Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 12 June 2012

F1 - Tuah milik Hamilton


DARI KOSMO ONLINE
12/6/2012 






HAMILTON (kiri) dan Perez meraikan kejayaan mereka pada perlumbaan GP Kanada di Litar Gilles Villeneuve awal pagi semalam.


MONTREAL - Litar Gilles Villeneuve sekali lagi memberi tuah kepada pemandu sensasi McLaren, Lewis Hamilton apabila muncul juara Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Kanada awal pagi semalam.

Ia merupakan kejayaan hatrik Hamilton di litar tersebut, sekali gus menjadi pemandu pertama kelahiran Britain yang melakar kejuaraan di Kanada sebanyak tiga kali.

"Cuaca, bandar dan peminat di sini amat menakjubkan. Hanya beberapa tempat yang kami pergi mempunyai atmosfera sebegini.

"Saya sering berkata, Monaco adalah tempat yang istimewa kerana jumlah penduduknya, namun tempat ini (Montreal) lebih istimewa buat saya," kata Hamilton yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 32 minit dan 29.586 saat.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik pemandu Lotus, Romain Grosjean (Perancis) Lotus dan Sergio Perez daripada Sauber.

Dalam saingan semalam, Ferrari membuktikan betapa mereka terus menjadi pesaing terdekat McLaren apabila pada suatu ketika pemandunya, Fernando Alonso berjaya memintas Hamilton. Bagaimanapun, masalah tayar yang dihadapi juara dunia dua kali itu menyaksikan dia terpaksa berpuas hati di tempat kelima.

"Saya tahu Fernando akan menjadi pesaing yang perlu kami atasi terutama apabila dia berada cukup dekat di belakang saya.

"Gerak hati saya mengatakan Fernando akan hanya membuat satu hentian di pit. Jadi, saya perlu merancang strategi untuk menjarakkan kedudukan dengannya.

"Walaupun Fernando berjaya memintas saya pada suatu ketika tetapi strategi yang dirancang akhirnya membolehkan saya muncul juara.

"Saya anggap kami telah melakukan yang terbaik hari ini (semalam), termasuk kereta saya berada dalam keadaan cukup kompetitif," tambah Hamilton.

Ketua pasukan McLaren, Martin Whitmarsh mengakui yang beliau agak bimbang apabila membuat keputusan memanggil Hamilton memasuki hentian pit buat kali kedua.

"Banyak kebimbangan yang wujud sepanjang perlumbaan, termasuk sama ada tayar yang digunakan (Hamilton) akan bertahan atau sebaliknya. Namun, analisis yang dilakukan menunjukkan kami telah melakukan perkara yang betul.

"Lewis telah melakukan sesuatu yang menakjubkan dan kru pasukan juga telah membuat yang terbaik. Gabungan itu telah menghasilkan kejayaan buat McLaren," jelasnya.

Sementara itu, Perez ternyata terkejut apabila naik ke podium buat kali kedua musim ini.

"Apabila kamu bermula di petak ke-15, kamu tidak akan meletak harapan yang tinggi untuk berada di podium.

"Kami bersaing dengan hebat dan saya berjaya memintas beberapa pelumba lain meskipun mengalami beberapa masalah.

"Mujur keadaan tayar tidak banyak memberi masalah kepada saya untuk meneruskan perlumbaan," jelas Perez yang muncul naib juara GP Malaysia. 

KOMEN : TAHNIAH BUAT TEAM LOTUS/PROTON

No comments: