Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts

Monday, 23 May 2016

LIGA SUPER : JDT rampas teraju, Felda diikat P. Pinang

22 Mei 2016 12:39 AM



Pemain JDT, Marcos Antonio (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUALA LUMPUR 21 Mei – Jaringan hatrik oleh penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak ke kedudukan teratas Liga Super selepas membelasah Pahang 6-0 di Stadium Darul Makmur.

Kemenangan besar itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan merampas takhta pendahulu liga daripada Felda United yang sekadar seri 2-2 dengan pasukan tercorot Pulau Pinang di Jengka.

Anak didik Mario Gomez tidak menghadapi masalah untuk me­ngutip tiga mata penuh dan memulakan pesta gol mereka seawal minit keenam menerusi penyerang dari Argentina, Martin Lucero yang menanduk hantaran silang Mahali Jazuli.

Diaz menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit ke-29 diikuti jaringan pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio untuk meletakkan JDT mendahului 3-0 pada babak pertama.

Hanya dua minit separuh masa kedua bermula, Lucero menambah gol kedua peribadinya sebelum Diaz mengandakan jaringan pada minit ke-54 dan melengkapkan hatriknya pada minit ke-76.

Sementara itu, The Fighter juga bermula dengan baik pada awal permainan di Stadium Tun Abdul Razak apabila membuka tirai jari­ngan pada minit ketujuh menerusi Ahmad Syamim Yahya namun Pulau Pinang berjaya menyamakan di hujung babak pertama melalui ja­ringan Reinaldo Lobo.

Felda dikejutkan oleh jaringan Osas Saha pada minit ke-66 tetapi mereka diselamatkan daripada mendapat malu apabila penyerang sensasinya Francis Forkey Doe menyamakan kedudukan pada minit ke-80.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Selangor memulakan aksi pusingan kedua liga dengan bergaya apabila menang 5-2 ke atas Kelantan yang sekali lagi menamatkan permainan dengan 10 orang.

Gol Red Giants dijaringkan Mohd. Hafis Kamal pada minit ke-16, R. Gopinathan (m-22), Mohd. Nazmi Faiz Mansor (m-37), Razman Roslan (m-49) dan Ahmad Hazwan Bakri (m-88) manakala dua gol tuan rumah disumbangkan oleh Blahze Ilijoski (m-10) dan Dramane Traor (m-59).

Dalam pertemuan mereka di Stadium Shah Alam Rabu lalu, Kelantan bermain hampir keseluruhan permainan dengan 10 orang setelah Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang pada pertengahan babak pertama dan kali ini Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pula mendapat kad merah pada minit ke-60 kerana menyiku Nazmi Faiz.

Sarawak meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Perak 3-0 di Stadium Perak dengan Junior Aparecido Guimaro membuka tirai jaringan pada minit ke-32 apabila menyempurnakan sepakan penalti setelah pemain Sarawak, Makeche Noumba dijatuhkan pertahanan tuan rumah Thiago Junior di dalam kotak penalti.

Makeche mengukuhkan kedudukan pasukannya apabila meledak gol kedua pada minit ke-65 dan Sarawak melebarkan kelebihan apabila sepakan lambung Gilmar Jose da Silva menewaskan penjaga gol Muhd. Hafizul Hakim pada minit ke-70.

Dalam pada itu, Terengganu melakar kemenangan tipis 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) seri 1-1 dengan Kedah di Stadium Shah Alam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-teraju-felda-diikat-p-pinang-1.332955#sthash.x8KnezQO.dpuf

Monday, 16 May 2016

JDT juara Piala FA

UTUSAN ONLINE | 14 Mei 2016 11:17 PM



KUALA LUMPUR 14 MEI - Pemain JDT, Jorge Pereyra Diaz cuba melepasi pemain PKNS ketika Perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016 diantara pasukan JDT FC menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, di sini hari ini. JDT menang ke ata PKNS 2-1. UTUSAN/AZIZUL A. MAJID

SHAH ALAM 14 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala FA selepas menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Bagaimanapun juara Piala AFC itu terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan The Red Ants pada minit keenam menerusi sepakan penalti Gabriel Miguel Guerra selepas pertahanan JDT Aidil Zafuan Abd. Radzak menjatuhkan Gonzalo Manuel Sato dalam petak penalti.

Namun gol itu tidak bertahan lama apabila pengadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan pula sepakan penalti kepada pasukan Harimau Selatan selepas Jorge Diaz dijatuhkan oleh penjaga gol G. Jeevanathan pada minit ke-16.

Sepakan penalti tersebut disempurnakan dengan baik oleh kapten JDT, Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan seri 1-1 dan Diaz menambah gol kedua dan kemenangan Harimau Selatan pada minit ke-35. – UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-juara-piala-fa-1.326006#sthash.x65njDtU.dpuf


Rakyat Johor sambut Piala FA bersama Sultan Ibrahim

BERNAMA | 15 Mei 2016 6:56 PM


SEGAMAT 15 Mei - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meraikan kemenangan pasukan JDT menjuarai Piala FA sempena Kembara Mahkota Johor di Taman Yayasan Segamat, hari ini. - fotoBERNAMA

SEGAMAT 15 Mei - Lebih 5,000 rakyat negeri ini membanjiri tapak pasar tani Taman Yayasan bagi melihat secara dekat Piala FA yang dimenangi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malam tadi.

Barisan pemain JDT yang tiba di sini kira-kira 2 petang ini, disambut meriah penyokong skuad Harimau Selatan, yang mula membanjiri kawasan berkenaan seawal 12 tengah hari tadi.

Kawasan itu juga adalah lokasi terakhir bagi hari kedua Kembara Mahkota Johor 2016, yang diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim yang berangkat tiba kira-kira 3.15 petang, turut diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Turut berangkat sama adalah kelima-lima anakanda baginda.

Sultan Ibrahim kemudian dipersembahkan dengan Piala FA 2016 oleh kapten pasukan, Safiq Rahim dan ketua jurulatih JDT, Mario Gomez.

Pada perlawanan akhir Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam malam tadi, JDT menewaskan PKNS FC 2-1, sekali gus menamatkan penantian menjulang piala berkenaan yang kali terakhir dimenangi pasukan itu pada 1998.

Sultan Ibrahim turut berkenan menyampaikan replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Hafiz Ahmad sebagai wakil kepada pertubuhan anak-anak yatim daerah berkenaan. 

- BERNAMA- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rakyat-johor-sambut-piala-fa-bersama-sultan-ibrahim-1.326352#sthash.SO0WPBGn.dpuf



JDT semakin bernafsu

Dua lagi trofi jadi sasaran Gomez, Safiq mahu ACL
FADHILUL IZMEL ISHAK 
DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 16 Mei 2016 12:24 AM



TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM (kanan) meraikan kejayaan JDT muncul juara Piala FA bersama kapten, Safiq Rahim kelmarin. UTUSAN/Abdul Razak Latif

SHAH ALAM 15 Mei - Selepas merangkul Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bernafsu besar untuk menambah koleksi dalam kabinet mereka apabila Piala AFC serta Liga Super kini menjadi sasaran sete­rusnya.

JDT sudah pun mendakap dua trofi musim ini iaitu Piala Sumbangsih sewaktu menewaskan Selangor pada Januari dan terbaharu, memenangi Piala FA setelah menumpaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam semalam.

Pengendali Harimau Selatan, Mario Gomez berkata, pasukannya menyasarkan empat trofi musim ini dan dua daripadanya telah diraih, manakala dua lagi bakal menyusul membuatkan JDT.

“Musim ini kami ada empat sasaran yang perlu dilaksanakan. Dua sasaran kami sudah direalisasikan iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA. Sekarang kami mahu fokus kepada dua lagi misi iaitu Liga Super serta mempertahankan Piala AFC.

“Bagaimanapun sekarang kami mahu berseronok dulu, kami mahu meraikan kejayaan ini (menjuarai Piala FA).

“Esok kami akan bercakap mengenai perlawanan menentang Pahang dalam aksi Liga Super (Rabu ini),” katanya.

Mengulas mengenai kejayaan­nya membantu JDT meraih lima trofi tidak sampai dua tahun selepas membimbing pasukan itu, Gomez berkata: “Ia bukan perkara mudah untuk dilakukan. Apa yang penting adalah saya mempunyai pemain yang bagus.”

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim turut memasang misi besar apabila meletakkan sasaran peribadiuntuk beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebelum menamatkan kariersebagai pemain bola sepak profesional.

“Ini kemenangan Piala FA pertama saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana JDT dapat menjuarai Piala FA kali ini. Bagi pencapaian individu ini merupakan peluang terbaik saya untuk menambah koleksi peribadi.

“Kami tidak akan berhenti di sini kerana kami mencipta sejarah di masa akan datang. Saya fikir kami juga tidak perlu menoleh ke belakang kerana kami perlu terus memandang ke hadapan.

“Secara keseluruhannya, saya masih belum mencapai tahap yang baik. Saya perlu belajar lagi dengan menimba ilmu daripada pemain JDT serta barisan kejurulatihan.

“Saya tidak boleh berhenti di sini kerana saya mahukan kejayaan pada masa depan.

“Mungkin sebelum bersara, saya mahukan kejayaan. Saya mahu layak ke Liga Juara-Juara Asia. Itu adalah impian saya,” kata ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-semakin-bernafsu-1.326487#sthash.EBu7RSvR.dpuf


Lebih 10,000 rai wira Harimau Selatan

MOHAMED SAARI | 16 Mei 2016 12:25 AM


RIBUAN rakyat Johor tidak melepaskan peluang untuk menyambut pasukan JDT yang membawa pulang Piala FA di Tapak Pasar Tani Taman Yayasan pada Kembara Mahkota Johor 2016, semalam. Kelab Media Johor

SEGAMAT 15 Mei – Cuaca panas terik tidak menghalang lebih 10,000 penyokong setia pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk datang seawal pukul 11 pagi di Tapak Pasar Tani, Taman Yayasan, di sini bagi bertemu dan meraikan pemain kesayangan mereka yang memenangi Piala FA di Stadium Shah Alam, semalam.

Pemain dan pegawai JDT yang menaiki dua bas tiba di lokasi terak­hir konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 itu kira-kira pukul 2.30 petang dengan disambut oleh pa­luan gendang serta laungan peminat yang telah menunggu kedata­ngan mereka sejak lebih tiga jam.

Dalam majlis bersejarah itu, Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ibrahim berkenan meraikan JDT, termasuk menjulang Piala FA bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Ne­geri, Datuk Ismail Karim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Ne­geri Johor (PBNJ).

Sementara itu, seorang penyokong setia JDT, Saadiah Liham, 53, berkata, dia tiba pada pukul 12 tengah hari dengan menunggang motosikal dari Buloh Kasap dan tidak kisah terpaksa berpanas semata-mata untuk melihat pemain JDT dari dekat.

“Ini kali pertama pemain JDT datang ke daerah ini dan lebih istimewa mereka membawa sekali Piala FA yang dimenangi malam tadi untuk tatapan kami peminat bola sepak di sini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lebih-10-000-rai-wira-harimau-selatan-1.326488#sthash.fjyUN8s7.dpuf


JDT tepati ramalan

ZAZALI JAMIAN, 
FADHILUL IZMEL ISHAK 
DAN ROZAIDI ZULKIFLI | 15 Mei 2016 12:24 AM


JUARA... Safiq Rahim (depan, dua dari kiri) menjulang piala bersamasama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas menewaskan PKNS dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam tadi. – mingguan /Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR 14 Mei - Penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz muncul wira Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila jaringannya pada minit ke-35 membantu Harimau Selatan meraih trofi pertamanya tahun ini apabila mengalahkan PKNS FC 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini.

Kejayaan itu juga memboleh­kan Piala FA kembali dibawa ke bumi Johor selepas kali terakhir dijulang menerusi pasukan Johor FA pada 1998.

Ini adalah kali pertama pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA sejak kejohanan itu diperkenalkan 26 tahun lalu.

Kejayaan JDT itu juga mengubat kekecewaan mereka setelah tewas kepada Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir edisi 2013.

Walaupun telah diramalkan mampu memenangi perlawanan di hadapan hampir 70,000 penonton namun JDT menghadapi kesukaran untuk menjinakkan The Red Ants, malah mereka ketinggalan pada awal permainan.

Beraksi di atas padang yang licin akibat hujan sejak petang menambah kesukaran kepada kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik mereka namun perlawanan tetap berlangsung sengit.

Namun PKNS yang lebih dahulu berada di hadapan apabila pe­ngadil perlawanan Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan sepakan penalti pada minit kelima selepas kapten PKNS, Gonzalo Soto ditarik hingga terjatuh dalam kawasan gol oleh pertahanan tengah JDT, Aidil Zafuan Abdul Radzak berikutan sepakan sudut.

Peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh Red Ants menerusi penyerang dari Argentina, Gabriel Guerra yang bijak mengelirukan penjaga gol JDT, Mohd. Izham Tarmizi apabila merembat kencang untuk membolehkan PKNS mendahului perlawanan.

Gol PKNS itu memaksa JDT menggandakan asakan untuk kembali menyamakan kedudukan dan asakan mereka membuahkan hasil apabila Harimau Selatan pula dihadiahkan sepakan penalti.

Tindakan penjaga gol PKNS, G. Jeevananthan untuk keluar daripada kedudukan asalnya bagi menghalang gerakan solo penyerang JDT, Diaz membawa padah apabila asakannya menyebabkan pemain itu terjatuh.

Dan, ketua pasukan Safiq Rahim tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan sepakan pada minit ke-16 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kelemahan jentera pertahanan PKNS untuk mengeluarkan bola dengan pantas ketika berhadapan situasi di dalam kawasan gol telah memberi peluang kepada JDT menambah jaringan menerusi Diaz hasil susulan bola lantun yang terkena kaki Jeevananthan pada minit ke-35.

Selepas rehat, PKNS turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah gol namun percubaan mereka sama ada diselamatkan atau dihalang oleh Izham manakala JDT juga menyaksikan beberapa percubaan mereka disekat oleh penjaga gol.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-tepati-ramalan-1.326121#sthash.XAdxBImH.dpuf


Friday, 22 April 2016

LIGA SUPER : Felda, JDT menang besar

21 April 2016 12:26 AM


PEMAIN JDT, Jorge Pereyra Diaz (kiri) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – utusan/NUR AISYAH MAZALAN

KUALA LUMPUR 20 April – Dua pasukan teratas Felda United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bersaing sengit dalam perebutan kedudukan teratas Liga Super apabila masing-masing mencipta kemenangan besar ke atas lawan mereka malam ini.

The Fighters terus kebal di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka apabila mudah menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 untuk memastikan mereka terus mencengkam takhta Liga Super.

Beraksi di laman sendiri, yang menggunakan rumput tiruan, jelas memberikan kelebihan kepada pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu, yang membuka tirai ja­ringan pada minit ke-21 menerusi Christie Jayaseelan diikuti dua ja­ringan Lutfulla Tutaev pada minit ke-26 dan 87 sebelum menutup permainan dengan jaringan Forkey Doe pada minit ketiga masa kece­deraan.

Sementara itu, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru, Harimau Selatan membaham skuad Bujang Senang dengan kemena­ngan 5-2 untuk terus memberikan tekanan kepada Felda.

Harimau Selatan memperoleh jaringan menerusi Jorge Pereyra Diaz seawal minit ketiga sebelum menambah gol menerusi Marcos Antonio (m-35), Juan Martin Lu­cero (m-36) dan Fazly Mazlan (m-44) selain gol sendiri ketua pasukan Sarawak, Mohd. Shahrol Saperi (m-40).

Gol saguhati skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal diperoleh hasil jaringan K. Gurusamy pada babak pertama dan gol sendiri Mohd. Fadli Mohd. Shas pada babak kedua.

Pahang pula meneruskan rentak kemenangan di bawah kendalian jurulatih baharu, Mohamed Razip Ismail apabila menewaskan Kelantan 4-3 dalam perlawanan antara dua pasukan dari Pantai Timur di Stadium Darul Makmur, Kuantan

Kelantan bermula dengan langkah kanan setelah berjaya menja­ringkan gol pembukaan menerusi penyerang Dramane Traore pada minit kelapan namun dikejutkan tiga gol berturut-turut oleh pasukan tuan rumah hasil jaringan Dalibor Volas pada minit ke-13, German Pacheco (m-45) dan Mohd. Faisal Rosli (m-47).

Pasukan pelawat cuba bangkit menerusi gol Blazhe Ilioski hasil sepakan penalti pada minit ke-55 sebelum pemain gantian Mohd. Khairul Izuan mengikat kedudukan 3-3 pada minit ke-77.

Pemain import Tok Gajah, Pacheco muncul wira Tok Gajah apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan menerusi percubaan cantik setelah menyambar umpanan Volas.

Dalam pada itu, Terengganu FC II (TFC II) meredakan sedikit tekanan daripada penyokong apabila menang 4-1 ke atas Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Empat gol TFC II disumbangkan oleh Mohd. Azrul Ibrahim (minit 9), Konate Makan (m-66), Mohd. Rizal Ghazali (m-77) manakala gol saguhati pasukan Lang Merah dijaringkan Badrul Bakhtiar (m-42).

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, gol oleh Mauro Olivi sudah cukup untuk Selangor me­ngutip tiga mata perlawanan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang.

Penyerang dari Argentina itu menjaringkan gol tunggal perlawanan setelah sepakan bebasnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pulau Pinang, Sani Anuar Kamsani pada minit ke-16.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/felda-jdt-menang-besar-1.278220#sthash.CRdnHqRQ.dpuf


Thursday, 14 April 2016

AFC CUP : Harimau Selatan 
ke pusingan kalah mati

14 April 2016 12:29 AM



PENYERANG JDT, Safee Sali (dua dari kanan) cuba melepasi pertahanan lawan dalam perlawanan Piala AFC menentang Lao Toyota di Stadium Nasional, Vientiane, malam tadi. JDT menang 4-1. GAMBAR JOHOR SOUTHERN TIGERS

KUALA LUMPUR 13 April – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selepas menundukkan Lao Toyota FC 4-1 dalam aksi keempat Kumpulan H Piala AFC di Stadium Nasional Vientiane, Laos, malam ini.

Biarpun turun tanpa kelibat kapten Safiq Rahim, dan jawatan itu diisi pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd. Radzak, namun skuad Harimau Selatan masih mampu meraih kemenangan keempat berturut-turut, sekali gus mengungguli Kumpulan H dengan pungutan mata 12 maksimum.

Terdahulu, JDT ketinggalan apabila sepakan percuma Phatthana Syvilay menerjah masuk ke dalam gawang gol pasukan pelawat ketika empat minit sebelum wisel rehat dibunyikan.

Tersentak daripada itu, Harimau Selatan bangkit di babak kedua dengan membalas empat gol bermula dengan jaringan penyamaan hasil sepakan penalti Safiee Sali pada minit ke-47 sebelum ditambah oleh Fadhli Shas, 18 minit berselang.

Bagaikan belum puas dengan kelebihan tersebut, JDT bertindak menambah dua gol menerusi Amri Yahyah pada minit ke-77 dan Jorge Pereyra Diaz (minit ke-82).

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-selatan-8232-ke-pusingan-kalah-mati-1.259637#sthash.YfaiFVUo.dpuf

Monday, 21 March 2016

FA CUP 2016 : JDT, Perak menang tipis, PKNS berpesta gol

20 Mac 2016 12:15 AM



Penyerang JDT, Juan Martin Lucero meraikan jaringannya selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang PDRM dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Hang Jebat, Melaka semalam. – Mingguan/MOHD. AZIM ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila menumpaskan Polis Diraja Malaysia ketika PKNS menang besar di tempat lawan manakala Perak hanya menang tipis di Ipoh dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA semalam.

JDT bagaimanapun memerlukan sepakan penalti Juan Martin Lucero pada minit ke-19 untuk menjaringkan gol namun sudah cukup untuk mereka menumpaskan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai bekalan apabila bertemu dalam perlawanan kedua pada 2 April nanti.

Di Stadium Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Juan Cobelli menjaringkan dua gol ketika PKNS bertambah garang pada babak kedua dengan menghasilkan tiga gol untuk menang 4-0 ke atas Sime Darby.

Red Ants mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi pemain jaringan pemain dari Palestin, Matias Hadwa pada minit ke-19 tetapi menggunakan sepenuhnya nasib malang Sime Darby, yang bermain dengan 10 orang selepas Mateo Roskam dilayangkan kad merah pada minit ke-53 untuk terus menambah gol.

Penyerang dari Argentina, Cobelli menambah derita Sime Darby hanya dua minit kemudian dan menjaringkan gol kedua peri­badinya semalam pada minit ke-78 sebelum Mohd. Nazrin Syamsul Bahri meledak jaringan keempat lima minit sebelum permainan tamat.

Sementara itu ketumpulan jentera serangan terus menghantui Perak, namun bernasib baik apabila meraih gol kemenangan 1-0 hasil jaringan sendiri pemain pertahanan lawan pada minit ketujuh di Stadium Perak.

Jaringan itu diperoleh apabila sepakan sudut Nazirul Naim Che Hashim ditanduk pertahanan Perak, Thiago Junior yang gagal ditepis penjaga gol Kuala Lumpur, Badrul Zaman Abd. Halim sebelum bola terkena Helmi Remeli dan melantun ke dalam gawang sendiri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-perak-menang-tipis-pkns-berpesta-gol-1.202414#sthash.wGsqfDAd.dpuf


Thursday, 17 March 2016

AFC CUP : Hampiri pusingan ke-2

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 17 Mac 2016 12:27 AM



PENYERANG JDT. Mohd Amri Yahyah (kiri) meraikan jaringannya dengan gaya tersendiri sambil diraikan oleh rakan sepasukan Safiq Rahim (kanan) dan Jorge Pereyra Diaz dalam perlawanan Piala AFC peringkat kumpulan menentang Lao Toyota di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. JDT menang 3-0. UTUSAN/Raja Jaafar Ali


JOHOR BAHRU - Dua sepakan penal­ti Safiq Rahim membantu penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedu­dukannya sebagai pendahulu Kumpulan H, Piala AFC selepas menundukkan pasukan dari Laos, Lao Toyota 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan permainan dengan 10 pemain.

Dua jaringan kapten Safiq menerusi sepakan penalti dan satu oleh Amri Yahyah cukup untuk memastikan Harimau Selatan memperoleh kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan untuk mengumpul sembilan mata, sekali gus hampir pasti akan mara ke pusingan kedua.

JDT, yang dibarisi ramai pemain barisan kedua, dilihat kurang menyengat dan tidak banyak melancarkan serangan ke kubu lawan pada babak pertama yang berkesudahan tanpa jaringan.

Safee Sali dan Amirul Hadi masing-masing mempunyai peluang untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan namun percubaan mereka sedikit tersasar dari gawang gol.

Perubahan taktikal yang dilakukan ketua jurulatih Mario Gomez pada babak kedua merubah corak permainan JDT yang dilihat lebih garang mengasak kubu lawan.

Pada minit ke-61, JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Syria, Hanna Hattab selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Takahiro Saito ketika dia cuba menghalang asakan tuan rumah.

Saito dilayangkan kad merah dan Safiq berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut.

Pada minit ke-69, giliran Harimau Selatan pula bermain dengan 10 pemain selepas S. Kunanlan mengutip kad kuning kedua.

JDT sekali lagi dihadiahkan sepakan pada minit ke-74 apabila S. Chanturu dikasari dalam kotak penalti dan disudahkan dengan bersahaja oleh Safiq.

Pada babak akhir perlawanan, Amri Yahyah menambah derita buat pasukan pelawat apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan hasil gerakan satu dua dengan Safiq.

Sementara itu wakil India, Bengaluru meraih kemenangan pertamanya apabila menang 1-0 ke atas Ayeyawady United di Pathein, Myanmar hasil jaringan S. Chhetri pada minit ke-34.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hampiri-pusingan-ke-2-1.201258#sthash.Rx4tdHJs.dpuf


Monday, 14 March 2016

LIGA SUPER : JDT rampas semula takhta

14 Mac 2016 12:16 AM



Pemain Perak, Muhd Fikri Sudin (kiri) cuba mengasak penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh yang berkesudahan seri 0-0 semalam.Gambar: Kamal Basir Wahab / Wartawan Sayed Hesham / Kosmo Ayman Ghaffa

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kempennya mempertahankan gelaran juara Liga Super dengan menum­paskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 untuk merebut semula kedudukan teratas semalam.

Kemenangan itu membolehkan JDT mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan, satu mata di hadapan Felda yang mendahului seketika persaingan selepas mereka menang 2-0 ke atas Pahang 24 jam sebelumnya.

Bagaimanapun, perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan JDT terpaksa menanti hingga babak kedua perlawanan untuk memperoleh gol apabila ketua pasukan Mohd. Safiq Rahim menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 sebelum penye­rang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz mengesahkan penguasaan Harimau Selatan pada minit ke-77.

Di Stadium Perak, pasukan tuan rumah terus buntu dalam usaha mencari kemenangan pertama liga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu FC (TFC) semalam.

Ini merupakan keputusan seri keempat dialami Perak, yang turut tewas sekali selepas lima perlawanan.

Lebih menghampakan sepanjang lima perlawanan liga, Perak hanya mampu meledak satu gol iaitu ketika seri 1-1 dengan Pulau Pinang.

Barisan depan skuad Bos Gaurus perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan deretan peluang gol dalam aksi semalam, bermula dengan rembatan deras Vokhid Sodhiev dari dalam kotak penalti pada minit ke-16 namun tersasar.

TFC juga hampir mencipta jaringan pada minit ke-20 hasil percubaan Konate Makan dari luar kotak penalti namun rembatannya terkena palang.

Mohd. Hafiz Ramdan hampir memecahkan kebuntuan gol seminit kemudian apabila tandukannya menewaskan penjaga gol TFC, Wan Muhammad Azraie namun bola tersasar.

Perak terus menguasai babak ke­dua dengan menggandakan percubaan ke gawang lawan namun dihampakan oleh ketangkasan Wan Muhammad Azraie untuk perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-rampas-semula-takhta-1.200387#sthash.MZSkK6yi.dpuf


Thursday, 10 March 2016

AFC CUP 2016 : Sepakan Safiq pastikan JDT raih kemenangan

SHARIL SHARIFF | 10 Mac 2016 2:41 AM



PEMAIN-PEMAIN JDT meraikan Safiq Rahim (dua dari kiri) selepas ketua pasukan mereka itu menjaringkan gol ketika menentang Bengaluru dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Bengaluru, India semalam. – GAMBAR IHSAN JOHORSOUTHERNTIGERS


KUALA LUMPUR – Kepakaran ketua pasukan Safiq Rahim melaksanakan sepakan bebas sekali lagi membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka menumpaskan Bengaluru FC 1-0 di Bengaluru, India semalam sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju Kumpulan H, Piala AFC.

Jaringan pada babak kedua perlawanan itu menyaksikan penyandang juara JDT kini mengumpul enam mata hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan, tiga mata di hadapan kelab Myanmar, Aye­yawady United yang terikat mata dengan wakil Laos, Lao Toyota FC.

Perlawanan di Stadium Sree Kanteerava semalam menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang ketika separuh masa pertama dengan masing-masing mempunyai peluang menjaringkan gol namun tidak berupaya memanfaatkannya dengan baik.

Bagaimanapun aksi menjadi lebih menarik ketika babak kedua perlawanan yang menyaksikan JDT menguasai persaingan dengan baik.

Bagaimanapun, Harimau Selatan memerlukan kepakaran Safiq pada minit ke-55 untuk memperoleh gol apabila dia membuat sepakan deras dari hujung kawasan penalti yang menyaksikan bola menerjah penjuru kanan gawang Bengaluru.

Sepakan bebas itu dihadiahkan oleh pengadil selepas penyerang Harimau Selatan, Juan Martin Lucero dari Argentina dijatuhkan pemain tuan rumah.

Penguasaan JDT bertambah baik selepas jaringan tersebut malah hampir menambah jaringan menerusi percubaan tepat rakan se­negara Lucero, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-66 namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Benga­luru.

Pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol penyamaan pada penghujung perlawanan namun peluang terbaik mereka pada minit ke-84 itu gagal dimanfaatkan de­ngan sebaiknya walaupun pertahanan JDT sudah ditumpaskan.

Selepas ini JDT dijadual meneruskan aksi Kumpulan H menentang Lao Toyota pada Rabu depan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sepakan-safiq-pastikan-jdt-raih-kemenangan-1.199107#sthash.jdGOl2su.dpuf


Monday, 7 March 2016

FA CUP : Selangor, Kelantan tersingkir, JDT menang mudah

05 Mac 2016 1:55 AM



SLUG : JDT N.SEMBILANJOHOR BAHRU 4 MAC 2016 - PEMAIN pasukan Johor DT , Safee Sali (10) cuba merampas bola dari pemain pasukan Negeri Sembilan , Aroon Kumar A/K Ramaloo (2) , dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA Superbest Power antara Johor DT menentang Negeri Sembilan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini hari ini.Gambar : MOHD HAZROL ZAINALPemberita : FAIZAL HASHIM (Utusan/Sukan) WAN NUR ZURAIHAH WAN ALI (Kosmo/Sukan)



KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Selangor menerima kejutan apabila tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 2-1 kepada PDRM dalam pusingan ketiga semalam yang merupakan kekalahan pertama mereka dalam semua pertan­dingan musim ini.

Perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka itu menyaksikan skuad kendalian Ahmad Fauzi Pilus menampilkan aksi cemerlang untuk mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ahmad Nizam Rodzi pada minit ke-39.

Selang 13 minit babak kedua bermula, The Cops terus menggandakan kedudukan, kali ini menerusi pemain dari Singapura, Safuwan Baharuddin dan walaupun The Red Giants cuba bangkit namun jari­ngan penyerang kebangsaan Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh ketika perlawanan berbaki empat minit sudah terlalu lewat untuk menghalang mereka daripada menerima kekalahan pertama dalam semua pertandingan musim ini selepas kalah dalam perlawanan sumbangsih.

Sementara itu, aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru menyaksikan skuad Harimau Selatan tidak berdepan masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan 4-1.

Skuad kendalian Mario Gomez membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Aznie Taib sebelum Amri Yahyah menggandakan kedudukan lima minit kemudian menerusi sepakan penalti.

Pada separuh masa kedua, JDT terus menambah jaringan menerusi pemain dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-64 dan minit ke-90 manakala Negeri Sembilan meraih gol saguhati menerusi jari­ngan pemain dari Australia, Andrew Nabbout pada minit ke-67.

Sementara itu naib juara musim lalu Kelantan tersingkir daripada Piala FA selepas Mohd. Khairul Izuan Rosli, yang terakhir mengambil sepakan, menyaksikan percubaannya terkena tiang kiri gawang Kedah untuk mereka tewas 5-4 menerusi penalti penentuan selepas perlawanan terikat 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Terdahulu Kelantan mendahului pada minit ke-34 menerusi jaringan jarak dekat pemain pertahanan Jonathan McKain selepas sepakan bebas Muslim Ahmad ditanduk ke depan gawang oleh Dramane Traore.

Bagaimanapun, Kedah me­nya­ma­kan kedudukan tiga minit selepas babak kedua berlangsung menerusi jaringan Khairul Helmi Johari yang menanduk masuk sepakan sudut Baddrol Bakhtiar, dan walaupun tuan rumah mengasak hingga tamat perlawanan masa tambahan namun akhirnya memerlukan pe­nalti penentuan untuk mara ke pu­singan keempat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/selangor-kelantan-tersingkir-jdt-menang-mudah-1.197224#sthash.yIXcxxHz.dpuf


Tuesday, 1 March 2016

JDT buat Penyu terus kelemasan, Felda makin kukuh

28 Februari 2016 12:08 AM


PENYERANG Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) diasak dua pemain JDT, S. Kunanlan dan S. Chanturu (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam. JDT menang 2-0. – mingguan / DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR – Tindakan Persa­tuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad Yusoff daripada tugasan jurulatih musim ini dan menggantikannya dengan Mike Mulvey tidak membawa kesan segera kepada skuad Penyu yang tumpas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu menyaksikan skuad Mario Gomez berada di hadapan seawal minit ke-28 menerusi jaringan S. Chanturu yang membuat sepakan terus setelah menerima umpanan cantik Jorge Pereyra Diaz di dalam kawasan penalti.

Penyerang Argentina, Diaz kemudian membuat gerakan solo untuk mengukuhkan kedudukan juara bertahan Liga Super itu lima minit selepas itu setelah rembatannya berjaya menerobos ke gawang Terengganu, sekali gus menghadiahkan kekalahan kedua buat skuad Penyu dalam saingan liga.

Sementara itu, dua jaringan Hadin Azman memastikan Felda Uni­ted mengekalkan kedudukannya di anak tangga teratas carta selepas menumpaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Gol pada setiap babak dihasilkan pada minit ke-31 dan minit ke-71 sudah cukup untuk memastikan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengutip tiga kemenangan berturut-turut.

Dalam satu lagi aksi, Pahang yang pada satu ketika mendahului namun akhirnya terpaksa akur skuad mudanya belum cukup matang untuk menangani Selangor yang dibimbing bekas jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan apabila tewas 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Jaringan tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Faisal Abd. Halim seawal minit ke-13 tetapi Patrick Ronaldinho memadam kelebihan tersebut apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan minit ke-45 sebelum bekas pemain Pahang, R. Gopinathan meledak gol kemenangan pada minit ke-67.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa akur dengan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan untuk seri 2-2 menentang Pulau Pinang.

Skuad bimbingan Jacksen F. Tiago terlebih dahulu berada di depan seawal minit kedua permainan menerusi jaringan S. Kumaahran namun penyerang kebangsaan Maldives, Ali Asfaq menyamakan kedudukan pada minit ke-65 setelah menyempurnakan sepakan penalti.

Skuad The Cops meletakkan diri mereka di depan apabila Souleymane Konate menjaringkan gol kedua PDRM pada minit ke-70 bagaimanapun Matias Cordoba menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Di Stadium Perak, Ipoh pula menyaksikan Bos Gaurus terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Kedah. Kedua-dua pasukan buntu mencari gol perlawanan biarpun mereka saling berbalas asakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-buat-penyu-terus-kelemasan-felda-makin-kukuh-1.194983#sthash.UtdY4Isi.dpuf


DRB Hicom kejutkan UiTM FC 4-1

01 Mac 2016 12:27 AM


IVAN BABIC (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan, semalam.

DRB Hicom FC melaungkan amaran mereka mampu menjadi pencabar utama Liga Perdana, musim ini selepas membelasah pendahulu liga, UiTM FC 4-1 di Stadium Proton City, Tanjung Malim, semalam.

Penyerang import dari Croatia, Ivan Babic, muncul wira The Great Bees apabila meledak hatrik, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama buat UiTM FC, yang dibimbing Raja Isa Raja Akram Shah.

Beraksi di tempat sendiri, DRB Hicom mendahului perlawanan pada minit ke-25 menerusi jaringan Phillip Lund, yang menyudahkan hantaran Nazri Kamal.

Babic menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 selepas bola terkena tangan pemain pelawat dalam kotak penalti.

UiTM FC yang dikenali sebagai The Lions Troops terus dihukum apabila Babic meledak gol kedua peribadi dan ketiga buat DRB Hicom selepas menyudahkan hantaran lintang daripada Nazri pada minit ke-40.

Lima minit babak kedua bersambung, DRB Hicom terus garang apabila Babic menyempurnakan hatriknya pada minit ke-50, sebelum penyerang import UiTM, Pavel Purishkin meledak gol saguhati buat pasukannya pada minit ke-70.

Mat Zan tidak pandang rendah 
kemampuan Negeri Sembilan

WALAUPUN mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, namun pengendali Melaka United, Mat Zan Mat Aris enggan memandang rendah keupayaan Negeri Sembilan dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam ini.

Katanya, lawan mereka memiliki nama besar serta dibarisi pemain berpengalaman, justeru pertembungan kedua-duanya pasti berlangsung sengit.

Bagaimanapun kata Mat Zan, peluang bermain di tempat sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan sokongan daripada penyokong untuk meraih mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan di tempat teratas.

“Lawan yang kita akan temui pada perlawanan keempat ini adalah satu pasukan yang telah kukuh dan kita jangan ambil mudah serta terlalu yakin ketika berdepan dengan Negeri Sembilan.

“Masing-masing juga mempunyai cita-cita untuk berada dalam persaingan yang lebih tinggi pada musim depan iaitu layak ke Liga Super dan sudah tentu persaingan seterusnya lebih getir,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Fatimah, Bukit Serindit di sini, kelmarin.

Mat Zan turut mengingatkan pemainnya supaya tidak mengulangi kesilapan dengan membiarkan gawang mereka dibolosi di minit-minit awal permainan.

Dalam perlawanan terdahulu kesilapan itu agak ketara, dan dia berharap pemainnya mampu bertahan dan mencari peluang untuk menghadirkan gol untuk Melaka United.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/drb-hicom-kejutkan-uitm-fc-4-1-1.195604#sthash.KeR8q6la.dpuf

Friday, 26 February 2016

AFC CUP : ‘Bonus untuk saya’

NURUL HUDA HASSAN | 26 Februari 2016 12:11 AM



PEMAIN tengah JDT, Safiq Rahim (kiri) melarikan diri daripada asakan pemain pertahanan Ayeyawady United dalam perlawanan peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru kelmarin. Safiq menjaringkan tiga gol untuk membantu JDT menang 8-1. UTUSAn/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU - Safiq Rahim membuktikan dia belum kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi dalam dua perlawanan, malah semakin garang apabila menjaringkan tiga gol ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mudah meratah Ayeyawady United dalam kempen Piala AFC kelmarin.

Mencipta hatrik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini kelmarin, Safiq Rahim menyifatkannya sebagai satu bonus buat dirinya.

Terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kurang cergas, kapten JDT itu juga menyifatkan kejayaan membelasah kelab Myanmar itu dengan jumlah gol yang besar 8-1 ialah hasil kerja keras pasukan.

Bagaimanapun, pemain paling bernilai (MVP) perlawanan akhir Piala AFC 2015 itu berkata kejayaan dicipta penyandang juara itu bukan hanya faktor dirinya sahaja tetapi kerja berpasukan yang perlu diteruskan dan bukannya berpuas hati dengan prestasi semasa.

“Hatrik itu ialah bonus untuk diri saya, namun yang paling penting kami (JDT) mendapat keputusan positif sekali gus mengutip tiga mata di tempat sendiri, jumlah gol yang banyak itu semestinya satu yang manis untuk pasukan.

“Jadi, tidak kira untuk apa jua perlawanan selepas ini, kami mesti tidak boleh setakat itu sahajalah, kami perlu terus memberi tumpuan dan memperbaiki segala kelemahan yang dikesan, pasukan kena lebih fokus selepas ini.

“JDT perlu beri lebih 100 peratus selepas ini, selagi diberi kepercayaan oleh jurulatih, saya akan sentiasa memberi yang terbaik begitu juga rakan-rakan sepasukan,” katanya dalam sidang akbar selepas perlawanan tersebut.

Sementara itu, ketua jurulatih Mario Gomez mengakui dia yakin akan meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut tetapi tidak terlintas Harimau Selatan akan mencipta jumlah jaringan yang besar.

Jurulatih dari Argentina itu turut memuji anak buahnya yang dilihat bermain sebagai satu pasukan dan bukan hanya menumpukan kepada keupayaan individu sekali gus mahu prestasi terbaik pasukan terus dipertingkatkan.

“Kami tidak ada masalah apabila pasukan pelawat menyamakan kedudukan sebab kita tahu kemenangan milik JDT, malah saya juga yakin dengan kemampuan pasukan saya, kita sememamngnya akan melakar kejayaan pada perlawanan itu,” katanya.

JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore pada 9 Mac ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-bonus-untuk-saya-8217-1.194314#sthash.SOFgWOb5.dpuf

Thursday, 25 February 2016

AFC CUP : JDT berpesta di Larkin

NURUL HUDA HASSAN | 25 Februari 2016 12:31 AM



KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim (tengah) membuat percubaan ke arah gawang sambil cuba dihalang oleh pemain Ayeyawady, Naing Lin Tun dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – MOHD HAZROL ZAINAL

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala AFC dengan gagah apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 yang menyaksikan ketua pasukan Safiq Rahim mencipta hattrick dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas wakil Myanmar berkenaan selepas menumpaskan mereka 5-0 dalam pusingan kedua pertan­dingan ini tahun lalu.

Penyerang baharu Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak masing-masing menja­ringkan satu gol di hadapan 11,560 penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, penyokong tuan rumah bagaimanapun dikejutkan apabila Thiha Zaw menyamakan kedudukan pada minit ketujuh selepas Safiq meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 30 meter.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak gawang lawan dengan percubaan menarik Mohd. Nazrin Nawi pada minit kelapan dan penyerang pasukan pelawat Chizoba Christopher pada minit ke-11.

Namun, sebaik sahaja Harimau Selatan menambah gol kedua menerusi pemain dari Argentina, Diaz dua minit kemudian, perlawanan menjadi milik JDT sepenuhnya.

JDT mempunyai peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-15, namun Mohd. Nazrin gagal menyempurnakan sepakan bebas dan lapan minit kemudian percubaan Lucero pula tersasar.

Pada minit ke-30, skuad Harimau Selatan menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pemain pertahanan dari Brazil, Antonio setelah Safiq membuat sepakan sudut untuk tuan rumah mendahului 3-1 ketika rehat.

JDT memulakan babak kedua dengan garang dan hanya memerlukan tiga minit selepas perlawanan disambung untuk menambah gol keempat menerusi Safiq yang kemudian melengkapkan jaringan hattrick pada minit ke-62.

Penguasaan bahagian tengah JDT terus menyukarkan Ayeyawady untuk menyerang dan Lucero melengkapkan malam sempurna untuk pa­sukannya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-82 dan minit ke-87 sebelum Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak menjaringkan gol kelapan untuk JDT pada masa kecederan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-berpesta-di-larkin-1.193998#sthash.TJZDLJHK.dpuf


Wednesday, 24 February 2016

AFC CUP : Red Giants bawa pulang satu mata

NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR | 24 Februari 2016 12:06 AM


PENYERANG Selangor, Adam Nor Azlin (dua dari kiri), Mohd. Azrif Nasrulhaq (kanan) dan Mohd. Hafiz Kamal (kiri) bersaing dengan pemain Ceres FC dalam saingan Kumpulan E Piala AFC di Stadium Panaad, Bacolod, semalam. - Gambar AFC

KUALA LUMPUR – Meskipun baru kembali ke pentas Piala Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah terlepas saingan musim lalu, Selangor berjaya menampilkan aksi positif dengan mengikat wakil Fi­lipina, Ceres 2-2 di tempat lawan, semalam.

Aksi Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Panaad menyaksikan juara Piala Malaysia 33 kali itu ketinggalan seawal minit ke-18 menerusi jaringan Stephan Schrock yang bertindak merembat deras dari luar kotak penalti selepas melepasi halangan dua pertahan pelawat untuk menewaskan penjaga gol, Nor­azlan Razali.

Terdahulu skuad The Busmen hampir membuka tirai jaringan apabila Adrian Gallardo melakukan hantaran kepada Bienvenido Maranon, namun percubaannya berjaya ditampan keluar Norazlan.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bangkit mengatur semula gerakan dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang, 16 minit kemudian menerusi jaringan pemain import dari Argentina, Mauro Olivi.

Olivi mengambil peluang atas kesilapan penjaga gol, Louie Michael Casas ketika melakukan sepakan dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pa­sukan mengatur serangan bagi mencari gol ke­dua.

Mohd. Hafiz Kamal mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menyempurnakan sepakan bebas dari jarak kira-kira 30 meter untuk meletakkan Red Giants di depan 2-1.

Norazlan memainkan watak penting buat Selangor apabila berjaya menyelamatkan sejumlah besar percubaan bahaya yang dilakukan pasukan kendalian Ali Go sepanjang perlawanan itu.

Gallardo menjadi pemusnah impian Red Giants apabila dia berjaya menanduk masuk jaringan pe­nyamaan ketika perlawanan berbaki tiga minit selepas menerima hantaran daripada Schrock dari sebelah kiri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/i-red-giants-i-bawa-pulang-satu-mata-1.193689#sthash.IALnRXKR.dpuf

Monday, 22 February 2016

FA CUP : Kedah, JDT berpesta gol

FADHILUL IZMEL ISHAK | 20 Februari 2016 1:59 AM


Penjaga Gol UiTM, Pavel Matiash hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya untuk kali keempat hasil percubaan pemain JDT, Amirul Hadi Zainal (kiri) dalam perlawanan Piala FA di Shah Alam semalam. utusan/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR - Naib juara Piala Malaysia, Kedah berpesta gol apabila membelasah Megah Murni 8-0, kira-kira lima jam selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menang 5-0 ke atas UiTM FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA semalam.

Penyerang baharu Kedah, Carlos Kahe mencipta hatrik di Stadium Darul Aman, Alor Setar apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh selang seminit pada penghujung perlawanan setelah meledakkan gol pertamanya semalam pada minit ke-36.

Syazwan Zainon pula menjaringkan gol pada minit ke-25 dan 38 manakala Azmeer Yusof membuka tirai jaringan seawal minit keenam diikuti jaringan Sandro empat minit kemudian dan gol Amirul Hisyam pada minit ke-28.

Terdahulu JDT membelasah UiTM 5-0 dalam perlawanan sebelah petang di Stadium UiTM, Shah Alam dengan S. Chanturu menjaringkan dua gol (minit ke-32 dan 37) selepas sepakan bebasnya membantu Amri Yahyah menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-13. Amirul Hadi Zainal meletakkan JDT mendahului 4-0 sebelum rehat dan Jorge Pereyra Diaz menambah gol kelima pada minit ke-71.

Amirul Hadi kemudian dibuang padang pada minit ke-85 selepas mengasari Mohd. Adib Rosli.

Selangor pula terpaksa menunggu hingga minit ke-69 untuk berada di hadapan menerusi jaringan Patrick Ronaldinho sebelum jaringan Abdul Hadi Yahya lapan minit kemudian memastikan juara Piala Malaysia itu meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Air Asia All Star 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.

Sementara itu, Sime Darby menyingkirkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas Nazrul Kamaruzaman menjaringkan gol pada minit ke-19 disusuli jaringan Muhd. Shazlan Abu Samah tujuh minit selepas babak kedua bermula.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka PKNS FC memastikan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-1 menerusi jaringan Matias Jadue pada minit ke-47, Gonzalo Soto (minit ke-74) sebelum Gabriel Guerra menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir permainan manakala gol sagu hati skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-71.

Perlis pula berhempas-pulas untuk meneruskan kemaraan dan berterima kasih kepada jaringan Vincent Kayne pada minit ke-71 untuk menang 1-0 ke atas Felcra di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Sementara itu di Kuantan, Pahang yang tewas 1-4 kepada Pulau Pinang dalam saingan Liga Super Selasa lalu menebus kekecewaan itu apabila menewaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Darul Makmur.

Jaringan kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-111 menerusi Dalibor Volas yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut German Pacheco.

Sebelum itu Pacheco menyempurnakan gerakan cantik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas mereka dikejutkan oleh jaringan Muhamad Sapawi Rasid menerusi sepakan bebas pada minit ketujuh.

Sementara itu jaringan sendiri pemain PDRM pada masa tambahan menyebabkan pasukannya tewas 1-2 kepada DRB Hicom di Stadium Proton, Tanjung Malim.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kedah-jdt-berpesta-gol-1.192475#sthash.cuNRvxbQ.dpuf

Wednesday, 20 January 2016

FAM : Persediaan lebih terancang

SUFIAN HADI SOJAK | 20 Januari 2016 12:32 AM


Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR - Datuk Ong Kim Swee menyi­fatkan kuasa penuh yang digalasnya selepas dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya membolehkannya merangka persediaan untuk menghadapi sesuatu perlawanan dengan lebih tersusun, berbanding ketika menjadi jurulatih sementara sebelum ini.

Jurulatih berusia 46 tahun itu bagaimanapun berkata perkara pertama dalam fikirannya kini ialah menyediakan skuad yang mantap untuk berdepan dengan Arab Saudi dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada Mac nanti.

Katanya, dia berharap dapat mengumpulkan skuad tiga ming­gu awal sebelum perlawanan itu untuk kem latihan selain me­ngadakan perlawanan sebelum dan selepas perlawanan dengan Arab Saudi pada 24 Mac nanti.

“Jadi kita akan ada tiga perlawanan pada Mac nanti. Setiap perlawanan adalah penting kerana daripada situ kita perlu mencapai sesuatu sasaran.

“Tak semestinya untuk meraih kemenangan semata-mata, sebaliknya pendedahan terutama kepada pemain muda, selain memperbaiki kelemahan yang ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan adalah lebih penting.

“Jadual pertama yang saya terima daripada pengelola Liga Malaysia, FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership) berhubung kalender tahun ini amat positif. Mereka mengikut rangka jadual yang sudah saya berikan.

“Sebab perlawanan ini (menentang Arab Saudi) amat penting. Walaupun kita sedar peluang sudah tertutup untuk kelayakan Piala Dunia, tetapi aksi berkenaan masih lagi mempengaruhi ranking.

“Jadi perlawanan itu sangat mustahak dan kita harus me­nyiapkan diri dengan lebih rapi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kim Swee pernah menggalas tanggungjawab jurulatih sementara sebanyak dua kali iaitu ketika mengambil alih jawatan daripada Datuk K. Rajagopal pada 31 Disember, 2013 dan menggantikan Dollah Salleh yang melepaskan jawatan pada September tahun lepas.

Mengulas berhubung cada­ngannya untuk mengadakan antara 10 hingga 12 perlawanan persahabatan kelas A sepanjang tahun ini, pengendali kelahiran Melaka itu berkata, beliau akan lebih banyak menurunkan pemain muda untuk memberikan pendedahan sebelum boleh menyertai barisan utama Harimau Malaya.

“Pemain muda ini sangat penting, sebab kita khuatir jika ada kecederaan yang dialami oleh tonggak Harimau Malaya, maka kita boleh masukkan mereka yang sudah bersedia,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/persediaan-lebih-terancang-1.181321#sthash.jOYLYRso.dpuf


Friday, 15 January 2016

Jangan lupa bayar hutang’

SUFIAN HADI SOJAK | 15 Januari 2016 12:32 AM


KUALA LUMPUR - “Lunaskan hutang terlebih dahulu.” Demikian tegas Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada ketika semakin banyak pihak korporat ingin menjalinkan kerjasama selaku penaja, sekali gus mampu memantapkan kedudukan kewangan pasukan.

Jelasnya, kehadiran ramai hartawan dan jutawan yang ingin memberi tajaan kepada pasukan atau kelab akhir-akhir ini merupakan petanda positif kepada arena bola sepak tempatan.

Bagaimanapun Tunku Ismail berharap agar pihak pengurusan pasukan berkenaan tidak melupakan keutamaan dalam menyelesaikan pembayaran gaji tertunggak pemain.

“Saya sebagai Penaung PFAM tahu berapa ramai pemain dan dari pasukan mana yang masih belum dibayar gaji. Usahlah terlalu mengejar trofi semata-mata sehingga melupakan perkara yang lebih penting.

“Pemain-pemain dan jurulatih bola sepak mempunyai keluarga untuk disara. Mereka ini manusia, bukan ternakan. Utamakan dahulu nasib mereka daripada terlalu sibuk dengan trofi yang hendak diraih,” katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers.

Selasa lalu, PFAM mengemukakan beberapa cadangan kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membantu ke arah penyelesaian tunggakan gaji para pemain daripada berulang.

Antara cadangan PFAM seperti pemotongan geran kepada pasukan, pemotongan hadiah kemenangan atau juga pemotongan wang penyiaran dan potongan tersebut diserahkan terus kepada para pemain.

Sementara itu, mengulas berhubung perkembangan cadangan untuk memperkenalkan peraturan baharu dalam kontrak pemain kepada FMLLP itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, sehingga kini perkara tersebut masih dipandang sepi.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kami mengadakan mesyuarat dengan FMLLP untuk bincang mengenai kontrak pemain dan masalah ini. Namun setakat ini, belum lagi (terima maklum balas daripada mereka),” katanya.

Antara cadangan lain PFAM seperti memperkenalkan sistem kawalan kewangan yang lebih berdisiplin dan rasional dengan menggalakkan pasukan untuk beroperasi berdasarkan kapasiti kewangan mereka.

Malah, PFAM turut menggalakkan pasukan untuk membuat pelaburan jangka panjang bagi menjamin keupayaan kewangan yang stabil.

Di samping itu, PFAM mendesak FMLLP agar memastikan pasukan melunaskan tanggungjawab mereka seperti menyelesaikan kesemua tunggakan gaji pemain sebelum bermula musim baharu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pasukan berkenaan tidak boleh menyertai saingan seterusnya.

Selain itu, katanya, sebuah badan perlu ditubuhkan untuk mengawal selia kewangan dan pengurusan gaji pasukan-pasukan agar tidak menganiaya pemain.

“PFAM mencadangkan agar setiap pasukan dikenakan syarat yang mana jumlah perbelanjaan gaji mestilah tidak lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pasukan.

“Turut dicadangkan, agar setiap pasukan wajib mempunyai jaminan bank sebelum boleh didaftarkan dalam saingan liga agar pemain masih dibayar gaji sekiranya pasukan mempunyai masalah kewangan,” katanya.

(Jumlah kes adalah dari penghujung 2014 hingga kini. Terdapat kes yang tidak dilaporkan kepada PFAM menyebabkan tindakan tidak boleh dilakukan)

– Sumber: PFAM

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-jangan-lupa-bayar-hutang-8217-1.179657#sthash.popEBbU4.dpuf


Wednesday, 2 December 2015

2015 musim terbaik JDT

30 November 2015 12:17 AM


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan) menenangkan pemain JDT, Luciano Figueroa selepas pasukan itu tewas kepada Felda United dalam suku akhir kedua Piala Malaysia di Larkin, kelmarin. Utusan/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU – Biarpun gagal memburu kejuaraan treble selepas tersingkir dalam suku akhir Piala Malaysia, namun jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez menyifatkan 2015 tetap musim terbaik buat Harimau Selatan itu.

Kejayaan muncul kelab Malaysia pertama merangkul Piala AFC mengetuai musim gemilang JDT, selain berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan memulakan musim baharu dengan dinobat sebagai juara Piala Sumbangsih.

Menurut Gomez, tuah nyata tidak menyebelahi Harimau Selatan ketika ditunjukkan jalan keluar oleh Felda United pada suku akhir kedua kelmarin, apabila melakukan kesilapan yang menghukum diri dan gagal menyempurnakan ba­nyak peluang untuk mencipta jaringan.

Dalam perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Felda Uni­ted melakar kemenangan sensasi 2-1 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Fernandes Augusto di awal permainan selepas bola terkena tangan Harris Harun dalam kotak penalti.

Biarpun Safiq Rahim berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-51, namun jaringan cantik Zah Rahan Krangar pada minit ke-76 memastikan kemaraan The Fighters ke separuh akhir menerusi agregat 3-2, sekali gus meleburkan rekod kebal 40 perlawanan tanpa kalah JDT di Larkin sejak 2013.

“Pemain kami turut menghasilkan beberapa peluang baik, malangnya gol tandukan Hariss dibatalkan pengadil, malah dia tidak menghadiahkan penalti selepas Mahalli (Jasuli) dijatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.

“Saya tidak mahu meletakkan kekalahan ini atas beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan kerana Felda juga bermain dengan amat baik.

“Kami juga bermain dengan baik, namun tuah tidak memihak kepada JDT. Bagaimanapun, saya berpuas hati dan gembira dengan pencapaian pemain dan ini adalah musim terbaik bagi kami,” kata Gomez.

Pengendali berusia 58 tahun itu menyifatkan musim 2015 sebagai musim terbaik Harimau Selatan selepas mengekalkan kejuaraan Liga Super dua musim berturut-turut dan lebih membanggakan apabila menjulang Piala AFC.

Gomez berikrar untuk memperkuatkan JDT pada musim hadapan dengan membawa masuk pemain import baharu bagi mengharungi musim 2016.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/2015-musim-terbaik-jdt-1.163727#sthash.ycf1qFxP.dpuf