Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label TPM. Show all posts
Showing posts with label TPM. Show all posts

Tuesday, 27 October 2015

Friday, 21 August 2015

Wednesday, 29 July 2015

Ahmad Zahid TPM baharu

NORLIZA ABD. RAHMAN, SAIFULIZAM MOHAMAD DAN SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH | 29 Julai 2015 1:29 AM



PUTRAJAYA 28 Julai - menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Selain memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid kekal sebagai Menteri Dalam Negeri.

Rombakan kali pertama selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu turut menyaksikan pengguguran empat orang menteri antaranya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri G. Palanivel serta seorang timbalan menteri selain perubahan portfolio menteri-menteri sedia ada.

Susunan baharu Kabinet hari ini juga menyaksikan pelantikan tujuh menteri baharu terdiri daripada Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Hamzah Zainudin, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak.

Selain itu sembilan timbalan menteri baharu turut dilantik antaranya, Datuk Mohd. Johari Baharum; Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Kesemua pelantikan baharu menteri dan timbalan menteri itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Perubahan portfolio pula membabitkan dua menteri dan seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Ahmad Maslan manakala Datuk Seri Idris Jusoh diberi tanggungjawab memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi yang diwujudkan semula dalam rombakan Kabinet kali ini.

Susunan baharu anggota Jemaah Menteri dan timbalan menteri itu berkuatkuasa esok.

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, keputusannya menggantikan Muhyiddin dengan Ahmad Zahid dibuat selepas mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.

Kata beliau, begitu juga de­ngan keputusannya menggugurkan empat orang menteri dan seorang timbalan menteri serta perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira faktor yang sama.

“Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PRU-13,” katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan keputusan menggantikan Muh­yiddin sebagai satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan supaya Jemaah Menteri dapat berge­rak sebagai satu pasukan yang jitu.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khid­mat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi dalam pentadbiran kerajaan,'' katanya lagi.

Najib berkata, rombakan Kabinet hari ini bertujuan memperkukuh­kan lagi barisan Jemaah Menteri untuk menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan,” katanya.

Sementara itu Najib berkata, beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

Namun demikian katanya, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara, juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

“Insya-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baharu ini dapat meneruskan hasrat kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada kerajaan BN,” kata Perdana Menteri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahmad-zahid-tpm-baharu-1.118198#sthash.XpxGgJaH.dpuf


Muhyiddin terima dengan hati terbuka

MUZDALIFAH MUSTAPHA | 29 Julai 2015 1:29 AM



Muhyiddin Yassin sewaktu keluar dari kediamannya di Damansara untuk memberi kenyataan media berhubung pengguguran beliau daripada barisan Kabinet semalam. BERNAMA

PUTRAJAYA 28 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima dengan hati terbuka penggugurannya daripada barisan Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk me lantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhi dmat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua jabatan, pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dengan penuh amanah.

Beliau turut sentiasa menyokong semua dasar kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri selama dalam perkhidmatannya.

Walau bagaimanapun jelasnya, hanya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beliau mempunyai prinsip dan pendirian sendiri.

“Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya reda,” katanya.

Walau bagaimanapun Muhyiddin bertekad untuk setia kepada perjuangan UMNO selaku Timbalan Presiden dan berjanji akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

“Saya akan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuh kan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. Kepada Allah saya berserah,” katanya.

Muhyiddin memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun iaitu sejak 10 April 2009 dan turut memegang portfolio Kementerian Pendidikan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh merupakan Timbalan Presiden UMNO sejak 2009 selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada Pemilihan UMNO 2009.

Muhyiddin yang memulakan karier dalam politik sekitar tahun 1971 telah memegang pelbagai portfolio sebelum ini antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Besar Johor.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/muhyiddin-terima-dengan-hati-terbuka-1.118196#sthash.UWpjr7JA.dpuf


Tuesday, 28 July 2015

JELAPANG: BERANIKAH NAJIB GUGURKAN MUHYIDDIN?

JELAPANG: BERANIKAH NAJIB GUGURKAN MUHYIDDIN?: Sebuah blog pro-Najib Razak melaporkan ROMBAKAN KABINET akan dibuat hari ini. DIGUGURKAN. 1. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin...

Monday, 27 July 2015

Putra Merdeka: Beza Jihad Dan Khianat..!

Putra Merdeka: Beza Jihad Dan Khianat..!: Apabila Muhyiddin bercakap benar dan berterus terang semalam maka para penjilat berbayar mengutuk dan mencerca beliau dengan label pengk...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: ( KEMASKINI Video ) 1MDB - Muhyiddin Buat Comeback...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: ( KEMASKINI Video ) 1MDB - Muhyiddin Buat Comeback...: KEMASKINI  7:30 AM - Kena tonton video Muhyiddin ni ! Dari Astroawani - KLiK . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menya...

APANAMA: 1MDB - Timbalan Perdana Menteri desak penjelasan N...

APANAMA: 1MDB - Timbalan Perdana Menteri desak penjelasan N...: Dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan krisis politik, ketirisan kepercayaan umu...

CELAH GELEGAR: [VIDEO][PANAS] Kalau Parlimen bubar esok, BN KALAH...

CELAH GELEGAR: [VIDEO][PANAS] Kalau Parlimen bubar esok, BN KALAH...: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan daripada maklum balas rakyat akar umbi yang dilihat mula menunjukkan...

Tuesday, 7 July 2015

Kesejahteraan rakyat terus diutamakan

07 Julai 2015 1:51 AM


MUHYIDDIN YASSIN

MUAR 6 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan tetap mengutamakan kesejahteraan rakyat walaupun dalam keadaan negara kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi dunia yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri mengakui memang terdapat isu dan permasalahan yang dihadapi tetapi kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab menjaga dan kebajikan rakyat seperti dilaksanakan sebelum ini.

“Bukan mudah buat pemimpin untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bahasa yang berbeza, namun perkara itu telah terbukti kerajaan yang ada mampu melakukan segalanya untuk rakyat.

“Banyak kejayaan yang sudah kita kecapi dan menjadi dasar kerajaan yang ada untuk membantu semua kaum dan golongan,” katanya ketika berucap sebelum Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat di Surau Saadiah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebanyak RM250,000, Uda Holdings Berhad (RM150,000) dan Bank Rakyat (RM100,000).

Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed; ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Pengurus Besar Uda Holdings, Datuk Ahmad Abu Bakar; Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipolbahri Suib dan Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat, Azman Abd. Aziz.

Muhyiddin berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias perkembangan ekonomi dunia yang lembab, namun pelbagai usaha dilakukan semata-mata untuk meringankan beban rakyat.

“Walaupun keadaan tidak menentu, rakyat kita tetap bertuah kerana keadaan yang masih aman dan banyak bantuan telah kita berikan demi untuk meringankan beban rakyat. Contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pada masa yang sama bantuan seperti itu tidak diberikan kepada rakyat di negara lain,” katanya.

Tegasnya, kerajaan akan memastikan kepentingan rakyat terbesar diberikan keutamaan berbanding golongan yang berkepentingan.

“Kerajaan akan memastikan tidak ada golongan tertentu yang tercicir,’’ katanya.

Beliau berkata, keadaan ketika ini sudah berubah apabila kakitangan kerajaan sendiri ada yang merungut kepadanya berkaitan kesusahan hidup ketika ini.

“Saya ada menerima pelbagai aduan. Sebagai orang nombor dua negara (Timbalan Perdana Menteri) ramai bertanyakan hala tuju negara, ekonomi, permuafakatan, saya ambil serius semua keluhan dan kebimbangan ini.

“Ada juga kakitangan kerajaan yang mengadu hidup kini dalam kesempitan berikutan kenaikan harga barang, percayalah saya faham masalah dihadapi penduduk dan keadaan sekarang jauh berubah,” katanya.

Justeru, sempena Ramadan yang dibuka pintu rahmat, pengampunan, taufik dan hidayah, beliau meminta rakyat supaya bersolat hajat dan berdoa supaya negara agar terus kekal aman tanpa pergolakan yang boleh membawa musibah.

“Apa yang berlaku, saya lihat adalah sebagai cabaran pemimpin untuk mengatasi perkara itu dan yang lebih penting bagaimana untuk menjadikan kerajaan yang ada terus kuat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kesejahteraan-rakyat-terus-diutamakan-1.111464#sthash.6dHZ9DIC.dpuf

Thursday, 21 May 2015

APANAMA: Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB

APANAMA: Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB: Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang h...

Friday, 6 February 2015

Harga barang: Muhyiddin minta penjelasan

ABDULLAH DAN ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN | 06 Februari 2015 2:21 AM



LIPIS 5 Feb. - Pemborong, pengilang dan pembekal perlu memberi penjelasan berhubung isu harga barangan yang disuarakan pengguna berikutan penurunan harga petrol serta diesel.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu bagi membolehkan kerajaan mengetahui alasan dan punca mengapa mereka tidak menurun­kan harga jualan barangan masing-masing sedangkan kos pengangkutan serta minyak menurun dengan ketara.

“Penting untuk dikaji dan diteliti apakah faktor-faktor yang menyebabkan harga barangan tidak turun. Kita akan mendapatkan penjelasan dan keterangan daripada pembekal dan pengeluar.

“Mereka boleh memberitahu mengapa tidak dapat menurunkan harga, apakah atas faktor lain dan jika boleh kita tangani, mungkin kita boleh bantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan wang ihsan mangsa banjir di Kampung Aur Gading, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Muhyiddin berkata, berikutan itu, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Kos Sara Hidup dalam tempoh terdekat bagi membincangkan secara lebih terperinci isu berkenaan.

Menurutnya, ini termasuk meneliti laporan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan agensi terlibat dari segi urusan melindungi pengguna, mengawal harga, sumber serta rantaian bekalan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh membuat andaian tentang isu itu sehingga mengetahui maklumat sebenar dan memperoleh data yang tepat.

“Ini kerana semua pihak hendak mengetahui cara untuk menurunkan kos sara hidup. Bantuan kerajaan berterusan tetapi harga barangan tidak turun seperti kita jangkakan,” katanya.

Tambah beliau, penting untuk melihat apa yang boleh dilakukan kerajaan untuk melindungi hak pengguna tetapi pada masa sama, terdapat aspek perlu difahami melibatkan pemborong dan pembekal.

Sebab itu, kata beliau, dalam isu tersebut, semua pihak tidak boleh bersikap terburu-buru dan emosional tetapi realistik.

“Pastinya harapan rakyat dengan harga minyak dan inflasi yang sudah turun, untuk itu bermakna harga barangan tidak patut kekal.

“Sudah pasti ada cara untuk menurunkannya dan persatuan-persatuan pengguna boleh memainkan peranan cara bagaimana berhemah berbelanja serta lain-lain,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-barang-muhyiddin-minta-penjelasan-1.56555#sthash.1gvmePRO.dpuf

KOMEN : LOGIK KE KALAU TEH TARIK LEBIH MAHAL DARI RON 95?

Tuesday, 25 November 2014

Pelan khas selamatkan Cameron Highlands

25 November 2014 2:54 AM


MUHYIDDIN YASSIN bersama Adnan Yaakob dan Zambry Abd. Kadir ketika meninjau keadaan tanah yang diteroka dan dijadikan kebun berdekatan Habu TNB Station, Habu, Cameron Highlands, semalam. – UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SIDIN

CAMERON HIGHLANDS 24 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelan tindakan jangka panjang untuk menyelamatkan Cameron Highlands daripada penerokaan tanah haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut beliau, antara langkah segera ialah agensi berkenaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan berterusan.

Selain itu, beliau mengarahkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa meneliti semula pelan pembangunan yang telah diluluskan di kawasan tanah tinggi itu sama ada perlu diperbaiki atau disesuaikan untuk memastikan tiada projek yang memberi kesan terhadap alam sekitar.

“Kita akan terus menempatkan agensi penguat kuasa di sini sehingga masalah ini selesai. Kita mahu masyarakat melihat betapa seriusnya kerajaan mengatasi isu-isu di sini.

“Kita tidak mahu operasi di sini hanya sementara dan apabila kita (penguat kuasa) balik, penyangak-penyangak ini akan datang semua, PATI kembali membanjiri kawasan ini.

“Matlamat pelan ini adalah untuk Cameron Highlands kembali ke zaman kegemilangannya sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Menurut Muhyiddin, semua agensi Persekutuan, negeri dan daerah perlu bertindak tegas me­ngatasi penerokaan tanah haram dan kebanjiran PATI tanpa kompromi.

Beliau berkata, menurut maklumat Pejabat Peguam Negara, tiada masalah untuk mengambil tindakan mengikut perundangan dalam soal tanah, PATI, penerokaan tanah haram dan alam sekitar.

“Semua instrumen undang-undang sudah cukup, yang penting adalah penguatkuasaan...penguatkuasaan... penguatkuasaan.

“Agensi berkaitan perlu menjalankan tugas. Jika ada kesukaran untuk menjalankan tugas seperti ada ancaman, pegawai yang berkenaan kena membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, selepas mesyuarat tersebut, Muhyiddin menyampaikan bantuan kepada 10 mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di Ringlet pada 5 November lalu.

Beliau turut melawat kawasan bencana, meninjau Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembah Bertam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelan-khas-selamatkan-cameron-highlands-1.28976#sthash.9g7dER8a.dpuf



Tuesday, 23 September 2014

UPSR : Ujian semula 9 Oktober ini

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Khair Mohamad Yusof dan Madinah Mohamad sewaktu sidang akhbar mengenai kes kebocoran kertas Matematik dan Bahasa Tamil bagi UPSR 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia,Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 22 Sept. - Kementerian Pendidikan hari ini mengesahkan kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diambil pada 10 September lalu dibatalkan selepas disahkan berlaku kebocoran.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, berikutan itu semua murid terbabit perlu menduduki semula kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober depan.

Beliau berkata, langkah melaksanakan semula ujian tersebut terpaksa dilakukan bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR.

"Semalam Lembaga Peperiksaan mengesahkan kertas ujian Matematik 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (sekolah jenis kebangsaan Cina), 035/1 (sekolah jenis kebangsaan Tamil), Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR 2014 telah didapati bocor.

"Sehubungan itu, pihak Lembaga Peperiksaan telah memaklumkan bahawa semua kertas terbabit dibatalkan dan tarikh baharu ujian ditetapkan pada 9 Oktober ini setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik seperti percetakan dan pengedaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai pembatalan kertas mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil UPSR 2014 di Bangunan Kementerian Pendidikan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.

Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai Lembaga Peperiksaan yang mendakwa kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil juga bocor selepas insiden sama berlaku terhadap kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Menurut Khair, sebagai langkah serta-merta pihaknya juga sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.

Sementara itu, beliau turut memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak berikutan insiden kebocoran empat kertas UPSR tersebut.

Khair berkata, beliau amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak terlibat.

Katanya, arahan juga telah dikeluarkan kepada semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti serta memberi khidmat kaunseling kepada murid yang memerlukan.

"Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.

"Dengan ini saya telah pun mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September lalu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140923/dn_06/Ujian-semula-9-Oktober-ini#ixzz3E6jkmI7H  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PRK PENGKALAN KUBOR : Muhyiddin berkempen 'ala Kelantan'


Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) bersama Mustapa Mohamed (kiri), Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (dua dari kiri) dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat dari kiri) beramah mesra dengan nelayan di Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 21 Sept. - Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sekakat ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya menjadi individu paling sibuk dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail.

Sejak dari hari pengumuman serta penamaan calon pada 10 dan 13 September lalu, Timbalan Perdana Menteri tanpa mengenal erti penat sentiasa berada di negeri ini bagi membantu kempen calon BN selain memberi sokongan moral kepada jentera parti di sini.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN tidak kekok untuk bersama-sama dengan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk berkempen 'ala Kelantan' iaitu berkunjung dari rumah ke rumah dan berbual di kedai kopi di segenap ceruk kawasan ini.

Rakyat dari segenap lapisan umur dan latar belakang dapat mendekati mereka tanpa ada sebarang protokol untuk menyampaikan aduan secara terus.

Cara untuk mendekati pengundi di negeri ini agak berbeza, mereka mahukan sentuhan secara terus dari pemimpin atasan kerana dengan cara itu sahaja segala yang terbuku di hati dapat diluahkan.

Komitmen yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin ini sekali gus memberi semangat kepada calon dan jentera BN terus bekerja keras dalam mempertahankan kerusi DUN ini.

Selepas tarikh pengumuman dan penamaan calon, Timbalan Perdana Menteri sudah tiga kali mengadakan lawatan ke negeri ini.

Pada 16 September lalu, beliau meluangkan masa sehari di negeri ini bertemu masyarakat Siam di Wat Machimaran, Kampung Jubakar Darat selain mengunjungi rumah penduduk di Kampung Bendang Pok Yong di sini.

Lawatan Muhyiddin di kedua-dua tempat itu disambut meriah oleh masyarakat dengan rata-rata daripada mereka turut melahirkan rasa sebak dengan kehadiran pemimpin kedua tertinggi negara itu.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut melawat Pondok Simpangan untuk bertemu pelajar-pelajar yang dididik oleh Mat Razi dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Selang tiga hari kemudian, Muhyiddin kembali lagi ke negeri ini untuk bertemu dengan warga pendidik dan golongan nelayan di kawasan itu.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua golongan terbabit mengambil kesempatan meluahkan permasalahan mereka.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi datang ke negeri ini dengan menghadiri beberapa program ramah mesra dengan penduduk di kawasan ini.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri itu akan diteruskan lagi esok sehingga hari mengundi pada 25 September ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140922/po_07/Muhyiddin-berkempen-ala-Kelantan#ixzz3E66jAfNK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 18 September 2014

UPSR: 3 guru direman

Oleh NORLIZAH ABAS dan TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA polis membawa tiga guru untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan UPSR di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 17 Sept. - Tiga lagi guru termasuk seorang wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka yang berumur di antara 24 dan 36 tahun bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Jumlah itu menjadikan seramai lapan individu termasuk seorang jurutera berusia 34 tahun dan seorang guru besar ditahan reman sejak Isnin lalu.

Jurutera lelaki itu yang bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak serta menetap di Kemaman, Terengganu direman selama empat hari bermula semalam.

Esok, tahanan reman empat hari bermula Isnin lalu terhadap tiga guru termasuk seorang guru besar dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Sentul di ibu negara, selesai.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 iaitu kesalahan memiliki dan mendedahkan kepada umum bahan rasmi yang dikategorikan sebagai rahsia kerajaan secara salah.

Kesemua individu terbabit ditahan di beberapa tempat sekitar Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan ibu negara.

Polis turut merampas beberapa gajet telekomunikasi milik mereka bagi membantu siasatan.

Pada 10 September lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan peperiksaan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 UPSR yang sepatutnya diduduki pada Khamis lalu ditunda berikutan berlaku kebocoran kertas peperiksaan tersebut.

Keesokan harinya, peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 yang telah diduduki pelajar pula dibatalkan ekoran masalah yang sama.

Keadaan itu memaksa LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Sementara itu, polis menahan seorang guru wanita di Labis, Johor dan seorang guru lelaki di Nilai, Negeri Sembilan lewat petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kedua-dua guru itu akan direman esok di Putrajaya.

Penahanan terbaharu itu menjadikan kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan kebocoran soalan UPSR meningkat kepada 12 orang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140918/ma_01/UPSR-3-guru-direman#ixzz3DdA8en00  © Utusan Melayu (M) Bhd


Friday, 12 September 2014

PETUNJUK DARI JOHOR

JUMAAT, 12 SEPTEMBER 2014 @ 5:10 AM

Oleh Nor Hana Kadri Dan Siti Roslina Abdullah



Vientiane: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sengaja untuk mensabotaj dirinya dan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri yang marah dengan kejadian itu mengumumkan penubuhan jawatankuasa bebas bagi menyiasat sehingga ke akar umbi bagi mengenal pasti dalang di sebalik perbuatan itu.

Lembaga Peperiksaan juga perlu mengambil tindakan sewajarnya di peringkat dalaman bagi memastikan ia tidak berulang, selain mencari siapa yang bertanggungjawab.

Kenal pasti pihak terbabit

"Saya tidak mahu membuat ramalan sama ada pegawai dalam Lembaga Peperiksaan terbabit. Laporan polis sudah dibuat supaya siasatan terperinci dimulakan bagi mengenal pasti pihak yang terbabit.

"Ini amat serius dan berharap polis ambil tindakan tegas dan kenakan hukuman seberat mungkin bila dalangnya dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Kesan siapa dalang - TPM - INI KERJA SYAITAN HARAMJADAH ...

Daripada HAMDEN RAMLI
pengarang@utusan.com.my

SEBAHAGIAN calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada murid Orang Asli berada di luar kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Mas, Sungai Lembing, Kuantan, semalam, selepas peperiksaan itu dibatalkan. - UTUSAN/MAHATHIR ALI


VIENTIANE (Laos) 11 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengesan dalang yang membocorkan kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Sambil menyatakan rasa amat marah dan dukacita atas kejadian itu, beliau menjelaskan, satu jawatankuasa bebas telah ditubuhkan bagi mengesan punca perkara itu berlaku.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, jawatankuasa bebas dianggotai pakar dan pegawai berpengalaman dalam pendidikan itu juga akan mengkaji keseluruhan prosedur operasi standard (SOP) penyediaan dan pengendalian kertas soalan bagi mengelakkannya berulang pada masa depan.

"Saya sedar dan faham perasaan ibu bapa dan murid. Malah sama seperti mereka, saya berasa amat terkilan. Saya memandang amat berat perkara ini yang bukan sahaja serius tetapi amat serius kerana menjejaskan integriti kementerian. Mungkin ada pihak cuba lakukan sabotaj," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN Kelapan (ASED) yang bermula di sini hari ini.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan pembatalan ujian UPSR bagi kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 kerana didapati berlaku kebocoran.

Semalam, lembaga itu mengumumkan penangguhan kertas Sains kerana didapati berlaku kebocoran. Ujian semula kedua-dua kertas berkenaan telah ditetapkan 30 September ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha menggantikan kertas-kertas soalan bocor tersebut tidak dapat dilakukan segera kerana perlu melalui prosedur tertentu bagi memberi layanan adil dan saksama kepada murid.

Katanya, setakat ini tidak berlaku kebocoran kertas soalan UPSR lain bagi mata pelajaran yang telah diduduki murid.

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan menerusi laman web rasminya menafikan khabar angin yang tersebar bahawa UPSR 2014 dibatalkan. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140912/dn_06/Kesan-siapa-dalang---TPM#ixzz3D3Tqfoo4  © Utusan Melayu (M) Bhd