DARI UTUSAN MALAYSIA
12/6/2012
KUALA LUMPUR 11 Jun - Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri
Gading) menempelak Majlis Peguam Malaysia kerana tidak profesional
ketika mengulas berhubung keganasan polis ketika perhimpunan haram
Bersih 3.0 selain dipergunakan parti pembangkang untuk meraih simpati.
Beliau berkata, Majlis Peguam seharusnya bersikap profesional dalam
sebarang kenyataan yang dikeluarkan termasuk pada perhimpunan haram
Bersih 3.0 baru-baru ini.
"Janganlah menafikan ini yang berlaku, apa guna majlis peguam apabila
menjadi alat pembangkang sebagai menyalak. Kita rasa terhina.
"Peguam yang sepatutnya bersikap profesional tetapi menjadi alat pembangkang, menyalak suara pembangkang," katanya
Beliau yang dibenarkan bertanyakan soalan tambahan di sidang Dewan
Rakyat, di sini hari ini turut menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 adalah
satu perhimpunan yang kotor, jijik dan melanggar undang-undang.
Katanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
adalah individu yang bertanggungjawab dalam segala insiden pada
perhimpunan tersebut.
Jelas beliau, ia berpunca daripada tindakan Anwar pada pukul 3 petang
pada 28 April lalu yang memberi isyarat mengarahkan peserta demonstrasi
menceroboh Dataran Merdeka.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan menerusi Peguam Negara memberi
jaminan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.
"Kita tak kira sesiapa. Mereka yang melanggar undang-undang akan
tetapi diambil tindakan dan kalau ada bukti kukuh akan dibawa ke
mahkamah," ujarnya.
Terdahulu ketika menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh),
Mohamed Nazri berkata, dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah
Majistret Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu mengikut Seksyen 352 Kanun
Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang jurugambar.
Beliau berkata, kesalahan oleh mereka didakwa dilakukan pada 28 April lalu dan kes disebut semula pada 18 Jun.
"Jabatan Peguam Negara terus meneliti rakaman video yang dikumpul
untuk mengenal pasti sekiranya terdapat anggota lain melakukan kekerasan
ketika perhimpunan itu.
"Sekiranya siasatan menunjukkan adanya keterangan kukuh mengenai
kekerasan, Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan pertuduhan di
mahkamah dan tidak melindungi mana-mana pihak," katanya.
Anwar meminta penjelasan apakah langkah diambil untuk mengesan,
menyiasat dan mendakwa anggota polis yang bertindak ganas terhadap
wartawan dan peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu serta
maklum balas kerajaan terhadap ketetapan Majlis Peguam Malaysia mengenai
keganasan polis ketika perhimpunan itu.
KOMEN : SEBAGAI RAKYAT, NAK TANYA JUGA KEPADA KERAJAAN, BILA PENGHASUT DAN PENGANJUR BERSIH 3 NAK DIDAKWA... ? TERUTAMA KETUA PEMBANGKANG YANG CAKAP BANYAK KAT PARLIMEN TU?
No comments:
Post a Comment