Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 1 June 2012

Arahan Anwar bukan luar biasa


DR. MAHATHIR Mohamad menjawab soalan daripada peserta sambil diperhatikan oleh pengerusi majlis, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (kiri) pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI

KUALA LUMPUR 30 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.

"Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," katanya.

Dr. Mahathir yang juga Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Sidang Meja Bulat Asia-Pasifik Ke-26 di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri bertindak menutup kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Azmin Ali.

Dalam pendedahan itu, Raja Petra mendakwa Anwar pada 1995, mengarahkan pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menghentikan siasatan berhubung kekayaan luar biasa bernilai jutaan ringgit yang dimiliki Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin walaupun hanya bergaji RM2,442 sebulan selaku setiausaha sulit ketika itu.

Kata Dr. Mahathir, Raja Petra atau sesiapa sahaja yang membuat dakwaan rasuah perlu tampil kepada pihak berkuasa dengan bukti kukuh.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton Holdings Bhd. (Proton) memberitahu, tindakan Pengarah Urusan syarikat, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir meletak jawatan berkuat kuasa 4 Julai ini merupakan satu keputusan wajar.

Katanya, keputusan itu mampu mengelakkan syarikat pengeluar kereta nasional tersebut dibelenggu dengan konflik akibat pengambilalihan oleh DRB-Hicom Bhd.

"Kalau nak letak (Syed Zainal) di atas (jawatan tinggi), (pemilik) baru ini akan tidak berpuas hati kerana yang baru tidak boleh kawal, jadi Syed Zainal sendiri buat keputusan nak letak jawatan," katanya.

Semalam, Proton dalam satu kenyataan memberitahu perletakan jawatan Syed Zainal berkuat kuasa 4 Julai ini atas keputusan sendiri setelah berkhidmat dengan syarikat itu sejak enam tahun lalu.

KOMEN : SUKA HATI  KEPALA BAPAK DIA AJE... DIA INGAT MALAYSIA NI KELUARGA DIA YANG PUNYA...

No comments: