DARI UTUSAN MALAYSIA
22/6/2012
RAUB 21 Jun - Kesilapan rakyat di beberapa negeri
memilih pembangkang pada pilihan raya umum lalu kerana terpesona
janji-janji bulan, bintang dan matahari tidak harus diulangi termasuk
pengundi di kawasan lain.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
hakikatnya janji-janji tersebut tidak pun dapat ditunaikan dan hal itu
sekarang dibangkitkan sendiri oleh rakyat di negeri terbabit.
"Sekarang apabila nak pilihan raya, kita berhadapan puak-puak yang
menjanjikan bulan dan bintang. Sokong pakatan pembangkang bila Datuk
Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, semua percuma.
"Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tak
payah bayar. Itu antaranya. Tapi bila saya turun padang ke Selangor,
tanya mereka apakah janji sebelum ini telah ditunaikan, jawapannya
tidak.
"Sampai ada rakyat Selangor genggam tangan saya kuat-kuat sambil kata
dah tak tahan, nak undi Barisan Nasional (BN) balik, Alhamdulillah,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra
Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dataran Raub, di sini hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Ahli Parlimen Raub, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, rakyat di negeri dikuasai
pembangkang termasuk Selangor kini berdepan masalah kerana kerajaan
negeri yang dipilih mereka tidak mempunyai konsep perjuangan berteraskan
rakyat.
Katanya, mereka janji pelbagai tapi tidak dapat dilaksanakan dan ini
sama sekali berbeza dengan BN yang terbukti membela rakyat sejak 55
tahun dulu.
"Alhamdulillah, sebab itu, kebelakangan ini di bawah kepimpinan
Perdana Menteri, sokongan rakyat berbilang kaum kembali kepada BN.
"Malah bila ada yang kata orang Cina tak sokong kita, saya kira itu
tak betul. Saya baru-baru ini ke Pulau Pinang, kawasan Ketua Menterinya,
Lim Guan Eng, kehadiran masyarakat Cina cukup ramai, ini menunjukkan
kesedaran telah berlaku," jelasnya.
Sementara itu, ujar Muhyiddin, mandat untuk BN penting untuk
membolehkan kesinambungan program transformasi yang dijalankan kerajaan.
Menurut beliau, beberapa program besar seperti mengurangkan kadar
jenayah memerlukan tempoh antara tiga hingga lima tahun lagi bagi
membolehkan kesannya dirasai sepenuhnya.
"Hanya sokongan dengan BN saja kita boleh teruskan usaha-usaha ini
yang dalam masa dua tahun ini pun kita sudah mula nampak kejayaannya,"
katanya.
1 comment:
SLM BRO..FUCKATAN RIOT KAN SAUDAGAR AIR LIOR DAN MIMPI..MCM PAK ARAB DLM KISAH 1001 MLM..TP HABOK PON TARAKKKK HUHUHUHU
Post a Comment