Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
Showing posts with label HAKIM. Show all posts
Showing posts with label HAKIM. Show all posts

Tuesday, 30 June 2015

Hakim terpengaruh tafsiran ala Barat

Mengabai peruntukan Perlembagaan Persekutuan terhadap agama Islam

SOFIAN BAHAROM | 29 Jun 2015 1:36 AM

KUALA LUMPUR 28 Jun - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meluahkan kekhuatiran beliau terhadap segelintir golongan hakim di negara ini yang sangat terpe­ngaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala Barat.

Abdul Hamid Mohamad

Kata beliau, tindakan itu menyebabkan mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan.

Menurutnya, ha­kim-hakim itu mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap perintah agama Islam.

Jelasnya, perkara itu telah mula dilihat dalam kes kontroversi melibatkan larangan dan hukuman terhadap tiga juru andam lelaki yang berpakaian seperti wanita di tempat awam di Negeri Sembilan sebelum ini.

Apa yang merisaukan beliau, katanya, adalah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 itu bercanggah de­ngan Perlembagaan Persekutuan.

“Mereka juga memakai prinsip kemunasabahan (reasonableness) yang diketengahkan oleh Supreme Court (Mahkamah Agung) India yang memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak sah atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable).

“Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai-nilai kita,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung keputusan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bahawa pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin di semua 50 negeri di negara itu.

Dengan keputusan 5-4, mahkamah tertinggi di AS itu memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan, golongan gay dan lesbian boleh berkahwin di mana sahaja mereka tinggal di negara itu dan pihak berkuasa negeri tidak boleh melarang perkahwinan sejenis.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, alasan-alasan yang diberi oleh Mahkamah Rayuan dalam kes peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan, dilihat sangat luas implikasinya.

“Perkara itu berlaku apabila sesuatu hukum syarak boleh diisy­tiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal se­perti yang diberi oleh mahkamah-mahkamah di negara sekular itu apabila hukum syarak diukur de­ngan nilai liberal hak asasi ala Barat.

“Apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable) kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” kata beliau.

Dengan menggunakan alasan-alasan yang sama, menurutnya, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu, undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat, kesalahan meminum minuman yang memabukkan, kesalahan zina serta liwat dan lain-lain juga boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah, penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis,” jelas beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hakim-terpengaruh-tafsiran-ala-barat-1.108421#sthash.0eqr4fq3.dpuf

Thursday, 2 April 2015

LIWAT : Mahkamah tolak semakan

SUWARNI MOKHTAR | 02 April 2015 2:17 AM


Latheefa Koya semasa hadir pada pengesahan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 1 April - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini menolak semakan kehakiman oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan keputusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang tidak membenarkannya untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung kini sehingga 4 April ini.

Ia berikutan Anwar telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menolak petisyen rayuan yang dikemukakan kepada Ba­ginda oleh keluarga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 24 Februari lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh Tuanku pada mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu dan berkuatkuasa serta-merta.

Hakim Datuk Asmabi Moha­mad turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM3,000 kepada semua responden di dalam semakan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh pada pendengaran semakan kehakiman tersebut dan pengesahan lanjut berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terbabit.

Amarjeet yang turut dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke memberitahu, semakan itu ditolak memandangkan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen merupakan teras kepada permohonan berkenaan.

“Beliau (Anwar) hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berkuatkuasa serta-merta sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tiada asas untuk semakan kehakiman ini diteruskan,” katanya.

Dalam permohonan semakan yang difailkan pada 18 Mac lalu, Anwar menamakan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Anwar memohon kebenaran untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sehingga 4 April ini kerana beliau kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Hukuman yang bermula 10 Februari lalu dibuat selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Sementara itu, peguam Anwar, Latheefa Koya, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menolak pendengaran semakan tersebut.

Peguam terbabit juga dilihat mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan yang didakwanya masih belum diterima oleh anak guamnya mahupun keluarga Anwar.

Jelasnya, tiada di dalam surat dan afidavit yang dihantar oleh Sekretariat Lembaga Pengampunan, Datuk Nursiah Arshad yang menyatakan bahawa petisyen itu ditolak.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/mahkamah-tolak-semakan-1.76207#sthash.km1ymGcB.dpuf


Monday, 16 February 2015

LIWAT : Kes Anwar bukan satu konspirasi

15 Februari 2015 12:09 AM



MUKADIMAH : KES Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat. Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang masih berlegar itu, wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, AMIRUDDIN HARUN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewancara TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH yang dilantik mengetuai pendakwaan kes itu pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu. 

Menurut beliau, keterangan terhadap Anwar dalam kes ini terlalu kuat untuk membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah sehingga tidak seorang pun daripada 14 orang peguam Anwar berani mempertikaikan fakta kes tersebut. 

"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya.

MINGGUAN: Selepas 10 Februari lalu, Tan Sri berkata secara profesional berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan berpendapat bahawa keadilan akhirnya ditegakkan. Bagaimana pula secara peribadi?

MUHAMMAD SHAFEE: Dari segi peribadi, saya tidak ada isu langsung sebab itu satu tugas yang diberikan kepada saya oleh Peguam Negara. Jadi saya laksanakan. Kalau ada pun dari segi peribadi, hanya berkenaan sama ada saya sendiri percaya dengan kesalahan Anwar sebelum saya membuat tugas rasmi tersebut. Sebab, kalau saya sendiri tidak percaya dan saya rasa dia dianiayakan, saya tidak akan buat kes itu. Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas. Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar salah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik.

Jadi, Mahkamah Rayuan kata kalau itu sahaja sebabnya, sebab itu tidak bagus kerana kita ada banyak kes keadaan yang sama. Ada kotak yang hancur tetapi di dalam kotak itu ada bahan bukti yang termeterai dalam plastik-plastik berasingan tetapi mahkamah terima asalkan boleh buktikan benda itu tidak tercemar. Semasa ahli kimia terima, dia kata sampel-sampel itu tidak tercemar dan masih lagi sempurna. Satu lagi perkara yang ketara ialah apabila ahli kimia periksa, dia dapat profil asid deoksiribonukleik (DNA) "Lelaki Y". Empat-empat itu dapat "Lelaki Y". Kalau kita bandingkan standard dalam dunia, negara kita dikatakan mempunyai keperluan yang paling tinggi sekali. Kita minta 16 bacaan sepadan.

Dalam tubuh kita, DNA kita ini, berjuta-juta dan trilion lokus (tempat) yang kita ada. Cap jari kita pun berjuta-juta dan trilion lokus. Macam-macam punya berlainan tetapi kita perlukan 16 sahaja. Kalau 16 bacaan sepadan jari kita dengan cap jari, itulah orangnya. Kebarangkaliannya ialah satu bersamaan dengan beberapa quadrilion, bukan trilion. Ertinya mustahil orang lain yang ada sama cap jari termasuk dengan dia (Anwar) ini. Tidak ada jari orang lain yang sama bacaan dengan bacaan yang kita kata 16 tadi.

Sebab negara kita, ada undang-undang yang tidak wajibkan DNA diberi secara sukarela oleh orang yang kena tuduh seperti Anwar. Negara-negara lain diwajibkan. Kalau tidak beri, akan jadi kesalahan undang-undang. Oleh sebab itu, Anwar ambil kesempatan tidak mahu beri langsung DNA. Kalau dia tidak salah, apa yang dia takut tetapi itu hak dia. Apabila dia ditangkap, DNA Saiful sudah hantar kepada ahli kimia dan ahli kimia sudah tahu keputusan tetapi kita tidak tahu siapa "Lelaki Y". Apabila Anwar ditempatkan di dalam lokap, dia diberi tuala Good Morning, berus gigi dan ubat gigi. Dia sendiri bawa masuk satu botol minuman. Isterinya beri dia dua helai tuala yang bersaiz medium.

Apabila dia bangun pagi itu, dia sudah gunakan berus gigi dan ada pengawal yang dengar dia memberus gigi. Air itu juga habis dia minum tetapi botol dia tinggalkan. Dia tinggal ubat gigi, berus gigi dan tuala Good Morning. Yang ini dihantar kepada ahli kimia yang lain. Ahli kimia yang pertama itu namanya Dr. Seah Lay Hong. Ahli kimia kedua yang pakar DNA ini namanya Nor Aidora Saedon. Dia memeriksa DNA tanpa tahu menahu siapa punya DNA, tetapi dia diberitahu lokus yang sama untuk buat perbandingan. Apabila dia periksa, dia pun kata "Lelaki Y" tetapi tidak tahu profil DNA "Lelaki Y" yang itu dan yang ini, sama atau tidak. Apabila Nor Aidora bandingkan, 100 peratus sepadan. Habis cerita. Begitulah betapa kukuhnya kes ini.

Dalam kenyataan Tan Sri tentang ”Anwar Ibrahim Verdict”, kenapa Tan Sri mengharapkan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara membaca fakta secara teliti dalam penghakiman sebelum membuat kesimpulan?

MUHAMMAD SHAFEE: Oleh sebab kes kita ini amat kuat. Keterangan terhadap Anwar ini terlalu kuat. Kita tidak boleh pertikai. Tak boleh hendak kata apa-apa pun berkenaan dengan fakta ini. Kalau saya jadi peguam bela dia pun, saya pening kepala sebab keterangan memang kuat. Jadi, oleh sebab keterangan itu kuat, kita berani kata sila masuk, kita tengok keterangan itu. Jangan cerita benda-benda lain. Konspirasilah, itulah dan inilah, semua itu cerita politik untuk propaganda. Kalau kita hendak tahu orang ini dianiayakan atau tidak, kita tengok fakta kes. Mereka tidak berani masuk fakta kes. Saya tidak pernah dengar sekalipun dalam mahkamah dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan yang Anwar kata itu bukan DNA dia. Apa yang dia pertikaikan ialah cara DNA itu dikaji, cara analisis itu semua dia kata teknik salah.

Apabila dia beri keterangan dari kandang tertuduh (dock), bukan kandang saksi, jadi dia tidak boleh disoal balas. Jadi, dia penakutlah dan ada yang dia nak sembunyi. Selalunya keterangan dari dock ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya. Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi. Walhal subjek, Saiful ini tujuh hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat.

Anwar dan penyokong beliau masih anggap ini merupakan konspirasi politik dan bukan kisah aduan “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya. Apa komen Tan Sri?

MUHAMMAD SHAFEE: Kalau konspirasi politik, ini bukan baru bermula. Ia bermula daripada kes liwat pertama. Kalau begitu konspirasi, orang yang harus masuk dalam konspirasi ini ialah Karpal Singh juga sebab dia timbulkan perkara ini dalam tahun 1997, setahun sebelum Anwar dibuang kerja. Kita hendak tanya Anwar, konspirasi itu apa maksudnya? Apakah konspirasi untuk kenakan dia atas perkara memang dia lakukan atau konspirasi kenakan dia atas perkara dia tak pernah lakukan. Kalau dia lakukan, kalau orang kata kita perlu siasat dan kenakan dia, itu bukan konspirasi yang salah di sisi undang-undang. Polis pun pakat kalau hendak siasat kes tetapi itu konspirasi yang tidak ada maksud membuat kesalahan undang-undang, sebab itu hak polis untuk siasat termasuk kes liwat kedua ini.

Orang tanya kenapa Saiful pergi jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum dia kena liwat pada 26 Jun 2008. Menurut Saiful, dia sudah hilang akal berkenaan kepada siapa dia hendak laporkan kerana ini Anwar, Ketua Pembangkang. Dahulu pun, Anwar menang kes itu. Apabila Saiful datang jumpa, Najib terus katakan tidak boleh dan nasihatkan Saiful jumpa Ketua Polis Negara (KPN) pada masa itu. Najib beritahu Saiful perkara ini amat sensitif dan tidak mahu orang buat tuduhan.Apabila Saiful hubungi KPN, beliau pula minta Saiful jangan telefon dia lagi kerana ingat Saiful main-main. Jadi, Saiful serba salah. Apabila perkara 26 Jun 2008 berlaku, Saiful letak jawatan kerana tidak sanggup diliwat lagi sebab sembilan kali dia kena. Saiful kata dia tidak rela tetapi terpaksa menyerah kerana dominasi Anwar terlampau kuat. Hari itu, Saiful kata tidak mahu tetapi Anwar marah dia dan minta dia masuk ke dalam bilik.

Kita hendak tanya di mana kita boleh dapat air mani Anwar? Bukan dia simpan dalam bank. Bukan hanya air mani tetapi air mani itu ada sperma. Dalam kes ini, oleh sebab antara 48 hingga 56 jam, ekor sperma sudah putus sebab proses pembusukan sudah berlaku tetapi tidak begitu ketara. Sebab itu ekor sperma itu tidak ada. Ahli kimia kata proses pembusukan itu tidak mencemarkan. Dia mendapat DNA daripada kepala sperma. Apabila dia pecahkan tiap-tiap kepala, dia ekstrak DNA. Itu yang 16 bacaan menunjukkan Anwar.

Walaupun dengan bukti-bukti kukuh ini, penyokong Anwar masih tidak percaya insiden liwat ini benar-benar berlaku tetapi masih menganggap satu konspirasi.

MUHAMMAD SHAFEE: Dalam mahkamah, peguam Anwar sendiri tidak kata itu bukan dia punya DNA. Jadi, apa yang penyokong-penyokong bising. Peguam dia 14 orang, tidak pernah seorang pun kata itu bukan dia. Hanya mereka mempertikaikan proses analisis. Itu sahaja. Kalau proses analisis itu, macam mana dapat 16 daripada 16 bacaan.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengatakan hukuman penjara lima tahun itu ialah pengorbanan Anwar untuk rakyat Malaysia. Tidakkah ini mengelirukan rakyat?

MUHAMMAD SHAFEE: Mana ada pengorbanan. Kalau pengorbanan, dia mengaku salahlah. Yang itu baru kita kata korban. Ini dipaksa masuk dalam penjara sebab didapati bersalah sebab dia bohong daripada awal. Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.

Anak perempuan Nurul Izzah ada bertanya kepada Anwar, “Atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?” Anwar cakap kepada cucunya, “Orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara.” Komen Tan Sri?

MUHAMMAD SHAFEE: Saya rasa kalau dia kata orang jahat, bukan sahaja mahkamah, dia maksudkan ada konspirasi dengan kerajaan, menteri-menteri, Perdana Menteri, Pendakwa Raya dan polis pun termasuk. Kita tengok konspirasi ini. Ada satu kes di India melibatkan Sushil Sharma yang dipanggil sebagai kes pembunuhan Tandoor. Dia orang politik di Delhi, Ketua Pemuda Parti Kongres, seorang yang berpengaruh. Dia bergaduh dan menembak mati isterinya. Dia bawa mayat perempuan itu ke restorannya dan dimasukkan dalam tandoor untuk dibakar bagi hancur tetapi badan manusia bau kuat.

Polis pun tengok dan nampak ada kaki dan jari tetapi badan hampir hancur. Itu pun DNA ahli politik ini dipertikaikan. Dia kata konspirasi daripada polis, ahli kimia, kerajaan dan macam-macam lagi untuk jatuhkan karier politiknya, sama seperti Anwar tetapi semua bahan bukti ini sudah diperolehi. Dia pun buat alibi tetapi tidak pakai alibi tetapi dia lari dari tempat itu. Dia pun beri keterangan dari dock, macam Anwar 100 peratus.

Kalau konspirasi, mesti ada konspirasi daripada Saiful, kerajaan dan mungkin Kabinet, polis dan empat doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tetapi yang doktor ini menarik. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi ke Hospital Tawakal dahulu tetapi diberitahu hospital itu beroperasi sampai tengah hari dan tidak ada doktor.

Baru dia pergi ke Hospital Pusrawi dan jumpa dengan doktor dari Myanmar yang mahkamah kata tidak jujur. Memang dia mengaku dia buat itu semua silap. Benda yang dia tidak pernah tulis dalam rekod, selepas tiga minggu baru dia tulis untuk menyokong Anwar. Dia yang kata Saiful kena pergi HKL sebab di situ tidak ada forensik.

Apabila sampai HKL 3.30 petang, akhirnya Saiful diperiksa pukul 9.30 malam. Kamu fikirlah kalau ada konspirasi, takkan mereka tidak aturkan untuk permudahkan. Selain itu, ahli kimia pun kena masuk konspirasi. Dua ahli kimia; seorang Cina dan seorang Melayu. Doktor pun ada satu Cina dan tiga Melayu. Selepas itu pegawai penyiasat, timbalan pendakwa raya yang awal dan saya pun mesti ada dalam konspirasi dan hakim pun mesti konspirasi, tetapi hakim pertama buang kes. Mana ada konspirasi.

Kes jenayah ini, semua dikatakan konspirasi, sebaliknya apabila kes sivil yang banyak mereka menang tidak pula dikatakan konspirasi?

MUHAMMAD SHAFEE: Hakim yang dia maki hamun di Mahkamah Tinggi, hakim itu yang bebaskan dia. Apabila hakim itu bebaskan dia, dia kata keadilan ditegakkan. Cuba tengok dalam kes liwat satu, Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Mereka ada baca penghakiman tentang Anwar. Dalam itu, dia kata macam-macam pasal Anwar. Seorang peguam Anwar masa itu, Christopher Fernando muncul di televisyen dan menyatakan ini hari paling istimewa bagi badan kehakiman sebab buang kes ini. Selepas itu, mereka baca keputusan dengan terperinci. Hakim kata, walaupun Anwar dilepaskan atas dasar teknikal, ada bukti-bukti menunjukkan dia homoseksual. Ada aktiviti itu berlaku di Tivoli Villa.

Pada 2014, mereka cuba buat satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk buangkan kenyataan-kenyataan berkenaan yang hakim Mahkamah Persekutuan dahulu kata, tetapi hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu kata tidak boleh kerana ini dapatan fakta daripada mahkamah. Dia kata, kita kekalkan sebab ada dasar dan sebab kukuh kenapa dapatan fakta itu dibuat. Jadi, ia jadi lebih konkrit.

Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyatakan Ketua Pembangkang sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C iaitu bagi kesalahan lebih berat yang akan mendedahkan Anwar kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun. Soalnya, kenapa pasukan Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B yang tidak menetapkan tempoh penjara minimum?

MUHAMMAD SHAFEE: Dalam kes 377C, kita harus tunjukkan dengan begitu jelas yang tidak ada kerelaan dia dan dibuat dengan paksaan. Jadi, Peguam Negara mungkin kata kenapa hendak pergi melalui jalan itu kerana kesalahan itu memang kesalahan, sama ada dengan kerelaan Saiful atau tidak. Hukuman maksimum penjara 20 tahun juga.

Kalau Anwar kena 377C, hukuman penjara minimum lima tahun. Kalau minimum lima tahun, dia mesti terpaksa kena penjara tujuh atau lapan tahun. Lagi satu, dia kena rotan. Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan kecuali kes 377C sebab kes itu serius. Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun. Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara.

Datuk S. Ambiga menyatakan dia kecewa kerana Tan Sri "menyerang" Anwar apabila mengeluarkan kenyataan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun bagi pertuduhan liwat. Tan Sri juga didakwa melanggar hak asasi manusia apabila "menyerang" Anwar yang tidak boleh mempertahankan diri. Komen Tan Sri?

MUHAMMAD SHAFEE: Saya hanya keluarkan kenyataan sebab mula-mula Christopher Leong kata ini bukan pendakwaan tetapi penganiayaan. Sebagai Presiden Majlis Peguam, dia tidak boleh bercakap macam itu. Ertinya apa? Mahkamah buat aniaya, saya buat aniaya dan polis semua buat aniaya. Takkan saya tidak ada hak asasi saya sebagai Pendakwa Raya untuk menegakkan apa yang saya buat itu betul. Saya hanya menjawab. Dia yang buka pekung dulu.

Kemudian Ambiga masuk buat cerita Barisan Nasional (BN) salah langkah untuk mempenjara Anwar. Adakah mahkamah itu sebahagian BN? Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya.

Bagaimana dengan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Adakah ia akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman? Tempoh itu mungkin lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong?

MUHAMMAD SHAFEE: Anwar ada 14 hari untuk kemukakan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi yang peliknya, kalau kita hendak minta ampun, kita mesti kata kita salah dan minta ampun. Boleh kita kata kita tak salah tetapi kita hendak minta ampun. Kedua, ini bermaksud dalam 14 hari itu dia masih lagi Ahli Parlimen. Selepas 14 hari itu pun dia masih lagi ahli Parlimen. Sebab badan Parlimen kena bersidang dan membuat keputusan berdasarkan kes ini, dia harus disingkirkan, barulah keahlian hilang. Ini berdasarkan kes Ahli Parlimen daripada DAP, Fan Yew Teng pada 1975.

Sistem kehakiman dan mahkamah kita pada mata dunia sudah teruk sebab diburuk-burukkan dan dihentam. Bagaimana hendak memulihkannya?

MUHAMMAD SHAFEE: Apabila mahkamah buat keputusan setiap kes, hakim mesti tulis alasan penghakiman. Alasan penghakiman itu akan menunjukkan cara perjalanan otak hakim tersebut. Kalau tersalah tulis atau tersalah penghakiman, ia akan tertera dalam tulisan tersebut. Orang boleh baca. Jadi, standard alasan penghakiman mesti dipertingkat. Jadi, bukan sahaja kita tahu bahawa kita buat penghakiman yang baik tetapi orang juga harus tahu dengan membaca alasan yang kita buat keputusan yang baik. Jadi, penghakiman berlaku dan penyaksi penghakiman dilakukan juga mesti ada. Itu dalam bahasa Inggeris kata “not only justice must be done but justice must be seen to be done”. Sebab baru ada keyakinan.

Cara kita kendali dalam mahkamah pun mesti baik termasuk etika dan cara kita dengar. Saya percaya orang Melayu paling bagus sebagai hakim. Kita sabar dan tidak mudah hilang sabar. Bukan kita hendak jadi rasis tetapi peguam bangsa lain pun kata Melayu lebih bagus sebab kita sabar. Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya dah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya. Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kes-anwar-bukan-satu-konspirasi-1.59532#sthash.kIKs2ECs.dpuf

Perhimpunan gagal bukti rakyat hormat sistem kehakiman

16 Februari 2015 1:20 AM


SHAHIDAN KASSIM menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2015 kepada sebahagian penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan, Jejawi, Kangar, Perlis, semalam.

KANGAR 15 Feb. – Kegagalan perhimpunan haram anjuran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur semalam, membuktikan rakyat negara ini menghormati sistem kehakiman negara yang memutuskan bahawa pemimpin pembangkang itu bersalah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, ini juga menunjukkan rakyat negara ini mencintai keamanan serta bosan dengan budaya ganas jalanan yang dianjurkan parti pembangkang.

“Kita kesal kerana dalam perhimpunan itu, peserta menggunakan bahasa-bahasa kesat dan langsung tidak menghormati budaya masyarakat negara ini. Apatah lagi kita dalam suasana perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya semasa menghadiri majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah Seri Kenangan, Jejawi, di sini malam tadi.

Dalam majlis tersebut yang dianjurkan Wanita UMNO Bahagian Arau, Shahidan menyampaikan sumbangan termasuk buah limau kepada penghuni rumah itu.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bersetuju dengan cadangan beberapa pihak supaya Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Beliau secara peribadi berpendapat, lebih baik BN menumpukan perhatian terhadap usaha pemulihan mangsa banjir di Kelantan, selain memberi fokus terhadap PRK Permatang Pauh, ekoran penyandangnya, Anwar dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat baru-baru ini.

Shahidan mengulas PRK DUN Chempaka selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam Jumaat lalu di rumahnya di Pulau Melaka.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad meminta BN berfikir panjang sekiranya mahu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka kerana tidak akan memberikan kesan kepada struktur kerajaan Pas Kelantan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perhimpunan-gagal-bukti-rakyat-hormat-sistem-kehakiman-1.60124#sthash.ohH2UBLQ.dpuf

Thursday, 12 February 2015

LIWAT : Rakyat asing ulas kes Anwar jadi viral

KAMIL MASLIH | 12 Februari 2015 1:48 AM

2508 3 Google +3

ULASAN John Preston tentang Anwar Ibrahim dalam Facebook, semalam

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Ulasan seorang pengguna Facebook yang berbangsa Inggeris menjadi viral dalam media sosial kerana menyokong hujah hukuman penjara dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Bagi pengguna Facebook ber­kenaan, John Preston, Anwar telah diberi peluang untuk memberi kete­rangan bersumpah bagi membela dirinya di mahkamah namun kesempatan itu langsung tidak digunakan.

“Dia mempunyai mulut yang besar (banyak bercakap) di luar mahkamah tetapi di dalam mahkamah, dia tidak berkata apa pun.

“Ia banyak mengkritik sistem perundangan namun penjara sebenarnya penuh dengan mereka yang mendakwa mereka tidak melakukan (kesalahan),” kata pengguna Facebook itu dalam kiriman media sosial yang tersebar meluas hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar terhadap kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari dan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

Menurut Preston, banyak fakta yang menyabitkan Anwar kepada sabitan bersalah itu termasuk keengganan Anwar untuk bersum­pah dengan kitab suci al-Quran.

“Daripada apa yang saya baca, Anwar telah menarik balik saksi alibinya kerana ada bukti kamera litar tertutup (CCTV) yang akan menyangkalnya... bukti DNA (asid deoksiribonukleik) juga 100 peratus berpadanan,” katanya.

Katanya, Anwar perlu menjalani hukuman itu dan beliau berharap Anwar berhenti untuk menjatuhkan lagi kedudukan Malaysia.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/rakyat-asing-ulas-kes-anwar-jadi-viral-1.58658#sthash.oy4wGZci.dpuf



AS, Australia tidak perlu tunjuk pandai

ANALISIS

ZULKIFLEE BAKAR | 12 Februari 2015 1:48 AM

SEPERTI diduga Amerika Syarikat (AS) dan Australia kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan.

Mereka mempersoalan keputusan itu dan mengaitkannya dengan soal kebebasan kehakiman serta kedaulatan undang-undang di negara ini. Ternyata kedua-dua negara masih lagi bersikap jahil dan jumud dalam memperkatakan soal tersebut.

Ternyata sekali, kenyataan yang dibuat hanya berlandaskan kepada emosi semata-mata dan bukannya berdasarkan kepada fakta. Apakah pada pandangan mereka hanya Anwar didapati tidak bersalah sahaja sistem kehakiman negara ini dianggap bebas dan kedaulatan undang-undang ditegakkan?

Anwar bukannya dihukum secara membuta tuli tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta kes seperti mana yang tertera dalam penghakiman yang dibacakan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria. Malah kalau mahu dikaji kes Anwar boleh dianggap paling unik dalam sejarah undang-undang negara apabila kes itu berlanjutan selama 6 tahun, 5 bulan, 10 hari dengan penangguhan sebanyak 115 kali dan 18 kali rayuan permohonan.

Malah Anwar juga diberi peluang untuk membela diri dengan seluas-luasnya apabila diwakili oleh 14 peguam yang mempunyai latar belakang hebat-hebat belaka. Sepatutnya sebelum AS dan Australia membuat apa-apa hujah mereka perlu satu demi satu fakta kes tersebut. Kaji secara mendalam barulah membuat ulasan.

Tetapi sudah menjadi dasar kedua-dua negara itu, mereka mahu orang lain mengikut apa kehendak mereka apatah lagi jika seseorang itu mempunyai hubungan baik dengan mereka. Namun tindakan AS dan Australia yang seolah-olah mahu mengajar negara ini soal kebebasan kehakiman dan hak asasi manusia ibarat ‘ayam berkokok kuat tetapi ekor bergelumang dengan najis’.

Oleh itu, tidak payahlah kita memeningkan kepala memikirkan keceluparan kedua-dua negara itu untuk mencampuri urusan dalaman negara ini. AS dan Australia sepatutnya belajar untuk menghormati kedaulatan negara ini.

Jangan cuba tunjuk pandai untuk mengajar negara ini bagaimana untuk menegakkan keadilan. Banyak lagi kes-kes di kedua-dua negara itu yang menunjukkan mereka tidaklah sehebat mana dalam soal hak asasi manusia. Kita tidak perlu sebut kes, semua orang tahu. Justeru tindakan mereka juga ibarat ‘tunding kain orang lain terkoyak kain sendiri sudah terlondeh.’’

Apa yang penting AS dan Australia perlu belajar lagi untuk menentukan apakah hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman hanya terpakai untuk pemimpin-pemim­pin pembangkang di negara ini sahaja sehingga nasib rakyat kecil seperti Mohd.Saiful Bukhari tidak perlu diambil kira?

Jika AS dan Australia berasa kecewa dengan keputusan mahkamah, majoriti rakyat negara ini lebih kecewa kerana kedua-dua negara itu masih belum mahu belajar erti menghormati kedaulatan undang-undang negara lain dan akibat sikap itulah banyak negara Islam porak-peranda kerana mereka!

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/as-australia-tidak-perlu-tunjuk-pandai-1.58657#sthash.yfqOYNQX.dpuf

Wednesday, 11 February 2015

LIWAT : Penyokong Saiful bersurai secara aman

11 Februari 2015 1:37 AM


Penyokong Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut mengikuti keputusan rayuan akhir kes liwat Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 10 Feb. – Penyokong Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersurai dengan aman selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.

Sepanjang sesi pendengaran keputusan kes tersebut hari ini, sebanyak 500 penyokong Mohd. Saiful Bukhari berkumpul di pekarangan Istana Kehakiman sejak pukul 8.30 pagi yang diketuai oleh Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Suhaimi Adnan.

Mereka yang hadir akur mendengar arahan bersurai daripada Suhaimi selepas mahkamah membuat keputusan bagi mengelakkan sebarang provokasi daripada penyokong Anwar yang turut berkumpul seawal pukul 8 pagi.

Menurut Suhaimi, 500 penyokong itu merupakan rakyat yang prihatin dengan nasib Mohd. Saiful Bukhari selain ingin melihat keadilan ditegakkan.

“Kehadiran penyokong Mohd. Saiful Bukhari ini bukan ditaja sesiapa seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak daripada pakatan pembangkang, sebab itu juga pergerakan kita tidak teratur sebagaimana penyokong Anwar.

“Saya ingin tegaskan bahawa sokongan ini berdasarkan kepada keprihatinan rakyat dan pihak kami menerima segala keputusan mahkamah hari ini. Alhamdulillah nampaknya keputusan menyebelahi Mohd. Saiful Bukhari,” katanya ketika ditemui pemberita di di sini.

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu terhadap sabitan meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut Suhaimi, keputusan Mahkamah Persekutuan itu me­nunjukkan badan kehakiman negara amat adil dalam membuat sebarang keputusan walaupun didesak pelbagai pihak memandangkan kes berkenaan melibatkan individu berprofil tinggi.

“Saya minta semua pihak me­nerima keputusan ini dan keputusan yang telah dibuat ini tidak perlu dipertikaikan kerana apa yang diputuskan tidak dipengaruhi oleh sebarang unsur politik,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyokong-saiful-bersurai-secara-aman-1.58311#sthash.JlBifTLH.dpuf


Penyokong Anwar cetus provokasi rempuh sekatan

11 Februari 2015 1:37 AM


PENYOKONG Anwar Ibrahim cuba merempuh masuk ke pekarangan Istana Kehakiman selepas Ketua Pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/IRWAN MAJID

PUTRAJAYA 10 Feb. - Para penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan provokasi apabila cuba merempuh penghadang besi yang diletakkan di pintu belakang Istana Kehakiman di sini hari ini.

Sebelum kejadian, kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkumpul di pintu hadapan pekarangan Istana Kehakiman tersebut sebelum bertindak bergerak ke pintu belakang bagi memberi lambaian terakhir buat Anwar.

Keadaan bertambah tegang apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua cuba melakukan provokasi me­rempuh masuk ke dalam kawasan tersebut, meskipun pihak polis tidak membenarkannya masuk.

Bagaimanapun, beliau tetap berdegil masuk ke pekarangan Istana Kehakiman meskipun polis mengawal ketat kawasan tersebut.

Tian Chua bersama beberapa pemimpin PKR seterusnya berjaya memasuki kawasan pekarangan Istana Kehakiman kira-kira pukul 1 petang.

Susulan daripada itu, penyokong-penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh sekali lagi membuat provokasi apabila mereka merempuh pagar untuk masuk di pekarangan Istana Kehakiman dan mula tidak mengendahkan arahan polis selepas melihat kenderaan yang membawa Anwar keluar dari kawasan tersebut.

Bagaimanapun, kekecohan berjaya dileraikan selepas polis berjaya menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kha Heng kira-kira pukul 3 petang kerana merempuh pagar dan menghalang kereta polis keluar dari kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika ditemui mengesahkan perkara tersebut membe­ritahu, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang mencetuskan huru-hara kerana mengganggu perjalanan prosiding mahkamah.

Katanya, meskipun pada awalnya perjalanan sepanjang proses tersebut berjalan lancar namun terdapat segelintir penyokong Anwar menimbulkan kekecohan menerusi percubaan merempuh penghadang besi.

“Kita telah maklumkan kepada mereka bahawa penyokong tidak dibenarkan memasuki pekarangan mahkamah dan mereka hanya boleh berada di luar Istana Kehakiman.

“Namun mereka tetap berdegil dan mengganggu anggota kami dalam menjalankan tugas,” katanya.

Mengenai penahanan ADUN Simpang Pulai, Abdul Razak memberitahu Kha Heng akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, hampir lebih 500 penyokong Anwar berhimpun di hadapan Istana Kehakiman sejak pukul 8.30 pagi dan menggunakan kesempatan berkenaan de­ngan menganjurkan demonstrasi di kawasan berkenaan sambil mengutuk institusi kehakiman yang didakwa berat sebelah.

Namun penyokong Anwar ber­tindak meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman sebaik sahaja keputusan rayuan kes liwat pe­mimpin pembangkang tersebut ditolak Mahkamah Persekutuan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penyokong-anwar-cetus-provokasi-rempuh-sekatan-1.58313#sthash.u8PxgK8u.dpuf

LIWAT : Tidak puas hati, Anwar kritik mahkamah



11 Februari 2015 1:43 AM

PUTRAJAYA 10 Feb. – Pada awal ‘rayuannya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti masih dalam keadaan terkedu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan dengan suaranya yang serak dan tertahan-tahan, Ketua Pembangkang itu mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak bersalah.

Namun, segalanya berubah sekelip mata apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertukar sikap dan mula menyelar institusi kehakiman tersebut yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ dalam membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.

Anwar juga mendakwa bahawa panel hakim tersebut telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan ke­dudukan.

“Anda (panel hakim) mempunyai peluang untuk menebus diri sendiri, membetulkan yang salah dan meletakkan semula kehakiman di tempat yang tinggi dan melakar nama sebagai pejuang keadilan. Namun anda telah memilih untuk terus berada di sisi yang gelap dan bergelumang dengan penipuan dan muslihat,” kata Anwar.

Ekoran kenyataan tersebut; Ketua Hakim Negara menegur dan bertanyakan mengenai relevannya ‘rayuan’ terbabit dengan rayuan bagi mengurangkan hukumannya.

Pada ketika ini, peguam bela utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon agar mahkamah memberikan anak guamnya hak untuk terus mengemukakan rayuan.

“Beliau (Anwar) ada hak untuk merayu tetapi bukannya mengutuk mahkamah,” kata Hakim Arifin.

Pada ketika ini, Anwar masih meneruskan ‘rayuannya’ tanpa menghiraukan teguran panel ha­kim menyebabkan hakim-hakim bersidang meninggalkan dewan mahkamah bagi membuat keputusan mengenai tempoh hukuman penjara.

Sungguhpun begitu, Anwar tetap meneruskan ‘rayuannya’ dengan lantang dan berjanji dengan bersaksikan Allah bahawa beliau tidak akan diam, akan terus berjuang bagi kebebasan dan keadilan serta tidak akan menye­rah kalah.

Selesai ‘rayuannya’, beberapa penyokong Anwar mula melaungkan perkataan ‘Reformasi’ dan takbir di dalam dewan mahkamah berulang kali.

Anwar kemudian berpusing ke arah galeri awam dan mula memeluk isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya yang menangis teresak-esak.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/tidak-puas-hati-anwar-kritik-mahkamah-1.58323#sthash.S516SLOo.dpuf

LIWAT : Bukan luar biasa

Pemimpin dihukum penjara kesalahan jenayah seksual

11 Februari 2015 1:45 AM


Anwar Ibrahim ditemani isteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan ahli keluarga ketika hadir bagi mendengar keputusan rayuan akhir kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Hukuman penjara terhadap pemimpin politik atas kesalahan jenayah seksual termasuk meliwat sebagaimana yang dihadapi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu perkara luar biasa.

Sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa hari ini terhadap Anwar selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, puluhan pemimpin dunia pernah dijatuhkan hukuman yang serupa.

Dua kes yang mencuri tumpuan ialah hukuman yang dikenakan kepada bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan S. Banana pada 1998 akibat meliwat dan seorang negarawan Israel, Moshe Katsav akibat merogol dan melakukan serangan seksual pada 2007.

Banana yang merupakan seorang paderi didapati bersalah atas 11 pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, Jeff Dube dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala Katsav dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.

Kedua-dua pemimpin berkenaan mendakwa pertuduhan itu adalah konspirasi politik namun mahkamah membuat keputusan bersandarkan kepada persoalan pokok iaitu bukti kepada perlakuan, bukannya didorong sentimen lain.

Anwar juga tidak terkecuali membuat dakwaan yang sama kononnya pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik sehingga para penyokongnya menjulang beliau sebagai wira rakyat.

Sedangkan, pendakwaan terhadap Anwar dibuat berikutan terdapatnya pengadu iaitu Mohd. Saiful Bukhari. Jadi, apa yang luar biasanya hukuman terhadap Anwar itu?

Malah, ramai yang melihat perkara yang sebenarnya luar biasa ialah apabila mahkamah memberikan ruang yang luas kepada Anwar melalui 115 penangguhan yang sebahagian besarnya dipohon oleh Ketua Pembangkang itu sepanjang enam tahun, lima bulan dan 10 hari perjalanan kes liwat bagi memastikan keputusan yang benar-benar adil dapat dibuat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bukan-luar-biasa-1.58332#sthash.RBVpJlJ3.dpuf

LIWAT : Bukan cerita politik – Muhammad Shafee

Kisah manusia dan perspektif badan kehakiman

11 Februari 2015 1:45 AM

PUTRAJAYA 10 Feb. - Kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bukanlah cerita mengenai politik tetapi mengenai cerita manusia dan perspektif badan kehakiman.

Muhammad Shafee Abdullah

Peguam kanan pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, semua ini adalah cerita tentang semua manusia tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar, yang mendapat perhatian dalam negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukan olehnya.

“Sepertimana kesemua mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah,” katanya ketika membacakan kenyataan pihak pendakwaan dalam sidang media di luar Mahkamah Persekutuan di sini.

Anwar hari ini gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful dan mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi Mahkamah Rayuan.

Keputusan itu dibuat oleh lima anggota panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Muhammad Shafee turut meminta pihak media melihat kepada fakta kes dengan adil, menganalisis penghakiman dengan teliti serta menjalankan perkara ini dengan sebaik mungkin demi masyarakat.

“Saya risau dengan segelintir pihak media yang menganggap mahkamah di Malaysia bertindak dengan adil hanya apabila keputusan mahkamah memihak kepada Anwar Ibrahim dan mendakwa sistem kehakiman kita telah dikompromi apabila mahkamah memberikan keputusan yang sebaliknya,” katanya.

Muhammad Shafee yang ber­pu­as hati dengan keputusan hari ini ba­gaimanapun berkata: “Ia tidak memberikan saya kegembiraan - kehi­dupan seorang pemuda telah dimusnahkan, berubah selama-lamanya.

“Lebih buruk lagi, tanpa berselindung, mangsa berhadapan dengan sesi pemeriksaan balas selama tujuh hari dan kesemua pasukan penguam bela Anwar Ibrahim boleh menyoal balas beliau,” kata­nya dengan menambah, yang proses keadilan telah memburukkan lagi penderitaan Mohd. Saiful.

Muhammad Shafee yang dilan­tik sebagai ketua pendakwaan pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan berkata, manakala Anwar enggan berdepan dengan pemeriksaan balas dan memilih hanya memberi secebis ke­nyataan dari kandang tertuduh.

Beliau menganggap tugas tersebut sebagai suatu yang sangat sukar kerana apa yang menjadi kebiasaan bagi suatu kes biasa serangan seksual oleh majikan terhadap pekerjanya telah digunakan sebagai medan untuk menyerang reputasi badan kehakiman.

“Jadi saya menyeru kepada semua yang berfikiran adil di Malaysia dan di luar negara untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang pendapat, dan untuk meneliti semula keterangan sebenar di dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata, setiap penghakiman yang dibuat berdasarkan fakta dan contohnya keterangan DNA, yang Malaysia mempunyai dua ciri utama dalam aspek penyiasatan DNA iaitu pertama, memerlukan 16 bacaan yang sepadan dan kedua tiada perundangan di negara ini yang mewajibkan seseorang untuk memberikan sampel DNA.

“Tiada negara yang menuntut keperluan yang lebih tinggi. Uni­ted Kingdom dan Amerika Syarikat membenarkan keperluan bacaan yang lebih rendah. Kesemua bacaan DNA yang menyokong kes ini adalah berpadanan dengan bacaan 16 daripada 16 iaitu dalam erti kata lain ia padanan sempurna.

“Dan kesemua DNA adalah didapati daripada ‘semen’, yang mana lebih dipercayai berbanding DNA yang didapati daripada peluh. Anda tidak boleh curi, palsukan atau mencemarkannya,” kata beliau.

Muhammad Shafee berkata, apabila Anwar mencabar sampel pihak pendakwaan di mahkamah, beliau mempunyai peluang untuk menawarkan sampel beliau sendiri sebagai suatu keterangan.

“Jika benar beliau tidak bersalah, beliau boleh berbuat demikian dan menutup kes ini serta-merta. Namun beliau memilih untuk tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, notis alibi Anwar yang pada mulanya merupakan suatu notis yang menyeluruh dan telah dibuktikan palsu melalui rakaman CCTV yang dita­yangkan kepada mahkamah, dan ini telah dibuktikan lama dahulu.

Selain itu, katanya, Anwar enggan bersumpah dengan al-Quran menge­nai kejadian tersebut, sementara Mohd. Saiful telah bersumpah dengan al-Quran mengenai butir kejadian itu di Malaysia dan juga di Mekah yang merupakan tanah suci Islam.

“Kes seperti ini di mahkamah ter­tinggi di Malaysia adalah terlalu teknikal. Dalam proses undang-undang sedia ada dan dalam aspek keterangan, terdapatkah kemungkinan di mana proses sewajarnya tidak diikuti? Terdapatkah sebarang teknikaliti?

“Pada hari ini, jawapan daripada hakim-hakim adalah tidak. Pada hari ini, mereka memutuskan pada keputusan yang telah dibuat serta keterangan yang telah lama diuji dan dibentangkan,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, tu­duhan besar yang sering diulang Anwar adalah kes ini mempunyai motif politik, namun berdasarkan keputusan hari ini tuduhan tersebut adalah palsu.

“Tiada sesiapa pun yang boleh menetapkan, mengolah dan memutar belit suatu proses perundangan yang mantap dan menyeluruh, termasuk keputusan yang memihak kepada Anwar. Tindakan bermotifkan politik di sini hanyalah Anwar dan penyokongnya yang menuntut agar kes ini digugurkan,” katanya. – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/bukan-cerita-politik-8211-muhammad-shafee-1.58334#sthash.QLPeyuSO.dpuf


Tuesday, 10 February 2015

LIWAT : Hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kekal



10 Februari 2015 2:04 PM

PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun berkuat kuasa hari ini terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - UTUSAN ONLINE

- See more at: www.utusan.com.my
by UTUSAN ONLINE 2:40 PM
Dihantar oleh seorang rakan:

Prosecution led by Tan Sri Dato Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah 
Defence led by Datuk Seri Gopal Sri Ram

Chief Justice Tun Ariffin:

1) Saiful Bukhari found to be credible witness
2) No impeachment of Saiful B's evidence
3) There were corroborative evidence to support Saiful B evidence (cctv recording, DNA evidence of Anwar, medical experts, lubricant KY used, no scar or tears in Saiful's anus etc)
4) On DNA evidence, Anwar used the items retrieved from lockup he stayed overnight for DNA profiling. 
5) DNA of Anwar was not illegally obtained. Even if it was, in law, it was admissible.
6) DNA profiling shows Anwar sodomised Saiful B. 
7) DNA evidence by prosecution corroborates Saiful's testimony on factum of penetration.
8) DNA evidence was not compromised. No contamination of DNA samples.
9) There is no break in chain of custody. Integrity of samples was not compromised.
10) Defence argument that Anwar's DNA was planted was not sustainable.
11) DNA profile Male Y is Anwar's.
12) Sperm heads observed without tails consistent with Saiful's evidence that he was sodomised few days ago before examination was conducted on Safiul's anus.
13) Prosecution medical/ DNA experts found to be credible.
14) On Anwar's defence of alibi, Anwar submitted 13 alibi witnesses but abandoned it later. In Anwar's unsworn statement, he merely said 'it never happened' Anwar never denied sodomising Saiful. 
15) Unsworn statement by Anwar was of little value as it was not tested through cross examination.
16) On political conspiracy raised by Anwar, it was not substantiated by any evidence. 
17) Anwar never disputed he was there at the same condominium. He was seen entering car park, elevator etc.
18) High Court judge was wrong in acquitting Anwar. High Court imposed 100% test of burden, which was too high.
19) Defence medical experts evidence rejected. They never carried out any practical tests.
20) Compelling evidence ie DNA establish sperm cells of Anwar in Saiful's anus. Anwar failed to cast any reasonable doubt. Prosecution therefore establishes it's case beyond reasonable doubt. 

Anwar's appeal dismissed.

By 
JR Tey 
Shafee & Co
by UTUSAN.ONLINE edited by UTUSAN ONLINE 2:35 PM


Liwat II: Anwar bersalah

SELASA, 10 FEBRUARI 2015 @ 12:13 PM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima anggota terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Hukuman akan diputuskan nanti apabila mahkamah kembali bersidang selepas rehat.

Pihak pendakwaan sebelum ini meminta agar hukuman terhadap Anwar ditambah.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 30, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan itu membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berikutan keputusan itu, Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya beliau dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.


Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Foto BERNAMA


Keputusan kes liwat Anwar hari ini

Setelah lebih 6 tahun 5 bulan 10 hari

SUWARNI MOKHTAR | 10 Februari 2015 1:42 AM



Sekitar pukul 9 pagi ini, panel lima hakim yang dike­tuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan masuk ke Dewan Mahkamah Persekutuan 1, Istana Kehakiman, Putrajaya dan duduk di kerusi masing-masing.

Selepas berbasa-basi, salah seorang daripada panel tersebut akan mula membacakan penghakiman kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Panel hakim ter­sebut turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Keputusan mahkamah terting­gi negara itu adalah berikutan rayu­an Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan terhadap sabi­tan salah dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Rayu­an itu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar pada 9 Januari 2012.

Ketetapan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan hari ini adalah muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.

Kes liwat berke­naan merupakan pertuduhan kali kedua yang pernah dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Kali pertama, Anwar didakwa meliwat pemandu keluarga Anwar, Azizan Abu Bakar, di apartmen milik adik ang­kat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja di Tivoli Villa, Bangsar di sini antara Januari dan Mac 1993.

Beliau bagaima­napun dilepaskan dan dibebaskan da­ripada pertuduhan tersebut di peringkat Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 2-1.

Penghakiman majoriti tersebut ditulis oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara (kini bersara).

Dalam penghakiman itu, Abdul Hamid berkata:

“Kami mendapati wujud kete­rangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang kala ...”

Semestinya, pada ketika penghakiman dalam kes terkini yang dihadapinya dibacakan, Anwar mengharapkan keputusan akan berpihak kepada dirinya.

Sekiranya gagal di peringkat ini, Anwar bakal berdepan pula dengan kemungkinan bahawa hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini dipanjangkan.

Selain itu, beliau menghadapi kemungkinan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dipegangnya kini.

Anwar, 67, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 30, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beliau menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Atas faktor usia, Anwar tidak akan dikenakan hukuman sebatan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/keputusan-kes-liwat-anwar-hari-ini-1.57964#sthash.iENAd15D.dpuf

Thursday, 22 January 2015

The Herald tidak dibenarkan guna kalimah Allah

NORLIZAH ABAS | 22 Januari 2015 1:41 AM


PENGARANG majalah mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew ditemubual media selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah di Putrajaya, semalam – Utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PUTRAJAYA 21 Jan. - Pertikaian isu kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu dimuktamadkan apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Gereja Roman Katolik.

Ini bermakna pihak gereja dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013.

Ketetapan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong yang bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

Gereja Roman Katolik memohon menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang tidak membenarkannya merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya.

Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan pihak gereja gagal melepasi ‘bendul’ (threshold) atau tahap tertentu yang membolehkan permohonan semakan di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, dibenarkan.

Pada hemat kuorum itu, Mahkamah Persekutuan terdahulu tidak melakukan sebarang ketidakadilan prosedur ketika menolak permohonannya bagi mendapat kebenaran merayu.

Hakim Abdull Hamid ketika membacakan keputusan ringkasnya menjelaskan, ketidakadilan prosedur merupakan salah satu daripada empat elemen yang membolehkan permohonan semakan dibenarkan.

Tiga lagi elemen ialah berat se­belah, kegagalan kuorum bersidang serta penipuan dan perkara itu telah dimuktamadkan dalam beberapa keputusan antaranya dalam kes bekas pengarah urusan kumpulan Kian Joo Can Factory Bhd. (KJCF), Datuk See Teow Chuan.

Prinsip dalam kes itu menyatakan, hak untuk menyemak kes Mahkamah Persekutuan hanya diberikan jika melibatkan keadaan kes yang terkecuali dan jarang berlaku.

Panel tersebut berpendirian, pendekatan yang ketat itu telah diamalkan sejak berabad-abad lamanya oleh undang-undang Inggeris bahawa sebarang pertikaian di mahkamah rayuan tertinggi perlu ada titik penyudahnya.

Hakim Abdull Hamid selanjutnya menyatakan, peguam Datuk Dr. Cyrus V. Dass yang mewakili pihak gereja membangkitkan isu bahawa Mahkamah Persekutuan terdahulu melakukan ketidakadilan prosedur ketika menolak kebenaran merayu.

Hujah peguam bela, perkara itu berhubung Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dalam Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dan pandangan hakim bersidang berkaitan isu kepentingan awam.

Bagaimanapun, mahkamah tidak bersetuju dengan penghujahan Dass yang menyatakan panel terdahulu melakukan ketidakadilan prosedur kerana membuat keputusan berdasarkan butiran yang tidak dihujahkan oleh mahkamah sebelumnya.

“Kami telah membincangkan penghujahan yang dikemukakan serta prinsip dalam Kaedah 137 dan berpuas hati bahawa Mahkamah Persekutuan terdahulu tidak mela­kukan ketidakadilan prosedur ketika menolak permohonan gereja bagi mendapat kebenaran merayu,’’ ujar beliau.

Dengan keputusan itu, Gereja Roman Katolik terlepas segala peluang untuk merayu keputusan terdahulu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald versi bahasa Melayu.

Pada 23 Jun tahun lalu, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja bagi mendapat kebenaran merayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan majoriti bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha mencapai keputusan yang berten­tangan.

Pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, kerajaan Malaysia, pihak berkuasa agama terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah, Selangor dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) selaku responden pertama hingga kesembilan.

Pada 2009, Gereja Roman Katolik diketuai Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 memutuskan bahawa perintah KDN tersebut adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutamanya bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/the-herald-tidak-dibenarkan-guna-kalimah-allah-1.50956#sthash.HPgQ39AC.dpuf


Tuesday, 2 December 2014

POLITIK BANGANG : Namewee mengaku bersalah aibkan kakitangan TNB

02 Disember 2014 2:51 AM


WEE MENG CHEE atau dikenali sebagai Namewee (dua dari kanan) berbincang bersama peguam dan rakan-rakannya di Mahkamah Sesyen Muar, Johor, semalam.

MUAR 1 Dis. – Penyanyi rap kontroversi, Namewee dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan atau menjalani khidmat sosial oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah cuba mengaibkan kehormatan seorang kakitangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), lima tahun lalu.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 31, yang memi­lih untuk menjalani khidmat sosial itu melalui Perintah Kehadiran Wajib bagi tempoh yang sama selama empat jam sehari mulai hari ini.

Hakim Roziyanti Ahmad turut memerintahkan Namewee diikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin bercagar. Jika gagal me­laksanakan khidmat sosial itu, dia boleh dihukum penjara selama tiga bulan.

Namewee dijatuhkan hukuman itu setelah mengaku menyebut perkataan-perkataan kesat dengan niat untuk mengaibkan Wan Mohd. Faizal Wan Hamat pada pukul 10 malam, 26 Oktober 2009 di Pejabat Pengurusan Bekalan TNB di Jalan Temenggong Ahmad, di sini.

Selain itu, kata-kata terbabit dirakam dan dimuat naik ke dalam laman web YouTube sehingga menimbulkan kegusaran kepada masyarakat umum.

Tertuduh yang juga merupakan komposer dan pengarah filem didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hukuman Perintah Keha­di­ran Wajib itu akan dikendalikan Jabatan Penjara Malaysia.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin, manakala tertuduh turut diwakili peguam Hishamudin A. Aziz dan Rahani Sabtu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/namewee-mengaku-bersalah-aibkan-kakitangan-tnb-1.31710#sthash.zLUMwBiI.dpuf