Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label ULAMA. Show all posts
Showing posts with label ULAMA. Show all posts

Monday, 10 November 2014

Jangan undang laknat Allah – Md. Daud

10 November 2014 2:39 AM

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Golongan agamawan khususnya mufti dan timbalan mufti di seluruh negara perlu bersuara dengan lebih lantang bagi menyekat undang-undang yang membenarkan lelaki berpakai­an seperti wanita atau sebaliknya kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Md. Daud CHE NGAH

Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, mufti adalah tokoh penting dalam hierarki masyarakat Islam dalam memimpin mereka menjalani hidup selaras dengan tuntutan dan kehendak syariat agama berkenaan.

“Mereka perlu bersuara dan tidak perlu berasa takut untuk menyatakan pendapat dalam isu ini. Terdapat kira-kira 30 mufti dan timbalan mereka di seluruh negara, sekiranya bersatu padu sudah pasti dapat memberi isyarat yang jelas bahawa ajaran Islam perlu dipertahankan dalam apa juga cara.

“Tindakan ini juga semestinya dalam mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat dan membantu menyekat penambahan lelaki berpakaian seperti wanita di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan kelmarin mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh Hakim Datuk Mohd. Hishamuddin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Menurut Md. Daud, tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan negara boleh mengundang laknat Allah.

Ini kerana kata beliau, perkara berkenaan adalah secara terang-terangan bertentangan dengan kehendak dan hukum agama Islam pada saat Islam merupakan agama Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai khususnya golongan muda supaya menilai isu berkenaan dengan merujuk kembali kepada ajaran Islam bagi mengelakkan kekeliruan apabila perkara tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan.

“Mereka perlu melihat daripada sudut mengeluarkan hukuman itu atas dasar apa dan perlu menolaknya jika tidak berlandaskan ajaran Islam,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-undang-laknat-allah-8211-md-daud-1.22993#sthash.NyCrH86z.dpuf


Friday, 29 August 2014

Indeks Syariah diguna pakai

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Najib Tun Razak dan Jamil Khir Baharom (enam dari kiri) bergambar kenangan dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Perhimpunan Ulama dan Umara serta penyampaian Anugerah Masjid Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 28 Ogos - Indeks Syariah untuk mengukur dan menilai pencapaian Malaysia dalam melaksanakan tuntutan syarak melalui maqasid syariah bakal diguna pakai di negara ini bermula Januari 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, penyelidikan Indeks Syariah yang komprehensif itu sedang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim).

Beliau yang menyifatkan program itu amat dekat di hatinya menjelaskan, indeks tersebut mengukur tahap keseriusan usa-ha Malaysia dalam mengimarahkan prinsip, nilai dan sistem Islam merentasi pelbagai sektor.

"Banyak sangat polemik berhubung ada yang kata Malaysia merupakan negara Islam dan ada pula sebaliknya. Oleh itu, perlu ada ukuran secara saintifik berhubung keperluan tersebut.

"Menerusi indeks ini, kita boleh buat ukuran dan negara boleh buat perbandingan. Kalau ada yang sudah berjaya, Alhamdulillah, kalau masih ada kekurangan lagi, kita sama-sama perbaiki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri.

Sementara itu, Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor dinobatkan Juara Masjid Kariah 2014 manakala Masjid Sultan Yahya Petra, Machang dinobatkan sebagai Johan Masjid Daerah 2014 dalam majlis tersebut.

Nazir Masjid As-Salam, Yasim Mohamed berkata, penganjuran program yang melibatkan pelbagai anggota masyarakat termasuk yang bukan beragama Islam merupakan antara faktor kejayaan masjid itu.

Katanya, usaha itu berjaya menggarap nilai dakwah dalam kalangan ahli kariah bahawa masjid merupakan tempat penyatuan masyarakat walaupun mereka berbeza kepercayaan.

"Program pengimarahan tersebut menyebabkan Masjid As-Salam mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja sebagai tempat menunaikan ibadah tetapi tumpuan aktiviti kebajikan dan ekonomi. Malah program sumbangan yang pernah kita anjurkan juga disalurkan kepada para penduduk yang bukan beragama Islam," katanya.

Dalam pada itu, Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra, Abd. Razak Husein menyifatkan kemenangan itu adalah hasil semangat kesatuan dalam kalangan ahli jawatankuasa bagi mengimarahkan rumah ibadah itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140829/dn_03/Indeks-Syariah-diguna-pakai#ixzz3Bjb7fd00  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 13 June 2014

Jangan cemarkan keagungan agama Islam



Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mempengerusikan Persidangan Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke-187 di Bangunan Kompleks Islam Negeri Perak di Ipoh, Perak, semalam. Turut serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (lima dari kiri).

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di Persidangan Ke-187, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di Ipoh, Perak semalam.

SEGALA puji milik Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan ulama. Semoga beroleh ihsan sehingga ke hari kebangkitan.

Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke-187, merafakkan sembah ucap takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun, di atas kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada Rabu, 28 Rejab 1435 Hijrah, bersamaan 28 Mei 2014.

Kali terakhir Almarhum bertitah di Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, dizahirkan semasa berlangsungnya Persidangan Majlis kali ke-117, bertarikh 20 Februari 1997. Antara peringatan Almarhum semasa menzahirkan titah tersebut, dapat dirumuskan kepada tujuh perkara:

Pertama: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak adalah badan tertinggi yang diamanahkan sebagai pembuat dasar, penentu matlamat serta pengatur strategi dan keutamaan; oleh itu segala perbincangan dan keputusan Majlis mempunyai kesan besar dan langsung terhadap kedudukan serta kemajuan agama dan masyarakat Islam.

Kedua: Amanah dan tanggungjawab membangun dan memajukan masyarakat Islam perlu dipikul dengan penuh keikhlasan, kesungguhan, berstrategik dan kerelaan.

Ketiga: Kemajuan dan pencapaian ekonomi dan material tidak memberi makna sekiranya umat Islam lemah dari segi iman.

Keempat: Pentingnya pendidikan agama untuk melahirkan umat Islam yang maju, berdaya saing dan bertakwa.

Kelima: Umat Islam perlu bersatu, memiliki kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu, sanggup bekerja kuat dan memiliki disiplin yang tinggi.

Keenam: Perlunya diutamakan pembinaan sahsiah di kalangan umat Islam dengan memberikan perhatian kepada program membina keluarga dan rumah tangga bahagia.

Ketujuh: Pentingnya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak memantapkan usaha memajukan tanah-tanah wakaf dan Baitulmal dan Majlis perlu berusaha untuk mendapatkan lebih banyak tanah yang strategik dan berpotensi supaya dapat dimajukan secara komersial. Walaupun Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah mangkat, kata-kata yang telah dizahirkan oleh Almarhum 17 tahun lalu, hendaklah terus dijadikan kompas panduan untuk memandu arah haluan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Semoga roh Almarhum dilimpahkan segala ihsan daripada Allah SWT, ditempatkan bersama roh para Solihin.

Sama-samalah kita membaca surah Al-Fatihah, memohon rahmat daripada Allah SWT, semoga apa jua ganjaran daripada bacaan tersebut disampaikan kepada roh Almarhum. Al-Fatihah.

Atas nama peribadi Beta sebagai anakanda kepada Almarhum serta bagi pihak Paduka Bonda Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun dan seluruh anggota keluarga Almarhum, Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri Perak, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta pelbagai agensi, institusi, pertubuhan dan individu yang terlibat baik secara tertera dan secara terselindung, mengendalikan urusan pemakaman Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Beta amat tersentuh, menyaksikan begitu ramai kalangan rakyat jelata dari pelbagai lapisan, pegangan agama dan kaum yang datang berduyun-duyun; di kalangan mereka ada yang uzur, berusia tua, bertongkat, dipapah, berkerusi roda, berpakaian lusuh, berjalan kaki mendaki bukit - memanjat tangga istana, tetapi berhati cekal untuk menziarahi dan mendoakan kesejahteraan jenazah Almarhum.

Beta percaya, kebanyakan mereka, tidak pernah menemui Almarhum secara peribadi semasa hayat Almarhum, tetapi secara khusus, mereka mempamerkan semangat kasih setia rakyat kepada batang tubuh seorang raja pemerintah yang telah mangkat; dan secara simboliknya, mereka mempamerkan sifat kesetiaan, mendukung kelangsungan institusi pemerintahan berteraskan raja.

Dalam suasana hiba menghadapi kemangkatan ayahanda Beta, kehadiran rakyat biasa ini, telah menjadikan Balai Rong Seri Istana Iskandariah sebagai bilik darjah pengajian kepada Beta.

Pada ambang Beta dimasyhurkan sebagai seorang Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan, pintu hati Beta dibukakan oleh Allah SWT kepada satu pendidikan yang amat berharga, untuk Beta dapat mengenali hati budi rakyat jelata secara dekat. Kehadiran mereka di Balai Rong Seri, telah menginsafkan Beta akan nilai kasih serta erti kesetiaan rakyat jelata kepada Raja mereka.

Kehadiran mereka telah meningkatkan kesedaran Beta bahawa tanggungjawab utama seorang raja pemerintah itu, adalah untuk memastikan menyempurnakan pemerintahan secara adil, mengambil berat akan hal ehwal rakyat, mempamerkan rasa kasih terhadap rakyat, membela nasib rakyat biasa yang majoriti. Bahawa raja pemerintah itu wajib memberikan setinggi-tinggi perhatian terhadap kehidupan rakyat biasa - rakyat jelata yang merupakan kumpulan majoriti penduduk dalam sesebuah negara.

Titah di Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke 187 ini, merupakan titah sulung yang Beta zahirkan atas nama Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Hubungan langsung Beta dengan Majlis bermula pada 1 Julai 1997, ketika Beta diperkenankan lantikan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak oleh Marhum Al-Maghfur-Lah.

Tanpa disedari, lantikan tersebut merupakan satu latihan yang disediakan oleh Almarhum ayahanda Beta, mempersiapkan diri didik Baginda, untuk pada kemudian hari nanti, mengambil tanggungjawab lebih besar sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak.

Ia adalah amanah dan tanggungjawab amat berat; meletakkan Beta dengan akauntabiliti baik di dunia, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan Tuhan Rabbuljalil di hari kebangkitan; dengan keinsafan dan kesedaran akan peringatan yang terkandung dalam ayat 72 Surah Al-Ahzaab bermaksud;

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggung jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" .

Pengalaman bersama ahli-ahli Majlis dan amanah untuk memimpin Majlis, telah memberi ruang memperdekat Beta dengan para ulama dan ilmuwan Islam, satu pendedahan dan pengalaman yang amat berharga.

Demikian perancangan dan wawasan seorang ayahanda kepada anakandanya, yang pada hari ini diamanahkan mewarisi takhta singgahsana seorang Raja Melayu, sekali gus dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Dengan penentuan Ilahi juga, pada pagi ini, titah sulung atas nama seorang Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah berlangsung dalam Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Titah yang dizahirkan pada pagi ini, merupakan titah terakhir Beta atas nama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Beta pertama kali mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atas kapasiti seorang Yang Dipertua ketika berlangsungnya Persidangan Majlis kali ke-118 pada 28 Ogos 1997. Ketika menzahirkan titah, Beta telah menyentuh lima perkara utama;

Pertama: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak perlu bertindak secara strategik dan berhati-hati supaya tidak timbul kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik Majlis.

Kedua: Perlunya umat Islam memiliki disiplin dan daya ketahanan diri yang kuat terutama dalam mengharungi era globalisasi dan era teknologi maklumat.

Ketiga: Kebimbangan atas masalah gejala sosial yang kian gawat dan perlu ditangani dengan kebijaksanaan dan kewarasan.

Keempat: Perlu ditingkatkan program-program keagamaan terutama program-program yang melibatkan golongan remaja.

Kelima: Perlunya institusi masjid dimakmurkan serta dihidupkan dengan pelbagai aktiviti, di samping memastikan kebersihan dan keindahan landskap di perkarangan dan kawasan masjid.

Perkara-perkara yang Beta zahirkan semasa pertama kali mempengerusikan Persidangan Majlis, masih relevan dan masih perlu diberikan perhatian. Sehingga persidangan ini, Beta telah mempengerusikan 70 kali Persidangan Majlis.

Beta menzahirkan penghargaan di atas bimbingan dan nasihat yang telah disampaikan kepada Beta oleh ahli-ahli Majlis demikian juga oleh para alim ulama untuk membolehkan Beta menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang telah diletakkan di bahu Beta.

Beta memohon untuk terus mendapat nasihat dan bimbingan daripada para alim ulama, memandu Beta untuk memenuhi amanah yang lebih besar sebagai Amirul Mukminin.

Mempertahankan kemurnian, kesucian serta keagungan syiar Islam adalah amanah serta tanggungjawab besar yang wajib disempurnakan sebaik mungkin dan tidak boleh dikompromikan.

Tanggungjawab tersebut hendaklah disempurnakan secara bijaksana lagi bestari, baik dalam bentuk kata-kata yang diungkapkan begitu juga melalui tindak tanduk yang dilakukan oleh umat Islam, lebih-lebih lagi oleh institusi yang diamanahkan dengan urusan hal ehwal Islam.

Umat Islam dan institusi yang berkaitan wajib memperlihatkan sebaik contoh teladan ketika memenuhi tanggung jawab yang telah diamanahkan dengan melaksanakannya secara amanah, jujur, adil lagi saksama. Umat Islam wajib mencerminkan minda berilmu dan berperibadi mulia.

Imej Islam perlu dicerminkan melalui gerak kerja yang berlandaskan unsur-unsur keinsanan serta sifat-sifat kemanusiaan, bersandarkan hikmah - bersandarkan timbang rasa. Keagungan agama Islam jangan sama sekali dicemarkan kerana adanya tindak tanduk bersifat impulsif lagi ofensif yang didorong naluri; sesungguhnya tindak tanduk sedemikian amat tidak bijaksana.

Warga Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya. Hakikat ini wajib diterima dan amat perlu difahami. Islam bukan sahaja pegangan akidah beragama; Islam adalah addin, budaya dan tata cara adab kehidupan yang lebih menyeluruh. Islam amat mengutamakan keadilan - mementingkan keharmonian - menganjur perdamaian; dan sama sekali tidak membenarkan perlakuan berunsur penindasan.

Untuk itu umat Islam dan institusi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam perlu peka kepada sensitiviti penganut agama lain. Pada masa sama, orang bukan Islam pula wajib memahami serta menghormati sensitiviti umat Islam.

Mereka hendaklah sensitif akan perasaan umat Islam apabila mereka memilih untuk mengupas apatah lagi ketika mereka memilih untuk mengkritik secara terbuka perkara-perkara menyentuh hukum hakam Islam serta seruan Ilahi yang terkandung di dalam al-Quran, begitu juga panduan kehidupan yang terkandung di dalam Sunah Rasul.

Membina keharmonian adalah tanggungjawab kolektif semua warga. Oleh itu perbuatan tidak melanggar batasan dan tidak menyeberangi sempadan antara agama, wajib dihormati oleh setiap warga pada setiap masa.

Seorang Yang Dipertua baru akan dilantik untuk menggantikan Beta. Namun Beta akan terus memantau dan mengikuti secara dekat kegiatan-kegiatan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Berikanlah sepenuh kerjasama kepada pengganti Beta.

Semoga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sentiasa mendapat rahmat serta petunjuk Ilahi dan terus mencipta kejayaan lebih gemilang lagi cemerlang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140613/re_01/Jangan-cemarkan-keagungan-agama-Islam#ixzz34Te9i6hc  © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 27 March 2014

MH370 - Solat jenazah ghaib setelah mayat ditemui






KUALA LUMPUR 26 Mac - Solat jenazah ghaib terhadap mangsa nahas syarikat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang beragama Islam tidak perlu dilaksanakan selagi mayat atau cebisan daripada anggota badan mereka masih belum ditemui.

Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mazlee Malik berkata, pihak yang mencari dan menyelamat kini giat mengesan bukti pesawat tersebut terhempas.

"Buat masa sekarang, kita tunggu penemuan-penemuan yang jelas membuktikan mangsa nahas pesawat MH370. Selepas itu baru kita buat solat jenazah ghaib.

"Namun, bagi sesiapa yang telah melaksanakannya tidak mengapa dan kita harus bersabar serta reda dengan musibah yang menimpa di samping yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan) memutuskan tidak perlu solat jenazah ghaib terhadap mangsa nahas pesawat MAS MH370 yang beragama Islam.

Menyokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Md. Salleh Ahmad berkata, keputusan tersebut dilihat dapat memberikan penjelasan kepada masyarakat Islam di negara ini yang keliru dengan keperluan pelaksanaan solat jenazah ghaib.

Dalam masa sama, beliau menyarankan agar semua pihak tidak putus-putus berdoa agar misi mencari dan menyelamat mangsa nahas terbabit dipermudahkan oleh Allah SWT.

"Kita mesti teruskan berdoa kepada mereka. Allah sebenarnya sedang menguji kita semua dan ingin melihat kita bersatu," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140327/dn_18/Solat-jenazah-ghaib-setelah-mayat-ditemui#ixzz2x7tgcxPH  © Utusan Melayu (M) Bhd


Thursday, 9 January 2014

Jangan pertikai fatwa, Allah hanya untuk Islam







KIRI: Harussani Zakaria, Fathul Bari

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Isu penggunaan kalimah Allah tidak sepatutnya diperdebatkan kerana ia sudah pun difatwakan sejak tahun 1996 bahawa lafaz Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, dari segi hukum Islam sendiri turut melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian kerana mereka menyamakan Allah sebagai tuhan yang mempunyai anak dan ‘Tuhan Bapa’ sedangkan Allah bagi orang Islam adalah satu, tidak diperanakkan dan tidak ada anak.

Kata beliau, mana-mana pihak juga tidak sewajarnya cuba membuat perbandingan penggunaan kalimah Allah yang dibenarkan di dunia Arab sedangkan penduduk negara itu menggunakan perkataan ‘Illah’ dan bukannya Allah.
Kalimah Allah sudah diputuskan di mahkamah yang memberi hak kepada orang Islam, mengikut fatwa juga menyatakan tidak boleh guna oleh bukan Islam dan sudah diterima kerajaan sebagai satu undang-undang, jadi apa lagi yang mereka nak (pertikaikan)?
Dalam Islam kita tidak boleh langsung menyekutukan Allah, tetapi takrifan mereka (kristian) god itu ada anak. Ini adalah bertentangan dengan Islam dan satu penghinaan kepada kalimah Allah," katanya di sini hari ini. Harussani berkata, kesungguhan tuntutan kalimah Allah oleh puak-puak Kristian pada masa kini kerana mereka mempunyai tujuan lain demi mengelirukan umat Islam yang telah menjadi agenda mereka sejak 100 tahun yang lalu.

Dalam hal itu, beliau kesal apabila terdapat puak-puak Melayu Islam sendiri turut bersekongkol dengan agenda tersebut.

“Ketika fatwa itu dikeluarkan pada tahun 1996, ada paderi-paderi daripada Kanada, Perancis dan Amerika Syarikat menghentam saya kenapa negara kita melarang penggunaan kalimah Allah, tetapi saya bertanya semula kepada mereka, kenapa kamu tidak menggunakan kalimah Allah dalam semua Bible? Mereka memberi jawapan, Allah hanya untuk tuhan Muslim," katanya.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, penganut agama Kristian yang hanya meliputi lima peratus penduduk negara ini perlu menghormati sensitiviti masyarakat majoriti Melayu Islam berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau mengambil contoh dengan apa yang berlaku di India apabila masyarakat Islam di sana digesa menjaga sensitiviti majoriti penganut Hindu supaya tidak menyembelih lembu pada Aidiladha kerana haiwan itu dianggap suci.

“Kita selama ini hidup dalam harmoni dengan saling menghormati sensitiviti agama masing-masing, Islam melarang untuk mencaci agama lain atau mahu bertindak membakar gereja.
Kenapa kita boleh menjaga sensitiviti agama mereka sedangkan mereka sukar untuk menghormati sensitiviti Islam? Bersikap adillah sesama masyarakat jangan prejudis," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140109/dn_05/Jangan-pertikai-fatwa-Allah-hanya-untuk-Islam#ixzz2prLiJ9Uv  © Utusan Melayu (M) Bhd




 KOMEN : ORANG KAFIR NI TIDAK AKAN PUAS HATI MEREKA SELAGI MEREKA TIDAK DAPAT MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM ITU SENDIRI DAN MAHUKAN ORANG ISLAM TUNDUK DAN MENGIKUT TELUNJUK MEREKA SERTA MENGANUT/MENYEMBAH TUHAN MEREKA YANG BERBENTUK BERHALA... 

APA NAK HAIRAN WAKIL ISLAM PKR/PAS TELUR DIPICIT DAP

JAIS terima tamparan hebat

Tuesday, 19 November 2013

Kembalinya gerakan LGBT

Prinsip-prinsip Yogjakarta merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. - Gambar hiasan

PADA 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan "Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan

Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di  Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.

Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip  berhubung orientasi seksual  dan  identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat  untuk memohon  piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa  bagi menangani  penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia  golongan LGBT, dan  isu-isu  antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut  telah dihasilkan pada  satu mesyuarat  antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan  pakar-pakar hak asasi manusia  dari seluruh dunia  di Universiti Mada di Pulau Jawa  pada 6 hingga  9 November   2006.

Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan  cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi  antara kerajaan daerah,  masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta,  wilayah  paling kecil Indonesia  (tidak termasuk  Jakarta)  yang terletak  di pulau Pulau Jawa.  Prinsip-prinsip  ini  belum diterima  oleh negara-negara dalam  satu perjanjian, maka  secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia  antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun  prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian  hak asasi manusia.

Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson,  Manfred Nowak, Martin Scheinin,  Elizabeth Evatt, Philip Alston,  Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. 

COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral.

Berselindung

Ternyata prinsip-prinsip Yogyakarta ini merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. Bagi negara-negara OIC khususnya, bantahan yang dinyatakan melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 tersebut menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha agresif untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikian oleh kerana negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia.

Amaran Qurani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth a.s yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telah pun dipengaruhi prinsip-prinsip Yogyakarta.

Sebagai contoh, susulan pengaruh prinsip-prinsip Yogyakarta tersebut juga, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengaruh di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) berhujah undang-undang anti-liwat yang berkuatkuasa di Malaysia sudah ketinggalan zaman (archaic) kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat yang kononnya melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta perlu diganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat. Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Yogyakarta, laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Prinsip-prinsip tersebut juga telah mula mendapat tempat dalam kalangan segelintir NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa parti politik di Malaysia. Penganjuran Seksualiti Merdeka misalnya, jelas mendapat inspirasi dari usaha-usaha di peringkat global untuk mendapatkan "hak dan pengiktirafan" bagi golongan LGBT, atas dasar kononnya teguran atau tindakan untuk memandu golongan ini disifatkan sebagai "diskriminasi" dan "tekanan sosial' terhadap mereka. Mereka juga merasakan sepatutnya dibenarkan untuk bebas memilih orientasi seks, meskipun orientasi tersebut berlawanan dengan fitrah keagamaan dan kacamata ketamadunan manusia.

Malaysia seharusnya memimpin usaha menentang perkembangan yang sangat berbahaya ini. Sehingga kini, sebanyak 14 negara di dunia yang telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Seperti yang dilaporkan agensi Reuters, 13 November baru-baru ini menyaksikan Hawaii menjadi negeri terkini di dalam Amerika Syarikat yang mengiktiraf perkahwinan sejenis apabila gabenornya Neil Abercrombie menandatangani rang undang-undang untuk mengesahkan keizinan tersebut. Ternyata Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat serius yang bakal menghancurkan sisa-sisa kemanusiaan yang masih ada padanya.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia perlu terus mengekalkan kedaulatannya dengan tidak tunduk terhadap tekanan antarabangsa melalui penerimaan terhadap prinsip-prinsip Yogyakarta dan lain-lain instrumen yang digunakan untuk menerbitkan hak-hak songsang mereka yang berjuang di sebalik gagasan hak asasi manusia sejagat. 

Peranan Islam sebagai agama negara dan tugas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam berdasarkan sumpah jawatan pada Jadual Keempat, Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan, ditambah dengan penerimaan prinsip-prinsip Rukun Negara yang jauh sekali menerima hak dan aktiviti songsang seperti yang dituntut golongan LGBT ini, sepatutnya menzahirkan keunikan dan kemampuan Malaysia untuk mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat tanpa mengorbankan nilai agama, budaya setempat dan realiti negara. 

Malah hal ini adalah seperti mana yang telah dipersetujui bersama melalui Persidangan Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna berkenaan kepentingan mengambil kira faktor-faktor tersebut di dalam menuntut sesebuah negara untuk patuh dengan hak-hak asasi manusia sejagat.

Secara khususnya, pada bulan Mac depan, kerajaan Malaysia perlu tegas menolak beberapa syor negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Austria yang mahukan Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat dan mengiktiraf hak-hak LGBT, sebagaimana yang dizahirkan di antara 232 syor-syor pada sesi UPR baru-baru ini. 

Malaysia perlu meneruskan sikap dan pendirian konsisten menolak pengiktirafan hak-hak LGBT sebagaimana yang telah ditegaskan ketika menolak Resolusi 17/19 PBB dan ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November tahun lepas.

Selain itu, wujud keperluan segera untuk Malaysia memulakan gerakan menghapuskan prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang sangat berbahaya terhadap kelangsungan tamadun kemanusiaan. Malah, gerakan ini sangat mendesak oleh kerana prinsip sedemikian, tanpa ramai yang menyedari, telah dimaktubkan di negara Islam terbesar di dunia, Indonesia yang juga merupakan jiran terdekat rumpun melayu-Islam dan negara anggota OIC.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131117/re_01/Kembalinya-gerakan-LGBT#ixzz2l3ruZs3m © Utusan Melayu (M) Bhd 


Friday, 27 September 2013

Enchant1MST - Kepada Para Pembaca, Saya Merayu ....


Friday, September 27, 2013



Artikel ini seperti ulangan artikel saya semalam, sengaja saya copy paste disini supaya mereka yang pertamakali baca tidak perlu banyak klik. POINT SAYA DIBAWAH SEKALI.

Satu pusat tumpuan Keagamaan  ( kecuali Islam ) TERBESAR Di Dunia menggunakan konsep Pelancungan Spiritual 

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR Di Dunia ! Kuil Kuan Yin TERBESAR Di Dunia ! Kompleks Beli Belah TERBESAR Di Dunia ! Piramid TERBESAR Di Dunia ! Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !


Lokasi - Gambang, 35 km dari bandar Kuantan diatas tapak seluas 500 ekar, yakni lebih besar dari kawasan KLIA.

Kawasan terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari, perlukan 3-5 hari ! Satu bandar tersendiri yang lengkap segalanya.

Untuk ke laman web projek - KLiK


"...... the Malaysian government fully supported us in this project and also providing us the land." 

" This is fully backed by the government of Malaysia..... the government of Malaysia has also helped us to provide funding for this project." 

Pecah Tanah pada penghujung bulan November 2013.





KLiK untuk ke Youtube.

Baca juga - Enchant1MST - Kita WAJIB Bantah ! DiMana Suara Umat Islam ?

                                                    *************************

Saya masih mengharapkan rakan2 bloggers dan media sosial lain dapat turut sama memainkan isu ini tapi sehingga tengahmalam ini, langsung tidak ada seorang pun baik dari pro Umno maupun dari pro Pas yang ada menulis tentang perkara ini.

Entahlah ...... mungkin saja mereka tidak baca dan tidak ambil pot isu2 selain dari isu politik. Kalaupun isu agama, ia harus punya sudut politik barulah ramai yang akan sambut. 

Agaknyalah kalau dalam isu Kalimah Allah, yang sibuk perjuangkan adalah orang Pas, rasanyalah, orang Umno akan ikut sama main tak ? Saja terfikir ......

HAKIKATNYA - isu ini tidak menarik minat mana2 bloggers AlifBaTa maupun bloggers Tahaluf Siyasi untuk perjuangkan dan saya takut isu ini akan tenggelam terus ...... dan sedar2, akan terbangunlah Bandaraya Himpunan Agama Kafir yang UNIK dan TERBESAR di dunia di Tanah Melayu ini.


Dan akan terkenallah negara Islam moderate ini seantero dunia menjadi Tanah Haram bagi orang Bukan Islam seluruh dunia ! Berduyun2lah orang kafir datang melawat Malaysia untuk menunaikan 'Haji' mereka di Enchant1MST, Gambang Pahang ( baca sebagai pelancong yang membawa pendapatan hasil pelancungan ).

Mungkin orang Melayu waktu itu akan bertepuk sorak kegirangan menghulurkan kedua2 belah tangan menyambut kedatangan pelancung2'Haji' itu ..... siap dengan pukulan kompang dan tarian tradisional menyambut mereka di lapangan terbang.

Apakah kita mahu melihat senario itu berlaku ?

Saya TIDAK MAHU ! Tapi saya tidak boleh nak memaksa rakan2 supaya ikut sama membantah, itu hak masing2. Kalau mereka mahu memperlekehkan bantahan inipun, saya tidak boleh nak marah ... hak masing2. Kalau mereka MAHU melihat senario diatas berlaku pun, saya boleh kata apa ?

Biarlah saya teruskan saja bantahan ini mengikut kemampuan saya, yakni menyeru melalui blog ini. Makanya disini saya MERAYU kepada semua pembaca agar dapat turut serta bersama saya MEMBANTAH projek mega ini.

Bersuaralah dan sebarkanlah bantahan ini di merata medium alternatif yang ada.... blog, FB, tweet, watsup ... apa sajalah. Jangan tunggu para bloggers samada pro Umno maupun pro Pas yang ada untuk kedepan dalam isu ini, dalam kes ini kita yang harus bersuara dan desak mereka untuk kedepan !

Kita lakukan semampu kita ..... dan berdoalah semoga usaha kecil kita ini mampu menghasilkan sesuatu. InsyaAllah .... 

KOMEN : MARI KITA SAMA-SAMA SEBARKAN MAKLUMAT INI...... TERIMA KASIH...

Wednesday, 8 May 2013

Pasca PRU-13: Ke mana Melayu selepas ini...






RAMAI yang ternanti-nanti apa yang akan saya tulis mengenai sikap orang Cina hasil keputusan PRU-13, Ahad lepas. Oleh kerana semua orang sudah tahu warna kulit sebenar orang Cina Malaysia, maka saya enggan mengulas mengenai mereka.

Saya telah membuat ramalan sejak beberapa tahun lalu mengenai sikap mereka. Orang Cina Malaysia: Apa lagi yang anda mahu (28 April 2010), kini telah bertukar menjadi: Anda mahu kesemuanya?

Saya mengakui orang Cina cukup bijak. Mereka adalah bangsa yang cerdik dan pintar. Perlu diingat, darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah ketamadunan 5,000 tahun bangsa itu. 

Hakikatnya mereka merasakan mereka boleh hidup tanpa orang Melayu di bumi Malaysia ini.

Kehidupan mereka adalah wang, sekolah Cina, bahasa Cina dan budaya Cina. Itu sudah cukup bagi orang Cina Malaysia. Yang lain-lain tidak penting.

Saya tidak mahu bercakap mengenai orang Cina Singapura, kerana pemikiran Cina di Singapura tidak setaraf orang Cina Malaysia.

Di Singapura mereka tidak ekstrem kepada pendidikan kecinaan, kerana dasar kerajaan Cina Singapura sendiri yang tegas dan enggan melayan permintaan bangsa mereka sendiri di situ. Lee Kuan Yew ternyata berjaya apabila menyingkirkan legasi pemikiran kolot Cina Tanah Melayu ke dalam sistem awal pemerintahan Republik Singapura.

Di Malaysia, malangnya pemikiran itu berterusan sehingga ke hari ini. Pemimpin terdahulu Malaysia tidak setegas Kuan Yew. Pemimpin Melayu terlalu apologetik, tak apalah.

Sepanjang yang kita maklum, orang Melayulah yang sepatutnya terasa hati apabila pentadbiran Najib selama empat tahun ini, menggunakan pelbagai pendekatan ‘jaga hati’ kepada orang Cina.

Oleh kerana itulah corak pemikiran dan sikap mereka yang tidak cukup-cukup, maka saya tidak berminat mahu membincangkan mengenai soal Cina dan kecinaan dalam minggu ini. Tinggalkan mereka. Lagipun, mereka telah memilih untuk menyisihkan diri mereka sendiri, akibat termakan tipu daya DAP yang mengatakan Malaysia kali ini adalah milik mereka.

Akibatnya, hari ini saya mendengar ada antara tokoh-tokoh Cina merungut, kemungkinan akan hilang perwakilan mereka dalam kerajaan kerana dengan izin Allah Taala sekali lagi memperkenankan kerajaan Malaysia (terus) diterajui oleh orang Melayu.

Sekarang saya mahu bercakap mengenai bangsa saya. Bangsa saya yang tidak putus-putus saya leterkan sejak saya mula menulis kolum ini empat tahun lalu. Saya tidak akan putus asa untuk bercakap mengenai bangsa itu sehinggalah hayat dikandung badan.

Selagi saya hidup, selagi itu saya akan bercakap mengenai bangsa saya, orang Melayu, walaupun ada yang akan menuduh saya sebagai assabiyah, rasis dan ultra.

Saya amat kasihan melihat orang Melayu. Satu bangsa yang cukup layu dari segi pemikiran mereka. Satu bangsa yang cukup beremosi dari segi perasaan mereka. Satu bangsa yang cukup merendah diri dari segi pergaulan mereka. Satu bangsa yang cukup apologetik (satu istilah yang cukup popular sekarang ini) terhadap orang lain.

Bangsa Melayu yang cukup pemalas dari segi berusaha (itu bukan saya cakap tetapi orang yang mula menjajah Tanah Melayu ini dahulu). Bangsa yang tak kaya-kaya, walaupun segala macam diberikan kepada mereka hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Satu bangsa yang tidak peduli apa pun yang akan berlaku kepada tanah air sendiri walaupun terpaksa akhirnya merempat.

Itulah Melayu. Melayu yang telah berpecah kepada tujuh golongan.

Selama ini orang Melayu Bumiputera di Tanah Melayu Malaysia ini, terutamanya orang UMNO mendabik dada mengatakan bangsa Melayulah bangsa majoriti negara ini. Mereka bangga dengan ungkapan itu. Dalam buku-buku sekolah, fakta itulah yang dicanangkan.

Tapi benarkah? Benarkah orang Melayu majoriti? Saya sudah menulis beberapa kali mengenai perkara ini, tetapi saya masih mahu mengulanginya. Bagi saya tidak salah untuk mengulanginya sehinggalah orang Melayu sendiri bosan mahu mendengarnya.

Atas kertas pun orang Melayu hanya kira-kira 67 peratus sahaja. Kita bukannya 70 peratus atau lebih 80 peratus seperti Cina di Singapura. Apa besarnya 67 peratus itu? Daripada 67 peratus itu Melayu berpecah kepada tujuh golongan, yang tidur sebantal mimpi lain-lain.

Melayu UMNO dan Melayu Pas adalah satu-satunya fraksi atau pecahan sejak zaman pasca merdeka. Pada peringkat itu hubungan mereka tidaklah sekejam dan sekasar sekarang.

Kini Pas terlalu bermusuh dengan UMNO sehinggakan UMNO dianggap bukan Islam. UMNO pula semasa gergasi, tidak pandang pun Pas. Pas hanya mahu dibawa berunding atas nama perpaduan ummah ketika UMNO tersepit, itu kata oranglah.

Pas dalam era Nik Aziz menganggap golongan mereka bukan Melayu, mereka hanya Islam.

Sekitar era awal 1990-an timbul pula duri dalam daging Melayu, maka lahirlah PKR yang cukup ekstrem tetapi hanya berjuang untuk menyelamatkan maruah seorang insan bernama Anwar bin Ibrahim. Melayu telah pecah tiga.

PKR yang pada mulanya tidak mempunyai falsafah perjuangan yang jelas kini semakin kuat. Ia hidup atas semangat populis.

PKR hidup di atas suara lantang Anwar Ibrahim. Malam ini dikhabarkan Anwar mahu membuat perhimpunan besar-besaran, sekali lagi saya beranggapan dia mahu menyelamatkan tengkoknya sendiri.

PRU-13 ini Anwar kalah, buat kesekian kalinya. Jika dia kalah, maka kes liwatnya akan terus dibicarakan. Dia amat takut dengan perkembangan itu. Itu sahaja perjuangannya.

Kini ada orang Melayu pun sudah memasuki DAP, satu parti yang kecenderungannya cukup jelas kepada perkauman. Namun orang Melayu tidak kisah itu semua, asal gelora hatinya terubat. Saya kenal dengan beberapa orang Melayu yang berada dalamnya. “Aku marah kepada UMNO, aku masuk DAP".

Melayu Liberal, melahirkan Melayu yang tidak peduli. Yang menerima pelakuan seks bebas dan sejenis. Mereka ini kononnya berakalkan Barat bebas yang ada antaranya tidak percayakan ketuhanan, apa lagi kebangsaan.

Melayu Atas Pagar yang gagal membuat keputusan dan ada antara keputusan mereka berdasarkan emosi sosial media mutakhir.

Akhir sekali ialah Melayu NGO yang tumbuh bagaikan cendawan di kala wujudnya kelemahan dalam UMNO. Golongan ini biasanya mempunyai mindset yang tersendiri, yang kadang kala tidak jelas sama ada ia bergerak seiring dengan aliran perdana atau untuk kepentingan sendiri.

Terkini, kecelaruan orang Melayu semakin menjadi-jadi apabila wujud pula kumpulan yang bukan-bukan dalam masyarakat itu. Fahaman Syiah kini dikatakan berkembang, begitu juga Wahabi, begitu juga Al-Arqam dalam bentuk yang samar-samar dan begitu juga dalam aliran-aliran lain yang menyisihkan terus diri mereka daripada arus perdana induk kemelayuan itu.

Jadi, tidak hairanlah apabila 25 peratus Cina bersatu, maka ia boleh membentuk satu gelombang yang menakutkan orang Melayu. Najib Tun Razak menyaksikan di depan matanya sendiri bagaimana tsunami Cina ini melanda politik Malaysia dalam PRU-13.

Jadi apa penyelesaiannya? Kita bukan mahu menghukum orang Cina, kerana mereka bijak dan cerdik dalam membuat percaturan politik untuk kepentingan bangsa mereka sendiri. Kita tahu mereka kiasu, pentingkan diri sendiri, tamak. Itu adalah ciri-ciri mereka. Dan ia tidak salah.

Masalahnya ialah kita sendiri, orang Melayu. Tanpa pertolongan Allah SWT saya percaya tsunami Cina itu akan menjahanamkan keseluruhan sistem Melayu di negara ini.

Alhamdulillah orang Melayu di Malaysia ini masih dilindungi oleh Yang Maha Esa. Kita harus percaya itu. Orang Pas dan Anwar harus redha dengan ketentuan Illahi itu.

Bukan tembok batu yang menyekat kemaraan tsunami Cina itu, tetapi hasil pertolongan Allah, divine intervension kepada umat-Nya di bumi bertuah ini.

Tetapi sampai bila Allah mahu melindungi umatnya yang lemah ini. Selagi mereka tidak berusaha mengubah diri mereka sendiri, maka Allah tidak akan mengubah nasib mereka. PRU-14 sekiranya mereka masih alpa begini, tunggulah akibatnya. PRU-13 adalah peringatan yang cukup bernilai.

Wahai umat Melayu, ayuh bersatulah. Marilah kita membentuk Malaysia Baru. UMNO Baru. Pas Baru. Melayu Baru.

Ingatlah, Najib mengangkat sumpah sebagai PM kelmarin adalah hasil daripada undi mutlak orang Melayu, orang Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak yang masih rasional. Bantulah mereka. Angkatlah mereka. Sokonglah mereka. Jangan jauhkan hati mereka. Jangan gundah-gulanakan hati mereka.

Tugas utama Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin atau Ustaz Hadi Awang, Ustaz Haron Din, Ustaz Harun Taib atau Ismail Mina atau Dr. Hasan Ali dan sesiapa sahaja yang lain adalah untuk menyatupadukan semula orang Melayu.

Melayu selama ini telah ditipu dan terus ditipu oleh orang lain. Wahai bangsaku sekalian, tahukah anda bahawa istilah “Ini kali lahhh..." adalah loghat slanga Cina! Tetapi ia dibawa dengan megahnya, dengan bersemangatnya oleh orang Melayu, anak-anak Melayu dan muslimah-muslimah Melayu.

Cukuplah. Melayu tidak rela ditipu lagi, disuap lagi. Cukuplah.


Tuesday, 9 April 2013

HALAL - Tolak undi pakatan pembangkang



Penasihat Minda Pondok, Abdullah Saamah (duduk, tiga dari kiri) dan Harun Yahya (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian peserta persidangan mengadakan sidang akhbar selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Gurun, Kedah, semalam.

GURUN 8 April - Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat Islam di negara ini mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan Allah.

Pengerusi persidangan, Harun Yahya berkata, deklarasi tersebut dibuat berdasarkan nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar setelah para peserta mengadakan perbahasan selama tiga hari bermula Sabtu lalu.

Menurutnya, para peserta persidangan itu mendapati perjuangan parti pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bukan sahaja menyalahi nas-nas tersebut bahkan bertentangan sama sekali dengan Islam serta sesat lagi menyesatkan.

Katanya, kenyataan bersama ketiga-tiga pimpinan tertinggi pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam dan umatnya.
Akibat pluralisme, rukun Islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat Islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan Nabi Muhammad bukan lagi utusan yang membawa agama Allah, yang bermakna Islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya Islam.

“Oleh itu adalah haram menyokong Pas, PKR dan DAP kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Hotel Harvard di sini hari ini.

Harun yang juga Ketua Penerangan Minda Pondok berkata, kalimah Allah adalah nama zat Tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu Islam, maka kalimah Allah hanya untuk umat Islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain.

Jelasnya, ini yang membezakan umat Islam dengan agama lain yang diperintah berdakwah dan menyeru umat lain mengesakan Allah bukan membenarkan Allah untuk disekutukan seperti yang dipersetujui Pas, PKR dan DAP.
Pas sepatutnya menyeru mereka masuk Islam dan menganut agama Islam bukan membenarkan nama Allah untuk digunakan, sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal.

“Apabila dibenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam bible atau kitab-kitab agama mereka, maka natijahnya semua agama adalah agama Allah dan bukan lagi Islam agama Allah,’’ ujarnya. Menurutnya, itulah yang dipanggil pluralisme agama yang menjadi agenda jahat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam.

Katanya, rakyat negara ini usah termakan dengan dakyah pakatan pembangkang khususnya Pas yang kononnya mahu melaksanakan Islam tetapi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalalkan Allah disekutukan dengan memberi nama Allah digunakan oleh agama lain.

“Isu kalimah Allah bukan isu politik semata-mata sebaliknya adalah usaha untuk merombak perkara rukun yang utama dalam Islam," katanya.

Harun berkata, pihaknya turut menyeru segenap lapisan masyarakat dan pemimpin di seluruh negara melakukan solat hajat sehingga pilihan raya umum atau seterusnya agar umat Islam di Malaysia dan dunia terpelihara daripada agenda memurtadkan mereka.

KOMEN : APA SUSAH SANGAT TOTOK PAS NI NAK FAHAMKAN?

Tuesday, 16 October 2012

NAK JAGA PERIUK NASI JADILAH MEREKA SETAN BISU

Ulama Pas perlu berani
DARI UTUSAN MALAYSIA
16/10/2012


IPOH 15 Okt. - Tokoh-tokoh ulama dalam Pas digesa agar berani bersuara untuk mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang supaya tidak terus disesatkan serta diperkudakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, dalam banyak isu berkaitan akidah termasuk penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, Pas sanggup mengetepikan kepentingan agama semata-mata kerana mahu berkuasa.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, sama seperti bapa saudara Nabi Muhammad SAW, ulama-ulama Pas sanggup menolak kebenaran hanya kerana takut dicemuh dan hilang jawatan.

“Kita minta ulama-ulama dalam Pas seperti Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Haron Din; bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib untuk membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

“Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad juga kata Pas sudah tersasar daripada perjuangan asalnya kerana parti itu ditubuhkan sebab hendak buat negara Islam dan hudud," katanya semasa berceramah di hadapan lebih 3,000 orang pada program Rapat Umum Perkasa Perak di padang Dewan Datuk Ahmad Said, Kampung Sungai Rokam, di sini malam tadi.

Selain Zulkifli, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR turut berceramah dalam program itu.

Zulkifli juga berkata, orang Melayu tidak boleh bergantung harap kepada Pas untuk membela Islam dan kepentingan Melayu kerana parti itu bukan dominan di dalam pakatan pembangkang.

Katanya, ia boleh dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah terpaksa membatalkan hasrat merobohkan sebuah rumah penyembelihan babi di sebuah kampung Melayu hanya kerana desakan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

"“Kalau betul Pas dominan, tidak akan berlaku apa yang terjadi kepada bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali yang dipecat kerana hendak selamatkan akidah umat Islam," ujarnya.

Dalam ceramah tersebut, beliau turut mendedahkan pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga memberitahu, DAP semakin lantang berani mempersoalkan kedudukan agama Islam dan orang Melayu di negara ini kerana mendapat sokongan daripada Anwar dan golongan ‘Anwarinas’ di dalam Pas.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas program itu, Zulkifli memberitahu, beliau mendapat maklumat akan berlaku satu kejutan tidak lama lagi.