Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 March 2014

MH370 - Keutamaan cari serpihan







KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan tetap memberi keutamaan terhadap usaha mencari serpihan, rangka serta objek-objek berkaitan dengan pesawat MH370 yang disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Menurut Perdana Menteri, ini bagi membolehkan kerajaan mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah hilang di kawasan tersebut.

Katanya, kerajaan juga komited untuk meneruskan operasi mengesan kotak hitam pesawat berkenaan bagi merungkai segala persoalan berhubung tragedi itu.

"Yang akan menjawab segala persoalannya ialah apabila kotak hitam yang mengandungi Flight Data Recorder dan Voice Control Recorder dijumpai. Oleh itu, apa jua teori ketika ini, tidak boleh kita sahkan sehingga kotak hitam ditemui," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat MH370 di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Najib, sejak tragedi itu berlaku, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang terselaras dengan semua agensi yang terlibat di samping berpegang kepada prinsip apa sahaja kenyataan yang dibuat, mesti disahkan terlebih dahulu.

"Kita tiada niat untuk halang atau menutup sebarang maklumat daripada disampaikan kepada keluarga mangsa ataupun kepada pengetahuan umum. Berkali-kali kita telah menyatakan bahawa insiden atau pun kes ini ialah ‘unprecedented’ (tidak pernah berlaku) dalam sejarah penerbangan.

"Kita juga telah mendapatkan kerjasama yang luar biasa daripada 26 buah negara. Saya sendiri telah menghubungi ramai pemimpin negara luar dan mereka menyatakan kesanggupan untuk memberi kerjasama dari segi maklumat radar, satelit dan aset-aset," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Najib berkata, ketika ini kerajaan telah menerima pelbagai cadangan, antaranya ialah untuk berkabung dengan mengibarkan bendera negara separuh tiang.

Namun jelasnya, kerajaan berpendapat objek dan serpihan pesawat itu perlu ditemui terlebih dahulu sebelum negara melakukan perkara tersebut.

"Begitu juga saya diberitahu Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan bersidang untuk menentukan solat jenazah ghaib, bilakah yang patut dilakukan," katanya.

Terdahulu, beliau ketika membentangkan usul berkenaan menegaskan Parlimen menzahirkan perasaan yang amat sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa MH370.

"Bahawa dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah yang amat sangat kepada seluruh keluarga, rakan dan kenalan penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370. Bahawa dewan yang mulia ini juga menyatakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), khususnya kepada negara-negara luar.

"Dan, bahawa dewan yang mulia ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen dan pengorbanan yang tinggi oleh semua petugas serta anggota yang terbabit dalam SAR," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140326/dn_02/Keutamaan-cari-serpihan#ixzz2x1z9XbpD  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: