharu tetapi di sini, ini calon paling sesuai. Siapa yang tidak kenal beliau, masih bertenaga dan sihat, sebab itu tak ada isu calon kitar semula atau telah berkali-kali bertanding.

“Memang dalam keadaan tertentu ada menang dan kalah, tetapi kali ini, kita harap trend akan berubah. Ini kerana kita membuat penilaian secara mendalam, bukan sambil lewa atau semberono sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Siew Keong.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengharapkan sokongan lebih 60,000 pengundi di Teluk Intan kerana Siew Keong dipilih atas faktor pengalamannya dalam kerajaan serta parti, selain merupakan anak tempatan yang dikenali dan banyak berjasa di sini.

Muhyiddin berkata, pimpinan parti menyokong penuh Siew Keong untuk menggalas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membangunkan Teluk Intan demi manfaat penduduk setempat.

“Untuk tempoh berkempen sehingga 31 Mei ini, kita telah gerakkan jentera parti di seluruh peringkat, malah lebih bersedia daripada biasa kerana turut mendapat sokongan daripada luar.

“Yang penting, saya maklumkan dalam mana-mana pilihan raya bahawa kita tidak boleh ambil mudah, perlu kerja keras dan mengambil platform ini untuk menjelaskan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pengundi atau mungkin disentuh parti lawan baik dalam soal ekonomi, sosial, keagamaan dan politik," katanya.

Muhyiddin turut menjelaskan bahawa BN mempunyai peluang 50-50 dan yakin trend pengundi akan berubah dalam tempoh beberapa hari mendatang sama ada mereka terpengaruh atau dipengaruh parti yang bertanding.

“Bagi saya, sesiapa sahaja yang menentang BN kita anggap sebagai lawan. Yang penting, jentera parti akan berge­rak, semua pengundi mesti diyakinkan dengan perjuangan dasar BN kerana kita bukan parti perkauman tetapi untuk semua kaum," katanya.

Ditanya sama ada pencalonan Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP mendatangkan risiko buat parti kerana ibunya, Yammy Samat merupakan ahli UMNO, Muhyiddin berkata, BN lebih melihat kepada individu yang bertanding tanpa mengambil kira latar belakangnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140520/po_02/BN-sudah-buat-penilaian-ikut-harapan-pengundi#ixzz32DEQ8LPS © Utusan Melayu (M) Bhd 


PRK - Satu lawan satu di Teluk Intan

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin bersama Mah Siew Keong (empat dari kiri) tiba di pusat penamaan calon di Teluk Intan, semalam. Turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA

TELUK INTAN 19 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang bertanding atas tiket DAP.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad selepas proses penamaan calon diadakan di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, dekat sini.

Siew Keong yang juga Presiden Gerakan akan bertanding menentang Dyana Sofya, seorang peguam yang menyertai DAP pada Disember 2011.

Siew Keong yang diiringi kira-kira 50 penyokongnya tiba di pusat penamaan calon untuk menghantar borang pencalonan pada pukul 9.03 pagi diikuti Dyana Sofya, dua minit kemudian.

Pencalonan Siew Keong dicadang oleh Bendahari MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin.

Sementara itu, Dyana Sofya yang berbaju kurung tiba bersama-sama ibunya, Yammy Samat dan bapa­nya, Mohd. Daud Ismail, dicalonkan oleh ahli bahagian DAP Teluk Intan, Chang Kok Lim serta disokong ahli parti, Pooi Weng Keong.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 58, daripada DAP, pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi luar negara layak me­ngundi pada PRK kali ini dengan pengundian awal pada 27 Mei sementara hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei ini.

Sementara itu, Siew Keong berkata, beliau menerima kepercayaan BN untuk bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain menerima banyak desakan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan biarpun terdapat cadangan untuk meletakkan muka baharu, juga daripada Gerakan.

“Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Oleh itu, saya te­lah buat keputusan untuk bertanding walaupun pada mulanya hasrat saya hendak meletakkan orang baharu. Bukan senang untuk bertanding di sini, namun saya harap perjalanan pilihan raya kali ini dapat berjalan dengan licin dan bersih," katanya.

Dyana Sofya ketika ditemui pula berkata, beliau amat berterima kasih dengan kepercayaan yang diberikan oleh warga DAP dan berjanji akan meneruskan legasi perjuangan mendiang Leong Peng di Teluk Intan.

Beliau mengakui, melawan seorang yang berpengalaman dan sangat dihormati seperti Siew Keong bukan mudah, justeru, perkara itu merupakan satu cabaran yang perlu diharunginya dalam PRK Parlimen Teluk Intan kali ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140520/po_01/Satu-lawan-satu-di-Teluk-Intan#ixzz32DDAY67k  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 9 May 2014

PRK Teluk Intan 31 Mei ini

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@uusan.com.my


ABDUL Aziz Mohd. Yusof (kiri) bersalam dengan Ibrahim Ahmad dalam sidang akhbar pengumuman PRK Parlimen Teluk Intan di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 8 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei, proses penamaan calon 19 Mei manakala pengundian awal pada 27 Mei ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, PRK tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang diwartakan pada 30 April lalu dan diperkemaskan pada 1 Mei lalu.

Beliau berkata, daftar pemilih itu mengandungi sebanyak 60,349 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

"SPR akan menggunakan Dewan Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala Pusat Pengiraan Undi Awal akan diadakan di bilik Audit Jabatan Perbendaharaan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

"Sebanyak 36 Pusat Mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian iaitu 35 Pusat Mengundi bagi pengundian biasa yang mengandungi 120 tempat mengundi dan sebuah pusat mengundi bagi pengundian awal yang mengandungi satu tempat mengundi, " katanya dalam sidang akhbar pengumuman PRK Teluk Intan di Ibu Pejabat SPR, di sini hari ini.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat penyakit barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, 1 Mei lalu.

Menurut Abdul Aziz, pihaknya akan melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan empat Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan PRK tersebut.

Beliau berkata, bagi proses pemantauan aktiviti kempen pilihan raya tersebut sepanjang tempoh rasmi berkempen, sebanyak dua pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya akan ditubuhkan dengan diketahui oleh Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPTI, Anas Dolah.

"Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu akan diketuai oleh Yang Dipertua MPTI, Datuk Ibrahim Ahmad dengan dibantu empat Penolong Pegawai Pengurus iaitu Setiausaha MPTI, Ayub Shadan Abdul Rani; Jurutera MPTI, Nasaruddin Zachariah; Akauntan MPTI, Rosiah Abd. Rashid dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Mohamed Shafie Abd. Karim.

"Seramai 957 petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya kali ini dengan anggaran kos perbelanjaan sebanyak RM1,470,347," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga bersetuju melantik pemerhati tempatan sekiranya terdapat permohonan untuk menjalankan pemerhatian sepanjang proses bermula penamaan calon sehingga keputusan PRK diumumkan.

Beliau berkata, pemerhati tersebut perlu dilantik dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mereka dibenarkan membuat pemerhatian di dalam pusat penamaan calon, pusat mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses penjumlahan undi di pusat penjumlahan rasmi undi.

"Mana-mana pemerhati rasmi dilantik oleh SPR akan diberikan kad pemerhati yang perlu dipakai sepanjang membuat pemerhatian tersebut dan SPR juga tidak mengiktiraf mana-mana organisasi dan individu lain selain yang dilantik oleh kami," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140509/po_01/PRK-Teluk-Intan-31-Mei-ini#ixzz31CVESaSi  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 25 April 2014

PRK Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei


Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my




PUTRAJAYA 24 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei, proses penamaan calon 12 Mei manakala pengundian awal 21 Mei.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kali ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat selain yang dikemas kini sehingga 17 April 2014.

Beliau berkata, daftar pemilih itu mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82, 255 orang pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

“SPR akan menggunakan Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi selain turut membuka 21 pusat mengundi yang lain.

“Sebanyak 21 pusat mengundi itu merangkumi 17 pusat pengundian biasa yang mengandungi 139 tempat mengundi (saluran) dan empat pusat pengundian awal yang mempunyai empat tempat mengundi (saluran)," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan PRK Parlimen Bukit Gelugor di sini hari ini.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya mendiang Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam.

Menurut Abdul Aziz, proses PRK Parlimen Bukit Gelugor akan melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggaran kos perbelanjaan PRK itu adalah RM1.9 juta.

Selain itu, katanya, SPR juga telah bersetuju melantik Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapt. (B) Ir. Anuar Yahya sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK tersebut.

“SPR juga akan melantik 1,095 orang petugas pilihan raya untuk mengendalikan proses PRK ini selain menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau setiap aktiviti sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Sementara itu, katanya, daftar pemilih pilihan raya bagi PRK berkenaan akan mula dijual pada 6 Mei dan pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama.

Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta semua pihak mematuhi setiap arahan pihak berkuasa sepanjang urusan PRK berkenaan supaya proses pelaksanaan berjalan lancar dan mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku.

“Pemimpin parti-parti politik, calon-calon, petugas serta penyokong parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana individu lain yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan pilihan raya dan etika berkempen yang ditetapkan semasa tempoh rasmi kempen.

Maklumat lain berhubung dengan PRK ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR atau Pengarah Pilihan Raya Pulau Pinang dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bukit Gelugor," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140425/po_02/PRK-Parlimen-Bukit-Gelugor-25-Mei#ixzz2zrjxHu42  © Utusan Melayu (M) Bhd 












Monday, 24 March 2014

PRK - PKR pertahan DUN Kajang






HULU LANGAT 23 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon PKR yang juga Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 16,741 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang meraih 11,362 undi manakala sebanyak 176 undi ditolak.

Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman pada pukul 9 malam ini di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di sini.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Kajang juga merosot kepada 72 peratus atau 28,314 pengundi berbanding 34,290 pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU-13.

Berdasarkan keputusan itu, hasrat PKR untuk mencatat kemenangan luar biasa termasuk menghilangkan deposit Mei Fun yang dianggap calon 'underdog' juga gagal.

Kemenangan PKR itu tidak mengubah kedudukan kerusi DUN Selangor dengan menguasai 14 kerusi dan BN kekal dengan 12 kerusi manakala dua lagi parti yang tidak bertanding iaitu Pas serta DAP memiliki 15 kerusi.

Yang hadir meraikan kemenangan itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

PRK itu diadakan selepas penyandangnya daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lalu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Hasrat Anwar bagaimanapun tidak kesampaian apabila dia disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus menyebabkannya hilang kelayakkan.

Pada PRU-13, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 selepas mendapat 19,571 undi mengatasi calon BN, Lee Ban Seng yang meraih 12,747 undi.

Turut bertanding pada PRU-13 ialah calon parti Berjasa, Mohamad Ismail yang menerima 1,014 undi manakala tiga calon Bebas, Ir. Mohd Iwan Jefry Abdul Majid, Ong Yan Foo dan Mohd. Khalid Kassim masing-masing mendapat 249, 85 dan 83 undi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140324/po_06/PKR-pertahan-DUN-Kajang#ixzz2wr22qcHf  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 20 March 2014

PRK - 1,050 pengundi awal tunaikan tanggungjawab






PEGAWAI dan anggota polis wanita menunjukkan dakwat kekal yang telah dicalit pada jari mereka selepas membuang undi pada pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KAJANG 19 Mac - Sebanyak 88.39 peratus iaitu 1,050 pengundi awal keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sehingga tempoh mengundi ditutup pada pukul 5 petang ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 1,197 anggota polis dan pasangan mereka yang merupakan pengundi awal berdaftar direkodkan SPR.

Menurutnya, proses pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang menerusi tiga saluran iaitu di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM); Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Kata beliau, kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal terus diguna pakai pada PRK DUN Kajang, seperti mana yang dilaksanakan pada dua PRK sebelum ini iaitu PRK Kuala Besut di Terengganu dan Sungai Limau di Kedah.

"Kertas pengundian awal bagi pilihan raya kecil itu hari ini akan disimpan di lokap Balai Polis Bangi sebelum dikira bersama kertas undi pada Ahad ini.

"Kertas undi tersebut akan diproses sama seperti pilihan raya umum. Buat masa ini kami tidak menerima permohonan daripada mana-mana parti yang ingin menjaga kertas undi yang akan diletakkan di lokap.

"Jika terdapat permohonan daripada pihak terbabit, mereka perlu mengikuti setiap peraturan lokap yang ditetapkan oleh PDRM," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.

Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

SPR menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, keputusan PRK DUN Kajang dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam Ahad ini.

Jika proses pengiraan undi berjalan lancar, pihaknya menjangkakan keputusan akan diumumkan pada waktu tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140320/po_04/1050-pengundi-awal-tunaikan-tanggungjawab#ixzz2wSpzDupO  © Utusan Melayu (M) Bhd


Wednesday, 19 March 2014

PRK Kajang: 1,197 undi awal hari ini






Abdul Aziz Mohd. Yusof

KUALA LUMPUR 18 Mac - Sebanyak 1,197 pengundi awal yang kesemuanya terdiri daripada anggota polis dan pasangan akan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ia akan berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, Dewan Anjung Forensik PDRM dan Rumah Persatuan Kebajikan Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

Katanya, semua pusat mengundi itu dibuka dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

"Saya ingin menafikan dakwaan parti pembangkang kononnya berlaku pertambahan mendadak pengundi awal dalam PRK DUN Kajang. Sebenarnya, hanya ada pertambahan 17 pengundi awal berbanding 1,180 pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tahu bila bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh letak jawatan. Kita tidak tahu bila, macam mana boleh tuduh kita rancang tambah pengundi awal," katanya.

PRK DUN Kajang pada 23 Mac ini menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun berhadapan dengan calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kerusi DUN Kajang secara tradisinya disandang oleh calon MCA, namun sejak dua pilihan raya umum lalu iaitu pada PRU-12 dan PRU-13, kerusi tersebut dimenangi oleh PKR.

Pada PRU-12, calon PKR, Lee Kim Sin mengalahkan penyandang kerusi itu, Datin Paduka Low Lee Leng daripada MCA dengan majoriti 3,268 undi dan pada PRU-13, Chin Cheh mempertahankan kerusi itu bagi PKR dengan majoriti sebanyak 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140319/po_03/PRK-Kajang-1197-undi-awal-hari-ini#ixzz2wNbFedqN  © Utusan Melayu (M) Bhd


Tuesday, 4 March 2014

Adenan kekalkan Kabinet


Oleh MD. AZRIN ROSLY
utusansarawak@utusan.com.my




ADENAN Satem (kiri) menerima kunjungan ketua-ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di pejabat rasmi Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 3 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengekalkan portfolio kesemua menteri Kabinet negeri yang dilantik oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini bagi membantunya menguruskan pentabdiran Sarawak.

Bagaimanapun, terdapat satu kekosongan jawatan dalam Kabinet negeri apabila beliau melepaskan portfolio sebagai Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-tugas Khas) setelah dilantik menjadi Ketua Menteri berkuat kuasa kelmarin.

"Dalam barisan Kabinet negeri, saya telah menggugurkan seorang menteri iaitu Tan Sri Adenan Satem maka beliau bukannya Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas) lagi," katanya secara berseloroh.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertama yang diadakannya selepas dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak kelima di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Menteri-menteri Muda Negeri di Dewan Lapau.

Majlis angkat sumpah tersebut diadakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sambil disaksikan oleh Adenan.

Yang turut hadir, isteri Abdul Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan isteri Adenan, Puan Sri Jamilah Anu. Menurut Adenan, tiada sebab untuk beliau menukar barisan Kabinet negeri yang sedia ada kerana pemimpin yang dipilih bagi memegang jawatan di dalamnya sudah cukup baik.

"Apabila kepemimpinan yang ada sudah baik, kita kekalkan. Kita telah menuju ke arah yang betul, mengapa perlu diubah," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga akan memegang jawatan yang disandang Abdul Taib sebelum ini sebagai Menteri Kewangan serta Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri.

Ditanya mengenai pelantikan bagi mengisi kekosongan portfolio Timbalan Ketua Menteri II Sarawak, Adenan memberitahu, perkara itu sedang dilihat dan akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

Tambahnya, pelantikan jawatan tersebut tidak perlu dilakukan tergesa-gesa.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau berkata, pihaknya yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan di kerusi itu seperti sebelum ini.

"Penduduk (Balingian) masih mempercayai kita (kerajaan). Dalam masa terdekat akan diumumkan calon kita.

"Beberapa nama calon telah diterima dan saya akan berbincang dengan pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN bagi menentukan calon paling sesuai untuk diletak bertanding di situ," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140304/po_03/Adenan-kekalkan-Kabinet#ixzz2uxBNU3hl  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Monday, 10 February 2014

Kempen awal PRK ciptaan PKR ‘ganggu’ penduduk


Oleh Hassan Mohd. Noor





KHABAR dari Permatang Pauh memaklumkan. Anwar Ibrahim telah menjelaskan kepada ‘sebahagian kecil pengundi dan penduduk’ di kawasan itu mengenai keputusannya ‘berhijrah’ ke Kajang. Maksud ‘sebahagian kecil’ adalah kerana jumlah yang hadir pada perjumpaan itu tidak ramai. Mungkin pengundi dan penduduk Permatang Pauh sudah tahu niat sebenar wakil rakyat mereka. Siapa sangka seorang pemimpin yang begitu gah di Permatang Pauh sanggup menawarkan diri untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. 

Alangkah baiknya jika beliau bertanding di kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Mana tahu, ‘untung badan’ dan atas dasar semangat kerjasama, DAP boleh menyerahkan jawatan Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang kepada Anwar. Jika itu menjadi kenyataan, maka ‘terbeliaklah’ parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama UMNO apabila melihat Melayu Pulau Pinang boleh menjadi KM.

Tentulah, ada sebabnya mengapa Anwar tidak bertanding di kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada PRU sembilan bulan yang lalu. Jika berhasrat menjadi KM, beliau boleh berbuat demikian pada pilihan raya kecil (PRK) Penanti selepas PRU 2008. Namun, mustahil DAP akan menyerahkan jawatan KM kepada PKR. Setakat bercakap bolehlah, tetapi akhirnya mereka akan mengikut juga formula amalan Barisan Nasional (BN) di negeri itu selama ini. Anwar bernasib baik kerana beliau boleh ‘meninggalkan’ Permatang Pauh dengan senang hati untuk ke Kajang. Tidak perlu kaki kanan di Permatang Pauh dan kaki kiri di Kajang. 

Semua kerjanya boleh dibereskan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan itu - Permatang Pasir (Pas), Penanti (PKR), Seberang Jaya (PKR). Mungkin tanpa kehadiran Anwar pun, pengundi-pengundi Permatang Pauh tidak kisah. Tiga ADUN yang ada boleh membereskan kerja Anwar. Beberapa rakan di Permatang Pauh juga tidak teruja untuk berbicara mengenai keputusan wakil rakyat mereka bertanding di DUN Kajang. Bagi mereka, ada atau tidak, sama sahaja. Biarlah Anwar mengejar cita-citanya walaupun sekadar menjadi Menteri Besar (MB), bukannya Perdana Menteri (PM).

Bagaimana pula kalau Anwar menjadi MB? Jika ini berlaku tentunya satu rekod bagi politik Malaysia kerana anak Pulau Pinang boleh menjadi MB di Selangor Darul Ehsan. Kalau di Pulau Pinang, jangan haraplah boleh jadi KM. Andainya Anwar menjadi MB, adakah akan ada desakan supaya beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh? Terabaikah nasib pengundi atau penduduk Permatang Pauh? Jika ada desakan sekali pun, Anwar tidak akan berbuat demikian kerana mungkin ketika itu, akan timbul pula kenyataan bahawa PRK itu satu pembaziran. Maka ketika itu tidak perlulah beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh. Inilah politik dalam kalangan parti pembangkang. Mereka sahaja yang betul. Berapa pula kos sebenar PRK Kajang? 

Khabarnya akan melibatkan RM1.6 juta. Jumlah itu bukan sandiwara angka. Mungkin paling kurang RM1 juta. Itu baru kos SPR atau dalam erti kata sebenar kos kerajaan. Bagaimana pula kos yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan parti politik? Disebabkan kerajaan negeri Selangor diterajui oleh PKR, adakah tidak ada satu sen pun duit kerajaan negeri (melibatkan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya) akan mengalir untuk PRK ciptaan PKR ini?

Jika bukan wang yang mengalir keluar, berapa banyak pula masa MB Selangor akan dihabiskan untuk berpolitik di Kajang bagi mengiringi kempen bakal MB ini? Dua tiga hari selepas wakil rakyat PKR meletak jawatan, Anwar sudah pun berkempen. Kenapa harus terburu-buru? Bukannya orang Kajang tidak kenal siapa Anwar. Kempen terlalu awal, sebulan sebelum PRK hanya menimbulkan keresahan penduduk yang mungkin sedikit terganggu. Untuk tempoh menjelang penamaan calon ini, biarlah penduduk menjalankan urusan harian mereka dengan tenang, seperti hari-hari biasa tanpa ceramah atau tazkirah politik.

PKR khususnya hendaklah menghentikan segera sandiwara, drama atau satira politik yang sedang dipentaskan di Kajang. PRK masih jauh. Cukuplah sekadar SPR ‘membuang’ wang untuk PRK ciptaan PKR ini. Parti-parti politik eloklah tidak membazir wang dengan kempen terlalu awal.

Alangkah baiknya, jika RM1.6 juta yang bakal digunakan dapat menampung pelbagai bantuan. Banyak masjid, surau, sekolah agama yang sedang dalam pembinaan masih memerlukan bantuan. Wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk aktiviti kebajikan lain serta menyediakan pelbagai prasarana untuk faedah rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Mungkin ada yang mempertikaikan secara sinis, kalau tidak ada PRK, wang sejumlah itu belum pasti dibelanjakan. Belanja atau tidak, mahal atau murah, kos itu tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya tiada permainan politik PKR menganjurkan PRK ini. Diselak kembali, ini adalah pembaziran wang rakyat untuk kali kedua bagi memenuhi keperluan politik Anwar. Pada 2008 sebanyak RM1.5 juta dibelanjakan bagi mengadakan PRK Parlimen Permatang Pauh setelah isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan, beberapa bulan selepas PRU 2008.

Berdasarkan situasi ini adakah, pengundi-pengundi di Kajang akan ‘mengajar’ pemimpin PKR ini? Satu persoalan yang menarik untuk dijawab kerana pada 2008, pengundi-pengundi Permatang Pauh seolah-olah tidak peduli soal pembaziran wang kerana bagi mereka Anwar perlu mendapat tempat. Bezanya, di Permatang Pauh, Anwar adalah orang tempatan yang pernah mewakili mereka tetapi di Kajang, keadaannya amat berbeza. Sebagai catatan, DUN Kajang sebelum ini pernah diwakili BN (1995, 2004), DAP (1986, 1990), Pas (1999) dan PKR (2008).

TARIKH MENARIK MENJELANG PRK

SELEPAS cerita PRK dirancang PKR, timbul pula persoalan, sama ada tarikh PRK PKR ini sudah dirancang. Hari penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac, pengundian awal 19 Mac dan hari pengundian biasa pada 23 Mac. Ada yang mula mempertikaikan kerana pada 10 Mac akan berlangsung istiadat pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong. Diikuti 11 Mac pula usul menjunjung kasih dan perbahasan titah di raja. Persidangan kali ini akan berlangsung sehingga 10 April. Pada 11 Mac ini, Anwar akan memilih yang mana satu? Sebagai ketua pembangkang, Anwar sepatutnya hadir di Dewan Rakyat. Pada hari penamaan calon. Anwar boleh diwakili pihak lain untuk menyerahkan kertas pencalonan. Mungkin, Khalid Ibrahim boleh meninggalkan Dewan Rakyat seketika untuk mewakili Anwar. Maka tidak seharusnya, tarikh ini menjadi isu besar. Tentunya apa yang turut menarik perhatian mengenai tarikh ialah 11,12 dan 13 Februari ini apabila Anwar berdepan dengan kes berkaitan liwat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140210/re_03/Kempen-awal-PRK-ciptaan-PKR-ganggu-penduduk#ixzz2st5jDB2U  © Utusan Melayu (M) Bhd