Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label ISU-ISU AKHBAR CINA. Show all posts
Showing posts with label ISU-ISU AKHBAR CINA. Show all posts

Friday, 16 October 2015

ISU-ISU AKHBAR CINA

PKR tamak?

15 Oktober 2015 6:30 PM



KERATAN akhbar Sinchew Daily News bertarikh 13 Oktober 2015.

AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 13 Oktober 2015 menyiarkan artikel mengenai pengumuman kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembentukan Pakatan Harapan melibatkan Pas menimbulkan per­telagahan dalam kalangan ahli.

Artikel bertajuk ‘PKR main kayu tiga’ yang ditulis oleh Lim Sue Gan disiarkan dalam ruangan Yan Lun halaman 25 akhbar berkenaan. Pre­siden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dikatakan tergesa-gesa membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat khas tergempar majlis tertinggi parti Ahad lalu, sedang­kan perkara itu (cadangan melibatkan penyertaan Pas) sepatutnya hanya di peringkat perbincangan awal.

Terdahulu mesyuarat khas dikatakan bagi membincangkan petisyen 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang mahu penubuhan Pakatan Harapan dibincangkan semula.

Kontroversi tercetus apabila kumpulan berkenaan mahukan mesyuarat MPP Ahad lalu meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan Pas di sam­ping mengekalkan Pakatan Harapan iaitu gabungan baharu politik melibatkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Umum sedia maklum, Pas melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan tidak akan bersama gabungan baharu itu kerana adanya DAP dan ‘pengkhia­nat’ iaitu Amanah.

Kumpulan 25 MPP menganggap keputusan membawa masuk Pas ke dalam PKR sebagai satu pandangan singkat dan pentingkan diri, tetapi bagi kepemimpinan tertinggi PKR pula, tindakan sedemikian bertujuan mahu memperluaskan kuasa Pakatan Harapan.

PKR dikatakan takut kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, justeru enggan melepaskan Pas. Perkara itu turut dinyatakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang membayangkan PKR akan tewas teruk tanpa sokongan Pas di kawasan peti undi PKR yang majoritinya adalah orang Melayu.

Kepemimpinan tertinggi PKR dilihat lupa hakikat bahawa Pas pernah mengingkari agenda Pakatan Rakyat, menikam PKR dari belakang selain Pas berdegil mahu melaksanakan hukum hudud, namun ia dilakukan demi perjuangan utama pakatan untuk membentuk kebebasan berdemokrasi.

Penulis menyifatkan PKR hanya bersikap mementingkan diri apabila mahu membawa masuk Pas semata-mata demi memperkukuhkan politik PKR, sedangkan pada ak­hirnya tindakan itu akan memusnahkan gabungan parti pembangkang pada masa depan.

Ramai kalangan pemimpin PKR tidak nampak hala tuju dan perkembangan politik semasa yang mana ia sebenarnya menyediakan satu peluang amat besar kepada pakatan pembangkang, namun disebabkan tindakan tidak kemas itu mereka akan menerima padah kekalahan.

Beberapa isu yang mengaitkan UMNO telah menyebabkan ramai orang Melayu sudah mula hilang kepercayaan, sekali gus menjejaskan tiket deposit UMNO. PKR sepatutnya bijak mengambil kesempatan daripada kemusnahan yang dicipta UMNO dan Barisan Nasional (BN).

PKR diminta tidak bersikap jumud dengan hanya bergantung kepada Pas dan menafikan kemampuan Amanah untuk menarik sokongan undi tiket daripada orang Melayu. Mutakhir, Amanah dilihat mulai kuat dan menyerlah dan mempunyai potensi pengaruh di Kelantan apabila berjaya menarik kira-kira 11,000 ahli dari negeri itu.

Dalam keadaan ekonomi yang merosot ini apa yang rakyat mahukan adalah pelaksanaan kerajaan yang lebih bagus, bukan pelaksana­an polisi radikal berkaitan perkaum­an dan agama. Jika PKR bersama Pas, ia akan dianggap bersekongkol dengan hukum hudud, dan pas­tinya ramai yang marah.

DAP dan Amanah sebaliknya sudah menghidu peluang itu, malah kini sumber dan tenaga mereka ditum­pukan di Johor. PKR pula bertindak sebaliknya. Apa yang dilakukan PKR saat ini tidak lebih untuk kepentingan politik sendiri yang mana akan me­rugikan parti itu sendiri.

NAIK TERLALU TINGGI

Akhbar Sinchew Daily News bertarikh 14 Oktober 2015 menyiarkan artikel mengenai kenaikan kadar tol tertinggi mencecah sehingga 200 peratus melibatkan 18 lebuh raya tol secara mendadak menimbulkan persoalan dan kemarahan rakyat.

Artikel bertajuk ‘Biar syarikat lebuh raya jawab di Parlimen’ ditulis oleh pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi swasta, Wee Seng disiarkan dalam ruangan Yan Lun halaman 29 akhbar itu.

Rakyat tertanya-tanya tindakan syarikat konsesi terbabit mengumumkan sendiri kenaikan kadar tol itu pada Isnin lalu yang disifatkan sebagai kejam kerana tiada budi bicara dan langsung tidak mengambil kira pandangan masyarakat.

Bagi penulis, kadar kenaikan tol itu boleh dijangka enam bulan lalu berdasarkan pengumuman Kementerian Kerja Raya melalui pelbagai saluran dan media bahawa konsesi syarikat lebuh raya akan mengemas kini kadar tol, namun tidak pula dinyatakan pelaksanaannya dalam waktu terdekat.

Peningkatan kadar tol sehingga 200 peratus secara mendadak itu sangat mengejutkan kerana kenaikannya terlalu tinggi sehingga menyebabkan orang ramai tidak dapat menyesuaikan diri terutama pada masa kini kenaikan kos sara hidup sedia ada telah membebankan mereka.

Keperitan itu dijangka lebih dirasai pengguna kenderaan di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu sejajar pengumuman kenaikan kadar tol lebuh raya di kawasan terbabit yang mempunyai kapasiti ramai penduduk.

Pada dasarnya penulis faham keperluan kenaikan kadar tol oleh syarikat konsesi lebuh raya terbabit. Malah ia dibuat dengan restu pihak kerajaan agar syarikat terbabit tidak menanggung kerugian. Sebelum ini kerajaan membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada 2015.

Memang benar kontrak perjanjian konsesi itu telah ditandatangani tetapi dalam keadaan ekonomi dan politik semasa yang mencabar pada masa kini, kerajaan sepatutnya mencari pendekatan lain bagi sebagai alternatif penyelesaian masalah yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Pada hemat penulis, menteri yang dipertanggungjawabkan sepatutnya mewakili rakyat bagi memperjuangkan keperluan orang ramai, dan bukan mewakili kepentingan syarikat konsesi lebuh raya terbabit.

Atas keperluan rakyat, syarikat konsesi lebuh raya sepatutnya tunggu saranan daripada cadangan dari Dewan Rakyat bagi memutuskan kelulusan kenaikan kadar tol. Penulis berpendapat, pihak kerajaan sepatutnya tidak perlu rasa takut dikritik jika tidak menuruti perjanjian konsesi itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/isu-isu-akhbar-cina-1.146619#sthash.FgMUzru1.dpuf

Thursday, 1 October 2015

ISU-ISU AKHBAR CINA

01 Oktober 2015 1:06 AM


KERATAN akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 27 September 2015.

‘HALAL HARAM’ DUA 
PERHIMPUNAN

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 27 September 2015 menyiarkan artikel yang mengupas perbezaan maksud dan motif dua perhimpunan besar yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Artikel bertajuk ‘Bersantai fikirkan antara dua perhimpunan’ itu ditulis oleh Chew Ka Kui disiarkan dalam Ruangan Pendapat halaman A13 akhbar berkenaan.

Dalam tempoh setengah bulan baru-baru ini, Kuala Lumpur “dimeriahkan” dengan dua perhimpunan besar iaitu perhimpunan baju kuning mewakili suara rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, manakala perhimpunan baju merah mewakili kumpulan mempertahankan kerajaan.

Kumpulan baju merah atau dikenali sebagai perhimpunan 916 (sempena diadakan pada 16 September 2105) dilihat lebih memaparkan kekuatan dalam perpaduan orang Melayu, justeru penulis akui masih kabur dengan motif sebenar perhimpunan itu diadakan.

Perhimpunan 916 menimbulkan kerisauan negara asing yang beranggapan ini adalah gerakan menentang orang Cina. Malah, beberapa hari selepas perhimpunan, ramai saudara mara yang tinggal di negara asing menawarkan bantuan sekiranya orang Cina Malaysia menjadi pelarian.

Perhimpunan baju kuning (Bersih 4.0) pula disifatkan penulis seperti ombak yang mengganas. Disebabkan ia gerakan yang cen­derung membantah kerajaan, maka pe­nganjurannya tidak diluluskan oleh pihak berkuasa, justeru dianggap sebagai perhimpunan haram.

Pelbagai alasan diberikan bagi mewajarkan tindakan mereka termasuk perhimpunan jalanan bukan budaya Malaysia (walaupun dalam Perlembagaan ia dibenarkan), selain mendapatkan “fatwa” daripada tokoh-tokoh agama bahawa perhimpunan seumpama itu salah dari segi ajaran Islam.

Penulis juga memperlihatkan sikap dwistandard pihak berkuasa apabila membenarkan perhimpun­an 916 hanya kerana ia dianjurkan oleh kumpulan yang menyokong kerajaan! Di mana suara imam dan ustaz yang “memfatwakan” perhimpunan jalanan yang dikatakan melanggar ajaran Islam itu?

Kerajaan telah menunjukkan sikap berbeza-beza antara dua perhimpun­an - baju kuning dikata mahu menumbangkan kerajaan, sedangkan baju merah tidak berniat begitu. Ini membuktikan kebebasan berhimpun tidak ada dalam peruntukan undang-undang, sebaliknya hanya bergantung kepada pendirian politik!

Pada hemat penulis, dalam keadaan negara yang semakin te­ruk, sepatutnya lima perkara dituntut kumpulan baju kuning dalam perhimpunan baru-baru ini perlu diberi perhatian.

Tuntutan-tuntutan itu termasuklah; (i) pilihan raya bebas dan adil, (ii) sebuah kerajaan telus, (iii) hak untuk berdemokrasi, (iv) mengukuhkan sistem demokrasi Parlimen, dan (v) menyelamatkan ekonomi negara.

Secara sinis penulis berkata, tidak banyak yang boleh kita lakukan jika ramai menyokong tanggap­an baju merah bahawa kerajaan te­lah melakukan yang terbaik untuk rakyat, manakala tanggapan baju kuning bahawa negara kita masih ada banyak ruang untuk dimajukan dipandang sepi.

MCA PERLU LEBIH BERANI

Akhbar China Press bertarikh 27 September 2015 menyiarkan artikel mengenai keperluan kepemimpinan MCA memperjelaskan pendirian parti itu sebagai komponen Barisan Nasional (BN) berhubung beberapa isu berbangkit.

Artikel bertajuk ‘Ba­­gaimana MCA boleh berkeras?’ ditulis oleh Au Kok Hue disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15 akhbar berkenaan.

Kemuncak kemelut MCA dalam BN tercetus selepas Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang isytihar putus hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hal ini memaksa pimpinan tertinggi parti itu mengadakan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua bahagian MCA.

Mesyuarat antara lain mendapatkan laporan dan penerangan mereka terhadap pandangan akar umbi khususnya golongan muda hari ini berhubung beberapa isu “panas” termasuk perhimpunan haram Bersih 4.0 (perhimpunan baju kuning) dan Himpunan Rakyat Bersatu (perhimpunan baju merah).

Difahamkan setiap ketua bahagian MCA sebelum ini telahpun bersedia dengan laporan berkaitan isu berbangkit, namun mereka tidak dipanggil untuk hadir ke mesyuarat MCA Pusat sehinggalah “langkah besar” diumumkan Chia Chow Hui (Ketua Pemuda MCA Pasir Gudang) itu.

Pada hemat penulis, perjumpaan secara tiba-tiba dengan ketua-ketua bahagia MCA itu memperlihatkan kepemimpinan tertinggi MCA yang tidak efisien dan disifatkan sebagai lembab dalam bertindak.

Kedudukan MCA dalam BN menerusi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat goyah dan sukar untuk mengimbangi kuasa UMNO.

Impaknya, MCA berdepan dengan dilema untuk terus kekal dalam BN bagi mempertahankan sistem pelbagai kaum pada masa depan.

Suara nasihat MCA yang tidak didengari UMNO juga bukan perkara baharu, malah ia semakin ketara sejak lebih setahun lalu apabila “puak helang” (radikal) dalam UMNO mula bangkit menunjukkan taring.

Hal itu tidak sepatutnya menghalang MCA untuk bergerak solo mempertahankan orang Cina. MCA boleh gunakan pengaruh mereka sebagai parti mewakili kaum Cina untuk bergabung dengan wakil-wakil pertubuhan Cina seperti pertubuhan pendidikan dan pemimpin-pemimpin media Cina.

Dengan sokongan mereka, MCA boleh mengemukakan hasrat, kemahuan serta pandangan kaum itu secara baik kepada Perdana Menteri. Biarpun akhirnya hasrat itu tidak didengari atau dipenuhi, sekurang-kurangnya MCA telah memainkan peranan sebagai “jambatan kepada masyarakat Cina”. Itu lebih baik daripada duduk diam sahaja dalam Kabinet!.

Penulis berpendapat, bertindak keras bukan bermaksud MCA perlu menentang UMNO. Jangan bertindak radikal, sebaliknya MCA perlu menggunakan kebijaksanaan dalam politik bagi menyatakan pendirian kaum itu berhubung pelbagai isu termasuk menentang puak rasis.

Kepemimpinan MCA di bawah Liow Tiong Lai selaku presiden parti perlu bertindak keras, bukan diktator, bagi membawa kemajuan kepada MCA. Tangani masalah di depan mata, jangan dibiarkan risiko membuka peluang kepada pihak lain untuk menjejaskan kedudukan parti itu dalam BN.

Kita tidak boleh biarkan kumpul­an baju merah tutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan kita juga tidak boleh biarkan Datuk Ang Say Tee (Pengerusi Persatuan Penjaja Kuala Lumpur) bersendirian mempertahankan Petaling Street.

MCA mampu meraih kembali sokongan akar umbi Cina dengan syarat kepemimpinan parti itu bertindak lebih berani mempertahan dan memperjuangkan hak mereka.

Masalahnya, adakah MCA sudah bersedia untuk bertindak keras?

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/isu-isu-akhbar-cina-1.141621#sthash.tn8IaqEh.dpuf

Thursday, 20 August 2015

ISU-ISU AKHBAR CINA

20 Ogos 2015 1:36 AM


KERATAN akhbar China Press bertarikh 18 Ogos 2015.

AKHBAR China Press bertarikh 18 Ogos 2015 menyiarkan artikel yang menyorot kembali polisi Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang pernah dipertikaikan oleh pembangkang.

Artikel ditulis oleh Lai Shao Kwang bertajuk ‘Tidak boleh hapuskan DEB’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15. Berkaitan isu itu, DAP ditanya tentang pendirian mereka. Malah penulis secara menyindir juga bertanyakan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mencadangkan untuk menghapuskan DEB sebelum beliau disumbat ke dalam penjara.

Sebelum 2008, Pakatan Rakyat (PR) diketuai Anwar pernah mempertikaikan polisi DEB yang memberi keadilan kepada rakyat khususnya masyarakat Cina. Isu ini juga telah dibahaskan dalam sidang-sidang dewan. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum dan pakatan pembangkang dapat kuasa memerintah di beberapa buah negeri, isu DEB yang diperjuangkan oleh ‘pahlawan-pahlawan’ yang dikatakan penyelamat bangsa ini, semakin pudar.

Mereka tidak lagi berteriak untuk berbincang sama ada hendak menghapuskan polisi DEB ataupun tidak. Penulis mewakili pengundi juga tertanya-tanya sekiranya isu berkenaan sudah tidak penting lagi atau PR seboleh-bolehnya tidak mahu menyebut atau menyentuh perkara itu lagi.

Pada 2012, menerusi ‘buku’ dicetak PR yang menggantikan Laporan Bajet, Anwar mengkritik keras polisi DEB yang disifatkan beliau sebagai polisi lapuk. Lim Kit Siang juga pernah meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membincangkan isu DEB dalam Perhimpunan Agung UMNO ketika itu. Polisi DEB, katanya, tidak adil melainkan dibuat semata-mata untuk kepentingan parti pemerintah dan orang politik sahaja.

Sementara itu, salah seorang ahli kumpulan think tank kerajaan Pulau Pinang, Dr. Ong Kim Fat dalam artikelnya menyebut polisi DEB pada hakikatnya tiada kaitan dengan sesuatu kaum kerana orang Melayu Islam sendiri tidak dilayan dengan adil.

Katanya lagi, polisi DEB tidak dapat membantu orang Melayu yang benar-benar hidup susah selain tidak mampu membina semangat kaum Bumiputera itu untuk berjuang. Buktinya, kaum itu masih belum dapat bersaing biarpun kerajaan sudah menghulurkan bantuan.

Kembali kepada persoalan penulis, apakah perjuangan DAP untuk menghapuskan polisi DEB masih relevan dan bertepatan ketika ini? Hakikatnya, bukan senang DAP dapat memerintah Pulau Pinang, justeru Guan Eng diminta tidak terus terperangkap dengan perjuangan itu.

Malah Ong Kim Fat dan Liew Chin Tong mencadangkan agar PR merangka strategi yang lebih jelas menggantikan sistem sedia ada demi survival parti, sekurang-kurangnya strategi yang dapat mengimbangi kepentingan pemimpin PR pada masa depan.

Walaupun kunci kuasa sudah ada di tangan, namun DAP masih tidak mampu menghalang hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud, justeru kenapa pula mahu membantah DEB habis-habisan?

KESAN KEJATUHAN RINGGIT

ISU kejatuhan mata wang ringgit Malaysia yang memberi kesan ekonomi kepada negara amnya dan menjejaskan kehidupan rakyat khasnya turut diulas dalam akhbar China Press bertarikh 16 Ogos 2015.

Artikel bertajuk ‘Pengamatan Kejatuhan Ringgit Malaysia’ yang ditulis oleh Liew Long Chang disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C9. Nilai ringgit Malaysia dilaporkan lemah. Perkembangan ini, sememangnya meresahkan rakyat.

Rata-rata memberi reaksi negatif. Mereka masih ingat lagi keperitan yang pernah dialami akibat kemelesetan ekonomi negara pada 1997.

Antara yang diingati, wang saku seseorang ketika itu sentiasa dirasakan tidak mencukupi dek kerana nilainya yang menyusut setiap minggu. Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak belajar ke luar negara, ia bertukar kepada mimpi ngeri!

Bayangkan, ada kalangan ibu bapa terpaksa meminta anak-anak mereka melupakan impian melanjutkan pengajian di luar negara. Ada anak yang sudah sampai ke destinasi negara yang dituju diarah pulang semula ke Malaysia dengan menaiki penerbangan sama.

Itulah antara impak yang berlaku akibat kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Bagi penulis sendiri, anak perempuan sulung kini sedang melanjutkan pengajian di New Zealand dengan anggaran kos perbelanjaan keseluruhan mencecah RM50,000. Ini amat merisaukannya.

Berbanding ringgit, nilai dollar Singapura masih kukuh. Dalam keadaan sekarang, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke selatan tanah air, khususnya Johor. Tujuan antara lain untuk mencari rezeki di negara jiran dan meraih bayaran dalam nilai dollar Singapura.

Untuk menikmati kehidupan lebih baik, mereka sanggup meredah kesesakan jalan raya untuk bekerja di Singapura. Masa berkualiti dibazirkan antara empat hingga lima jam sehari untuk berbaris panjang itu yang sepatutnya boleh diluang bersama keluarga.

Kita tidak boleh bersangka buruk menuduh sebahagian rakyat Malaysia tidak cintakan tanah air. Mereka berhijrah kerana terpaksa dan antara puncanya adalah banyak kerja di negara ini telah dimonopoli oleh warga asing.

Penulis yakin jika pertukaran mata wang dapat dikembalikan antara 1 dollar kepada 1.5 ringgit, ramai rakyat kita akan kembali ke Malaysia. Logiknya, siapa yang mahu setiap hari berpanas dan berhujan sepanjang hari berulang alik dari Johor Bahru ke Singapura.

Keteguhan dan susut nilai wang melambangkan kekuatan sesebuah negara. Singapura baharu sahaja meraikan Hari Kemerdekaan ke-50. Jika diimbas, nilai mata wang dollar Singapura 50 tahun dahulu sama nilainya dengan ringgit.

Ketika ini, nilai ringgit berbanding dollar Singapura sudah jatuh tiga kali ganda! Hakikatnya, fakta ini perlu kita renungi - sebuah negara kecil yang tiada sumber asli, namun selepas 50 tahun berjuang, meninggalkan kita jauh di belakang! Kenapa jadi begitu? Tiada siapa yang dapat merungkaikannya.

Malaysia dan Singapura adalah bekas jajahan British, punya sistem birokrasi dan majlis perundangan sama. Hari ini, kedua-dua negara mempunyai perbezaan ekonomi yang amat ketara. Pada hemat penulis, parti pemerintah di negara kita perlu ambil perhatian serius terhadap perkara ini. Tolak ke tepi igauan politik

ataupun kejatuhan harga sumber, sesuatu perlu dilakukan demi memulihkan ekonomi negara. Kemakmuran rakyat harus diutamakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/isu-isu-akhbar-cina-1.126391#sthash.WcsPyEQZ.dpuf


Thursday, 13 August 2015

ISU-ISU AKHBAR CINA

13 Ogos 2015 1:16 AM

BANGKIT KEMBALI?

KERATAN akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 6 Ogos 2015.

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 6 Ogos 2015 menyiarkan artikel mengenai rombakan Kabinet baru-baru ini yang menyaksikan MCA mendapat habuan besar iaitu tambahan satu jawatan menteri dan satu timbalan menteri.

Artikel bertajuk ‘Peluang bangkitkan semangat MCA’ yang ditulis oleh Loh Han Chew disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman B9.

Habuan yang diterima oleh parti itu boleh diibaratkan seperti tangan yang sedang sejuk dapat dihangatkan kembali!

Jika MCA masih lagi tidak berpuas hati, mereka kena lihat nasib Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Chong Sin Woon. Disebabkan mereka ada jawatan dalam parti, maka telah dilantik sebagai senator dan dapat memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Ka Chuan yang juga Setiausaha Agung MCA telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II. Jawatan itu diberikan kepada orang Cina. Perkara itu seperti sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Bermakna impian kaum Cina sebelum ini supaya jawatan itu disandang wakil masyarakat itu benar-benar telah menjadi kenyataan.

Masyarakat Cina akan melihat sejauh mana prestasi Ka Chuan. Adakah beliau akan menjadi sehebat Superman bagi menangani kesan negatif apabila termeterainya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA)?

Mereka juga mengharapkan beliau dapat membantu meningkatkan pasaran saham di negara ini dan rantau Asia serta menolong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kaum Cina untuk meningkatkan eksport mereka dan meraih lebih banyak keuntungan.

Dalam pada itu, kaum Cina juga amat gembira apabila Sin Woon yang juga Ketua Pemuda MCA dapat menjawat jawatan Timbalan Menteri Pendidikan. Mereka kini sedang memantau prestasi beliau. Hanya masa sahaja yang akan menentukan adakah pelantikan itu sesuatu yang boleh dibanggakan ataupun akan menyebabkan masyarakat Cina kecewa.

Sebelum ini, apabila MCA tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan parti komponen itu berjanji tidak masuk ke dalam Kabinet, jawatan Timbalan Menteri Pendidikan diserahkan kepada Datuk Mary Yap Kain Ching dari Malaysia Timur.

Secara ikhlas penulis ingin nyatakan bahawa prestasi Kain Ching amat mengecewakan orang Cina sehingga menyebabkan kaum itu merasakan masa depan pendidikan masyarakat Cina akan terus berada dalam kegelapan. Nampaknya orang Cina kini merasa lega setelah jawatan berkenaan akhirnya dikembalikan kepada MCA.

Walaupun Sin Woon mengaku beliau bukan Superman, masyarakat Cina tetap meletakkan harapan besar agar beliau dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Cina.

Pada masa sama, kaum itu mengharapkan beliau dapat memperjuangkan tambahan bilangan sekolah menengah Cina swasta ataupun dibenarkan sekolah berkenaan menubuhkan cawangan.

Walaupun bukan Superman, Sin Woon ketika menjadi Ketua Pemuda telah berjaya memperjuangkan supaya bilangan guru bahasa Mandarin di sekolah menengah swasta Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) ditambah dan peruntukan yang munasabah telah diberi kepada sekolah menengah dan rendah untuk kaum itu.

Dilema paling besar yang dialami kaum Cina sekarang ialah layanan tidak adil dalam bidang ekonomi dan pendidikan. MCA seperti tidak berdaya membantu bagi mengatasi dua masalah ini. Sebab itu peti undi MCA di kawasan masyarakat Cina tidak begitu memberangsangkan.

Diharapkan Ka Chuan dan Sin Woon berani memimpin orang Cina bagi mengatasi dilema ini. Jika mereka berdua dapat melakukannya, pasti MCA dapat bangkit kembali.

PAS TERUS BERPECAH

ISU perpecahan dalaman Pas turut diulas akhbar Nanyang Siang Pau dalam artikel yang disiarkan pada 11 Ogos 2015.

Artikel yang ditulis oleh Lee Yaw Ting bertajuk ‘Apabila Pas tiada keberadaan Nik Aziz’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yan Lun halaman B9.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia pada Februari tahun ini. Secara perlahan-lahan Pas di peringkat dalaman telah berubah dan memasuki era baharu.

Perbalahan antara puak Taliban dan puak Erdogan dalam parti itu semakin dahsyat dan ia berlaku secara terang-terangan. Kedua-dua belah pihak saling bertentangan pendapat dan semakin lama semakin hangat sehingga mewujudkan krisis terburuk sejak Pas ditubuhkan.

Puak Taliban yang menguasai semua jawatan penting Pas terlalu condong kepada fahaman keagamaan dan tetap mahu melaksanakan hukum hudud. Mereka berdepan dengan puak Erdogan yang dikatakan terdiri daripada golongan cendekiawan.

Hari ini yang menggantikan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am ialah Datuk Dr. Haron Din. Beliau ialah orang kuat puak Taliban. Semua barisan hadapan kepemimpinan Pas juga dipegang oleh puak Taliban.

Diramal dalam masa terdekat ini, penguasaan puak Taliban dalam Pas susah untuk digugat, di mana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin puak Taliban akan terus kekal untuk memperjuangkan hukum hudud dan tidak akan mengubah tuju hala parti itu.

Kadang kala mereka akan mengusik UMNO dengan lambaian manja, itu adalah taktik biasa yang Pas mainkan. Ada pendapat yang menyatakan, selepas pemergian Nik Abdul Aziz akan berlaku satu perubahan besar dalam Pas apabila parti itu akan bekerjasama dengan UMNO.

Fakta seperti ini agak tidak kukuh kerana terdapat sangat sedikit persamaan antara kedua-dua parti. Jika hari ini Pas bergabung dengan UMNO, bermakna parti itu masuk ke jalan mati dan akan memerangkap diri sendiri.

Sementara itu, pada pemilihan Pas Jun lalu, puak Erdogan tewas teruk. Sebab itu, Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu kini wujud dan mendapat sambutan daripada golongan ini. Bagaimanapun, harapan baharu itu tidak membawa sebarang harapan, kerana jika kita lihat sejarah yang lepas, parti serpihan tidak akan berkekalan dalam masa yang panjang.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/isu-isu-akhbar-cina-1.123671#sthash.LzpcuLQs.dpuf


Thursday, 16 April 2015

ISU-ISU AKHBAR CINA


ISU-ISU AKHBAR CINA

16 April 2015 2:16 AM

AHLI PARLIMEN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

AKHBAR China Press bertarikh 10 April 2015 membidas Ahli-ahli Parlimen dari pembangkang yang tidak hadir semasa Dewan Rakyat mengundi untuk meluluskan beberapa rang undang-undang pada sidang minggu lalu, sekali gus seperti mengkhianati amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Menerusi artikel bertajuk ‘Setompok najis tikus, rosakkan semangkuk bubur’ oleh Lai Shao Kwang yang dikeluarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C13 itu turut mempersoalkan mereka kenapa mahu menjadi Ahli Parlimen atau wakil rakyat secara separuh masa sahaja (part time job)?.

Penulis turut kecewa dengan alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh salah seorang daripada pimpinan tertinggi pembangkang, “Kita tahu Barisan Nasional (BN) pasti mendapat kelulusan majoriti daripada ahli Dewan kerana bilangan mereka lebih ramai daripada pembangkang. Sebab itu walaupun ahli pembangkang tidak hadir, ia bukan menjadi masalah besar.”

Tegas penulis, secara teknikal kenyataan itu adalah betul, namun pembangkang bukan sahaja kalah dari segi moral tetapi turut mahu melepaskan tanggungjawab apabila menuding jari menyalahkan pihak lain atas kelemahan diri sendiri.

Ahli parlimen sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada rakyat, bukannya rakyat yang perlu menyalurkan perkhidmatan kepada mereka.

Wakil rakyat adalah harapan rakyat untuk membela nasib mereka, jangan semasa tiba saat paling penting iaitu semasa Dewan Rakyat mengundi untuk membuat keputusan, secara kebetulan pula kesemua mereka seolah-olah berpakat apabila mempunyai urusan lain.


WAKIL RAKYAT TIDAK BERSAMA RAKYAT?

Sementara itu, akhbar Sinchew Daily News bertarikh 13 April 2015 secara sinis menyatakan bahawa Dewan Rakyat mencatatkan rekodnya yang tersendiri apabila ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada pembangkang tidak membantah apabila mengundi untuk meluluskan usul kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen dan Senator.

Artikel bertajuk ‘Wakil rakyat tambah gaji, rakyat tambah penat’ itu ditulis oleh seorang pensyarah universiti, Wee Seng dan dikeluarkan dalam ruangan, Sudut Pandangan di halaman 21 yang berkata, selepas kenaikan itu semua yang mendapat durian runtuh itu jadi senyap, tidak menjadi responsif terhadap kritikan rakyat terhadap kenaikan itu yang disiarkan dalam akhbar dan laman sosial.

Hinggakan, menurut penulis terdapat komen-komen rakyat yang turut berhasrat untuk menjadi ‘wakil rakyat’ bagi mendapat kenaikan gaji kerana sebagai ‘orang biasa’ bekerja melebihi 10 tahun masih belum tentu bakal mendapat kenaikan lebih daripada 20 peratus.

Penulis kemudiannya merasionalisasikan kenaikan tersebut dengan memberikan hujahan seperti berikut, “wakil rakyat pada setiap masa mengambil tahu masalah rakyat, mereka banyak tanggungan antaranya kos pengangkutan, bayar elaun pembantu, sumbangan untuk parti, kadang-kadang terpaksa keluarkan duit sendiri untuk perkhidmatan di kawasan peti undi.

Bagaimana mereka hendak memberikan perkhidmatan terbaik sekiranya kekurangan sumber kewangan, malah jika dibandingkan dengan golongan profesional di sektor swasta pendapatan mereka lebih rendah.”

Pepatah Cina ada menyebut, “Mahu kuda kuat berlari, perlulah diberi makan rumput yang bagus”, namun penulis menarik perhatian umum dengan menanyakan soalan, “Bilakah yang kita semua ini cukup duit dan tidak pernah kekurangannya?”.

Apabila rakyat sendiri melihat wakil rakyat yang mereka pilih menggunakan kuasa dan hak mereka untuk menaikkan gaji dan elaun mereka sendiri, sebaliknya rakyat pada masa sama terpaksa menanggung kenaikan harga barangan, bermakna rakyat hanya dapat penat sahaja, kerana mereka langsung tidak mengetahui bila masanya kenaikan gaji untuk mereka.

Selain itu, Kementerian Kewangan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mengumumkan bahawa kerajaan bakal memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM1.6 bilion, namun selepas kesemua Ahli Parlimen dan Senator dinaikkan gaji dan elaun bermakna negara terpaksa menanggung perbelanjaan bulanan baharu iaitu kira-kira RM2.8 juta yang terpaksa diambil daripada pendapatan GST itu.

Rakyat dimaklumkan sebelum ini GST untuk menanggung beban kewangan negara, kenapa tidak dimaklumkan juga ia juga bertujuan bagi menanggung kenaikan Ahli Parlimen dan Senator itu.


ARAHAN TANPA PERBINCANGAN

Dalam pada itu, akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 9 April 2015 menyiarkan artikel mengenai isu kutipan caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan oleh industri hotel dan makanan terhadap pengguna dan cuba dimansuhkan oleh kerajaan selaras dengan pelaksanaan GST pada 1 April lalu.

Menerusi artikel bertajuk ‘Perbalahan kutip wang perkhidmatan’, oleh sidang pengarang akhbar itu yang dikeluarkan dalam ruangan Pendapat di halaman N9 mendakwa pihak kerajaan tidak pernah mengadakan perbincangan dengan pihak industri sebelum melaksanakan cadangan tindakan berkenaan yang dianggap sebagai amat mengejutkan itu.

Wakil Persatuan Restoran Selangor dalam reaksi mereka menegaskan caj itu akan tetap dikutip oleh setiap ahli naungan yang bertujuan bagi mengelak perniagaan atau lebih tepat lagi kedua-dua industri itu terjejas teruk.

Tegas mereka, polisi mengenakan caj berkenaan telah dilaksanakan sejak puluhan tahun lalu, malah wujud perjanjian antara majikan dan pekerja sebagai sebahagian daripada tips, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan pekerja mereka.

Akhbar itu turut memetik kenyataan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Yeo Yang Poh iaitu mana-mana peraturan tidak bertulis untuk kawalan bayaran perkhidmatan, sama ada mahu kutip kos perkhidmatan atau tidak, semuanya terpulang kepada keputusan pengusaha terbabit.

Langkah itu merupakan persefahaman antara pekerja dan majikan, persetujuan antara pelanggan dan pengusaha.

Dari segi undang-undang, kerajaan tidak mempunyai hak untuk menghalang persetujuan antara kesemua pihak terlibat.

Malah katanya, pengguna juga berhak untuk memilih sama ada mahu mengunjungi premis yang mengenakan caj perkhidmatan atau tidak.

Dalam pada itu, pihak editorial akhbar itu berharap agar pihak industri berkenaan mematuhi perjanjian yang dibuat antara pekerja dan majikan bagi memastikan matlamat utama kutipan iaitu untuk kebajikan kepada pekerja menjadi kenyataan, bukannya di­selewengkan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/isu-isu-akhbar-cina-1.81456#sthash.BfKTF83P.dpuf


Thursday, 5 June 2014

ISU-ISU AKHBAR CINA


PENGAJARAN PRK TELUK INTAN

AKHBAR China Press bertarikh 3 Jun 2014 menyiarkan artikel mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu yang menyaksikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti tipis 238 undi.

Artikel bertajuk ‘Pengalaman, tamparan dan pengajaran di PRK’ yang ditulis oleh Lim Ming Piaw disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.

Tidak memeranjatkan apabila calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud tewas di Teluk Intan. Sebelum PRK, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah berkata, parti itu berada dalam keadaan tertekan dan mungkin hanya akan mendapat 45 peratus sokongan tiket undi.

Walaupun kenyataan itu sebahagian daripada strategi beliau untuk menarik simpati pengundi seperti yang sering dilakukannya, tetapi kata-kata beliau kali ini begitu tepat sekali.

Pada awalnya, Siew Keong sendiri me­ngaku beliau kurang yakin boleh menang, sehingga di penghujung malam terakhir sebelum pengumuman dibuat barulah nampak seperti 50-50 boleh menang.

Seramai 40,000 orang membuang undi, terpisah hanya dengan 238 tiket undi. Dengan kelebihan 0.6 peratus, jika kita anggap itu adalah gelombang 50-50, mungkin tidak silap.

Walaupun nilainya hanya 0.6 peratus, ia telah meningkatkan semangat Gerakan sebanyak 100 peratus. Mereka merasakan seperti bangkit kembali dari dalam gaung dan umpama ikan kering yang dapat hidup kembali.

Kemenangan ini akan disolek sebagai kebangkitan kepada Gerakan kerana telah dapat menewaskan DAP dan ia juga boleh dicatatkan di dalam buku sejarah parti itu.

Tetapi jika sesebuah parti itu benar-benar berwibawa, ia akan membuat analisis terperinci sebab-sebab kemenangan tipis itu dan bukannya hanya mempamerkan rasa bangga yang menyinggung perasaan orang lain.

Bagi DAP, mereka perlu ingat baik-baik akan satu pengajaran iaitu pasukan tentera yang berlagak sombong pasti akan kecundang. Orang Cina dahagakan perubahan, hasrat itu tidak pernah berubah. Tetapi sekarang ini mereka mengikut DAP secara membuta-tuli sehingga percayakan kata-kata manis parti itu bahawa Pas tidak akan melaksanakan hukum hudud. Oleh itu, orang Cina sudah tidak lagi berani mengikut cara itu.

Sementara itu, isu PRK Teluk Intan turut diulas oleh akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 4 Jun 2014.

Artikel yang merupakan pendapat pe­ngarang akhbar berkenaan bertajuk ‘PRK yang banyak huraiannya’ disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman W3.

Adakah pengundi Cina benar-benar sudah kembali kepada BN jika jumlah yang keluar mengundi hanya 67 peratus?

Jika kita berdiri di pihak BN, kita mungkin bertepuk sorak menyatakan pengundi Cina telah kembali kepada parti itu dan menggunakan keputusan PRK terbaharu ini untuk menghentam pihak lawan.

Sebaliknya pandangan pemimpin DAP pula adalah berbeza dengan menyatakan kemerosotan undi pengundi Cina hanya 15 peratus manakala orang Melayu yang mengundi calon parti itu meningkat sebanyak tiga peratus berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bagi DAP, itu adalah satu keputusan yang mengejutkan. Ini menunjukkan strategi parti itu untuk menarik sokongan orang Melayu telah memberi kesan yang positif.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditemuramah akhbar ini berkata, kemenangan itu terlalu tipis dan agak payah untuk menyatakan pengundi Cina telah kembali kepada BN.

Dr. Mahathir berkata, jika nisbah keluar mengundi ramai, barulah dapat dikenal pasti sama ada pengundi Cina kembali kepada BN ataupun tidak.

Pandangan Dr. Mahathir adalah berdasarkan kepada realiti, tetapi kita juga tidak boleh menafikan bahawa pada PRK kali ini, ada kawasan peti undi yang ramai bilangan penduduk Cina yang secara besar-besaran kembali kepada BN.

Fakta pengundi Cina ini kembali kepada BN, dipercayai ada kaitannya dengan cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud serta mahukan pembangunan di kawasan Teluk Intan.

HUBUNGAN ERAT DUA NEGARA

AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 31 Mei 2014 turut mengulas hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang sudah berlangsung selama 40 tahun.

Artikel bertajuk ‘Erti realisasi hubungan strategik antara Malaysia dan China’ yang ditulis oleh Chang Chin Wei disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman W3.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke China kali ini amat luar biasa kerana ia diadakan ketika timbul perasaan tidak puas hati rakyat negara berkenaan berhubung cara kerajaan Malaysia mengendalikan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Dalam dunia ini, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan tiada kekecewaan yang tidak boleh dilegakan.

Hubungan antara negara tidak sepatutnya terganggu semata-mata kerana ada sedikit insiden.

Hubungan erat Malaysia dan China bukan sahaja akan membolehkan kedua-dua negara sama-sama merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 malah akan memberi impak besar kepada rantau Asia Pasifik.

Semua sedia maklum, dari kawasan lautan sebelah timur sehingga ke sebelah barat, China sedang bertelagah dengan Jepun, Filipina dan Vietnam berhubung isu sempadan perairan sehingga rakyat China di negara itu menjadi sasaran sera­ngan.

Walaupun Malaysia juga ada bertelagah dengan China berhubung sempadan perairan, tetapi kita mengamalkan pendekatan perbincangan bagi menyelesaikan masalah.

Sebab lain China ingin mengadakan hubungan erat dengan Malaysia kerana kita dilihat sebagai negara kuasa bebas yang tidak condong kepada mana-mana negara termasuk Amerika Syarikat (AS).

Bukti hubungan erat ini adalah apabila hubungan dagang kedua-kedua negara mencecah AS$100 bilion pada 2013. Malaysia enam tahun berturut-turut menjadi rakan dagang China yang terbesar di ASEAN.

Hubungan erat kedua-dua negara bertambah kukuh dengan tibanya dua panda ke Kuala Lumpur.




Thursday, 20 February 2014

ISU-ISU AKHBAR CINA - DEDAH SIAPA ANWAR






AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 13 Februari 2014 menyiarkan artikel mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah platform terbaik untuk membongkar tembelang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kononnya hendak menjadi hero dan membela nasib rakyat Selangor.

Artikel yang ditulis pengkritik semasa, Loh Han Chew bertajuk ‘Orang-orang Kajang sila tanya Anwar’ disiarkan dalam Ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C9. Sejak kerusi DUN Kajang dikosongkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Lee Chin Cheh, ramai tidak setuju kerana PRK itu disengajakan.

Bagaimanapun, bekas Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Ambiga terpaksa ‘menelan’ kata-katanya apabila membuat pusingan U ‘merestui’ PRK Kajang kerana melihat peluang dan kesempatan untuk rakyat menilai semula prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau dibidas kerana mahu menilai Kerajaan Pusat memerintah selama 300 hari sedangkan hal sama perlu dilakukan ke atas tiga buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, justeru barulah dikira adil.

Sementara itu, Dong Zong sepertimana biasa akan mengambil kesempatan pada setiap kali pilihan raya untuk mengemukakan beberapa tuntutan yang dibuat kepada Anwar dan kerajaan Pusat.

Kepada Anwar, Dong Zong meminta kerajaan negeri Selangor di bawah PKR meluluskan beberapa permohonan termasuk membina sekolah menengah swasta Cina di atas tanah 2.02 hektar dan tapak tanah Kolej New Century.

Ramai melihat Dong Zong seolah-olah mahu mengaut ‘keuntungan’ kiri dan kanan, namun peluang keemasan itu perlu dibuat dalam PRK.

Rakyat perlu tahu, ketika Anwar menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan, peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hanya mendapat peratusan kecil berbanding peruntukan kepada Sekolah Kebangsaan.

Pada 1987, beliau hanya memberi peruntukan sebanyak RM10 kepada SJKC! Bukankah beliau telah memandang rendah dan menghina SJKC?

Menerusi Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, Anwar melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di SJKC dan ini mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.

Beliau bukan sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa SJKC tidak perlu kekalkan jawatan Majlis Pengelola Sekolah-Sekolah Cina pada 22 Mei 1990, malah pernah menuduh Dong Zong adalah pertubuhan dan kumpulan subversif sekitar 1991.

Anwar juga sering menggunakan maklumat palsu menekan SJKC dengan mengatakan jumlah penduduk kaum Cina di Wangsa Maju hanya dua peratus dan tidak ada keperluan membina SJKC di kawasan berkenaan.

Hakikatnya, penduduk Melayu dan Cina di kawasan Wangsa Maju masing-masing mewakili 40 peratus, tetapi empat buah Sekolah Rendah Kebangsaan telah dibina, manakala tidak ada sebuah SJKC dibenarkan wujud di kawasan itu.

Anwar tetap ego dengan keputusannya, biarpun Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Ghaffar Baba mengizinkan pembinaan SJKC di Wangsa Maju.

Ironinya setelah menjadi Penasihat PKR, Anwar memberi alasan tidak masuk akal bagi merasionalkan tindakannya sebelum ini menghantar guru-guru tidak tahu berbahasa Mandarin ke SJKC.

Katanya, guru-guru terbabit dihantar bagi membantu guru-guru besar SJKC membuat surat-surat rasmi kepada jabatan dan kementerian Pelajaran, kerana ramai guru guru besar di SJKC tidak faham berbahasa Melayu.

Ini benar-benar satu penipuan besar, jika tidak tahu menulis surat dan tidak tahu berbahasa Melayu bagaimana pula boleh layak menjadi guru besar? Sedangkan kelayakan untuk jadi guru biasa pun perlu kepujian bahasa Melayu!

Pada 11 Januari 1986, Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) dengan keras mengumumkan, polisi pendidikan negara mestilah mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran.

Pada Jun 1997, beliau juga menggunakan kedudukannya sebagai TPM, mengatasi keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu Menteri Pelajaran, mengarahkan semua IPT perlu memasukkan kursus Tamadun Islam dan semua pelajar diwajibkan mengambil subjek itu. Dengan jelas Anwar telah menghina orang bukan Islam.

Atas perkara dan masalah di atas diharap Dong Zong tanya kembali kepada Anwar di Kajang, kenapa pada ketika itu beliau berbuat demikian, dengan itu selepas ini apa pula pendirian dan tindakan beliau?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140220/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2tpMtQ7p5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



ISU-ISU AKHBAR CINA - KONFLIK BN LETAK CALON PRK KAJANG






AKHBAR China Press bertarikh 12 Februari 2014 menyiarkan artikel mengenai konflik Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon terbaik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Artikel bertajuk ‘Pembesar yang memeningkan kepala’ yang ditulis Tee Ko Bee disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15. PRK Kajang adalah satu risiko, namun memberi peluang kepada BN khususnya UMNO untuk menawan semula kawasan itu kerana ia mempunyai lebih banyak peluang memandangkan lebih 40 peratus pengundi adalah Melayu.

Pada ketika isu PRK Kajang hangat diperkatakan berkaitan konflik BN itu, ia membuka ruang kepada pelbagai badan dan agensi untuk mengemukakan pelbagai permintaan berdasarkan kepentingan masing-masing.

Contohnya, Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) antara pihak yang mengambil kesempatan daripada suasana kehangatan menjelang PRK Kajang.

Dong Zong dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran pertubuhan itu yang turut dihadiri Presiden  MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini berharap beberapa perkara dan masalah isu pendidikan Cina yang tertangguh diselesaikan. Tuntutan disuarakan Presiden Dong Zong, Dr. Yap Sin Tian pada majlis itu dipercayai sebagai syarat kepada MCA mahupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan mereka dalam PRK Kajang kelak.

Masalahnya adakah pemimpin ini bersetuju, dan memenuhi permintaan anda? Adakah calon ini akan dapat sokongan undi kelak? Jika benar dapat sokongan pastinya dianggap mindanya terlalu cetek; sebaliknya jika tidak menang kenapa pula mahu menolong kamu (Dong Zong)?

Selama kita hidup sehingga ke hari ini, adakah kita masih tidak mengenal calon bertanding, semasa mereka dalam berkempen sering mengeluarkan kata-kata mementing rakyat dan tunduk sujud menghormati rakyat? 

Sebaliknya jika selama ini permintaan tidak dikotakan, adakah dengan PRK dapat menyelesaikan semua masalah itu? Adakah sebelum pilihan raya mereka tiada kekuatan, dan selepas pilihan raya mereka sudah terlalu kuat?

Sedangkan PRK kali ini adalah penentuan penting kepada PKR.

Dari segi kekuatan MCA pula, pencabar mereka seperti langsung tidak menggugat MCA, walaupun tindakan PKR menyebabkan ramai orang menyangkal PKR, tetapi apa yang dihadapi oleh MCA pastinya lebih bisa daripada tercucuk duri sembilu. Anwar diakui memang mempunyai kekuatan dan kewibawaan luar biasa dan dijangka mudah memperoleh kemenangan, manakala MCA pula ibarat patung Buddha yang baru sahaja keluar naik dari selut lumpur.

Merujuk prestasi MCA sebelum ini, walaupun semua masalah dapat ditelan parti itu, pastinya MCA masih belum dapat menampung kecederaan lama iaitu kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Dijangkakan kerusi DUN Kajang akan dimenangi pihak lawan walau hakikat calon diturunkan MCA seorang yang bekerja keras.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140220/re_07/ISU-ISU-AKHBAR-CINA#ixzz2tpIoK7XR  © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : ORANG CINA KATA APA? TAK FAHAM?

Thursday, 12 December 2013

SAKIT HATI ORANG CINA - DENGKI TU...


KELUHAN ORANG CINA - BENCANA BCL OLEH ORANG MELAYU BUAT CINA RASA TERTEKAN....





PERASAAN tidak berpuas hati peniaga dan orang Cina terhadap dasar kerajaan yang disifatkan menekan mereka turut diulas oleh akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 10 Disember 2013.

Artikel bertajuk ‘Masyarakat Cina tertunggu-tunggu penyelamat’ yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Choo Han disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman W3.

Pada zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, orang Cina telah dilabel sebagai penyokong komunis. Kesetiaan mereka terhadap tempat kelahiran iaitu Tanah Besar China menjadikan kaum ini sasaran pihak-pihak yang berdendam dengan mereka sehingga berlaku kejadian tidak diingini.

Ketika pemerintahan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein iaitu selepas diadakan hubungan diplomatik dengan China, barulah sumbangan orang Cina di negara ini ditagih terutama dalam membangunkan perdagangan dan ekonomi negara. Tetapi pada zaman Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, orang Cina kembali menjadi warganegara kelas kedua.

Kebenaran hakikat itu tidak perlu disangsi dan dipertikaikan. Antaranya, orang Cina dilarang sama sekali mendominasi bidang politik. Sebab itu, parti-parti Cina, sehingga sekarang hanya memainkan peranan sebagai pengikut telunjuk dan dikuasai oleh orang lain.

Walaupun wujud layanan tidak adil, sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan ekonomi negara memang tidak boleh dinafikan lagi. Ramai usahawan Cina berjaya, walaupun mereka memulakan perniagaan dengan sehelai sepinggang dan tangan kosong.

Mereka berusaha gigih dengan titik peluh sendiri untuk meneroka bumi ini dan juga menggunakan pengalaman beberapa generasi sehingga akhirnya menikmati kejayaan dalam bidang perniagaan.

Hakikatnya Malaysia memang memerlukan sumbangan peniaga Cina terhadap pembangunan ekonomi negara ini dan ia seperti anggota badan yang tidak boleh dipisahkan kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimanapun, peniaga Cina kini mengalami tekanan apabila kerajaan secara berterusan memperkukuhkan dasar ekonomi bumiputera.

Dasar yang telah dilaksanakan sejak sekian lama, telah menampakkan kesan positif apabila banyak sektor perniagaan telah dikuasai golongan bumiputera.

Penguasaan ekonomi oleh bumiputera yang semakin hari semakin meluas ini telah memberi kesan kepada peniaga Cina apabila terdapat di kalangan mereka yang jatuh merudum dalam perniagaan. Mereka tidak mendapat sokongan parti-parti Cina yang lemah dan dan tidak henti-henti menghadapi persengketaan dalaman.

Memang diakui peniaga Cina boleh mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan di luar negara dan bersaing ke peringkat antarabangsa, tetapi terdapat juga yang tidak mampu berbuat demikian dan perlu memberi tumpuan berniaga dalam negara.

Peniaga ini menghadapi tekanan yang semakin ketara. Keluhan mereka tidak habis-habis dan kisah sedih yang diluahkan mereka ini memang benar dan nyata.

Di saat kita menghadapi keadaan yang amat pahit ini, diharapkan masyarakat Cina dapat berteriak sekuat-kuatnya sehingga orang pekak dapat mendengarnya.

Kita juga perlu mengeluarkan buah fikiran dan idea-idea bijaksana bagi menyelamatkan masyarakat Cina.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131212/re_07/Isu-Isu-Akhbar-Cina#ixzz2nEUaNsTz © Utusan Melayu (M) Bhd

 

UMNO-BN JANGAN ANGKUH



CINA RASIS NI KATA SEMUA SALAH UMNO-BN - MARAH SANGAT DENGAN KUOTA BUMIPUTRA DAN DASR KERAJAAN MENOLONG KAUM BUMIPUTRA ( MELAYU)


AKHBAR Nanyang Siang Pau bertarikh 11 Disember 2013 menyiarkan artikel yang mahukan dasar kerajaan yang berpihak hanya kepada satu kaum dihapuskan.

Artikel berajuk ‘Angkuh dan menghina bencana’ yang ditulis oleh Chong Kim Huat disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuan Lun halaman C8.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha baru-baru ini berkata, kita perlu kenal realiti politik dan orang Cina jangan asyik menentang! Kenyataan beliau serta-merta mendapat bantahan daripada masyarakat Cina, yang tidak dapat menerima kenyataan Cho Ha yang seolah-olah mahu kaum itu bersikap seperti hamba abdi.

Jika kita lihat Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, dia secara agresif berkempen menentang keadaan yang tidak berpihak kepada penduduk negara itu sehingga membuka satu lembaran sejarah yang baharu.

Pemimpin MCA yang mengaku mereka tahu apa erti realiti dalam politik pula bertindak sebaliknya sehingga menyebabkan wujud dasar pendidikan yang menyusahkan orang Cina. MCA juga tidak berbuat apa-apa bagi menghentikan polisi kuota bumiputera yang menekan ekonomi orang Cina yang telah menguji kesabaran kaum itu lebih daripada setengah abad.

Mengikut laporan, kerana kerajaan Selangor mendapat keuntungan, maka ia telah menaikkan gaji wakil rakyatnya.

Barisan Nasional (BN) terus menghentam kerajaan Selangor kerana dikatakan tidak bersikap jujur kepada rakyat! Jika BN bersikap jujur, kenapa ada tiga ketua eksekutif di Jabatan Perdana Menteri yang bergaji sebanyak RM1.87 juta setahun?

Kerajaan Pusat mengalami kerugian setiap tahun. Adakah gaji yang berjuta ringgit itu boleh dianggap perkara biasa dan memang patut diterima? Gaji Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri, kenapa tidak dijadikan isu oleh BN?

Dalam pada itu, apabila banjir berlaku di tiga negeri di Pantai Timur, ke mana perginya pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan menteri yang dikatakan mahu berkhidmat secara jujur semata-mata untuk rakyat?
Realitinya mereka mengutamakan untuk menghadiri perhimpunan parti yang setiap hari diutarakan dengan ucapan yang tidak baik untuk perpaduan rakyat.

Sebaliknya, masyarakat Cina pula terus bertindak untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Tanpa disuruh oleh sesiapa, mereka mengumpulkan wang untuk mangsa banjir.

Akhbar-akhbar Cina juga turut menjalankan kempen kutipan derma untuk mangsa banjir berkenaan. Apa yang dilakukan itu adalah ibarat kata pepatah jika ada satu tempat terkena musibah, seluruh pelosok akan tampil membantu.

Semangat suka membantu memang sudah lama tertanam dalam jiwa setiap orang Cina. Mereka menolong tanpa memilih kaum kerana berpendapat setiap individu perlu dilayan secara sama rata.

Tetapi bagaimana pula cara kerajaan membantu mangsa banjir? Bantuan yang dihulurkan dibuat mengikut kepentingan kaum. Segala barangan yang dihulurkan diletakkan logo BN bagi memperkukuhkan pengaruh parti berkenaan.

Orang-orang besar daripada Kerajaan Pusat menggunakan helikopter untuk melawat kawasan banjir dengan diiringi pemberita dan jurugambar untuk memberitahu rakyat di seluruh Malaysia yang mereka mesra rakyat.

Menentang Sistem Aparteid

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyanjung tinggi ikon antiaparteid, Nelson Mandela. Beliau menganggap Afrika Selatan mempunyai persamaan dengan Malaysia dalam menentang sistem pemerintahan aparteid.

Adakah ini benar jika dilihat kesungguhan kerajaan BN untuk melaksanakan polisi ekonomi bumiputera, dasar petroleum yang berpihak kepada kaum itu, bantuan orang miskin yang majoriti penerimanya orang Melayu dan polisi pemilikan rumah untuk bumiputera.

Sebenarnya kerajaan BN dikuasai oleh UMNO. Parti ini bersikap angkuh dan sombong serta tidak memandang kaum lain yang telah banyak berjasa kepada negara.

Ini sememangnya adalah satu kenyataan yang benar. Cara pemerintahan kerajaan seperti ini akan menimbulkan perasaan tidak berpuas hati dan permusuhan antara kaum. Ia boleh menyebabkan masyarakat menjadi kacau-bilau.

Jika kepimpinan UMNO yang menerajui BN tidak mengutamakan petunjuk prestasi utama (KPI), tidak membantu orang miskin tanpa mengenal sempadan kaum dan tidak menerima teguran kumpulan cerdik pandai, mereka akan membuatkan Malaysia berundur ke belakang dalam demokrasi.




 

Friday, 20 January 2012

Sikap masyarakat Cina berubah

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia.
DARI UTUSAN MALAYSIA
20/1/2012




Sebahagian peserta perhimpunan 901 di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bersurai selepas pengumuman Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lalu. - UTUSAN/Mohd. Azim Abd. Rahman

Keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat kedua sedikit sebanyak telah mengubah pemikiran masyarakat Cina terhadap kepimpinannya. Sebelum itu mereka meyakini Anwar akan dapat membina lanskap baru politik Malaysia yang telah diwarnai oleh Perikatan dan Barisan Nasional (BN) selama lebih 50 tahun.

Sehingga kepada saat-saat debaran terakhir menunggu keputusan perbicaraan panjang itu, harapan itu masih memuncak tinggi, panas dan penuh optimistik. Tetapi bila keputusan diumumkan tiada suara meneriakkan suatu kemenangan besar, sebaliknya sepi bersama dengan lenyapnya slogan dan suara bebaskan Anwar.

Harapan untuk melihat Anwar keluar dari penjara atas kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) seperti keluar Nelson Mandela dan Recep Tayyip Erdogan daripada penjara dalam sorak gempita rakyat dengan iringan sajak-sajak para penyair atau seorang penyair telah berterbangan seperti debu dalam degupan jantung para penyokongnya yang kecewa kerana semua strategi politik PKR telah hancur.

Cuma letupan bom jangka yang menggemparkan suasana kehadiran hanya 3,000 orang daripada 100,000 orang yang dijangkakan.

Mimpi indah telah bertukar menjadi mimpi ngeri tidak sahaja kepada Anwar sendiri tetapi kepada parti-parti pakatan pembangkang dan sekali gus mengubah pandangan masyarakat Cina yang selama ini sukar untuk dibaca.

Kalau reaksi akhbar-akhbar Cina dapat dijadikan ukuran maka ternyatalah bahawa sikap mereka yang begitu positif terhadap masa depan mereka di tangan Anwar telah bergoncang, yang selama ini diyakini akan dapat memantapkan perpaduan dalam pakatan pembangkang untuk menuju ke Putrajaya.

Hal ini menepati pandangan Almarhom Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman bahawa orang Cina amat pragmatik dan realistik. Kiblat mereka ialah materealisme. Dalam kedudukan ekonomi dunia yang tergugat maka tentunya orang Cina tidak mahu meruntuhkan suatu keadaan yang lebih menjamin perniagaan atau ekonomi mereka daripada retorik politik.

Semua ini tidak begitu mempengaruhi kaum itu ketika sentimen ke arah kuasa nampak cerah tetapi keputusan mahkamah telah menjadikan mereka lebih realis kerana kehilangan isu yang meyakinkan mereka ke arah kuasa.

Pandangan akhbar-akhbar Cina yang keluar daripada sentimen selepas keputusan pembebasan Anwar itu ternyata lebih rasional dan realistik. Sentimen, prejudis dan juga racialisme yang terpancar selepas tsunami politik 2008 telah melindungi pandangan mata kaum Cina terhadap tolak ansur kerajaan, kebaikan polis dan keadilan mahkamah malah keputusan Suruhanjaya Diraja pun diragui oleh mereka.

Daripada apa yang tersurat di akhbar-akhbar Cina selepas keputusan pembebasan Anwar itu walaupun hanya sekelumit terjemahannya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, tetapi jelas apa yang tersirat sebagai sebahagian perasaan masyarakat Cina di sebalik sokongan mereka itu terhadap Anwar.

Kata sebuah tulisan yang dipetik dalam akhbar China Press 16 Januari 2012; "langkah mahkamah membebaskan Anwar bukan satu berita gembira bagi pihak pembangkang." (lihat Utusan Malaysia 19 Januari 2012).

Akhbar Nanyang Siang Pau pula dalam suatu rencana yang ditulis oleh pengkritik semasa Wong Zi pada 13 Januari 2012 telah menyatakan; "Walaupun semangat pemimpin-pemimpin pembangkang berkobar-kobar dengan pembebasan Anwar, mereka seharusnya sedar bahawa sokongan sejati orang Melayu terhadap PKR sudah tidak memberangsangkan.

"Jika PKR kerahkan ahli-ahlinya membuat demonstrasi jalanan, mungkin masih boleh lagi, tetapi jika mereka mahu tubuhkan kerajaan, parti itu tidak mempunyai pemimpin Melayu mencukupi untuk menjawat semua jawatan kerajaan," kata tulisan itu.

"Jika jawatan itu disandang oleh orang Cina dan India, adakah pengundi Melayu yang menyokong PKR akan bersetuju. Sehubungan itu PKR perlu mempunyai calon Melayu mencukupi dan boleh diharapkan untuk menjalankan tugas. Hakikatnya calon sedemikian agak susah dicari PKR pada waktu sekarang" katanya.

Ini adalah pandangan bukan Melayu yang berasaskan fakta yang sahih. Pemimpin-pemimpin hebat PKR yang mengetahui siapa sebenar Anwar Ibrahim telah ramai meninggalkannya. PKR telah benar-benar ketandusan pemimpin maka itu mereka nampak orang UMNO yang diyakini oleh mereka masih berpengaruh seperti Tunku Razaleigh Hamzah atau Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan juga Zaid Ibrahim (telah memohon maaf pada Anwar baru-baru ini) untuk mengisi pucuk kepimpinan PKR.

Berasaskan kepada hanya lebih 3,000 orang sahaja (kebanyakannya penyokong Pas) yang berhimpun untuk menunjukkan sokongan terhadap Anwar pada hari keputusan perbicaraannya maka ternyatalah Anwar tidak lagi mempunyai penyokong fanatik seperti dalam pilihan raya 2008.

Perasaan masyarakat Cina terhadap Kerajaan Negeri Kedah yang tersembunyi selama ini juga telah didedahkan oleh akhbar Sin Chew Daily selepas Anwar dibebaskan.

Perasaan orang Melayu sering disuarakan oleh Utusan Malaysia terhadap kerajaan PKR Selangor dan perasaan orang Cina disuarakan oleh Sin Chew Daily terhadap kerajaan Pas Kedah keluaran 15 Januari 2012.

Katanya, "Sebenarnya kekuatan Pas dalam pentabiran Kedah amat besar sehingga PKR dan DAP menjadi pengikut. DAP juga tidak mendapat bahagian dalam jawatan Exco di negeri itu.

"Pentadbiran di Kedah semakin memihak kepada Islam, menyebabkan ia tidak disenangi oleh orang bukan Melayu terutama sekali kepada kalangan penyokong MCA dan Gerakan."

Apabila keputusan mahkamah membebaskan Anwar diumumkan, semua pihak "terduduk" atau "terkejut" termasuk orang atas pagar.

Pemimpin-pemimpin pembangkang bukannya ceria tetapi telah merasakan kehilangan suatu modal politik yang amat besar dan efektif. Penyokong-penyokong UMNO juga kecewa kerana keyakinan mereka pemenjaraan Anwar akan memberikan kemenangan kepada BN. Mereka marah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ada kuasa tetapi tidak menggunakannya.

Kata akhbar China Press, "Penyokong BN perlu ingat jika Anwar diputuskan bersalah dan dipenjarakan, para pemimpin pembangkang sudah pasti akan mengambil kesempatan untuk mendakwa Anwar menjadi mangsa konspirasi politik.

"Sebaliknya selepas Anwar dibebaskan strategi pihak pembangkang untuk menuduh Ketua Pembangkang itu menjadi mangsa politik BN tidak lagi sesuai dan fakta konspirasi politik tidak boleh dipercayai lagi."

Hasrat Pakatan Pembangkang untuk menjadikan 901 seperti 911 sebagai malapetaka kepada BN, akan meruntuhkan 1Malaysia Najib dan juga maruah negara seperti runtuhnya maruah Amerika - ternyata tidak kesampaian sebaliknya dengan sekali gus mengangkat maruah kepimpinan negara dan Malaysia di mata dunia. Ternyata angka 1 (di hujung 90) yang menggerunkan pembangkang telah membawa malapetaka kepada mereka sendiri.

Berikutan dengan pembebasannya, Anwar terpaksa juga ke India yang telah pun dirancangnya tetapi malangnya beliau terperangkap dengan interbiu BBC yang menyentuh soal homoseksual.

Sepatutnya Anwar tidak menyentuh langsung. Pertanyaan BBC bukan bertujuan untuk memerangkap Anwar tetapi menggambarkan betapa wartawan asing langsung tidak sensitif kepada sensitiviti politik tempatan ketika Anwar baru terlepas daripada tuduhan itu.

Lebih memburukkan lagi kerana berlaku pula penyingkiran Dr. Hasan Ali yang mendukung dogmatisme agama dan perjuangan fanatik Islam Abdul Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ini telah menyebabkan Pas tidak lagi diberikan jawatan portfolio agama dalam kerajaan Selangor, sebaliknya diambil alih oleh Menteri Besarnya dari PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seorang sekular yang berasal dari UMNO.

Walaupun Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abdul Rani berkata penarikan balik kuasa agama daripada Pas itu tidak menghalang Pas daripada terus memainkan peranan dalam pembangunan agama Islam di Selangor tetapi tentunya mencemarkan moral Pas sebagai parti Islam. Logik akal tentu mengatakan Pas yang lebih layak. UMNO sendiri tidak sanggup berkorban hingga kepada taraf yang sehina ini.

Semua senario ini menunjukkan bahawa penghijrahan panjang Anwar dalam politik; daripada kisah mati kelaparan di Baling, Kedah yang menggemparkan negara di tahun 1970-an sehingga kepada keracunan arsenik ketika perbicaraan liwatnya yang pertama, kerajaan baru 16 September, pelarian mencari perlindungan politik di Kedutaan Turki, pemandu isterinya Wan Azizah Wan Ismail disuntik racun dan terakhir sekali 901 telah mengesahkan bahawa nasib Anwar sekadarkan menjadi seorang pelakon politik dan tidak akan berada di pentas kuasa yang menjadi cita-citanya seperti yang diisytiharkannya.

Beliau pernah hanya 'seinci' lagi dari pentas kuasa tetapi telah tergelincir dan apabila dibebaskan daripada hukuman tuduhan liwat kedua, beliau telah ditolak sekali lagi jauh kebelakang dari pentas kuasa yang diidamkannya sejak peristiwa Baling.

Pembebasannya menjadi suatu kekecewaan politik yang amat memedihkan bagi dirinya dan penyokong-penyokongnya yang melibatkan juga parti-parti politik yang bersekongkol dengannya.

Keputusan pembebasan Anwar ini di luar jangkaan manusia Malaysia yang tentunya membuatkan beliau sendiri berasa amat terhina kerana kecekapan, kelincahan dan sandiwara politiknya termasuk di dalam mahkamah telah terhina oleh kebijaksanaan mahkamah dalam suatu hukuman yang adil baginya dan adil pada pandangan dunia.

Barangkali sekarang Anwar sedar bahawa ada orang yang lebih bijak daripadanya. Masa depannya hanyalah di pentas drama politik.