Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Showing posts with label Pakatan Pembangkang' SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Pembangkang' SELANGOR. Show all posts
Thursday, 29 October 2015
CELAH GELEGAR: [PEMBANGKANG TAK BOLEH DIHARAP] PKR Tidak Tahu Azm...
CELAH GELEGAR: [PEMBANGKANG TAK BOLEH DIHARAP] PKR Tidak Tahu Azm...: KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menuntut penjelasan dari Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang didakwa meluluskan...
Tuesday, 22 September 2015
Siasat dakwaan DEIG mohon pinjam RM500j
ABDUL YAZID ALIAS | 22 September 2015 1:38 AM
SHAH ALAM 21 Sept. - Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS) Selangor digesa memanggil Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya memberikan jawapan sebenar mengenai dakwaan kononnya Darul Ehsan Investment Group (DEIG) telah memohon cadangan pinjaman daripada tiga buah bank berjumlah RM500 juta.
BUDIMAN MOHD. ZOHDI
Setiausaha Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan sedemikian harus dilakukan bagi memastikan kesahihannya kerana cadangan pinjaman tersebut dikatakan bertujuan dijadikan modal kerja anak syarikat milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu.
Katanya, berdasarkan laporan sebuah portal, www.malaysia-today.net pada 8 September lalu, difahamkan sebuah bank telah mengeluarkan surat tawaran pinjaman kepada DEIG yang mana jika benar, berkemungkinan digunakan oleh syarikat itu untuk menampung operasinya.
“Kita melihat dakwaan ini satu perkara yang serius yang perlu disusuli dengan tindakan segera oleh JP-ABAS. Maka, untuk memastikan kesahihannya, jawatankuasa berkenaan perlu memanggil Menteri Besar termasuk pengurusan DEIG untuk memberikan keterangan yang sebenarnya di sebalik dakwaan ini.
“Kita tidak mahu perkara ini terus menjadi polemik lebih-lebih lagi kemungkinan wujudnya unsur-unsur penipuan di sebalik penubuhan DEIG,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menambah, sekiranya dakwaan portal itu benar, maka tindakan tersebut dilihat bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Azmin pada 18 Ogos lalu semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyatakan DEIG dari segi struktur modal tidak akan membuat sebarang pinjaman, tidak memiliki aset dan hanya akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.
“Jika kita berpegang kepada kenyataan Menteri Besar ketika sesi DUN lalu, maka DEIG masih belum beroperasi dan tidak mempunyai aktiviti setakat ini. Namun, mengapa pula syarikat ini dikaitkan dengan dakwaan memohon pinjaman untuk modal kerja melibatkan jumlah kira-kira RM500 juta?
“Kita melihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam soal ini. Maka sebab itu, kita gesa Menteri Besar tidak terus-menerus mengambil sikap berdiam diri, rakyat Selangor ingin tahu perkara yang sebenarnya,” tegas beliau.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi DEIG, Soffan Affendi Aminudin gagal apabila beliau tidak membalas soalan menerusi aplikasi WhatsApp.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/siasat-dakwaan-deig-mohon-pinjam-rm500j-1.138966#sthash.CwEosuFG.dpuf
Tuesday, 15 September 2015
PKR tidak perlu jaga hati Pas?
15 September 2015 1:31 AM
Azmin Ali
SHAH ALAM 14 Sept. – PKR seolah-olah merasakan mereka tidak perlu menjaga hati sekutunya, Pas apabila memandang mudah polisi untuk tidak menerima ahli daripada parti lain dalam pakatan pembangkang.
Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu tidak seharusnya diperbesar-besarkan asalkan semua parti dalam pakatan pembangkang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
"Tidak apalah. Kita hormat-menghormati antara satu sama lain," jawabnya ringkas ketika ditemui dalam majlis peletakan batu asas projek Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Besar diminta mengulas kekecewaan Dewan Pemuda Pas berhubung tindakan PKR mengkhianati polisi tidak menerima ahli daripada parti rakan seperti dipersetujui dalam pakatan pembangkang sebelum ini.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberitahu, tindakan berkenaan dilihat bercanggah dengan pendekatan pihaknya selama ini yang tidak menerima ahli-ahli dan wakil rakyat daripada PKR meskipun terdapat segelintir daripada mereka berminat untuk menyertai Pas sebelum ini.
Kelmarin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyertai parti berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pkr-tidak-perlu-jaga-hati-pas-1.136020#sthash.4dQdJKJr.dpuf
Tuesday, 25 August 2015
DEIG : Rafizi, Tony jangan berdiam diri, nyatakan pendirian - Budiman
25 Ogos 2015 1:12 AM
SHAH ALAM 24 Ogos – Sikap berdiam diri Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung kontroversi penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menimbulkan tanda tanya.
BUDIMANMOHD. ZOHDI
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, ini kerana kedua-dua mereka sering lantang mempersoalkan amalan integriti, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
“Kita mengajak Rafizi, Tony untuk sama-sama merungkai kebimbangan ini. Sehingga saat ini, tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.
“Mereka selalu bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebuah portal berita mendedahkan rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM2 dalam DEIG dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI, Soffan Afffendi Aminuddin.
Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menjelaskan, pelantikan kedua-dua individu terbabit juga dipersoalkan kerana tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka.
“Adakah CEO dan COO ini mempunyai rekod perkhidmatan terbaik seperti diuar-uarkan oleh Menteri Besar?” soalnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/rafizi-tony-jangan-berdiam-diri-nyatakan-pendirian-budiman-1.128278#sthash.Z0exnRFK.dpuf
Thursday, 20 August 2015
Jiwa Paradox: SYABAS DAN TAHNIAH:AZMIN ALI DIUMUM SEBAGAI ANTARA...
Jiwa Paradox: SYABAS DAN TAHNIAH:AZMIN ALI DIUMUM SEBAGAI ANTARA...: INI DAH ADA PELURU... APA LAGI TUNGGU??? CEPAT-CEPAT KITA TEMBAK... BIAR RAKYAT TAU... SAPER DIA AZMIN A...
Putra Merdeka: 1MDB2..?
Putra Merdeka: 1MDB2..?: Makin gila pemimpin politik dalam negara ni..! Azmin ice cream pun sama menggila..! Around RM30 billion worth of assets previously ha...
Thursday, 13 August 2015
Ke mana perginya RM500j dana Marris?
ABDUL YAZID ALIAS | 13 Ogos 2015 1:06 AM
SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali digesa mendedahkan secara terperinci perbelanjaan serta program yang dilaksanakan di sebalik penyaluran dana berjumlah RM500 juta di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).
Gesaan itu dinyatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus memandangkan beliau difahamkan penyaluran peruntukan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin pada November tahun lalu dan akan disalurkan pada tahun ini.
Katanya, peruntukan itu dikatakan untuk digunakan bagi menangani wabak denggi serta mengatasi masalah jalan berlubang, banjir serta sampah menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
“Namun, setakat ini kita lihat kes denggi seolah-olah tidak ada tanda akan reda di Selangor. Berdasarkan maklumat terkini daripada Bilik Gerakan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan setakat semalam, Selangor mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi dengan bilangan 130 kes berbanding negeri lain.
“Malah, kes terkumpul wabak denggi sejak 4 Januari hingga 10 Ogos 2015, Selangor mencatatkan 41,477 kes berbanding Johor yang mencatatkan 7,719 kes. Melihat daripada perkembangan ini, bagaimana sebenarnya komitmen kerajaan negeri dalam menguruskan peruntukan berkenaan khususnya melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan, longkang serta pembersihan kawasan.
“Sehubungan itu, kita gesa Menteri Besar supaya mendedahkan secara terperinci perbelanjaan yang telah dibuat melibatkan peruntukan Marris termasuklah program-program yang telah dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 3 November tahun lalu, Mohamed Azmin menerusi laporan portal berita, www.mstar.com.my mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan Marris yang diperoleh daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM500 juta setahun kepada 12 PBT masing-masing bermula tahun depan.
Menurut Menteri Besar itu, keseluruhan wang tersebut akan diserahkan kepada setiap PBT untuk menyelesaikan empat isu utama iaitu jalan berlubang, banjir, sampah dan wabak demam denggi di negeri ini.
Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang turut mempersoalkan pengurusan peruntukan Marris oleh kerajaan negeri yang mana beliau difahamkan kualiti jalan raya di Selangor masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ke-mana-perginya-rm500j-dana-marris-1.123595#sthash.L21bizyz.dpuf
Wednesday, 8 July 2015
Krisis air Lembah Klang tenat 2017
RODELIO JUNJUN TAUCAN | 08 Julai 2015 2:20 AM
KUALA LUMPUR 7 Julai – Krisis bekalan air yang melanda Lembah Klang dijangka berlarutan dan menjadi lebih tenat pada 2017 jika Kerajaan PKR Selangor masih enggan memuktamadkan perjanjian dengan syarikat konsesi air bagi menyiapkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang masih tertangguh.
Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bekalan air yang ada sekarang tidak akan bertahan selepas 2017 memandangkan rizab margin bekalan itu tidak sampai dua peratus sedangkan jumlah yang diperlukan adalah 10 hingga 15 peratus seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Beliau berkata, loji-loji yang ada di Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Tasik Subang, Sungai Langat dan Sungai Semenyih juga tidak mampu menampung keperluan itu, justeru Langat 2 adalah penyelesaian jangka panjang dan mampu merawat sehingga 1,600 juta liter air bersih setiap hari yang disalurkan dari Empangan Kelau, Pahang.
“Walaupun pembinaan terowong air mentah sudah disiapkan, pembinaan Langat 2 masih pada tahap 20.65 peratus berbanding dijadualkan iaitu 24.91 peratus berikutan tindakan kerajaan negeri menangguhkan pemberian kelulusan dan permit yang diperlukan untuk pembinaannya.
“Akhirnya pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan dari perancangan asal untuk siap pada 2017. Dengan mengambil kira perkembangan ini, kedudukan bekalan air di Lembah Klang dijangka berada pada tahap meruncing bermula 2017 hingga Langat 2 siap pada 2019,” katanya ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman di Dewan Negara hari ini.
Abdul Rahim dalam soalannya meminta penjelasan kerajaan setakat mana masalah bekalan air menjejaskan pembangunan di Lembah Klang dan langkah-langkah untuk mengatasinya sebelum Malaysia mencapai taraf negara maju 2020.
Menurut Mahdzir, sejak krisis kekurangan bekalan air berlaku, sebanyak 593 projek pembangunan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya tidak diberi kelulusan oleh SPAN dan kesemuanya dijangka turut tertangguh sehingga 2019.
Sementara itu, katanya, Kerajaan PKR Selangor sepatutnya tidak mempolitikkan isu air dan memainkan peranan mereka terutama selepas Kerajaan Pusat sanggup membelanjakan lebih RM3 bilion untuk membina empangan loji baharu bagi kemudahan rakyat negeri itu meskipun tidak diperintah oleh parti kerajaan.
“Kerajaan Pusat sanggup belanja berbilion ringgit untuk bawa air dari Pahang ke Selangor, cari duit dalam RM3 bilion nak bawa air, tampung kekurangan dan kira-kira 1,600 juta liter sehari akan dapat dibawa. Jadi, kita tidak akan ada masalah catuan bekalan air seperti sekarang.
“Perjanjian antara Pusat dan negeri sudah ditandatangani bersama bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan selepas itu langkah kedua antara kerajaan negeri dengan syarikat-syarikat operator mengenai berapa jumlah harga melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan Konsortium Abbas Sdn. Bhd. (Abbas),” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/krisis-air-lembah-klang-tenat-2017-1.111781#sthash.tsUZb6oa.dpuf
Thursday, 25 June 2015
CELAH GELEGAR: [LADANG BABI TERBESAR DITERUSKAN] TENGAH HARI Teru...
CELAH GELEGAR: [LADANG BABI TERBESAR DITERUSKAN] TENGAH HARI Teru...: STRATEGI KAFIR DAP LADANG BABI TERBESAR DITERUSKAN, PETANG AMBIL HATI ORANG ISLAM DENGAN BERBUKA PUASA BERSAMA Kenali wajah Speak...
Thursday, 18 June 2015
600 bawa baldi desak Azmin percepat penstrukturan air
FAZRINA AYU RADUIAN | 18 Jun 2015 1:15 AM
PESERTA demonstrasi berarak dari Dataran Shah Alam menuju ke Bangunan SUK sambil membawa baldi membantah tindakan kerajaan Negeri Selangor membatalkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, semalam. UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
SHAH ALAM 17 Jun - Tidak tahan lagi dengan masalah gangguan bekalan air yang sering melanda kawasan mereka, kira-kira 600 penduduk hari ini berarak sambil membawa baldi menuju ke pejabat Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
Mereka berbuat demikian bagi mendesak Mohamed Azmin mempercepatkan usaha untuk memeterai perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) berikutan krisis air yang membelenggu rakyat sejak 2008.
Kesemua mereka berarak sejauh 300 meter dari Dataran Shah Alam dan berhimpun di pintu masuk utama Bangunan SUK selama lebih sejam sambil mengecam tindakan Mohamed Azmin melengah-lengahkan perjanjian penstrukturan air dan pembinaan Langat 2 itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Zakaria yang mengetuai kumpulan itu berkata, mereka mahu Mohamed Azmin yang akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili pada Jumaat ini supaya segera memeterai perjanjian berkenaan sekali gus mempercepatkan projek Langat 2.
“Paras air yang menurun mengakibatkan kesan langsung kepada kualiti hidup rakyat negeri ini.
“Bayangkan kesusahan penduduk lebih-lebih lagi warga emas di beberapa tempat seperti Semenyih, Klang dan Kelana Jaya terkesan akibat ketiadaan air dan terpaksa menunggu bekalan air bersih yang menyukarkan aktiviti seharian mereka,” katanya di sini hari ini.
Perhimpunan yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut disertai oleh 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan 22 Ketua UMNO bahagian di Selangor.
Selain itu, satu memorandum bagi mendesak isu air diselesaikan segera turut diserahkan kepada Mohamed Azmin yang diterima oleh Pegawai Beritanya, Sharil Said.
Zainuri menambah, perhimpunan lebih besar akan diadakan sehingga isu bekalan air bersih di negeri ini selesai.
“Sebagai negeri maju, isu air perlu diselesaikan segera dan kami akan berhimpun sekali lagi secara besar-besaran di hadapan SUK sekiranya kerajaan negeri masih melengahkan perjanjian itu,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/600-bawa-baldi-desak-azmin-percepat-penstrukturan-air-1.104171#sthash.X9OoFv42.dpuf
Tuesday, 7 April 2015
Azmin tidak layak jadi negarawan - Khalid
07 April 2015 2:04 AM
SHAH ALAM 6 April – Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap penggantinya, Mohamed Azmin Ali tidak layak menjadi negarawan kerana masih bermain retorik dan sandiwara politik dalam isu membabitkan rakyat.
Abdul Khalid berkata, sikap Mohamed Azmin itu dapat dilihat dalam isu pembatalan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan tersebut ternyata tidak kena dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Jadual Kesembilan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai Persekutuan, negeri atau bersama.
“Berdasarkan jadual tersebut, amat jelas bahawa projek Kidex terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi, pengangkutan serta kontrak di bawahnya termasuk dalam senarai Persekutuan.
“Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak.
“Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan kerajaan negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam masa sama, Abdul Khalid turut meragui serta berasa aneh dengan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut kerana pembatalan itu tidak membabitkan langsung perjanjian yang ditandatangani antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.
Selain itu, katanya, terdapat percanggahan hujah oleh kerajaan negeri yang mendakwa syarikat konsesi gagal mematuhi semua syarat ditetapkan dalam tempoh diberi sehingga 14 Februari lalu sedangkan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan mendakwa sebaliknya.
“Berpandukan krisis Kidex, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam,” ujar beliau lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-tidak-layak-jadi-negarawan-khalid-1.78318#sthash.dYPz8zIr.dpuf
Tuesday, 31 March 2015
Ganti semula tanah rizab Melayu
Titah Sultan Selangor kepada kerajaan negeri
FAZRINA AYU RADUIAN | 31 Mac 2015 2:14 AM
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH berkenan menerima teks titah baginda daripada Mohamed Azmin Ali sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor di Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/IZHAM JAAFAR
SHAH ALAM 30 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan negeri segera menggantikan semula tanah rizab Melayu yang dibatalkan sebelum ini untuk tujuan pelaksanaan projek-projek pembangunan.
Menurut baginda, sebarang bentuk penggantian tanah baharu haruslah ‘serupa keadaannya’ dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.
“Wajar diingatkan agar hak-hak orang Melayu dan bumiputera mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan tanah rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian dalam upacara perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-13 di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Berdasarkan Laporan Audit Negara 2013 Siri 2 yang dikeluarkan pada Jun tahun lalu, setakat November 2013 sehingga Februari 2014, sebanyak 38.6 peratus atau 1602.9 hektar tanah rizab yang dibatalkan status belum diganti di negeri Selangor.
Sementara itu, Sultan Sharafuddin meminta semua pihak tidak mempolitikkan isu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini demi menjamin kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, baginda menitahkan agar perkara itu dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan Persekutuan pada 12 September 2014.
Baginda turut bertitah supaya kerajaan negeri Selangor sentiasa bersedia dengan langkah-langkah terbaik dalam memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan domestik dan industri.
“Beta yakin pendekatan bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan persoalan ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga negeri Selangor.
“Beta juga mahu memanda beta (Menteri Besar) meneruskan sikap tegas mempertahan kedaulatan negeri Selangor dan kepentingan rakyat,”
Dalam pada itu titah baginda, setiap rakyat di negeri ini mesti menikmati kehidupan yang berkualiti, rumah yang selesa dan mampu dimiliki khususnya dalam kalangan siswazah muda dan golongan pertengahan.
“Beta berkenan usaha kerajaan negeri untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun dan dapat dilipat-gandakan dalam usaha memenuhi permintaan sebanyak 40,000 unit,” titah baginda.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ganti-semula-tanah-rizab-melayu-1.75548#sthash.oXxThHqe.dpuf
Menteri Besar akur titah Sultan Selangor
31 Mac 2015 1:38 AM
SHAH ALAM 30 Mac – Kepentingan rakyat dan kedaulatan negeri Selangor akan diutamakan dan dipastikan terjamin dalam perjanjian penstrukturan air di negeri ini, kata Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.
MAXIMUS ONGKILI
Menurut Mohamed Azmin, beliau akan mengatur pertemuan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili dalam kadar segera.
“Difahamkan beliau (Maximus) berada di Sabah beberapa hari dan sekembalinya beliau, saya akan tetapkan tarikh secepat mungkin di mana di peringkat pegawai telah mengadakan perbincangan sejak Isnin yang lalu.
“Selepas itu, saya akan bertemu dengan Menteri supaya perkara ini dimuktamadkan segera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-13 oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Terdahulu, dalam titahnya, Sultan Selangor mahu semua pihak tidak mempolitikkan isu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini demi menjamin kepentingan rakyat.
Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri komited untuk menamatkan perjanjian air dengan syarat kerajaan Persekutuan tidak berganjak dengan semangat, prinsip dan terma perjanjian utama yang telah ditandatangani.
“Perkara ini telah ditegaskan oleh Sultan Selangor supaya kerajaan negeri bertegas memelihara kedaulatan negeri dan kedua belah pihak perlu menghormati perjanjian yang telah ditandatangani demi kepentingan pengguna dan rakyat” ujarnya.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas akan mencari saluran alternatif bagi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas petisyen pengampunan diraja oleh keluarganya ditolak.
“Saya akan berbincang dengan pihak keluarga dan pihak peguam Anwar untuk melihat apakah saluran lain yang boleh dikemukakan,” katanya
Wednesday, 11 March 2015
AIR : Azmin sedia berunding kembali - PULAK DAH...BIOL BERTINGKAT..
11 Mac 2015 1:29 AM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) berbual mesra dengan Mohamed Azmin Ali di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 10 Mac – Sehari selepas menyatakan tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air di Selangor dengan Kerajaan Pusat, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali hari ini mengubah pendiriannya apabila bersedia membuka pintu rundingan berhubung perkara tersebut.
Mohamed Azmin mengesahkan pihaknya terbuka untuk berbincang berhubung pajakan tanah yang terlibat dalam rancangan penstrukturan air Selangor.
Pendirian tersebut dibuat oleh beliau selepas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili memberi penjelasan bahawa aset tanah yang akan terlibat dalam perjanjian tersebut hanya akan diambil alih selama 45 tahun oleh Kerajaan Persekutuan sebelum diserahkan semula kepada kerajaan Selangor sebaik tempoh perjanjian itu tamat.
an kita boleh bincangkan,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air di negeri itu dengan Kerajaan Pusat.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, berdasarkan perjanjian yang dimeterai, tidak dinyatakan secara spesifik berkenaan tanah, sebaliknya hanya dinyatakan sebagai aset.
“Peruntukan itu samar-samar, hanya menyatakan aset yang boleh dipindahkan dan kekal, tidak sebut tanah secara spesifik. Sedangkan kami dalam perjanjian itu nyatakan secara spesifik aset-aset kami,” katanya.
Mohamed Azmin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sekiranya berlaku pertambahan amaun daripada keseluruhan RM14.9 bilion perjanjian berkenaan sekiranya perbincangan berkenaan pajakan itu dilaksanakan.
“Kalau ada cadangan baharu hendak bincang, mungkin kita perlu nilaikan tanah,” katanya.
Pada sidang akhbar pada sebelah pagi, Mohamed Azmin berkata, perjanjian penstrukturan air Selangor ditamatkan kerana Kerajaan Pusat mahu menuntut tanah kerajaan negeri itu yang akan dilalui paip saluran air terbabit.
Katanya, jika Kerajaan Pusat bersetuju mengiktiraf kedaulatan tanah dan aset air milik Selangor dan tidak membuat tuntutan bercanggah dengan semangat perjanjian yang termeterai, maka kerajaan negeri bersedia untuk berbincang ke arah mencapai persetujuan bagi manfaat seluruh pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/azmin-sedia-berunding-kembali-1.68167#sthash.mQAzy7OF.dpuf
AIR : Maximus jawab tuduhan MB Selangor
Azmin cuba kelirukan rakyat
11 Mac 2015 1:28 AM
KUALA LUMPUR 10 Mac - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyifatkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cuba mengelirukan rakyat apabila menuduh kononnya Kerajaan Pusat melanggar perjanjian utama berhubung projek penstrukturan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Maximus Ongkili
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebaliknya berkata, penangguhan projek tersebut berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri melaksanakan tiga syarat permulaan (condition precedent) untuk memastikan perjanjian yang ditandatangani pada 12 September tahun lalu di antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dapat dilaksanakan.
Beliau berkata, kegagalan pertama adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada PAAB untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM168 bilion bagi membantu kos pengambilalihan syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Konsortium Abass Sdn. Bhd. (Abass).
Katanya, kegagalan kedua adalah Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat konsesi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilalihan liabiliti syarikat tersebut oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion.
“Yang ketiga, Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada PASSB mengikut Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
“Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanya boleh berlaku apabila perjanjian itu sudah dikuatkuasakan. Memandangkan kerajaan negeri masih memerlukan tempoh panjang bagi selesaikan, pihak-pihak kepada perjanjian utama telah setuju lanjutkan tempoh itu sebanyak tiga kali.
“Isu-isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Selangor masih gagal selesaikan sehingga tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac (semalam). Jadi bola itu berada di gelanggang anda Menteri Besar Selangor, bukan di gelanggang kami,” katanya ketika menjawab soalan Mohamed Azmin (PKR-Gombak) berhubung komitmen Pusat untuk menyelesaikan masalah air di ketiga-tiga negeri dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Maximus berkata, Kerajaan Pusat bekerja keras memastikan penstrukturan semula bekalan air dapat dilaksanakan melalui 32 pertemuan dengan kerajaan negeri selain bersetuju menandatangani beberapa perjanjian termasuk melibatkan syarikat konsesi.
Jelasnya, persetujuan juga diberikan untuk kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada Syabas, PSNB, Abass dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
“Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga menyediakan peruntukan sejumlah RM2 bilion bagi membantu kerajaan negeri mengambil alih ekuiti syarikat konsesi tersebut,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Maximus berkata, gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sepatutnya pulih pada 2017 dijangka berlarutan berikutan beberapa tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat Selangor yang menyebabkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya mengalami kelewatan.
“Saya dimaklumkan bahawa kelewatan ini berlaku kerana kerajaan negeri telah mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan,” tegasnya.
Tambahnya, dari segi ekonomi, gangguan bekalan air yang berterusan menyebabkan proses pengeluaran permit kepada kira-kira 500 syarikat luar negara yang mahu melabur di Selangor terpaksa ditangguhkan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/maximus-jawab-tuduhan-mb-selangor-1.68157#sthash.HLsQe05o.dpuf
Tuesday, 10 March 2015
POLITIK : Air: Rundingan struktur semula tidak diteruskan - BIOL
HUSSAINI AMRAN | 10 Mac 2015 12:58 AM
KUALA LUMPUR 9 Mac - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan meneruskan rundingan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air di negeri itu dengan kerajaan Pusat.
Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, tempoh rundingan tamat hari ini dan kerajaan PKR Selangor tidak berhasrat untuk menyambungnya.
“Mereka melanggar perjanjian dan tidak mematuhinya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ketika ditanya sama ada rundingan baharu akan diadakan, Mohamed Azmin memberitahu, beliau masih menunggu terma-terma baharu yang bakal dikemukakan secara rasmi oleh Kerajaan Pusat.
Kerajaan Pusat dan kerajaan PKR Selangor memeterai perjanjian utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 12 September lalu.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang mewakili Kerajaan Pusat dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang mewakili kerajaan Selangor
Sementara itu, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman manakala Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman.
Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air itu bertujuan mewujudkan industri perkhidmatan air yang cekap, berdaya maju dan mampan di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/air-rundingan-struktur-semula-8232-tidak-diteruskan-1.67829#sthash.8XoE2wxi.dpuf
10 Mac 2015 12:58 AM
SHAH ALAM 9 Mac – Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak melanjutkan perjanjian penstrukturan air dengan kerajaan Pusat dilihat sebagai satu keputusan yang tidak ‘masuk akal’ kerana hanya akan menyusahkan kehidupan rakyat.
SLUG_LANGATSELANGOR - SHAH ALAM - 9 MAC 2015 - Che Nora Ali. Tinjauan penamatan perjanjian air.Gambar/Pemberita: Norhayati Yahaya
Beberapa penduduk di bandar raya ini yang ditemui di sini hari ini, mengakui sudah cukup serik dengan catuan bekalan air sebelum ini yang mana telah menimbulkan seribu satu keperitan kepada mereka.
Menurut mereka, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu mengkaji semula keputusan tersebut kerana beliau tidak pernah membentangkan sebarang rancangan alternatif sekiranya berlaku semula krisis air di negeri ini.
Suri rumah, Siti Nor Saadah Mohd. Yusof, 32, berkata, gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa kawasan sejak kebelakangan ini sudah cukup membawa pelbagai kesukaran dalam urusan seharian.
Jelasnya, apatah lagi jika perjanjian penting seperti itu ditamatkan, sudah tentu bakal mendatangkan lebih banyak masalah kepada rakyat.
“Masalah air di Selangor bukan isu baharu tetapi selalu menghantui penduduk sejak akhir-akhir ini.
“Kami tidak sanggup lagi hendak menghadapi catuan air,” katanya.
Mohamed Azmin dilaporkan berkata, perjanjian induk penstrukturan air antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat yang berakhir hari ini tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.
Beliau mendakwa, keputusan itu dibuat selepas mendapati kerajaan Pusat ‘melanggar terma’ perjanjian yang ditandatangani pada September lalu menyebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan.
Pekerja swasta, Mohd. Nizar Samian, 49, memberitahu, Mohamed Azmin tidak sewajarnya mencampur aduk aspek politik dalam pentadbirannya kerana perkara itu membabitkan keperluan rakyat.
Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dalam membuat sebarang keputusan penting sedemikian.
“Ketepikan isu politik dalam masalah air demi membela hak asasi rakyat,” tegasnya.
Seorang lagi kakitangan swasta, Norhabibah Ahmad, 35, berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula keputusan itu demi rakyat.
“Saya harap pihak-pihak terbabit dapat membincangkan semula isu ini dan mencari kata sepakat demi kesejahteraan rakyat terutama di Selangor,” katanya.
Turut sependapat dengan Norhabibah ialah Che Nora Ali, 53.
Menurut Che Nora, kedua-dua pihak terbabit perlu mencari jalan supaya masalah tersebut dapat segera diselesaikan.
“Jangan tangguh lama perjanjian air ini. Mesti ada cara untuk menyelesaikannya,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keputusan-tidak-8232-masuk-akal-8211-rakyat-1.67839#sthash.RQeBIIM3.dpuf
Maximus tunggu surat rasmi Azmin
10 Mac 2015 12:58 AM
PUTRAJAYA 9 Mac – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menunggu surat rasmi daripada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berhubung keputusan untuk tidak melanjutkan perbincangan tentang perjanjian penstrukturan semula air Selangor.
Maximus Ongkili
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kerajaan negeri Selangor perlu memberi penjelasan lebih lanjut berhubung tindakan yang diputuskan itu sebelum pihaknya mengulas lanjut.
“Kita tunggu surat rasmi daripada kerajaan Selangor dan penjelasan yang akan diberikan mereka berhubung keengganan untuk melanjutkan tarikh bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengulas keputusan yang diambil Mohamed Azmin tentang perjanjian penstrukturan semula air Selangor di sini hari ini.
Sementara itu dalam majlis berasingan, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan memberi jawapan berhubung pembatalan berkenaan sebaik sahaja menerima surat rasmi kerajaan Selangor.
“Elok tunggu dulu, saya ingat kalau jawab hari ini tidak sesuai lagi, jadi tunggu dulu surat, sehingga kita mendapat gambaran sebenar, nanti baru kita jawab,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan acara balloting kategori solar fotovolta (PV) bukan individu dengan kapasiti kurang daripada 425 kilowatt (kW) di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/maximus-tunggu-surat-rasmi-azmin-1.67841#sthash.AaS4CrTD.dpuf
Friday, 6 February 2015
Selangor berdepan krisis denggi – MB
06 Februari 2015 2:20 AM
SHAH ALAM 5 Feb. – Rakyat Selangor kini dianggap berdepan krisis kesihatan berikutan peningkatan wabak demam denggi yang menyaksikan 6,686 kes dicatatkan Januari lalu.
Mohamed Azmin Ali
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah tersebut merupakan pertambahan kira-kira 75 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 3,813 kes.
Menurutnya, bilangan kematian akibat denggi pada Januari tahun ini di Selangor pula sebanyak 17 kes berbanding tahun lalu, dua kes sahaja.
"Daripada jumlah keseluruhan kes denggi itu, Petaling direkodkan sebagai daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi paling kritikal dengan 3,212 kes termasuk 11 kematian pada Januari tahun ini.
"Justeru, atas nasihat Jabatan Kesihatan Selangor, kerajaan negeri akan melaksanakan strategi pencegahan pembiakan nyamuk aedes dengan memfokuskan terhadap kerja-kerja pembersihan kawasan, khususnya di daerah Petaling merangkumi Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan denggi daerah Petaling di sini hari ini.
Mohamed Azmin menambah, kawasan yang akan diberikan perhatian melibatkan 262 pangsapuri kos rendah, 376 tapak pembinaan, 505 masjid dan surau, 173 sekolah, 353 rumah ibadat bukan Islam dan 33 kampung.
Ditanya tentang lokasi panas yang dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes paling tinggi di daerah Petaling, beliau memberitahu, pangsapuri kos rendah dan kawasan pembinaan merupakan antara tempat yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes denggi.
"Kedua-dua kawasan ini kita akan berikan perhatian utama dalam program Terjah dan Musnah Aedes dari 7 hingga 8 Februari ini. Selain itu, kita juga akan ambil tindakan terhadap mana-mana pemilik atau penyewa premis perumahan, perniagaan yang didapati gagal menguruskan kebersihan kawasan masing-masing.
"Bagi tapak pembinaan, tindakan seperti pemberhentian kerja dan gantung lesen terhadap pihak pemaju juga akan dikenakan jika mereka didapati tidak menguruskan kebersihan di kawasan mereka," ujarnya.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menegur kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana didapati tidak bersungguh-sungguh mengambil langkah bagi memerangi denggi di negeri ini.
Teguran itu dibuat berikutan Selangor masih mencatatkan kes denggi tertinggi di negara ini yang mana separuh daripada 2,000 kes yang dilaporkan di seluruh negara datang dari negeri ini.
Daerah Petaling merupakan kawasan paling teruk dan berdasarkan kajian, sistem kutipan sampah yang tidak teratur menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak, selain kawasan tapak pembinaan tidak dipantau.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/selangor-berdepan-krisis-denggi-8211-mb-1.56547#sthash.CBLlV70d.dpuf
Friday, 16 January 2015
Empat lokasi ‘syurga seks’
Jadi tumpuan lelaki ‘hidung belang’ dapatkan belaian pelacur asing
FAZRINA AYU RADUIAN | 16 Januari 2015 1:32 AM
ANTARA rumah urut (bertanda X) yang menawarkan khidmat seks di Sungai Buloh, Selangor.
SHAH ALAM 15 Jan. - Serdang, Puchong, Seri Kembangan dan Petaling Jaya dikenal pasti sebagai ‘syurga seks’ buat lelaki hidung belang yang mahu mendapatkan belaian manja pelacur warga asing.
Senario tersebut menyebabkan pelacur warga asing membanjiri kawasan-kawasan berkenaan untuk mencari ‘rezeki’.
Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Superintendan Abdul Ghaffor Ahmad berkata, bagi mengekang peningkatan aktiviti pelacuran di negeri ini, pihaknya kini giat mengadakan serbuan pada setiap hari ke beberapa premis yang terlibat.
“Pemeriksaan yang dibuat melalui Op Noda Khas yang bermula 18 November lalu itu bermatlamat menjadikan Selangor bebas daripada aktiviti pelacuran.
“Hasil serbuan dan tangkapan mendapati kebanyakan pekerja seks warga asing banyak beroperasi di kawasan komersial,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, sebanyak 2,067 premis di seluruh negeri ini akan diperiksa dan dipantau bagi menghalang aktiviti pelacuran berleluasa.
Pendekatan agresif itu membabitkan premis yang berpotensi seperti pusat karaoke, pub, salun rambut, hotel, spa, pusat refleksologi dan rumah urut.
Menurut Abdul Ghaffor, serbuan dan pemeriksaan yang berterusan itu menunjukkan komitmen polis untuk menangani aktiviti maksiat dan pelacuran daripada berleluasa terutama melibatkan pekerja seks warganegara asing.
Jelasnya, jumlah tangkapan juga berbeza dan kini semakin mengecil kerana dalang yang terlibat semakin berhati-hati.
“Kita juga menjalankan kerja-kerja risikan bagi mendapatkan maklumat tentang aktiviti haram tersebut dan berjaya menangkap sejumlah besar melalui Op Noda Khas,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/empat-lokasi-8216-syurga-seks-8217-1.48415#sthash.W6qrqdD4.dpuf
Sarang pelacuran: PKR Selangor lepas tangan?
16 Januari 2015 1:32 AM
EAN YONG HIAN WAH
SHAH ALAM 15 Jan. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab berhubung kewujudan 2,067 sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks pelacur warga asing di negeri ini apabila menyerahkan sepenuhnya tugas memantau serta membendung kegiatan tidak sihat itu kepada polis.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu negeri, Ean Yong Hian Wah ketika ditanya status premis-premis terbabit ternyata gagal memberikan penjelasan.
Beliau juga tidak menjawab soalan sama ada lambakan sarang pelacuran terbabit berpunca daripada kelemahan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan syarat-syarat lesen bagi pusat hiburan, spa dan rumah urut, hotel dan sebagainya dipatuhi.
Sebaliknya, beliau hanya menyatakan polis memainkan peranan utama dalam mencegah sebarang aktiviti maksiat dan jenayah selain melahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendungnya.
“Kerajaan negeri memandang serius isu ini (premis tawar khidmat seks pelacur warga asing). Aktiviti haram ini merupakan jenayah dan pihak polis memainkan peranan utama untuk mencegahnya.
“Kita sudi bekerjasama dengan pihak polis. Jika polis ada maklumat, sila kongsi dengan kerajaan negeri dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mendedahkan terdapat 2,067 premis di seluruh negeri ini dikenal pasti sebagai sarang maksiat yang menawarkan khidmat seks pelacur warga asing.
Menurutnya, premis terbabit termasuk spa, rumah urut, hotel, karaoke, bar serta salun yang kini dalam pemantauan polis dan diperiksa secara berterusan bagi tujuan pembanterasan menerusi Ops Noda Khas yang digerakkan sejak 18 November tahun lalu.
Malah, Abdul Samah turut memaklumkan bahawa setakat ini pihaknya telah menjalankan 2,969 serbuan di bawah operasi tersebut selain melakukan tangkapan 1,781 individu membabitkan 1,363 wanita dan 124 lelaki warganegara asing serta 28 wanita dan 266 lelaki tempatan.
Dari segi pecahan jumlah tangkapan tersebut, Abdul Samah memberitahu, polis telah menahan wanita warga asing melibatkan 717 Vietnam , 299 Thailand, 162 China dan beberapa negara lain termasuk Indonesia, Laos, Bangladesh dan Kemboja.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sarang-pelacuran-pkr-selangor-lepas-tangan-1.48411#sthash.39Ux40DI.dpuf
Thursday, 8 January 2015
POLITIK : 2 minggu tempoh pulangkan wang pampasan – Azmin
ZULKIFLI SAINUDDIN | 08 Januari 2015 1:57 AM
SHAH ALAM 7 Jan. - Tempoh dua minggu diberikan kepada kesemua lapan bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) untuk memulangkan pampasan RM2.6 juta yang diterima mereka seperti mana diarahkan menerusi surat kelmarin.
MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, sekiranya tiada sebarang maklum balas daripada mereka selepas tempoh tersebut maka tindakan lanjut akan diambil oleh kerajaan negeri.
Menurutnya, MBI juga hanya akan membuat sebarang kenyataan baharu berhubung isu berkenaan selepas tamat tempoh itu yang bermula dari tarikh surat itu dihantar, iaitu kelmarin.
“Saya kira MBI hanya akan buat ulasan setelah tempoh berkenaan tamat kerana kita berlaku adil.
“Kita beri tempoh berkenaan untuk mereka respons dan sekiranya gagal, ada tindakan-tindakan yang telah pun diputuskan oleh pengurusan MBI,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi Misi Bantuan Banjir Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Semalam, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin menyifatkan kerajaan negeri telah melampaui batas yang luar biasa dalam isu pembayaran pampasan kepada lapan bekas kakitangan MBI termasuk dirinya.
Faekah mendakwa, laporan audit yang kononnya menjadi asas tuntutan balik pampasan tersebut adalah cacat dan tidak dilakukan secara profesional mengikut tatacara pengauditan yang betul serta berniat jahat.
Mohamed Azmin menjelaskan, laporan audit berhubung pemberian pampasan itu tidak bermasalah kerana dilakukan oleh badan bebas iaitu Jabatan Audit negeri.
“Saya juga yakin pasukan audit yang menjalankan siasatan telah mengambil semua langkah untuk memastikan ada ketelusan dalam menyiasat kes ini,” ujarnya.
Mohamed Azmin dalam pada itu turut mempertahankan tindakan tersebut dan menyatakan pengurusan baharu MBI telah meneliti semua dokumen yang ada sebelum membuat keputusan.
“MBI telah pun meneliti semua dokumentasi yang ada sebelum mengambil tindakan seperti yang dibuat dan kami tidak boleh berkompromi serta mahu mereka memulangkannya kerana ini adalah cara yang cukup diplomatik,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/2-minggu-tempoh-pulangkan-8232-wang-pampasan-8211-azmin-1.45669#sthash.9Tqo5XfY.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)















