Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 20 June 2012

Ada hikmah kekalahan dulu


Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, semalam.

PADANG TERAP 19 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008 mempunyai hikmah tersendiri.

Ini kerana, kata Timbalan Perdana Menteri, ia dapat memberi peluang kepada rakyat membuat perbandingan antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang dalam membawa kemajuan.

Muhyiddin berkata, rakyat boleh menilai antara kemampuan BN dengan kerajaan Pas Kedah dalam soal membawa kemajuan dan menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Beliau berkata, kesungguhan BN dalam melakukan pelbagai pembangunan amat jelas sedangkan kerajaan negeri yang kini ditadbir oleh Pas, gagal membawa apa-apa kemajuan yang dijanji oleh parti itu sebelum ini.

"Selepas empat tahun Pas memerintah di Kedah, apa nikmatnya kepada rakyat Kedah? Apa nikmat yang melimpah ruah yang dijanjikan kerajaan Pas Kedah yang dinikmati oleh rakyat negeri ini? 

Mana dana-dana? Mana bekalan air percuma?.

"Ada hikmah bila berlaku perkara ini, baru boleh nilai mana lebih baik dan mana yang tak baik," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Felda Lubok Merbau di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Merbau bagi mendirikan sebuah dewan serbaguna untuk aktiviti sekolah.

Muhyiddin berkata, apa yang penting sekarang rakyat perlu terus menaruh keyakinan kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh BN terutama dalam memajukan negara ini.

"Saya percaya gelombang semangat untuk menyokong BN telah ada dalam kalangan rakyat negeri Kedah. Namun yang lebih penting kena kembalikan kuasa kepada BN di negeri ini," katanya.

KOMEN : HAKIKATNYA, JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DI BAKAR, NYAMUK TETAP DATANG  MENGGANGU... YANG RUGI DIRI SENDIRI...

No comments: