Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 13 June 2012

'Semoga Allah lindungi Malaysia daripada musibah politik orang tidak berintegriti'


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/6/20`1



KENYATAAN Datuk Mustafar Ali, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status siasatan pemilikan 20 akaun induk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 kali terakhir berada di tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam penyemakan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.

Ia adalah kenyataan wajar daripada SPRM kerana rakyat ingin tahu mengenai statusnya. Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikenali seorang mempunyai integriti dengan latar belakang lulusan Sekolah Izzuddin Shahnya dan kini amat aktif dengan kerja-kerja amal Islami.

Hal ini berbangkit kerana Anwar tidak memberi respons terhadap dakwaan Murad itu. Kalau dakwaan itu tidak benar, Anwar harus menafikannya atau lebih baik lagi menyamannya kerana ia isu besar dan menyentuh integriti seseorang.

Murad bukan orang politik, kenyataannya adalah profesional dan perlu didekati isu ini secara profesional. Jangan ambil mudah mengatakan bahawa beliau diupah lalu dilontarkan kepada UMNO atau konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar. Orang sudah lali dengan hujah ini. Hujah itu sudah tidak berkesan lagi.

Murad tahu akibatnya kalau ia berdusta. Padahnya amat buruk. Oleh itu menjadi tanggungjawab profesional PDRM, BNM dan SPRM supaya ketelusan mengambil tempat dan yang melakukan jenayah ini patut dihukum.

Kepentingan ini terletak kepada tabiat Anwar yang sering menuduh orang lain kerana melakukan rasuah, nepotisme dan kronisme dan membayangkan dirinya seorang yang bersih dan mempunyai integriti tinggi dan tokoh perjuangan rakyat untuk membawa keadilan dan kebenaran.

Isu liwat Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih belum muktamad lagi. Hujah konspirasi yang dilaungkan selama ini kantoi kerana skrip tidak sampai membawanya kepada hukuman. Tetapi Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan masih ada untuk mendengar kes ini.

Isu video seks yang disebarkan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah sehingga kini tidak disaman oleh Anwar. Ini isu besar. Jam tangan Omeganya masih tidak ketahuan di mana. Secara forensik video ini didapati tulen baik yang disahkan di Korea dan Amerika Syarikat.

Orang ramai masih mengharapkan tindakan Anwar yang berani, seorang pejuang rekodnya adalah berani menyatakan yang benar dan menyanggah yang salah.

Datuk S. Nallakaruppan yang menuduh Anwar seorang biseksual adalah sesuatu yang amat berat. Ia memiliki video yang panjang dan menyerahkan kepada peguam Datuk Shafie Abdullah untuk membela kesnya.

Ummi Hafilda dengan terbuka dan beraninya mendedahkan skandal demi skandal yang melibatkan Azmin Ali, Anwar dan Shamsidar Taharin. Penulis amat mengharapkan ketiga-tiga yang dituduh menyaman Ummi kerana tuduhan itu amat mengaibkan.

Mengapa proses undang-undang tidak terjadi. Mereka mengambil sikap berdiam diri atau menuduh UMNO melakukan konspirasi.

Sekian lama UMNO dituduh dengan pelbagai isu, apakah Anwar dan Azmin ada bukti. Kalau tidak ada bukti, fitnah namanya. Anwar dan Azmin harus tahu bahawa orang yang menuduh itu tahu dosa dan pahala. Tahu akibatnya di sisi Allah nanti.

Pihak-pihak yang menuduh Anwar semuanya memiliki bukti. Sepatutnya bawalah tuduhan itu ke mahkamah. Biar mahkamah menentukan salah benarnya kes itu secara adil. Jangan bila kalah di mahkamah dikatakan hakim tidak adil dan melakukan kezaliman.

Anwar dan Azmin adalah orang politik yang bercita-cita besar untuk sampai ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri. Dulu pembangkang hendak lelong Putrajaya kerana ia projek Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hari ini Anwar ghairah nak ke Putrajaya kerana agenda tertentunya.

Sebelum itu Anwar juga dituduh cuba melindungi Azmin kerana dilibatkan dengan rasuah dan harta yang sangat banyak dimiliki Shamsidar isterinya.

Terlalu banyak hal-hal yang dikaitkan dengan Anwar sama ada isu yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa, isu pluralisme yang semakin menghangat di Malaysia dan isu kaitan Anwar dengan ejen-ejen tertentu di Amerika Syarikat.

Ia menyentuh isu integriti. Anwar sepanjang zaman selalu menyebutkan pemimpin mesti bersih dan kelihatan bersih. Untuk mencari pemimpin yang bersih memang payah. Tetapi menemui Anwar yang kelihatan bersih lebih payah.

Tuduhan yang terpalit terhadap Anwar tidak mampu dibersihkan. Anwar banyak bergantung kepada penyokong fanatiknya yang mempunyai daya taksub yang luar biasa, kelompok-kelompok yang pemikirannya tertutup tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

Orang yang tidak suka membaca Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia atau bersedia melayari blog AIDC News kononnya ia adalah pencacai UMNO.

Orang seperti ini sedia melakukan apa saja hatta gerak anarki yang membawa kepada semangat Dataran Tahrir semata-mata ingin berkuasa.

Semangat Bersih 3.0 seharusnya digunakan untuk membersihkan integriti dirinya dan kawan-kawannya supaya kelihatan bersih. Mana mungkin seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan dirinya tidak kelihatan bersih.

Kepada Allah penulis serahkan kerana Allah Maha Mengetahui tentang salah benar hamba-Nya. Moga-moga Allah melindungi Malaysia daripada musibah politik orang yang tidak berintegriti.


No comments: