DARI UTUSAN MALAYSIA
5/6/2012
CYBERJAYA 4 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad
berkata, beliau tidak gentar jika pembangkang mahu mendedahkan
dokumen-dokumen kewangan kerajaan sepanjang 22 tahun pemerintahannya
sebagai Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang boleh
melakukan apa sahaja yang beliau suka dan membuka mana-mana dokumen
yang didakwa berlakunya skandal kewangan.
"Buatlah apa yang dia mahu, kalau nak buka dokumen sekarang pun
boleh, dulu masa Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) menjadi Perdana
Menteri pun, Kit Siang sudah bawa saya ke mahkamah melibatkan beberapa
kes yang mereka tidak puas hati.
"Saya tidak takut apa-apa pun, jika mereka nak dedah sekarang pun
boleh, tak perlu tunggu sehingga pembangkang memerintah," katanya pada
sidang akhbar selepas melancarkan KRU Academy di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Kit Siang bahawa
bekas Perdana Menteri keempat itu khuatir jika pembangkang mengambil
alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun
pemerintahannya bakal didedahkan.
Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam laporan sebuah portal berita hari
ini berkata, dakwaan tersebut dibuat ekoran tindakan Dr. Mahathir yang
akhir-akhir ini semakin agresif mengeluarkan kenyataan keras mengkritik
pembangkang.
Sementara itu, Dr. Mahathir mencadangkan kepada kerajaan supaya
mengubah sistem pembelajaran di semua institusi pengajian tinggi (IPT)
agar lebih komprehensif dan mampu mengeluarkan tenaga kerja
berkemahiran.
"Apa salahnya jika kita ubah untuk mendapatkan tenaga kerja yang
lebih berkemahiran, kita perlu memperbanyakkan praktikal daripada teori,
semua ini untuk mereka memperoleh pendedahan awal dalam kursus
masing-masing.
"Sebagai contoh di Jerman, mereka lebih mengutamakan praktikal
daripada teori dan mereka berjaya mengeluarkan tenaga kerja yang lebih
berkemahiran, jadi tidak salah jika kita mengadaptasinya di negara ini,"
katanya.
Terdahulu, Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul
Halim berkata, pihaknya yakin KRU Akademy mampu membentuk pelajar
berkualiti mengikut acuan dan kehendak semasa industri berkenaan.
"Sebagai permulaan, KRU Academy akan menumpukan kepada tiga program
kemahiran jangka pendek iaitu Kemahiran Kesan Khas Visual, Animasi 3D
dan Animasi 2D melibatkan 30 hingga 70 pelatih.
"Program ini dijangka bukan sekadar dapat menampung keperluan
industri kreatif dalam negara malah sehingga di peringkat Asia dan
global," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut.
KOMEN : KERJA LAIN TAK ADA, KOREK DAN FITNAH PASAL CERITA LAMA SEMATA-MATA NAK JATUHKAN ORANG LAIN... TUN DAH CABAR ADAKAH CINA RASIS NI BERANI MENYAHUT CABARAN... SIAPA BAPA KOMUNIS YANG LANCARKAN 13 MEI???
No comments:
Post a Comment