Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Showing posts with label COMANGO. Show all posts
Showing posts with label COMANGO. Show all posts
Monday, 23 November 2015
CELAH GELEGAR: 2014 Visit- Presiden Obama kata Malaysia akan maju...
CELAH GELEGAR: 2014 Visit- Presiden Obama kata Malaysia akan maju...: Apabila Presiden Obama dilapor mengatakan Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, beberapa per...
CELAH GELEGAR: Message To Obama! Our sovereignty and national pri...
CELAH GELEGAR: Message To Obama! Our sovereignty and national pri...: Lawatan Obama 2014 juga telah bertemu mereka, tahun ini pula (lawatan 2015). Obama sekali lagi bertemu dengan wakil-wakil pertubuhan sivil...
Monday, 26 January 2015
Jangan ‘tergagau-gagau’ ikut Barat – Rais - TAK PAYAH POPULER SANGATLAH..
26 Januari 2015 1:13 AM
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim diminta membuat kajian terlebih dulu tanpa ‘tergagau-gagau’ mengikut budaya barat untuk menjadikan perbuatan merotan anak suatu kesalahan jenayah.
Rais Yatim
Sambil menyuarakan rasa hairan dengan kenyataan menteri itu, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Rohani tidak perlu terlampau mahu mengikut perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan amalan itu sehingga mengabaikan sosiobudaya yang dipraktikkan institusi keluarga di negara ini dalam mengawal tingkah laku anak-anak.
“Merotan anak ini sebenarnya perbuatan yang selaras dengan sosio budaya kita atau sengaja beliau (Rohani) nak tiru apa yang terkandung dalam konvensyen PBB sehingga menampakkannya popular.
“Sekarang pun anak-anak susah dikawal budi pekertinya, kalau bapa sendiri tak boleh merotan sedikit atau memukul tangan anaknya, ini sudah melampau.
“Kalau tidak ikut konvensyen ini tidak mengapa, bukan satu kemestian sebab aspek-aspek hak kemanusiaan ini lebih besar, bukan terhad pada kanak-kanak sahaja...ada 11 lagi konvensyen, jika semua nak ikut tanpa disesuaikan dengan amalan sosio budaya kita, susah kita nanti,” kata beliau kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Rais yang juga pakar undang-undang dan perlembagaan Persekutuan meminta Rohani merujuk mereka yang pakar sebelum mahu menjadikan perbuatan merotan anak suatu kesalahan jenayah.
“Jangan ‘tergagau-gagau’ menjadikan perkara itu kesalahan jenayah hanya kerana nak mengikut konvensyen PBB yang seolah-olah ‘bapa meniru’ yang tampak tidak ikut budaya timur,” kata beliau.
Semalam, Rohani berkata, penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 yang baharu berhubung isu merotan suatu perbuatan jenayah itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Kata Rohani: “Walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita, namun kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.”
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-8216-tergagau-gagau-8217-ikut-barat-8211-rais-1.52551#sthash.j9v5geTx.dpuf
Batalkan cadangan larang rotan anak-anak
26 Januari 2015 1:14 AM
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diminta membatalkan cadangan agar tindakan merotan anak-anak dianggap sebagai kesalahan jenayah kerana larangan yang terkandung dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) turut mendapat tentangan di Sweden.
Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya telah mengenal pasti perkara itu berdasarkan pengalaman sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden tahun lalu bahawa beberapa pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibu bapa di negara itu turut menyatakan tidak bersetuju dengan larangan tersebut.
Katanya, larangan itu turut dikecam hebat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sweden, antaranya Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) dan The Stockholm Institute of Public and International Law.
“Ini jelas menunjukkan bahawa jika negara luar tidak sependapat tentang larangan itu, mengapa Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat di sini yang merotan anak untuk mendidik dan mendisiplinkan mereka.
“Kerajaan harus menyedari bahawa merotan bagi tujuan mendidik mempunyai maksud berbeza dengan mendera seperti ditafsir dalam CRC, mungkin menteri berkenaan terkhilaf dalam perkara ini dan belum terlambat untuk membetulkannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/batalkan-cadangan-larang-rotan-anak-anak-1.52560#sthash.DVaeO89U.dpuf
Guna kaedah sendiri didik generasi muda
26 Januari 2015 1:14 AM
Harussani Zakaria
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kerajaan diminta tidak terlalu mengikut kaedah atau sistem perundangan Barat dalam usaha melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di negara ini.
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, meskipun sistem perundangan di negara luar itu terbukti berkesan dalam mendidik generasi muda, tidak semestinya sesuai untuk diguna pakai di negara ini.
Katanya, pihak berkuasa perlu menggunakan kaedah tersendiri dalam mendidik generasi muda di negara ini kerana situasi dan budaya Malaysia dengan negara luar adalah berbeza.
“Saya tidak bersetuju sekiranya tindakan merotan anak menjadi satu kesalahan jenayah kerana hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa perintahkanlah anakmu mendirikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun.
“Sebagai orang Islam, kita sepatutnya akur dengan pesanan Nabi Muhammad ini kerana pasti ada hikmah, jangan sesekali kita menafikan dan mengagung-agungkan cara Barat melebihi cara Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberitahu, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Sementara itu Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, dalam Islam, sebatan merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih isteri dan anak-anak supaya melakukan sesuatu kewajipan.
Katanya, suami dibenarkan untuk memukul isteri bagi tujuan mendidik sahaja tanpa mencedera dan tidak menjatuhkan maruah isteri tetapi kaedah itu disifatkan sebagai senjata terakhir selepas semua jalan lain gagal iaitu dengan memberikan teguran serta mengasingkan tempat tidur.
Tambah beliau, kaedah yang sama turut diguna pakai sekiranya ibu bapa merotan anak-anak iaitu tidak boleh memukul mereka di tempat yang sama hingga memudaratkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guna-kaedah-sendiri-didik-generasi-muda-1.52559#sthash.RvjZqZp5.dpuf
Anak muda sekarang semakin liar – Hashim
Anak muda sekarang semakin liar – Hashim
26 Januari 2015 1:14 AM
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Keputusan tergesa-gesa kerajaan untuk menggubal rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah, boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang buruk pada negara.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, kerajaan harus melihat kesan dari pelbagai sudut sebelum meneruskan hasrat tersebut.
“Merotan sudah menjadi budaya dalam mendidik anak-anak, saya bimbang, jika rang undang-undang ini dilaksanakan, mereka akan menjadi lebih liar kerana rasa dilindungi dan tiada rasa takut untuk membuat salah.
“Mungkin kita tidak dapat melihat kesannya sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang, kadar jenayah mungkin akan meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Walau bagaimanapun, Hashim berkata, jika melihat dari sudut positif, penggubalan akta itu akan mengekang ibu bapa daripada sewenang-wenangnya memukul anak.
“Apa yang bagus adalah kita dapat mengelak daripada berlakunya merotan yang boleh membawa kepada penderaan.
“Merotan untuk mengajar adalah bagus, tetapi penderaan pula boleh memberi kesan kepada mental dan fizikal kanak-kanak yang belum kuat, tambahan pula dengan pengaruh dari pelbagai aspek masa kini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/anak-muda-sekarang-semakin-liar-8211-hashim-1.52565#sthash.PPEkbPAS.dpuf
Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah - PERLU KE CRC DIIKUTI ?
ZULKIFLI SAINUDDIN | 25 Januari 2015 1:58 AM
SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
“Walaupun merotan anak merupakan sebahagian budaya masyarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.
“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.
Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.
Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.
“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rotan-anak-bakal-jadi-kesalahan-jenayah-1.52107#sthash.jMTa5Z6S.dpuf
Kecederaan fizikal, emosi disabitkan jenayah
FARHANA JONI | 26 Januari 2015 1:14 AM
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi terhadap kanak-kanak menjadi satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda lebih tinggi.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan berkata, sebenarnya kesalahan itu turut digariskan dalam undang-undang sedia ada iaitu di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bagaimanapun katanya, undang-undang tersebut hanya mengenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
“Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat, kaunseling atau kursus keibubapaan.
“Adalah ditegaskan bahawa peruntukan yang dicadangkan dalam rang undang-undang kanak-kanak baharu nanti bukanlah bermaksud setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah. Hanya perlakuan merotan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh dikategorikan dalam melakukan kesalahan jenayah,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi mengulas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bahawa tindakan merotan anak akan menjadi kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Kata kenyataan itu, kementerian akan meneliti empat perkara dalam cadangan tersebut iaitu:
- Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC);
- Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);
- Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion;
- Peruntukan baharu tentang pelaksanaan deinstitutionalisation.
Dalam masa yang sama, ketika ini, menurut kenyataan tersebut, Seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah.
“Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC, kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut,’’ jelas kenyataan tersebut.
Kata kenyataan itu, kementerian juga akan meneruskan tradisi amalan perundingan secara berterusan bersama-sama semua pihak berkepentingan dalam penggubalan undang-undang baharu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kecederaan-fizikal-emosi-disabitkan-jenayah-1.52568#sthash.h4CyHqCn.dpuf
Wednesday, 21 May 2014
Memurni semula gerakan hak asasi
Oleh Azril Mohd. Amin

Penyokong hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyertai demonstrasi sempena Hari Antarabangsa Menentang Homofobia dan Transfobia di Queretaro, utara Mexico, pada 17 Mei lalu. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140521/re_01/Memurni-semula-gerakan-hak-asasi#ixzz32JPXlL00 © Utusan Melayu (M) Bhd

Penyokong hak-hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyertai demonstrasi sempena Hari Antarabangsa Menentang Homofobia dan Transfobia di Queretaro, utara Mexico, pada 17 Mei lalu. - REUTERS
DALAM ucapannya semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 13 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan betapa pemikiran dan fahaman humanrightisme kini menjadi ancaman atau serangan baru yang agresif terhadap umat Islam.
Apabila menyentuh isu hak asasi manusia, pastinya beliau mahu menyuntik perspektif baru sesuai dengan wadah seumpama majlis tilawah apabila ramai dalam kalangan audiens mentaddabur isi kandungan al-Quran sebagai panduan kepada umat manusia memecahkan pelbagai masalah yang melanda kemanusiaan, termasuklah tuntutan hak asasi manusia yang semakin rumit dan menjadi kontroversi akibat penyelewengan fahaman tersebut.
Kandungan ucapan Perdana Menteri harus disambut dengan baik oleh kerana penzahiran hasrat dan komitmen Kerajaan Pusat memperbaiki keadaan hak asasi manusia tampak terus diusahakan selagi tidak bercanggah dengan kedaulatan Islam menurut fasal 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan nilai-nilai kesederhanaan di dalam budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Sementara kita boleh menerima prinsip-prinsip tertentu hak asasi manusia, khususnya yang disaring melalui sumber-sumber muktabar hukum Islam, isu yang perlu diwaspadai adalah fahaman humanrightisme suatu bentuk agama sekular baru yang sudah mulai berkembang pesat di dalam negara akibat kesan langsung lobi gerakan hak asasi manusia liberal-sekular di luar negara.
Fahaman ini yang berasaskan pemikiran humanisme, sekularisme dan liberalisme, bersifat songsang sementelah ia mengagung-agungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata, serta menolak sebarang sistem nilai merangkumi norma agama dan adab-susila.
Kesan fahaman ini terjelma dengan jelas, sebagai contoh, di dalam kontroversi tuntutan-tuntutan batil Comango semasa sesi Semakan Berkala Sejagat di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva tahun lepas.
Pengkagum-pengkagum hak asasi manusia yang taksub serta masih tidak sedar tentang ancaman fahaman humanrightisme ini seharusnya terlebih dahulu membaca karya sarjana Barat, Anthony Julius, The Trials of the Diaspora (2010) yang menggunakan istilah fahaman humanrightisme tersebut untuk mendedahkan bahaya ketaksuban hak asasi manusia sebagai agama sekular baru - the new secular religion.
Beliau menulis, A human rights discourse now dominates politics; there is a powerful human rights movement. It is the new secular religion of our time. This new human rights-ism accords great value to the United Nations - notwithstanding its inability to enforce its decisions, and its refusal to make practical demands of its members to be democratic or respect the human rights of their citizens."
Bukan sahaja wacana fahaman berbahaya ini sudah mendominasi politik dalam kalangan masyarakat dunia, malah memberikan nilai terhadap fungsi serta peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang pada hakikatnya menjadi semakin tidak berkesan.
Malah Tan Sri Razali Ismail seorang diplomat ulung negara yang pernah menjawat kedudukan presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) 1996-1997 menyatakan kekecewaannya dengan kegagalan badan dunia tersebut semasa melancarkan karya penulisan beliau bertajuk A UN chronicle: 1988-1998 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Wisma Putra pada 30 April lalu.
Beliau turut menggesa usahasama kerajaan dan masyarakat awam untuk memperbaiki PBB yang telah terjerumus ke dalam isu pembaziran masa dan wang akibat siri perhimpunan yang berlangsung tanpa resolusi yang mantap dan berkesan di dalam menyelesaikan isu-isu global.
Jika kritikan Razali dilihat sebagai desakan berterusan tokoh-tokoh dunia untuk memperbaiki PBB, maka amaran Najib tentang bahaya fahaman humanrightisme merupakan peringatan agar fahaman tersebut tidak kekal mendominasi dan merosakkan niat dan tujuan asal Perisytiharan Hak Asasi Manusia PBB 1948 yang sepatutnya memperkukuh tiang kewujudan PBB demi kemaslahatan tamadun manusia.
Malah, kegagalan PBB terus mendapat kritikan sarjana mutakhir Barat, seperti yang dinyatakan di dalam karya Stephen Hopgood "The Endtimes of Human Rights" (2013) yang mengkritik kegagalan rejim kontemporari hak asasi manusia.
Menurut Stephen Hopgood "Whether it is the increase in deadly attacks on aid workers, the torture and 'disappearing' of al-Qaeda suspects by American officials, the flouting of international law by states such as Sri Lanka and Sudan, or the shambles of the Khmer Rouge tribunal in Phnom Penh, the prospect of one world under secular human rights law is receding. What seemed like a dawn is in fact a sunset. The foundations of universal liberal norms and global governance are crumbling."
Kegagalan fahaman liberal-sekular yang mendominasi gerakan hak asasi manusia menzahirkan kewujudan pelbagai tuntutan hak asasi manusia tidak munasabah yang menghakis kedaulatan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang terhasil ialah tuntutan-tuntutan untuk membenarkan gejala murtad berleluasa, desakan penghapusan kedudukan istimewa bumiputera di dalam fasal 153 Perlembagaan Persekutuan, desakan pengiktirafan hak-hak LGBT yang menjurus ke arah hak perkahwinan sejenis, tuntutan menghapuskan institusi Islam seperti Mahkamah Syariah, majlis-majlis agama Islam dan jabatan-jabatan agama Islam serta beberapa tuntutan kontroversi lain yang mencabar kedaulatan negara.
Oleh yang demikian fahaman humanrightisme tidak boleh dibiarkan terus bermaharajalela sebagai suatu agama di dalam horizon gerakan hak asasi manusia.
Malah, jika para sarjana Barat sendiri sudah mulai sangsi serta mengecam ideologi liberal-sekular hak asasi manusia, mengapa masih wujud pentaksub-pentaksub di Malaysia yang ghairah menjunjung fahaman hak asasi manusia berkerangka Barat yang sesat dan akhirnya mahu menghancurkan tamadun manusia?
Sebaliknya, agenda yang memurnikan kembali gerakan hak asasi manusia perlu dipelopori negara seperti Malaysia serta dilakukan secara berhikmah, strategik dan bersepadu seperti melalui Suruhanjaya Tetap Bebas OIC mengenai Hak Asasi Manusia yang ditubuhkan pada 2011. Dari sejumlah 18 negara yang menganggotai Suruhanjaya tersebut, Turki dan Malaysia dilihat sebagai sangat berpotensi untuk memimpin artikulasi bagi mengetengahkan matlamat syariat Islam tentang hak asasi manusia.
Penulis percaya bahawa seruan Najib bukanlah mengarah kepada membawa Malaysia daripada PBB sebagai jalan penyelesaian mendepani fahaman humanrightisme ini.
Mesej yang ingin dibawa adakah kita mahu terus menerima prinsip-prinsip hak asasi manusia mengikut fahaman liberal-sekular Barat atau memilih untuk mencorak sendiri fahaman hak asasi manusia menurut pandangan alam Islam dan tamadun yang tidak bercanggah fitrah kemanusiaan?
Prinsip-prinsip hak asasi manusia perlu dilaksanakan di dalam kerangka maqasid syariah, yang merupakan seumpama tembok yang sifatnya menjadi pemelihara dan penjamin kesejahteraan hidup manusia, bukan fahaman liberal-sekular yang bernama humanrightisme yang sekadar bermatlamat membuka pintu kebebasan nafsu manusia yang tiada berpenghujung.
PENULIS ialah seorang peguam, dan mengetuai MuslimUPRo, iaitu delegasi Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan ke Semakan Berkala Sejagat di Geneva, Switzerland.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140521/re_01/Memurni-semula-gerakan-hak-asasi#ixzz32JPXlL00 © Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 31 March 2014
LGBT: Jangan undang bala Allah
NASHARUDIN MAT ISA
SESI pembentangan Malaysia dalam proses semakan berkala (UPR) di Geneva telah berlalu. Proses seterusnya adalah dijangkakan pada tahun 2017. Alhamdulillah, kerajaan Malaysia telah menyatakan maklum balas yang cukup meyakinkan khasnya dalam mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, selain dengan jelas menolak cadangan beberapa buah negara anggota supaya Malaysia menandatangani beberapa perjanjian (covenant) antarabangsa dan juga mengiktiraf hak-hak LGBT (singkatan bagi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antara negara yang terang-terang meminta supaya Malaysia mengiktiraf LGBT ialah Belanda, Kanada dan Argentina, selain itu juga bebebarapa buah NGO luar dan dalam negara mendesak agar Malaysia dan kerajaannya mengiktiraf golongan-golongan pengamal seks songsang ini melalui kenyataan-kenyataan seperti "
regrets Malaysia rejection of all recommendations related to sexual orientation and gender identity. Carnal intercourse against the order of nature is punished with imprisonment and whipping
Criminalisation of same sex conduct encourages and reinforces intolerance, abuse, discrimination and marginalisation - leading to an overall destabilisation of society
"
Walaupun pendirian Malaysia sudah jelas dalam hal yang berkaitan dengan LGBT, namun pihak Comango masih belum berdiam diri. Pada 21 Mac 2014, iaitu sehari selepas Malaysia membentangkan pendiriannya di HRC, pihak Comango telah mengadakan satu acara sampingan di Geneva. Antara yang berucap ialah wakil penganjur Seksualiti Merdeka, Thilaga Sulathireh, yang menyentuh isu LGBT ini secara terbuka malah menuduh pihak polis dan pihak berkuasa agama bertindak ganas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Thilaga memanipulasi isu ini apabila menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama dengan perbuatan mendiskriminasi golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini, dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis.
Pihak Comango dalam laporan mereka kepada proses kedua UPR Malaysia, dengan jelas menyatakan tuntutan mereka tentang hak LGBT yang mana mereka menyatakan bahawa Malaysia refuses to recognise SOGI rights as human rights. Lesbians, bisexuals, gays, transgendered, inter-sexed and queer persons (LGBTIQ) are vilified, faced violence..." dengan memetik insiden-insiden seperti serbuan terhadap sebuah pusat mengurut yang menawarkan khidmat kepada golongan songsang ini, selain menuntut agar Malaysia mengkaji, meminda dan memansuhkan undang-undangnya agar mematuhi prinsip-prinsip Yogyakarta. Tindakan ini juga selari dengan tekanan-tekanan antarabangsa di UPR yang mengesyorkan agar Malaysia memulakan proses memansuhkan elemen-elemen perundangan Seksyen 377A, Seksyen 377B, dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang menyifatkan amalan seks di luar tabii itu sebagai perbuatan jenayah.
Saya percaya bahawa umumnya, masyarakat kini telah terdedah dan mengetahui akan polemik serta ancaman tuntutan hak asasi manusia yang dibawa oleh Comango pada sesi UPR Malaysia yang kedua ini (sesi pertama telah diadakan pada 2009). Namun mungkin juga terdapat pertanyaan dalam kalangan masyarakat tentang apakah itu LGBT, SOGI dan kini, Prinsip Yogyakarta?
Kesinambungan kepada LGBT ini, telah wujud dasar SOGI (Sexual Orientation and Gender Identity) yang memperjuangkan kebebasan bagi mereka yang mengamalkan perhubungan seks songsang, semuanya di atas nama hak asasi manusia.
Bagi kelangsungan perjuangan mereka, suatu pertemuan kumpulan-kumpulan pakar hak asasi manusia telah diadakan di Yogyakarta pada 2006. Menurut mereka, sebagai suatu bentuk respons terhadap apa yang dirasakan sebagai pola penderaan dan penindasan terhadap golongan ini, maka diilhamkan Prinsip Yogyakarta 2006. Di dalamnya terkandung prinsip-prinsip hak asasi manusia yang bersifat sejagat, mematuhi dan menuruti piawaian undang-undang antarabangsa yang mana kesemua negara di dunia ini harus patuhi.
Setakat kini, dalam kerancakan dunia mencanang penerimaan budaya seks songsang ini sebagai satu bentuk hak asasi manusia, tinggal 76 negara sahaja yang tidak mengiktiraf homoseksualiti dan mengkategorikannya sebagai unsur jenayah.
Umat Islam di dunia kini, yang mengakui beriman kepada Allah dan berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah, seharusnya menentang gerakan untuk membenarkan, mengiktiraf dan mempromosikan kegiatan mungkar ini. Malahan, penentangan ini juga tidak terhad kepada agama Islam memandangkan tidak wujud mana-mana agama lain yang mengiktiraf budaya dan kelakuan homoseksual ini.
Akhir tahun lalu, Mahkamah India telah menarik kembali pengiktirafannya terhadap LGBT dan penentangan ini bukan sahaja terdiri daripada umat Islam, bahkan juga penganut Hindu, Kristian berserta aktivis-aktivis lain. Keputusan yang sama juga dilihat di Australia. Keputusan-keputusan sebegini memberi harapan bahawasanya masih wujud nilai-nilai moral di negara-negara lain selain polemik yang timbul dalam kalangan mereka sendiri apabila aktivis-aktivis hak asasi manusia ini mahukan hak perlakuan beastiality (hubungan intim bersama haiwan seperti anjing dan kambing) seperti yang diperjuangkan oleh sebuah organisasi bernama Equality For All (EFA). Polemik juga timbul ekoran keputusan senat Amerika meluluskan undang-undang membenarkan askar-askarnya untuk bukan sahaja berperilaku homoseksual tetapi beastiality juga.
Merujuk kepada al-Quran sendiri dan pendirian Islam terhadap seks luar tabii, Allah telah menerangkan akan laknat-Nya terhadap kaum Nabi Lut (a.s) yang melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk (homoseksual), yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum sebelum itu dalam Surah al-Ankabut, ayat 28-29.
Kisah kehancuran kaum Nabi Luth a.s ini juga telah dimaktubkan dalam al-Quran (Surah Hud, ayat 82) yang berbunyi: Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."
Persoalannya, adakah sanggup bagi seseorang Muslim untuk kita menidakkan perintah Allah SWT setelah datangnya peringatan daripada Rasulullah SAW, dan adakah kita lebih gagah daripada kaum Nabi Luth a.s? Di sini, saya amat tertarik dengan kenyataan seorang pendakwah terkenal iaitu Mufti Ismail Menk, dalam satu ceramahnya, telah menyatakan bahawa jika umat terdahulu melakukan satu jenis kemungkaran atau kemaksiatan, namun umat masa kini seperti berlumba-lumba melakukan kesemua kemungkaran dan kemaksiatan yang telah dinyatakan dalam al-Quran. Sesungguhnya, Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang berbunyi, Dari Jabir r.a., Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku ialah perbuatan kaum Luth." (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Dalam hal ini, adalah amat wajar bagi umat Islam, dalam melaksanakan kewajiban al-amr maruf nahi munkar, selain bangkit untuk menentang gerakan fahaman hak asasi manusia yang bersifat sekular ini secara ilmiah, untuk juga mengamalkan pendekatan prinsip Sad al Zaraie dalam fiqh Islam (yakni menutup jalan yang boleh membawa keburukan).
Melihat kepada konteks ini, kita amat berterima kasih di atas usaha-usaha pihak kerajaan dan juga masyarakat setempat (baik persatuan guru dan lain-lain) dalam usaha mendidik para guru dan ibu bapa mengenal pasti anak-anak yang cenderung ke arah tersebut, selain usaha mendekati dan memulihkan golongan yang terjerumus dalam kancah seks songsang.
Antara cadangan usaha itu ialah diwujudkan dana untuk tujuan kaji selidik mengenal pasti dan mencegah fahaman luar tabii selain menyekat penularan budaya mempromosikan budaya lelaki menjadi perempuan dan seangkatannya, yang kian hari kian galak dilakukan.
Selain itu, kita berharap dengan adanya kerjasama yang erat antara pihak-pihak yang prihatin, dapat dibentuk sebuah gerak kerja mantap dalam menyelidiki dan seterusnya menentang serta mencegah penularan fahaman-fahaman atas hak asasi manusia yang dikatakan sebagai agama sekular dunia moden, yang mengancam nilai-nilai agama, secara ilmiah dan bersepadu. Ini kerana, pada hemat saya, kita amat bernasib baik pada kali ini selain usaha-usaha ini juga tidak akan terhenti di sini, sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur." (Surah Al- Araf; ayat 16-17).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140330/re_09/LGBT-Jangan-undang-bala-Allah#ixzz2xVopwj6B © Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 28 March 2014
tun faisal dot com: Terkini #AntiCOMANGO : CENTHRA kumpul cendekiawan,...
tun faisal dot com: Terkini #AntiCOMANGO : CENTHRA kumpul cendekiawan,...: Siapa anda? Siapa MEREKA? Tuntutan mereka... MuslimUPRo tubuhkan CENTHRA, fokus isu Islam dan Hak Asasi Manusia March...Monday, 24 March 2014
MUSLIMUPRO - Warkah Geneva: Berkat doa, kesatuan
Oleh NASHARUDIN MAT ISA
Dari Avenue Louis-Casai, Cointrin, Geneva, Switzerland.
SUDAH hampir seminggu saya berada di Geneva bersama-sama dengan anggota delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) seramai enam orang. Seperti yang kita sedia maklum, MuslimUPRo merupakan gabungan NGO-NGO Islam yang bersama-sama bangkit untuk membantah pihak Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango), dan dalam masa yang sama berusaha melibatkan diri dalam Proses Semakan Berkala (UPR) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui konsultasi dan memberikan pandangan dan saranan kepada pihak Kerajaan Malaysia.
Kami hadir untuk melihat sendiri proses penerimaan muktamad oleh wakil Kerajaan Malaysia terhadap saranan yang telah dibuat oleh negara-negara anggota PBB melalui proses tersebut. Daripada sejumlah 232 syor yang dikemukakan pada Oktober 2013, iaitu sebanyak 113 syor kesemuanya, 21 syor secara prinsipnya diterima, manakala 83 lagi ditolak.
Setelah sekian waktu pihak MuslimUPRo mengadakan beberapa siri kempen dan penerangan di seluruh negara, dengan di akhiri melalui Seminar Hak Asasi Manusia yang dianjurkan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia baru-baru ini.
Pihak kami juga telah turut mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak kerajaan dan saban hari mengharapkan agar kerajaan tidak akan tunduk kepada tuntutan pihak Comango yang jelas cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan, mempertikai kedudukan Islam dan juga mempromosi budaya songsang seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
MuslimUPRo ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah dan syabas kepada kerajaan Malaysia yang telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia berdasarkan syor-syor negara-negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia. Penerimaan muktamad Malaysia telah pun dinyatakan di dalam dokumen rasmi PBB rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014.
Pendirian Malaysia ini yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad pada 20 Mac 2014, bagi saya adalah satu manifestasi tepat yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah dan komitmen Malaysia terhadap usaha untuk memperbaiki tahap dan keadaan hak asasi manusia di negara ini, tanpa berkompromi dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan realiti sejarah, agama dan budaya negara.
Syukur alhamdulillah kerana semua ini dapat berlaku berkat doa dan munajat yang tidak putus-putus daripada rakyat Malaysia beragama Islam yang prihatin dan sedar bahawa ancaman terhadap agama kita sedang berlaku.
Menghentam
Tidak cukup dengan usaha dari dalam, negara kita cuba diheret sehingga ke pentas antarabangsa untuk akur dan menerima norma-norma Barat yang asing daripada agama dan budaya kita. Kita harus terus berdoa dan melakukan sesuatu dalam isu ini kerana usaha mereka yang memusuhi agama kita ini tidak terhenti setakat proses UPR yang kedua ini.
Pihak MuslimUPRo menjangkakan proses UPR yang ketiga yang dijadualkan pada 2017 nanti pastinya akan lebih hebat dan mencabar. Sudah tentu pihak Comango khasnya akan meneruskan kempen jahat mereka yang melanggar prinsip dan amalan agama Islam. Malah acara sampingan yang mereka anjurkan di Geneva ini pun telah mula mereka jadikan medan untuk menghentam kerajaan Malaysia dan masih berterusan membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh menggugat agama Islam di negara kita.
Agenda Comango tidak terhenti setakat proses UPR. Pentas yang mereka gunakan juga bukan sekadar PBB. Mereka telah mengadakan lobi di sana sini. Dengan sokongan dan dana yang mereka perolehi dari luar negara khasnya, usaha mereka akan terus mereka gerakkan untuk memaksa negara kita menerima kesesatan dan kebatilan perjuangan mereka yang kononnya dilakukan atas prinsip hak asasi manusia!
Satu perkara yang hendak saya ketengahkan di sini ialah, walaupun yang diperjuangkan oleh Comango itu adalah sesuatu yang batil dan bercanggah dengan kehendak agama dan budaya, tetapi kerana mereka itu bersatu, maka suara mereka sampai ke pentas antarabangsa.
Mereka kelihatan kuat walaupun jumlah mereka bukanlah begitu ramai mana pun, tetapi mereka berupaya mengumpul tenaga dan kekuatan yang sedikit itu untuk memperjuangkan suara kebatilan mereka.
Dengan demikian, inilah masa yang terbaik bagi umat Islam negara ini untuk sama-sama sedar dan insaf, bermuhasabah dan bangkit sebagai satu saff yang kukuh, ibarat batu-batu yang diikat kemas dan rapi sebagaimana yang Allah jelaskan dalam Surah as-Saff ayat 4. Marilah kita renungkan bersama - bagaimana jika kumpulan yang batil ini boleh bangkit dan berjuang, kenapa tidak kita sebagai umat Islam yang sudah disebut Allah SWT sebagai khaira ummah ukhrijat lillnas (sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia) tidak mampu untuk bergabung tenaga dan bermuafakat mempertahankan dan memperjuangkan agama ini pada tahap paling maksimum yang kita mampu?
Saya amat yakin, apa yang telah kita capai di Geneva kali ini adalah berkat daripada doa orang ramai, penyatuan gerak kerja dalam kalangan NGO-NGO Islam dan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan, maka kita dikurniakan Allah SWT dengan keputusan yang saya anggap sebagai satu kemenangan untuk Islam di negara kita.
Ada banyak lagi isu di hadapan kita yang memerlukan kesepakatan dan perpaduan di kalangan umat Islam. Kenapa tidak dalam hal yang berkaitan dengan mempertahankan agama, kita berpegang pada perintah Allah SWT ...inna hazihi ummatukum ummatan wahidah... (sesungguhnya inilah dia umat kamu... umat yang satu). Kekuatan kita adalah pada kesepakatan dan perpaduan yang jitu selaku umat yang satu.
MuslimUPRo sedang merancang beberapa strategi untuk berdepan dengan cabaran mendatang khasnya dalam isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Antaranya ialah penubuhan sebuah pusat kecemerlangan ilmu hak asasi manusia. Kita bukan anti kepada tuntutan hak asasi tetapi ia mestilah dalam kerangka agama, budaya dan perundangan negara.
Menarik juga untuk dinukilkan di sini, ketika kami di Geneva ini, di mana sahaja kami pergi, sama ada di restoran, kedai buku, di tempat penginapan malah di dalam bas pun, apabila kami ditegur; kamu semua dari mana," lalu kami jawab dari Malaysia," spontan sahaja kalimah yang akan diungkapkan kepada kami ialah we are all praying for the safety of the aircraft".
Benar, dua topik besar yang saban hari menjadi tajuk utama dalam media di sini ialah isu kehilangan pesawat MH370 dan perkembangan politik di Rusia dan Ukraine.
Rakyat asing di sini merakam tahniah kepada usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan kukuh dan kerjasama erat 26 negara yang terus-menerus berusaha untuk mencari pesawat tersebut. Yang menarik bagi saya adalah ungkapan we are all praying for the safety of the aircraft".
Sekali lagi, dalam suasana yang sedang kita hadapi ini, sebagai hamba Allah SWT, doa ialah senjata orang mukmin yang paling ampuh yang mampu kita tadahkan tangan agar usaha pencarian ini akan terjawab segera.
Islam mengajar kita bahawa di antara mereka yang mustajab doanya insya-Allah ialah doa orang yang sedang bermusafir. Di sini kami juga turut mendoakan dipermudahkan Allah SWT agar usaha pencarian pesawat ini berjaya dan kami juga bermohon agar Allah SWT memelihara negara kita daripada sebarang ancaman pihak-pihak yang merancang untuk menghancurkan Islam, keharmonian dan kemakmuran negara kita.
Amin Ya Rabb al alamin.
* PENULIS ialah Ahli Jawatankuasa MuslimUPRo.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140323/re_02/Warkah-Geneva-Berkat-doa-kesatuan#ixzz2wqluMIeS © Utusan Melayu (M) Bhd
Penolakan tuntutan Comango bukti komitmen Malaysia
KUALA LUMPUR 21 Mac - Ketegasan kerajaan mempertahankan Islam dengan menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland semalam adalah manifestasi Malaysia sebuah negara Islam contoh yang mengamalkan kesederhanaan berdasarkan prinsip wasatiyyah.
Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, pendirian kerajaan Malaysia itu juga menunjukkan komitmen terhadap usaha memperbaiki kedudukan hak asasi manusia di negara ini tanpa berkompromi dengan tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, realiti sejarah, agama dan budaya negara.
"Namun, ini bukanlah penamat kepada serangan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) terhadap Islam. Ini adalah permulaan kepada keperluan pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) dan pihak kerajaan untuk lebih berusaha memperkukuhkan kekuatan bagi menghadapi serangan mereka.
"Saya yakin pihak Comango akan bertindak lebih agresif selepas ini untuk meneruskan agenda mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semasa sesi penerimaan muktamad laporan mengenai hak asasi manusia terhadap Malaysia di Geneva semalam, daripada 232 syor yang dikemukakan kepada Malaysia, kerajaan menerima sepenuhnya sebanyak 113 syor dan 21 diterima secara prinsip manakala sebanyak 83 syor ditolak.
Kebanyakan syor yang ditolak ialah yang dihantar oleh Comango semasa sesi pusingan kedua proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 24 Oktober 2013 termasuk tuntutan supaya kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah seperti aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Nasharudin yang kini bersama delegasi MuslimUPRo berada di Geneva berkata, apabila pulang ke Malaysia nanti, pihaknya akan membuat persiapan bagi menghadapi serangan-serangan berterusan daripada Comango yang dijangka sehingga proses Semakan Berkala Sejagat seterusnya pada 2017.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140322/dn_14/Penolakan-tuntutan-Comango-bukti-komitmen-Malaysia#ixzz2wqB5okeW © Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 20 March 2014
Jati tiada kepentingan sokong delegasi MuslimUPRo
KUALA LUMPUR 17 Mac - Inisiatif berterusan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) memerangi tuntutan yang mengancam kedaulatan Islam bukan didorong oleh kepentingan peribadi atau bersifat sempit.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, inisiatif itu merupakan kesedaran yang begitu mendalam untuk melihat negara ini tidak dijadikan gelanggang menyebarluaskan fahaman liberalisme.
Menurut beliau, hal itu demikian kerana di dalam fahaman berkenaan terdapatnya gerakan menghalalkan perlakuan yang mengetepikan prinsip-prinsip kemanusiaan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Kita melihat peranan dan sumbangan MuslimUPRo dan sahabat-sahabat lain sebagai penting, terutama dalam konteks umat Islam sedang diasak secara bertubi-tubi oleh fahaman hedonisme yang memberi ruang luas kepada penularan budaya nafsu syahwat.
"Peristiwa yang berlaku di Bukit Jalil (konsert antarabangsa) hujung minggu lalu boleh dijadikan bukti nyata aliran hedonisme begitu bertenaga hingga tidak dapat dibendung lagi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
MuslimUPRo berlepas ke Geneva semalam bagi memantau sesi penerimaan muktamad di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pada 24 Oktober lalu, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menjalankan pusingan kedua proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia berdasarkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Antara tuntutan itu ialah hak kebebasan orientasi seks, LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.
Hasan memberitahu, tinjauan oleh Jati terhadap pihak yang menganjurkan program-program pembinaan sahsiah dan jati diri melibatkan golongan remaja mendapati fahaman liberalisme, pluralisme dan hedonisme berpunca daripada kegersangan amalan agama dalam kalangan golongan tersebut.
"Jelas kelihatan pelajar dan golongan remaja tidak mempunyai kemampuan untuk mempraktikkan asas tuntutan agama seperti solat yang sepatutnya menjadi alat pertahanan diri pertama dan utama dalam berdepan segala bentuk kemungkaran," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_21/Jati-tiada-kepentingan-sokong-delegasi-MuslimUPRo#ixzz2wT3rAwlX © Utusan Melayu (M) Bhd
Usaha Comango zahir sifat hipokrit
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 17 Mac - Usaha berterusan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) membuat pelbagai tuntutan berhubung hak asasi manusia menzahirkan sifat hipokrit pertubuhan tidak berdaftar itu yang sengaja menyembunyikan hakikat kedudukan Islam di negara ini.
Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) ke Geneva, Switzerland, Azril Mohd. Amin berkata, kedudukan itu dijamin di bawah Fasal 3(1) Perlembagaan Persekutuan namun tidak sesekali mengizinkan agama-agama lain ditindas.
Menurutnya, terdapat pelbagai bukti mengenai keharmonian beragama yang dijamin untuk penganut agama bukan Islam di negara ini berbanding negara-negara Islam lain.
"Kerajaan membenarkan pembinaan rumah ibadat bukan Islam mengikut peraturan sedia ada, perayaan-perayaan keagamaan, malah di peringkat nasional dan peruntukan kewangan diberikan kepada kumpulan keagamaan untuk menjalankan kegiatan mereka menurut Perlembagaan Persekutuan.
"Ternyata dakwaan-dakwaan yang ditujukan terhadap kerajaan sebenarnya merupakan situasi-situasi hak asasi manusia yang sengaja dimanipulasi dan digembar-gemburkan pihak Comango atas sebab iri hati terhadap kejayaan Malaysia mengurus hubungan antara agama secara baik semenjak berpuluh tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azril memberitahu, oleh kerana ketaksuban mereka terhadap fahaman hak asasi manusia yang berlatarbelakangkan nilai liberal-sekular, Comango memainkan api permusuhan antara agama.
Malah jelasnya, kebanyakan daripada kalangan aktivis Comango bukannya penganut agama yang komited.
"Mereka sekadar menggunakan nama pertubuhan-pertubuhan agama bukan Islam di negara ini untuk menjustifikasi perjuangan mereka di pentas-pentas antarabangsa bagi menzahirkan kehebatan mereka menjuarai isu hak asasi manusia.
"Hanya apabila mereka berjaya mewujudkan situasi-situasi palsu 'pelanggaran hak asasi manusia' tersebut, khususnya di Malaysia, maka mereka mempunyai alasan kukuh untuk mendapat dana daripada penaja-penaja asing yang sememangnya beragenda jahat dan hasad terhadap kedaulatan dan kesejahteraan negara," tegasnya.
Katanya, menyedari cabaran seumpama ini, MuslimUPRo sentiasa memberi tumpuan terhadap sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) untuk menjelaskan keadaan sebenar rekod dan pencapaian hak asasi manusia.
"Kami juga sedar dan berwaspada tentang tindakan manipulasi yang telah dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia liberal-sekular, khususnya yang bergabung atas nama Comango.
"Comango telah mengemukakan tuntutan-tuntutan kontroversi dan tidak berasas yang mencabar kesucian Islam di Malaysia dan kedaulatan undang-undang serta menghakis prinsip kesopanan dan kesusilaan di dalam Rukun Negara," jelasnya.
Beliau berkata, secara khusus, terdapat enam tuntutan kontroversi yang bersifat biadab dan ditolak kesemua NGO Islam melalui kesepakatan gabungan delegasi ke Geneva, MuslimUPRo.
Oleh itu, pihaknya mengajak NGO-NGO Islam menyertai penegasan MuslimUPRo dalam menolak tuntutan-tuntutan kontroversi Comango.
"Hakikatnya, fahaman liberal-sekular yang dianuti Comango sangat bahaya kepada kedaulatan negara dan umat Islam khususnya dalam jangka masa panjang oleh kerana melibatkan perkara-perkata asas akidah, syariah dan akhlak umat Islam," tambahnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140318/dn_20/Usaha-Comango-zahir-sifat-hipokrit#ixzz2wSxmMEAk © Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 17 March 2014
Pahang sokong pihak bantah Comango - Adnan Yaakob
KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan negeri Pahang akan memberi apa sahaja bantuan dan sokongan kepada mana-mana pihak yang menentang tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, menjadi keutamaan pihaknya ialah delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) yang berlepas ke Geneva, Switzerland awal pagi esok bagi memantau sesi penerimaan muktamad Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, turut diberi bantuan dan sokongan ialah mereka yang menggerakkan kempen penerangan kepada masyarakat berhubung tuntutan berbahaya pertubuhan tersebut yang jelas bertentangan dengan tabii manusia.
"Saya tidak akan sebut apa yang kita buat tetapi mana-mana kumpulan yang datang berjumpa untuk minta bantuan melawan Comango pergi ke Geneva atau berkempen bagi menerangkan hal Comango, kita akan beri sokongan.
"Kita mahu semua pihak jangan berdiam diri jika ada kenyataan bercanggah daripada Comango ini, gunakanlah apa sahaja untuk melawan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Wacana Pendidikan Yayasan Pahang di sini hari ini.
Wacana tersebut dianjurkan yayasan berkenaan dan Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (Mampan) dengan topik perbincangan bertajuk: 'Comango, Impak terhadap Perpaduan dan Keamanan Negara'.
Resolusi yang dicapai dalam wacana itu diserahkan kepada Adnan sebagai suara mahasiswa untuk tindakan kerajaan negeri Pahang supaya tidak tunduk kepada desakan Comango.
Dalam pada itu, Adnan berkata, mahasiswa yang mewakili golongan berfikiran matang perlu sedar tuntutan dan desakan Comango itu tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan selain cuba mengelirukan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata.
"Sebagai mahasiswa, anda perlu sedar ini bukanlah isu politik tetapi isu perpaduan dan keamanan negara.
"Anak-anak perlu bangkit kerana masa depan negara bergantung kepada pemuda hari ini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140316/dn_27/Pahang--sokong-pihak-bantah-Comango---Adnan-Yaakob#ixzz2wBkO8sQt © Utusan Melayu (M) Bhd
Suaram dan Aliran dakwa sudah serah laporan kepada PBB
KUALA LUMPUR 14 Mac - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Aliran, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan hak asasi manusia di Malaysia terus bermain api mengenai sensitiviti agama Islam apabila mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menyerahkan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai tekanan dan ancaman yang diterima penganut Kristian dan minoriti agama lain di negara ini.
Dalam satu kenyataan bersama, Suaram dan Aliran dalam laporan itu menyatakan bahawa, beberapa pertubuhan Islam di negara ini secara sewenang-wenangnya mengancam hak rakyat Malaysia yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk bebas mengamalkan kepercayaan beragama yang dipilih.
Kedua-dua pertubuhan itu mendakwa mereka menyerahkan laporan rasmi itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon dan ekoran itu pejabat beliau kini telah mengedarkan laporan itu untuk diberi perhatian pada Sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB ke-25 di Geneva bulan ini.
Pertubuhan itu mendakwa mereka telah mengemukakan senarai contoh terperinci bentuk penganiayaan dan sikap tidak bertoleransi yang berterusan dihadapi oleh minoriti agama di Malaysia khususnya penganut Kristian yang merangkumi hampir 10 peratus daripada jumlah populasi di negara ini.
"Laporan Suaram dan Aliran turut menyenaraikan contoh lain sikap tidak toleransi agama dan ekstremisme seperti pengharaman ajaran Syiah di Malaysia serta merujuk laporan media tentang bagaimana sejumlah masyarakat pribumi Malaysia telah ditipu agar memeluk Islam sebagai balasan bagi mendapatkan bantuan kebajikan," kata pertubuhan itu dalam kenyataan baru-baru ini.
Seterusnya pertubuhan itu menyatakan lagi bahawa laporan mereka itu telah menekankan mengenai bagaimana rakyat Malaysia beragama Kristian dihalang daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka ekoran keputusan mahkamah sebelum ini.
Dalam pada itu, pertubuhan itu turut mengadu kepada PBB bahawa editor The Herald, Paderi Lawrence Andrew telah disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan kalimah Allah akan terus digunakan dalam perjumpaan mingguan gereja yang dijalankan dalam bahasa Malaysia.
Mengenai serbuan dan rampasan Bible versi bahasa Malaysia yang mengandungi kalimah Allah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pertubuhan itu turut melaporkan kepada PBB bahawa tindakan itu secara terang melanggar kebebasan beragama seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Negara selain yang termaktub dalam Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Laporan itu turut mempersoalkan larangan penyebaran agama lain terhadap umat Islam seperti termaktub dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan sementara umat Islam boleh menarik bukan Islam agar memeluk agama Islam.
Suaram dan Aliran turut menyatakan kepada PBB bahawa ahli-ahli Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) telah diancam dan diganggu oleh beberapa pihak ekoran laporan rasmi pertubuhan itu berhubung ekstremisme agama yang dikemukakan pada sesi semakan berkala sejagat (UPR) tahun lalu.
Sehubungan itu, kedua-dua pertubuhan itu menggesa Majlis Hak Asasi Manusia PBB agar segera menangani tekanan tersebut dengan kerajaan Malaysia selain mahu PBB agar meminta Malaysia untuk menjemput Pelapor Khas mengenai kebebasan agama dan kepercayaan, Heiner Bielefeldt untuk datang ke negara ini dan menjalankan siasatan bebas berhubung perkara yang dilaporkan mereka.
"PBB juga perlu mensyaratkan agar Malaysia mempromosi amalan dan polisi yang dapat memastikan hak setiap kumpulan agama di negara ini untuk mengamalkan kepercayaan yang bebas dari sekatan undang-undang, politik mahupun ekonomi," kata pertubuhan itu.
Suaram dan Aliran juga dalam laporan itu menyatakan mahu PBB menggesa kerajaan Malaysia agar bertindak terhadap pihak-pihak yang menghasut dan menimbulkan kebencian berasaskan agama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_21/Suaram-dan-Aliran-dakwa-sudah-serah-laporan-kepada-PBB#ixzz2wBIcLJgl © Utusan Melayu (M) Bhd
KOMEN : MEREKA BERCAKAP TENTANG KEBEBASAN BERAGAMA TAPI MEREKA TERLUPA YANG MEREKA BERSALAH KERANA MENYEBARKAN AGAMA MEREKA KEPADA ORANG YANG BERAGAMA ISLAM....?
Kerajaan perlu jelaskan pendirian
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Mac - Kerajaan perlu menjelaskan secara tegas kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menolak tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) pada sesi penerimaan muktamad syor berkenaan di Geneva, 20 Mac ini.
Ahli Jawatankuasa Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo), Nasharudin Mat Isa berkata, sesi penerimaan itu penting dan kerajaan tidak boleh sesekali dilihat terikut dengan rentak Comango.
Sehubungan itu, beliau berkata, rombongan MuslimUPRo akan berlepas ke Geneva awal pagi esok bagi mengikut sesi berkenaan selain mengaturkan beberapa pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam antarabangsa bagi tujuan sokongan.
"Sesi 20 Mac ini penting kerana wakil kerajaan perlu memberi penjelasan kepada PBB. Kita menaruh keyakinan kerajaan prihatin dan bertegas dalam soal berkait akidah ini tetapi perlu dipastikan juga agar kerajaan tidak terikut-ikut dengan rentak Comango nanti.
"Delegasi kami kali ini mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk memasuki sesi tersebut ekoran tindakan memburuk-burukkan MuslimUPRo tetapi kita sudah bersedia dan mahu kerajaan melakukan yang terbaik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nasharudin yang juga Pengerusi Yayasan Nassar berkata, keutamaan lain MuslimUPRo pada kunjungan ke Geneva kali ini adalah untuk memantapkan persediaan bagi menghadapi sesi semakan berkala sejagat (UPR) seterusnya iaitu pada 2017.
Tambahnya, bagi tujuan itu, beberapa kumpulan pakar telah dipilih daripada kalangan tenaga-tenaga pengajar di universiti tempatan dan mereka akan dilatih untuk memahami proses yang terkandung dalam sistem PBB serta bagaimana mekanisme hak asasi manusia.
"Mereka perlu dilatih mengenai prosedur khas yang merupakan saluran untuk membawa isu-isu berkaitan negara dan umat Islam ke PBB di samping menangani arus Islamophobia dan hak asasi manusia fahaman sekular di peringkat negara dan antarabangsa," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_19/Kerajaan-perlu-jelaskan-pendirian#ixzz2wBFXUHZd © Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)



















