Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Showing posts with label PERKASA. Show all posts
Monday, 7 March 2016
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Deklarasi Rakyat: Penjelasan PERKASA Malaysia
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Deklarasi Rakyat: Penjelasan PERKASA Malaysia: POLEMIK SELAMATKAN MALAYSIA 1. Malaysia muttaakhir ini dikejutkan berikutan Negarawan Tun Mahatir bersama 'musuh' politik ...
Wednesday, 12 August 2015
Perkasa, demokrasi dan terima kasih!
CUIT
ZAINI HASSAN (ZAINIBINHASSAN@GMAIL.COM) | 12 Ogos 2015 1:38 AM
BEKAS Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, menyatakan sesuatu kepada Ibrahim Ali di rumah terbuka pemimpin Perkasa itu baru-baru ini.
KELMARIN saya menghadiri satu (daripada banyak) majlis rumah terbuka raya, antaranya BRO - Bumiputera Retailers Organisation. Di situ saya ditegur oleh seorang ahlinya.
Tak perlulah saya sebut usahawan tersohor negara itu, jika saya sebut semua orang kenal.
Katanya kepada saya “Cuit-cuit yang garang ini apa khabar, kenapa senyap saja, kenapa tak tulis pasal cerita derma-dermawan...”
Kawan-kawan beliau yang mendengar celotehnya secara spontan tergelak kuat. Saya kata “berdiam diri” lebih baik. Kadang-kadang yang tersirat dalam hati lebih baik daripada yang tersurat.
Masing-masing ketawa lagi. Namun di mana-mana majlis raya, mahupun majlis perkahwinan, ceritanya, topiknya adalah sama.
Tetapi dalam kekalutan yang sedang berlaku ini saya suka melihat apa yang berlaku di sekeliling kekalutan itu.
Siapa yang pandai mengambil kesempatan di sebalik kekalutan itulah yang akan berjaya.
DAP ternyata sedang menyusun strateginya secara senyap. Begitu juga Pas dan lain-lain.
****
NAMUN yang mahu saya lihat ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebuah pertubuhan Melayu ultra yang selama ini dituduh rasis kerana mempertahankan agama, bangsa dan negara kita ini. (Nota kaki: Tuduhan rasis itu sengaja direka secara gerak saraf kerana subjek itu mempunyai kekuatan yang harus dibunuh oleh musuhnya.)
Benarkah Perkasa kini sedang menyusun langkahnya?
Kepalanya, Ibrahim Ali atau Tok Him dikenali sebagai seorang yang penuh dengan strategi. Beliau dapat melihat jauh ke hadapan. Biarpun orang berkata apa sahaja terhadapnya, Ibrahim boleh mengorak langkah, cepat dan pantas.
Rangkaian Perkasa kini tumbuh satu demi satu di serata pelosok negara, termasuk ke luar negara. Terbaharu semalam: Perasmian Persidangan Tahunan 2015 dan Perasmian Pejabat Perkasa Parlimen Langkawi Kedah.
Struktur disusun rapi. Nampaknya sekarang ia bukan lagi bergerak seperti anai-anai, tetapi sudah menjadi semut api.
Ala-ala ke arah sebuah parti politik? Ramai sungguh yang berkunjung ke rumah terbuka Tok Him di Taman Malawati malam minggu lepas. Sokongan ke atasnya bukan calang-calang.
Apakah akhirnya Perkasa akan menjadi sebuah parti politik?
Adakah ia mahu menjadi platform terbaharu untuk orang Melayu? Mahupun dengan semua kaum?
Jika ada pendapat, termasuk dalam kalangan Istana sendiri mengatakan Pas akan menjadi parti dominan orang Melayu selepas UMNO, macam mana pula Perkasa?
Ibrahim bijak membuat percaturan politik.
Sabtu 8 Ogos lalu, beliau mengambil inisiatif menganjurkan satu majlis dialog dengan sekumpulan NGO Kristian yang dikenali sebagai Christians for Peace and Harmony in Malaysia Movement (CPHM).
Apa motifnya? Beliau bijak. Inilah masa baginya untuk menyusun saf demi masa depan Perkasa. Perkasa mulai sekarang harus kelihatan lebih liberal dan terbuka daripada sebelumnya.
Sebelum bertemu secara rasmi dengan kumpulan kristian itu, mereka sudahpun kelihatan tandang bertandang dalam majlis-majlis anjuran Perkasa sebelum ini.
Ia adalah rakan strategik Perkasa apabila tiba masanya kelak.
Sebagai penganalisis politik, saya nampak ia akan menuju ke arah itu.
Pada 2013 Perkasa menubuhkan apa yang dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) - gabungan strategik dengan NGO India dan Cina.
Terpampang besar tajuk berita keesokan harinya: “Bukti Perkasa bukan perkauman”.
Ternyata Perkasa sudah satu tapak ke hadapan. Ketika DAP turut menggunakan taktik untuk menarik perhatian kaum belia Melayu ke dalam parti itu melalui Sekolah Demokrasi, Perkasa pun telah dan sedang melaksanakannya.
Sesungguhnya demokrasi Malaysia sungguh subur. Semua orang boleh buat apa sahaja.
Benarlah juga apa yang saya tulis dalam Prakata buku Cuit: Dilema Melayu Moden... apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah satu proses kematangan (maturing process) rakyat terhadap politik dan masa depan mereka.
Kita baharu mengenal demokrasi sekitar 58 tahun, Amerika Syarikat yang sudahpun merdeka 250 tahun baharu sahaja melantik seorang presiden berkulit hitam sebagai ketua negaranya.
Dan, ia memerlukan 50 tahun lagi (sekurang-kurangnya) untuk melayakkannya melantik seorang presiden bukan putih tetapi beragama Islam untuk menjadi presidennya.
Demokrasi memakan masa yang lama, bukan semalaman.
Kita pula masih mentah.
Kerja kahwin saya – Bahagian Akhir
RAMAI yang bertanya dan bercakap mengenai pengakhiran tulisan ini. Saya cakap biar saya habis lelah dahulu selepas melangsungkan kerja kahwin itu.
Ada yang berkata ia adalah maraton atau kejohanan lumba lari jauh yang memerlukan stamina dan mental.
Benar. Gabungan kedua-dua itulah yang cukup memenatkan.
Namun, syukur alhamdulillah semuanya harus bermula dengan pengalaman pertama. Ia cukup mematangkan kita untuk yang kedua kalinya.
Namun, tanpa kerjasama semua yang terbabit, mustahil saya boleh lakukan. Saya bukanlah seperti yang lain-lain yang boleh menggaji perancang perkahwinan untuk melakukannya.
Saya hanya mempunyai sahabat-sahabat handai dan saudara-mara yang 100 peratus membantu saya bagi menjayakan majlis itu.
Terima kasih semua, tanpa perlulah saya senaraikan nama kalian satu persatu di sini. Hanya Allah yang membalasnya.
Terima kasih yang teramat sangat kepada semua tetamu saya yang hadir pada majlis itu. Terima kasih juga kerana memberi jawapan kehadiran RSVP kepada kami.
Yang tak dapat hadir, terima kasih kerana menghantar mesej kemaafan beserta doa yang amat kami harapkan. Ada yang menghantar mesej terpaksa berpatah balik kerana kesesakan lalu lintas akibat demonstrasi anti-kerajaan dan hal-hal lain lagi.
Syukur. Yang penting majlis itu berjalan lancar dan diharapkan mendapat barakah daripada Yang Maha Esa. Kemaafan daripada saya jika ada yang tidak menggembirakan tuan tuan dan puan-puan sekian.
Maaf juga jika ada yang terlepas pandang dalam jemputan. Kami hanyalah insan yang kerdil.
Terima kasih daun keladi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/perkasa-demokrasi-dan-terima-kasih-1.123355#sthash.jeoqVrX1.dpuf
Monday, 6 July 2015
1MDB : Tuduhan WSJ tidak berasas – Perkasa
Semua pemimpin, rakyat beri sokongan kepada Najib
ABD. AZIZ ITAR | 06 Julai 2015 1:24 AM
KUALA LUMPUR 5 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa semua pemimpin dan rakyat memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu melibatkan nama baik negara.
Ibrahim Ali
Menurut Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, laporan Wall Street Journal (WSJ) kononnya terdapat penyiasat telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dideposit ke akaun dipercayai milik Najib adalah satu tuduhan tidak berasas.
Sehubungan itu katanya, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyarankan tindakan undang-undang diambil ke atas WSJ bagi membersihkan nama baik Perdana Menteri dan negara, wajar disokong semua pemimpin dan rakyat negara ini.
“Tindakan Muhyiddin yang telah mengeluarkan kenyataannya berhubung isu tersebut wajar dipuji kerana itu adalah isyarat daripada pemimpin nombor dua negara. Ia wajar diperluaskan oleh pemimpin lain di semua peringkat dan juga rakyat tanpa mengira parti politik.
“Ini kerana pendakwaan ke atas WSJ boleh membuktikan bahawa Najib tidak bersalah. Paling penting pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah itu juga boleh dikenal pasti dan didakwa di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim mengulas kenyataan Perdana Menteri yang menafikan tuduhan WSJ dengan menegaskan, beliau tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi baik daripada 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti.
Malah, menurut Najib, tuduhan terbaharu yang dilemparkan terhadap beliau menerusi media asing itu adalah sebahagian daripada kempen sabotaj yang dibuat secara terancang untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang di- pilih secara demokratik.
Dalam pada itu, Setiausaha Biro Pemantauan dan Integriti Perkasa, Azrul Akmal Saharudin berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung laporan media antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkenaan.
Beliau berkata, Perkasa memandang serius perkara tersebut kerana sebarang tuduhan yang berniat jahat terutama datang daripada anasir-anasir asing dikhuatiri mempunyai agenda sulit untuk memporak-perandakan negara ini.
“Siasatan perlu dijalankan seadil-adilnya tanpa bersifat apologetik seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut dengan telus dan menyeluruh.
“Jika dakwaan mereka didapati tidak benar selepas siasatan dibuat, ini adalah satu malapetaka buat rakyat yang mempercayainya. Ia bukan sahaja telah mencalarkan kredibiliti negara di mata dunia malah menunjukkan bahawa fitnah mudah bermaharajalela di negara ini,” katanya dalam kenyataan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tuduhan-wsj-tidak-berasas-8211-perkasa-1.111022#sthash.ELnLSjqy.dpuf
Tuesday, 2 June 2015
Jangan persoal agenda Melayu dalam RMK-11
02 Jun 2015 1:35 AM
KUALA LUMPUR 1 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kesal dengan kenyataan Pengerusi Institut Hal Ehwal Ekonomi Demokrasi (Ideas), Tengku Zain Al-Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang mempersoalkan agenda Melayu dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
HASSAN BASRI
Ketua Penerangan Perkasa, Hassan Basri Muhammad berkata, kenyataan dua individu itu dalam satu forum anjuran Harmony Malaysia di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini berhubung isu tersebut disifatkan telah menyakiti hati orang Melayu.
Menurutnya, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tegas mempertahankan Perlembagaan, hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan institusi raja, Perkasa menyanggah kenyataan Tengku Zain dan Saifuddin dalam forum tersebut.
“Mereka tidak memahami dan menyelami Perlembagaan yang menjelaskan hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di bawah Perkara 153 ataupun bersikap prejudis kepada orang Melayu dan agama Islam.
“Oleh itu, Perkasa mencadangkan supaya mereka atau mana-mana pihak yang mempertikaikan agenda Melayu dan bumiputera dalam pembangunan negara perlulah ‘disekolahkan’ semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Hassan Basri dalam kenyataan itu berkata, Tengku Zainal Abidin yang antara lain memberi contoh kononnya tidak dinyatakan dalam Perlembagaan pengurangan 10 peratus harga pembelian rumah kepada Melayu dan bumiputera jelas memperlihatkan kedangkalan beliau.
Justeru, beliau bimbang kenyataan seperti itu akan menjadi lidah penyambung kepada perjuangan DAP dan cauvinis Cina yang antaranya mahu menghapuskan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu sekiranya mereka memerintah negara.
“Kenyataan kerabat diraja ini dibimbangi boleh menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada institusi raja untuk mempertahankan agama Islam dan orang Melayu. Perkasa tidak mahu isu ini digunakan oleh pihak media untuk menangguk di air keruh.
“Perkasa yang mempunyai 500,000 ahli bertegas menentang sesiapa juga yang cuba mempertikaikan perkara berkaitan hak orang Melayu dan agama Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-persoal-agenda-melayu-dalam-rmk-11-1.98351#sthash.bnL1aNtd.dpuf
Monday, 16 February 2015
LIWAT : Kes Anwar tak sama Mandela, Suu Kyi
Mahasiswa jangan terpengaruh dengan sentimen simpati – Perkasa
OLEH RODELIO JUNJUN TAUCAN (RODELIO.TAUCAN@UTUSAN.COM.MY) | 15 Februari 2015 12:44 AM
Ibrahim Ali (barisan depan, lima dari kanan) bersama pelajar Melayu dan Bumiputera yang menuntut di Cardiff, United Kingdom, kelmarin.
KUALA LUMPUR 14 Feb. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menasihatkan golongan muda terutama mahasiswa di luar negara agar tidak terpengaruh dengan sentimen simpati yang cuba ditimbulkan kumpulan penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, kumpulan berkenaan sedang berusaha mendapatkan sokongan mahasiswa melalui propaganda menyamakan nasib Anwar dengan tokoh keamanan dunia dari Afrika Selatan, Nelson Mandela dan Aung San Suu Kyi di Myanmar.
“Isu Anwar dan Mandela bagai langit dengan bumi. Ada pihak cuba samakan Anwar dengan Mandela dan Suu Kyi serta tokoh lain yang ditahan kerana berjuang demi rakyat, namun cerita Anwar lain, dia dipenjara kerana kesalahan meliwat.
“Saya menyeru pelajar-pelajar di luar negara supaya tidak terjebak dengan dakyah segelintir kumpulan Anwar kerana pentingnya negara aman iaitu apabila pulang ke tanah air, mendapat pekerjaan dan meneruskan kehidupan,” katanya dalam kenyataan selepas Majlis Penerangan dan Dialog Perkasa Bersama Pelajar Malaysia di Cardiff, United Kingdom, semalam.
Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari tujuh tahun lalu.
Sehari selepas itu, penyokong Anwar yang diketuai anaknya, Nurul Nuha melancarkan kempen Berarak Demi Kebebasan di seluruh negara untuk mendesak pembebasan bapanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, golongan mahasiswa perlu mengelak daripada terjebak dengan kempen seperti itu.
“Kita sudah lihat bagaimana negara lain terjebak dengan rusuhan dan kini ancaman turut ada di Malaysia sehingga umat Melayu berpecah dan ada pihak mencemuh Islam melalui pelbagai cara,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/kes-anwar-tak-sama-mandela-suu-kyi-1.59572#sthash.nupe1r4K.dpuf
Monday, 15 December 2014
The Sense, Credibility and Accountability: Bukan EKSTREMIS seperti PERKASA dan ISMA yang sela...
The Sense, Credibility and Accountability: Bukan EKSTREMIS seperti PERKASA dan ISMA yang sela...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. HE!HE!HE! Kita INGIN menyeru kepada kePIMPINan NGO PERKASA dan ISMA agar TIDAK terlalu RESPON kep...
Wednesday, 26 November 2014
Perkasa sifatkan Fahmi Zainol ‘dangkal’
Isu bumiputera dikecuali bayaran balik PTPTN
LILIS SURIANI OMAR | 26 November 2014 2:20 AM
KUALA LUMPUR 25 Nov. - Desakan supaya mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mahu hanya pelajar bumiputera layak menerima pengecualian daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau biasiswa didakwa di bawah Akta Hasutan disifatkan sebagai ‘dangkal’.
FAHMI ZAINOL
Tegas Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Azrul Akmal Saharudin, tindakan itu bukan sahaja manifestasi kedangkalan pemikiran, malah membuktikan pengaruh liberalisme yang menular dalam kalangan segelintir mahasiswa sehingga terlalu mudah memperjudikan hak serta kelebihan bumiputera seperti dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
“Cadangan ini bukanlah direncanakan di kedai kopi tetapi melalui musyawarah dalam kalangan pimpinan NGO Melayu Islam bahawa hak keistimewaan bumiputera perlu diperkasakan.
“Kita lihat majoriti yang menerima pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa ini bukanlah daripada kalangan bumiputera tetapi juga mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik bukan bumiputera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol seperti dilapor dalam sebuah portal berita propembangkang berkata, NGO-NGO yang memperjuangkan hak Melayu dan bumiputera itu wajar didakwa mengikut Akta Hasutan kerana menyifatkan tindakan mereka mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Azrul Akmal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud perancangan strategik dan licik oleh sebilangan pemilik institusi pengajian tinggi bukan bumiputera untuk memastikan pelajar bukan Melayu mendapat keputusan cemerlang dan mereka diberikan biasiswa.
“Ini termasuklah memberikan sistem gred double standard serta penyebaran soalan-soalan peperiksaan bocor kepada pelajar bukan bumiputera. Walau bagaimanapun perkara ini adalah maklumat yang masih dibincangkan tetapi kita perlu fahami sebaik-baiknya bahawa adil bukanlah bermaksud sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
“Dengan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa tanpa mengira kaum dan majoriti penerimanya pula adalah bukan bumiputera, di manakah letaknya hak dan keistimewaan kita seperti termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
Tambah beliau, cadangan pertukaran itu bukan untuk menidakkan kepentingan kaum lain tetapi keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera sudah termaktub dalam Artikel 153 seperti dipersetujui melalui kontrak sosial sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan.
“Janganlah berfikiran jika bumiputera diberikan biasiswa ini, mereka akan jadi kurang kompetitif serta leka kerana mekanisme masih sama yakni untuk mendapat pertukaran pinjaman PTPTN tersebut kepada biasiswa, mereka masih perlu berusaha keras untuk mendapatkan keputusan cemerlang, tetapi bukanlah gred diturunkan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perkasa-sifatkan-fahmi-zainol-8216-dangkal-8217-1.29305#sthash.aNeog969.dpuf
Monday, 24 November 2014
Konvensyen lulus Memorandum Perpaduan Nasional
24 November 2014 2:50 AM
Ibrahim Ali (dua dari kanan) menyerahkan Laporan Memorandum dan Usul Konvensyen Perpaduan Nasional kepada bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin pada Konvensyen Perpaduan Nasional di Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Konvensyen Perpaduan Nasional hari ini meluluskan Memorandum Perpaduan Nasional yang berlandaskan pada status quo hak-hak pribumi, Melayu dan Islam serta bukan pribumi.
Memorandum itu diluluskan selepas dibahaskan oleh 24 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh-tokoh dan ahli akademik dalam konvensyen anjuran Gabungan NGO Melayu dan Islam Penggerak Perpaduan Nasional di Pusat Islam di sini.
Ia diluluskan secara sebulat suara oleh peserta perhimpunan selepas diusulkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional, Datuk Ibrahim Ali.
Perhimpunan pertama kali disertai kira-kira 350 NGO tersebut merupakan platform terbaharu kepada mereka untuk membincangkan masalah dihadapi masyarakat masa kini, khususnya dalam kalangan orang Melayu.
Ibrahim berkata, memorandum berkenaan merupakan suara hati nurani NGO pribumi, Melayu dan Islam yang mengandungi 54 usul.
Beliau berkata, sejumlah 19 usul dihasilkan daripada penghujahan tentang politik, Perlembagaan, undang-undang dan keselamatan negara manakala 20 usul pula melibatkan isu-isu ekonomi.
“Sebanyak lapan usul daripada suara hati kita adalah tentang pendidikan dan bakinya perbincangan dari sudut agama,’’ katanya ketika membentangkan laporan memorandum dan usul berkenaan dalam konvensyen tersebut.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, keseluruhan usul itu berlatarbelakangkan suasana di negara ini sejak Pilihan Raya Umum 2008, melibatkan lapan perkara iaitu:
Keunggulan Perlembagaan Persekutuan yang kini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.
Keluhuran undang-undang negara terutama untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan seperti Akta Hasutan yang cuba dimansuhkan.
Kesucian Islam sebagai agama rasmi Persekutuan yang kebelakangan ini dijadikan bahan polemik dan cuba diperkecilkan oleh sesetengah pihak.
Kedaulatan institusi Raja-raja Melayu.
Keselamatan politik Barisan Nasional (BN) berteraskan UMNO yang sedang terhakis dan terancam.
Status pribumi, Melayu dan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keselamatan ekonomi pribumi yang terumbang-ambing.
Isu-isu pendidikan yang dipersepsikan sebagai mengancam kesejahteraan pribumi dalam bidang itu.
Menurutnya, senario dan isu-isu tersebut perlu ditangani secara tegas oleh kerajaan kerana perpaduan nasional akan terjejas, sentimen perkauman boleh memuncak serta kesejahteraan rakyat boleh terancam jika dibiarkan berlarutan.
Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, raja-raja Melayu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri.
“Penyerahan kepada Najib akan cuba dibuat sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula Selasa ini,” katanya.
Katanya, penyerahan memorandum bertajuk ‘Perpaduan Rakyat Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara’ itu bertujuan membantu kerajaan dengan menjadikannya sebagai panduan untuk menangani isu-isu yang timbul.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/konvensyen-lulus-memorandum-perpaduan-nasional-1.28544#sthash.xFT0fEp5.dpuf

Monday, 10 November 2014
Melayu perlu bersedia hadapi enam ancaman
Antaranya desakan terhadap hukum, ajaran Islam
OLEH FARHANA JONI (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 10 November 2014 2:19 AM
IbrahIM ALI bersama Zaleha Ismail (dua dari kanan) beramah mesra dengan ahli Wiranita Perkasa di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Aizzul A. Majid
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Orang Melayu perlu bersedia menghadapi enam ancaman yang semakin menggugat kedudukan bangsa di negara ini antaranya desakan terhadap hukum dan ajaran Islam, gangguan keselamatan negara menerusi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat serta pengurangan biasiswa pelajar Melayu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ancaman tersebut turut melibatkan penjualan dan pindahan hak milik tanah rizab Melayu, pemerkasaan bahasa Melayu serta kedudukan ekonomi bumiputera di kawasan bandar.
Katanya, enam ancaman tersebut merupakan realiti yang sedang berlaku secara berleluasa di negara ini dan lebih menyedihkan apabila banyak pihak tidak mempedulikan perkara tersebut.
“Ramai orang Melayu hari ini tidak menyedari kesemua ancaman tersebut sedang berlaku di sekeliling mereka misalnya jumlah tanah rizab Melayu yang kini berbaki sebanyak 11.8 peratus sahaja.
“Kedudukan ekonomi pula majoritinya dikuasai kaum-kaum lain manakala orang Melayu seolah-olah melukut di tepi gantang di negara sendiri,” katanya ketika berucap dalam Program Bicara Maal Hijrah: Wanita Benteng Perjuangan Bangsa anjuran Wiranita Perkasa di Wisma Sejarah, di sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Presiden Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail.
Sementara itu, Ketua Wiranita Perkasa, Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin berkata, golongan wanita khususnya kaum ibu perlu mendidik anak masing-masing dengan pendidikan agama yang betul bagi mengelak daripada pengaruh fahaman pluralisme dan liberalisme.
Katanya, selain dua fahaman itu, pengaruh politik juga membimbangkan apabila generasi muda tidak boleh membezakan antara perlakuan baik dan buruk dalam menjalani kehidupan seharian.
“Secara peribadi saya kesal apabila membaca akhbar-akhbar tempatan yang melaporkan penglibatan beberapa pelajar universiti yang merusuh hingga sanggup meninggalkan pelajaran masing-masing akibat terpengaruh.
“Justeru, kaum ibu perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik anak bangsa supaya kembali fokus terhadap tanggungjawab sebagai pelajar dan tidak membazirkan usia muda dengan aktiviti tidak berfaedah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/melayu-perlu-bersedia-hadapi-enam-ancaman-1.22971#sthash.mh5ynsPL.dpuf
Zam puji keberanian Khairul Anwar
Ajak pemimpin, ahli UMNO lantang perjuang Islam
OLEH SOFIAN BAHAROM (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014 2:00 AM
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Keberanian Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Khairul Anwar Rahmat mengajak pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya lebih lantang bersuara dalam memperjuangkan agama Islam dan menegakkan undang-undang syariah di negara ini, mendapat pujian bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Zainuddin Maidin
Zainuddin menerusi tulisan dalam zamkata.blogspot.com hari ini mengucapkan syabas kepada Khairul Anwar atas ketegasannya menyatakan bahawa ada ketikanya konsep kesederhanaan tidak sesuai digunakan terutama melibatkan perjuangan dalam hal berkaitan agama.
Ini kerana, menurut beliau, kebelakangan ini suara lantang dan berani dalam mempertahankan soal akidah dan maruah bangsa tidak lagi datang daripada UMNO apatah lagi oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.
Sebaliknya, kata beliau, suara lantang dan berani itu telah diambil tanggungjawabnya oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memandangkan UMNO berada dalam keadaan takut jika dianggap sebagai ekstrem atau tidak relevan dengan pentas globalisasi.
“Rupa-rupanya masih ada warisan perjuangan dalam Pemuda UMNO. Kenyataan ini mungkin tidak begitu menarik perhatian dan dibiarkan berlalu begitu sahaja, tetapi sebenarnya inilah suara hati rakyat di peringkat akar umbi terutama ahli-ahli UMNO,” katanya.
Khairul Anwar dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pemimpin dan ahli UMNO perlu berubah dan lebih lantang bersuara bagi meyakinkan orang Melayu bahawa UMNO adalah wadah terbaik untuk mempertahankan agama Islam dan generasi masa depan.
Tegas Khairul Anwar, UMNO perlu berjuang habis-habisan dan terus lantang bersuara terutama apabila membabitkan soal akidah dan maruah, malah konsep wasatiy-
yah perlu diungkap dengan makna keseimbangan dan bukan lagi bermaksud sederhana dalam melakukan sesuatu perkara.
Menurut Zainuddin, keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kerana mengancam untuk ‘membakar’ Bible dalam bahasa Melayu, telah dicabar dengan lantang oleh pihak tertentu bagi menunjukkan tiada keadilan dan kesederhanaan dalam Islam di Malaysia.
“Ketua Pegawai Eksekutif The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai telah tampil ke hadapan menjadi juara dalam hal ini,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/zam-puji-keberanian-khairul-anwar-1.22087#sthash.JoLxq0RD.dpuf
Tuesday, 19 August 2014
POLITIK : Pas 'persenda' ulama, Majlis Syura?
Oleh SYUKRI SHAARI
utusanperak@utusan.com.my
Ibrahim Ali (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Ahli Jawatankusasa Perkasa Negeri pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perkasa Parlimen Batu Gajah, Ipoh Barat dan Ipoh Timur di Ipoh, Perak, kelmarin.
IPOH 18 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan keputusan pimpinan Pas membuat pusingan U dengan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'mempersenda' kumpulan ulama dan Majlis Syura parti itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Pas menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan mencalonkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar seolah-olah 'meludah' ke muka sendiri.
Katanya, keputusan tersebut juga telah memalukan kepemimpinan ulama parti yang sebelum ini memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid termasuklah Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Jadi, apabila keputusan terbaru ini dibuat, Perkasa berpendapat Pas seolah-olah 'membuat' undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdul Hadi, selain menolak keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura.
"Secara moralnya, kalau parti sudah tidak 'percaya' dengan Abdul Hadi, beliau perlu berundur dan letak jawatan. Pas sebelum ini mendakwa UMNO sebagai tidak islamik, tetapi adakah tidak menghormati ketetapan dibuat Majlis Syura yang diterajui kumpulan ulama sesuatu yang islamik?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perkasa Parlimen Batu Gajah, Ipoh Barat dan Ipoh Timur serta jamuan Hari Raya Perkasa Perak yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di sini semalam.
Ibrahim mengulas mengenai keputusan Pas membuat pusingan U berhubung kemelut Menteri Besar Selangor yang menyaksikan parti itu menarik semula sokongan terhadap Abdul Khalid dan mengemukakan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin bagi mengisi jawatan itu.
Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, meskipun Wan Azizah dan Azmin telah dicalonkan, belum tentu lagi kedua-duanya mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggantikan Abdul Khalid.
Lebih-lebih lagi, kata Ibrahim, Wan Azizah paling tidak menepati undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor yang menetapkan Menteri Besar harus lelaki.
"Dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri, jawatan Menteri Besar dirujuk sebagai he yang membawa maksud lelaki. Wan Azizah seorang wanita, jadi beliau tidak memenuhi syarat itu," jelas beliau.
Dalam pada itu, pada majlis sama, Ibrahim bersama kepimpinan Perkasa negeri turut menganjurkan perhimpunan membantah kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.
Bantahan terhadap kekejaman rejim berkenaan dizahirkan menerusi pembakaran bendera Israel serta patung Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140819/po_03/Pas-persenda-ulama-Majlis-Syura#ixzz3AoCmUZgb © Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, 8 July 2014
Wajib menghormati simbol negara
Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my
SEBAHAGIAN daripada 500 pelajar Sekolah Kebangsaan Laksamana, Kuching, Sarawak mengibarkan Jalur Gemilang dalam satu majlis yang diadakan di sekolah itu. - GAMBAR HIASAN
SEBAHAGIAN daripada kita sudah pasti masih ingat perbuatan biadab beberapa aktivis propembangkang yang cuba menukar Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya.
Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera yang menyerupai bendera Indonesia dan Singapura pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka selama dua tahun berturut-turut pada 2012 dan 2013.
Antara alasan yang diberikan oleh kumpulan berkenaan untuk bertindak sedemikian adalah kerana Jalur Gemilang cukup sinonim dengan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara sejak merdeka.
Oleh itu, bukan sahaja kerajaan yang perlu ditukar, malah ia juga harus melibatkan bendera walaupun pada hakikatnya Jalur Gemilang telah dipilih majoriti rakyat menerusi satu pertandingan.
Cukup menyedihkan, perbuatan kumpulan terbabit yang mengguris hati banyak pihak terlepas daripada hukuman walaupun terdapat peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 yang boleh digunakan.
Ekoran itu, perlakuan menghina simbol negara terus menjadi-jadi termasuk perbuatan kira-kira 100 pelajar Malaysia di Taiwan berpakaian serba hitam sambil memegang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.
Apabila kita menghina Jalur Gemilang, ia bererti kita memperlekehkan maksud tersirat yang terdapat pada bendera berkenaan seperti warna biru yang melambangkan perpaduan rakyat, bulan sabit sebagai tanda Islam agama rasmi dan warna kuning yang melambangkan raja-raja Melayu.
Sebenarnya, bukan sahaja bendera diperlekehkan, malah ia telah merebak untuk mencaci Malaysia, kaum Melayu, orang Islam dan agama Islam semata-mata kerana marahkan UMNO dan BN.
Perkara itu didedahkan oleh pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dalam artikel yang dimuat naik dalam portal berkenaan pada 23 Jun lalu.
Hasil pemantauan beliau terhadap komen-komen dan bahan-bahan yang dimuat naik dalam Facebook serta Twitter mendapati jurang antara kaum dan agama kini semakin melebar sehingga ke tahap melampaui batas.
Menurutnya, rakyat Malaysia kini seolah-olah tidak lagi kisah apa yang keluar dari mulut mereka dan sama ada apa yang diperkatakan itu menyinggung atau melukakan perasaan orang lain.
Penganalisis politik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling yang diminta mengulas pandangan Raja Petra itu berkata, apa yang didedahkan bukanlah sesuatu yang baharu kerana komen sedemikian sudah lama berlegar di ruang siber.
Beliau melihat fenomena itu semakin ketara setelah DAP memenangi banyak kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini termasuk berjaya memerintah Pulau Pinang.
"Bagi saya komen-komen yang memburukkan negara, raja, agama Islam dan mengaitkan Malaysia sebagai kerajaan Melayu merupakan agenda tersusun pihak-pihak berkenaan bagi memburukkan BN.
"Yang cukup menyedihkan, terdapat juga segelintir orang Melayu yang terlibat sama dalam perbuatan memburuk-burukkan negara," ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Beliau menegaskan, tragedi 13 Mei tidak akan berulang jika kerajaan dapat bertindak terhadap pihak-pihak yang jelas sekali cuba menghasut dan mencetuskan huru-hara.
"Saya melihat pertubuhan Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempunyai tahap kesabaran yang tinggi sehingga tidak melakukan tindak balas yang akan mencetuskan huru-hara.
Pertubuhan-pertubuhan Melayu ini masih meletak harapan kepada kerajaan untuk bertindak termasuk melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Harapan ini tidak harus disia-siakan. Pihak kerajaan tidak boleh menjadikan faktor Facebook dan Twitter dikendali syarikat asing sebagai alasan untuk tidak menyekat komen-komen sedemikian.
"Walaupun tidak mendapat kerjasama syarikat yang mengurus laman sosial terbabit, kerajaan masih boleh mendapat perintah mahkamah supaya individu terbabit menarik balik komen-komen mereka yang menghina negara," katanya.
Mengulas isu sama, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan yakin 13 Mei versi kedua seperti yang diramalkan itu tidak akan berlaku kerana semakin ramai yang mula sedar bahawa komen-komen bercorak sedemikian tidak baik untuk perpaduan kaum.
"Pengguna Internet sudah semakin matang dan saya dapati ramai di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan komen-komen yang menghina orang Melayu, raja dan Islam," katanya.
Kepada segelintir yang masih tidak mahu menggunakan Internet dengan berhemah, beliau bagaimanapun berharap kerajaan agar mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap mereka.
Dalam pada itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, secara peribadi sebagai rakyat Malaysia dan presiden pertubuhan itu, beliau berharap tragedi berkenaan tidak berulang.
Beliau berkata, terdapat tiga faktor yang akan menentukan sama ada tragedi berkenaan akan berulang atau tidak.
Pertamanya, kerajaan tegas dalam mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan keselamatan.
Kedua, jika rakyat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dan lantang, masih lagi dapat mengawal keadaan dan diri bagi mengelak detik hitam itu daripada berulang.
Bagaimanapun, jelasnya, terdapat faktor ketiga yang dibimbangi boleh mencetuskan huru-hara iaitu nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.
Beliau menarik perhatian keadaan huru-hara yang tercetus di Mesir dan Tunisia semasa Arab Spring, gara-gara provokasi seorang dua yang terlibat dalam perhimpunan haram.
"Perkasa insya-Allah tetap (inginkan keamanan). Selagi mana saya masih menjadi Presiden, saya seboleh mungkin akan mengawal ahli-ahli agar tidak termakan provokasi yang boleh mencetuskan anarki," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140704/re_02/Wajib-menghormati-simbol-negara#ixzz36qBTe1dX © Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, 23 June 2014
Pas Selangor rakus politik - Ibrahim
IBRAHIM Ali (kanan) diiringi Abd. Razak Mohd. Ghazali (tengah) menyampaikan watikah pelantikan kepada ahli Silat Cemandi semasa Majlis Perasmian Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap di Sungai Besar, Selangor, malam semalam.
SABAK BERNAM 21 Jun - Orang Melayu khususnya di negeri ini tidak lagi boleh bergantung kepada Pas untuk mempertahankan kesucian Islam berikutan pemimpin parti itu seolah-olah terlalu rakus berpolitik.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas dilihat lebih mementingkan kuasa daripada menjaga maruah Islam yang dihina atau dipersendakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, desakan beberapa pemimpin Pas negeri supaya kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikurangkan secara jelas membuktikan mereka seperti rela orang Melayu dan Islam diperlekehkan.
"Di Selangor, Pas tidak ubah seperti menang sorak kampung tergadai. Tidak hairanlah apabila sekutunya, DAP kini semakin naik tocang (berlagak) kerana Pas bersekongkol dengan mereka sehingga berani memperlekeh Islam dan orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap di Sungai Besar di sini malam tadi.
Pada majlis yang dihadiri hampir 2,000 orang yang majoritinya penduduk setempat itu juga, beliau melancarkan penubuhan Perkasa Parlimen Sabak Bernam.
Yang hadir sama ialah Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya; Pengerusi Perkasa Parlimen Sabak Bernam merangkap Pengerusi Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap, Abd. Razak Mohd. Ghazali; Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki Abd. Malik dan Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Yunos.
Rabu lalu, empat Ahli Parlimen dari Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri ini dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.
Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Ibrahim menambah, sepanjang dua penggal pakatan pembangkang mentadbir Selangor, hampir tiada kesan pembaharuan terhadap kemajuan Islam dapat dilihat.
"Apa perjuangan Pas di Selangor? Tidak lain dan tidak bukan hanya menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," tegasnya.
Jelas beliau, tidak salah jika rakyat terutama orang Melayu mahu membuat perubahan politik tetapi hasil tindakan tersebut seharusnya dapat memberi lebih kebaikan dan manfaat kepada mereka, bukan sebaliknya.
"Jika Pas berterusan mengamalkan dasar perjuangan sempit sebegini, tidak hairanlah orang Melayu akan hancur suatu masa nanti," katanya.
Thursday, 12 June 2014
Anwar tidak faham isu - Perkasa
Kiri Ibrahim Ali, Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR 11 Jun - Seolah-olah cuba menegakkan benang basah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya sengaja tidak mahu memahami isu yang timbul berhubung kerajaan negeri Johor dan institusi raja baru-baru ini apabila mempersoalkan teguran yang dilakukan pelbagai pihak demi kepentingan rakyat.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, teguran yang dibuat berhubung penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) adalah niat murni untuk menjaga kedaulatan institusi raja, bukannya cubaan mempersoal atau mempertikaikan peranan yang ada.
Menurut beliau, perkara itu tidak sama dengan tindakan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mendapat sokongan Anwar apabila sebelum ini secara jelas menentang bekas Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan jawatan tertinggi di negeri Perak.
"Inilah yang timbul apabila Anwar tidak dapat membezakan antara kritikan Karpal terhadap institusi raja Perak dengan penubuhan lembaga itu walaupun jelas dua perkara ini sangat berbeza.
"Dalam isu ini, LPHJ belum lagi diwujudkan maka teguran dibuat untuk menjaga kemuliaan institusi raja sebaliknya Karpal mempersoal kuasa raja dalam soal pelantikan menteri besar sedangkan undang-undang sudah wujud bahawa sultan berkuasa melantik individu ke jawatan itu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Anwar dalam sidang Dewan Rakyat semalam yang mempersoalkan kenapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hanya berdiam diri ketika akhbar Utusan Malaysia melaporkan mengenai penubuhan LPHJ.
Anwar seperti dilaporkan portal pro pembangkang, Malaysiakini berkata, NGO yang memperjuangkan hak Melayu terutama Isma sebaliknya akan lantang mengkritik sekiranya perbuatan tersebut dilakukan melalui medium parti pembangkang.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, hanya pemimpin seperti Anwar sahaja yang melenting dalam isu tersebut sedangkan pemimpin daripada parti lain seperti Pas mengambil pendekatan rasional dan turut menegur penubuhan LPHJ.
"Apabila semua perkara ada kepentingan politik, Anwar bukan sahaja tidak memahami isu yang berlaku sebaliknya dia akan mengambil kesempatan untuk meraih sokongan sedangkan diri sendiri tidak sempurna malah pernah mempersoalkan peranan raja," tegas beliau.

Thursday, 8 May 2014
Keputusan hapus ruangan kaum dalam borang hakis identiti etnik
KUALA LUMPUR 7 Mei - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini membantah sekeras-kerasnya keputusan Jemaah Menteri untuk menghapuskan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menegaskan, keputusan itu dilihat sebagai satu langkah halus untuk menghakis identiti kaum di negara ini.
Beliau berkata, alasan kononnya keputusan itu untuk memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara ini adalah tidak berasas kerana perpaduan hanya boleh dikecapi melalui perubahan sikap bukannya penghapusan ruang dalam borang.
"Saya terkejut dengan keputusan ini. Perubahan dalam sesuatu borang tiada mengena dengan usaha perpaduan kerana ia berfungsi untuk mengenali kaum. Orang Melayu yang juga bumiputera memiliki banyak bantuan keistimewaan daripada kaum lain.
"Saya tidak nampak manfaat daripada keputusan ini. Kalau hendak pupuk perpaduan kaum, apa kata laksana sekolah satu aliran? Benda pokok tidak buat, tapi benda yang remeh pula buat buat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas keputusan Jemaah Menteri hari ini bahawa ruangan kaum akan dihapuskan dalam borang-borang rasmi termasuk borang permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan pasport dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, keputusan itu dibuat kerana ia tidak mempunyai nilai tambah dalam usaha kerajaan memupuk perpaduan budaya pelbagai kaum di negara ini.
Menurutnya, ruangan kaum ketika mengisi borang rasmi untuk memohon bantuan di JKM tidak perlu kerana semua rakyat berhak mendapatnya tanpa mengira kaum.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli mendesak kerajaan tidak termakan hasutan dari pihak-pihak tertentu yang berniat untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak keistimewaan orang Melayu.
"Kerajaan perlu mengutamakan kaum pribumi terlebih dahulu. Tidak wajar untuk berbuat demikian kerana kita perlu beri keistimewaan kepada kaum pribumi di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia, Mohammad Nazlee Aziz Yeop menegaskan, keputusan itu dikhuatiri akan lebih menyebabkan ketegangan kaum.
"Kita selama ini hidup dalam harmoni dengan identiti kaum masing-masing. Kenapa perlu dihapuskan pula identiti-identiti ini? Berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan yang kontroversi seperti ini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140508/dn_03/Keputusan-hapus-ruangan-kaum-dalam-borang-hakis-identiti-etnik#ixzz315FfOLlj © Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 29 April 2014
Bentang hudud atau kekal dalam pakatan
KUALA LUMPUR 28 April - Pas perlu membuktikan parti itu ikhlas memperjuangkan hudud dengan meneruskan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan walaupun mungkin terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, sekiranya Pas menarik balik hasratnya itu kerana mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang, maka, ia membenarkan tanggapan bahawa parti itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik untuk meraih sokongan umat Islam.
"Pas perlu buktikan yang parti itu lebih mementingkan hukum Islam atau terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.
"Jika Pas masih mahu terus kekal dalam pakatan dan tidak teruskan pembentangan hukum hudud di Parlimen, bermakna parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik selama ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Syed Hassan, seluruh umat Islam di Malaysia kini memerhati dan menanti sama ada Pas mempunyai keberanian untuk membentangkan rang undang-undang persendirian itu yang menjadi perjuangan parti itu selama ini atau tunduk dengan tekanan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.
"Kita tunggu dan lihat sama ada Pas berani atau tidak membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen. Semoga Allah SWT kuatkan iman pemimpin-pemimpin Pas," katanya.
Jumaat lalu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menegaskan, sekiranya Pas bertegas meneruskan rancangannya untuk membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hukum hudud itu yang merupakan bukan agenda yang dipersetujui dalam kerangka pakatan pembangkang, maka parti itu sewajarnya mengambil langkah terhormat dengan berundur daripada pakatan pembangkang.
Anthony berkata, sebagai sebuah parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, Pas perlu menghormati dan mengikuti asas-asas pemuafakatan yang telah dipersetujui.
Namun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyangkal dakwaan DAP dan PKR bahawa bahawa Majlis Pimpinan Pakatan pembangkang telah membuat keputusan menolak pelaksanaan hukum hudud dan menegaskan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam majlis tersebut.
Thursday, 17 April 2014
Bantah hudud: DAP, PKR biadab, tidak hormat Islam
KOTA BHARU 16 April - Bantahan terbuka oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini disifatkan sebagai melampau dan biadab kerana tidak menghormati agama Islam.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hampir 95 peratus rakyat Kelantan adalah umat Islam manakala hukum hudud yang dicadangkan kerajaan negeri adalah untuk golongan itu sahaja.
Sehubungan itu kata beliau, dua parti pembangkang tersebut khususnya DAP yang langsung tidak mempunyai wakil di Kelantan tidak layak mencampuri urusan orang Islam yang mahu menegakkan syariat Islam di negeri ini.
DAP selama ini menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah tetapi menghalang hak umat Islam melaksanakan hudud yang merupakan ajaran Islam.
Mereka selalu bersuara mengenai hak asasi, demokrasi dan kebebasan agama namun bila datang hal kepentingan orang Islam, mereka memberi berbagai alasan.
Tindakan ini sungguh biadab dan DAP serta sekutu-kutunya jelas tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus menghina umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat membawa usul hudud ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.
Kelmarin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, parti itu akan mematuhi perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan pada 2011 yang antara lain tidak akan melaksanakan hudud demi menghormati penentangan konsisten oleh DAP.
DAP pula menegaskan, kesemua 38 ahli Parlimen parti itu telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan Pas dalam sidang Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut Ibrahim berkata, sudah tiba masa untuk Pas mengkaji semula kerjasama parti itu dengan sekutunya yang semakin berani memperlekeh dan mempertikaikan ajaran agama Islam.
Isu ini satu cabaran untuk Pas dan adakah parti ini akan terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan tidak menghormati agama kita?," soal beliau.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140417/po_03/Bantah-hudud-DAP-PKR-biadab-tidak-hormat-Islam#ixzz2z6a3Hf7C © Utusan Melayu (M) Bhd
Friday, 11 April 2014
HUDUD - Harap bukan satu lagi gimik politik Pas
Ibrahim Ali
KOTA BHARU 8 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berharap hasrat kerajaan Pas Kelantan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bagi melaksanakan hukum hudud di negeri ini bukan satu lagi gimik politik parti itu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, memandangkan isu tersebut telah lama dijanjikan oleh Pas namun tidak pernah dikotakan, umat Islam di negeri ini tidak mahu tertipu sekali lagi dengan pengumuman terbaharu itu.
"Sebagai rakyat Kelantan, saya menyokong sejuta peratus, menyokong penuh ibarat air di dalam cawan yang akan tumpah (kerana penuh) dengan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
"Diharap kali ini bukan gimik lagi kerana umat Islam Kelantan sudah tertipu begitu lama. Bagaimanapun, saya masih ragu-ragu sehinggalah perkara ini menjadi kenyataan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob baru-baru ini mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri ini menjelang 2015.
Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.
Mengulas lanjut, Ibrahim menggesa Pas tetap mengotakan janji melaksanakan hudud meskipun menerima bantahan sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang.
"Saya nak tengok, Pas lebih takut kepada Allah atau takut kepada (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan DAP?
"Pas sebenarnya menjadi lebih hebat dalam menunaikan amanah Allah jika membawa usul berkaitan hudud bukan sahaja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia, seiring dengan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140409/po_03/Harap-bukan-satu-lagi-gimik-politik-Pas#ixzz2yXagSytb © Utusan Melayu (M) Bhd
Thursday, 27 March 2014
Pembangkang tiada hak mendesak
MUKAH 26 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mempunyai sebarang niat jahat apabila datang dan mengembangkan pengaruh ke Sabah dan Sarawak.
Menurut Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali, perjuangan Perkasa di bawah pimpinan Presiden, Datuk Ibrahim Ali hanya untuk mempertahankan hak kaum Melayu dan bumiputera di dua negeri ini yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Sehubungan itu, katanya, tiada sebab untuk pihak pembangkang dan aktivis di negeri ini mendesak kerajaan negeri supaya menyekat kemasukan Ibrahim serta Perkasa dari Semenanjung memasuki Sarawak.
"Mengapa perlu halang Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa ke Sarawak? Jika halang Perkasa ke Sarawak bermakna tindakan itu ibarat menghalang hampir 500,000 ahli Perkasa masuk ke Sarawak.
"Bagaimana dengan lebih 4,000 ahli Perkasa di Sarawak sekarang? Adakah mereka perlu dihalau keluar juga?" katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari Ini.
Beliau menjawab kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendesak kerajaan negeri agar menghalang Ibrahim dan Perkasa memasuki Sarawak disiarkan dalam akhbar tempatan, The Borneo Post kelmarin.
Menurut Chee How, Ibrahim dan Perkasa sepatutnya tidak dibenarkan datang ke Sarawak kerana pernah menyinggung perasaan umat Kristian sebelum ini berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
Mengulas lanjut, Syed Hassan berkata, apa alasan Chee How untuk menghalang Ibrahim dan Perkasa memasuki Sarawak sedangkan pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) itu tidak pernah melakukan kesalahan kepada kerajaan negeri ini.
"Jika halang Ibrahim kerana isu kalimah Allah, apakah Sarawak juga perlu halang Yang di-Pertuan Agong dan beberapa Sultan kerana pernah bertitah hanya umat Islam sahaja boleh guna Kalimah Allah?
"Tidak bolehkah Chee How menganggap titah Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Melayu itu melampau dan penghasut juga?" ujarnya.
Menurut Syed Hassan, rakyat majoriti bumiputera di Sarawak rata-rata ketinggalan disebabkan kaum bukan bumiputera membolot sebanyak-banyaknya hasil negeri ini.
Katanya, keadaan itu menjadi punca dan sebab Perkasa memasuki Sarawak atas permintaan kaum bumiputera di negeri ini.
Tambahnya, Jawatankuasa Penyelaras Perkasa Negeri Sarawak (Perkasa Sarawak) sudah bertapak di negeri ini sejak 2009 tetapi belum pernah lagi melakukan kekacauan atau menghina kaum bukan bumiputera di sini.
"Sepatutnya bumiputera di Sabah dan Sarawak menyokong dan mengalu-alukan Perkasa ke negeri mereka kerana Perkasa memperjuangkan kepentingan bumiputera jauh berbeza dengan PKR dan DAP yang memperjuangkan kesamarataan.
"Bagi PKR dan DAP, kaum lain boleh membolot segalanya atas dasar liberalisasi tanpa ada kepentingan kaum bumiputera lagi pada mereka. Sepatutnya PKR dan DAP yang perlu dihalang masuk ke Sarawak," katanya.
Mengenai Peter John Jaban, seorang aktivis Hak Asasi Manusia yang senada dengan Chee How, Syed Hassan berkata, adalah lebih baik bagi beliau memperjuangkan nasib kaumnya daripada masyarakat keturunan lain yang mahu memonopoli ekonomi negeri ini.
Jika kamu perjuangkan hak asasi kamu sepatutnya pertahankan hak orang untuk menyeberangi sempadan juga.
Syed Hassan turut mempersoalkan kenapa ada pihak yang memperjuang hak asasi manusia untuk membenarkan hubungan seks sejenis tidak dihalang memasuki Sarawak, manakala mereka yang memperjuangkan hak kaum sendiri disekat daripada melangkah sempadan negeri atau negara.
"Perjuang hak asasi manusia bersungguh-sungguh memperjuangkan kebebasan sesuatu perbuatan melangkau undang-undang agama tertentu tetapi tidak perjuangan hak orang melintasi sempadan melangkau undang-undang imigresen sesebuah negeri atau negara," katanya.
"Inikah nama namanya Perjuang hak asasi manusia bersungguh-sungguh memperjuangkan kebebasan sesuatu perbuatan melangkau undang-undang agama tertentu tetapi tidak perjuangan hak orang melintasi sempadan melangkau undang-undang imigresen sesebuah negeri atau negara. Inikah nama namanya perjuang hak asasi manusia?.
"Ibrahim dan ahli Perkasa adalah rakyat negara ini dan sepatutnya bebas mahu ke mana-mana sahaja dalam negara ini seperti mana kamu (Chee How) bebas ke Semenanjung," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140327/po_01/Pembangkang-tiada-hak-mendesak#ixzz2x7O7cDWZ © Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)

















