Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 March 2014

MH370 - Kerajaan digesa ambil tindakan tegas






KUALA LUMPUR 26 Mac - Kerajaan didesak mengambil pendirian tegas terhadap Fox News atas pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh saluran televisyen Amerika Syarikat (AS) itu mengenai insiden pesawat MH370.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan yang mengaitkan Malaysia sebagai negara majoriti beragama Islam serta kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang adalah Islam yang berpotensi menjadi pengganas sepatutnya dikecam.

Perkara itu, katanya, terutama pada saat kerajaan bersungguh-sungguh melaksanakan operasi mencari dan menyiasat apa sahaja kemungkinan berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu.

"Semua komen dalam analisis itu adalah negatif terhadap imej kerajaan. Kenapa mesti Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mengetuai siasatan?

"Semua negara faham bahawa Malaysia menjadi koordinator dalam misi SAR ini. Semua negara termasuk Amerika yang mempunyai teknologi canggih turut terlibat. Maka tidak ada sebab Malaysia dikecam apatah lagi mengaitkannya dengan isu agama dan pengganas," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh Fox News melalui penganalisis serta tetamu jemputan mereka yang mengaitkan Malaysia sebagai negara majoritinya Islam dan kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang MH370 beragama Islam, sebagai punca nahas berkenaan.

Antara kenyataan tersebut termasuk dari Bob Beckel iaitu salah seorang penganalisis Fox News dan kolumnis USA Today yang menyatakan:

"Sekarang ada dua juruterbang dan pembantu juruterbang yang beragama Islam, tiada antara mereka yang berkait dengan organisasi radikal Islam setakat ini. Bagaimanapun, dalam iklim keganasan yang kita dialami sekarang, pastinya akan mengambil masa yang lama untuk melihat secara terperinci latar belakang mereka."

Sementara itu, beberapa penganalisis turut menyatakan nada sama termasuk mengaitkan insiden nahas pesawat EgyptAir Flight 990 pada 1999 dengan aktiviti keganasan dengan memberitahu:

"Apa alasan pihak berkuasa Mesir pada ketika? Oh ini adalah masalah teknikal, (tetapi mereka) tidak menyatakan pula bahawa juruterbang melaung 'Allahu Akbar' ketika menjunam ke bawah dengan ramai warga Amerika dalam pesawat itu."

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menjelaskan, Malaysia sendiri amat komited dengan masyarakat antarabangsa dalam memerangi aktiviti keganasan atau terorisme.

"Sehubungan itu, Malaysia mesti mengecam Fox News atas berita dan analisis yang tidak bertanggungjawab itu," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140327/dn_20/Kerajaan-digesa-ambil-tindakan-tegas#ixzz2x81qCrZl  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: