KUALA LUMPUR 9 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun
bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad
Khalid mengenai pemilikan 20 akaun induk oleh Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
SPRM turut tidak menolak kemungkinan kes pemilikan akaun induk Anwar
bernilai RM3 bilion yang pernah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah
(BPR) itu kali terakhir berada di bawah siasatan pasukan Polis Diraja
Malaysia.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, sebarang tindakan perlu
dirujuk kepada BNM terlebih dahulu berikutan kes tersebut didedahkan
oleh Abdul Murad pada 1999.
Semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM
supaya menjalankan siasatan ke atas pemilikan 20 akaun induk Anwar
bernilai RM3 bilion.
Antara NGO tersebut termasuklah Jaringan Melayu Malaysia (JMM),
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Mursyidul Am Kelab
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).
Sementara itu di Kuantan, lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
negeri ini mendesak SPRM menyiasat serta mengambil tindakan terhadap
Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki akaun bernilai RM3 bilion.
Desakan itu dibuat dalam satu perhimpunan aman yang dihadiri ahli- ahli NGO berkenaan di Taman Kerang di sini hari ini.
Antara NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa) Pahang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang,
Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kuantan dan Persatuan Bekas Polis
Malaysia (PBPM) Kuantan.
Turut serta dalam perhimpunan itu adalah Pertubuhan Kebajikan dan
Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuantan, Kelab Pemuda Bersatu Kuantan
dan Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Sungai Karang (Bakkis).
Ketua Penerangan Perkasa Pahang, Muhammad Faiz Hashim berkata,
siasatan segera perlu dilakukan terhadap ketua pembangkang itu yang
disifatkan sebagai tindakan menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi
Menteri Kewangan dahulu.
Tambahnya, SPRM perlu membuktikan ketegasannya bagi membolehkan
rakyat mempercayai badan itu mengambil tindakan tanpa mengira pangkat
dan kuasa seseorang.
"Selama ini Anwar mengatakan pemimpin dan kerajaan mengamalkan
kronisme, nepotisme, penyelewengan wang dan rasuah. Kali ini semua
tuduhan tersebut terpalit pada beliau.
"Justeru, NGO Pahang mahu SPRM tidak memilih 'ikan bilis' sahaja
untuk membuat siasatan sedangkan kes- kes besar terlepas begitu sahaja,"
katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, generasi muda khususnya penuntut institusi pengajian
tinggi (IPT) begitu mengagung- agungkan Anwar kononnya sebagai individu
bersifat tulen sedangkan banyak penyelewengan didakwa berlaku ketika
beliau menjadi Menteri Kewangan.
Setiausaha PBPM Kuantan, Rafae Abdul Kadir pula berkata, Anwar
menggunakan kedudukannya semasa menjadi Menteri Kewangan untuk
kepentingan peribadi dan kroni demi mencapai cita-cita politiknya.
Justeru, beliau menyeru pihak bertanggungjawab tidak takut dan gentar untuk bertindak.
"Jika perkara ini tidak disiasat atau diambil tindakan, rakyat tidak
yakin kepada kepimpinan kerajaan hari ini termasuk badan-badan yang
bertanggungjawab menjaga keamanan negara," katanya.
Bagi Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Wan Embong, siasatan
segera penting untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya yang selama ini
menuduh pemimpin kerajaan melakukan rasuah dan kronisme.
KOMEN : SEPATUTNYA KES NI DAH LAMA SELESAI.... TAKAN LANGSUNG TAK ADA KES...? ASAL YANG MEMBABITKAN ANWAR DAN KONCO-KONCONYA TAKAN 'KUS'...?
No comments:
Post a Comment