Tolak Anwar untuk selamatkan negara
DARI MINGGUAN MALAYSIA10/6/2012
KOTA BHARU 9 Jun - Rakyat perlu sedar tindakan mereka menolak Datuk
Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya akan datang adalah untuk
menyelamatkan negara daripada pengkhianatan yang telah dilakukan oleh
ketua pembangkang itu.
Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, Pilihan
Raya Umum Ke-13 merupakan saat paling tepat untuk rakyat menyingkirkan
Anwar yang telah melakukan pengkhianatan besar terhadap negara dan
rakyat Malaysia.
Beliau berkata, antara pengkhianatan yang dilakukan oleh Anwar adalah
sering memburukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa khususnya
Indonesia sehingga rakyat negara jiran itu sanggup melontar bangunan
kedutaan Malaysia dengan najis dan sebagainya.
"Dia (Anwar) lanyak kita di Indonesia, orang Indonesia pergi kedutaan
letak najis, bakar, tak pernah berlaku dalam sejarah termasuk semasa
konfrontasi Soekarno. Tak pernah kita dihina macam itu.
"Kenapa berlaku, sebab ada pemimpin bangsa kita sendiri yang hina kita, bangsa kita, negara kita," katanya.
Beliau menegaskan demikian pada ceramah Kelab Tolak Individu Bernama
Anwar Ibrahim (TIBAI) di bangunan UMNO negeri di sini semalam.
Mohamad Ezam berkata, semasa di Indonesia Anwar sentiasa memburukkan imej negara termasuk menuduh kerajaan zalim.
"Dia juga pengkhianat apabila mengeluarkan kenyataan tentang Israel.
Hanya kerana dendam kesumat dan peribadi, dia khianat umat dan agama
Islam.
"Dia (Anwar) tahu tak boleh jadi perdana menteri, jadi dia rosak dan
mahu ranapkan negara dengan menganjurkan Bersih 3.0," katanya.
Beliau sehubungan itu berkata, pengkhianatan yang dilakukan oleh
Anwar mesti dilawan secara bersungguh-sungguh dengan memastikan
kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
"Ini bukan soal UMNO, BN atau pakatan rakyat tetapi ini pertarungan dengan pengkhianat yang nak rosakkan negara.
"Agenda Anwar adalah untuk meranapkan negara, bukannya untuk pilihan raya yang adil," katanya.
Mengenai sikap Anwar yang dilihat berdiam diri daripada menjawab
pelbagai isu membabitkannya termasuk dakwaan pemilikan 20 akaun induk
bernilai RM3 bilion, Ezam berkata, Anwar akan terus berdiam diri
daripada menjawab pelbagai tuduhan terhadapnya kerana tidak mahu kisah
lamanya terbongkar.
Menurut beliau, ini kerana orang ramai terutama anak-anak muda yang
ghairah untuk bersama Anwar tidak tahu siapa sebenarnya ketua
pembangkang itu semasa beliau berkuasa.
"Dia tidak akan menjawab, dia tidak mahu buka kisah lama semasa dia
berkuasa sebab ia akan melahirkan, mempamerkan imej dia yang sebenarnya.
"Sebab itu masa dia berkuasa, apa yang dia telah buat kepada sekolah
Cina, pemberian projek berjumlah RM15 bilion tanpa tender, tentunya
Anwar tidak mahu kisah lama dibongkar kembali.
"Sebab itu Anwar sebaik mungkin mahu menghindarkan diri daripada
masyarakat korek balik atau melihat balik semasa dia berkuasa, apa yang
dia lakukan.
"Dia tidak mahu isu ini berpanjangan, sebab itu dia tidak mahu jawab, tidak mahu panjangkan.
"Biasalah sebab ia tidak akan menguntungkan dia kerana akan membongkar siapa sebenarnya Anwar," katanya.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat itu
berkata, sekiranya semua dakwaan tidak betul, Anwar sepatutnya mengambil
tindakan undang- undang bagi membersihkan namanya kerana tuduhan itu
serius.
Beliau bagaimanapun berkata, sebenarnya bukan mudah untuk memahami
siapa sebenarnya Anwar yang tidak lagi mempunyai moral untuk
memperjuangkan kebenaran atau perubahan dalam negara.
"Mesej yang penting dalam episod- episod ini adalah pada golongan
muda sekarang ini yang ghairah bersama Anwar, mereka tidak tahu siapa
sebenarnya Anwar.
"Mereka seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mengkaji setiap dakwaan ini," katanya.
KOMEN : TAK PAYAH NAK PECAH OTAK FIKIR PASAL NAK SOKONG ANWAR NI... APA SUMBANGAN ANWAR PADA NEGARA KITA MALAYSIA?....
No comments:
Post a Comment