Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Thursday, 7 May 2015

Thursday, 23 April 2015

Putra Merdeka: Padah Berkira Dengan hamPAS..!

Putra Merdeka: Padah Berkira Dengan hamPAS..!: Itu memang kegemaran Mad..! anak tamby jual ice cream azmin pun kenal kecenderungan Mad..! Bukan sahaja janda malah bini orang pun Mad m...

Wednesday, 22 April 2015

Thursday, 26 February 2015

PRK : BN tidak bertanding PRK DUN Chempaka

Tumpu pemulihan banjir, perpaduan ummah

HUSSAINI AMRAN DAN KAMIL MASLIH | 26 Februari 2015 1:38 AM



Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin mendengar sesuatu yang dikatakan oleh Hishammuddin Tun Hussein sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn PWTC Kuala Lumpur, malam tadi. Turut sama, Tengku Adnan Tengku Mansor. – Utusan/Abdul Razak Latiff


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.

Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan serta UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.

Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, pada masa ini, tumpuan perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah.

“Kita tengok masih banyak lagi mangsa banjir yang belum menerima bantuan.

“Selain itu, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha-usaha membawa kepada perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan politik, perpaduan ummah perlu diutamakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Perdana Menteri menambah, keputusan untuk tidak meletakkan calon itu bukan perkara baharu kerana BN juga tidak bertanding pada PRK Parlimen Bukit Gelugor tahun lalu.

“Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding tetapi UMNO tidak akan meletakkan calon,” jelasnya ketika ditanya tentang kemungkinan calon Bebas bertanding dalam PRK DUN Chempaka.

Berhubung persiapan menghadapi kemungkinan PRK di Parlimen Permatang Pauh, Najib berkata, BN akan membuat keputusan setelah tafsiran Perlembagaan Persekutuan terhadap petisyen yang dikemukakan penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dinasihatkan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Persekutuan itu dan SPR akan tentukan tarikh.

“Bila SPR tentukan tarikh, MT UMNO akan buat keputusan dan umumkan bila sampai masanya kelak,” katanya.

Status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh masih belum ditentukan selepas anaknya, Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bn-tidak-bertanding-prk-dun-chempaka-1.63798#sthash.0mv06yB4.dpuf


Monday, 29 September 2014

POLITIK : Mat Razi mula tugas sebagai wakil rakyat


Mat Razi Mat Ail (kiri) beramah mesra dengan penduduk, Bunga Jusoh (dua dari kiri) dan Kalsom Jusoh semasa membuat kunjungan mesra di Pasar Getting, Tumpat, Kelantan, semalam. - BERNAMA

TUMPAT 26 Sept. - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail memulakan tugas pada hari pertama dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal pukul 9 pagi.

Terdahulu, beliau mengunjungi ibunya, Habsah Ismail, 65, di Kampung Simpangan bagi memohon restu sebelum memulakan tugasnya.

Mat Razi turut mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga di Pasar Kampung Geting selama kira-kira 30 minit.

Bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat itu ketika ditemui berkata, isu kebajikan, pembangunan ekonomi dan kemudahan infrastruktur akan menjadi fokus utamanya selain menyambung perancangan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

"Tumpuan membantu golongan miskin dan anak yatim juga akan diberikan kerana sebagai pengundi di DUN Pengkalan Kubor, mereka turut menyumbang kepada kemenangan BN (semalam) menerusi undi yang dibuat.

"Insya-Allah, saya akan berusaha membawa kemajuan di DUN Pengkalan Kubor supaya rakyat di sini tidak kecewa kerana sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi signal untuk turut membantu," katanya.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor semalam, BN berjaya mempertahankan kerusi yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut tersebut dengan jumlah majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.

Mengulas lanjut, Mat Razi berkata, segala bentuk usaha yang mahu dilaksanakan akan dibincang bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz terlebih dahulu.

"Itu (berbincang dengan parti) bukan bermakna saya tiada idea. Saya lebih suka bermusyawarah. Sudah menjadi prinsip saya. Saya lebih suka berbincang, apapun perlu bermusyawarah bagi mendapatkan pandangan orang lain sebelum buat keputusan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140927/po_04/Mat-Razi-mula-tugas-sebagai-wakil-rakyat#ixzz3EgVGEqRk  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 26 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : Barisan Nasional menang besar


Muhyiddin Yassin menjulang tangan Mat Razi Mat Ail (tiga dari kiri) sebagai meraikan kemenangan di Pusat Pengiraan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan, semalam. Turut kelihatan Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan).

TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut selepas mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Kemenangan itu juga adalah hadiah paling bermakna kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyambut hari lahirnya yang ke-64 hari ini.

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.

Jumlah undi rosak mencatatkan penurunan iaitu 230 undi berbanding 344 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13.

Malah, BN berjaya mencatatkan kemenangan di sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berjaya menembusi dua kubu kuat Pas di PDM Ketil serta Tujoh.

Jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini menurun iaitu hanya 73 peratus atau 17,555 pengundi berbanding 78.94 peratus pada PRU lalu.

Peratusan keluar mengundi menurun kerana dikatakan kebanyakan pengundi luar tidak pulang hari ini kerana mahu menunggu cuti umum Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Pengumuman keputusan PRK itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini pukul 9 malam ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di China pada 20 Ogos lalu.

Kawasan tersebut mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

Pada PRU-13, Noor Zahidi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Terdahulu, Mat Razi yang berjubah gumbang dengan tenang ditemani isteri menunaikan tanggujawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan Simpangan di sini pada pukul 8 pagi.

Calon Pas, Wan Rosdi mengundi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Kemenangan BN itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej Pas negeri ini kerana mereka beria-ia mahu mengambil semula kerusi DUN tersebut daripada PKR.

Pas menganggap kawasan Parlimen Tumpat yang turut mengandungi Pengkalan Kubor adalah kubu kuat mereka disebabkan prestasi cemerlang di tiga lagi kawasan iaitu Kelaboran, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan pada pilihan raya umum sebelum ini.

Biarpun kemenangan BN tidak memberikan impak kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana tidak menjejaskan jumlah kerusi dalam sidang DUN namun ia membawa manfaat yang besar untuk rakyat.

Agenda yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi akan dapat diteruskan oleh Mat Razi untuk membangunkan kawasan yang bersempadan dengan pekan Tak Bai, Thailand itu.

Keputusan itu juga membuktikan isu royalti minyak yang dibawa secara agresif oleh Pas kali ini tidak memberikan sebarang kesan malah rakyat memberikan isyarat bahawa mereka sudah muak dengan retorik tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140926/po_01/Barisan-Nasional-menang-besar#ixzz3ENjTFr00   © Utusan Melayu (M) Bhd 



The Sense, Credibility and Accountability: KUNCI keMENANGan UMNO/BN dalam PILIHANRAYA yang cu...

The Sense, Credibility and Accountability: KUNCI keMENANGan UMNO/BN dalam PILIHANRAYA yang cu...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Inilah KUNCI keMENANGan kepada UMNO pada PRK DUN Pengkalan Kubor HARI ini.. 1) PENAMPILAN ...

Thursday, 25 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : SPR umum keputusan 9 malam _ SELAMAT MENGUNDI


Petugas SPR membuat persiapan terakhir di Pusat Semakan Isi Peti Undi di MRSM Tumpat, semalam.

TUMPAT 24 Sept. - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diketahui seawal pukul 7 petang esok.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pengumuman rasmi keputusan itu pada pukul 9 malam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pengumuman itu dilewatkan bagi menghormati waktu solat Maghrib dan Isyak kerana kebanyakan penduduk di negeri ini berada di masjid pada waktu tersebut.

"Kita yakin keputusan itu diperoleh lebih awal memandangkan jarak antara pusat mengundi dengan pusat penjumlahan undi adalah dekat antara satu sama lain.

"Pengiraan undi akan dibuat sebaik sahaja pusat mengundi ditutup. Jika tiada sebarang masalah, kita jangka keputusan tidak rasmi boleh diketahui seawal pukul 7 petang kerana di sini hanya ada 45 saluran mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau persiapan akhir hari pengundian PRK DUN Pengkalan Kubor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini, hari ini.

DUN Pengkalan Kubor terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan pusat penjumlahan undi akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini.

Esok sebanyak 23,929 pemilih berdaftar di DUN Pengkalan Kubor akan mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu selepas penyandang terdahulu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika mendapat rawatan kanser di China, 20 Ogos lalu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari.

Ditanya mengenai peratusan keluar mengundi, Abdul Aziz berkata, SPR menyasarkan 70 peratus pengundi berdasarkan trend dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan parti politik terlibat agar mematuhi peraturan yang termaktub dalam Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya tentang larangan berkempen selepas pukul 12 tengah malam ini.

"Parti-parti politik juga diingatkan tidak mendirikan barong atau pondok panas berhampiran pusat mengundi pada hari pengundian esok, kerana pihak SPR telah menyediakan barong bagi tujuan penyemakan status mengundi di semua pusat mengundi.

"Selain itu, aktiviti merayu dan meraih undi pada hari pengundian esok juga dilarang sama sekali dan mereka yang melanggar peruntukan itu boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya," kata beliau.

Beliau mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan dan memastikan saluran mengundi masing-masing terlebih dahulu selain tidak memakai pakaian mempunyai parti politik semasa hari mengundi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_02/SPR-umum-keputusan-9-malam#ixzz3EHtV0pen  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tuesday, 23 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : Muhyiddin berkempen 'ala Kelantan'


Muhyiddin Yassin (tiga dari kiri) bersama Mustapa Mohamed (kiri), Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (dua dari kiri) dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat dari kiri) beramah mesra dengan nelayan di Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 21 Sept. - Sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sekakat ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pastinya menjadi individu paling sibuk dalam memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail.

Sejak dari hari pengumuman serta penamaan calon pada 10 dan 13 September lalu, Timbalan Perdana Menteri tanpa mengenal erti penat sentiasa berada di negeri ini bagi membantu kempen calon BN selain memberi sokongan moral kepada jentera parti di sini.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN tidak kekok untuk bersama-sama dengan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk berkempen 'ala Kelantan' iaitu berkunjung dari rumah ke rumah dan berbual di kedai kopi di segenap ceruk kawasan ini.

Rakyat dari segenap lapisan umur dan latar belakang dapat mendekati mereka tanpa ada sebarang protokol untuk menyampaikan aduan secara terus.

Cara untuk mendekati pengundi di negeri ini agak berbeza, mereka mahukan sentuhan secara terus dari pemimpin atasan kerana dengan cara itu sahaja segala yang terbuku di hati dapat diluahkan.

Komitmen yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin ini sekali gus memberi semangat kepada calon dan jentera BN terus bekerja keras dalam mempertahankan kerusi DUN ini.

Selepas tarikh pengumuman dan penamaan calon, Timbalan Perdana Menteri sudah tiga kali mengadakan lawatan ke negeri ini.

Pada 16 September lalu, beliau meluangkan masa sehari di negeri ini bertemu masyarakat Siam di Wat Machimaran, Kampung Jubakar Darat selain mengunjungi rumah penduduk di Kampung Bendang Pok Yong di sini.

Lawatan Muhyiddin di kedua-dua tempat itu disambut meriah oleh masyarakat dengan rata-rata daripada mereka turut melahirkan rasa sebak dengan kehadiran pemimpin kedua tertinggi negara itu.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut melawat Pondok Simpangan untuk bertemu pelajar-pelajar yang dididik oleh Mat Razi dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Selang tiga hari kemudian, Muhyiddin kembali lagi ke negeri ini untuk bertemu dengan warga pendidik dan golongan nelayan di kawasan itu.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua golongan terbabit mengambil kesempatan meluahkan permasalahan mereka.

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi datang ke negeri ini dengan menghadiri beberapa program ramah mesra dengan penduduk di kawasan ini.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri itu akan diteruskan lagi esok sehingga hari mengundi pada 25 September ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140922/po_07/Muhyiddin-berkempen-ala-Kelantan#ixzz3E66jAfNK  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Monday, 22 September 2014

Islam UMNO, Pas kongsi matlamat

Oleh ZAAIN ZIN
utusankelantan@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin (kanan) beramah mesra dengan sebahagian jemaah dalam Majlis Jamuan Rakyat selepas solat Jumaat di Masjid Hidayatul Mustaqim, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 19 Sept. - Perbezaan pendapat dan ideologi politik merupakan perkara lumrah yang berlaku di mana-mana, namun tidak sepatutnya menjadikan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walau apa pun fahaman politik yang didukung, umat Islam tetap berkongsi matlamat sama iaitu mencari keredaan Allah SWT.

"Kalau dalam soal politik, kalau Pas, Paslah, kalau UMNO, UMNOlah, tak ada apa salahnya. Jadi kalau bergaduh, terutama dalam kempen pilihan raya, memang adalah sikit-sikit, tak mengapa.

"Bagaimanapun matlamat kita mesti satu iaitu mencari keredaan Allah SWT. Oleh sebab itu kita sebagai umat Islam mesti faham antara soal politik dan agama, agama lebih utama," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Jamuan Rakyat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Hidayatul Mustaqim, Pak Keral di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Timbalan Perdana Menteri dalam pada itu menambah, nikmat keamanan dikecapi Malaysia selama ini membolehkan umat Islam melaksanakan amal ibadat serta pelbagai lagi perintah Allah SWT sebaik mungkin tanpa sebarang sekatan.

Malah, kata beliau, kestabilan politik negara membolehkan pelbagai urusan melibatkan kepentingan umat Islam dapat disusun dengan teratur.

"Sebagai contoh, dalam khutbah tadi ada menyentuh soal haji dan kita tahu Tabung Haji yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan jemaah haji telah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia," katanya.

Muhyiddin turut mengumumkan bantuan sebanyak RM300,000 untuk projek membaik pulih dan menaik taraf Masjid Hidayatul Mustaqim bagi membolehkan para jemaah melakukan amal ibadat de­ngan lebih selesa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140920/po_02/Islam-UMNO-Pas-kongsi-matlamat#ixzz3E1Qa3Fwj  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 19 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : BN beri perhatian istimewa


Mustapa Mohamed (tengah) bersama jentera Wanita UMNO Pulau Pinang melaungkan Gelombang Merah ketika melawat Pusat Mengundi Telaga Bata, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 18 Sept. - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan diberikan perhatian istimewa oleh Barisan Nasional (BN) negeri ini sekiranya ia terus kekal di bawah parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) 25 September ini.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia bagi memastikan perjuangan dan perancangan yang dibuat oleh penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar diteruskan demi penduduk kawasan tersebut.

Beliau berkata, selain itu, ia juga untuk membantu calon BN, Mat Razi Mat Ail dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat sekiranya Pengasas Pondok Simpangan itu menang kelak.

"Saya amat dekat dengan Allahyarham yang pernah menjadi Setiausaha UMNO negeri selama dua penggal dan akhirnya menjadi timbalan saya (Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan).

"Allahyarham telah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat di kawasan ini dan ia perlu diteruskan di masa depan.

"BN mahu menyelesaikan beberapa perkara kecil yang masih tertangguh di DUN ini seperti masalah rumah dan longkang," katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan selepas Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Kali ini, Mat Razi ditentang oleh calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas).

Mustapa yang juga Pengarah Jentera PRK DUN Pengkalan Kubor berkata, sejak 2004, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM206 juta untuk pembangunan di kawasan ini.

"Setiap tahun sejak 2004, Kerajaan telah telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta setahun untuk pelbagai projek pembangunan dan infratsruktur di situ.

"Ia merupakan usaha yang dilakukan oleh arwah untuk membangunkan kawasan ini selepas ia diabaikan oleh Pas sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, sehingga kini, kempen PRK itu berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

"Ada kata UMNO akan membawa samseng di sini. Saya tidak lihat seorang samseng pun ada di sini.

"Sebab itu jagalah mulut dan jangan celupar bila bercakap," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140919/po_04/BN-beri-perhatian-istimewa#ixzz3DkJbabVp  © Utusan Melayu (M) Bhd


 


Wednesday, 17 September 2014

PRK : BN tidak abaikan Pengkalan Kubor


MUHYIDDIN Yassin dan Mustapa Mohamed beramah mesra dengan masyarakat Siam ketika berkunjung ke Kampung Jubakar Darat di Wat Machimaram, Tumpat, Kelantan, semalam.

TUMPAT 16 Sept. - Pas diminta berhenti daripada membuat tohmahan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut kerana ia di bawah bidang kuasa mereka sebagai kerajaan negeri.

Beliau berkata, BN hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini dan tanggungjawab mereka terbatas berbanding Kerajaan Pas Kelantan yang mempunyai kuasa yang lebih luas.

"Sebenarnya BN adalah pembangkang di negeri kita jadi pembangkang, kawasan ini pun kita pembangkang walaupun kita menang.

"Kalau ada isu berkaitan pembangunan pertamanya mesti dibuat oleh kerajaan negeri atau pun wakil Parlimen kawasan ini, bukan kita tidak bertanggungjawab tetapi biasa di kawasan mana pun keadaan begitu.

"Jadi jangan buat tohmah bahawa BN tidak bawa pembangunan kerana selama ini Allahyarham (Datuk Noor Zahidi Omar) pun pernah menjadi wakil rakyat selama tiga penggal dan buat banyak perkara di sini," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat masjid dan Pondok Simpangan, di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.

Pada majlis berasingan, Muhyiddin berkata, keperluan rakyat keturunan Siam tidak pernah diabaikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun masyarakat tersebut merupakan golongan minoriti di negara ini.

Menurut beliau, kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana kumpulan, malah berusaha memastikan rakyat tanpa mengira latar belakang dapat hidup sejahtera.

Oleh sebab itu, kata beliau, masyarakat Siam selama ini terus menerima layanan saksama dan pelbagai keistimewaan sebagaimana yang dinikmati kaum-kaum lain.

"Semua kaum, semua agama, semua pihak dalam negara ini disatukan, dibantu dan diberi pertolongan supaya rakyat tidak kira apa keturunan dapat hidup lebih baik, lebih senang, tidak susah," katanya dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Siam di Wat Machimmaram di sini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140917/po_01/BN-tidak-abaikan-Pengkalan-Kubor#ixzz3DYNSjMNG  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 11 September 2014

POLITIK : Ustaz Mat Razi calon BN PRK Pengkalan Kubor


Muhyiddin Yassin bersama Mustapa Mohamed (dua dari kanan), Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) dan Rosdi Abdul Aziz (kiri) menjulang tangan Mat Razi Mat Ail (tengah) selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri

TUMPAT 10 Sept. - Penolong Pegawai Pendidikan Tumpat yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian, Mat Razi Mat Ail diumumkan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi BN bagi PRK Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, Mat Razi menepati kriteria calon ditetapkan kerana selain mempunyai latar belakang pendidikan dan profesionalisme yang hebat, beliau juga seorang tokoh agama yang dihormati termasuk menjadi pengasas kepada sebuah sekolah pondok.

''Beliau ada kelulusan akademik, pengalaman bekerja, aktif memberi khidmat bakti kepada masyarakat, menjadi ustaz, imam dan mengasaskan sekolah pondok, jadi boleh dikatakan lengkap semuanya.

''Untuk Pengkalan Kubor ini, beliau calon yang paling sesuai dan saya minta pengundi di kawasan ini memberi sokongan kepada beliau sebagaimana sokongan kepada Allahyarham Datuk Noor Zahidi,'' katanya dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut.

Yang turut hadir isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman; Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Rosdi Abdul Aziz.

Dalam pada itu, beliau menggesa jentera BN bekerja keras dan tidak mengambil ringan PRK tersebut pada 25 September ini walaupun mempunyai kelebihan berikutan pelbagai isu yang melanda pakatan pembangkang ketika ini.

Tegasnya, BN turun sebagai 'underdog' kerana berhadapan dengan cabaran yang lebih besar kerana negeri ini dipimpin oleh Pas.

"Sebagaimana saya ingatkan kepada jentera, baik pilihan raya umum atau kecil, tiada yang mudah, kita akan berhadapan dengan cabaran yang hebat tidak kira siapa lawan yang akan bertanding. Jangan anggap mudah.

"Kita kena turun seberapa banyak mungkin ke akar umbi. Saya difahamkan ada lebih 7,000 buah rumah, kalau jentera kita dapat bertemu dengan setiap pengundi adalah lebih baik," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Noor Zahidi Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akibat kanser pada 20 Ogos lalu.

Muhyiddin kemudiannya mengumumkan Mustapa sebagai Pengarah Jentera PRK DUN Pengkalan Kubor.

"Datuk Pa (Mustapa) Pengarah PRK DUN Pengkalan Kubor. Semua askar harus taat dan setia kepada Jeneral Datuk Pa, tidak boleh ingkar, kita harus mengatur gerak kerja secara teratur dan terancang," katanya.

Sementara itu, Mat Razi berkata, beliau terkejut kerana dimaklumkan mengenai perkara itu di saat-saat akhir namun berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana menaruh kepercayaan dan memilihnya.

Katanya, untuk memastikan legasi kecemerlangan BN yang ditinggalkan penyandang bagi kerusi itu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar dapat dipertahankan, beliau amat memerlukan sokongan semua pihak.

''Siapalah saya kalau tidak tuan-tuan, tuan-tuan adalah saya dan saya adalah tuan-tuan, bantulah saya dan berilah kerjasama bagi memastikan kemenangan BN,'' katanya.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mat Razi dilahirkan di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor pada 19 November 1965.

Bapa kepada enam cahaya mata dan suami kepada Khairos Husin itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sejarah dan Persuratan Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mat Razi mula bergiat dalam politik sejak 1990 dan sepanjang tempoh itu, beliau pernah memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO cawangan Simpangan, AJK Pemuda UMNO Bahagian serta AJK UMNO Bahagian.

Selain terlibat dalam dunia politik, Mat Razi yang pernah menimba ilmu di sekolah pondok juga merupakan bekas guru al-Quran, qari, AJK dan imam sambilan di Masjid Simpangan sejak 2003 dan aktif menguruskan jemaah yang ingin mengerjakan umrah sejak dua tahun lalu.

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Simpangan, Tumpat di atas tanah wakafnya sendiri di Kampung Simpangan yang memberi pendidikan agama percuma kepada para pelajar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140911/po_02/Ustaz-Mat-Razi-calon-BN-PRK-Pengkalan-Kubor#ixzz3CyCLx5rc  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Tuesday, 2 September 2014

PRK DUN Pengkalan Kubor 25 Sept.

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

ABDUL Aziz Mohd. Yusof bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan, Mohd. Sobri Ramli (kanan) selepas menetapkan tarikh pilihan raya DUN tersebut pada 25 September manakala penamaan calon pada 13 September ketika di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 29 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan pada 13 September ini, manakala 25 September pula sebagai tarikh me­ngundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kecil itu dibuat berikutan kematian penyandang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, ketika menjalani rawatan kanser hati di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu.

"SPR telah menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Kelantan pada 24 Ogos berhubung kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor berikutan kematian Noor Zahidi.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada hari ini dan menetapkan bahawa satu PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRK kerusi DUN Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).

Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRK ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 serta digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemaskini 20 Ogos lalu.

"Daftar pemilih di kawasan berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) dan daftar pemilih itu akan mula dijual pada 8 September ini.

"Kawasan itu mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus)," katanya.

Selain itu katanya, SPR juga telah menetapkan tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara ialah pada 15 September dan untuk luar negara pada 13 September.

Beliau berkata, SPR juga telah bersetuju untuk melantik Ketua Jajahan Tumpat, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, Mohd. Sobri Ramli sebagai pengurus pilihan raya bagi memantau semua aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen.

Dalam pada itu katanya, semakan daftar pemilih boleh dibuat dengan melayari laman web www.spr.gov.my dan melalui SMS dengan menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 September atau menghubungi talian 03-88856565/09-7482510.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140830/po_01/PRK-DUN-Pengkalan-Kubor-25-Sept#ixzz3C7dbHedc  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Monday, 25 August 2014

PRK : Barisan Nasional mungkin letak calon muda di Pengkalan Kubor - TPM


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan pelajar tahfiz Al-Fath yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar dekat Pagoh, Muar, Johor, semalam.

PAGOH 24 Ogos - Timbalan Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk meletak calon muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan nanti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pihaknya sudah mengenal pasti ramai calon muda yang berwibawa untuk bertanding di kawasan berkenaan.

"Mengenai bakal calon... Kita sudah kenal pasti ramai tokoh muda berwibawa yang boleh kita ketengahkan. Saya harap ini dapat diputuskan dalam tempoh tarikh pengumuman calon diumumkan.

"Kita tahu DUN ini kawasan bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang diwakili calon kita," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini semalam.

Yang turut hadir isterinya, Puan Seri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan lebih 10,000 mengunjungi sambutan itu.

Beliau mengulas bakal calon BN yang akan bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor untuk menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pukul 5.45 pagi, Rabu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Allahyarham menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperolehi 10,174 undi.

Allahyarham yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan sejak tiga penggal juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yakin UMNO dapat mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor atas rekod perkhidmatan cemerlang Noor Zahidi dan kejayaan majoriti lebih 1,000 undi sebelum ini menjadi tanda kawasan itu milik BN selain pembangunan sosial di kawasan tersebut

Katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO, tentangan hebat akan diberikan Pas namun rakyat Kelantan dan pengundi sudah biasa dengan perkhidmatan Noor Zahidi serta isu pembangkang kebelakangan ini termasuk krisis di Selangor akan memberi kelebihan kepada BN.

"Ini semua akan menjadi pertimbangan pengundi seperti krisis politik di Selangor, pertembungan dan perbezaan pendapat yang agak ketara antara komponen pakatan Pas, DAP, PKR, rebutan kuasa, nepotisme serta kronisme.

"Saya tak kata akan jadi kelebihan tetapi pengundi akan menjadi peka, kita juga tidak akan mengambil mudah. BN akan memberikan penjelasan kepada pengundi tentang apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana BN dalam perjuangan untuk rakyat serta menguruskan hal negara," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140825/po_02/Barisan-Nasional-mungkin-letak-calon-muda-di-Pengkalan-Kubor---TPM#ixzz3BNO9IyqV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Thursday, 7 August 2014

POLITIK : Hanya sultan boleh bubar DUN

Oleh MOHD. SHARIZA ABDUULAH
pengarang@utusan.com.my

DR. AZIZUDDIN MOHD. SANI

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri terletak sepenuhnya atas budi bicara Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas menerima nasihat daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod berkata, persoalan sama ada berlaku pilihan raya di Selangor bergantung kepada keputusan Sultan Sharafuddin untuk membubarkan DUN dan tiada pihak lain termasuk parti politik mempunyai kuasa dalam hal tersebut.

Katanya, dalam kemelut pelantikan Menteri Besar baharu di Selangor, Abdul Khalid hanya boleh dipecat menerusi undi tidak percaya terhadap beliau oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan majoriti biasa sekiranya enggan melepaskan jawatan tersebut.

"Jika ada undi tidak percaya, menteri besar wajib meletakkan jawatan kecuali beliau memohon Sultan Selangor membubarkan DUN. Jika Sultan Selangor enggan, baginda boleh melantik menteri besar baharu daripada calon yang mendapat sokongan majoriti ADUN.

"Ini bermakna jika Sultan Selangor tidak membubarkan DUN, maka tiadalah pilihan raya di negeri itu. Pihak-pihak lain tidak mempunyai kuasa dalam soal ini. Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan pembubaran DUN dalam keadaan sedemikian adalah budi bicara baginda,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan bersiap sedia untuk me­ngadakan pilihan raya di negeri Selangor jika gagal menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar baharu secara lancar.

Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pilihan raya tersebut terpaksa diadakan sekiranya parti itu tidak mempunyai pilihan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Menteri Besar Sela­ngor yang baharu.

Dalam pada itu, Nik Kamal berkata, jika pilihan raya tetap dilakukan di Selangor, rakyat negeri itu mempunyai peluang kedua untuk menentukan kerajaan baharu sama ada ingin meneruskan dengan pakatan pembangkang sebagai pentadbir negeri atau memilih semula Barisan Nasional (BN).

Katanya, PKR boleh diramalkan hilang beberapa kerusi DUN atas dasar kehilangan kepercayaan pengundi terhadap parti itu kerana masalah dalaman yang timbul ekoran krisis penggantian menteri besar dan masalah ketika pemilihannya baru-baru ini.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, pakatan pembangkang boleh kehilangan kuasa di negeri Selangor jika pilihan raya diadakan berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan wujud percanggahan pendapat sesama mereka khususnya antara pemimpin PKR dan Pas berhubung isu Menteri Besar.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, situasi yang berlaku itu memberi ke­lebihan kepada BN khususnya dalam meraih sokongan pengundi Melayu yang bosan dengan perkembangan berkenaan, namun masih memerlukan kerja kuat bagi mendapat undi kaum Cina.

"Rakyat Selangor kini berasa bosan selepas memberi kepercayaan majoriti dua pertiga kepada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu tetapi membawa masalah dalam pentadbiran negeri dengan terlalu banyak berpolitiking sehingga matlamat menunaikan amanah terpinggir.

"Orang Melayu mungkin akan memberi lebih banyak sokongan kepada BN, namun MCA dan Gerakan perlu memainkan peranan agresif untuk menarik sokongan pengundi Cina," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140807/po_02/Hanya-sultan-boleh-bubar-DUN#ixzz39fGwkmyd  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Wednesday, 6 August 2014

PKR dijangka kehilangan banyak kerusi



Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka kehilangan banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan semata-mata untuk menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, PKR tidak sewajarnya bersikap terlalu yakin bahawa pengundi atas pagar akan terus menyokong parti itu dan mereka juga seharusnya tidak mengambil mudah peranan akar umbi parti yang mempunyai kuasa penentu.

"Dalam senario sekarang, PKR dilihat agak sukar mempertahankan 15 kerusi DUN yang dimenanginya di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu dan orang Melayu khususnya golongan atas pagar mungkin memihak kepada UMNO atau Pas sekiranya pilihan raya negeri diadakan.

"UMNO dan Pas juga mungkin akan bekerjasama terutama dari segi pembahagian kerusi DUN yang ditandingi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan parti itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya di negeri Selangor sekiranya gagal menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu secara lancar.

Anwar membayangkan tentang kemungkinan itu berikutan ketegasan Abdul Khalid enggan mematuhi arahan parti untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya itu semata-mata bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, hasrat Anwar untuk mengadakan pilihan raya tersebut hanyalah retorik dan bertujuan menggambarkan pakatan pembangkang kononnya masih bersatu.

"Namun, sekiranya pilihan raya diadakan, pengundi atas pagar dan pengundi yang tidak bersama Barisan Nasional (BN) akan kembali menyokong parti tersebut.

"Dalam situasi ketika ini, pakatan pembangkang tidak boleh melaksanakan pilihan raya kerana berada dalam keadaan rumit. Kalau dibuat pilihan raya, mereka akan mendapat keputusan lebih teruk berbanding PRU-13," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, PKR merupakan pihak yang paling rugi sekiranya pilihan raya diadakan kerana sokongan rakyat Selangor sudah berubah.

Perkara itu jelas beliau, berikutan pelbagai isu yang timbul selepas PRU-13 terutama pilihan raya di Kajang dan masalah kebajikan rakyat di negeri itu.

"Saya optimis pilihan raya sekiranya diadakan di Selangor akan menyebabkan PKR menjadi pihak yang paling rugi. Rakyat sedang menilai kemelut ini kerana pada mereka, pilihan raya tersebut adalah tidak masuk akal," tambahnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140806/po_02/PKR-dijangka-kehilangan-banyak-kerusi#ixzz39ZO5bVVO © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 6 June 2014

Gobind hina perjuangan Pas - MULIA SANGAT KE PAS?

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my


MAHFODZ mohamad

KUALA LUMPUR 5 Jun - Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, dakwaan itu adalah tidak adil sama sekali serta tidak menghormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu DAP pada pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Oleh itu, kenyataan Gobind ini adalah tidak adil, tidak hormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu di Teluk Intan.

"Tindakan ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap ‘setuju untuk tidak setuju’, tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud).

"Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun. Jadi janganlah begini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gobind yang dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberitahu, kekalahan DAP tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk imej Dyana Sofya yang muda dan bukan orang tempatan berbanding lawannya, Datuk Mah Siew Keong yang berpengalaman, seorang anak tempatan dan dijanjikan jawatan menteri.

"Selain itu faktor protes senyap, penyusutan pengundi dari 80 peratus kepada lebih 60 peratus dan sebagainya. Namun, saya tidak boleh menerima alasan bahawa kekalahan di Teluk Intan disebabkan hudud," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat selain tindakan tersebut turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli Pas yang bekerja keras membantu jentera pembangkang yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan.

"Pas berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut turun membantu.

"Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara syif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan pembangkang yang diwakili DAP di Teluk Intan," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140606/po_01/Gobind-hina-perjuangan-Pas#ixzz33q6z49l6  © Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : MACAM ADA BAU HANCING AJE...

Thursday, 5 June 2014

PRK TELUK INTAN - Pas minta DAP 'cermin diri'

Oleh ZAAIN ZIN
pengarang@utusan.com.my



Mohd.Amar,Dyana Sofya

KOTA BHARU 4 Jun - Kerajaan Pas Kelantan menyelar DAP kerana mengaitkan isu pelaksanaan hudud di negeri ini sebagai penyebab kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu menuding jari kepada Pas dan hudud, sebaliknya mengakui kelemahan sendiri kerana calon yang dikemukakan iaitu Dyana Sofya Mohd. Daud bukan pilihan terbaik.

Katanya, pemilihan Dyana Sofya yang merupakan orang Melayu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Cina sehingga menyebabkan mereka melakukan protes dengan cara tidak mengundi DAP.

“Pada pandangan saya tidak ada sangkut paut dengan hudud, sebab kalau betul boleh menjejaskan sokongan macam mana DAP boleh menang di Bukit Gelugor. Jika Teluk Intan terjejas, Bukit Gelugor patut terjejas sama.

“Saya melihat punca kekalahan adalah undi protes daripada pengundi Cina yang tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan oleh DAP. Mereka mahu orang Cina, tiba-tiba letak calon Melayu. Sudahlah muda, bukan berasal dari situ pula," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Seminar Perdagangan Kelantan di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Center di sini hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan meminta DAP mencermin diri dan tidak terus menerus menyalahkan pihak lain terutama Pas atas kegagalan parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.

“Kita pun kalau kalah, tidak salahkan siapa-siapa, kita salahkan UMNO sahaja," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140605/po_01/Pas-minta-DAP-cermin-diri#ixzz33kSdMeqN  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, 2 June 2014

PRK TELUK INTAN - Siew Keong janji tunai manifesto



Mah Siew Keong bersalaman dengan peniaga sambil mengucapkan terima kasih selepas kemenangannya semalam dalam PRK Parlimen Teluk Intan di Pasar Besar Teluk Intan, Perak, semalam. - Utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin

UTUSAN: Apa yang akan dilakukan selepas dipilih sebagai wakil rakyat baharu di Parlimen Teluk Intan?

SIEW KEONG: Ini merupakan cabaran yang besar. Saya akan cuba melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam manifesto BN. Ada beberapa program besar telah dirancang dan akan mengambil masa sedikit untuk dilaksana. Selain daripada itu, program-program kecil seperti proses membaik pulih akan dilakukan dengan segera. Saya tidak boleh menunaikan kesemuanya dalam tempoh satu tahun sahaja. Masih ada baki tiga ke empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang, jadi saya yakin mampu menunaikan 70 peratus manifesto saya dalam tempoh ini.

Bagaimana Datuk melihat per­ubahan pola pengundian pada PRK kali ini berbanding pilihan raya umum yang lalu?

Secara umumnya saya mendapat majoriti besar di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkot Jong tetapi tewas pada peti undi DUN Pasir Berdamar dengan majoriti yang lebih kecil berbanding sebelum ini. Kemenangan besar di Changkat Jong itu berjaya menampung kekalahan di peti undi Pasir Berdamar. Meskipun kemenangan saya adalah dengan jumlah majoriti yang tipis iaitu hanya 238 undi tetapi perlu diingat pada pilihan raya umum lalu saya tewas dengan majoriti 7,600 undi. Jadi, pada masa yang singkat iaitu dalam masa lebih kurang setahun kami dapat me­ningkatkan sokongan terhadap BN, ini adalah penca­paian yang membanggakan. Terima kasih kepada pengundi.

Adakah Datuk bersetuju kemenangan yang diperoleh sedikit sebanyak disebabkan oleh tindakan pengundi luar tidak pulang mengundi di Teluk Intan?

Semua orang berpendapat begitu, tetapi sebenarnya BN juga mempunyai peluang 50-50 untuk menang sekiranya semua pengundi luar pulang mengundi. Jentera kami ada menghubungi pengundi luar untuk meminta mereka pulang mengundi dan daripada itu, kami mendapati mereka mahu memberi peluang kepada saya kali ini. Tetapi malangnya mereka tidak dapat pulang. Selain itu, berdasarkan keputusan PRK ini, saya mendapati saluran empat dan lima iaitu pengundi baharu daftar serta orang muda menyumbang jumlah undi yang tinggi kepada saya. Malah, ada peti undi yang lebih tinggi berbanding saluran satu. Ini membuktikan bahawa pengundi muda juga mahu memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka.

Apakah signifikannya kemenangan ini kepada Gerakan?

Sudah tentu kemenangan ini memberi anjakan baharu kepada parti Gerakan. Saya tahu ramai pihak di luar sana ‘mendakwa’ bahawa parti ini diambang kejatuhan, sekiranya saya selaku Presiden parti tewas kali ini, maka parti Gerakan akan menghadapi detik yang lebih sukar. Walau bagaimanapun, pengundi mahu memberi saya peluang. Kemenangan ini menjadi landasan kepada kami untuk bangkit semula dan ini adalah masa paling sesuai dengan momentum yang ada bersama saya.

Apa yang difikirkan sekiranya keputusan tidak memihak kepada Datuk?

Saya akan bersara. Saya telah tewas dua kali sebelum ini dan bertanding buat kali ketiga sebagai Presiden parti Gerakan. Sekiranya saya kalah kali ketiga, maka saya akan mengambil tanggungjawab penuh untuk berundur diri. Pembangkang memainkan isu kononnya saya tetap akan dilantik sebagai senator walaupun kalah tetapi saya ingin jelaskan di sini bahawa saya akan berundur sekiranya tewas dalam PRK kali ini tetapi nampaknya keputusan menunjukkan sebaliknya dan saya amat berterima kasih kepada jentera serta para pengundi. Saya sudah 20 tahun dalam politik dan tidak pasti berapa lama lagi saya mampu bertahan. Jadi, untuk tempoh beberapa tahun ini saya akan berusaha sehabis baik untuk berkhidmat kepada rakyat di Teluk Intan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140602/po_05/Siew-Keong-janji-tunai-manifesto#ixzz33SxWaofL  © Utusan Melayu (M) Bhd