Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 March 2014

RBA biadab, pengecut, kurang ajar


Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 14 Mac - Tindakan Red Bean Army (RBA) mengeluarkan pelbagai ulasan negatif tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memperlihatkan sikap biadab, bacul dan pengecut kumpulan tentera siber propembangkang itu.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, ulasan negatif itu juga begitu kurang ajar yang boleh menggores hati serta mengganggu perasaan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

Berikut ialah kenyataan Fakhrul Azman:

* Di atas kehilangan misteri pesawat MH370 serta merujuk kenyataan media dan laporan polis yang dibuat Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mengenai RBA, kenyataan kumpulan tentera siber propembangkang itu begitu biadab, bacul, pengecut serta kurang ajar.

* Sehingga hari ini dan tarikh ini, mereka langsung tidak mengeluarkan kenyataan untuk meminta maaf kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370.

* Oleh itu, saya ingin mencabar mereka untuk tampil bagi membuat kenyataan meminta maaf. Dalam keadaan yang begitu getir ini, mereka sanggup membuat onar sedangkan mereka sepatutnya sensitif serta menjaga perasaan semua pihak.

* Kita sebagai rakyat Malaysia yang mendukung prinsip Rukun Negara, wajib memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada kerajaan yang sah, yang telah dilantik oleh rakyat bagi menangani insiden ini. Usah mempercayai berita-berita yang tiada bukti kukuh.

* Kepada umat Islam, kita wajib percaya kepada qadak dan qadar serta banyakkan berdoa agar Allah memakbulkan doa kita dan merungkaikan permasalahan ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_14/RBA-biadab-pengecut-kurang-ajar#ixzz2wBCMxeIS  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: