Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts

Friday, 20 November 2015

ADUN PKR menangis dalam Sidang Dewan - MANA ADA TIPU...

20 November 2015 2:33 AM



Norela Ariffin

PULAU PINANG 19 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dikejutkan dengan tangisan Dr. Norela Ariffin (PKR-Penanti) yang kecewa kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya.

Norela berkata, beliau berasa sedih kerana kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk di 28 kampung dalam DUN Penanti yang tersepit kerana tiada kemudahan asas.

Katanya, setiap soalan yang ditanya dalam DUN sejak Isnin lalu tidak dijawab malahan ditolak oleh satu Exco kepada Exco lain.

“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan. Tahukah kerajaan negeri bahawa saya membawa suara orang kampung yang mana di kawasan kami tidak ada kemudahan seperti di kawasan lain?” kata­nya yang menangis teresak-esak dan ditenangkan Lydia Ong Kok Fooi (DAP-Berapit).

Norela berkata, DAP sebagai parti demokratik sosialis seharusnya memahami masalah rakyat bawahan dan penduduk kampung, namun perkara itu tidak berlaku di Penanti.

“Apa yang saya hendak cakap kepada orang kampung, masalah banjir lumpur yang tidak diselesaikan, masalah kilang haram, jeti yang tidak dilengkapi kemudahan asas sehingga gagal digunakan nelayan... saya bawa suara orang kampung, kenapa kerajaan negeri tidak mahu faham, mengabaikan Penanti,” tegasnya.

Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) kemudian bangkit menyatakan sokongan kepada Norela sambil mendakwa itulah realiti sebenar yang dihadapi penduduk di negeri ini di bawah pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sokongan Roslan itu menyebabkan wakil penyokong kerajaan ne­geri lain berang dan berlaku pertengkaran sehingga terpaksa ditenangkan oleh Timbalan Spea­ker, Datuk Makhtar Shapee.

Kritikan keras Norela terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang turut tidak disenangi oleh Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim.

Abdul Malik (PKR-Batu Maung) berkata, tuduhan Norela tidak adil kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebut terdapat peruntukan disalurkan kepada Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnor (PKR-Pantai Jerejak) turut campur tangan apabila meminta Abdul Malik bertenang dan menurutnya, masalah yang diutarakan Norela perlu dibincang secara mendalam.

Norela yang masih gagal mengawal emosi kemudian bangkit menyanggah Abdul Malik dengan mendakwa semua peruntukan yang disebut itu bukan disalurkan kepada kawasannya sebaliknya untuk DUN Permatang Pasir dan Seberang Jaya.

“Tahukah bahawa penduduk kampung di sana terperangkap disebabkan kekurangan infrastruktur di kawasan berkenaan? Kami terpinggir, tiada pengangkutan awam serta kemudahan mesin pengeluaran automatik (ATM),” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Law Heng Kiang (DAP-Batu Lancang) yang berbahas sebelum itu menjelaskan isu infrastruktur yang dibangkitkan Norela bukan berada di bawah bidang kuasanya walaupun soalan asal yang dikemukakan adalah berkaitan perancangan rumah inap desa di Penanti.

R.S.N Rayer (DAP-Seri Delima) kemudian turut masuk campur dengan mengatakan sidang DUN bukan hanya untuk membincangkan masalah di Penanti dan Berapit sahaja.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/adun-pkr-menangis-dalam-sidang-dewan-1.160322#sthash.Mg2vJkqf.dpuf

Thursday, 2 April 2015

Zambry akui Sultan Nazrin murka

02 April 2015 2:16 AM


IPOH 1 April – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengakui Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah murka terhadap sikap wakil rakyat pembangkang yang berpakaian serba hitam sewaktu Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Zambry

Menurut beliau, kemurkaan itu dizahirkan kepada beliau sendiri sehingga baginda berangkat meninggalkan dewan persidangan undangan negeri sebaik sahaja mengakhiri titah perasmian.

Beliau berkata, berdasarkan jadual asal, Sultan Nazrin akan berangkat ke bilik diraja untuk santapan ringkas selepas perasmian DUN, disusuli sesi bergambar dan bersalaman dengan semua wakil rakyat.

"Memang tuanku murka. Saya faham ayat-ayat yang dizahirkan oleh tuanku, tak perlu saya sebutkan di sini. Sebagai seorang raja, sudah tentu baginda tidak mudah untuk menyebut 'beta murka'.

"Saya sebagai Menteri Besar mengakui baginda memang murka. Ini sekali gus menjawab dakwaan wakil rakyat pembangkang dalam persidangan dewan hari ini yang mengatakan tuanku tidak murka terhadap tindakan mereka semalam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Zambry turut menyatakan rasa kesal dengan sikap pembangkang yang bukan sahaja tidak mengakui tindakan mereka semalam adalah salah, tetapi sebaliknya terus mempertahankannya.

Sepatutnya, tegas Zambry. apabila sudah melakukan kesalahan, wakil rakyat pembangkang perlu mengakuinya.

"Saya anggap ini menunjukkan sikap angkuh mereka. Mereka tidak menunjukkan rasa kesal dengan apa yang mereka lakukan. Mereka biadab.

"Alasan mahu menunjukkan tanda solidariti melibatkan empat perkara tidak boleh diterima kerana isu-isu seperti tanda simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan isu negeri ini," katanya.

Menurut Zambry, perbuatan pembangkang semalam melangkaui sempadan poltik kerana menghormati sultan adalah soal prinsip yang sewajarnya dipegang oleh semua ahli dewan.

Beliau berkata, alasan pembangkang bahawa perbuatan mereka semalam tidak menyalahi kod etika berpakaian adalah alasan cetek.

"Saya ingin bertanya kalau mereka benar-benar ikhas dan mahu menunjukkan tanda bantahan, mengapa tidak berpakaian hitam hari ini? Mengapa hanya semalam sedangkan persidangan ada empat hari lagi.

"Saya yakin mereka telah berbincang panjang lebar perkara ini. Bermakna mereka tidak menghormati sultan," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/zambry-akui-sultan-nazrin-murka-1.76209#sthash.GeLNRyvP.dpuf


Tuesday, 31 March 2015

Ganti semula tanah rizab Melayu

Titah Sultan Selangor kepada kerajaan negeri

FAZRINA AYU RADUIAN | 31 Mac 2015 2:14 AM


SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH berkenan menerima teks titah baginda daripada Mohamed Azmin Ali sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor di Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/IZHAM JAAFAR

SHAH ALAM 30 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sha­rafuddin Idris Shah mahu kerajaan negeri segera menggantikan semula tanah rizab Melayu yang dibatalkan sebelum ini untuk tujuan pelaksanaan projek-projek pembangunan.

Menurut baginda, sebarang ben­tuk penggantian tanah baharu haruslah ‘serupa keadaannya’ dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.

“Wajar diingatkan agar hak-hak orang Melayu dan bumiputera mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan tanah rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian da­lam upacara perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-13 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Se­langor, Mohamed Azmin Ali.

Berdasarkan Laporan Audit Negara 2013 Siri 2 yang dikeluarkan pada Jun tahun lalu, setakat November 2013 sehingga Februari 2014, sebanyak 38.6 peratus atau 1602.9 hektar tanah rizab yang dibatalkan status belum diganti di negeri Selangor.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini demi menjamin kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, baginda menitahkan agar perkara itu dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan ne­geri dan Persekutuan pada 12 September 2014.

Baginda turut bertitah supaya kerajaan negeri Selangor sentiasa bersedia dengan langkah-langkah terbaik dalam memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan domestik dan industri.

“Beta yakin pendekatan bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan persoalan ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga negeri Selangor.

“Beta juga mahu memanda beta (Menteri Besar) meneruskan sikap tegas mempertahan kedaulatan negeri Selangor dan kepentingan rakyat,”

Dalam pada itu titah baginda, setiap rakyat di negeri ini mesti menikmati kehidupan yang berkualiti, rumah yang selesa dan mampu dimiliki khususnya dalam kalangan siswazah muda dan golongan pertengahan.

“Beta berkenan usaha kerajaan negeri untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun dan dapat dilipat-gandakan dalam usaha memenuhi permintaan sebanyak 40,000 unit,” titah baginda.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ganti-semula-tanah-rizab-melayu-1.75548#sthash.oXxThHqe.dpuf


Wednesday, 18 March 2015

PKR sokong DAP tolak hudud

18 Mac 2015 1:46 AM

SHAH ALAM 17 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat mengambil pendirian yang sama dengan sekutunya, DAP apabila menyifatkan hukum hudud bukan perkara yang perlu diberikan keutamaan oleh mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.

Mohamed Azmin Ali

Selain menyifatkan pelaksa­naan hudud tidak sejajar dengan dasar bersama pakatan pembangkang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut menyifatkan isu mengenai hukum Islam itu tidak perlu disegerakan buat masa ini sehingga mengatasi isu-isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan yang dianggapnya lebih penting.

Bagaimanapun, beliau menghormati hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu menerusi pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, esok.

“Sebagai seorang Islam, kita tidak menolak hukum hudud serta hukum-hukum Allah dalam al-Quran dan kita telah menyatakan pendirian itu dalam pakatan.

“Tetapi ia (hukum hudud) bukan dasar bersama pakatan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka sebelum ini menyatakan bahawa hukum hudud tidak perlu disegerakan kerana ia bukan dasar bersama pakatan.

“Dasar pakatan (pembangkang) ialah isu ekonomi, pendidikan dan keselamatan perlu ditangani dahulu untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Jika isu-isu ini diberikan keutamaan, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengingatkan parti-parti dalam pakatan pembangkang supaya tidak membuat sesuatu perkara tanpa mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Pakatan terlebih dahulu pada masa depan.

“Pembentangan enakmen ber­kait­an hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan adalah melibatkan pindaan, bukannya satu undang-undang baharu. Enakmen itu telah pun diluluskan pada 1993 lagi sebelum pakatan diwujudkan.

“Jadi kita hormati keputusan Kerajaan Pas Kelantan yang dibuat sebelum 1993 namun untuk masa depan, sebarang cadangan baharu yang dibuat mestilah mendapat persetujuan daripada Majlis Pimpinan Presiden pakatan,” ujarnya.

Pada 14 Mac lalu, pemimpin ve­teran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan parti itu berpendirian tegas serta konsisten bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan terkeluar daripada polisi bersama pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 16 Mac lalu memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus menghalang usaha parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pkr-sokong-dap-tolak-hudud-1.70780#sthash.gpXoBiry.dpuf


Pas sedia bentang hudud hari ini

18 Mac 2015 1:45 AM

KOTA BHARU 17 Mac - kerajaan Pas Kelantan bersedia sepenuhnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok biarpun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.
AHMAD YAKOB

Rang undang-undang tersebut adalah pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 atau lebih dikenali dengan undang-undang hudud.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya berharap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju sebulat suara dengan pembentangan rang undang-undang tersebut bagi memastikan hasrat untuk melaksanakannya tercapai.

Beliau berkata, secara umumnya perkara asas dalam Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 dikekalkan dengan pindaan yang akan dibuat esok hanya melibatkan perkara-perkara teknikal.

“Kita sudah siap sedia sepenuhnya untuk membentangkan rang undang-undang ini esok. Pindaan ini tidak melibatkan banyak perkara.

“Memang kita berharap semua menyokong rang undang-undang ini namun kita tunggu perbahasan ADUN esok,” katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Pelaksanaan undang-undang hudud di negeri ini mencetuskan polemik yang berpanjangan dan tidak dilaksanakan biarpun telah diluluskan kira-kira 22 tahun lalu.

Malah, Ahmad dalam Sidang DUN pada Mac tahun lalu turut menyatakan kesediannya untuk melepaskan jawatan Menteri Besar sekiranya gagal untuk melaksanakan undang-undang Islam itu pada tahun ini.

Pada masa yang sama, UMNO menyokong penuh pelaksanaan undang-undang tersebut malah Kerajaan Pusat turut menubuhkan jawatankuasa teknikal bagi membantu perkara tersebut dapat direal­isasikan.

Bagaimanapun, Pas berhadapan tentangan hebat daripada sekutu­nya, DAP sehingga saling cabar mencabar secara terbuka di media.

Rang undang-undang sepatutnya dibentangkan pada Sidang DUN Khas pada Disember tahun lalu tetapi ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda ne­geri ini dan telah ditambah baik dengan beberapa peruntukan dipinda.

Pindaan yang dilakukan ke atas rang undang-undang itu berdasarkan pandangan dan teguran pelbagai pihak termasuk pakar undang-undang, ahli politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara pindaan yang dibuat ialah enakmen berkenaan hanya terpakai kepada orang Islam berbanding sebelum ini, iaitu orang bukan Islam diberi pilihan untuk diadili mengikut enakmen berkenaan atau undang-undang sivil.

Pindaan itu juga akan turut memperkemaskan hukuman yang membabitkan kesalahan liwat dan zina manakala pindaan lain melibatkan perkara teknikal.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-sedia-bentang-hudud-hari-ini-1.70778#sthash.tKtwSNy4.dpuf

Tuesday, 17 March 2015

Sultan zahir sokongan hudud

ZAAIN ZIN | 17 Mac 2015 2:25 AM


Sultan MUHAMMAD V bersalaman dengan anggota Dewan ketika merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam. – BERNAMA

KOTA BHARU 16 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menzahirkan sokongan baginda terhadap hasrat kerajaan Pas Kelantan membawa rang undang-undang persendirian untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri ini.

Di samping mendoakan kejayaan pelaksanaan undang-undang Islam itu, baginda turut melahirkan harapan agar inisiatif yang diusahakan sejak sekian lama oleh kerajaan negeri ini mendapat sokongan semua pihak.

“Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri berhasrat membawa rang undang-undang persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76(A)(1) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

“Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak, insya-Allah,” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-13 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengiringi baginda ke istiadat tersebut ialah Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan DUN Kelantan lebih 20 tahun lalu, namun kembali dibentangkan berikutan terdapat beberapa pindaan melibatkan orang bukan Islam serta hukuman ke atas kesalahan zina dan liwat.

Selepas pembentangan pindaan di DUN Rabu ini, Pas merancang melanjutkan pembentangan di Dewan Rakyat menerusi rang undang-undang persendirian untuk meminda Perkara 76(A)(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan hudud.

Bagaimanapun, usaha Pas ditentang keras DAP sehingga Penasihat parti itu, Lim Kit Siang menegaskan, pihaknya konsisten dengan pendirian bahawa pelaksanaan hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan selain terkeluar daripada polisi bersama pakatan pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas istiadat tersebut berkata, beliau yakin kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk wakil Barisan Nasional (BN) akan menyokong pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Beliau juga mengakui, kerajaan negeri seolah-olah mendapat suntikan moral amat bermakna apabila Sultan Muhammad V sendiri menzahirkan sokongan baginda terhadap usaha melaksanakan hudud di Kelantan.

“Alhamdulillah, kita rasa semakin bersemangat (untuk meneruskan perjuangan),” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-zahir-sokongan-hudud-1.70417#sthash.62J1E4qT.dpuf


Wednesday, 3 December 2014

POLITIK : PAS gesa DAP henti tuntut jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor : BAGI AJE JAWATAN MB...DAP NAK YANG TU..

SELASA, 2 DISEMBER 2014 @ 10:40 PM

SHAH ALAM: PAS Selangor mengingatkan sekutunya, DAP supaya menghentikan tuntutan mereka berhubung kerusi jawatan Timbalan Speaker II Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata buat masa ini, tiada keperluan bagi jawatan itu diwujudkan memandangkan jawatan tersebut telahpun diisi oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi dari PAS, Mohd Shafie Ngah.

"Saya tidak setuju supaya diadakan jawatan Timbalan Speaker II DUN (sebagaimana yang dituntut oleh DAP). Tidak ada keperluan jawatan itu diwujudkan.

"Ini sebab tugas Timbalan Speaker DUN hanya terhad semasa persidangan dewan sahaja," katanya yang juga ADUN Sabak ketika ditemui pemberita di lobi DUN Selangor di sini pada Selasa.

Beliau berkata tuntutan jawatan timbalan speaker akan mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan rakyat yang akan melihat Pakatan Rakyat seolah-olah gila jawatan.

Sallehen berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim semalam bahawa DAP wajar diberikan kerusi jawatan timbalan speaker DUN memandangkan parti itu menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat sewaktu krisis menteri besar kira-kira lima bulan lepas.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata peruntukan bagi rumah ibadat selain Islam di Selangor akan dinaikkan sekali ganda dari RM3 juta kepada RM6 juta mulai tahun depan.

Katanya, dengan peruntukan terbaru itu, rumah ibadat Kristian akan menerima peruntukan RM1 juta, Hindu dan Sikh RM2 juta manakala tokong Cina dan Buddha RM3 juta.

"Peruntukan ini akan digunakan bagi tujuan perayaan dan kelas agama selain menaik taraf bangunan rumah ibadat masing-masing," katanya yang menambah peruntukan itu disediakan menerusi Rang Undang-undang Perbekalan 2015. - BERNAMA


Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Sallehen Mukhyi. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria


Tuesday, 2 December 2014

POLITIK BANGANG : Biasiswa Menteri Besar janji kosong

Azmin sendiri akui kemudahan itu tidak wujud

ZULKIFLI SAINUDDIN | 02 Disember 2014 2:51 AM


Azmin Ali

SHAH ALAM 1 Dis. - Manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk menawarkan Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat negeri ini ternyata janji kosong semata-mata.

Hal itu disahkan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengakui cadangan untuk mewujudkan biasiswa tersebut tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri menyebabkan sehingga ke hari ini kemudahan itu tidak wujud.

“Perkara ini sepatutnya dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.

“Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tiada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) berhubung status Biasiswa Menteri Besar seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum lalu.

Dalam manifesto itu, pakatan pembangkang berjanji untuk melancarkan biasiswa tersebut bagi pelajar ijazah lanjutan melalui terbitan bon dengan penubuhan sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.

Biasiswa itu diumum akan dimasukkan ke dalam Belanjawan Selangor 2014 dengan peruntukan sebanyak RM1.1 juta sebagai permulaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/biasiswa-menteri-besar-janji-kosong-1.31712#sthash.t2c4yHUk.dpuf

KOMEN : APA NAK HAIRAN  Manifesto PUAK NI BUKAN JANJI...ABAIKAN...

Wednesday, 12 November 2014

POLITIK : MCA, Gerakan perlu hanya bertanding kawasan majoriti Cina

12 November 2014 2:57 AM


KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kesemua UMNO Negeri didesak untuk membuat satu ketetapan bahawa mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti Melayu hanya ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ketetapan itu boleh dibuat dalam Konvensyen UMNO yang akan bermula pada minggu depan yang diharap akan turut membangkitkan agar MCA dan Gerakan ditandingi hanya di kawasan majoriti kaum Cina.

Kata beliau, perkara tersebut perlu dibincangkan secara serius sebagai mengambil kira sokongan Cina yang semakin luntur dan tidak lagi hormat kepada kedua-dua parti itu kerana mereka hanya mengharapkan kawasan majoriti dan sokongan Melayu untuk menang.

Walau bagaimanapun, kata beliau, ketetapan itu tidak terpakai kepada MIC memandangkan parti itu tidak mempunyai kawasan majoriti India.

“Sebagai contoh di Johor, kawasan Ayer Hitam ditandingi MCA manakala Simpang Renggam ditandingi Gerakan sedangkan kedua-dua kawasan tersebut adalah majoriti Melayu.

“Kedua-dua parti ini akan dilihat tiada keyakinan diri jika mereka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu, maka kali ini kita mahu konvensyen negeri akan membuat ketetapan dan seterusnya dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini bahawa kali ini kita mahu kawasan majoriti Melayu diserah kepada UMNO bertanding,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Puad berkata, jika keadaan tradisi seumpama itu dibiarkan terus berlaku, MCA dan Gerakan dikhuatiri akan pupus di negara ini.

Maka, kata beliau, kedua-dua parti itu wajar membuktikan bahwa mereka masih relevan dan mempunyai peranan dalam Barisan Nasional (BN).

“Jika gagal, maka tidak ada makna mereka menerima balik jawatan dalam Kabinet. Apa guna terima jawatan sekiranya masih tidak mendapat sokongan Cina dan hanya akan ditertawakan DAP,’’ katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mca-gerakan-perlu-hanya-bertanding-kawasan-majoriti-cina-1.23738#sthash.wUpJlcHg.dpuf


Monday, 29 September 2014

POLITIK : Pas tidak setuju komposisi Exco dikurangkan


Sallehen Mukhyi

SHAH ALAM 26 Sept. - Pas Selangor menegaskan tidak pernah bersetuju dengan pengurangan komposisi jawatan Exco kerajaan negeri yang diperuntukkan kepada parti itu daripada empat kepada tiga kerusi di bawah pentadbiran Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali.

Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, selain pengurangan komposisi tersebut, pihaknya menyifatkan pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr. Halimah Ali dan ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi adalah tidak berasas memandangkan mereka berdua telah memberikan khidmat cemerlang di bawah pentadbiran Menteri Besar sebelum ini.

"Kami telah dimaklumkan oleh Pas pusat bahawa mereka juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan komposisi itu. Kami merasakan bahawa tindakan (mengurangkan komposisi jawatan Exco Pas) ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Khairuddin, walaupun tidak bersetuju dengan pengurangan komposisi berkenaan, Pas Selangor tetap mahu melihat pentadbiran kerajaan negeri kekal stabil dan dapat melaksanakan agenda untuk rakyat Selangor.
Halimah Ali

Malah katanya, tindakan empat ADUN Pas sebelum ini iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi bersama-sama Halimah dan Sallehen mengekalkan jawatan mereka sebagai Exco ketika ketiadaan Exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pentadbiran Menteri Besar yang lalu adalah bertujuan memastikan kerajaan negeri ketika itu tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, Pas akan tetap kekal mempertahankan kerajaan negeri," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri yang baharu mewakili Pas melahirkan rasa terkilan apabila parti itu diberikan hanya tiga kerusi berbanding empat semasa pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Pas Selangor juga mencadangkan kepada Pas pusat supaya empat kerusi Exco kerajaan negeri itu dikekalkan.

"Saya sendiri tidak menjangkakan ini berlaku. Kita mengharapkan kuota yang lama kekal tetapi mungkin ada perubahan.

"Saya pun tidak pasti apa sebab dan alasan sebenarnya," katanya selepas majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan dan aku janji pelantikan Exco kerajaan negeri di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini hari ini.

Sementara itu, ADUN Sijangkang daripada Pas yang dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi memberitahu, Pas negeri terpaksa berpuas hati dengan pembahagian kerusi jawatan itu.

Katanya, keputusan sudah dibuat mengenai pelantikan Exco, maka mereka terpaksa berpuas hati.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus ketika mengulas mengenai calon Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada Pas membayangkan kemungkinan ADUN Bangi, Mohd. Shafie Ngah atau ADUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman dilantik mengisi jawatan tersebut.

Jelasnya, hal demikian kerana kedua-dua ADUN tersebut mempunyai kelayakan selain kekananan mereka dalam Pas Selangor kerana Mohd. Shafie merupakan Timbalan Pesuruhjaya II manakala Khairuddin adalah Setiausaha.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140927/po_05/Pas-tidak-setuju-komposisi-Exco-dikurangkan#ixzz3EgWN6Dgk  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Mat Razi mula tugas sebagai wakil rakyat


Mat Razi Mat Ail (kiri) beramah mesra dengan penduduk, Bunga Jusoh (dua dari kiri) dan Kalsom Jusoh semasa membuat kunjungan mesra di Pasar Getting, Tumpat, Kelantan, semalam. - BERNAMA

TUMPAT 26 Sept. - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail memulakan tugas pada hari pertama dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal pukul 9 pagi.

Terdahulu, beliau mengunjungi ibunya, Habsah Ismail, 65, di Kampung Simpangan bagi memohon restu sebelum memulakan tugasnya.

Mat Razi turut mengambil peluang beramah mesra dengan peniaga di Pasar Kampung Geting selama kira-kira 30 minit.

Bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat itu ketika ditemui berkata, isu kebajikan, pembangunan ekonomi dan kemudahan infrastruktur akan menjadi fokus utamanya selain menyambung perancangan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

"Tumpuan membantu golongan miskin dan anak yatim juga akan diberikan kerana sebagai pengundi di DUN Pengkalan Kubor, mereka turut menyumbang kepada kemenangan BN (semalam) menerusi undi yang dibuat.

"Insya-Allah, saya akan berusaha membawa kemajuan di DUN Pengkalan Kubor supaya rakyat di sini tidak kecewa kerana sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi signal untuk turut membantu," katanya.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor semalam, BN berjaya mempertahankan kerusi yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut tersebut dengan jumlah majoriti lebih besar iaitu 2,635 undi.

Mat Razi memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.

Mengulas lanjut, Mat Razi berkata, segala bentuk usaha yang mahu dilaksanakan akan dibincang bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz terlebih dahulu.

"Itu (berbincang dengan parti) bukan bermakna saya tiada idea. Saya lebih suka bermusyawarah. Sudah menjadi prinsip saya. Saya lebih suka berbincang, apapun perlu bermusyawarah bagi mendapatkan pandangan orang lain sebelum buat keputusan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140927/po_04/Mat-Razi-mula-tugas-sebagai-wakil-rakyat#ixzz3EgVGEqRk  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Pas hanya dapat 3 kerusi Exco

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 
dan ZULKIFLI SAINUDDIN 
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 26 Sept. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengurangkan kuota kerusi Exco Kerajaan Negeri daripada empat kerusi kepada tiga kerusi untuk Pas mengejutkan banyak pihak.

Malah tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan sebelum ini Pas diperuntukkan empat kerusi memandangkan parti itu bersama DAP menguasai kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu masing-masing 15 kerusi.

Selain itu, Pas juga merupakan parti yang bertanggungjawab mencalonkan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tetap bertegas mahukan Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan tersebut.

Bagaimanapun dalam pengumuman oleh Mohamed Azmin dalam sidang akhbar di sini, hari ini ternyata jasa Pas tersebut tidak menjadi perhitungan utama, sebaliknya biarpun mengekalkan formula 4:3:3, PKR yang mempunyai kerusi paling kurang dalam DUN iaitu 13 kerusi diberikan peruntukan empat kerusi Exco Kerajaan Negeri.

Pas dan DAP masing-masing diberikan peruntukan tiga kerusi Exco. Walaupun salah seorang ADUN Pas akan dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN bagi menggantikan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, namun ia tidak membawa apa-apa signifikan memandangkan jawatan itu tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung.

Tiga ADUN Pas yang dilantik termasuklah dua Exco di bawah pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini iaitu ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi.

Selain Iskandar dan Ahmad Yunus, Mohamed Azmin turut memilih muka baharu iaitu ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib untuk mengisi satu lagi kekosongan sekali gus menyaksikan dua bekas exco daripada Pas sebelum ini iaitu ADUN Selat Klang, Dr. Halimah Ali dan ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi digugurkan daripada jawatan itu.

Bagi kuota PKR pula, Mohamed Azmin melantik semula ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi dalam barisan pentadbirannya selain melantik dua lagi muka baharu iaitu ADUN Batu Caves, Amirudin Shari serta Nik Nazmi yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada masa sama, Menteri Besar itu turut melantik semula tiga Exco daripada DAP untuk memegang jawatan tersebut iaitu ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim; ADUN Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kota Alam Shah, V. Ganabatirau.

Mohamed Azmin ketika ditanya pemberita mengapa komposisi untuk Pas dikurangkan, beliau berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan perbincangan antara PKR, DAP dan Pas yang mengambil kira perkembangan terbaharu politik Selangor ketika ini.

"Itu (pengagihan komposisi jawatan Exco mengikut parti) adalah muafakat yang telah dicapai dalam perbincangan pakatan semalam," katanya.

Selain itu, beliau turut menafikan pengurangan kerusi itu mempunyai kaitan dengan tindakan Iskandar, Ahmad Yunus, Sallehen dan Halimah yang terus kekal memberikan sokongan kepada Abdul Khalid selain pendirian Pas menolak hasrat PKR melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin turut menyatakan buat masa ini beliau masih belum memuktamadkan pengagihan portfolio kepada Exco-Exco yang telah dilantik dan perkara itu akan dibincang serta dimuktamadkan bersama kepemimpinan pakatan pembangkang dijangka pada hujung minggu ini.

Sementara itu, bagi jawatan Speaker DUN, Mohamed Azmin menyatakan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh terus kekal menduduki jawatan itu, namun bagi jawatan Timbalan Speaker, mungkin akan diisi daripada ADUN Pas.

"Kita akan bincang dengan Pas mengenai jawatan Timbalan Speaker DUN ini dan parti itu sendiri akan memutuskan siapa yang dirasakan layak untuk menduduki jawatan tersebut dan pelantikan akan dibuat dalam sidang DUN akan datang," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140927/po_02/Pas-hanya-dapat-3-kerusi-Exco#ixzz3EgU79jrB  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Langkah Kajang punca krisis - Sultan Selangor



KLANG 26 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur sikap pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkan baginda sebagai pencetus kepada krisis pentadbiran di negeri ini.

Teguran keras baginda itu dizahirkan menerusi titahnya dalam majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji barisan Exco kerajaan negeri yang baharu di Istana Alam Shah di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Baginda bertitah, majlis istiadat tersebut mungkin tidak akan berlangsung sekiranya PKR dan sekutunya, DAP masih mengekalkan keyakinan mereka terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sebelum ini.

Sebaliknya kedua-dua parti itu, menurut baginda. telah memilih untuk tidak memberikan kepercayaan kepada Abdul Khalid sehingga memerlukan Menteri Besar serta barisan Exco yang baharu dilantik bagi mentadbir kerajaan negeri.

"Pelantikan Exco yang baharu ini adalah disebabkan PKR dan DAP tidak mempunyai keyakinan kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Oleh itu, seorang Menteri Besar yang baharu dan Exco yang baharu juga perlu dilantik untuk mentadbir kerajaan negeri ini," titah baginda.

Pada masa sama, baginda secara terbuka menyifatkan kemelut pentadbiran di negeri ini berpunca daripada tindakan pakatan pembangkang melaksanakan Langkah Kajang yang menyaksikan usaha-usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Di sebalik Langkah Kajang menurut baginda, paling mendukacitakan apabila timbulnya pelbagai hasutan dan tohmahan yang dilakukan oleh PKR untuk memburuk-burukkan Abdul Khalid termasuk pada saat-saat umat Islam menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan lalu.

"Umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredai oleh Allah SWT untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali rakyat Melayu beragama Islam di Selangor supaya dalam bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah SWT tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar," titah baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan baik.

Dalam pada itu, Sultan Selangor bertitah, krisis pentadbiran melibatkan jawatan Menteri Besar telah banyak membuka mata dan hati baginda terhadap politik di negeri ini.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya umum akan datang tetapi kedudukan beta sebagai sultan yang memerintah Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titah baginda.

Baginda turut mengingatkan semua pihak khususnya ahli politik berhubung kedudukannya sebagai Sultan Selangor bukan hanya terhad dalam istiadat atau majlis rasmi semata-mata tetapi melangkaui kepada usaha untuk memastikan negeri dan rakyat hidup dalam suasana aman serta maju.

"Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar sultan, rakyat beranggapan institusi beraja adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Beta dapati ada ahli politik tidak faham akan peranan dan kuasa institusi raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana beta yakin mereka mempunyai agenda lain.

"Beta, sultan yang memerintah Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterai pada 1959," titah baginda.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140927/po_01/Langkah-Kajang-punca-krisis---Sultan-Selangor#ixzz3EgKCTqPZ  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Krisis politik Selangor dijangka kembali panas - Nasruddin


NASRUDIN HASSAN

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasruddin Hassan meramalkan kemelut politik negara khususnya di Selangor akan kembali panas meskipun Menteri Besar baharu negeri itu telah dilantik.

Beliau yang menggunakan analogi Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengulas mengenai si­tuasi politik itu berkata, jangkaan bahawa kemelut di Selangor sudah pulih adalah meleset kerana ia dipercayai hanya bersifat sementara.

Katanya, suhu politik di Selangor dijangka kembali panas pada bila-bila masa akibat faktor dalaman dan luaran yang melanda negeri itu.

"Ada penganalisa menyebut bahawa IPU politik Selangor sudah pulih. Kalau benar begitu Alhamdulillah. Tapi pengamatan saya, melihat kepada bawaan angin politik semasa luar dan dalam, saya anggar bahawa ini adalah fenomena seketika. Jerebu ini akan kembali melanda.

"Anggaran saya buat sepintas lalu. Memang secara pandangan kasarnya 'jerebu' telah mula beransur pulih. Tapi cuaca masih kering dan panas. 'Pembakaran terbuka' masih berlaku, akibat panas terik maka hutan terbakar boleh berlaku bila-bila masa. Semua ini menghasilkan jerebu atau meningkatkan indek IPU politik tanah air," katanya menerusi catatan bertajuk 'IPU Politik Negara' dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Nasruddin, terdapat pihak yang berusaha memulihkan krisis politik di negeri terkaya di Malaysia itu walaupun melibatkan risiko tinggi dan berharap ia berjaya kerana telah berlarutan sekian lama.

"Ada pihak berikhtiar melakukan pembenihan hujan. Alhamdulillah. Walau sukar dan kosnya tinggi, paling tidak ia berusaha. Saya doakan usaha itu berjaya kerana jantung dan paru-paru sudah mula terasa kesannya akibat jerebu yang berpanjangan.

"Apa pun, jangan lupa bergantung kepada Allah SWT dan munajat minta hujan. Bila hujan turun, bumi jadi sejuk, tumbuhan hijau akan segar dan jerebu akan lenyap. Amin, mudah-mudahan begitu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140929/po_04/Krisis-politik-Selangor-dijangka-kembali-panas---Nasruddin#ixzz3Eg1ciy00  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Anwar campur tangan pentadbiran Azmin?



PERMATANG PAUH 28 Sept. - Dendam politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ternyata tidak berkesudahan apabila beliau mengarahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan berkenaan.

Ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi, Anwar juga mengambil kesempatan mendedahkan satu persatu kesalahan yang didakwa dilakukan bekas Menteri Besar Selangor itu.

"Pada hari terakhir, beliau sempat memecat saya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun elaun yang layak diterima untuk jawatan berkenaan tidak dibayar sedangkan saya bekerja dan pergi ke luar negara untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Selangor," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara perkara yang akan didedahkan Azmin termasuklah perjanjian air yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan, pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang didakwanya menguntungkan pihak ter­tentu sahaja.

"Azmin dan Exco baharu yang dilantik akan meneliti semula perjanjian yang ditandatangani sebelum ini. Abdul Khalid telah membuat beberapa keputusan dan tidak berbincang dengan kita walaupun saya sudah berkali-kali menegurnya," katanya.

Anwar berkata, beliau juga mahukan Azmin mengkaji semula kenaikan elauan yang diterima Menteri Besar seperti diumumkan Abdul Khalid dan kenaikan cukai pintu yang mendapat rungutan pelbagai pihak.

Sementara itu, Anwar mahukan pentadbiran Azmin tidak mengulangi sikap kedekut Abdul Khalid yang tidak membelanjakan wang rizab negeri yang mencecah RM3 bilion.

"Baguslah jika ada wang banyak tetapi saya pernah beritahu dia (Abdul Khalid), jalan raya di Shah Alam masih berlubang dan kenapa tidak guna wang itu untuk membaikinya. Dalam hal ini, Pulau Pinang mengambil pendekatan berbeza dengan membelanjakan semua duit berkenaan untuk selenggara jalan," katanya.

Beliau berkata, walaupun ada pihak yang mungkin berasa kurang senang dengan arahan supaya pendedahan berkenaan dibuat, beliau mahu ia dilaksanakan untuk kepentingan rakyat Se­langor.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak mahu bercakap lanjut tentang krisis Menteri Besar Selangor yang berlaku baru- baru ini kerana ia akan 'menguris' rakan-rakan dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu, kepulangan Anwar ke kubu kuatnya sempena sesi ceramah Hapuskan Akta Hasutan di sini malam tadi dengan harapan akan disambut ribuan penyokong tidak kesampaian apabila jumlah yang hadir terlalu sedikit.

Anwar yang tiba kira-kira pukul 10 malam di Tapak Pasar Seberang Jaya kelihatan tidak ceria sejurus turun dari kereta selepas menyedari kehadiran penyokong yang mengecewakan walaupun cera­mah berkenaan turut menampilkan ramai 'tokoh besar' pembangkang seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer.

Anwar yang sebelum ini sibuk 'menyelesaikan' isu kemelut Menteri Besar Selangor kali terakhir pulang ke kawasan Parlimennya pada 31 Ogos lalu bagi menghadiri program di Guar Perahu ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila secara terbuka menegur PKR Cabang Permatang Pauh supaya lebih agresif membuat hebahan tentang program melibatkan beliau.

Katanya, kehadiran penyokong yang rendah iaitu sekitar 200 orang pada program berkenaan mengecewakan kerana banyak isu penting yang mahu dijelaskannya.

"Di sini saya mahu tegur jentera supaya selaraskan promosi program kerana difahamkan penyokong di Guar Perahu dan kawasan sekitar tidak tahu mengenai program kita pada malam ini," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140929/po_02/Anwar-campur-tangan-pentadbiran-Azmin#ixzz3EfxdtwG5  © Utusan Melayu (M) Bhd 



Friday, 26 September 2014

POLITIK : Exco: Sultan tidak perkenan?

Oleh ZABRY MOHAMAD dan ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my

Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM 25 Sept. - Senarai calon barisan Exco kerajaan negeri yang dipersembahkan oleh Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini, dipercayai belum mendapat perkenan daripada baginda.

Ini kerana sehingga malam ini, perbincangan di antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikatakan masih berjalan berhubung pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang baharu itu.

Malah Mohamed Azmin dalam akaun Twitter miliknya turut mengakui laporan media berhubung pembahagian komposisi barisan Exco kerajaan negeri iaitu 4-3-3 adalah tidak tepat.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya dalam akaun Twitter lewat petang ini.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi mengesahkan pihak istana belum memuktamadkan senarai calon Exco kerajaan negeri yang dikemukakan oleh Mohamed Azmin.

Menurutnya, perkara itu mungkin hanya dapat diselesaikan pagi esok sebelum majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri dijadual pada sebelah petang.

Mohamed Azmin hari ini menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 3 petang bagi mendapat perkenan baginda berhubung senarai calon Exco kerajaan negeri yang baharu di Istana Mestika di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu telah mempersembahkan 10 nama untuk dipertimbangkan dan diperkenankan oleh baginda sebagai Exco kerajaan negeri.

Sebaik sahaja keluar dari pekarangan istana tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak media bahawa komposisi 4-3-3 barisan Exco kerajaan negeri sebelum ini iaitu empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, tiga ADUN PKR dan tiga lagi daripada DAP akan dikekalkan.

Bagaimanapun, kira-kira empat jam kemudian, beliau menyatakan dalam Twitter bahawa laporan media berhubung pengagihan kuota Exco terbabit adalah tidak tepat.

Mohamed Azmin dikatakan berdepan dilema untuk melantik barisan Exco kerajaan negeri ekoran wujud suara-suara daripada pemimpin PKR sendiri supaya kerusi Exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kepada tindakan bekas empat Exco parti Islam itu sebelum ini yang menyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

DAP sendiri menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terang-terangan turut melabelkan empat Exco Pas iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Halimah Ali, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Sallehen Mukhyi yang menyokong Abdul Khalid sebelum ini sebagai pengkhianat kerana mengingkari prinsip solidariti dan demokrasi dalam pakatan pembangkang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140926/po_04/Exco-Sultan-tidak-perkenan#ixzz3ENtd8ekV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



PRK PENGKALAN KUBOR : Barisan Nasional menang besar


Muhyiddin Yassin menjulang tangan Mat Razi Mat Ail (tiga dari kiri) sebagai meraikan kemenangan di Pusat Pengiraan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan, semalam. Turut kelihatan Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan).

TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut selepas mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Kemenangan itu juga adalah hadiah paling bermakna kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyambut hari lahirnya yang ke-64 hari ini.

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi.

Jumlah undi rosak mencatatkan penurunan iaitu 230 undi berbanding 344 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13.

Malah, BN berjaya mencatatkan kemenangan di sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berjaya menembusi dua kubu kuat Pas di PDM Ketil serta Tujoh.

Jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini menurun iaitu hanya 73 peratus atau 17,555 pengundi berbanding 78.94 peratus pada PRU lalu.

Peratusan keluar mengundi menurun kerana dikatakan kebanyakan pengundi luar tidak pulang hari ini kerana mahu menunggu cuti umum Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Pengumuman keputusan PRK itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini pukul 9 malam ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di China pada 20 Ogos lalu.

Kawasan tersebut mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

Pada PRU-13, Noor Zahidi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Terdahulu, Mat Razi yang berjubah gumbang dengan tenang ditemani isteri menunaikan tanggujawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan Simpangan di sini pada pukul 8 pagi.

Calon Pas, Wan Rosdi mengundi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Kemenangan BN itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej Pas negeri ini kerana mereka beria-ia mahu mengambil semula kerusi DUN tersebut daripada PKR.

Pas menganggap kawasan Parlimen Tumpat yang turut mengandungi Pengkalan Kubor adalah kubu kuat mereka disebabkan prestasi cemerlang di tiga lagi kawasan iaitu Kelaboran, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan pada pilihan raya umum sebelum ini.

Biarpun kemenangan BN tidak memberikan impak kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana tidak menjejaskan jumlah kerusi dalam sidang DUN namun ia membawa manfaat yang besar untuk rakyat.

Agenda yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi akan dapat diteruskan oleh Mat Razi untuk membangunkan kawasan yang bersempadan dengan pekan Tak Bai, Thailand itu.

Keputusan itu juga membuktikan isu royalti minyak yang dibawa secara agresif oleh Pas kali ini tidak memberikan sebarang kesan malah rakyat memberikan isyarat bahawa mereka sudah muak dengan retorik tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140926/po_01/Barisan-Nasional-menang-besar#ixzz3ENjTFr00   © Utusan Melayu (M) Bhd 



The Sense, Credibility and Accountability: KUNCI keMENANGan UMNO/BN dalam PILIHANRAYA yang cu...

The Sense, Credibility and Accountability: KUNCI keMENANGan UMNO/BN dalam PILIHANRAYA yang cu...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Inilah KUNCI keMENANGan kepada UMNO pada PRK DUN Pengkalan Kubor HARI ini.. 1) PENAMPILAN ...

Thursday, 25 September 2014

POLITIK : Faekah pertahan tindakan Khalid pecat Anwar



Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 24 Sept. - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan Perbadanan Menteri Besar (MBI) menutup pejabat dan menamatkan khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin berkata, hal demikian kerana, arahan tersebut diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya menerima arahan penutupan tersebut setelah MMKN memutuskan perkara itu Isnin lalu memandangkan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor terletak di bawah kelolaan MBI sejak diwujudkan pada 2009.

"Saya dapat arahan daripada MMKN mengenai penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Keputusan penutupan itu dibuat oleh MMKN dan MBI hanya melaksanakan arahan termasuk membuat pengumuman sebelum ini.

"Tidak timbul soal tutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada saat akhir (pentadbiran Menteri Besar dahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Faekah diminta mengulas kenyataan Azmin selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu semalam yang mengkritik tindakan Abdul Khalid memecat Anwar daripada jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

Kelmarin, Faekah mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Faekah menambah, berdasarkan arahan MMKN, pihaknya dimaklumkan bahawa keputusan itu dibuat atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri melibatkan perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah kos yang telah ditanggung kerajaan negeri bagi menampung operasi pejabat tersebut selain menolak sebarang andaian pihak tertentu kononnya mempunyai kaitan dengan tarikh akhir pentadbiran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebelum ini.

"Selain mengurangkan kos tidak mustahak, saya dimaklumkan bahawa keputusan MMKN itu turut mengambil kira pertindihan tugas antara Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dengan agensi pelaburan kerajaan negeri, iaitu Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) sebelum ini," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_04/Faekah-pertahan-tindakan-Khalid-pecat-Anwar#ixzz3EHxm0s9u  © Utusan Melayu (M) Bhd 



POLITIK : Barisan Exco: Azmin menghadap Sultan Selangor hari ini


MOHAMED Azmin Ali bersalaman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi pada hari pertama beliau memulakan tugas rasmi sebagai menteri besar di tingkat 21 Bangunan SUK di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 24 Sept. - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok untuk mendapatkan perkenan bagi barisan Exco kerajaan negeri yang baharu.

Azmin berkata, buat masa ini barisan Exco belum diputuskan dan perbincangan sedang berjalan antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP.

Menurutnya, beliau berharap proses pemilihan itu dapat diselesaikan hari ini sebelum menghadap Sultan Selangor esok.

"Sekarang kita sedang meneliti barisan Exco baharu dan saya telah pun memulakan perbincangan semalam dan akan disusuli pertemuan kedua dengan pimpinan pakatan pembangkang petang ini.

"Saya akan bincang dengan mereka untuk membentuk pasukan Exco baharu yang terdiri daripada 10 orang kerana empat telah pun meletak jawatan semalam," katanya ketika ditemui sebelum menghadiri taklimat pertama bersama ketua-ketua jabatan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Azmin yang memulakan tugas rasmi Menteri Besar hari ini tiba di bangunan berkenaan pada kira-kira pukul 7.45 pagi dengan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Beliau kemudiannya mengadakan perbincangan awal dengan Mohamed Khusrin tentang tugas-tugas Menteri Besar sebelum menghadiri majlis taklimat bersama ketua-ketua jabatan.

Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR secara rasminya menjadi Menteri Besar ke-15 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang, semalam.

Azmin dalam pada itu turut mengesahkan majlis angkat sumpah barisan Exco baharu akan diadakan Jumaat ini.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga enggan mengulas lanjut mengenai pemilihan Exco baharu dan berkata segala keputusan terletak pada Azmin selaku menteri besar.

"Itu bidang kuasa menteri besar, jadi kita kena beri keyakinan, kepercayaan kepada dia untuk berunding dengan ketua parti-parti dan kemudian terbuka untuk perkenan Tuanku Sultan," katanya.

Mengenai desas-desus permintaan PKR untuk mendapatkan lebih dari tiga kuota di dalam barisan Exco, Anwar berkata: "dia ada sepuluh...(kuota)".

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140925/po_03/Barisan-Exco-Azmin-menghadap-Sultan-Selangor-hari-ini#ixzz3EHvCvLe8  © Utusan Melayu (M) Bhd