Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 24 March 2014

MH370 - Satu lagi penemuan baharu






Hishammuddin Hussein menunjukkan sekeping nota yang memaklumkan mengenai penemuan baharu oleh satelit China sambil diperhatikan oleh Azharuddin Abdul Rahman (kiri) dan Ahmad Jauhari Yahya pada sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari ke-15 di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, semalam.

SEPANG 22 Mac - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan penemuan satu objek timbul di kawasan Koridor Selatan oleh satelit negara China.

Beliau berkata, objek berkenaan berukuran 22 meter panjang dan 30 meter lebar.
Beliau berkata, penemuan itu telah dimaklumkan oleh kedutaan China kepada kerajaan Malaysia sebentar tadi.

"Kami telah menerima maklumat daripada kedutaan China di sini bahawa satelit kerajaan China telah mengesan satu imej berupa objek timbul di kawasan Koridor Selatan.

"Beijing dijangka mengumumkan lebih lanjut berhubung penemuan ini dalam tempoh beberapa jam lagi," katanya dalam sidang akhbar di pusat media Hotel Sama-Sama di sini hari ini

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Hishammuddin berkata, kerajaan China juga dalam proses mengenal pasti objek tersebut.

"Setakat ini, itu sahaja maklumat yang saya perolehi.

"Saya percaya maklumat terperinci akan diberikan oleh kerajaan China selepas ini antaranya di manakah lokasi objek ini dikesan," ujarnya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Malaysia tidak akan berputus asa dalam usaha pencarian pesawat MH370 meskipun tiada perkembangan terbaru mengenainya termasuk usaha mencari serpihan di Lautan Hindi yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Menurut beliau, sehingga kini usaha tersebut giat dijalankan dengan menggunakan peralatan canggih dan yang terkini United Kingdom turut menawarkan bantuan kepakaran bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Beliau berkata, Malaysia turut menambah bilangan pesawat dan helikopter untuk mencari serpihan tersebut di lokasi yang disifatkannya sebagai sangat luas dan sukar dijangka.

"Saya tidak katakan saya kecewa cuma agak sedih sebab kami tidak mendapat maklumat terbaru tetapi seperti saya tegaskan kita tidak akan berputus asa malah sekarang kita menerima lebih banyak aset canggih termasuk kapal daripada pelbagai negara.

"Saya begitu optimistik melalui penglibatan semua negara dalam usaha mencari MH370 melalui koordinasi yang baik, ia sekaligus memberi kekuatan kepada Malaysia untuk meneruskannya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140323/dn_02/Satu-lagi-penemuan-baharu#ixzz2wqehsiji  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: